• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN BAHASA"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND

CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC

EDUCATION AND CIVILIZATION

(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)

1 DISEMBER 2015

SIDANG EDITOR

PROF MADYA DR HJ MAIMUN AQSHA BIN ABDIN

LUBIS SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN

HELMIRIZAL BIN CHE LONG

NOR SOFIAH BT SUHAIMI

ZULHILMI BIN SUBOH

MUJAHID BIN AZMI

JUHAIDA AZHANI BINTI ISMAIL WAN AMIRAH BINTI WAN ISMAIL

MUHAMMAD SHAMSUL SHAFIQ BIN MOHD

ZAINURIN NORFARAHIN BINTI MOHD ZAMRI

NAJIHAH BT NAZARUDIN

(3)

Diterbitkan di Malaysia

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul

Ehsan. Tel: 0389216245

Faks: 0389254372

Email:

draqsha@gmail.com

PROCEEDING

THE

8TH

INTERNATIONAL

WORKSHOP

AND

CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC

EDUCATION AND CIVILIZATION

(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)

1 DECEMBER 2015

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 2015

Cetakan Pertama 2015

ISBN 978-983-2267-85-0

Hak Cipta Terpelihara

Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun

dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik,

mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih

dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Susun atur huruf:

Maimun Aqsha Lubis, Siti Nur Hasinah Hussian, Helmirizal Che Long,

Nor Sofiah

Suhaimi

Huruf: Times New Roman 10/11

Reka bentuk kulit/ Reka letak:

Mohd Ezzat Musa (Biglemon Design & Development)

Tel

: 013- 941 3814

Email

: ezzat6670@gmail.com

Dicetak di Malaysia oleh,

AWAL HIJRAH ENTERPRISE (002197243-W)

No 12, Jalan 3/69 Seksyen 3,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Tel

: 012- 311 1844

Faks

: 03- 8920 4096

Email

: salesawalhijrah@gmail.com

(4)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan taufiq dan izinNya,

buku prosiding ini dapat diterbitkan bagi membantu mempertingkatkan kefahaman

dan perkembangan ilmu dalam usaha mendapatkan kebaikan di dunia dan di

akhirat.

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

ini dijalankan di Sekolah

Tinggi Agama Islam (STAI) Al- Hikmah, Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.

Prosiding yang bertemakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban

Islam dan Tamadun Dunia ini memberi peluang kepada peserta dan pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk sama-sama berkongsi

kepakaran, ilmu dan maklumat untuk disebarkan dan dimanfaatkan secara optimum.

Untuk makluman bahawa

1st International Conference of ASEAN Studies

sebelum ini berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sorong di

Nusa Tenggara Barat Indonesia.

2nd dan 3rd Interantional Conference of ASEAN Studies

pula diadakan di Songkla, Thailand. Manakala

4th dan 5th International Conference of ASEAN Studies

pula berlangsung di Universitas Negeri Medan dan

Politeknik Medan di Sumatera Utara, Indonesia. The

6th Interantional Conference of ASEAN Studies

diadakan di UMN Al-Washliyah Indonesia dan

The 7th Interantional Conference of ASEAN Studies

diadakan di Politeknik Tanjung Balai,

Medan.

Seminar seperti ini diharapkan menjadi satu wadah dan jalan untuk

mempertingkat ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan teknologi secara

bersepadu ke arah memartabatkan dunia pendidikan di Negara ASEAN khasnya.

Saya mengharapkan program seumpama ini tidak terhenti di sini dan akan

diteruskan pada masa akan datang. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya

untuk semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga

usaha dan kesungguhan semua pihak menjadi amal kebaikan yang berterusan

pahalanya di sisi Allah. Amin.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Assoc. Profesor Dr Hj Maimun Aqsha Bin Abdin Lubis, Ed.D, Ph.D

Pengarah

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic

and Arabic Education and World Civilization

POLMED

UKM

STAI AL-HIKMAH DIS 2015

(5)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu

Wa Ta`ala kerana berkat dan rahmatNya, buku prosiding seumpama ini dapat

dihasilkan dan diselesaikan sesuai dengan waktunya.

Tema “ Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban Islam dan

Tamadun Dunia” amat bertepatan dengan program ini

Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and

World Civilization

yang berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI)

Al-Hikmah , Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.

Program ini mengumpulkan sebilangan para mahasiswa dan mahasiswi,

dosen-dosen dan para ilmuan di dalam satu majlis ilmu yang diisi dengan

perkongsian ilmu dan informasi. Justeru, harapan saya agar kandungan buku ini

dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua pihak dengan selayaknya.

Atas terbitan buku ini, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan

penghargaan kepada kerjasama dan kekompakan semua anggota Panitia dari mula

buku prosiding ia diusulkan sehingga sampai kepada terbitnya buku ini. Semoga

usaha murni ini mendapat pahala disisiNya dan dikira sebagai amal jariah untuk

semua yang ikut menyumbang secara material ataupun non-material dan secara

langsung ataupun tidak langsung.

Dr Suherman M.A

Rektor, Politeknik Negeri Medan (POLMED)

Sumatera Utara,

Indonesia.

(6)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

SEKAPUR SIREH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam terhadap junjungan yang mulia, Baginda Rasulullah

S.A.W dengan usaha baginda, kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam.

Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, buku ini berjaya disiapkan dan diterbitkan

hasil daripada usaha bersama antara pelajar, pensyarah dan pihak universiti.

Sungguh, peranan antara satu sama lain, sangat menyumbang. Moga Allah Redho.

Saya melihat bahawa, usaha untuk membangunkan jurnal artikal ini telah

membina keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam

berhadapan dengan isu semasa dan arus global. Di sisi lain pula, usaha dari awal

sehingga terhasilnya buku prosiding ini, telah membentuk kerjasama antara satu

sama lain dengan kesabaran atas kepayahan. Akhirnya dapat memberi manfaat

kepada masyarakat dan ummat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada

“team prosiding”,

pihak pensyarah,

pihak Univerisiti POLMED dan STAI Al-Hikmah yang terlibat, hanya Allah

sahajalah yang selayaknya membalas. Melihatkan kepada tema utama dalam

prosiding ini berkait dengan peradaban dan tamadun, semoga dapat diteruskan bagi

membina peradaban Islam antara kita, bermula dengan usaha sekecil-kecil iaitu dari

individu, masyrakat, univeristi, kelak antara semua negara.

Saya berharap agar usaha yang sedikit dalam berkongsi ilmu ini, mampu

memberi penyuluh kepada yang membaca dan menjadikan sumber ini sebagai

rujukan. Selain itu, menjadi galakkan kepada kami dan pembaca untuk terus

berkongsi ilmu, belajar dan bekarya buat ummat.

Akhir kalam, moga kita terus menyumbang kepada masyrakat dan ada amal

daripada perbincangan dan ilmu yang dikongsi ini dalam usaha membentuk kembali

peradaban Islam yang ada “ruh” dalam tamadun tersebut, bukan sahaja ada aset

material, bangunan dan perpustakaan, tapi aset manusia yang ada “ruh”.

Muhammad Talhah Bin Ajmain @ Jimaain

Pengerusi

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and

Arabic Education and World Civilization

POLMED

UKM

STAI AL-HIKMAH DIS 2015

v

(7)

Islamic and Arabic Education and World Civilization POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

DAFTAR KANDUNGAN

HALAMAN

Prakata Pengarah Seminar, UKM

Prakata Rektor, POLMED

Sekapur Sireh, Pengerusi Seminar, UKM

UCAPTAMA

Integrated Islamic Education in ASEAN: Application and Practice

Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Ikwan, Ismail Fahmi Lubis, Aisyah Sjahrony

Keperluan Permainan Bahasa Arab Bermultimedia ke Arah

Meningkatkan Kefahaman Al-Quran

Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Harun Baharudin, Aisyah Sjahrony, Ikwan & Ismail Fahmi Lubis

Muhammadiyah dan Peranannya dalam Bidang Sosial Politik di

Sulawesi Selatan

Penulis: Khaidir Sulaiman dan Nuhang

iii

iv

v

1

14

28

PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA

TEMA 1: PENDIDIKAN DAN FALSAFAH

Revolusi Ekonomi Tamadun Silam Dan Kini di Malaysia

Penulis : Siti Nur Hasinah Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Nur Zawani Mohamad Din

Epistemologi Islam Sebagai Asas Ketamadunan Dunia

Penulis : Muhammad Talhah Ajamin @ Jimaain, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Perbezaan Antara Falsafah Pendidikan Islam dengan

Pendidikan Barat

Penulis: Norshahida Md Nor, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa Hamzah

38

45

(8)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Asas Akidah, Syariah, Akhlak Dan Ilmu Pengetahuan

Dalam Pembentukan Tamadun Cemerlang

Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin , Maimun Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Siti Nur Hasinah Hussian

Perlaksanaan Sistem Percukaian dalam Pemerintahan

Islam: Analisis Perkaitan antara cukai GST di Malaysia

Penulis: Nurul Farrhana Zainul Abidin, Maimun Aqsha Lubis

Perbandingan Matlamat Peradaban Islam Dan Tamadun Barat

Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh, Mohd Adib Ibrahim

Tamadun Mesopotamia: Lahir di antara Sungai Tigris dan

Euphrates

Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Nur Zawani Mohamad Din, Siti Nur Hasinah Hussian

61

69

83

89

TEMA 2: TOKOH-TOKOH ISLAM

Ibnu Sina Serta Pengaruhnya Terhadap Tamadun Barat Dalam

Bidang Perubatan

96

Penulis: Zulhilmi Suboh, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis, Mujahid Azmi

Peranan Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rasyid Dan Kaitannya

Dengan Sultan Brunei

Penulis: Nur Adilah Adam, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che

103

Noh, Nur Zawani Mohamad Din

Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rashid

Penulis: Juhaida Azhani Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa

111

Hamzah, Najihah Nazarudin

Kepakaran Ibn Sina Dalam Bidang Perubatan Dan Kaitannya

Dengan Kemajuan Perubatan Di Malaysia

119

(9)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kepimpinan Khalid Al-Walid

Penulis: Mohd Zaid Khamis, Maimun Aqsha Lubis, Khadijah Abd. Razak, Mohd Anizan Saidin

Strategi

Strategi Dakwah Rasulullah S.A.W

Penulis: Mohammad Khidir Bin Ngah, Dr Maimun Aqsha Lubis, Mohd Anizan Saidin

Sejarah Kematian Khalifah Umar Al-Khatab

Penulis: Mohd Anizan Bin Saidin, Maimun Aqsha Lubis, Khadijah Abd. Razak, Mohd Zaid Khamis

Gaya pemerintahan dua Umar: Kontribusi terhadap Tamadun Islam

Penulis : Najihah Nazarudin, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd Rahimi, Juhaida Azhani Ismail

TEMA 3: TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam: Sejarah dan Kesan Pengaruhnya Dalam Alam

Melayu

Penulis: Mohd Adib Ibrahim, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis, Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh

Kemajuan dan Kegemilangan Ilmu di Granada, Andalusia

Penulis: Maidzatul Akhmarina Nawar,Maimun Aqsha Lubis, Nurul Akma Mhd Deris

Peranan Perpustakaan Awam Bayt Al-Hikmah Pada Zaman

Kerajaan Abbasiyah Dan Kaitannya Dengan Perpustakaan Di

Indonesia

Penulis: Nor Diyanah Zafri, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha Lubis

Dasar Tamadun Islam Dikaitkan Dengan Dasar Peradaban Islam

Di Malaysia

Penulis: Nurul Diyana binti Mohammad Wabil, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa Hamzah

129

139

150

160

170

176

184

(10)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kegemilangan Dan Kemajuan Keilmuan Era Cordova

Penulis: Nurul Akma Mhd Deris, Maimun Aqsha Lubis, Maidzatul Akhmarina binti Nawar

Faktor- Faktor Kejatuhan Daulah Al-Umawiyyah: Satu Penilaian

Dan Pengajaran

Penulis: Wan Amirah binti Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis

198

207

PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

TEMA 1: STRATEGI PENGAJARAN BAHASA ARAB

Pendekatan 10 Asas Pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat

Rendah

219

Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh

Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Pengajian Tinggi

di Malaysia

Penulis: Nur Aflaha binti Abd Aziz, Maimun Aqsha Lubis,

227

Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Nor Atikah Binti Adnan

Pelaksanaan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab di Sekolah

Rendah

Penulis: Nik Dilalah Nuha Nik Razi, Maimun Aqsha Lubis,

233

Abidah Aqilah Mohd Noor & Hibatullah Zamri

Keperluan Asas Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Sekolah Rendah

Penulis: Zulhilmi Suboh, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin,

243

Mujahid Azmi

Strategi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Bahasa Arab Pada Abad Ke-21

Penulis: Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis,

251

Nur Sofiah Suhaimi, Nor Azlinda Muda

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Arab

Penulis : Siti Nur Hasinah binti Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,

265

(11)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Dalam Pendidikan Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah

Penulis: Hibatullah Zamri, Maimun Aqsha Lubis, Abidah Aqilah Mohd Noor, Nik Dilalah Nuha Nik Razi

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Menggunakan

Peta I-Think Di Sekolah Rendah

Penulis: Siti Wahidah M Mubin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Maimun Aqsha Lubis, Helmirizal bin Che Long

Kepentingan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

dalam Kemahiran Bahasa Arab Peringkat Menengah di Malaysia

Penulis: Abidah Aqilah Mohd Noor, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nik Dilalah Nuha Nik Razi, Hibatullah Zamri

Meningkatkan Kebolehbacaan Murid Sekolah Rendah

Terhadap Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran

Penulis : Wan Izzat Aiman binti Wan Halim, Maimun Aqsha Lubis, Afiful Huda binti Mustaffa, Siti Nur Hasinah Hussian

270

278

288

299

TEMA 2: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB

Kaedah Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah

di Malaysia

Penulis: Nor Atikah Adnan, Maimun Aqsa Lubis, Najidah Nawawi, Aflaha Aziz

Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab di SMKA

TAHAP Jerantut Pahang Untuk Mempertingkatkan Kemahiran

Bertutur Bahasa Arab

Penulis : Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun Baharuddin, Anis Nabihah bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan

307

316

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam

Pengajaran Bahasa Arab

(12)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pembelajaran Bahasa

Arab

Penulis: Norfarahin Mohd Zamri, Maimun Aqsha Lubis,

330

Mohd Isa Hamzah, Siti Nur Hasinah Hussian, Haryati Yaacob

Gaya Pengajaran Guru Dan Pembelajaran Murid Dalam Mata

Pelajaran Bahasa Arab

Penulis: Helmirizal Bin Che Long, Maimun Aqsha Lubis,

338

Siti Wahidah M Mubin

Tahap Penguasaan Nahu Dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan

Empat

Penulis: Adyka Roslan, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Shamsul

345

Shafiq Mohd Zainurin, Ahmad Mu’iz

z Mohd Hadi

Tahap Penguasaan Balaghah dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan

Empat

Penulis: Muhammad Shamsul Shafiq Mohd Zainurin,

347

Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, ,Ahmad Mu’izz Mohd Hadi

TEMA 3: ISU/ CABARAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB

Pelaksanaan dan Masalah Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Arab di Institusi Pengajian Tinggi

Penulis: Anis Nabihah Alias, Maimun Aqsha Lubis,

357

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Noorsuziana Awang, Nurul Afifah Mohd Saadan

Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Berdasarkan Metod Pengajaran Bagi Penutur Bukan Arab

Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,

366

Maimun Aqsha Lubis, Nur Zawani Mohamad Din

Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab

Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing

Penulis: Nur Syafiqah Kamar, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha

376

Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria

Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab

Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing

Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin, Maimun

389

(13)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pengajaran Bahasa Arab di Kolej Vokasional: Satu Tinjauan Awal

Penulis: Nur Sofiah binti Suhaimi, Mohd Isa Hamzah, Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Nor Azlinda Muda

Isu dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah di

Malaysia

Penulis: Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Mohd Aderi Bin Che Noh, Maimun Aqsha Lubis, Nur Aflaha Binti Abd. Aziz, Nor Atikah Binti Adnan

Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Mata Pelajaran

Bahasa Arab di Kolej Vokasional

Penulis: Afiful Huda Mustaffa, Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat Aiman, Siti Nur Hasinah Hussian

396

407

415

TEMA 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM

BAHASA ARAB

Kaedah Permainan Digital Dalam Pendidikan Bahasa Arab Ke

Arah Pembelajaran Berkesan

Penulis: Nor Azlinda Bt Muda, Khadijah Abdul Razak, Maimon Aqsha Lubis, Nur Syamira Bt Abdul Wahab, Nur Sofiah Bt Suhaimi

Animasi dalam Pengajaran Bahasa Arab

Penulis: Siti Fatimah Ahmad Farok, Maimun Aqsha Lubis, Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh

Usaha Ke Arah Persekitaran ‘Blended Learning’ Dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Tinjauan Awal I-Folio UKM

Penulis: Siti Fatimah Datu Ali Nafiah, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Asiah Che Hassin, Rozmaza Sukardi

Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Arab dan kesannya di IPT

Penulis: Asiah binti Che Hassin, Maimun Aqsa Lubis, Rosmaza binti Sukardi, Siti Fatimah Datu Ali Nafiah

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab

421

429

435

442

Penulis: Rosmaza Sukardi, Maimun Aqsha Lubis,

449

(14)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Ez Arabic dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Arab untuk Kanak-Kanak

Penulis: Nurul Afifah Mohd Saadan, Harun Baharudin, Maimun

455

Aqsha Lubis, NorSuziana Awang, Anis Nabihah Alias

Aplikasi Moodle Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Penulis: Haryati Yaacob, Maimun Aqsha Lubis, Nur Azri Azizah Sarmuji,

462

Norfarahin Mohd Zamri, Nurzaemah Ismail

Aplikasi Kemahiran Bertutur di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Agama di Bangi

Penulis: Ahmad Mu’izz Mohd Hadi, Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, 472

Muhammad Shamsul Shafiq

Amalan Pengajaran Interaktif dalam Kalangan Guru Bahasa Arab

Penulis: Junaidah Mat Isa, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh, 479 Nurzaemah Ismail

Penggunaan E-Learning Dalam Pembelajaran Kendiri Bahasa Arab

Penulis: Nur Azri Azizah Binti Sarmuji, Maimun Aqsha Lubis, Nur Fadilah 491 binti Abdul Basit, Haryati binti Yaacob

Penguasaan Kosa Kata Dalam Memrise.Com

(15)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

AKTIVITI LAKONAN DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI SMKA TAHAP JERANTUT PAHANG UNTUK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN

BERTUTUR BAHASA ARAB

Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun b. Baharuddin, Anis Nabihah bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA

noorsuziana.awang@yahoo.com, draqsha@gmail.com, princesz_anieys@yahoo.com, afifah.saadan93@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar menerusi aktiviti lakonan dan mengenalpasti bagaimana sikap pelajar ketika aktiviti yang dijalankan . Aktiviti lakonan merupakan satu cara dan strategi pengajaran yang melibatkan pelajar dan memberi peluang serta ruang yang lebih kepada pelajar supaya dapat meneroka kemahiran bahasa dengan lebih mendalam lagi. Bagi mendapatkan data,kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Jerantut Pahang (SMKA TAHAP). Responden kajian telah melibatkan seramai 30 pelajar sekolah SMKA TAHAP dan instrumen yang telah dijalankan adalah melalui teknik rakaman dan soal selidik. Masalah yang dikenal pasti bagi pelajar adalah kesukaran yang dihadapi dalam pembelajaran bahsa Arab ketika aktiviti lakonan dijalankan..Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para pelajar bersikap positif terhadap aktiviti lakonan digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab.

Katakunci : Kemahiran pertuturan, aktiviti lakonan

PENGENALAN

Secara umumnya, terdapat dua strategi yang digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan pelajar. Kedua-dua strategi ini adalah strategi lama yang kebiasaanya telah digunakan ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru memainkan peranan yang penting sebagai tenaga pengajar manakala murid pula berperanan sebagai pendengar dan penonoton sahaja. Sepanjang tempoh pengajaran,interaksi sehala akan berlaku iaitu antara murid dan guru di mana guru berperanan untuk banyak bercakap manakala pelajar pula bertindak sebagai pendengar dan penerima sahaja.

Terdapat juga contoh teknik yang selalu digunakan melalui strategi ini iaitu seperti bercerita, syarahan terbuka dan memberi penerangan atau penjelasan. Jika strategi berpusatkan guru berlaku di bilik darjah, maka para pelajar tidak diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat atau idea atau apa sahaja yang ingin pelajar suarakan.Hal ini kerana pelajar hanyalah diberi peluang untuk mendengar sahaja setiap yang disampaikan oleh guru seterusnya mengingat serta menghafal semua isi-isi atau fakta-fakta penting yang berkaitan dengan pelajaran ataupun yang berkaitan dengan soalan peperiksaan.

(16)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pemilihan strategi yang betul dapat menghasilkan kefahaman yang baik kepada pelajar terhadap pelajaran dijalankan sekitar bilik darjah. Ini juga dapat memastikan bahawa aktiviti pengajaran yang dijalankan akan berjalan dengan lancer, baik,sistematik dan menarik minta pelajar untuk meneruskan pembelajaran yang mana boleh memudahkan pelajar untuk memahami setiap isi yang disampaikan oleh guru. Menurut Lickona (1991) pembelajaran dalam keadaan ini akan menyebabkan konsep, fakta atau kemahiran yang dipelajari akan lebih cepat difahami atau mudah dikuasai. Namun penggunaan teknik yang hanya berfokus kepada beberapa teknik sahaja akan mengganggu keberkesanan kerana setiap teknik yang digunakan mempunyai kekuatan dan kelemahan (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman, 2011). Pengajaran bahasa telah dikaji pada zaman dahulu yang menunjukkan bahawa itu adalah golongan manusia yang terpelajar. Akan tetapi berbeza dengan pada masa kini menunjukkan bahawa pengajaran bahasa itu telah dikaji oleh semua golongan masyarakat samada yang terpelajar atau tidak terpelajar.

Kemajuan pesat teknologi, kemunculan teknik mengajar yang baharu, penciptaan alat yang canggih seperti alat perakam dan alat video, serta minat yang mendalam dalam diri untuk mempelajari sesuatu bahasa adalah sebab utama berlaku perubahan untuk masa kini. Namun persoalannya, adakah aktiviti lakonan yang bakal dilakukan dapat membantu golongan pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Arab terutamanya dari aspek pertuturan dengan lebih baik? Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din dan Mohamad Haron (2000) sekiranya aktiviti ini dikendalikan dengan bersungguh-sunguh ia akan menjadi satu kaedah pengajaran yang berkesan. Justeru, melalui kajian ini penyelidik ingin meninjau apakah sikap dan pandangan responden terhadap aktiviti lakonan ini dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab dengan lebih baik lagi khususnya dari aspek pertuturan bahasa yang digunakan.Penyelidik akan menggunakan aktiviti lakonan sebagai instrumen untuk pelajar mempelajari pembelajaran bahasa Arab terutama bagi kemahiran pertuturan. Selain itu juga,penyelidik akan mengenalpasti dan menganalisi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang dihadapi ketika proses perjalanan aktiviti pertuturan bahsa Arab.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:

1) Mengenal pasti dan menganalisis masalah bahasa semasa bertutur yang dihadapi

oleh pelajar sepanjang aktiviti lakonan dijalankan.

2) Meninjau sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab melalui aktiviti lakonan

secara terperinci.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Afwan Hajjah Afzan Pahang(SMKA TAHAP) yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada Bandar Jerantut

(17)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pahang. Aktiviti lakonan ini telah dijalankan di lokasi kejadian sebagaimana yang telah dirancang dan dikehendaki bagi mendapatkan serta mencapai objektif kajian ini.

Semua aktiviti lakonan ini akan dirakam dan seterusnya dijadikan bahan bukti kajian untuk memastikan bahawa penyelidik dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi ketika pelajar bertutur menggunakan bahasa Arab. Segala data pertuturan bahasa Arab yang akan diperolehi adalah dari instrumen rakaman. Semua skrip pertuturan akan disediakan sendiri oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka akan diberi peluang untuk berbincang bersama ahli kumpulan.Lima topik telah dipilih untuk dijadikan bahan perbualan, antara topik perbualan yang telah dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan pertuturan pelajar adalah seperti situasi di lapangan terbang,di rumah, di sekolah, di dalam kelas dan di restoran.

Penyelidik memberi peluang kepada setiap kumpulan pelajar untuk merangka dan menulis skrip sendiri mengikut topik yang telah dipilih bersama ahli kumpulan tersebut. Selain itu, setiap kumpulan juga diberi masa dengan secukupnya untuk membuat latihan sebagai persediaan awal sebelum aktiviti lakonan dimulakan mengikut apa yang telah dibincangkan. Apabila sesi perbincangan dan sesi latihan telah tamat, mereka akan memulakan persembahan lakonan seterusnya penyelidik akan merakam setiap lakonan tersebut untuk ditranskripsi.

Selepas mereka menjalani aktiviti lakonan, penyelidik akan mengagihkan 30 set soal selidik kepada setiap responden. Responden tersebut terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu 15 lelaki dan 15 perempuan yang mana di ambil secara rawak dari tingkatan 4 Ibnu Hazim. Kesemua responden ini dipilih secara rawak oleh pihak sekolah.

DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian ini, kedua-dua objektif kajian yang dikemukakan telah dijawab berdasarkan analisis terhadap data kajian yang telah dikumpulkan. Bagi objektif yang pertama, iaitu mengenal pasti dan menganalisis permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar, dapatan yang berkait dengan rakaman perbualan pelajar dibahagikan kepada empat kriteria utama yang dijadikan ukuran untuk dianalisis, iaitu:

1) Kosa kata

2) Fonetik

3) Struktur ayat

Kosa Kata

Kosa kata merupakan aset penting dalam sesuatu ayat. Berhubungan dengan masalah kosa kata ini, pelajar berharap dapat menggunakan perkataan yang mudah dan sesuai dengan mesej yang disampaikan. Namun, terdapat beberapa pelajar yang kehilangan kosa kata ketika menyampaikan idea sewaktu perbualan. Mereka sering meninggalkan kosa kata yang sebetulnya dalam pertuturan dan juga menggunakan kosa kata yang tidak tepat berdasarkan ayat yang ingin disampaikan.

(18)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and

World Civilization POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Jadual 1: Meninggalkan Kosa Kata

Pertuturan yang sebenar Pertuturan dari pelajar

ِ ِ ؟ تيقيدص اي كلاح فيك ؟ يقيدص اي كلاح فيك

؟ تيخأ اي نيديرت اذام

؟ تيخأ اي ديرت اذام

Jadual 2 : Menggunakan Kosa Kata Tepat

Pertuturan yang sebenar

Pertuturan dari pelajar

! اديج عم ا

اديج وهبتنا

!

إ رضحأ

ءا لما اذى في ة ردلما لى

ءا لما اذى في ة ردلما لىإ ءاجأ

Fonetik

Berikut adalah bentuk-bentuk masalah fonetik yang dihadapi oleh pelajar didalam rakaman. iaitu

:

ش

kepada

ذ

a) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem

ةزفان

disebut

ن

ةذفا

ازام

disebut

اذام

ركازت

disebut

ركاذت

iaitu :

ى

kepada

ح

b) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem

ةبهم

disebut

ةبم

ةي هم

disebut

ةي مح

فينه

disebut

فيو

ن ى

disebut

ن ح

iaitu :

س

kepada

ث

c) Pelajar menghadapi masalah menyebut fonem

لا

ة

disebut

ةثلاث

ي

disebut

يثم

d) Terdapat satu kesalahan memanjangkan bacaan yang pendek iaitu :

بوتكلا

disebut

بتكلا

(19)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

e) Pelajar menghadapi masalah menyebut

ص

kepada

س

iaitu :

صوم

disebut

وم

امواصات

disebut

ات

اموا

Struktur Ayat

Berikut adalah contoh-contoh masalah struktur ayat yang dihadapi oleh pelajar dalam rakaman perbualan :

Jadual 3 :Permasalahan penggunaan kata tunjuk (al-Ism al-Ishārat)

Pertuturan Pelajar Pertuturan Sebenar

امأكوات

ىذا

اماكوات

ىذه

انقود

ىذا

انقود

ىذه

Jadual 4 : Permasalahan penggunaan kata kerja (al-fiel)

Pertuturan Pelajar Pertuturan Sebenar

يارة

ا

غ

يارة

ا

ت

غ

ازمااى

مع

لدرس

املكتبة

إىل

ازمااى

مع

أدرس

املكتبة

إىل

PERBINCANGAN

Setelah meneliti daripada dapatan kajian, penggunaan lakonan adalah salah satu teknik yang bagus kepada pengajaran bahasa Arab. ini menunjukkan bahawa pelajar akan dapat menguasai bahasa Arab dengan lebih mudah dan berkesan. Aktiviti lakonan seperti yang

disebut oleh Mujāwir (1983) adalah aktiviti pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar

untuk menyertainya. Dengan aktiviti ini juga,para guru akan dapat mengenalpasti masalah kesukaran oleh pelajar dalam kemahiran bertutur ataupun lisan. Semakin banyak perkataan yang ditutur, semakin banyak kesalahan yang akan dilihat oleh guru. Dari situ juga pelajar akan mempelajari setiap kesalahan dan akan diperbetulkan oleh guru. Pelajar bahasa Arab agak sukar mendapat peluang menuturkan bahasa Arab dalam persekitaran yang autentik dan berkomunikasi dengan penutur jati (Azman Che Mat & Goh Ying Soon, 2010a). Kelemahan kosa kata serta pembinaan ayat dengan struktur yang betul seringkali diujarkan sebagai faktor kegagalan pelajar menguasai Bahasa Arab (Rosni, 2012).

Hasil daripada dapatan ini juga dapat menunjukkan bahawa seseorang pelajar yang kekurangan kosa kata adalah penyebab utama pelajar lemah menguasai pertuturan dalam bahasa Arab. Mengikut pandangan Goh Ying Soon dan Azman Che Mat (2010),seseorang pelajar yang cukup mengusai kosa kata dalam diri akan lebih mudah untuk bertutur dalam bahasa Arab menggunakan kosa kata tersebut. Seterusnya dari segi fonetik pula, pelajar

(20)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

mengalami masalah dalam sebutan huruf dalam bahasa Arab yang tidak betul. Hal ini berlaku disebabkan oleh pelajar lemah menguasai huruf-huruf Arab berbanding dengan huruf-huruf rumi. Punca utama yang menyumbang kepada masalah ini disebabkan oleh huruf rumi lebih banyak digunakan berbanding dengan huruf Jawi dalam bahasa Melayu (Mohd Hilmi Abdullah, 2008) iaitu merupakan bahasa ibunda pelajar.

Permasalahan seterusnya yang dihadapi oleh pelajar ialah penguasaan serta penggunaan struktur bahasa yang lemah. Tanveer (2007) yang menyatakan bahawa pelajar akan sukar menguasai kemahiran pertuturan dalam bahasa asing sekiranya pelajar lemah menguasai struktur serta tatabahasa yang dipelajari. Seharusnya penekanan terhadap aspek tatabahasa adalah sangat penting bagi seorang pelajar. Pelajar perlu mempunyai kefahaman yang tinggi supaya struktur ayat yang dilontarkan itu dapat difahami dengan jelas dan tepat. Aktiviti lakonan yang telah dilaksanakan oleh pelajar ini sangat memberangsangkan. Hal ini kerana pelajar memberi respon yang positif. Mereka mempunyai keyakinan diri untuk membentuk satu kumpulan perbualan seterusnya menyusun idea-idea yang teratur dalam minda mereka. Menerusi aktiviti lakonan ini juga, mereka boleh juga merakam perbualan dilokasi yang menarik minat dan menampakkan ianya lebih realistik dalam konteks perbualan yang dirakam.

KESIMPULAN

Hasil kajian ini menunjukkan terdapat tiga kriteria masalah yang dinilai terhadap responden ketika aktiviti lakonan dijalankan. Objektif kajian ini juga tercapai dengan dapatan kajian tersebut. Sesungguhnya para pengajar dan bakal pengajar di Malysia perlu didedahkan dengan kepelbagaian teknik pengajaran bahasa Arab. Aktiviti lakonan merupakan salah satu teknik pengajaran yang perlu digunakan oleh setiap pengajar disamping teknik-teknik lain seperti soal jawab, dengar ulang, korus, prosa dan dialog.

Guru yang mengendalikan aktiviti lakonan ini perlu memastikan bahawa setiap pelajar dapat menguasai bahasa Arab dengan lebih cepat dan mantap. Pelajar juga perlu dibimbing mengenai teknik pengajaran supaya proses pembelajaran tersebut dapat memberi impak yang besar kepada mereka. Semua pengkaji yang berkaitan perlu menampilkan cadangan dan saranan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya melaksanakan satu cara yang berkesan mengikut kesesuaian reka bentuk pengajaran bagi mempertingkatkan lagi penggunaan bahasa Arab terhadap pelajar. Dapatan ini secara jelas menunjukkan bahawa aktiviti lakonan adalah satu cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar seterusnya dapat membantu pelajar serta tenaga pengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang lebih berkesan.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din & Mohamad Haron. (2000). Panduan latihan mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(21)

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization

POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Azman Che Mat & Goh Ying Soon. (2010a). Situasi pembelajaran bahasa asing di Institut Pengajian Tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education. 2(2), 9-21.

Goh Ying Soon & Azman Che Mat. (2010). Panduan Strategi Belajar Bahasa Asing: Khusus Untuk Pelajar-Pelajar Bahasa Mandarin Dan Bahasa Arab. UiTM Shah Alam: UPENA

Lickona, T. (1991). Educating For Character How Our School Can Teach Respect And Responsibility. New York: Bantam

Mohd Hilmi Abdullah. (2008). Teori & kaedah penterjemahan Arab-Melayu. Kelantan: Pustaka HILMI

Mujāwir, Muhammad Solahuddin cAli. (1983). Tardris Lugah cArabiyyah bi Marhalah

al-Ibtida‟iyyah: Usūluhā wa Tatbiquhā. Kuwait: Dār al-Qalam

Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online®Journal of Language Studies. 12(2), 555-569.

Tanveer, M. (2007). Investigation Of The Factors That Cause Language Anxiety For ESL / EFL Learners In Learning Speaking Skills And The Influence It Casts On Communication In The Target Language. Master Thesis. University of Glasgow.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman. (2011). Teknik pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA

Online™ Journal of Language Studies 11(2), 67-82

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian diatas, memperoleh hasil penelitian berupa 5 tema besar yang menggali dukungan keluarga terhadap pelaksanaan Atraumatic Care, yaitu : (1) Kurangnya

keberhasilan yang dicapai, baik dari ketercapaian materi ajar maupun kemahiran berbahasa yang diharapkan. Penelitian ini dilaksanakan untuk mendapatkan data terkait

Dengan demikian strategi jigsaw menjadi salah satu strategi yang dapat digunakan dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan hasil belajar khususnya pada

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa siswa yang berada pada kategori kreatif adalah salah seorang siswa yang memiliki kemampuan matematika tinggi dan

Abstrak : Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan

Pertama, artikel evi gusviani pada tahun 2017 berjudul “ANALISIS KEMUNCULAN SIKAP SPIRITUAL DAN SIKAP SOSIAL DALAM KEGIATAN PEMBELAJARAN IPA KELAS IV SD YANG

Delay HO yang didapat dari hasil simulasi untuk semua perubahan posisi platform (kecuali pada saat platform bergerak ke atas dengan kecepatan MS 80 Km/jam) adalah

berasal dari kata shufanah yaitu sebatang kayu mersik yang tumbuh dipadang pasir arab. Kelima, dari theosofie, yang berarti ilmu ketuhanan yang kemudian diucapkan