• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSU"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kongres Pengajaran  & Pembelajaran 

UKM2011        17 – 20 Disember 2011 

http://www.ukm.my/kongres

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS

HUBUNGAN ETNIK: INTERAKTIF ATAU DESTRUKTIF

Fazilah Idris, Mashitoh Yaacob & Mat Taha

Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Perpaduan nasional adalah agenda utama negara. Pendidikan dilihat sebagai saluran yang paling efektif untuk mencapai hasrat ini. Justeru, kursus Hubungan Etnik diperkenalkan di IPTA dan IPTS. Persoalannya, apakah kaedah pengajaran yang terbaik bagi kursus ini untuk memenuhi tuntutan tersebut? Setelah sekian lama kursus ini diperkenalkan, keberkesanannya boleh dipersoalkan apabila tinjauan awal mendedahkan bahawa kaedah kuliah tidak diminati pelajar kerana mereka merasa bosan dan berat dengan fakta-fakta yang perlu dihafal. Oleh itu, kertas ini bertujuan membincangkan kaedah pengajaran alternatif yang boleh digunapakai. Soal selidik telah dibangunkan dan mengandungi empat bahagian: tahap kegemaran pelajar terhadap kaedah pengajaran sedia ada, tahap kefahaman, minat dan motivasi pelajar terhadap kursus Hubungan Etnik dengan menggunakan skala Likert 1 hingga 5, di mana 1 untuk jawapan sangat tidak setuju dan 5 sangat setuju. Sebanyak 190 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar ZT1043 (Semester 2 Sesi 2009/2010) dan 172 pelajar-pelajar telah memberikan respon. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan media dan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik adalah kaedah yang sangat berkesan. Oleh itu, latihan kepakaran dalam mengendalikan media kepada para pensyarahnya patut digiatkan di samping prasarana terutama alat pandang dengar yang mencukupi, diselenggara dengan baik dan up-to-date disediakan supaya ia lebih berkesan.

PENGENALAN

Azma A. Ahmad (1990) pembelajaran adalah satu proses yang memerlukan interaksi empat kompenen utama yang terdiri daripada pelajar, pengajar, pendekatan dan bahan pembelajaran. Pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan berbagai-bagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain (Omardin: 1997).

(2)

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh dipraktikkan di dalam sesi pembelajaran. Antara kaedah yang banyak digunakan sekarang adalah selari dengan kemajuan teknologi iaitu menggunakan multimedia ketika proses P&P berlangsung atau dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara konvensional iaitu secara syarahan atau pembelajaran koperatif.Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai bergantung sebahagian besarnya ke atas maklumat atau kemahiran yang diajar, dan ia juga boleh dipengaruhi oleh kaedah pembelajaran, kebolehan dan kesungguhan pelajar.

KAEDAH PENGAJARAN

Seperti yang kita perhatikan, kepentingan asas strategi pengajaran adalah untuk menjadikan lebih mudah bagi melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran.Terdapat pelbagai strategi pengajaran untuk membantu pelajar-pelajar mengambil tanggungjawab yang lebih untuk pembelajaran mereka sendiri dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Yang penting adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, untuk mengintegrasikan teknologi jika berkenaan ke dalam pengalaman pembelajaran dan menggunakan strategi kerjasama (collaborative work) dalam pembelajaran apabila sesuai. Dengan mengetahui gaya pengajaran, pelajar didedahkan kepada cara yang biasa dan tidak biasa (luar biasa) dalam pembelajaran yang memberi keselesaan dan ketegangan semasa proses, dan akhirnya memberi pelajar pelbagai cara untuk cemerlang (Vaughn & Baker 2011).

2.1 Kaedah Menggunakan Teknologi

Bates (1997) percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institusi atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan. Rekabentuk pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu displin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistemmatik begi memperolehi gol pengajaran.

Yusup (1997) berpendapat satu perisian yang baik mestilah bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Perbandingan pembelajaran bersyarah dengan pembelajaran melalui media yang menggunakan video. Pembelajaran secara syarahan oleh pensyarah adalah berpusatkan pelajar semata-mata di mana strategi pengajaran memfokuskan pelajar sebagai pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan pengajar yang bertindak sebagai pemudahcara (Shahabudin, Rohizani &Mohd Zohir 2003). Pembelajaran menggunakan media pula pensyarah memainkan peranan di dalam menggunakannya ketika proses pembelajaran dan pelajar menumpukan perhatian kepada alat pengajaran tersebut.

2.2Kaedah Syarahan

(3)

contoh, syarahan adalah cara yang mudah untuk mengajar kumpulan yang besar. Ia boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat yang sukar bagi pelajar untuk mendapatkan dengan cara yang lain, terutamanya jika pelajar tidak mempunyai masa yang diperlukan untuk penyelidikan, atau jika mereka tidak mempunyai akses kepada bahan rujukan. Kuliah pengenalan yang ringkas boleh memberikan arahan dan tujuan demonstrasi atau menyediakan pelajar untuk perbincangan dengan memberitahu mereka sesuatu mengenai perkara yang akan dibincangkan. Dalam syarahan, pengajar boleh mengemukakan idea-idea yang banyak dalam masa yang singkat. Kuliah ini sangat sesuai untuk memperkenalkan subjek baru dan untuk menjelaskan maklumat latar belakang yang diperlukan. Dengan menggunakan syarahan seperti cara di atas, pengajar boleh menyampaikan pemahaman umum mengenai prinsip-prinsip dan fakta-fakta penting kepada pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Walaupun kaedah kuliah boleh membantu pengajar menghadapi cabaran, ia juga mempunyai beberapa kelemahan. Sering kali kuliah boleh menghalang penyertaan pelajar dan sebagai hasilnya, ramai pelajar rela membiarkan pengajar melakukan semua kerja. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif, dan kaedah kuliah cenderung untuk memupuk ketidakpedulian dan pergantungan guru-pelajar yang amat tinggi. Sebagai kaedah pengajaran, syarahan tidak membawa kepada pencapaian maksimum jenis hasil pembelajaran yang tertentu. Kemahiran motor (motor skill), sebagai contoh, jarang boleh belajar dengan mendengar syarahan. Satu-satunya cara berkesan pelajar boleh menyempurnakan kemahiran itu adalah melalui tangan pada amalan.

2.3 Media vs Syarahan

Media pengajaran seperti video merupakan salah satu media yang telah dikenalpasti boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Heinich, Molenda, Russell, & Smaldino, 2002; Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005). Video yang sesuai akan menarik minat pelajar untuk belajar. Kebaikan menggunakan media sebagai alat P&P ialah menjimatkan masa untuk pelajar memahami sesuatu konsep, malah memudahkan guru menjelaskan sesuatu yang mungkin sebelum ini sukar untuk digambarkan oleh pelajar. Ini bermakna guru dan pelajar dapat memanfaatkan bahan yang sedia ada yang positif dengan lebih efektif walaupun tidak dinafikan terdapat bahan video yang negatif. Pembelajaran secara bersyarah pula menjadi menarik jika pensyarah berkebolehan di dalam menarik minat pelajar untuk mendengar penerangannya dan memberi tindak balas terhadap syarahan tersebut.

Keburukan yang wujud bagi kedua-dua kaedah ini ialah bagi multimedia, apabila alatan yang digunakan tidak dapat berfungsi ketika proses berlangsung sesetengah pensyarah yang tidak mampu untuk menguasai proses pembelajaran tersebut tidak dapat meneruskan pembelajaran tersebut dan sebagainya dan bagi pembelajaran bersyarah pula bergantung kepada kebolehan pensyarah untuk menguasai keseluruh dewan kuliah yang pembelajaran berfokuskan kepada pelajar. Kebiasaanya tanpa bantuan bahan media pelajar tidak dapat berkonsentrasi selepas lima belas minit sehingga dua puluh lima minit. Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan perhatian pelajar selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari kuliah. Richard M. Felder (1997) bersetuju bahawa apa sahaja bentuk pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kelas yang besar dan jumlah pelajar yang ramai akan lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam kelas yang kecil. Namun begitu terdapat pelbagai cara bagi memastikan pengendalian kelas yang besar berkesan sepertimana pengendalian kelas yang kecil.

METODOLOGI KAJIAN

1.1 Konteks Metodologi Kajian

(4)

setiap set. Syarahan diberi sebanyak 20 jam/semester iaitu 2 jam/minggu. Pada minggu pertama kuliah bermula, pelajar telah diberikan taklimat berkaitan kursus ini iaitu objektif kursus, hasil pembelajaran kursus, perincian kursus dan agihan penilaian yang akan dibuat.

Untuk mengendalikan pengajaran dalam kelas yang agak besar iaitu 80 orang, sukar untuk pengajar berinteraksi atau menyoal setiap pelajar semasa kuliah. Maka perbincangan sesama pelajar dan pensyarah perlu dibuat berkumpulan. Tugasan berkumpulan adalah perlu, maka pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan dengan ahli seramai 6-7 orang. Ketua daripada setiap kumpulan dipilih oleh ahli kumpulan masing-masing. Pembahagian kumpulan ini adalah penting dengan mengambil kira percampuran bangsa, jantina dan prestasi pelajar. Pembahagian kumpulan dilakukan pada minggu pertama kuliah bermula. Kriteria penilaian yang dibuat untuk kursus ini dibahagikan kepada peperiksaan akhir (60%), projek PBM (30% - pembentangan dan tugasan bertulis) dan kehadiran (10%).

1.2 Kutipan Data

Penyelidikan di peringkat awal berkaitan keberkesanan kaedah pengajaran ini dilaksanakan dengan menggunakan soal-selidik yang mengandungi mengandungi lapan (18) soalan seperti di bawah:

Saya rasa pensyarah patut mempelbagaikan kaedah pengajaran

Forum dan perbahasan dapat meningkatkan pengetahuan saya terhadap hubungan etnik. Pensyarah saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran

Saya merasakan pensyarah patut menjadikan kuliah lebih menarik

Power point yang digunakan oleh pensyarah adalah menarik

Modul sangat membantu dalam menjelaskan perkara yang ingin saya ketahui Modul membantu saya dalam memahami kebudayaan etnik lain

Saya tidak merasa bosan pensyarah mengajar dengan memberi syarahan

Saya suka pensyarah menggunakan media seperti tayangan video semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Kaedah pengajaran menggunakan video meningkatkan pemahaman saya

Video yang ditayangkan bersesuaian dengan topik yang dibincangkan Video yang ditayangkan berjaya mencapai objektif pengajaran

Video yang ditayangkan bersesuaian dengan tahap keintelektualan pelajar

Pengajaran menggunakan video membantu dalam mempercepatkan pemahaman saya Pengajaran menggunakan video membuatkan saya berada dalam situasi tersebut Pengajaran menggunakan video membantu dalam interaksi dengan etnik lain

Pengajaran menggunakan video memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran Pengajaran menggunakan video membantu saya dalam pemikiran kreatif

(5)

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1. Respon pelajar terhadap mod/kaedah pengajaran konvensional

Bil. Pernyataan Setuju Tidak setuju

1. Saya rasa pensyarah patut mempelbagaikan kaedah pengajaran 132 (77.2%)

39 (22.8%) 2. Forum dan perbahasan dapat meningkatkan pengetahuan saya terhadap

hubungan etnik.

127 (74.3%)

44 (25.7%) 3. Pensyarah saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran 131

(76.6%)

40 (23.4%) 4. Saya merasakan pensyarah patut menjadikan kuliah lebih menarik 131

(76.6%)

40 (23.4%)

5. Power point yang digunakan oleh pensyarah adalah menarik 38

(22.2%)

133 (77.8%) 6. Modul sangat membantu dalam menjelaskan perkara yang ingin saya

ketahui

137 (79.7%)

35 (20.3%) 7. Modul membantu saya dalam memahami kebudayaan etnik lain 135

(78.5%)

36 (21.5%) 8. Saya tidak merasa bosan pensyarah mengajar dengan memberi syarahan 103

(60.7%)

67 (39.3%)

Berdasarkan Jadual 1, sejumlah 77.2% pelajar merasakan bahawa pensyarah patut mempelbagaikan kaedah pengajaran ZT1043 Hubungan Etnik dan 76.6% daripada mereka mengatakan bahawa pensyarah ZT1043 Hubungan Etnik yang mengajar mereka sememangnya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga (76.6%) mengatakan bahawa pensyarah patut menjadikan kuliah lebih menarik. Hanya 607% pelajar mengatakan bahawa kaedah syarahan tidak membosankan. Sementara itu, 74.3% memberi respon bahawa forum dan perbahasan yang diadakan sebagai aktiviti di dalam kuliah dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang hubungan etnik.

Menurut pelajar penggunaan Modul ZT1043 Hubungan Etnik dalam pengajaran bukan sahaja dapat membantu mereka dalam menjelaskan lagi hal-hal berkaitan hubungan etnik malah membantu mereka memahami kebudayaan etnik lain. Namun begitu, pelajar (77.8%) merasakan bahawa power point yang digunakan oleh pensyarah adalah tidak menarik. Jelasnya, pensyarah kursus hubungan etnik perlu lebih kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuai. Kaedah syarahan semata-mata tidak dapat membantu pemahaman pelajar. Forum dan perbahasan perlu diintegrasikan dengan lebih banyak dalam proses pembelajaran kursus hubungan etnik.

(6)

Jadual 2. Respon pelajar terhadap mod/kaedah pengajaran menggunakan video

Bil. Pernyataan Setuju Tidak

setuju 1. Saya suka pensyarah menggunakan media seperti tayangan video

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

153 (89.5%)

18 (10.5%) 2. Kaedah pengajaran menggunakan video meningkatkan

pemahaman saya

157 (91.8%)

14 (8.2%) 3. Video yang ditayangkan bersesuaian dengan topik yang

dibincangkan

140 (81.9%)

31 (18.1%) 4. Video yang ditayangkan berjaya mencapai objektif pengajaran 127

(74.3%)

44 (25.7%) 5. Video yang ditayangkan bersesuaian dengan tahap keintelektualan

pelajar

133 (77.8%)

38 (22.2%) 6. Pengajaran menggunakan video membantu dalam

mempercepatkan pemahaman saya

150 (87.7%)

21 (12.3%) 7. Pengajaran menggunakan video membuatkan saya berada dalam

situasi tersebut

139 (81.3%)

32 (18.7%) 8. Pengajaran menggunakan video membantu dalam interaksi dengan

etnik lain

36 (21.1%)

135 (78.9%) 9. Pengajaran menggunakan video memberi peluang kepada saya

untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran

41 (24.0%)

130 (76.0%) 10. Pengajaran menggunakan video membantu saya dalam pemikiran

kreatif

43 (25.1%)

128 (74.9%)

Jadual 2 menunjukkan yang pelajar (89.5%) amat berminat dengan penggunaan media seperti tayangan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kursus hubungan etnik. Pelajar mengatakan bahawa penggunaan video dalam pengajaran kursus hubungan etnik bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman mereka (91.8%) tetapi juga dapat membantu mempercepatkan pemahaman mereka (87.7%). Mereka turut mengatakan bahawa video yang ditayangkan sesuai dengan topik-topik hubungan etnik yang dibincangkan (81.9%) dan sesuai dengan tahap intelektual mereka (77.8%). Mereka juga melaporkan bahawa mereka dapat menghubungkan diri dengan isu-isu hubungan etnik kerana video membuatkan mereka berasa seperti berada dalam situasi yang dipaparkan (81.3%).

(7)

JADUAL 3. Hubungan Diantara Respon pelajar terhadap mod/kaedah pengajaran konvensional dan respon pelajar terhadap mod/kaedah pengajaran menggunakan video

Correlations

Kaedah Media

Spearman's rho Kaedah Correlation

Coefficient 1.000 .294

Sig. (2-tailed) . .000

N 171 171

Media Correlation

Coefficient .294 1.000

Sig. (2-tailed) .000 .

N 171 171

Keputusan analisis korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.311, p <0.01) di antara kaedah pengajaran dan penggunaan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hubungan yang signifikan ini bermaksud para pelajar inginkan perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran hubungan etnik. Mereka bersetuju bahawa kaedah (video) dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari kursus hubungan etnik. Video adalah elemen yang dikenalpasti sebagai media yang efektif sekiranya digunakan semasa P&P dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik (Yusuf Hashim & Razmah Man, 2005). Ia boleh memberi impak yang mendalam kepada pelajar kerana ia mempunyai hampir semua elemen multimedia yang boleh merangsang deria pelajar dan seterusnya ia sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan yang mempunyai kecerdasan perbagai (Salhah Abdullah, 2009).

PENUTUP

Hubungan etnik kursus yang penting justeru itu,Cara pengajaran harus sesuai dan dipelbagaikan untuk menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar. Pensyarah juga memainkan peranan dan harus bersedia untuk mengikut trend pelajar yg minat kpd teknologi dan menonton video. Dengan ini, Pengajaran berasaskan teknologi mungkin boleh menjadi satu alternatif kepada pensyarah.

RUJUKAN

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. D., & Smaldino, S. E. (2002). Instructional Media and Technologies for

Learning (Seventh Edition ed.): Merrill Prentice Hall.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai, aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publication.

Yusuf Hashim, & Razmah Man. (2005). Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi: UPSI. Porter, B. D., & Hernacki, M. (1992). Quantum Learning: Unleashing the genius in you.

USA: Dell Publishing.

Wahida Shakira Ahmad (2006). Cara Belajar Yang Diamalkan Oleh Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang Dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Hassan Hj. Mohd. Ali. (1996). Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

(8)

Hamdan Noor. 2004. Student centered learning at the Faculty ofMedicine and Health Sciences UPM. Bengkel SCL anjuran Fakulti Ekologi Manusia.

Omardin Ashari. (1997). Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka.

Azma A. Ahmad. (1990). “ Teknologi dalam Pendidikan: Mampukah Guru-guru mengeksploitasinya?.” Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 34(74). 20-24.

Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kesimpulan dari beberapa poin diatas, dapat dikatakan bahwa secara umum, responden yang dalam penelitian ini adalah dosen Fakultas Ilmu

Perencanaan perawatan dengan metode RCM diperoleh bahwa kegiatan perawatan F.O Service Pump pada sistem bahan bakar mesin induk kapal ikan lebih optimal apabila

Pemahaman seperti ini tidak saja memberikan nilai negatif bagi Islam, tapi lebih jauh akan dapat menyeret umat pada satu titik di mana Islam menjadi agama terpinggirkan dan selalu

Considering the important of number facts up to 10, we designed a parrot game activity to supports students learning process.. We designed an instructional activity

Hasil yang didapat dari penelitian ini adalah bahwa dimensi e-service quality yang meliputi website design, reliability, responsiveness, trust, dan personalization memiliki pengaruh

DOKUMENTASI HASIL KEGIATAN..

Metode penelitian yang akan digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan struktural dan pendekatan sosiologi karena seperti yang telah dipahami bahwa karya

Penyusunan LAKIP Tahun 2015 dilaksanakan atas dasar analisis pengukuran capaian kinerja program dan sasaran strategis yang telah ditetapkan dalam Penetapan Kinerja Dinas