ULASAN TAJUK TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA SCE3109
Dalam semester lima ini saya telah mengikuti kursus modul SCE3109 . Banyak perkara yang telah saya pelajari. Saya telah mendapat pertambahan ilmu pengetahuan dari kelas teori dan kelas amali yang dilaksanakan. Pendedahan Ilmu pengetahuan tajuk Termokimia yang telah diajarkan oleh Dr. Tay memberi ruang untuk saya mengingati semula apa yang telah dipelajari semasa di sekolah menengah .Selain itu , saya juga menambahkan ilmu baru yang amat berguna hasil dari pembelajaran ini.
Selain itu juga dalam tajuk termokimia ini juga berkaitan dengan sains darjah lima merujuk tajuk haba , objektif 4.2 memahami kesan terhadap bahan di mana hasil pembelajaran murid ialah murid dapat menyatakan bahan mengembang apabila di panaskan dan mengecut apabila disejukakan . Seterusnya tajuk termokima ini didedahkan kapada dalam sains menengah rendah PMR berkaitan tajuk komposisi air dan penuetralan .Selebihnya tajuk ini diajar secara khusus dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 dan 5 di bawah tajuk Termokimia dan Elektrokimia. Bagi tajuk Elektrokimia ianya didedahkan kepada murid sekolah rendah dalam tajuk pengaratan dalam huraian sukatan pelajaran sains tahun 4.