• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi berparlimen.

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic

liberalism, dan contemporary demokrasi Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem

pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong,

mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara

demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti berkerjasama untuk mencapai

(2)

baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang

memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan

masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala

lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam

menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat

memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang

pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan

(3)

sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional.

Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik.

Demokrasi Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata

menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi. Demokrasi

merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran

pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan

kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat

memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui

pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya Demokrasi Menggalakkan Semangat

Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat

melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima

Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta

(4)

Kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai

pandangan berbeza mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu

kebebasan perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam cirri-ciri asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya dan melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik. Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang

mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara

memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan

memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua

individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain.

2. Demokrasi berparlimen.

2.1 Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

2.1.1 Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam

pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

2.1.2 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

(5)

lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja

Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis 2.1.4 Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

2.1.5 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

2.1.6 Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

2.1.7 Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

2.1.8 Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus

berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

2.1.9 Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,

Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

(6)

3.1 Pemerintahan Malaysia yang bercirikan demokrasi berperlimen dan raja berpelembagaan yang unik kerana Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga

komponen:-· Yang Di-Pertuan Agong

· Dewan Negara

· Dewan Rakyat

3.2 Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri.

Terdapat berbagai nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.

3.3 Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

3.4 Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi “kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”.

3.5 Unsur penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

4. Sistem Demokrasi di Malaysia.

4.1 Pemerintahan Malaysia mengamalan pemerintahan demokrasi

berparlimen dengan raja berpelembagaan seperti dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

4.2 Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang

dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang dan dasar-dasar.

4.3 Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui

(7)

4.4 Pilihanraya merupakan salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik. Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.

5. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

5.1 Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.

5.2. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

5.3. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

5.4. Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang

mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.

5.5 Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

(8)

Malaysia adalah sebuah Negara bangsa yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3. Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas

kemerdekaan pada tahun 1957. Secara Majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan

agama, kita mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum, budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan bahawa Malaysia mengamalkan

demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen merupakan satu bentuk system politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang mempraktikkan system demokrasi.

Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik. walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.

Demokrasi di Malaysia tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Walaupun dengan lantang pihak pemimpin atasan mahupun bawahan mempertahankan yang mereka mengamalkan demokrasi, malang sekali ia boleh dijustifikasikan.

Ini jelas kerana terdapat sesetengah sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai “Quasi-Democracy” or

“Pseudo-Democracy” iaitu “Separa Demokrasi” atau “Demokrasi Palsu” (Wiliam Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.

Kerajaan Malaysia melaung-laungkan bahawa mereka mengamalkan

demokrasi yang sebenar, tetapi berdasarkan erti dan konsep-konsep demokrasi yang diketengahkan ahli-ahli sarjana dan di dalam erti kata sebenar juga

(9)

hanya mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di Malaysia

:-Kebebasan Bersuara

Kebebasan, semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minority. Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majority yang menguasai kerajaan mendenda golongan minority dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu. Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minority.

Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan, lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Hak-hak asasi manusia global seperti hak-hak bersuara, dalam mencapai ‘demokrasi permuafakatan’ dengan berkumpul dan mendirikan persatuan, disamping ‘rule of law’ sering mewarnai perjuangan di Malaysia.

Dengan gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen perkauman dengan bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.

Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara, sepanduk sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih terbuka dengan perkara ini.

Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan

(10)

dan mengarahkan pihak polis menyuraikan. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat.

Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti bbaru-baru ini dimana pada 10 september gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.

Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.

Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.

Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara yang melaksanakan demokrasi ini. Ini

menampakkan seolah-olah Malaysia adalah Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin.

Kebebasan Media Massa.

(11)

mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi memberikan maklumat yang mereka ada.

Namun di Malaysia, kebebasan media massa telah disekat sama sekali. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama sekali media massa ini. Memonopi media disini bermaksud, pencabulan hak asasi yang dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah Negara yang mereka katakan demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah dibenarkan. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

Kerajaan telah menjerut akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa dan selera untuk menggantung lesen itu seandainya muncul berita yang tidak

menyenangkannya. Kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Kerana itu, parti pembangkang hanya dibenarkan menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja.

Setiap hari di media cetak dan elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti pembangkang. Hanya orang yang tak cukup akal sahaja yang boleh menerimanya. Orang-orang yang tak cukup akal inilah yang tergolong dalam masyarakat yang berfikiran sempit dan terlalu lama duduk di dalam kepompongnya sendiri.

Walaupun pihak pembangkang tidak dapat menggunakan media seperti parti pemerintah, tetapi pihak pembangkang telah menggunakan pendekatan dengan melancarkan Akhbar mereka sendiri iaitu Harakah. Pada peringkat permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat

mempengaruhi rakyat, maka pihak kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun tidak dapat menghalang kebimbangan mereka setelah kerajaan

mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2 kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.

(12)

mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah demokrasi yang diperkatakan.

Sistem Kehakiman

Kita juga dapat melihat bagaimana sistem kehakiman negara kini menjadi bahan ketawa orang ramai manakala pihak polis juga telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang sepatutnya

memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya kecundang dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang semakin gelisah akan kehilangan kuasa.

Contoh yang amat ketara dan terbaru dimana terbongkarnya sistem

kehakiman yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang hakim dalam percaturan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara yang amat memalukan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.

Menganaktirikan Negeri Yang Ditawan Parti Pembangkang

Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan Negeri yang pernah

ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan yang diwakili parti pemerintah juga cuba

(13)

Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu

membangunkan negeri mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian. Walaupun negeri tersebut dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.

Kongkongan Terhadap Pekerja Sektor Awam

Ketidakadilan juga berlaku apabila pihak kerajaan atau parti pemerintah seolah-olah menakut-nakutkan dan seolah-olah mengugut rakyat yang bekerja di sector Awam. Hak rakyat untuk mengundi dengan telus juga tidak mencapai target kerana kebimbangan rakyat oleh kerana pelbagai undang-undang keras dan penindasan oleh kerajaan terus menimbulkan rasa takut. Rakyat berasa bimbang pekerjaan mereka akan terjejas jika mengundi dengan telus.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku di Negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ini menampakkan seoalah-olah pihak kerajaan tidak

professional dalam menjalankan pilihanraya yang telus dan adil.

Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya

(14)

Suruhanjaya Pilihanraya

Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas dalam mengadili pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa

pilihanraya 2004, wujudnya nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia pergi mengundi. Sungguh ajaib.

Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut. Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.

Pembahagian Kekayaan Negara

Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya.

Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan sistem demokrasi, permintaan ke atas kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.

(15)

ini yang menuntut agar mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi, kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya.

Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan kewujudan asset-aset mereka yang

disembunyikan, rumah-rumah besar dan banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar tidak berlakunya

penyelewengan yang berleluasa.

Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negiri yang dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan. Adakah untuk pemimpin-pemimpin atasan yang gila kuasa. Fikirkanlah dengan rasional.

Tindakan Ganas Polis

Salah satu lagi aspek yang mempengaruhi perjuangan memartabatkan hak asasi manusia di dalam Negara yang kononya mengamalkan Demokrasi adalah berpunca apabila Anwar Ibrahim di pukul di dalam tahanan. Kesan lebam di mata Anwar Ibrahim yang jelas mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik samaada dari dalam atau luar negeri membangkitkan kemarahan banyak pihak. Pihak polis di anggap terlalu kejam dengan melakukan perkara tersebut kepada orang yang pernah menjadi orang kedua berpengaruh di dalam Negara. Ini salah satu aspek berlakunya rombakan besar-besaran di dalam pembangunan politik di Malaysia pada tahun 1999 sehingga mengurangkan undi BN. Akibat dari itu, rata-rata rakyat menginginkan campurtangan raja-raja

melayu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja sehingga tertangkapnya Tan Sri Rahim Nor.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Setiap Negara yang demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-persoalan yang telah

(16)

meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka, maka mereka tidak akan mempedulikannya.

Sistem Keadilan

Dalam konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah kerana Anwar Ibrahim adalah seorang islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam.

Isu ini juga membangkitkan kemarahan ramai pihak. Oleh yang demikian, isu ini adalah satu isu yang boleh diketengahkan parti pembangkang bagi memperolehi sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya. Justeru isu

Referensi

Dokumen terkait