• Tidak ada hasil yang ditemukan

INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL. (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) (ALIRAN PERDANA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL. (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) (ALIRAN PERDANA)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

INFO PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL

(menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

(ALIRAN PERDANA)

KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Teknologi Elektrik Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.

Teknologi Elektronik Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem

komunikasi dan industri robotik.

Teknologi Pemesinan Industri

Program ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.

Teknologi Kimpalan Program ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.

Teknologi Automotif Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.

(2)

Teknologi

Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Program ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan

membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.

Teknologi Pembinaan Program ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan,

keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri

Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

Program ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.

Seni Kulinari Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan

penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.

Bakeri dan Pastri Program ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Cokelat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.

(3)

Pelancongan Program ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara,

pengoperasian agensi pelancongan, penajaman dan

penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.

Fesyen dan Membuat Pakaian

Program ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan

antarabangsa mengikut fesyen terkini.

Kosmetologi Program ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.

Pengajian Awal Kanak-kanak

Program ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan

pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan

pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.

Pengurusan Perniagaan Program ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.

Kesetiausahaan Pentadbiran

Program ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain.Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.

(4)

Perbankan Program ini menyediakan asas perbankan seperti ekonomi, statistik, perakaunan, perundangan bank, khidmat pelanggan, produk, pemasaran, pemprosesan serta pungutan dan

perolehan pinjaman dan etika dalam perbankan.

Insurans Program ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.

Pemasaran Program ini memberi penekanan kepada murid dalam

mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi

meningkatkan hasil jualan syarikat.

Pengurusan Peruncitan Program ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.

Perakaunan Program ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.

Sistem Komputer & Rangkaian

Program ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.

(5)

Multimedia Kreatif (Animasi)

Program ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.

Rekabentuk Grafik Industri (Print Media)

Kursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label

pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Program ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI)

Agroindustri Tanaman Program ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.

Agroindustri Ternakan Ruminan

Program ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau

Agroindustri Ternakan Poultri

Program ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.

(6)

Mekanisasi Agro Program ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.

Bioteknologi Program ini member pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi

industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam

penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.

Akuakultur Program ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal

Hortikultur Hiasan Dalam Program ini, murid akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan penjagaan dan penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan menjualkannya jika telah sampai waktunya.

Landskap Murid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.

Pemprosesan Hasil Pertanian

Murid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia.

(7)

INFO KURSUS

SIJIL KEMAHIRAN

MALAYSIA (SKM)

BAGI MURID LEPASAN

TINGKATAN 3 TAHUN

2015

(8)

Program dilaksanakan sepenuh masa selama dua (2) tahun dan murid diberi

latihan dalam dua (2) komponen iaitu:

Komponen akademik

– menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran

Kemahiran (MPAK)

Komponen vokasional - mengikut National Occupational Skills Standard-

NOSS)

BIL KURSUS INFO

1. Pekerja Ladang Pertanian Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi pertanian secara teori dan praktikal. Ia juga menekankan aspek keselamatan dan kesihatan semasa di ladang.

2. Juruteknik Elektrik Rendah Murid didedahkan teknik memasang dan menyelenggara peralatan elektrik atau sistem elektrik.

3. Pengurusan Pejabat Murid didedahkan secara teori dan praktikal berkaitan pengurusan pejabat yang sistematik, sistem fail dan komunikasi yang berkesan

4. Pembuatan Pakaian Wanita Kursus meliputi pengetahuan membuat pakaian wanita hingga siap dan membuat sebarang perubahan (alteration) mengikut kehendak serta keselesaan pemakai sama ada dengan menggunakan jahitan tangan atau mesin jahit. Selain daripada mengendalikan peralatan, membuat pola, menggunting, memotong pakaian, mereka fesyen pelatih juga diajar mengendalikan perniagaan

(9)

5. Toubleshooting, pembaikpulihan dan

Penyelenggaraan Peralatan Elektronik

Kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pemasangan, masalah, pembaikan, penyenggaraan, pembangunan produk, reka bentuk dan pengurusan produk elektronik dan peralatan .Kandungan kursus ini meliputi pengkhususan dalam peralatan elektronik dan pemasangan peralatan serta penyelesaian masalah peralatan elektronik. Selain itu, kursus ini juga dilengkapi dengan kemahiran pengurusan dan penyeliaan disamping mendedahkan kepada pelajar tentang asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluarandan pengukuran.

6. Operasi Pembuatan Perabot Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan untuk bekerja di dalam pasukan

7. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara dan menggunakan pelbagai jenis mesin kayu, membuat tanggam, memasang struktur kayu seperti rangka bumbung, lantai kayu, rangka pintu serta dinding, penerapan batu bata dan kerja paip.

8. Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC

Murid diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara

(10)

9. Automotif-Servis Selepas Jualan

Murid akan didedahkan penggunaan alatan tangan, mesin, keselamatan, penyelenggaraan, pembaikkan, bermula dari kerja-kerja asas hingga kerja-kerja separuh mahir sebagai seorang mekanik kenderaan

10. Jurukimpal Arka Logam Murid akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue print serta menguji sambungan kimpalan.

11. Jurukecantikan Murid didedahkan kepada topik keselamatan, kebersihan diri, penggunaan peralatan dan perkakas alat solek. Murid didedahkan kepada kaedah rawatan dan penjagaan muka, teknik mekap dan khidmat pelanggan

12. Operasi Pengeluaran

Pemprosesan Makanan Murid didedahkan kaedah pembersihan am kawasan pengeluaran, peralatan dan semasa penerimaan bahan mentah untuk pemprosesan, membuat persiapan awal bahan mentah untuk pemprosesan. Murid diberi pendedahan dalam melaksanakan dan mengamalkan asas Amalan Perkilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) dan amalan kebersihan dan saintasi yang baik.

13. Timber Processing &

Finishing

Murid diberi pendedahan berkaitan teknologi serta kemahiran praktikal dalam bidang rekabentuk dan pembuatan perabot serta mempunyai kebolehan untuk bekerja di dalam pasukan

(11)

Aliran Teknikal

seluruh

Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :

Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.

Kejuruteraan Awam

Kejuruteraan Mekanikal

Perdagangan

Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:

a. Tingkatan 4

b. Tingkatan 5

dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

(menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)

(ALIRAN PERDANA)

(12)

Kejuruteraan

Elektrik

Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas

Kejuruteraan Elektrik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat

memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip

kejuruteraan Elektrik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod,

transistor dwikutub, perhubungan, komputer motor dan robotik

melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.

Ia juga membantu pelajar untuk memahami komponen-komponen

elektrik serta simbol-simbolnya.

Kejuruteraan

Mekanikal

Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran

dalam

bidang

Kejuruteraan

Mekanikal

yang

merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan

haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan

mesin serta alat tangan. Pelajar juga akan didedahkan kepada

pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan dengan

momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatik dan robotik

asas.

Kejuruteraan

Mekanikal

memberi

tumpuan

kepada

pemahaman konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal

serta kemahiran berkaitan

Kejuruteraan

Awam

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan

pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi

penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan,

Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem

Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber

dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan

Taksiran. Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran

secara teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan

untuk membentuk kesedaran pelajar agar peka terhadap alam

sekitar dan menyemai minat dalam kerja-kerja penyelidikan,

merekabentuk, menganalisis dan bertindak berasaskan fakta.

(13)

Perdagangan

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar

berdasarkan

amalan

perdagangan

dan

perniagaan

yang

merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan,

bantuan

perniagaan,

pelaburan,

pemilikan

perniagaan,

konsumerisme dan etika amalan perniagaan. Pembelajaran

merangkumi pemahaman konsep serta perkembangan maklumat

terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan kepada konsep,

peraturan,

undang-undang

yang

diamalkan

dalam

dunia

perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang

kukuh untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras

lebih tinggi. Kursus ini juga memberi peluang untuk pelajar

mempelajari amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan

perkhidmatan.

Sains Pertanian

Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip

dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian

dan pengurusan ladang. Pelajar didedahkan kepada pengetahuan,

kemahiran

dan

kefahaman

mengenai

faktor-faktor

yang

mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai

suatu perniagaan. Pelajar juga akan mempelajari tentang pelbagai

faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran

ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu

pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi

penekanan dalam pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja

kursus.

Referensi

Dokumen terkait

Program pemerintah Kabupaten Nganjuk dalam usaha mempercepat pembangunan jalan adalah dengan menggali partisipasi masyarakat melalui penyediaan aspal dan mesin

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis respon fisiologi tubuh hewan model terhadap implantasi Stainless Steel AISI 316L selama 2,5 bulan dilihat dari aspek jumlah

Dengan kontribusi tersebut tidak diragukan lagi bahwa remitansi internasional merupakan sumber dana penting bagi pembangunan negara berkembang penerima remitansi karena selain

Aptarus mokymo(si) struktūrą, mokytojo ir mokinio sąveiką perimant ugdymo turinį, siekiama išryškinti mokymo proceso mokiniui daromą universalų poveikį, jo įtaką

Sistem yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mcnycdiakan pakej pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa lnggcris dan aha Cina yang khusus

SDN Gilianyar terletak di kecamatan Kamal kabupaten Bangkalan Madura. Kondisi lingkungan di daerah SDN Gilianyar merupakan lingkungan masyarakat yang mayoritas

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui (1) pengaruh merek tehadap keputusan pembelian; (2) pengaruh motivasi konsumen terhadap keputusan pembelian;

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya, sehingga penyusunan skripsi dengan judul “PERBEDAAN SEBELUM DAN