• Tidak ada hasil yang ditemukan

Industri Kecil Dan Sederhana Sumber Elek

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Industri Kecil Dan Sederhana Sumber Elek"

Copied!
85
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Insentif kepada syarikat mendaftar dengan SSM

SUBANG JAYA 10 April - Pemberian insentif akan diberikan kepada usahawan yang masih lagi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini kerana, kira-kira 31 peratus usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini masih lagi belum mendaftar.

Ketua Eksekutif SME Corp., Datuk Hafsah Hashim berkata, langkah mendaftar itu juga bertujuan untuk membantu syarikat berkenaan daripada pelbagai aspek termasuk pengembangan dan mengenal pasti potensi mereka.

"Kita dapati masih banyak lagi syarikat yang tidak mendaftar, setakat ini kita

mempunyai 645,000 syarikat yang berdaftar," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan seminar Jaringan Sinergi Usahawan Wanita 2013 di sini hari ini.

Seminar tersebut dianjurkan bagi menyokong transformasi ekonomi kerajaan (ETP) dalam memacu ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Seminar bertemakan Transformasi Ke Arah Penjanaan Ekonomi dikhususkan di kalangan usahawan wanita bagi memperluaskan jaringan perniagaan selain perkongsian maklumat daripada tokoh perniagaan yang berjaya.

Katanya, SME Corp. turut menyasarkan 30 peratus usahawan wanita PKS menjelang 2020 berbanding 19.1 peratus pada masa kini.

"Sektor perkhidmatan seperti bidang peruncitan, salon dan spa banyak diceburi oleh kaum wanita dan turut mendapat perhatian ialah industri pembuatan.

(3)

Produk bermutu tarik pelancong Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA utusansabah@utusan.com.my

Jamawi Jaafar (kanan) dan Dayang Khatijah (tengah) semasa meninjau persiapan Karnival IKS di Padang Bandaran Tenom, baru-baru ini.

TENOM 7 April - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), khususnya di kawasan pedalaman disarankan merebut peluang bagi memperbanyakkan pengeluaran produk bermutu termasuk hasil kraf tangan berciri tempatan.

Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, produk tempatan yang berkualiti akan memberikan kelebihan kepada pengusaha IKS mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, ini juga berfungsi sebagai daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Sabah, khususnya daerah Tenom.

"Oleh itu, kita menggalakkan pengusaha IKS mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka sempena Karnival Usahawan IKS yang berlangsung di Padang

Bandaran Tenom selama tiga hari sehingga Ahad ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau tapak karnival IKS di Padang Bandaran di sini baru-baru ini.

(4)

Katanya, karnival yang diadakan ini adalah sebagai medan untuk memasarkan produk masing-masing dan bagi orang ramai, mereka boleh membeli produk berkaitan sebagai sokongan kepada para pengusaha IKS di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Dayang Khatijah Datu Bakhtial berkata, karnival tersebut membabitkan lebih 50 gerai.

(5)

Produk halal PKS meningkat lima peratus

KUALA LUMPUR 3 April - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yakin eksport produk halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan meningkat lima peratus tahun ini daripada RM33 bilion yang dicatatkan pada 2012, kata Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin.

Beliau berkata, angka eksport bagi ramuan halal tahun lepas hampir sama dengan makanan halal, iaitu RM12 bilion dan dijangka meningkat tahun ini.

"Sasaran itu boleh dicapai memandangkan pasaran di China dan Indonesia telah meningkat dan permintaan untuk produk halal juga telah meningkat, terutamanya ramuan halal," katanya pada satu sidang media di Persidangan Minggu Halal Dunia Kuala Lumpur 2013 di sini hari ini.

HDC hari ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Pusat

Pembangunan Reka Cipta (DDEC), satu unit Majlis Amanah Rakyat (Mara), untuk penyediaan perkhidmatan meningkatkan pembungkusan produk halal dan dengan unit Sirim Bhd, SIRIM-QAS International, untuk perkhidmatan analisis jurang kepada

MS1514:2009 - "Amalan Pengeluaran Terbaik untuk Makanan."

Kedua-dua usaha sama itu dicapai di bawah Program Transformasi Perniagaan Halal HDC, satu inisiatif yang disasarkan untuk meningkatkan daya saing dan prestasi perniagaan pengeluar halal tempatan.

DDEC akan menawarkan satu rangkaian perkhidmatan pembungkusan yang lebih baik kepada firma halal yang didaftarkan di bawah Program Inkubasi HDC, untuk lebih penyertaan alam pasaran halal.

Sementara itu, Mara berkata, ia telah melabur RM30 untuk setiap taman halal dengan fasiliti asas.

Timbalan ketua pengarah (keusahawanan), Datuk Mohd. Rosdi Ismail, berkata pada masa ini terdapat 23 taman halal di negara ini. - BERNAMA

"Taman halal adalah untuk industri makanan dan kesemuanya adalah untuk pasaran eksport sementara Taman Perusahaan adalah untuk pasaran berteraskan

(6)

ARKIB : 01/04/2013

Usahawan IKS perlu bijak rebut peluang niaga

KUALA LUMPUR 31 Mac - Usahawan bumiputera terutamanya dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) perlu bijak merebut peluang perniagaan dan tampil lebih berani dalam memantapkan jenama perniagaan bagi mengelakkan ketinggalan dalam dunia perniagaan.

Pengarah Urusan JW United Corporation Sdn. Bhd., Juzairah Wazir berkata, kebanyakan usahawan IKS mempunyai idea serta produk yang baik tetapi kurang pendedahan dari segi pemasaran.

“Usahawan serta bakal-bakal usahawan bumiputera perlu merebut peluang yang ada, mencari kekuatan dan merujuk kepada pihak yang arif tentang selok-belok perniagaan seperti SME Corp. atau Bank Rakyat agar mendapat pendedahan yang betul.

“Mereka juga perlu mempunyai jati diri dan perlu mengetahui kekuatan produk mereka dengan menghadiri kelas atau bengkel perniagaan yang dianjurkan dari semasa ke semasa agar tampil sebagai usahawan terbilang," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan hampir 20

usahawan pelbagai produk di bawah bimbingannya termasuk D' Suri Beauty Wellness; NMR Beauty dan Wellness; Aman Tailor dan Tyzo Sdn. Bhd. sempena Program

Sembang Santai Keusahawanan Bumiputera Malaysia di sini hari ini.

Dalam program itu, JW United Corporation Sdn. Bhd turut menaja akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM1,000 bagi membudayakan amalan membaca selain mendedahkan mereka dengan ilmu pengurusan perniagaan.

Menurut Juzairah, program itu diadakan buat kali pertama sebagai medan kepada usahawan IKS bumiputera dari seluruh negara bertemu dan saling bertukar pendapat mengenai perniagaan mereka.

(7)

RM50.5j bantu usahawan kecil Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA utusanmelaka@utusan.com.my

SEBAHAGIAN usahawan menunjukkan cek pembiayaan Yayasan Tekun Nasional bersama Mohd. Ali Rustam (depan, empat dari kiri) pada Festival Industri Kecil

Sederhana 2013 di Kota Fesyen, MITC, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL

MELAKA 23 Feb. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN) memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan

perniagaan usahawan kecil di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembiayaan yang diperuntukkan oleh kedua-dua agensi kerajaan itu pada tahun ini melibatkan sejumlah RM30.5 juta oleh Mara manakala RM20 juta lagi oleh YTN.

"Selain Mara, YTN adalah antara agensi yang banyak memberikan bantuan pinjaman kepada pengusaha di negeri ini.

"Pada tahun lalu, seramai 1,393 orang pengusaha telah direkodkan sebagai penerima pinjaman YTN berjumlah RM15.9 juta dan pada tahun ini agensi itu memperuntukkan sehingga RM20 juta sebagai bantuan pinjaman kepada usahawan.

(8)

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Industri Kecil Sederhana (FIKS) 2013 di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Azlieza Azizan dan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Prof. Madya Mohd. Adnan Hashim.

Program anjuran UiTM dan PKS itu berjaya menarik lebih 20 usahawan yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan bukan sahaja dari segi promosi, malah kualiti pembungkusan.

Pada majlis yang sama, seramai 14 usahawan menerima cek pembiayaan YTN berjumlah RM167,000.

Menurut Mohd. Ali, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membantu perkembangan perniagaan usahawan di negeri ini khususnya dalam memasarkan produk pertanian dan industri asas tani.

(9)

Batu Pahat bakal ‘bandar jajan’, perkasa pembagunan IKS

BATU PAHAT 22 Feb. - Pejabat Daerah Batu Pahat menyasarkan menjadikan daerah ini sebagai ‘bandar jajan’ (bandar makanan ringan) dengan memperkasa

pembangunan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang diusahakan masyarakat tempatan.

Pegawai Daerah, Ab. Wahab Ridwan berkata, sasaran itu bukan perkara mustahil direalisasikan kerana terdapat lebih 1,000 pengusaha makanan ringan seperti kerepek, kuih, keropok dan makanan sejuk beku beroperasi di sini.

Menurutnya, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai daerah yang menghasilkan makanan ringan paling banyak oleh pelbagai pihak seperti usahawan koperasi, persatuan penduduk dan individu.

“Oleh itu, pejabat daerah mahu mereka (pengusaha) meneruskan perusahaan ini selain mendapat sokongan kami untuk menjadikan daerah Batu Pahat sebagai ‘bandar jajan’ di negeri ini, sekali gus menjadi lokasi persinggahan pelancong.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, pengusaha akan dibantu dari segi kewangan, nasihat dan kursus tertentu menerusi kerjasama dengan agensi kerjaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya semasa melawat pengusaha IKS di Semerah, di sini kelmarin.

Turut hadir Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin.

(10)

ARKIB : 18/02/2013

Pengusaha IKS diberi peralatan Oleh ZULHISHAM ISAHAK

pengarang@utusan.com.my

ABDUL Ghani Othman memperkatakan sesuatu kepada penerima Bantuan Program Galakan Usahawan di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3, Ledang, baru-baru ini.

LEDANG 17 Feb. - Seramai 81 penerima Bantuan Program Galakan Usahawan

Jabatan Pertanian negeri di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3 di sini kelmarin, berazam meningkatkan produktiviti melalui bantuan mesin, peralatan dan insentif yang diterima.

Menurut mereka, bantuan itu membuktikan kerajaan negeri serius membangunkan sektor pertanian selain menunjukkan keprihatinan terhadap pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) serta petani walaupun negeri ini terkenal dengan sektor

perkhidmatannya.

(11)

dodol ke Muar dan Batu Pahat berkata, mesin berharga RM6,000 itu mampu menambah kuantiti pengeluaran kuih tradisional tersebut.

"Jika sebelum ini pembuatan dodol agak lambat kerana saya terpaksa parut dan kisar sendiri kelapa dan kemudian memerahnya, ini memakan masa untuk menghasilkan dodol. Dengan adanya mesin ini ia mempercepatkan pembuatannya.

"Diharap dengan adanya mesin ini akan dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan saya. Jika tidak ada permintaan dodol, saya juga menjual santan di Pasar Tani Bukit Gambir. Saya bercadang menambah mesin ini kerana permintaan dodol semakin meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom merasmikan majlis melibatkan 81 penerima dengan 13 daripada mereka menerima bantuan projek IKS dan selebihnya menerima insentif Program Meningkat Pengeluaran Tanaman Makanan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Norwati Jani, 58, dari Parit Jarum Darat, turut bersyukur kerana terpilih menerima

sebuah mesin pemotong rumput kerana dapat meringankan bebannya yang sebelum ini terpaksa memotong sendiri rumput untuk kambing peliharaan.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sudah lama merancang mendapatkan mesin berharga RM4,000 itu supaya urusan penyediaan rumput sebagai makanan lebih 100 ekor kambing dapat dilakukan dengan cepat.

(12)

ARKIB : 09/02/2013

Usahawan kecil, sederhana diingat tidak lupa jasa kerajaan

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak beramah mesra dengan usahawan-usahawan TEKUN Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun & Ekspo

Keusahawanan TEKUN Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

PARA peserta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) mengangkat

(13)

dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

"Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman Tekun), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita.

"Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan 'Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

Najib berkata, usahawan juga perlu menetapkan strategi perniagaan mereka yang boleh merangsang perniagaan untuk berkembang sehingga boleh menembusi pasaran antarabangsa.

"Selain daripada perancangan perniagaan, juga perlu fikir bagaimana kita sebagai seorang peniaga disenangi oleh pelanggan, apakah ciri-ciri yang patut ada yang boleh menyebabkan pelanggan menyukai kita," katanya.

Beliau berkata, sama seperti politik, perniagaan juga menuntut supaya setiap janji kepada pelanggan haruslah ditepati agar pelanggan terus meletakkan kepercayaan kepada mereka sekali gus dapat membina reputasi yang baik.

(14)

ARKIB : 12/12/2012

Usahawan IKS AIM perlu cemerlang Oleh SAHBULAH DARWI

utusankedah@utusan.com.my

MUKHRIZ Tun Mahathir (kiri) membantu menyediakan bubur asyura ketika merasmikan Hari Keluarga AIM di SK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah, baru-baru ini.

JERLUN 11 Dis. - Sebanyak 1,920 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah ini diseru meningkatkan kemampuan pengeluaran produk-produk industri kecil dan

sederhana (IKS) bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sahabat AIM yang terdiri daripada para usahawan kecil itu perlu berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk-produk mereka untuk bersaing dalam pasaran tempatan.

"Di Jerlun setakat hari ini, AIM telah menyediakan bantuan pinjaman sebanyak RM14 juta kepada penerima yang merupakan usahawan, peniaga, petani dan nelayan," katanya selepas merasmikan hari Keluarga AIM di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Bendahara, Kodiang di sini kelmarin.

(15)

rata-rata sahabat AIM diberi pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 seorang untuk membangunkan perniagaan atau sebarang perusahaan.

(16)

ARKIB : 08/12/2012

1,272 usahawan IKS terima TEKUN RM10.4 juta

SAIPOLBAHRI Suib (kiri) menyerahkan cek pinjaman TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Subari di Bakri, Muar semalam.

MUAR 7 Dis. - Sebanyak RM10.4 juta disalurkan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada 1,271 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Parlimen Bakri sejak Januari 2001 hingga awal bulan ini.

Pengurus TEKUN Parlimen Bakri, Kamaruzaman Subari berkata, pada tahun ini sahaja seramai 200 usahawan IKS telah menerima dana berjumlah RM2.09 juta, sekali gus melepasi sasaran peminjam iaitu seramai 120 orang.

"Peningkatan bilangan peminjam TEKUN bukan hanya berlaku di Parlimen Bakri, tetapi di seluruh negara berikutan peningkatan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membantu golongan usahawan dalam bidang IKS.

"TEKUN semakin menjadi pilihan usahawan IKS untuk mendapatkan pinjaman antara RM1,000 hingga RM50,000 kerana proses permohonannya mudah dan cepat

berbanding institusi perbankan," katanya semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Cek Pinjaman TEKUN kepada 24 usahawan IKS Parlimen Bakri di Restoran Kita, Bakri, dekat sini hari ini.

(17)

disenarai hitam kerana kegagalan melunaskan pinjaman dalam tempoh lima tahun masih lagi terkawal dan akan dibantu untuk meringankan beban mereka.

Beliau berkata, TEKUN akan menyediakan inisiatif lain untuk membantu mereka

memulihkan nama dengan memanjangkan semula tempoh pembayaran balik mengikut jumlah yang lebih rendah.

Sementara itu, Saipolbahri menyarankan supaya sebuah persatuan usahawan IKS ditubuhkan di Bakri yang akan dikendalikan TEKUN dan menjadi rangkaian dengan berfungsi membantu mereka memajukan perniagaan masing-masing.

"Cara seperti ini sudah lama digunakan oleh usahawan Cina sehingga menjadikan ramai antara mereka berjaya dalam perniagaan yang dijalankan," katanya.

Seorang penerima pinjaman, Nuryushanun Yusof, 25, gembira kerana berjaya mendapatkan pinjaman kedua berjumlah RM19,646 pada kali ini.

(18)

ARKIB : 20/11/2012

PKS sumbang 8.4% KDNK

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya menyumbang sebanyak 8.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sumbangan itu sekali gus memperlihatkan penggiat industri PKS mula menjadi syarikat besar dengan turut tersenarai di Bursa Malaysia.

"Jika dahulu peratusan pendaftaran PKS adalah sebanyak 99.5 peratus, tetapi kini jumlah itu menurun kepada 97 peratus.

"Ini petanda baik dan bukti peniaga PKS tidak lagi berterusan melibatkan diri dengan hanya berniaga secara kecil-kecilan sebaliknya telah mula meningkatkan diri menjadi syarikat-syarikat besar," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meminta kementerian itu menyatakan keberkesanan industri PKS menerusi program-program yang dianjurkan kerajaan.

Mukhriz berkata, antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan itu termasuk hasil program pemadanan syarikat industri kecil dengan syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, setakat ini, sebanyak 1,902 PKS telah menikmati proses pemadanan tersebut melibatkan nilai potensi jualan sebanyak RM1.4 bilion.

"Menerusi proses pemadanan itu kita turut meningkatkan pencapaian mereka dengan keupayaan untuk mengeksport. Peningkatan ini jelas dilihat setelah mereka menyertai pameran tahunan anjuran kementerian khusus untuk PKS," katanya.

(19)

Rebut peluang majukan industri IKS

SEREMBAN 16 Nov. - Pelbagai ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2013 bagi merangsang serta memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasakan sektor berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, antara peluang yang disediakan oleh kerajaan termasuklah dana, kursus serta latihan bagi membolehkan orang ramai berkecimpung dalam bidang IKS.

''Malah kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri.

''Agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan

Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan," katanya ketika di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat IKS mampu dikembangkan, malah boleh menjana pendapatan usahawan yang terlibat dalam sektor berkenaan, lebih-lebih lagi di

kawasan luar bandar.

Ditanya tentang jumlah IKS di negeri ini, Yunus menjelaskan, setakat ini terdapat 2,800 pengusaha di negeri ini yang bergiat aktif dan mengusahakan pelbagai produk

termasuklah makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan kerajaan negeri turut menyasarkan penambahan lima peratus usahawan dalam sektor ini.

Kata beliau, bagi menjayakan hasrat berkenaan, semua jabatan diminta untuk membantu IKS bagi memastikan matlamat itu tercapai.

''Kita hendak supaya semua agensi yang membangunkan IKS menitikberatkan soal keberkesanan serta keberhasilan golongan ini untuk merebut peluang menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

(20)

ARKIB : 12/11/2012

Wujudkan lebih banyak PKS

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia merupakan ramuan penting bagi pertumbuhan ekonomi mampan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara yang merupakan sebab penting menggerakkan agenda PKS.

"Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal adalah kuncu kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat multinasional (MNC), kerana secara bersama, mereka menyediakan denyutan negara ini," katanya.

Mustapa menekankan demikian pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012.

Katanya syarikat besar dan MNC sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar dan tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur yang menyediakan pertumbuhan di dalam negara.

Mustapa berkata, PKS merupakan kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

PKS juga mengambil kerja 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dan dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020.

Beliau juga menyeru PKS untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk dan

(21)

RM16.1 bilion bagi tingkat keupayaan PKS sejak 2006

PAGOH 20 Okt. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM16.1 bilion sejak 2006 bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kesungguhan kerajaan membantu golongan itu diteruskan dalam Bajet 2013 dengan menyediakan dana RM1 bilion untuk memajukan lagi perniagaan mereka; RM200 juta bagi PKS yang mempergiatkan industri Halal; dan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok berjumlah RM16 juta setahun.

Kerajaan juga, katanya menyediakan skim pinjaman memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil melalui model licensing dan franchising yang meliputi kemudahan pinjaman sehingga RM25,000 bagi licensee, dan RM500,000 kepada licensor.

"Sewajarnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menyediakan dan menyalurkan segala bentuk bantuan seperti khidmat nasihat, pembekalan, peralatan, pemasaran di samping suntikan modal pembiayaan dari pihak kerajaan," katanya semasa merasmikan Karnival

(22)

ARKIB : 16/10/2012

PKS Malaysia dalam proses integrasi

PETALING JAYA 15 Okt. - Pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam proses berintegrasi dagangan dengan PKS dan syarikat-syarikat besar antarabangsa.

Malah, PKS tempatan kini berpotensi untuk menjadi vendor dan pembekal barangan kepada syarikat multinasional di luar negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pelan induk SME telah pun dikeluarkan bagi tujuan integrasi tersebut.

Katanya, bagi pihak kementerian, integrasi di peringkat Asia Pasifik akan berlaku di peringkat Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan Imigresen dan lain-lain lagi.

"Melalui pelan induk baharu PKS, kami telah melakukan kerjasama di antara PKS dengan kementerian, industri dan sektor swasta,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Forum Perniagaan Asia Pasifik 2012 di sini hari ini.

Tambah Rebecca Fatima, PKS tempatan memainkan peranan penting dalam negara.

Katanya, selagi pertumbuhan perniagaan di Asia Pasifik berlaku, selagi itu PKS tempatan akan berkembang pantas.

"Kami di kementerian telah menyediakan kemudahan dagangan kepada PKS tempatan untuk berkembang luas di luar negara," ujarnya.

Ditanya mengenai penglibatan PKS dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat ASEAN dan Asia Pasifik, jelas Rebecca Fatima, pihaknya kini dalam proses menyediakan klinik bagi membimbing PKS mengenai perkara itu.

(23)

Lebih banyak PKS Malaysia teroka India

PUNE, India 12 Okt. - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia berkembang secara agresif ke India, dengan peluang yang luas dalam negara yang mempunyai lebih satu bilion penduduk itu, kata Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia yang berpangkalan di Mumbai, Noraslan Hadi Abdul Kadir.

"Apabila saya tiba pada 2009, banyak syarikat besar telah datang ke India, tetapi sekarang kita melihat lebih banyak PKS Malaysia memasuki negara ini.

"Terdapat pelbagai industri seperti bahagian dan komponen automotif serta bekalan komponen bagi sektor pembinaan di sini.

"Ada yang telah membuka barisan pemasangan. Mereka mengimport komponen

separa terurai dan melakukan pemasangan di sini untuk pasaran India," katanya di luar acara Showcase Malaysia 2012 hari ini.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mah Siew Keong berkata, lebih banyak syarikat Malaysia perlu meneroka ke India.

"Matrade akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan untuk mengukuhkan kehadiran mereka di sini memandangkan kita kini tidak lagi memberi tumpuan kepada perdagangan sahaja tetapi juga pelaburan," katanya.

(24)

ARKIB : 10/10/2012

MITI kaji perkenal program mentor PKS

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk memperkenalkan program mentor kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program tersebut akan melibatkan PKS mendapatkan bimbingan daripada syarikat-syarikat yang telah berjaya.

“Sebagai contoh Datuk Ameer Ali Mydin yang membangunkan Mydin Holdings Sdn. Bhd. dan Datuk Maznah Abdul Hamid dengan syarikat Securiforce Group of Companies tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

“PKS juga perlu berdikari dalam memastikan kejayaan syarikat dan tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutup program SME-University Internship 2012 Championship di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi SME Corp., Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid, Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rohana Ramly.

Tambah Mustapa, kementeriannya juga menggalakkan pelajar universiti untuk memilih bidang keusahawan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian.

(25)

Bukti kerajaan konsisten bantu pembangunan PKS

Oleh CENTRE FOR ENTREPRENEUR DEVELOPMENT, SME BANK

PEMBENTANGAN Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri baru-baru ini sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Dalam konteks pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bajet itu merupakan satu lagi bukti yang kerajaan senantiasa peka dan konsisten dalam membangunkan golongan

tersebut. Malah dalam Bajet kali ini, sebanyak RM2.25 bilion diperuntukan khusus dalam bentuk pembiayaan serta pelaksanakan pelbagai program pembangunan PKS.

Peruntukan ini terangkum dalam empat dana yang bakal diurus oleh SME Bank, iaitu Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion, Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta, Dana Pembiayaan Bumiputera bagi pengambil alihan ekuiti berjumlah RM1 billion dan Dana Usahawan Muda berjumlah RM50 juta.

Peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan PKS menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan PKS menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara. Matlamatnya ialah pencapaian sasaran peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK Negara dari 32 peratus (%) pada tahun 2010 kepada 41% pada tahun 2020. Sasaran ini terkandung di dalam Pelan Induk PKS 2012 - 2020 yang disebut oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang bersifat game changer. Ini adalah sasaran yang mencabar tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Cabaran tersebut menjadi lebih kritikal dengan kegawatan ekonomi yang melanda benua Eropah. Krisis kewangan yang di hadapinya memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Namun, dengan segala langkah yang diambil, negara kita masih mampu

menepis segala kesan langsung; hasil daripada dasar pasaran eksport kita yang pelbagai dan kurang tertumpu kepada benua tersebut.

Pada masa yang sama kedudukan institusi kewangan dan perbankan kita juga sangat mantap berikutan pelbagai langkah transformasi yang dilaksanakan oleh Bank Negara serta pengalaman krisis kewangan 1997 yang menyaksikan beberapa siri perubahan besar dalam mengukuhkan lagi sistem perbankan negara.

Dalam senario demikian, meningkatkan permintaan aktiviti ekonomi domestik dilihat sebagai satu langkah penyelesaian yang amat strategik. Di sinilah lahir keperluan dan peranan PKS dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan. Persoalannya, adakah golongan PKS kita, khususnya bumiputera sudah bersedia menyahut cabaran dan tawaran kerajaan yang begitu lumayan dengan peluang yang luas terbentang?

(26)

pengeluaran. Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 bilion mampu memperkukuhkan kedudukan PKS ke arah itu.

Peruntukan Dana Industri Halal pula yang berjumlah RM200 juta berperanan untuk menggalakkan pertumbuhan industri halal bagi tujuan pasaran eksport dan

mempercepatkan pengantarabangsaan PKS yang berdaya saing di peringkat global.

Cabaran yang besar menunggu usahawan PKS adalah untuk memastikan penghasilan produk Halal yang berimpak tinggi. Ini sekali gus akan memberi laluan untuk

memperolehi akses ke pasaran global. Walaupun jumlahnya tidak sebesar yang di harapkan, namun dana ini adalah satu usaha baik oleh kerajaan agar negara dapat menyaingi negara lain dalam industri halal dunia seperti Thailand dan seterusnya menjadi peneraju industri halal hub dunia.

Dana Pembiayaan Bumiputera bagi pengambil alihan ekuiti sebanyak RM1 bilion pula, dijangka dapat membantu usaha memastikan pemilikan ekuiti ke atas syarikat GLC (yang ingin dilupuskan) agar kekal dimiliki oleh bumiputera.

PKS yang terlibat seterusnya mempunyai sumber modal bagi tujuan tersebut. Ini merupakan cabaran yang terbesar jika dilihat dari sudut kemampuan golongan PKS bumiputera untuk menerajui syarikat-syarikat tersebut, sehingga dapat disenaraikan di papan Bursa.

Sudah pasti, program-program latihan dan khidmat-nasihat profesional berkaitan pengambilalihan, pengurusan dan tadbir urus korporat perlu dilaksanakan bagi tujuan-tujuan demikian. Begitu juga program-program pasca pengambilalihan yang menjurus kepada peningkatan prestasi ke arah usaha penyenaraian syarikat.

Satu lagi inisiatif menarik dalam Bajet 2013 ialah usaha mempergiatkan penubuhan entiti perniagaan dan membentuk belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Ini bakal didokong melalui Young Entrepreneur Fund yang berjumlah RM50 juta.

Sudah pasti inisiatif yang melibatkan golongan muda seperti yang digariskan, memerlukan sokongan dalam bentuk latihan keusahawanan- program dan latihan tersebut telah pun dirancangkan dan bakal disediakan oleh pihak CED sendiri. Antara lain, ia termasuk penyediaan program coaching/mentoring/industrial attachment dan sebagainya, dengan usahawan-usahawan berjaya yang sedia ada, dengan tujuan untuk mendedah dan meningkatkan kemahiran sebenar pengurusan perniagaan kepada usahawan muda.

(27)

membangunkan golongan usahawan PKS, khususnya golongan bumiputera, tidak bermusim dan senantiasa konsisten.

Dengan kesedaran bahawa terdapat kekurangan pengalaman dan pendedahan

perniagaan bagi golongan tersebut, adalah penting aktiviti dan perkhidmatan sokongan seperti latihan, kaunseling, khidmat-nasihat dan pelbagai usaha penambahan ilmu dilaksanakan bagi memastikan penyelesaian menyeluruh terhadap pembangunan golongan usahawan ini.

(28)

ARKIB : 05/10/2012

PKS Jepun melabur di Malaysia Oleh FAZRINA AYU RADUIAN pengarang@utusan.com.my

MUSTAPA Mohamed (tengah) bermesra dengan dua penerima biasiswa Panasonic 2013, Zulfadhli Zaini (dua kiri) dan Foo Ching Chze (kiri) sambil diperhatikan oleh Kazuhiro Kawano (dua kanan) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Kuala Lumpur, semalam.. - utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Malaysia bakal menerima pelaburan daripada empat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jepun yang terlibat dalam aktiviti aluminium dan teknologi hijau dalam tempoh setahun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut masih lagi dalam proses perbincangan dan ada di antara syarikat tersebut telah membeli tanah untuk memulakan pelaburan di negara ini.

"Kita bukan sahaja mengalukan-alukan syarikat gergasi dari luar negara untuk melabur di negara ini malah kita turut terbuka kepada syarikat PKS," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah biasiswa Panasonic 2013.

(29)

melanjutkan pelajaran masing-masing ke Yokohama National University dan Universiti Tohoku.

Sejak 14 tahun lalu, seramai 45 penerima biasiswa dari Malaysia telah dipilih daripada 344 pelajar dari seluruh Asia.

Mengulas mengenai pelaburan Panasonic untuk membangunkan kilang pengeluaran panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Mustapa berkata, kilang tersebut bakal mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan.

(30)

ARKIB : 29/09/2012

Rangsang korporat, bantu PKS

BAJET 2013 yang disediakan Kementerian Kewangan melibatkan pelbagai sektor masyarakat dan cabang perniagaan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif yang bertujuan meningkatkan lagi sektor perniagaan dan korporat, di samping membantu usahawan di perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, usaha juga akan diambil untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran bon dan sukuk, menyediakan platform untuk mengumpul sukuk bagi industri pertanian, selain mewujudkan syarikat Malaysia yang bertaraf global.

Najib berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga akan menyediakan rangka kerja baru bagi terbitan AgroSukuk untuk syarikat yang terlibat dalam sektor berkaitan pertanian.

"Bagi menggalakkan penerbitan sukuk itu, kerajaan akan menawarkan potongan cukai sebanyak dua kali bagi tempoh empat tahun mulai 2012 hingga 2015," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

(31)

empat tahun mulai 2012 hingga 2015 selain pengecualian duti setem untuk pelabur individu ," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi merangsang pelaburan domestik, selain mempercepatkan penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut bertujuan memanfaatkan aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

Tambah Najib, dana sebanyak RM1 bilion juga akan disediakan di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan dikendalikan SME Bank untuk memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan.

"SME Bank juga akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam menyediakan dana sebanyak RM200 juta bagi membiayai modal kerja PKS terlibat dalam industri halal," jelasnya sambil menambah usaha juga akan dilakukan untuk PKS bumiputera berkembang dan mempertingkatkan pegangan ekuiti dalam sektor ekonomi dengan penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion oleh SME Bank.

Katanya, dana tersebut adalah untuk membantu membiayai pengambilalihan anak syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

Dalam perkembangan lain, pengusaha swasta yang terlibat dalam rantaian penapisan, penyimpanan dan dagangan minyak dan gas akan diberi pengecualian cukai

pendapatan 100 peratus untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan pengecualian duti setem.

Najib berkata, bantuan kos pengambilalihan tanah dan bantuan kewangan merupakan 'tipping point' projek perkongsian awam swasta.

"Kita bersyukur kerana dikurniakan punca galian berharga iaitu minyak dan gas asli di pesisir pantai, kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia daripada sekadar pengeluar kepada salah satu hab dagangan minyak dan gas bersepadu dunia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, cukai keuntungan hartanah (CKTH) sebanyak 15 peratus bakal dikenakan ke atas keuntungan pelupusan hartanah dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada tarikh pembelian.

(32)
(33)

Pembiayaan baru untuk PKS

Md. Zubir Ansori Yahaya (kanan) memberi penerangan mengenai MDV iFactoring dan MDV Equity Linked Financing Structure sambil diperhatikan oleh (dari kiri), Amiruddin Kemat, Angie Law Lee Cheng, Adrian Khor Yew Meng dan Nizam Mohamed Nadzri pada majlis pelancaran produk itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV), memperkenalkan dua lagi produk pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi serta industri baru, iaitu iFactoring dan Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Md. Zubir Ansori Yahaya

berkata, tarikan utama dua produk pembiayaan itu adalah kesediaan aliran tunai yang cepat dan pilihan bagi menukarkan baki tertunggak kepada bentuk ekuiti.

Katanya, iFactoring menyediakan aliran tunai yang cepat kepada sesebuah syarikat jika mahu mendapatkan perniagaan baru dengan bayaran pendahuluan kepada pemohon sehingga 80 peratus.

(34)

"Berdasarkan struktur yang ditawarkan, MDV menjangkakan ia mampu menguasai sebahagian besar sektor PKS berkaitan teknologi tinggi iaitu ICT, bioteknologi dan teknologi hijau," katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan dua produk itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Bahagian Perancangan Korporat dan Komunikasi MDV, Amiruddin Kemat, Naib Presiden Bahagian Perniagaan MDV, Angie Law Lee Cheng, Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan MDV, Nizam Mohamed Nadzri dan Naib Presiden Kanan Bahagian Pengurusan Risiko MDV, Adrian Khor Yew Meng.

Jelas Md. Zubir iFactoring dan Struktur Pembiayaan Berkaitan Ekuiti merupakan tambahan kepada 15 produk pembiayaan di bawah MDV setakat ini.

Sejak ditubuhkan pada 2002, MDV yang merupakan badan pembiaya di bawah Kementerian Kewangan, telah meluluskan RM6.25 bilion pembiayaan kepada 445 syarikat.

Beliau berkata, 73 peratus syarikat peminjam adalah berstatus PKS serta 62 peratus daripada keseluruhan peminjam adalah syarikat bumiputera.

(35)

Publication: HM

Date of publication: Apr 10, 2013 Section heading: Main Section Page number: 073

Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank), komited menjadi penyedia

pembiayaan kewangan utama di negara ini bagi segmen perbankan runcit perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyasarkan peningkatan pertumbuhan pinjaman 18 hingga 20 peratus tahun ini.

Timbalan Ketua Presiden Bahagian Servis Kewangan Komunitinya Datuk Lim Hong Tat berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran terutama menerusi program

transformasi bagi perbankan runcit PKS Maybank dengan menampilkan metodologi standard Score Card yang boleh menilai aktiviti dan pencapaian akaun pemohon.

Katanya, selain itu Maybank juga menawarkan produk unggul bagi produk serta perkhidmatan PKS yang bukan saja meliputi pinjaman dan deposit, tetapi termasuk pengurusan tunai, kad kredit komersial dan insurans PKS bagi menyokong pelbagai keperluan perbankan harian serta kewangan mereka.

"Kami melaksanakan Score Card di seluruh negara bermula Disember lalu dan ia terbukti berkesan termasuk dalam membuat keputusan status pemohon PKS yang sebelum ini memakan masa antara dua hingga tiga minggu, tetapi sekarang hanya tujuh hingga lapan hari saja.

"Ini jelas menunjukkan, komitmen kami memastikan menjadi pemain utama dalam segmen runcit PKS di Malaysia apabila sekarang jumlah saiz pasaran PKS negara dianggarkan lebih RM169 bilion," katanya.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Timbalan Presiden Perbankan PKS Maybank Datuk Ibrahim Muhammad.

(36)

Headline: RM10j bantu PKS Sabah, Sarawak Publication: BH

Date of publication: Apr 8, 2013 Section heading: Bisnes

Page number: 002

Byline / Author: Oleh Che Wan Badrul Alias

SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyediakan peruntukan khusus sekurang-kurangnya RM10 juta kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak tahun ini.

Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim, berkata ia bertujuan bagi memenuhi permintaan komuniti usahawan di dua negeri berkenaan yang sebelum ini meminta supaya kerajaan menyediakan peruntukan khusus kepada mereka.

Katanya, peruntukan itu adalah jumlah minimum dan pihaknya bersedia menambah peruntukan berkenaan jika perlu bagi memastikan sasaran membangunkan komuniti di kedua-dua tercapai.

"Kami di SME Corp sentiasa memastikan semua usahawan di negara ini termasuk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu tidak terlepas pandang supaya program yang dirangka lebih menyeluruh dan berkesan.

Peruntukan khusus

"Ketika mesyuarat yang berlangsung di Sabah dan Sarawak baru-baru ini, komuniti usahawan ini meminta kami menyediakan peruntukkan khusus kepada mereka dan kami bersetuju menyediakan minimum RM10 juta supaya ia dapat digunakan

sepenuhnya," katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hafsah berkata, penyediaan peruntukan itu adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan pembelian mesin dan program pembangunan perniagaan menerusi pensijilan yang diiktiraf.

Insentif khusus

Katanya, pensijilan halal adalah antara isu penting yang perlu ditekankan kerana kebanyakan PKS di Pantai Timur terbabit dalam industri kecil-kecilan seperti pembuatan makanan.

(37)
(38)

Headline: Salur bantuan RM10.6 juta Publication: HM

Date of publication: Feb 16, 2013 Section heading: Main Section Page number: 045

Ledang: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10.6 juta bagi membantu 2,686 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini sejak 15 tahun lalu.

Peruntukan disalurkan menerusi Program Galakan Usahawan (PGU) itu berjaya membantu pengusaha IKS berkenaan. IKS di negeri ini menjana pendapatan hampir RM60 juta setahun.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, melalui sumber maklumat

pangkalan data Jabatan Pertanian Johor, PGU berjaya melahirkan 20 usahawan IKS dalam bidang pemprosesan makanan yang meraih hasil jualan RM1 juta setahun.

"Ia hasil kejayaan PGU yang juga kesinambungan program Kempen Gerakan Kesedaran (KGK) dilaksanakan sejak 15 tahun lalu.

"Saya sudah melawat bengkel mereka dan pengusaha berkenaan bukan saja dapat bertahan tetapi terus berkembang serta meluaskan pasaran," katanya pada majlis penyampaian sijil dan bantuan PGU JPNJ di tapak pasar malam pekan Serom, Serom 3 di sini, semalam.

Menurutnya, bagi menjayakan KGK ketika itu, kerajaan negeri menyatukan pengusaha IKS di seluruh negeri sebelum diberi bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM1 juta dan seterusnya.

Abdul Ghani berkata, semua pengusaha IKS diharap dapat meningkatkan tahap perusahaan supaya mampu bersaing di pasaran lebih luas dan segala peluang termasuk kemudahan di bawah PGU perlu dimanfaatkan.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan pengusaha IKS yang mengusahakan perniagaan melalui bengkel di rumah masing-masing supaya dikumpulkan bersama di satu kawasan khas dipanggil bengkel setempat.

"Langkah ini dapat meningkatkan pengeluaran serta mengkomersilkan produk masing-masing dalam skala lebih besar termasuk cuba merebut peluang untuk

memasarkannya dalam kawasan Iskandar Malaysia.

(39)

Ab Aziz Kaprawi berkata, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM2 juta bagi mengembangkan projek IKS dalam pelbagai kategori.

Beliau berkata, walaupun bantuan melalui PGU diberikan, masih terdapat beberapa masalah perlu diselesaikan pengusaha IKS seperti pemasaran produk berpunca kualiti pembungkusan rendah selain tidak konsisten.

"Begitu juga masalah tekanan mendapatkan pekerja dan ia dikenal pasti akibat upah tenaga kerja yang rendah selain kurang kemahiran.

(40)

Headline: 2,686 IKS terima bantuan RM10.6 juta Publication: BH

Date of publication: Feb 16, 2013 Section heading: Main Section Page number: 018

Bantuan RM10.6 juta disalurkan menerusi Program Galakan Usahawan (PGU) kepada 2,686 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) sejak 15 tahun lalu, membolehkan usahawan negeri ini menjana pendapatan lebih RM60 juta setahun.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata PGU juga sudah melahirkan 20 usahawan IKS dalam bidang pemprosesan makanan dengan hasil jualan masing-masing mencecah RM1 juta setahun.

Beliau berkata, PGU adalah kesinambungan program Kempen Gerakan Kesedaran (KGK), yang dilaksanakan kerajaan negeri lebih 15 tahun lalu.

Mampu luaskan pasaran

"Saya sudah melawat bengkel mereka dan melihat ia bukan saja dapat bertahan tetapi terus berkembang serta dapat meluaskan lagi pasaran.

"Bagi menjayakan program KGK ketika itu, kita satukan pengusaha IKS yang bertaburan di seluruh Johor dan bantuan diberi dalam bentuk geran RM1 juta, kemudian RM2 juta dan seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sijil dan bantuan PGU JPNJ di tapak pasar malam Pekan Serom, dekat Serom 3, di sini, semalam.

(41)

Publication: HM

Date of publication: Dec 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 075

PEMBANGUNAN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang membentuk 99 peratus daripada semua perusahaan di negara ini penting untuk mencapai pertumbuhan

ekonomi yang mapan.

Ia membuka 65 peratus peluang pekerjaan dan menyumbang 50 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Secara globalnya, PKS menyumbang kepada lebih daripada 50 peratus KDNK di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman.

Di Malaysia, sektor PKS amat penting kepada ekonomi negara. PKS dianggap tunjang ekonomi dan memainkan peranan penting dalam menjana pekerjaan,

mempertingkatkan kualiti sumber manusia, memupuk budaya keusahawanan, menyokong industri besar-besaran serta mewujudkan peluang perniagaan baru.

Menurut Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC), 99.2 peratus (518,996) daripada semua perusahaan di negara ini terdiri daripada PKS, menggajikan 5.6 juta orang dan menyumbang kepada 32 peratus KDNK Malaysia serta 19 peratus daripada jumlah eksport negara.

Faktor jelas bahawa inisiatif mempromosikannya yang berdaya maju penting untuk memperluaskan sumber pertumbuhan serta mengekalkan momentumnya.

Cabaran berkenaan ditangani menerusi agenda negara, iaitu Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan, serta Pelan Induk Industri Kedua dan Ketiga.

Dalam bajet tahun ini, kerajaan mengumumkan pelbagai rancangan menyokong pembangunan PKS. Untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS dan perkembangan pelbagai bidang industri di seluruh negara, dana RM1 bilion akan dibekalkan di bawah Rancangan Pembangunan PKS dan diuruskan Bank PKS.

Langkah ini akan mempermudahkan akses PKS kepada pembiayaan untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka.

(42)

dengan peruntukan RM30 juta.

Selain itu, dana bernilai RM10 bilion di bawah Rancangan Jaminan Modal Kerja diperkenalkan untuk menangani cabaran PKS dalam memperoleh modal kerja.

(43)

Publication: HM

Date of publication: Dec 19, 2012 Section heading: Variasi

Page number: 018

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Interbase Resources Sdn Bhd (Lelong.my) untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan perniagaan di Malaysia.

Ia termasuk operasi perniagaan, memulakan dan menguruskan perniagaan e-dagang dengan mudah dan berkos efektif dengan penambahan pakej Web Store Lelong.my yang dimuatkan dalam aplikasi MarketingTool TM.

Naib Presiden Eksekutif SME, TM, Azizi A Hadi, berkata melalui kerjasama ini, Web Store akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada pelbagai perkhidmatan percuma yang didatangkan dengan aplikasi MarketingTool TM.

"Seperti diketahui, ia berfungsi sebagai pakej perkhidmatan nilai tambah yang terdiri daripada kemudahan berintraksi dan khidmat penyenaraian dilancarkan awal tahun ini.

"Penawaran terkini dari TM ini dibangunkan khusus bagi menyediakan industri kecil dan sederhana (IKS) kepada penyelesaian sehenti yang berkos efisien menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan untuk memanfaatkan penyenaraian secara online untuk kehadiran menonjol," katanya.

MarketingTool TM mempunyai dua ciri utama termasuk aplikasi untuk berinteraksi yang mana pelanggan boleh menghantar SMS menerusi platform online bagi perkhidmatan InfoBlast TM serta memungkinkan mereka memanfaatkan penyenaraian secara online menerusi Internet Yellow Pages.

Azizi berkata, TM dijangka dapat memenuhi salah satu komitmennya dalam memupuk pasaran IKS Malaysia menerusi pembenihan penyelesaian berasaskan ICT melalui pengetahuan dan kemahiran e-dagang dalam menjalankan perniagaan.

Kedua-dua pihak iaitu TM dan Lelong.my akan membimbing usahawan IKS mengenai kepentingan e-dagang melalui seminar yang akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara.

(44)

Headline: Usahawan muda perlu inovatif

Publication: BH

Date of publication: Nov 28, 2012 Section heading: Main Section Page number: 020

Kuala Lumpur: Usahawan muda mampu menjadi perintis yang bertindak sebagai ejen perubahan ke arah mewujudkan legasi perniagaan yang lebih inovatif di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata walaupun usahawan muda biasanya terbabit dengan perniagaan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi negara memang tidak dapat dinafikan.

"Inovasinya tidak terhad hanya kepada penghasilan produk saja, malah merangkumi semua aspek termasuk pengurusan dan pemasaran supaya perniagaan dapat

berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya pada majlis Makan Malam Amal dan Pengiktirafan Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APYBC 2012), di sini, malam tadi.

Majlis makan malam amal dan pengiktirafan itu bertujuan mengiktiraf usaha syarikat korporat yang menyumbang melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta kutipan amal untuk disalurkan kepada sembilan rumah kebajikan di negara ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia), Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah penyampaian sembilan anugerah pengiktirafan program CSR kepada syarikat korporat yang menjalankan inisiatif terbaik berkaitan CSR di negara ini.

(45)

Publication: HM

Date of publication: Oct 16, 2012 Section heading: Main Section Page number: 019

SAYA antara usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ingin mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi meningkatkan perniagaan saya.

Untuk makluman, saya menjual kerepek secara kecil-kecilan, namun sejak kebelakangan ini perniagaan kami mendapat sambutan menggalakkan.

Kami perlu menambah bilangan pekerja, tetapi saya tidak tahu apakah keperluan atau perkara wajib perlu dilakukan bagi menjaga kebajikan pekerja.

RAHMAN AHMAD,

Kampung Melayu Segamat

>UNTUK makluman, sehingga kini terdapat kira-kira 400 usahawan IKS di Segamat dan kami sentiasa menggesa mereka menggunakan kemudahan portal Pembangunan Sumber Manusia Berhad (NHRC) bagi meningkatkan perniagaan dan menambah pengetahuan mereka.

Portal itu boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1800 88 4800 atau laman http://www.nhrc.com.my/ dan ia dilancarkan sejak Februari lalu.

Malangnya, jumlah usahawan mendapatkan maklumat menerusi portal itu masih sedikit sedangkan ia boleh membantu usahawan meningkatkan perniagaan mereka.

DATUK SERI S SUBRAMANIAM,

(46)

Headline: PKS tempatan terus kukuh Publication: BH

Date of publication: Nov 22, 2012 Section heading: Bisnes

Page number: 006

SEKTOR perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan terus berkembang di sebalik keadaan ekonomi global yang tidak menentu serta pasaran yang lebih mencabar.

Mengikut Laporan SME 100 yang diterbitkan SME Magazine, pendapatan bagi 100 PKS utama negara ini meningkat 66.58 peratus pada tahun lalu.

Peningkatan kukuh

Penerbit dan Ketua Pengarangnya, Willian Ng, berkata ia adalah peningkatan kukuh berbanding pertumbuhan 13.7 peratus pada 2010.

"Walaupun pertumbuhan yang dicatatkan 100 syarikat PKS utama itu mungkin tidak mewakili semua PKS, namun ia menangkis mitos perniagaan sektor itu adalah lembap," katanya semasa majlis penyampaian anugerah SME 100 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Anugerah disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ng berkata, pihaknya membuat tinjauan di kalangan 2,000 syarikat PKS terkemuka di negara ini antara Julai dan September lalu.

Maklum balas

"Sebanyak 470 syarikat memberikan maklum balas kepada program itu dengan 100 daripadanya terpilih menerima anugerah SME 100.

"Ia berdasarkan kriteria seperti pertumbuhan pendapatan dan keuntungan, jangkaan perniagaan, pelaburan dalam latihan serta usaha menjalankan kajian dan

pembangunan (R&D)," katanya.

(47)

Publication: HM

Date of publication: Nov 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 040

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan RM15 juta Dana Inovasi Enterpris (EIF) tahun depan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya yang ingin mengkomersialkan produk berinovasi.

Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia diyakini dapat disalurkan sepenuhnya kepada PKS yang melepasi kelayakan permohonan.

Katanya, sebanyak RM10 juta dana EIF disediakan untuk tahun ini dan pihaknya sudah meluluskan 28 projek PKS daripada 81 permohonan yang diterima pada 2011.

"Dana ini untuk memudahkan penyertaan PKS dalam aktiviti inovasi melalui

pembangunan atau penambahbaikan produk, proses atau perkhidmatan sedia ada atau baru yang mempunyai elemen inovasi untuk dikomersialkan. Malah, melalui skim ini Mosti menyediakan dana sehingga RM500,000 bagi PKS yang layak.

"Kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai produk atau inovasi terbaru di pasaran mengambil peluang ini untuk memohon EIF, sekali gus untuk pembangunan PKS yang lebih mapan dan berdaya saing," katanya pada sidang media sempena Forum SME CEO 2012 di Petaling Jaya, semalam.

(48)

Headline: Lebih banyak syarikat PKS Bumiputera berdaya saing Publication: HM

Date of publication: Nov 10, 2012 Section heading: Main Section Page number: 19

SEMAKIN banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera

menunjukkan keupayaan untuk lebih berdaya saing, bukan saja di peringkat domestik, malah antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim berkata, ini dibuktikan menerusi peningkatan penyertaan syarikat Bumiputera dalam Anugerah E50 tahunan SME Corp dengan lonjakan 210 peratus kepada 31 syarikat tahun ini, berbanding hanya 10 syarikat tahun lalu.

"Syarikat PKS Bumiputera yang menyertai anugerah E50 tahun ini sudah mencapai penarafan empat bintang. Mereka menjalani proses ketat oleh Deloitte Malaysia bagi memastikan yang syarikat Bumiputera ini adalah yang terbaik.

"Oleh itu, bagi pihak SME Corp, kami ingin melihat mereka menembusi pasaran global berikutan sudah menunjukkan keupayaan dalam pasaran domestik. Kami mahu

syarikat Bumiputera mengambil peluang ini dan merebut pasaran dunia kerana mereka lebih terserlah dengan keupayaan masing-masing," katanya selepas mengumumkan pemenang Anugerah E50 tahunan SME Corp di Petaling Jaya, semalam.

Penyertaan dalam E50 bagi tahun ini berdasarkan jemputan dengan lebih 400 syarikat di bawah program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (Score) dan bagi yang memperoleh penarafan empat bintang ke atas dipelawa untuk turut serta.

(49)

Publication: BH

Date of publication: Nov 17, 2012 Section heading: Bisnes

Page number: 002

Datuk Seri Najib Razak mahu melihat lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).

Perdana Menteri berkata, ia bagi meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera secara lebih agresif dalam sektor ekonomi negara.

"Di bawah SRI Merapatkan Jurang Ketaksamaan, kerajaan telah mengadakan satu program yang dipanggil TeraS kelolaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

"Program ini bertujuan melaksanakan langkah mesra pasaran, telus, selain langkah berasaskan merit bagi meningkatkan PKS Bumiputera dengan menyasarkan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi untuk ditingkat dan diluaskan jangkauan perniagaan mereka dalam lima hingga sepuluh tahun akan datang.

"Justeru, PKS Bumiputera digalakkan supaya memohon untuk menjadi sebuah syarikat TeraS melalui laman web TERAJU," katanya ketika mengumumkan laporan prestasi kemajuan terakhir ETP untuk tahun ini di Putrajaya semalam.

SRI adalah singkatan daripada inisiatif reformasi strategik (SRI) yang diperkenalkan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia diperkenalkan bagi memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini, 246 syarikat PKS Bumiputera telah dikenal pasti di bawah program TeraS yang telah memenuhi kriteria untuk dibangunkan menjadi usahawan berkelas dunia.

Katanya, daripada 246 di bawah kumpulan itu, 15 syarikat telah mendapat kelulusan untuk menerima dana TeraS membabitkan pinjaman berjumlah RM190 juta.

"Tiga syarikat lagi menerima kelulusan bagi dana mudah cara berjumlah RM47.2 juta untuk melaksanakan tiga buah projek bernilai RM385 juta," katanya.

Tingkat penyertaan

(50)

juga bermatlamat membantu mengembangkan perniagaan PKS Bumiputera di peringkat serantau.

TERAJU yang dipertanggungjawabkan menguruskan TeraS, menyasarkan membangunkan 1,100 syarikat Bumiputera di bawah program berkenaan.

Melalui program TeraS, TERAJU kini bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta untuk memudahkan peluang perniagaan dan memudahkan faktor pemboleh seperti bakat dan pilihan pembiayaan.

Sebahagian peserta program itu yang berpotensi tinggi pula akan dimasukkan ke dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Program TeraS adalah sebahagian Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang menjadi teras utama ETP bagi meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa.

(51)

Publication: HM

Date of publication: Nov 12, 2012 Section heading: Main Section Page number: 041

Byline / Author: Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri

MALAYSIA perlu mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing dan berketahanan kerana ia adalah ramuan penting bagi

pertumbuhan ekonomi mampan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, PKS juga penting kepada pembinaan negara dan kerajaan berusaha untuk menggerakkan agenda PKS.

"Dengan mempunyai sokongan bentuk massa kumpulan PKS yang boleh diharapkan atau pembekal, ia adalah punca kepada kejayaan syarikat besar dan syarikat

multinasional (MNC) kerana mereka bersama-sama menyediakan denyutan kepada ekonomi negara ini.

"Syarikat besar dan MNC juga sangat bergantung kepada PKS kerana mereka menjadi satu rantaian bekalan yang besar serta tanpa salah satu daripada mereka, negara tidak akan mempunyai ekonomi yang cergas dan makmur untuk menyediakan pertumbuhan di dalam negara," katanya dalam ucaptama pada majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2012 di Petaling Jaya.

Menurutnya, PKS adalah kira-kira 97 peratus daripada syarikat perniagaan di negara ini dan menyumbang 32.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Mustapa berkata, PKS juga menggunakan 59 peratus daripada tenaga kerja Malaysia dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 62 peratus menjelang 2020 dan PKS diseru untuk memberi fokus bagi pengukuhan produk serta perkhidmatan masing-masing bagi menembusi pasaran seberang laut.

"Kita akan terus memudahkan kemasukan anda, melalui pelbagai perjanjian

(52)

Headline: IRDA sedia ruang PKS berkembang Publication: BH

Date of publication: Nov 9, 2012 Section heading: Main Section Page number: 023

Sebagai negeri ketiga dengan bilangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) paling banyak di Malaysia, Johor mahu membangunkan lagi sektor ini yang mana kewujudan koridor pembangunan selatan, ISKANDAR MALAYSIA bertindak sebagai pemangkin kepada usaha ini.

Dengan sejumlah 69,030 PKS, sebahagian besarnya terbabit dalam sektor

perkhidmatan manakala sektor pembuatan serta pembinaan dilihat sebagai bidang yang semakin banyak diceburi.

Pelaburan meningkat

Justeru, dengan pembangunan yang semakin berkembang dan pelaburan yang semakin meningkat, ISKANDAR MALAYSIA melihat perlunya PKS di negeri Johor dibangunkan dan dipertingkatkan seiring kepesatan yang berlaku di koridor

pembangunan itu selaras visinya menjadi metropolis bertaraf antarabangsa.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, berkata ekonomi tanpa sempadan memberikan ruang tidak terhad kepada PKS untuk berkembang, justeru kerjasama pintar dan strategik dengan agensi dan syarikat perniagaan adalah 'game changer' paling cepat.

"Dalam usaha bergerak ke hadapan, kita perlu segera mempercepatkan pertumbuhan dan pengantarabangsaan PKS supaya pembabitan mereka dalam kepesatan

pembangunan ISKANDAR MALAYSIA dirasakan," katanya

Jelas Ismail lagi, IRDA pada masa ini agresif memastikan projek pemangkin utamanya direalisasikan terutama sektor pelancongan, penjagaan kesihatan, kreatif serta minyak dan gas.

"Dengan pertumbuhan projek-projek ini, IRDA melihat kepada keperluan dua asas utama contohnya sumber manusia dengan apa yang lebih penting menterjemahkan peluang-peluang ini kepada PKS terutama PKS tempatan," katanya.

Bersandarkan kedudukan Johor dalam ranking PKS peringkat nasional, penting untuk IRDA mula melabur dalam pelan strategik PKS kebangsaan melalui data yang lengkap, arah tuju dan petunjuk prestasi, kata Ismail.

(53)

dalam membentuk usahawan berjaya dan peluang memperoleh dana. Selain itu ia juga melaksanakan program outreach dengan tumpuan kepada latihan dan pendidikan bagi menyokong PKS.

IRDA turut memainkan peranan penting menyediakan kemudahan dan sebagai saluran utama menghubungkan PKS dengan agensi berkaitan untuk melihat peluang-peluang yang boleh diraih.

Apa yang dilakukan ini adalah supaya PKS mempunyai wawasan jelas untuk

berkembang, meningkatkan produktiviti dan melaksanakan amalan global bagi daya tahan yang mapan.

Namun, dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dan pencapaian PKS di ISKANDAR MALAYSIA, IRDA juga melihat perlunya membentuk PKS jenis baru untuk sama berkongsi wawasan yang dicipta.

Justeru kata Ismail, pelan strategik ISKANDAR MALAYSIA dalam bidang ini harus cenderung kepada teknologi, inovasi dan keusahawanan dengan sokongan kepada pertumbuhan produktiviti, ruang bergerak, inovasi, harta intelek dan kemahiran sumber manusia.

INFO

Pecahan PKS di Johor

- 62,165 (90.06 peratus) Perkhidmatan

- 4,051 (5.87 peratus) Pembuatan

- 718 (1.04 peratus) Pertanian

- 2,063 (2.99 peratus) Pembinaan

(54)

Headline: Sumbangan besar PKS kepada negara Publication: BH

Date of publication: Nov 9, 2012 Section heading: Main Section Page number: 022

Byline / Author: Oleh Azran Jaffar

Dengan sumbangan sebanyak 60 peratus kepada jumlah penghasilan pekerjaan,

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan fungsi sangat penting di negara ini yang mana jika digabungkan dengan perusahaan mikro, sektor ini berperanan dalam meningkatkan pertumbuhan negara selain sumbangan kepada pendapatan negara.

Bagi tempoh 2004 hingga 2010, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS berkembang pada kadar purata 6.8 peratus setahun yang mana jauh lebih tinggi

daripada KDNK keseluruhan iaitu 4.9 peratus, dengan sumbangan terkini sebanyak 32 peratus.

Namun, apa paling penting, PKS bertindak sebagai penstabil di waktu negara

mengalami kelembapan ekonomi dan disebabkan itu, PKS sangat kritikal untuk proses transformasi ekonomi kerana ia membentuk sumber pertumbuhan dalam negara dan dasar kepada kegiatan sektor swasta.

Kepentingan PKS kepada ekonomi negara dapat dilihat yang mana pada tahun lalu, 97.3 peratus atau 645,136 syarikat dan perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah daripada sektor ini.

Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah dalam sektor perkhidmatan, 5.9 peratus pembuatan dan 3 peratus dalam sektor pembinaan, 1 peratus sektor pertanian manakala perlombongan dan kuari 0.1 peratus.

Jika dilihat pecahan negeri pula, Selangor mencatatkan bilangan PKS terbesar iaitu 19.5 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13.1 peratus) dan Johor (10.7 peratus).

Pelan Induk PKS 2012-2020

Justeru dalam memantapkan lagi peranan dimainkan PKS, Kerajaan melalui Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) mewujudkan Pelan Induk PKS 2012-2020 yang bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan dan pendapatan selaras persekitaran global yang dilanda ketidakpastian dengan persaingan yang bertambah sengit.

(55)

akan terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana dan tidak lagi berdaya saing dari segi kos berbanding sesetengah negara.

"Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan menerapkan pendekatan berbeza bagi menggiatkan pertumbuhan PKS dan menjadi pendorong pertumbuhan yang diterajui sektor swasta," katanya

Najib juga menjelaskan, ekonomi yang didokong oleh inovasi memerlukan satu golongan baru PKS yang boleh membantu mendorong inovasi yang dipacu pasaran dan teknologi bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dalam semua sektor ekonomi.

Pemangkin pertumbuhan firma berpotensi tinggi

Melalui pelan induk berkenaan, keutamaan diberi terhadap usaha memupuk PKS dalam negara daripada peringkat permulaan kepada membantu perkembangan dan menjadi pemangkin pertumbuhan firma berpotensi tinggi yang berupaya menjadi juara negara dan dapat bersaing di pasaran serantau dan global.

Pada masa sama, perusahaan mikro akan dibawa ke dalam aliran utama ekonomi supaya dapat meraih manfaat daripada bantuan Kerajaan dan proses transformasi ekonomi.

Peralihan ini akan mengakibatkan perubahan kepada struktur ekonomi yang lebih cenderung kepada sektor perkhidmatan dan aktiviti berintensif pengetahuan dengan nilai ditambah yang lebih tinggi. PKS perlu mengubah perspektif minda untuk bersiap sedia ke arah peralihan ini.

Namun dalam memperkatakan mengenai PKS, peranan wanita dalam bidang ini tidak boleh dikesampingkan kerana 19.7 peratus daripada mereka yang terbabit dalam PKS adalah wanita dengan sebahagian besarnya dalam bidang perkhidmatan iaitu sebanyak 91.7 peratus, pembuatan (7 peratus), pertanian (0.4 peratus), pembinaan (0.9 peratus) dan perlombongan dan kuari (0.02 peratus).

Sementara itu, menyedari hakikat perlunya PKS dibangunkan selaras kewujudan pelan induk berkenaan, koridor pembangunan ISKANDAR MALAYSIA melalui Pihak

Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berusaha meningkatkan bilangan PKS dalam usaha memajukan dan mempercepatkan pertumbuhan wilayah berkenaan.

INFO

Definisi PKS

(56)

Perusahaan Mikro

- Perolehan kurang RM250,000

- Menggaji kurang 5 pekerja

Perusahaan Kecil

- Perolehan RM250,000 hingga RM10 juta

- Menggaji kurang 50 pekerja

Perusahaan Sederhana

- Perolehan antara RM10 juta hingga RM25 juta

- Menggaji kurang 150 pekerja

Sektor Perkhidmatan

Perusahaan Mikro

- Perolehan kurang RM200,000

- Menggaji kurang 5 pekerja

Perusahaan Kecil

- Perolehan RM200,000 hingga RM1 juta

- Menggaji kurang 20 pekerja

Perusahaan Sederhana

- Perolehan RM1 juta hingga RM5 juta

(57)

Publication: BH

Date of publication: Nov 9, 2012 Section heading: Main Section Page number: 022

Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang menyediakan insentif kepada golongan pemodal (angel investors) dan

penggunaan Hak Harta Intelek (IPR) sebagai jaminan dilihat mampu meningkatkan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana di negara ini.

Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim, berkata selain insentif kewangan, insentif ini akan memperhebatkan lagi inovasi di negara ini terutama di kalangan firma berkaitan kerana mereka boleh meningkatkan keupayaan IPR

sebagai jaminan untuk mendapatkan pembiayaan bank serta mendorong golongan pemodal mengambil ekuiti dalam syarikat mereka.

Kedua-dua insentif ini selaras sasaran Pelan Induk PKS yang mahukan pertumbuhan yang tinggi dan firma inovasi mencatatkan pertumbuhan lebih baik daripada PKS dalam tempoh pelan induk itu, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata terdapat dana yang mencukupi di pasaran tetapi persoalannya adalah keupayaan sesebuah PKS menepati syarat tertentu.

Bagi PKS apa yang perlu dilakukan adalah membuktikan keupayaan mereka untuk membuat pinjaman yang disandarkan kepada rekod kredit yang baik selain

meningkatkan usaha memperbaiki kemampuan untuk membolehkan mereka menerima dana berkaitan yang disediakan, katanya.

(58)

Headline: Khidmat aplikasi awan TM bantu syarikat PKS Publication: BH

Date of publication: Nov 7, 2012 Section heading: Bisnes

Page number: 003

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan perkhidmatan pengkomputeran awan bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan

ke

Referensi

Dokumen terkait

menghargai hak milik orang lain, cara menghargai makhluk yang hidup di alam lain, pengetahuan pranata dan adat-istiadat, cara meningkatkan kesejahteraaan keluarga,

Masitoh (2009) mengungkapkan beberapa kesulitan yang dialami guru dalam merancang dan melaksanakan pembelajaran berbasis kecakapan hidup antara lain adalah kesulitan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tinggi tanaman tertinggi diperoleh pada kombinasi perlakuan R 1 N 2 (Rh izobiu m lokal dan Pe mberian N 100 kg/ha) sedangkan

Ukur kekerasan rol pada berbagai titik yang berbeda dari bagian lapisan karet rol dengan mempergunakan Durome-4. ter

Peluru-peluru ditembakkan dari Kapal Bintang Laut tersebut mengarah ke tiga kapal nelayan asing yang tertangkap mencuri ikan di Laut Natuna. Disaksikan oleh Panglima Komando Armada

Dari pernyataan di atas dapat disimpulkan bahwa kompos daun gamal sebagai bahan organik dapat berinteraksi positif dengan FMA sebagai sumber karbon yang akan

Variabel meliputi jumlah status kesehatan balita berdasarkan diagnosa oleh petugas keseha-tan serta informasi keluarga yang berkaitan dengan gejala penyakit, cakupan

Berdasarkan proses seleksi yang telah dilakukan oleh Lajnah Pemenangan Pemilu Legislatif (LP2L) dan hasil penetapan Lajnah Penetapan Calon (LPC) DPW PPP Jatim, juga