• Tidak ada hasil yang ditemukan

[A RETROSPECTIVE ANALYSIS OF THE ARRIVAL OF ISLAM TO INDIA AND ITS IMPACT ON REGIONAL GEOPOLITICS]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "[A RETROSPECTIVE ANALYSIS OF THE ARRIVAL OF ISLAM TO INDIA AND ITS IMPACT ON REGIONAL GEOPOLITICS]"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,22(1): 140-150

https: / / journal.unisza.edu.my / jimk

[A RETROSPECTIVE ANALYSIS OF THE ARRIVAL OF ISLAM TO INDIA AND ITS IMPACT ON REGIONAL GEOPOLITICS]

ANALISIS RETROSPEKTIF KEMASUKAN ISLAM KE INDIA DAN IMPAKNYA TERHADAP GEOPOLITIK SERANTAU

MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI1

EZAD AZRAAI JAMSARI1*

MOHD ROSLAN MOHD NOR2

1 Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

2 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA

*Corresponding Author: ezad@ukm.edu.my

Received Date: 15 January 2021 • Accepted Date: 15 March 2021 Abstract

The Indian subcontinent is one of the first regions into which Islam entered since the era of the Righteous Caliphs. The Indian territory also witnessed the advancement of Islamic civilization due to the emergence of Islamic powers in the area. Nevertheless, the historical accounts of Islam’s entry into India which focused more on futuhat (Islamic expansion) movements gave rise to the view that Islam came to the region only through expansionist policies. In light of those, this study aims to examine Islam’s expansion into India and its impact on the geopolitics of the region. In general, this study used a qualitative research method via approaches of historical study and content analysis in collecting and analyzing information from the relevant primary and secondary sources. The findings of the study showed that the spread of Islam into the Indian territory was achieved via two ways, namely by trade and by futuhat. The wise approach and good conduct of Muslim preachers, traders and armies towards the local communities enabled the spread of Islam to India. Furthermore, India was also host to the emergence of a number of Islamic kingdoms, beginning from the Ghaznavid dominion to the emergence of the Mughal Kingdom.

Keywords: Futuhat, Umayyad-era India, Muhammad ibn al-Qasim, Arab-Indian trade, Islamic military history

Abstrak

Wilayah India merupakan antara kawasan yang awal menerima Islam, iaitu sejak era Khulafa’ al-Rashidin. Wilayah India turut menyaksikan perkembangan tamadun Islam disebabkan kemunculan kuasa Islam di kawasan berkenaan. Namun begitu, naratif sejarah kemasukan Islam ke India yang lebih tertumpu kepada gerakan futuhat telah menimbulkan pandangan bahawa Islam datang ke wilayah tersebut hanya melalui futuhat. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.552

(2)

meneliti kemasukan ke India dan impaknya terhadap geopolitik di wilayah berkenaan. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan dalam mengumpul serta menganalisis maklumat daripada sumber-sumber utama dan sekunder yang relevan. Dapatan kajian menunjukkan kemasukan Islam ke wilayah India ialah menerusi dua cara, iaitu perdagangan dan futuhat. Pendekatan berhikmah dan layanan baik daripada golongan pendakwah, pedagang dan tentera Islam terhadap masyarakat tempatan telah memungkinkan penyebaran Islam ke India. Tambahan pula, India turut menjadi tapak kemunculan kerajaan-kerajaan Islam yang lain, bermula dari penguasaan Kerajaan Ghaznawi hingga kemunculan Kerajaan Mughal.

Kata kunci: Futuhat, India era Umawi, Muhammad ibn al-Qasim, perdagangan Arab-India, sejarah ketenteraan Islam

PENGENALAN

Anjum (2007) menghujahkan kemunculan pemerintahan Islam di India merupakan suatu perkembangan penting dalam sejarah benua kecil berkenaan. Peristiwa berkenaan menyebabkan India pernah berada di bawah kekuasaan Islam dan menjadi tapak warisan Islam yang masih wujud sehingga kini. Malah, kemunculan pemerintahan Islam ini telah memungkinkan dakwah Islam semakin berkembang ke India. Bagaimanapun, kebanyakan kajian sejarah memerihalkan permulaan sejarah Islam di India, termasuk kedatangan Islam ke wilayah berkenaan, dengan gerakan futuhat yang dilancarkan ketika era pemerintahan Umawi.

Futuhat Islamiyyah berkenaan menyebabkan wilayah Islam bertambah luas, bahkan ekspedisi

ketenteraan paling jauh pernah sampai ke selatan wilayah Perancis (Ikram, 1964). Ekspedisi ketenteraan sedemikian turut digerakkan ke wilayah sebelah Timur, iaitu India, yang turut dikenali sebagai wilayah al-Sind wa al-Hind (Ahmad, 1979). Gerakan yang diketuai oleh Muhammad ibn al-Qasim telah berjaya menembus masuk ke wilayah India sekali gus menyebarluaskan dakwah Islamiyyah ke wilayah berkenaan dan seterusnya membuka pintu kepada kemunculan pelbagai kerajaan Islam di India (Tarikuddin, 2012). Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti kemasukan ke India dan impaknya terhadap geopolitik di wilayah berkenaan. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan dalam mengumpul serta menganalisis maklumat daripada sumber-sumber utama dan sekunder yang relevan.

INDIA SEBELUM ISLAM

Sebelum Islam sampai di India, wilayah tersebut diperintah oleh pelbagai kuasa yang berteraskan ajaran Hindu dan Buddha. Bahkan, India turut menjadi tapak kepada tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Indus (Fadilah et al., 2004). Penemuan hasil arkeologi di kawasan Harappa dan Mohenjo-Daro sejak tahun 1920 menunjukkan masyarakat di Lembah Sungai Indus mencapai satu tahap yang tinggi dalam ketamadunan. Antara penemuan tersebut ialah

Cite as: Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Ezad Azraai Jamsari & Mohd Roslan Mohd Nor. (2021). Analisis retrospektif kemasukan Islam ke India dan impaknya terhadap geopolitik serantau. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 22(1): 140-150.

(3)

pembangunan bandar yang teratur, sistem jalan raya yang lebar, sistem perparitan tertutup dan benteng penghalang banjir. Aktiviti pertanian dan perdagangan ketika itu tidak bersifat domestik malah turut berkembang ke wilayah luar, khususnya tamadun Mesopotamia. Fakta tersebut menunjukkan India pernah menjadi tapak bagi sesebuah tamadun awal manusia dan sejarah tersebut menjadi daya penarik kepada beberapa kerajaan kemudian untuk menguasai wilayah India.

Bagaimanapun, peradaban di Lembah Indus semakin merosot setelah kemasukan bangsa Aryan kira-kira tahun 2,000 SM (Upshur, 2008a). Kemaraan bangsa Aryan ke seluruh India, termasuk Lembah Ganges, Jamuna dan Doab telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dan seterusnya membentuk sebuah empayar yang besar, antaranya seperti Empayar Maurya dan Empayar Gupta (Upshur, 2008b). Tambahan pula, India turut mempunyai hubungan dengan kerajaan-kerajaan Arab sejak sebelum kemunculan Islam, antaranya dengan Kerajaan Ma‘an dan Saba’ (1200-115 SM). Misalnya, Asoka sendiri pernah menghantar duta, yang turut berperanan sebagai pendeta agama ke pemerintah Syria, Mesir, Macedonia dan Epirus (Panikkar, 1963). Sungguhpun penghantaran duta berkenaan bertujuan untuk menyebarkan fahaman Buddha yang dianuti oleh Asoka, namun ia membuktikan hubungan diplomatik antara India dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Arab telah wujud pada masa lampau. Selain itu, hubungan antara India dengan Tanah Arab turut meliputi hal-ehwal perdagangan. Hubungan berkenaan terus berlanjutan setelah kedatangan Islam dari Tanah Arab (Wink, 1991; Mahayudin & Ahmad Jelani, 1993)

KEMASUKAN ISLAM KE INDIA

Secara umumnya, Islam datang ke India melalui dua cara, iaitu perdagangan dan gerakan

futuhat. Malah cara kemasukan Islam melalui perdagangan berlaku lebih awal memandangkan

kewujudan hubungan perdagangan antara India dengan Semenanjung Tanah Arab. Hubungan perdagangan antara kedua-dua kawasan ini telah terjalin sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW lagi (Anjum, 2007). Sementara itu, gerakan futuhat ke India berlaku sedikit lewat dan hanya aktif setelah Kerajaan Umawiyyah yang berpusat di Dimashq menerajui pemerintahan dan menggerakkan polisi pembukaan wilayah.

Perdagangan

Menurut Khan (1992), kemasukan Islam ke India melalui tiga golongan, iaitu golongan pedagang yang datang terus dari Tanah Arab, golongan pedagang dari Iran, Afghanistan dan Baluchistan serta golongan yang mengikut kempen ketenteraan di bawah pimpinan Muhammad ibn al-Qasim. Berdasarkan kenyataan tersebut dan ditambah pula dengan hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan India yang sudah terjalin lama, lantas kedatangan Islam ke India dipercayai melalui perdagangan terlebih dahulu berbanding dengan futuhat. Hal ini dikukuhkan lagi kewujudan penempatan masyarakat Arab di India sejak era Khulafa’ al-Rashidin, khususnya di kawasan-kawasan pelabuhan seperti Ceylon (kini Sri Lanka), Saurashtra, Gujerat, Maldives, Malabar, Quilon dan Coromandel (Nizami, 1994). Malah, kawasan penempatan Arab di India dikatakan wujud sebelum berlakunya gerakan futuhat pada awal abad ke-8M (Anjum, 2007). Kawasan penempatan ini bukan hanya mempunyai

(4)

kemudahan kediaman untuk golongan pedagang semata-mata, bahkan turut mempunyai masjid yang berperanan sebagai pusat pendidikan ilmu Islam bagi golongan pedagang berkenaan. Pembinaan masjid ini secara tidak langsung menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk memeluk Islam memandangkan kewujudan para ulama ke kawasan berkenaan. Malah, terdapat segelintir daripada para pedagang Arab itu sendiri merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu Islam dan berperanan sebagai imam dalam masyarakat setempat (Qureshi, 1998). Justeru, tidak menghairankan jika agama Islam dapat disebarkan lebih awal dan damai di kawasan selatan India, khususnya di kawasan pantai, berbanding di kawasan utara India.

Kemasukan Islam melalui perdagangan dan kehadiran ulama banyak membantu dalam penyebaran Islam di selatan India sehingga mewujudkan beberapa penempatan masyarakat Islam di sana. Kesan daripada peranan pedagang Islam ini dapat dilihat kepada penyebaran agama Islam ke kawasan yang lebih jauh, antaranya Alam Melayu. Perkara ini didorong oleh misi dakwah yang dibawa oleh golongan pedagang ketika mereka berdagang di kawasan Alam Melayu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke China (Wink, 1991). Berdasarkan perbincangan berkenaan, jelas menunjukkan laluan perdagangan di Lautan Hindi telah dikuasai oleh pedagang Islam sebelum misi futuhat dilancarkan. Malah, penguasaan terhadap laluan perdagangan tersebut semakin bertambah kuat setelah beberapa kerajaan Islam muncul dan menguasai kawasan-kawasan yang berada dalam lingkungan laluan perdagangan berkenaan.

Selain itu, hubungan perdagangan ini turut merancakkan pergerakan komuniti India ke Tanah Arab. Misalnya, masyarakat India dikenal pasti pernah wujud dan mendiami kawasan Tanah Arab ketika zaman Khulafa’ al-Rashidin. Kedatangan mereka rata-rata sebagai pedagang yang bertujuan untuk menjual barang dagangan mereka ke Eropah melalui Tanah Arab. Sementelahan itu, Raja Sri Lanka turut pernah menghantar utusan menemui Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab RA bagi mendapatkan maklumat tentang Nabi Muhammad SAW. Hasilnya, Raja Sri Lanka tersebut telah memeluk agama Islam setelah mendengar cerita daripada utusan beliau tentang Rasulullah SAW, Abu Bakr al-Siddiq RA dan ‘Umar ibn al-Khattab RA yang digambarkan sebagai insan yang zuhud (Nizami, 1994).

Gerakan Futuhat

Manakala di utara India pula, kedatangan Islam lebih cenderung kepada cara gerakan futuhat yang memerlukan kepada tindakan ketenteraan. Futuhat Islamiyyah ke India dijalankan secara giat dan mencapai kejayaan ketika zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyyah, khususnya setelah penawanan wilayah Sind oleh tentera pimpinan Muhammad ibn al-Qasim pada tahun 712 (Islam, 1996). Bagaimanapun, dakwah Islam dan futuhat ke wilayah tersebut telah berlaku lebih awal, iaitu sewaktu pemerintahan Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab RA (Abdullah, 1992). Gabenor al-Bahrayn, al-Hakam ibn Abu al-‘As RA telah mengambil inisiatif menyeberangkan para pendakwah dan tentera Islam ke Daybul.

Selain itu, peristiwa futuhat yang berlaku pada 23H/644M ini menyaksikan pembukaan dua buah kota yang terletak di barat wilayah India, iaitu Sijistan dan Makran. Ekspedisi futuhat ke Sijistan diketuai oleh ‘Asim ibn ‘Amru sambil dibantu oleh ‘Abd Allah ibn ‘Umayr telah menawan kota tersebut dengan mudah setelah penduduknya menuntut perdamaian, mengakui kekuasaan Islam dan bersedia membayar kharaj dan jizyah. Manakala, ekspedisi futuhat ke Makran diketuai oleh Hakam ibn ‘Amru Taghlibi dan dibantu oleh Shihab ibn

(5)

al-Mukhariq, Suhayl ibn ‘Adi dan ‘Abd Allah ibn ‘Utban telah menerima tentangan sengit daripada tentera raja Sind. Setelah tentera Islam mencapai kemenangan, al-Hakam ibn ‘Amru telah menulis surat kepada Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab RA bagi menyampaikan berita kejayaan tersebut dan memberi maklumat tentang kawasan yang baru dikuasai. Al-Hakam ibn ‘Amru telah menggambarkan kawasan tersebut sebagai kawasan bergunung-garang, kering kontang, tidak subur, terlalu banyak perompak dan tidak memberi manfaat yang besar. Disebabkan isi surat tersebut, khalifah mengambil keputusan untuk menangguhkan ekspedisi

futuhat terlebih dahulu. Hal ini disebabkan ‘Umar ibn al-Khattab RA beranggapan wilayah

India masih asing bagi pendakwah dan tentera Islam (Ibn al-Athir, 1995; Mohamad Zulfazdlee et al., 2013). Selain itu, kekurangan kelengkapan dan kemahiran dalam mengendalikan alatan perang, khususnya di kawasan laut, menyebarkan ‘Umar ibn al-Khattab RA membuat ketetapan untuk menjalankan misi dakwah dan futuhat ke kawasan yang boleh dilalui menerusi jalan darat dan berdekatan dengan wilayah Hijaz.

Kegiatan futuhat diteruskan setelah Kerajaan Umawiyyah mula menerajui tampuk pemerintahan khilafah di Dimashq (Talukdar, 1966). Ekspedisi ketenteraan bermula semenjak pemerintahan khalifah Umawiyyah yang pertama, Mu‘awiyah ibn Abi Sufyan RA. Pada tahun 43H/663M, ekspedisi ketenteraan dipimpin oleh ‘Abd Allah ibn ‘Amir ‘Abd al-Rahman ibn Samrah telah digerakkan ke Sijistan. Tentera tersebut telah menewaskan musuh sehingga berjaya membuka beberapa kawasan termasuk Kabul. Pada tahun berikutnya, ekspedisi ketenteraan telah digerakkan ke wilayah Sind di bawah pimpinan al-Muhallab ibn Abi Safrah. Dalam ekspedisi berkenaan, tentera Umawi telah bertempur lalu mengalahkan musuh di wilayah al-Qiqan. Kemenangan berkenaan telah memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Umawiyyah di sebelah timur, terutama di kota-kota penting seperti Ahwaz, Multan dan Kabul (Marad, 2011).

Namun begitu, pembukaan India pada tahun 92H/712M dilihat lebih signifikan kerana kejayaan tersebut telah memberi ruang kemasukan Islam ke India. Tambahan pula, dakwah Islamiyyah turut berkembang melalui kejayaan berkenaan disebabkan polisi pentadbiran yang diterapkan oleh gabenor Umawiyyah di wilayah India menambat hati masyarakat di sana untuk memeluk Islam. Kejayaan menawan keseluruhan Sind dan Multan, yang merupakan kunci kepada wilayah India telah dicapai oleh tentera Islam pimpinan Muhammad ibn al-Qasim (Khan, 1992). Menurut Hamidi (1997), kejayaan Muhammad ibn al-Qasim ini telah merintis kepada perkembangan kegiatan intelektual Muslim di beberapa kota di Sind, seperti Mansura dan Daybul, dan dianggap sebagai batu asas bagi penubuhan negara Pakistan pada era moden. Pandangan ini dilontarkan bersandarkan kepada kesan kedatangan Muhammad ibn al-Qasim disifatkan mengubah pola sosiobudaya masyarakat di Sind sekaligus berjaya membentuk sebuah pentadbiran Islam di luar kawasan Tanah Arab.

Secara asasnya, gerakan futuhat ke India pada tahun 92H/712M telah dicetuskan oleh al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi (Wink, 1991). Beliau telah mendapat maklumat bahawa golongan penentang Kerajaan Umawiyyah, yang terdiri daripada golongan mawali telah melarikan diri ke Sind, Kabul dan Transoxiana bagi mengelak daripada ditangkap oleh pihak khalifah. Sehubungan itu, al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi mencadangkan kepada khalifah agar satu usaha ketenteraan perlu dilakukan dengan menumpukan kepada wilayah di sebelah timur untuk membasmi golongan penentang berkenaan. Dengan persetujuan khalifah, al-Hajjaj ibn Yusuf Thaqafi menggerakkan satu ekpedisi ketenteraan ke Kabul yang dipimpin oleh Ibn

(6)

al-Ash‘ath dan satu lagi ekspedisi sama ke wilayah Sind yang diketuai oleh pemuda berusia 17 tahun, Muhammad ibn al-Qasim.

Menurut Panikkar (1963), gerakan futuhat pimpinan Muhammad ibn al-Qasim merupakan gerakan futuhat ke India yang sebenar. Gerakan futuhat berkenaan disifatkan sebagai perintis kepada kekuasaan Islam di India, terutama selepas kejayaan Muhammad ibn al-Qasim menawan kota Multan dan menewaskan Raja Dahir. Malah, dakwah Islamiyyah dapat disebarkan ke wilayah India dengan lebih mudah hasil kejayaan gerakan futuhat tersebut. Namun demikian, objektif utama gerakan futuhat ke India bukan untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat di India. Misi tersebut digerakkan bertujuan untuk mencari dan menangkap golongan penentang Kerajaan Umawiyyah yang bersembunyi di sana. Bagaimanapun, terdapat satu peristiwa yang menyebabkan al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi mengambil keputusan nekad untuk menghantar tentera ke wilayah India, iaitu perselisihan beliau dengan pemerintah Sind pada waktu itu, iaitu Raja Dahir (Wink, 1991).

Peristiwa tersebut bermula apabila rombongan kapal yang membawa beberapa keluarga Muslim, khususnya golongan janda dan kanak-kanak telah dikirim oleh pemerintah Ceylon kepada al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Rombongan berkenaan dihantar kepada al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi disebabkan ramai daripada golongan lelaki yang merupakan pedagang Arab dan menetap di Ceylon telah meninggal dunia di wilayah berkenaan. Justeru, pemerintah Ceylon mengambil inisiatif untuk membawa mereka pulang semula ke Tanah Arab melalui al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Malangnya, rombongan berkenaan telah diserang oleh pihak lanun di perairan Daybul. Memandangkan kawasan perairan berkenaan berada dalam penguasaan Raja Dahir, maka al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi telah mengirimkan utusan bernama ‘Ubayd Allah ibn Nabhan untuk bertemu Raja Dahir lalu mendesak raja tersebut untuk bertindak menyelamatkan mangsa keganasan pihak lanun.

Lebih malang lagi, Raja Dahir telah menolak permintaan al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi atas alasan kegiatan pihak lanun berkenaan berada di luar kawalannya. Malah, utusan al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi turut dibunuh. Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi yang menerima khabar tersebut naik berang lalu mengarahkan gabenor al-Bahrayn dan Oman, Badil ibn Tuhfat untuk menggerakkan tentera menuju ke Daybul. Bagaimanapun, tentera Kerajaan Umawiyyah ini turut mengalami nasib yang sama seperti utusan al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Ekoran daripada peristiwa tersebut, al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi telah meminta kebenaran dan bantuan ketenteraan daripada Khalifah al-Walid ibn ‘Abd al-Malik untuk menyerang Raja Dahir. Beliau mengesyaki bahawa pihak lanun yang terlibat merupakan golongan penentang Kerajaan Umawiyyah dan Raja Dahir bersubahat dalam melindungi kelompok ini (al-Baladhuri, t.th.).

Demi menjayakan misi ketenteraan ini, al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi telah memberikan kepercayaan kepada seorang pemuda berusia 17 tahun, iaitu Muhammad ibn al-Qasim untuk mengetuai angkatan tentera ke India (Baloch, 1998; Avari, 2013). Angkatan ini dianggotai seramai 6,000 tentera berkuda dari Iraq dan Sham serta dilengkapi dengan 6,000 ekor unta dan beberapa senjata berat seperti manjanik (al-Shayyal, 1968). Lokasi pertama yang dituju oleh angkatan tentera ini ialah Daybul kerana peristiwa serangan lanun ke atas kapal rombongan umat Islam yang dihantar oleh pemerintah Ceylon. Dalam perjalanan ke Daybul, tentera Islam berjaya menawan beberapa kota, antaranya Makran, Qannazbr dan Armayil (Talukdar, 1966). Setelah itu, tentera Islam mara ke Daybul dan berjaya menawan kota tersebut

(7)

pada tahun 93H/712M. Mereka berjaya menumpaskan para lanun yang berleluasa di Daybul dan menyelamatkan orang Islam yang menjadi tawanan sebelum ini. Beberapa tindakan awal telah dilakukan oleh Muhammad ibn al-Qasim bagi mengukuhkan kedudukan tentera Islam di Daybul, antaranya mendirikan sebuah masjid bagi melambangkan kewujudan kuasa Islam di situ. Selain itu, Muhammad ibn al-Qasim turut mewujudkan sebuah bandar bagi penempatan umat Islam di Daybul dan menempatkan kira-kira 4,000 orang Islam di situ (Baloch, 1998). Tindakan tersebut disifatkan sebagai suatu tindakan politik yang bijak bagi mengukuhkan kuasa Islam di India, terutama Daybul baru sahaja ditawan. Sekiranya tindakan sedemikian tidak dilakukan, kemungkinan Daybul boleh dirampas semula oleh tentera Hindu dan menjadi tapak untuk Raja Dahir menyerang pula wilayah lain yang dikuasai oleh tentera Islam.

Setelah itu, tentera Islam telah mara dan berjaya menawan beberapa kota secara aman, antaranya Nayrun dan Sahwan (al-Shayyal, 1968). Penawanan kota-kota tersebut dilihat sebagai suatu strategi Muhammad ibn al-Qasim untuk menguasai bekalan air dan makanan sekaligus menyekat bekalan tersebut sampai kepada Raja Dahir. Kemaraan tenterea Islam diteruskan menuju ke kubu Rawar yang terletak berhampiran dengan Sungai Indus. Di kubu tersebut, Raja Dahir telah mempersiapkan kira-kira 50,000 askar bagi menghadapi kemaraan tentera Muhammad ibn al-Qasim. Kepungan ke atas kubu tersebut mengambil masa kira-kira lima hari sebelum tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Hindu ini. Raja Dahir yang memimpin sendiri angkatan perang dengan menaiki gajah telah berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Berikutan kejayaan tersebut, Muhammad ibn al-Qasim telah dilantik sebagai gabenor Sind bagi pihak khalifah Umawiyyah. Malah, Muhammad ibn al-Qasim turut menghantar 1/5 harta ghanimah, golongan hamba, puteri-puteri Raja Dahir dan kepala Raja Dahir kepada al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi sebagai bukti kejayaan beliau. Kejayaan menumpaskan Raja Dahir telah memudahkan Muhammad ibn al-Qasim untuk menawan beberapa kota lain secara aman seperti Aror, Brahmanabad dan Multan (Avari, 2013).

Para pengkaji sejarah telah membincangkan faktor-faktor kejayaan Muhammad ibn al-Qasim dalam memimpin ekspedisi ketenteraan ke wilayah India. Rata-rata pengkaji menyifatkan faktor dalaman merupakan antara faktor utama kepada kejayaan tersebut, seperti semangat jihad dalam kalangan tentera Islam dan organisasi ketenteraan yang kuat, tersusun dan berpengalaman, terutama sekali tentera pimpinan Muhammad ibn al-Qasim ini merupakan tentera yang pernah menyertai jihad di Iraq dan Sham. Namun demikian, Avari telah membawakan dua faktor lain yang disifatkan turut menyumbang kepada kejayaan Muhammad ibn al-Qasim. Faktor pertama ialah kelengkapan tentera Islam lebih canggih berbanding kelengkapan tentera Raja Dahir. Tentera Islam bukan sahaja terdiri daripada tentera berkuda dan unta semata-mata, bahkan turut dilengkapi dengan manjanik bagi melancarkan serangan, terutama ke kota Daybul dan kubu Rawar (Avari, 2013). Pendapat ini turut disokong oleh al-Shayyal yang menyatakan tentera Islam menggunakan manjanik yang amat besar, dikenali sebagai al-‘Urus bagi melancarkan serangan yang dahsyat ke atas tentera Raja Dahir (al-Shayyal, 1968).

Faktor kedua yang dikemukakan oleh Avari (2013) ialah keengganan golongan Buddha membantu Raja Dahir menghadapi kemaraan tentera pimpinan Muhammad ibn al-Qasim. Raja Dahir dilihat sebagai seorang raja yang tidak adil dan sentiasa menyebelahi golongan Hindu. Golongan Buddha, yang rata-rata terdiri daripada para peniaga dan pendeta, berasa didiskriminasi oleh Raja Dahir. Bagaimanapun, perbalahan antara golongan Hindu dengan

(8)

Buddha bermula lebih awal apabila bapa Raja Dahir, Raja Chach, telah bertindak menumbangkan Kerajaan Rai yang berfahaman Buddha di Sind. Akibat tindakan tersebut, maka golongan Buddha sentiasa menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah Hindu ini. Situasi menjadi bertambah teruk setelah Raja Dahir memerintah Sind disebabkan polisi pentadbiran yang disifatkan tidak adil kepada golongan Buddha. Justeru, kedatangan Muhammad ibn al-Qasim ke Sind disambut baik oleh golongan Buddha, terutama sekali golongan Buddha ini menyifatkan kaum Arab merupakan golongan yang baik kerana mereka mempunyai hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Pendapat sedemikian turut ditegaskan oleh Nizami (1994) dalam makalahnya, yang menyatakan krisis hubungan antara golongan Buddha dengan Hindu, terutama Brahman, jelas tidak memihak kepada Raja Dahir. Ketika Raja Dahir meminta bantuan kewangan daripada golongan Buddha bagi menghadapi tentera Islam, mereka enggan memberikan bantuan dengan memberikan alasan bahawa agama Buddha merupakan agama keamanan dan melarang sebarang bentuk pertumpahan darah.

Meskipun, Ikram (1964) berpendapat faktor kepada kejayaan Muhammad ibn al-Qasim adalah daripada al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi. Beliau disifatkan sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menggerakkan futuhat ke wilayah India. Al-Hajjaj ibn Yusuf al-Thaqafi pula hanya bertindak sebagai penasihat kepada Muhammad ibn al-Qasim dalam mengatur perancangan gerakan ketenteraan ini. Pelbagai faktor yang dikemukakan ini sama sekali tidak boleh menafikan kejayaan Muhammad ibn al-Qasim boleh dianggap sebagai kunci untuk Islam sampai ke India. Bahkan, masyarakat di India jelas lebih selesa untuk hidup di bawah pentadbiran Muhammad ibn al-Qasim berbanding pentadbiran sebelumnya. Hal ini dapat dilihat apabila hampir 60% daripada keseluruhan wilayah di India itu dibuka secara aman atau menerusi perjanjian. Polisi Muhammad ibn al-Qasim yang memberi keamanan dan toleransi beragama kepada masyarakat di India menyebabkan mereka berasa selamat untuk berada di bawah pemerintahan Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Muhammad ibn al-Qasim menyifatkan golongan Hindu dan Buddha sebagai ahl al-kitab dan menjamin keselamatan nyawa serta harta mereka. Golongan ini tidak dipaksa untuk menganut Islam dan hanya dikenakan bayaran jizyah sebagai suatu bentuk pengakuan kepada kuasa Islam. Polisi yang diamalkan menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di India tertarik untuk menganut agama Islam (Avari, 2013; Mohamad Zulfazdlee et al., 2013).

Selain itu, Muhammad ibn al-Qasim melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran di Sind, antaranya mewujudkan beberapa jabatan seperti Bayt Mal, Diwan

al-Salat, Diwan al-Qada’ dan Diwan al-Kharaj. Beliau turut menggalakkan penyertaan anak-anak

tempatan dalam jabatan kerajaan ini. Dalam konteks intelektual, Muhammad ibn al-Qasim berusaha menjadikan wilayah Sind sebagai tempat percambahan ilmu. Banyak masjid dibina berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu dan hal sedemikian telah menarik ramai ilmuwan Islam untuk datang ke Sind, antaranya seperti Abu Hafs al-Asadi, al-Rabi‘ ibn Sabih, ‘Amru ibn Muslim al-Bahili dan al-Mufaddal ibn al-Muhallab (Nizami, 1994). Selepas Muhammad ibn al-Qasim dilucutkan jawatan oleh Khalifah Sulayman ibn ‘Abd al-Malik, gerakan futuhat masih diteruskan oleh para gabenor selepas itu ke beberapa kawasan di India. Misalnya, ekspedisi ketenteraan pimpinan ‘Amru ibn Muslim al-Bahili pada tahun 100H/719M dan ekspedisi ketenteraan pimpinan al-Junayd ibn ‘Abd al-Rahman pada tahun 105H/724M (Talukdar, 1966). Sementalahan itu, wilayah India menikmati zaman keamanan ketika pemerintahan Khalifah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz (99-101H). Amalan politik yang lebih terbuka

(9)

dan sedia untuk berbincang menyebabkan raja-raja Hindu dan masyarakat India menghormati khalifah. Kesempatan ini turut dimanfaatkan oleh ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz untuk menyeru mereka memeluk agama Islam. Terdapat sebilangan raja Hindu yang menyambut seruan tersebut, antaranya Raja Jishabah ibn Dahir. Bagaimanapun, situasi wilayah India ketika era Umawi turut mengalami pasang surut. Suhu politik di wilayah ini kerap panas kerana wujud banyak pemberontakan terhadap khalifah di Dimashq, sama ada pemberontakan yang dilancarkan oleh raja-raja Hindu atau bekas gabenor Kerajaan Umawiyyah sendiri. Hal sebegini berterusan sehingga Kerajaan Umawiyyah di Dimashq tumbang pada tahun 132H/750M dan urusan khilafah diambil alih oleh Kerajaan ‘Abbasiyyah. Bagaimanapun, kejayaan Muhammad bin al-Qasim telah membuka jalan kekuasaan Islam di India sehingga menyaksikan beberapa kerajaan Islam muncul selepas itu, antaranya seperti Kerajaan Ghaznawi, Kerajaan Ghuri, Kesultanan Delhi dan Kerajaan Mughal (Hashmi, 1958; Nazim, 1971; Bosworth, 1977; Schimmel, 1980; Nizami, 1981; Wheeler, 1990; Qadir, 1994; Asher & Talbot, 2006).

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan dan perbincangan yang diperihalkan, kajian ini menghujahkan bahawa kemasukan Islam ke India telah berlaku melalui dua cara, iaitu perdagangan dan futuhat. Kemasukan Islam melalui perdagangan berlaku lebih awal dan lebih tertumpu di kawasan pantai di selatan India sementara futuhat pula berlaku lewat dan hanya giat dijalankan ketika era Umawi dengan menumpukan kawasan utara India. Namun demikian, golongan pedagang dan tentera Islam ketika itu telah menunjukkan sifat toleran dan berakhlak terhadap masyarakat setempat sehingga mampu menarik mereka untuk memeluk Islam dan mengakui kekuasaan Islam di India. Malah, gerakan futuhat yang diketuai oleh Muhammad ibn al-Qasim telah memberikan impak besar kepada geopolitik di India menerusi kemunculan pelbagai kerajaan Islam di wilayah berkenaan selepas itu.

PENGHARGAAN

Makalah ini ialah sebahagian daripada hasil kajian Kumpulan Penyelidikan ‘Sejarah Ketenteraan dan Tamadun Islam’ (SAKTI) menerusi Geran Universiti Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kod: GUP-2019-027.

RUJUKAN

Abdullah Ishak (1992). Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Ahmad, S.M. (1979). Hind. Dlm. Encyclopaedia of Islam. Vol. 3. Leiden: E.J. Brill.

Anjum, T. (2007). The emergence of Muslim rule in India: Some historical disconnects and missing links. Islamic Studies 46(2): 217-240.

Asher, C.B. & Talbot, C. (2006). India Before Europe. Cambridge: Cambridge University Press.

Avari, B. (2013). Islamic Civilization in South Asia: A History of Muslim Power and Presence

(10)

al-Baladhuri, Abu al-Hassan (t.th.). Futuh al-Buldan. Tahqiq. Ridwan, Muhammad. al-Qahirah: al-Maktabat al-Tijariyyah al-Kubra.

Baloch, N.A. (1998). Administration of Sindh under the Caliphate. Journal of The Pakistan

Historical Society XLVI(3): 5-21.

Bosworth, C.E. (1977). The Later Ghaznavids: Splendour and Decay. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Fadilah Zaini, Ahmad Rupaai Mamat & Norashikin Mahmud. (2004). Tamadun India. Dlm. Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,

China dan Jepun. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hamidi, T.H. (1997). Entry route of Muhammad bin Qasim in South Eastern Sindh. Journal of

The Pakistan Historical Society 45: 337-345.

Hashmi, Y.A. (1958). Society and religion under the Ghaznawids. Journal of Pakistan

Historical Society 6(1): 254-268.

Ibn al-Athir, ‘Ali ibn Muhammad. (1995). al-Kamil fi al-Tarikh. Jil. 2. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ikram, S.M. (1964). Muslim Civilization in India. New York: Columbia University Press. Islam, A. (1996). Arab rule in Sindh after the Umayyads. The Pakistan Journal of History and

Culture 17(1): 1-10.

Khan, M.S. (1992). The five Arab states in South Asia (8th to 11th centuries). Hamdard

Islamicus 15(2): 5-28.

Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi (1993). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Marad, M. (2011). al-Futuhat al-Islamiyyah. al-Qahirah: Dar al-Fajr li al-Turath.

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Mohd Roslan Mohd Nor & Ezad Azraai Jamsari (2013). Perbahasan sejarah Islam di India dalam Kamil fi Tarikh karya Ibn al-Athir. Islamiyyat: Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam 35(2): 35-46.

Nazim, M. (1971). The Life and Times of Sultan Mahmud of Ghazna. New Delhi: Munshiram Manoharlal.

Nizami, K.A. (1981). The Delhi sultanate and the Mughal empire: Genesis and salient features.

Islamic Culture LV(3): 169-190.

Nizami, K.A. (1994). Early Arab contact with South Asia. Journal of Islamic Studies 5(1): 52-69.

Panikkar, K.M. (1963). A Survey on Indian History. Bombay: Asia Publishing House.

Qadir, K. (1994). Survey of Muslim politics in the Delhi sultanate. Journal of The Pakistan

Historical Society XLII(2): 155-171.

Qureshi, I.H. (1998). The Muslim Community of the Indo-Pakistan Subcontinent (610-1947). Delhi: Renaissance Publishing House.

Schimmel, A. (1980). Islam in the Indian Subcontinent. Leiden: E. J. Brill.

al-Shayyal, Jammal al-Din (1968). Tarikh Dawlat Abatirah al-Mughul al-Islamiyyah fi al-Hind. al-Iskandariyyah: Munsha’at al-Ma‘arif.

Talukdar, M.H.R. (1966). The Arab invasions of al-Sind and al-Hind. Journal of The Pakistan

Historical Society 14(2): 104-127.

Tarikuddin Hassan (2012). Pemerintahan Kerajaan Islam di Negara India

(11)

Upshur, J.L. (2008a). Aryan invasion. Dlm. Encyclopedia of World History. Vol. 1. New York: Facts On File Inc.

Upshur, J.L. (2008b). Mauryan empire. Dlm. Encyclopedia of World History. Vol. 1. New York: Facts On File Inc.

Wink, A. (1991). Al-Hind: The Making of The Indo-Islamic World. Jil. 1. Leiden: E.J. Brill. Wheeler, J.T. (1990). Indian Historical Researches: India Under the Muslim Rule. Vol. 4. New

Referensi

Dokumen terkait

Penerapan model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBM) juga meningkatkan kualitas proses pembelajaran dimana hasil aktivitas guru dalam proses pembelajaran dari siklus I

Nilai serapan elektrolit membran dapat ditentukan dengan persamaan (2). Tabel 3 menunjukkan hasil perhitungan Electrolyte Uptake dengan variasi jenis nonsolvent. Jenis

• Frekuensi alternatif: Ketika RDS diaktifkan, radio mobil secara otomatis akan dinonaktifkan agar dapat menerima frekuensi dari stasiun pemancar yang telah ditentukan.... 7

Aset keuangan dalam kelompok tersedia untuk dijual adalah aset keuangan non-derivatif yang ditetapkan untuk dimiliki untuk periode tertentu dimana akan dijual dalam rangka

Mencemati uraian tersebut maka Koperasi Serba Usaha Pandawa Domas sangat bermotivasi untuk semangat kerja dengan adanya tingkat disiplin yang tinggi, mempunyai

Saya akan berteman dengan orang yang dapat memberikan manfaat bagi saya.. Keluhan sahabat saya membuat saya bosan

Untuk nilai COP tertinggi pada heat pump tanpa mengunakan heat exchanger ini dikarenakan tekanan suction sebesar 35 Psi dan tekanan discharge sebesar 160 psi,

[r]