• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan dan Perubahan Dalam Sastera

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembangunan dan Perubahan Dalam Sastera"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Pembangunan dan Perubahan

Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Sejak lama dahulu, semakin lama semakin banyak kampung Melayu didapati sudah tidak lagi diduduki orang Melayu sahaja. Antara yang dimaksudkan dengan kenyataan itu ialah sudah sekian lama terdapat orang bukan Melayu di kampung Melayu. Mereka itu lazimnya menjual barangan keperluan seharian, seperti Cing Huat dalam novel Interlok (1971), karya Abdullah Hussain, atau Ah Fook dalam cerpen Hati Ah Fook Selebam Malam (1970) oleh Adam A Kadir, malah. Isteri Leong Beranak (1966), nukilan A. Wahab Ali.

Perkembangan itu mungkin disebabkan orang Melayu setempat mendapati orang bukan Melayu yang membuka kedai, berkebun, dan berniaga di kampong Melayu yang berkenaan telah memberi kemudahan kepada orang Melayu yang berkenaan. Pada masa lalu, orang Melayu yang ramah, yang mesra, yang bertolak ansur dan juga yang berfikiran terbuka itu, tidak berminat, maka tidaklah bersedia untuk melakukan kerja-kerja itu. Maklumlah hampir semua orang Melayu selesa dengan hidup tradisional mereka mengerjakan tanah (kebun arau sawah), dan menangkap ikan, terutamanya. Lama-kelamaan, kelihatanlah beberapa orang bukan Melayu hidup dengan bergantung pada orang Melayu di kampong Melayu.

Sepanjang yang diketahui, belum pernah ada orang Melayu melarang orang daripada kumpulan kaum lain datang ke kampung mereka untuk berjual beli, dan membuka kedai, walapun perbuatan itu sudah dimarahi dalam cerpen Ishak Haji Muhammad seperti Anak Dibuat Denak (1938). Daripada kontak itu, terutamanya berjual beli, dapatlah mereka mengembangkan hubungan antara kaum. Lama-kelamaan, semakin ramai orang Melayu tertarik kepada orang bukan Melayu dan sebaliknya. Akhirnya, kisah orang bukan Melayu yang beroperasi di kampung Melayu sudah diceritakan dalam cerpen Cina Angkat Najis Rumah Saya (1953) daripada Asmal, Leman (asalnya Lee Han) dalam novel Musafir (1959) karya Hasan Muhammad Ali dan Ah Man serta Ah Seng dalam novel

Embun Dan Tanah (1965), yang dihasilkan oleh Ibrahim Omar dan sebagainya.

(2)

kampung Melayu tidak mengubah landskapnya sebagai kubu orang Melayu dengan cara hidup mereka yang tersendiri. Sebaliknya, orang bukan Melayu yang tinggal di kampung Melayu itu mendapati amat selesa untuk hidup dengan aman damai bersama-sama orang Melayu setelah mereka diterima menjadi sebahagian daripada penduduk kampong seperti

Orang Baru (1973) oleh Ghazali M. A. Kisah, walaupun ada perkara yang kurang baik telah berlaku seperti dalam cerpen

Isteri Leong Beranak (1966), karya A. Wahab Ali. Perkembangan yang menarik ialah lama-kelamaan, pelbagai jenis hubungan sosial antara kaum sudah terbentuk seperti yang diceritakan dalam karya sastera Melayu yang berlainan dari masa ke masa. Antara hubungan sosial yang dimaksudkan itu ialah interaksi antara kaum itu telah berlaku dengan kedua-dua kumpulan etnik yang berlainan itu dapat menerima satu sama lain dan dapat hidup dengan aman dan damai, walaupun yang satu itu majoriti, sedangkan yang lain itu minority. Inilah mesej akhir yang ingin disampaikan penulis Melayu yang berkenaan dalam karya mereka.

Seperkara lain yang tidak kurang penting di sini adalah sifat-sifat asal kampung Melayu terus kekal, sementara orang bukan Melayu yang menjadi residennya telah menyesuaikan diri dengan menerima cara hidup Melayu seperti yang ditunjukkan guru Cina yang suka kehidupan di kampung Melayu semasa mengajar di sekolah di kampung itu sampaikan dia membuat keputusan untuk memeluk ugama Islam dalam cerpen Orang Baru (1973) yang sudah disebut tadi. Kisah yang lebih kurang sama isinya didapati dalam cepen Anak Sulung Terbang Jauh (1973) daripada Fahmi Kassim yang menceritakan keluarga Cina di kampong Melayu dengan sendirinya telah mengikut lebih banyak nilai-nilai dan cara hidup orang Melayu daripada nilai-nilai tradisional Cina sendiri setelah lama berinteraksi dengan orang Melayu.

(3)

orang Melayu, termasuk Lazim dan Seman. Resipinya terkandung di sebalik kata-kata mutiara sini: 'Tak kenal tak cinta'.

Dengan cara inilah kita melihat ketiga-tiga kaum utama di Malaysia sudah hidup bersama-sama dalam suasana yang harmoni, sekali gus menonjolkan imej sebenar Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dalam karya sastera Melayu. Yang lebih menarik lagi ialah dalam kontek itulah juga interaksi antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu sudah menjadi tema yang berulang-ulang diperkatakaan dalam banyak karya sastera Melayu selepas 1957. Kesemua itu membawa makna bahawa hubungan kaum masa sekarang telah lain daripada masa dahulu.

Dalam kontek sosial budaya yang besar itulah watak bukan sahaja seperti Pak Karim dalam Pengantin Baru (1957) oleh Ishak Haji Muhammad sudah meninggalkan adat dan nilai-nilai tradisional Melayu, tetapi juga watak bukan-Melayu dalam novel dan cerpen yang disebut tadi, maka sanggup meninggalkan cara hidup tradisional mereka untuk kepentingan bersama dalam masyarakat yang baru. Dalam dunia yang berasaskan kepentingan bersama yang baru itulah interaksi dan kerjasama antara kaum telah menggantikan perasaan permusuhan, marah dan syak wasangka antara kaum. Hasilnya kita lihat watak orang bukan Melayu seperti So Kha, jiran Leong dalam cerpen Isteri Leong Beranak (1966) oleh A. Wahab Ali dipulaukan jirannya, orang Melayu dan orang bukan Melayu kerana yang diutamakan mereka adalah nilai-nilai kerjasama, semangat tolong menolong dan perasaan kemanusiaan yang merentasi jurang perbezaan kaum.

Yang kita saksikan dalam kesemua karya sastera yang disebut tadi itu ialah sebahagian rakyat Malaysia sudah tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan realiti baru dalam masyarakat baru di Malaysia. Dalam kontek inilah penulis Melayu generasi baru dan yang berwawasan itu mendapati masa depan dengan keharmonian rakyatnya yang boleh hidup dengan aman dan damai itu memanglah adalah hak milik kepada mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan realiti sosio-budaya dan politik yang sudah berubah daripada masa dahulu.

(4)

berpegang kuat kepada cara hidup dan kepercayaan mereka yang lama yang sudah biasa kepada mereka. Antara sebabnya ialah mereka mendapati perlu berbuat demikian, kerana itulah yang mereka tahu, maka susah dilepaskan selagi nyawa mereka dikandung badan mereka. Antara orang Melayu dalam karya sastera yang sehuhungan itu dalam kajian ini adalah Pak Sudin dan Mak Limah, ibu bapa Basir dalam novel Subuh

(1964), karya Atan Long dan Cing Huat dalam novel Interlok (1971), karya Abdullah Hussain. Walaupun mereka didapati berpegang kuat kepada cara hidup, adat resam dan kepercayaan tradisional mereka, maka didapti keras kepala tentang banyak hal pada mjula-mulanya, tetapi lama-kelamaan mereka telah juga membuat penyesuaian dan penyelarasan di sana sini setelah menyedari kelemahan diri mereka berdepan dengan perubahan yang berlaku. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut nanti.

Sementara itu, antara perubahan sosio-budaya yang ada kena-mengena dengan hubungan antara kaum dan telah yang banyak diperkatakan dalam karya sastera Melayu selepas 1957 ialah perkahwinan antara kaum. Pada masa lalu, perkahwinan di kalangan orang Melayu lazimnya adalah monogami. Dalam kontek itu, kita dapati anak muda yang berkahwin itu jarang menentang perkahwinan yang telah diatur ibu bapa, seperti yang diceritakan dalam Hikayat Faridah Hanum (1925-1926) oleh Syed Sheih al-Hadi, BILIK 69 (1949) oleh Ahmad Lutfi (1949) dan Mata Intan (1951) oleh Wijaya Mala.

Sekarang, walaupun sudah ada kahwin campur antara kaum yang bertitik tolak daripada cinta bebas, tetapi pasangan muda yang berkenaan didapati perlu memujuk ibu bapa masing-masing tentang hikmah dalam pemilihan mereka sendiri, selain meminta perkahwinan mereka disetujui dan direstui ibu bapa mereka. Itulah kisah percintaan antara Basir dengan Lucy dalam Subuh. Sehubungan itu, Atan Long seolah-olah ingin menyampaikan mesej kepada pembacanya bahawa kahwin campur adalah jalan alternatif untuk memperkukuhkan hubungan antara kaum ke arah peningkatan interaksi dan kerjasama antara mereka bagi membina kehidupan yang baru dengan aman dan damai.

(5)

memperbaiki dan memberi kuasa kepada rakyatnya. Selaku intelektual awam, penulis Melayu generasi baru itu tahu orang muda yang dinamik, yang berpendidikan dan yang berfikiran terbuka itu sudah seolah-olah tidak sabar-sabar untuk merebut peluang yang terbuka untuk mara ke depan, walaupun reaksi daripada generasi orang tua mungkinlah berbeza. Antara watak-watak orang muda yang dimaksudkan dalam karya sastera Melayu itu adalah seperti Basir dalam novel Subuh dan Yew Seng dalam novel Interlok, manakala watak generasi orang tua adalah Cing Huat dalam Interlok dan Pak Sudin dalam

Subuh.

Oleh sebab takut akan kehilangan apa yang mereka punyai, orang daripada generasi yang tua itu akan berpegang kuat dan mempertahankan kuasa, kedudukan, dan peranan lama mereka agar tidak dicabar orang lain, lebih-lebih lagi orang yang lebih muda. Pada usia senja itu, mereka sentiasa memikirkan dan ingat kembali masa lalu yang sukar di satu pihak, sementara menjadi resah memikirkan masa depan yang tidak menentu di satu pihak yang lain. Mereka menganggap apa-apa juga yang masih ada pada mereka itu adalah semacam kuasa, malahan berharap kuasa itu akan kekal dalam tangan mereka, tetapi apalah dayanya kerana mendapati semakin tuanya usia mereka semakin banyak kuasa yang masih tinggal itu sudah terlepas daripada tangan mereka.

Dengan kata lain, dengan semakin banyak kerja sudah tidak boleh dibuat lagi, mereka sangat mengharapkan jasa dan sumbangan mereka masa dahulu itu masih lagi dikenang orang muda di sekelilignya, kerana sudah tidak banyak masa yang tinggal bagi mereka. Sebaliknya, bagi anak muda yang baru melancarkan bahtera hidup di dunia yang berpancroba, maka penuh dengan cabaran yang baru, dan yang belum berlaku sebelum itu, maka banyak lagi yang perlu mereka lakukan untuk berkembang seterusnya. Oleh sebab itu, mereka perlu berani mencuba melakukan apa yang mereka fikir adalah yang terbaik. Selain itu, mereka tidak kerugian apa-apa yang penting sekiranya usaha mereka gagal, kerana masih banyak perlu mereka pelajari sama ada daripada hidup. Pendek kata, orang muda yang berjiwa besar dan yang bercita-cita tinggi itu didapati berani menerima cabaran yang perlu diatasi dengan seribu daya.

(6)

kalangan penulis Melayu generasi baru. Segala-galanya itu boleh dikatakan juga bertitik tolak daripada kesedaran mereka yang berindukkan deria insaf dan sedar yang semakin meningkat dalam kesedaran diri yang tercermin pada watak Farid dalam cerpen Manager Baru (1971) daripada Azizi Haji Abdullah dan watak utama dalam cerpen Dua Makhluk Dua Harapan (1971) oleh S. Hamisal Farid, dan watak Basir dalam

Subuh sudah disebut sebelum ini.

Antara yang dimaksudkan itu ialah watak-watak orang muda dalam karya-karya yang tersebut itu sudah mendapati diri mereka lebih menyedari tentang diri mereka, selain hubungan mereka dengan persekitaran baru mereka, lebih-lebih lagi hubungan mereka dengan kaum yang lain. Mereka melihat kesemua itu sebagai tanggungjawab. Sehubungan itu, ungkapan 'dunia moden hari ini' juga menunjukkan perubahan yang mereka sudah alami sendiri. Dalam kontek itu mereka mendapati tidak ada gunanya untuk mempersalahkan orang Cina atau penjajah masa dahulu pada masa sekarang, kerana mereka sendiri adalah tuan yang baru di negara yang sudah merdeka, maka telah membuat mereka menyedari bahawa mereka perlu mempunyai semangat dan jiwa baru untuk melakukan suatu yang berbeza daripada masa dahulu.

Melalui penuls Melayu generasi yang baru itu mereka tahu bahawa bukan semua pembangunan ekonomi dan negara datangh daripada dasar-dasar kerajaan belaka. Ini disebabkan jika demikianlah halnya, tidak mungkin ada lagi masalah kemiskinan. Sehubungan itu, dalam novel Pulanglah Perantau

(1998: 342), penulisnya A Aziz Jahprin menegaskan bahawa untuk memastikan kejayaannya, DEB sudah diberi tempoh selama 20 tahun bagi kaum bumiputera untuk mempunyai 30% ekuiti dalam ekonomi negara.1 Walaupun tidak ada karya

sastera yang memperkatakan Dasar Ekonomi Baru atau Rukun Negara secara khususnya, tetapi falsafah dan prinsip asas kedua-dua dasar itu sudah disentuh secara tidak langsong di sana sini dalam banyak karya sastera Melayu sebagai ideologi teras negara dalam pemupukan perpaduan sosial kesemua kaum di Malaysia.

1Kaum bumiputera yang teramai sekali bilangannya didapati sedikit

(7)

Berkaitan hubungan antara orang Melayu dengan orang Cina, penulis Melayu generasi yang baru sentiasa memperhatikan tanda-tanda tentang tekanan emosi dan rasa bimbang orang Melayu terhadap orang Melayu, tidak kira sama ada yang wajar atau tidak berasas yang akan timbul dengan sendirinya di kalangan mereka, walaupun telah hidup bersama-sama selama ratusan tahun. Ini disebabkan orang Melayu dan orang bukan Melayu tidak boleh hidup, apatah lagi bekerjasama dan maju selagi ada tekanan emosi dan rasa bimbang tentang perubahan dan cabaran baru yang memang tidak dapat dielakkan. Tetapi untuk keharmonian antara kaum dan kepentingan bersama semua kaum, tekanan emosi dan rasa bimbang itu perlu ditangani dan diatasi. Sehubungan itu, yang boleh dilakukan penulis yang berkenaan ialah menulis cerita untuk memberi kekuatan dan kebolehan asas yang diperlukan orang ramai untuk menangani tekanan emosi dan rasa bimbang mereka. Kekuatan dan kebolehan asas itu juga penting untuk memberi kepada mereka rasa harga diri dengan kukuh untuk menolong mereka membina kepercayaan, keyakinan diri dan juga perasaan yang mereka mempunyai kawalan ke atas apa yang akan berlaku kepada mereka dan juga orang lain.

Dalam kontek inilah penulis Melayu generasi baru itu telah memberi ‘contoh melalui tauladan’ untuk membuat pembacanya percaya bahawa mereka juga boleh berbuat demikian. Hasilnya, kita sudah disaji cerita mengenai keluarga Cina yang selesa untuk tinggal di kampung Melayu dalam cerpen Anak Sulung Terbang Jauh (1973) daripada Fahmi Kassim yang menceritakan seorang guru Cina yang mengajar di sekolah di kampung Melayu telah memeluk Islam untuk merapatkan diri dengan orang Melayu dan juga orang Cina yang lain tidak ada masalah untuk menyesuaikan dirinya di kampung Melayu dalam cerpen Gantung (1973), karya M. Farda.

Di sepanjang jalan ke arah perkembangan sosio-ekonomi baru itu, kita dapati ramai orang Melayu, Cina, India dan lain-lain yang telah kenal-mengenal itu dengan sendirinya telah jatuh cinta sesama sendiri, lantas mendirikan rumah tangga baru, seperti Basir dan Lucy dalam novel Subuh (1964) oleh Atan Long, Ju Su Chin dan Burhan dalam novel Pertentangan

(8)

Jenny dalam novel Detik-Detik Cemas (1969), karya A. Samad Ismail, antara yang lain.

Demikian juga dalam Subuh, kita sudah lihat Basir dan Lucy jatuh cinta dan berkahwin walaupun dibantah ibu bapa Basir pada mula-mulanya. Antara cerita dalam Pertentangan

adalah Burhan sangat mencintai Ju Su Chin, seorang gadis Cina. Selepas melibatkan Burhan dalam aktiviti kumpulan yang diketuai Bung Kahar, Su Ju Chin minta Burhan mengahwininya. Burhan menolak cadangan itu, melainkan jika Su Ju Chin bersetuju untuk memeluk Islam. Hubungan mereka menjadi tegang berikutan Su Ju Chin enggan berbuat demikian pada mula-mulanya. Akibatnya, Burhan telah menjauhkan diri daripada kumpulan itu. Tetapi akhirnya, Su Ju Chin pergi ke Singapura selepas Salim cuba menodainya. Oleh sebab cintanya kepada Ju Su Chin begitu kuat, Burhan sanggup meletakkan jawatannya untuk mencari Ju Su Chin. Akhirnya, mereka bertemu dengan Ju Su Chin bersetuju untuk memeluk Islam. Antara cerita dalam Detik-Detik Cemas adalah Rahmat yang mencintai Jenny itu sudah direstui ibu bapanya untuk berkahwin. Bukan itu sahaja, Rahmat juga sedia untuk berkorban untuk membantu Jenny menolong orang lain yang tidak bernasib baik.

Di sebaliknya, orang daripada keluarga yang tidak berinterasi dengan kaum yang lain sering mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan orang daripada kumpulan etnik yang lain. Ini disebabkan mereka kekurangan etika sosial, pengetahuan asas dan nilai-nilai lain yang boleh dipelajari di rumah atau di sekolah di peringkat usia rebung mereka lagi. Hasilnya, mereka mendapati sukar untuk bercampur gaul dengan kaum yang lain sehingga dapat menjadi kawan untuk memulakan hubungan persahabatan. Sebaliknya, mereka akan menjadi sama ada yang pasif, atau kera sumbang, malah agresif sehinggakan sama ada mereka sendiri atau orang lain akan kehilangan minat untuk berkawan. Pendeknya, mereka ini tidaklah seperti Yew Seng dan Lazim dan Seman dalam novel

Interlok, Swee Lan dan Ali dalam novel Biru Warna, Zulkifli dan Senapapal dalam cerpen Bibit Cinta (1975) oleh Azizi Haji Abdullah.

(9)

oleh Hasbima dan juga Cing Huat dalam novel Interlok, kerana Cing Huat juga mahu membesarkan anak-anaknya dengan cuba memotong hubungan mereka dengan rakan sebaya mereka daripada orang Melayu. Cing Huat juga mahu membawa anak-anaknya pulang ke China. Sebaliknya, berkat persahabatannya dengan rakan Melayulah Yew Seng telah membina perasaan kasih dan persahabatannya dengan Lazim dan Seman. Di sini, Yew Seng, Swee Lan, Zulfili dan Senapapal, antara yang lain-lain, adalah contoh yang menyatakan bahawa tali persahabatan didapati menguntungkan sekalipun dengan kawan dari kaum lain. Mereka tidak ada masalah untuk memberi dan menerima rasa kasih sayang dan pertolongan, malah bekerjasama dengan rakan mereka daripada kaum lain. Mereka sanggup berkongsikan rasa gembira dan menanggung kesusahan bersama-sama sebagai sebahagian daripada pengalaman hidup mereka semasa membesar bersama-sama seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu ‘cubit paha kini, paha kanan terasa sakit juga’. Yang dimaksudkan itu ialah Yew Seng merasakan dirinya sudah terpukul jika ada orang memukul Lazim. Selain itu, Yew Seng juga telah membela Seman secara lisan bila kawan Melayunya itu diperlekehkan ayahnya, Cing Huat. Dengan cara inilah kehidupan mereka ini sudah menjadi lebih kaya.

(10)

Demikian juga dengan Pak Sudin, ayah Basir, yang menentang anaknya berkahwin dengan Lucy pada-mulanya, tetapi telah menerima perkahwinan itu di akhir novel Subuh. Ini bermakna kedua-dua orang tua itu juga telah berubah di sana sini demi kepentingan anak mereka setelah melihat perubahan yang berlaku di dunia yang akan diwarisi anak cucu mereka pada masa depan.

Rujukan

A Samad Ismail. Detik-Detik Cemas. Singapore: Pustaka Nasional 1969.

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1971 & 2003.

Adam A. Kadir. Hati Ah Fook Selebam Malam. Mingguan Malaysia, 15.3.1970.

Ahmad Lutfi. Bilik 69. atau Korban Nusyuz. Singapura: Qalam.

1949.

Asmal. Cina Angkat Najis Rumah Saya. Mastika, Okt 1953.

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Azizi Haji Abdullah. Bibit Cinta. Utusan Zaman. 3.8.1975.

Azizi Haji Abdullah. Manager Baru. Mingguan Malaysia, 9.5.1971.

Fahmi Kassim. Anak Sulung Terbang Jauh. Mingguan Malaysia - 22.4.1973.

Ghazali M.A. Orang Baru. Berita Minggu, 18.3.1973.

Hasan Muhammad Ali. Musafir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959 & 1989.

Hasbima. Kapalnya Dibakar. Dewan Bahasa, Julai, 1960

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1965.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

M Farda. Gantung. Mingguan Malaysia, 2.12.1973.

S Hamisal. Dua Makhluk Dua Harapan. Mingguan Malaysia, 7.3.1971.

S Othman Kelantan. Pertentangan. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1967.

Syed Sheikih al-Hadi. Hikayat Faridah Hanum. Singapura: Qalam 1925.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Karena infotainment juga menyangkut sesuatu yang terkait dengan image orang, citra orang atau reputasi orang, sementara citra dan reputasi ini sangat penting dalam pengembangan

Neraca dan sifat manusia terbaik (idola) yang berasaskan kepada konsep budi bahasa Melayu-Islam dan bukannya seperti mana difahami oleh masyarakat moden

dianggap sebagai model partisipasi yang sederhana di dalam pengambilan keputusan untuk semua kegiatan pembangunan di tingkat lokal sebelum Musbangdes, akan tetapi.. model ini

Penting bagi pemrakarsa proyek untuk mempertimbangkan aspek GESI serta menyertakan perempuan dan kelompok rentan lainnya, bukan sebagai korban peru- bahan iklim yang tidak

a) Salah penafsiran ketika penjelasan dari Owner. c) Faktor penyelesaian untuk faktor actuating. d) Koordinasi saat pembuatan desain. e) Kurang komunikasi antara anggota dan pekerja

masih sangat penting dalam kehidupan orang Timor. Melalui manekat, anggota-anggota keluarga diingatkan untuk terus menjalin hubungan persaudaraan. Melaui manekat,