BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL 1. Sebagai Nabi dan Rasul
Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci al-Quran,Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan memiliki sifat mulia seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui bukti-bukti sejarah.
Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda masih kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Selama 13 tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam.
Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa menyebarkan agama Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas.Teras ajaran adalah berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak.
Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa
2. Sebagai Pemimpin Masyarakat Dan Negarwan
Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah
seperti:-
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama.
Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan ekonomi.
Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam Madinah.
Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya bukan Islam. Tidak memaksa menganut ajaran Islam.
Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan menolak semangat assabiyah zaman jahiliyah.3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika itu.
Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka.
Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu.
Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam.
Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.
4. Sebagai Perancangan Ekonomi
Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian.
Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama urusniaga.
Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.
5. Menjadi Pemimpin Tentera
Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam.
Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik mengepung dalam perang Taif.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa’ al-Rasyidin.
PENGENALAN
Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun
Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah.
Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab.
Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim.
Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt untuk amalan
dirinya sahaja.
Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang
cekap.
DIGELAR 'AL-AMIN'
Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.
berjaya menyelesaikan perbalahan yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Bani
dalam Kabilah Quraisy.
Peristiwa tersebut berlaku setelah Kota Makkah dilanda banjir.
Bani-Bani di Makkah bertelagah sesama sendiri semasa hendak meletakkan semula batu
Hajarul Aswad di sudut dinding Kaabah.
Batu tersebut dianggap suci dan mulia.
Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad (saw) sebagai hakim untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
Baginda meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah.
menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu berasa puas hati.
MENGATUR STRATEGI PENYEBARAN ISLAM
Baginda mula menyusun strategi penyebaran Islam yang benar-benar terancang dan teliti.
Peringkat Awal : Baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan yang paling
hampir dengan Baginda.
Tujuan : untuk tidak menimbulkan keributan di kalangan masyarakat Quraisy yang lain.
Berita kedatangan Islam telah tersebar luas dan penentangan semakin meningkat.
Baginda juga menyusun strategi untuk menghadapi Kaum Quraisy.
Umat Islam digesa untuk bertahan dan bersabar di atas segala penentangan Kaum
Quraisy.
Umat Islam masih kecil dan lemah dan belum mampu menandingi kekuatan Kaum
Quraisy.
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
Baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
Kedua-dua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
Dengan kejayaan ini,Baginda merupakan tokoh yang pertama.
kerana berjaya menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu
umat yang padu dan kukuh.
SEORANG PEMIMPIN TENTERA
Baginda merupakan pemimpin tentera yang tertinggi.
Baginda turut berjuang dan dalam masa yang sama menjadi inspirasi para pejuang lain.
Dalam Perang Uhud,Baginda turut memakai baju besi,memikul pedang dan memerangi
musuh.
Baginda turut luka parah dalam peperangan tersebut.
Baginda juga sebagai seorang pakar strategi.
Bukti : - kecekapan taktik Baginda menggunakan pasukan memanah di lereng gunung
Uhud.
- taktik menggali parit dalam Perang Khandak
- teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Aus menyerah diri dalam Perang
Taif.
MENGADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
Walaupun Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf,namun baginda
seorang pemimpin sebuah kerajaan.
mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di
dalam dan di luar Tanah Arab seperti :
-Habsyah -Byzantine -Hirah
-Parsi -Ghassan
RUMUSAN
adalah jelas bahawa Muhammad bin Abdullah itu merupakan seorang
nabi,Rasul,pemimpin dan negarawan ulung yang belum pernah disaksikan oleh sejarah
Tanah Arab sebelum dan selepasnya.
baginda membuktikan dirinya berkebolehan dalam hampir setiap bidang.
-panglima perang -hakim
-perangka strategi -penasihat
Di usia belia, Muhammad SAW mampu menyelesaikan perselisihan di antara suku-suku Quraisy
terkait dengan masalah pengembalian Hajar Aswad ke tempatnya semula. Di tengah perdebatan
yang alot, Muhammad mengambil keputusan yang sangat cerdik untuk menyelesaikan situasi
pelik itu.
Beliau menghamparkan jubah di atas tanah dan meminta agar Hajar Aswad diletakkan di
tengah-tengah hamparan jubah itu. Beliau kemudian meminta masing-masing suku memegang ujung
jubah itu dan bersama-sama mengangkat Hajar Aswad dan meletakkannya kembali ke tempat
semula. Persengketaan pun diselesaikan secara damai.
***
Kepemimpinan Nabi Muhammad sebagai seorang kepala negara dimulai ketika kaum Muslim
hijrah dari Makkah ke Madinah. Di kota suci kedua bagi umat Islam itulah, komunitas kecil
kaum Muslim di bawah kepemimpinan Muhammad SAW berhimpun.
Pada masa-masa awal kehidupan di Madinah, Rasulullah SAW dihadapkan pada situasi sulit.
Kaum muhajirin hidup miskin, tidak berdaya, dan tidak mempunyai berbagai sarana kehidupan.
Sementara itu, kaum Quraisy Makkah mengancam untuk menyerang Madinah, menghancurkan
komunitas Muslim yang masih kecil.
Kaum Yahudi-Madinah juga bersekongkol dengan orang-orang musyrik Makkah untuk
memusuhi kaum Muslim. Tak hanya itu, sejumlah suku Arab di sekitar Madinah juga
menunjukkan sikap permusuhan terhadap keyakinan baru ini, dan pada saat yang bersamaan
mulai berkembang kelompok munafik di antara kaum Muslim Madinah sendiri
Siapa pun, yang kuat dan kaya sekalipun, pasti kewalahan menghadapi tekanan dan beban ini.
Namun, Muhammad dapat menyelesaikan situasi sulit dan tak terduga ini dengan efektif dan
berhasil. Ini membuktikan kenegarawanan dan kecakapannya dalam bidang politik.
***
Menghadapi kenyataan yang sangat sulit itu, Muhammad SAW mengambil serangkaian langkah
untuk mengukuhkan Negara Islam yang baru didirikan itu secara sosial, politik dan ekonomi. Ia
mampu menegakkan otoritas politik dan memelihara hukum serta ketertiban di seluruh wilayah
suku-suku di dalam dan di sekitar Madinah.
Marshal G Hodgson dalam tulisannya yang bertajuk The Venture of Islam, mengungkapkan,
"Masyarakat Muhammad terdiri dari kaum Muslim dan non-Muslim dalam berbagai ragam
derajat keanggotaan."
Sejak saat itu, tulis Hodgson, komunitas itu tak lagi sekadar sebuah suku baru yang terdiri dari
orang-orang beriman atau bahkan sekedar perkumpulan revolusioner lokal. ‘’Masyarakatnya
terdiri dari berbagai unsur heterogen yang diorganisasi secara lebih baik dibandingkan sistem
organisasi masyarakat Makkah, baik secara religius maupun politik,’’ papar Hodgson.
***
Struktur politik yang dibangun Muhammad, papar Hodgson, merupakan bangunan yang kini
dikenal dengan sebutan negara, seperti negara-negara lain yang ada di sekeliling Jazirah Arab,
lengkap dengan otoritas tata pemerintahan yang berdasarkan aturan hukum.
Untuk menjalankan roda pemerintahannya, ungkap Hodgson, Muhammad mengirim sejumlah
utusan yang bertugas mengajarkan Alquran dan prinsip-prinsip Islam, mengumpulkan zakat, dan
menengahi berbagai perselisihan demi menjaga perdamaian dan mencegah permusuhan.
Sehingga, kaum Muslim Madinah melahirkan dan menciptakan suatu jalan hidup yang adil dan
bernilai ketuhanan di seluruh wilayah Hijaz, bahkan juga pada wilayah-wilayah di luarnya.
b)Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat
· Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah Berjaya menyelesaikan
masalah persengketaan antara Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan
Yahudi di Madinah.
c) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik
· Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah
permindahan Hajar al-aswad sewaktu kaabah di landa banjir.
· Setelah itu baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam Perjanjian
Aqabah I dan Aqabah 11 sebelum dilantik menjadi ketua Negara Islam Madinah.
d) Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi
· Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi
Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.
e) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang Berjaya
· Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak,
dan pembukaan semula Kota Makkah.
Berdasarkan beberapa sejarah peperangan yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad S.A.W, kita dapat melihat kebijaksanaan baginda dalam merancang, menyusun, melaksana dan mengawal setiap operasi peperangan. Kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengurus operasi ketenteraan ini telah membawa kejayaan dalam peperangan yang dihadapi. Kekalahan dalam operasi yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian terhadap perintah dan pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua.
Nabi Muhammad S.A.W mengurus operasi peperangan melalui EMPAT peringkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.
Rajah 5.1: Kaedah pengurusan ketenteraan Nabi Muhammad S.A.W
1.Perancangan
Perancangan adalah suatu kegiatan yang dilakukan untuk merangka masa depan. Ia melibatkan keputusan yang saling bertindak untuk menuju kepada pembangunan strategi yang berkesan. Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perancangan yang rapi sebelum sesuatu operasi peperangan dilancarkan. Ini jelas kita lihat apabila baginda mengadakan mesyuarat bersama para sahabat sebelum menentukan sesuatu ketetapan dalam rancangan sesuatu operasi peperangan.
2. Penyusunan [TOP]
Penyusunan melibatkan kegiatan-kegiatan dalam melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dalam penyusunan sesuatu operasi, seseorang ketua akan menentukan tanggungjawab di kalangan anggota, membentuk struktur yang sesuai dengan keadaan dan masa. Perkara yang perlu diambil berat adalah:
1. Melihat tugas-tugas yang terkandung di dalam perancangan operasi secara menyeluruh;
2. Membuat analisis tentang operasi semasa dari segi keupayaan dalaman dan luaran yang boleh membantu;
3. Mewujudkan kesinambungan dalam operasi dari segi fungsi dan tanggungjawab; dan
4. Memastikan setiap anggota memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Nabi Muhammad S.A.W telah menyusun aktiviti ketenteraan sebelum peperangan. Baginda telah mewujudkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam operasi peperangan seperti tugas-tugas menggali parit dalam operasi peperangan Khandaq, membuat analisis semasa berkaitan keupayaan dalaman dan luaran pasukan muslimin, kesinambungan operasi yang melibatkan tindakan-tindakan yang perlu seperti mengadakan mesyuarat tergempar apabila melihat keupayaan tentera muslimin yang mencemaskan dalam peperangan Khandaq, seterusnya memikirkan tindakan mewujudkan muslihat bagi menjamin kemenangan tentera muslimin dan memastikan setiap anggota memahami
Implikasi pengabaian terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh seorang ketua tentera akan membawa kepada kekalahan, sebagaimana yang berlaku di kalangan tentera pemanah umat Islam dalam peperangan Uhud.
3. Pelaksanaan [TOP]
Aktiviti pelaksanaan sesebuah operasi melibatkan dua perkara, iaitu pengarahan dan penyelarasan. Kedua tugas berjalan serentak sepanjang proses pelaksanaan. Tugas-tugas pengarahan melibatkan unsur kepimpinan dan pengurusan. Keberkesanan pengarahan melibatkan keupayaan seorang ketua dalam melaksanakan tugas-tugas kepimpinan. Pelaksanaan pengarahan berkesan boleh dicapai melalui:
1. Memberi ruang yang luas kepada anggota untuk bertindak;
2. Mengurangkan arahan daripada pihak atasan;
3. Menambahkan tanggungjawab anggota dari semasa ke semasa; dan
4. Memberi latihan yang diperlukan agar mereka terus maju.
Asas utama dalam prosespelaksanaanialah mewujudkan kesepaduan dalam sesebuah operasi yang dilakukan oleh pihak yang terlibat. Penyelarasan diperlukan agar sesuatu tindakan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Sistem penyelarasan yang baik merangkumi penyelarasan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan dan pengawalan. Langkah-langkah ke arah penyelarasan antaranya ialah:
1. Mempersepadukan semua aktiviti utama;
2. Mewujudkan komunikasi yang berkesan;
3. Melaksanakan semua unsur kepimpinan; dan
4. Menghidupkan suasana berkerjasama dalam satu pasukan.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang pelaksana yang berwibawa. Ini jelas kita lihat dalam setiap operasi peperangan yang dipimpin oleh baginda seperti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
4. Pengawalan [TOP]
Pengawalan merupakan peringkat akhir dalam proses perlaksanaan sesuatu operasi. Kawalan dapat mengukur prestasi atau produktiviti. Sistem kawalan yang baik dapat memberi maklumat berterusan tentang prestasi sesuatu operasi. Pengawalan berkesan memerlukan:
1. Perancangan yang membolehkan sesuatu objektif tercapai
2. Tindakan mengukur terhadap apa yang telah dicapai.
3. Bandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang dirancang.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang ketua tentera yang bijak melaksanakan kawalan dalam setiap operasi ketenteraan yang dipimpinnya. Sebagai ketua tentera, baginda sentiasa mengawal perjalanan operasi peperangan yang berlaku dan bertindak pantas dalam detik-detik kecemasan seperti yang berlaku dalam peperangan Khandaq.
Kreativiti seorang ketua tentera merupakan antara faktor yang menyumbang ke arah kejayaan sesuatu operasi peperangan. Nabi Muhammad S.A.W telah mengadakan proses kawalan setelah sesuatu operasi peperangan agar kelemahan yang berlaku tidak akan berulang. Peperangan Khandaq telah dirancang dengan lebih baik ekoran
kelemahan yang menimpa kaum muslimin di peperangan Uhud.
Keberkesanan dalam operasi peperangan yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan hasil pengendalian efektif baginda meliputi kitaran kaedah-kaedah pengurusan t
1. Kepimpinan ketenteraan
Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera yang sangat hebat dan disegani oleh kawan dan lawan. Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w di bahagi kepada dua iaitu peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah (Sariyah). Setiap ekspedisi tentera yang disertainya, bagindalah yang mengetuainya. Antara peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w ialah Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang Hunain (8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi. Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat keputusan.
2. Pengurusan Jenis tentera
Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang (atau 313 orang). Tentera Islam terdiri daripada tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang dalam perang Tabuk. Bilangan ini kemudiannya semakin meningkat kepada 300 ribu orang pada awal pemerintahan Abbasiah.
3. Pengurusan Gaji Tentera
Zaman Rasulullah s.a.w tentera Islam terdiri daripada sahabat baginda yang berperang secara suka rela hanya kerana agama dan menuntut keredaan Allah S.A.W. Mereka tidak menerima gaji atau bayaran yang tetap daripada kerajaan Islam Madinah kerana tiada tentera bergaji tetap dibentuk pada ketika itu. ( Elaun atau gaji tetap hanya dibayar pada zaman Khalifah Umar al-Khattab yang dikuatkuasa mulai 20 H.) Tentera Islam pada zaman Nabi Muhammmad hanya memperolehi harta rampasan perang yang dibahagi secara adil dan setelah diberi sebahagiannya kepada perbendaharaan Negara.
Peralatan persenjataan peperangan pada Zaman Rasulullah s.a.w seperti tombak, panah, manjaniq , pedang, dan juga menggunakan kelebihan alam dengan cara meninjau keadaan cuaca dan angin. Penggunaan binatang seperti kuda dan unta juga dilakukan dengan meluas.
5. Pengurusan taktik dan strategi peperangan
Pelbagai taktik dan strategi peperangan dalam Islam. Taktik ini disesuaikan dengan situasi dan lokasi tempat peperangan itu berlaku. Contohnya taktik menunggu dalam perang Badar, taktik bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti menggali parit dalam perang Khandak, taktik mengepung dan seterusnya menyerang bertubi-tubi, menubuhkan jabatan perisikan, dan lain lain.
6. Peperangan sebagai satu ibadat
Nabi Muhammmad telah mendidik tentera Islam bahawa peperangan adalah jihad sebagai jalan terakhir dalam usaha dakwah. Tentera Islam berjuang dalam peperangan kerana menuntut keredaan Allah S.W.T. Perjuangan kerana jalan Allah ini akan dijanjikan syurga. Oleh itu peperangan adalah satu ibadat kepada umat Islam dalam usaha menyebarkan dakwah dan perkembangan Islam
7. Pengurusan Hubungan Diplomatik
Dalam usaha mengukuhkan keamanan dan kekuasaan Islam, Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Baginda telah menghantar perwakilan ke luar seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi. Kesan misi diplomatik ini, semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam. Dengan demikian misi ketenteraan tidak perlu digerakkan dan peperangan dapat dielakkan.
Soklan 4
Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau
penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, NAMUN Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.
2. Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah:
Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di
zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang mewabah ketika itu. Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan penyakit jiwa. Diantara penyakit yang menimpa masyarakat :
Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.
Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis:
Rasulullah hanya tanamkan 3 pil saja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.
Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid kedalam hati masyarakat sehingga manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan.
Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.
Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mau cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mau mati syahid menjadi para syuhada.
Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri.
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain.”
“Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat.”
Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.
Pertama, Dengarlah dengan seksama pendapat orang lain dan tidak menjatuhkan vonis salah sebelum mendengar secara utuh.
Rasulullah mendengar berita dari Saad secara utuh kemudian mengambil kebijakan untuk mengumpulkan mereka yang terlibat dan mengajak mereka berdialog. Tidak selayaknya seorang pemimpin mengambil langkah tertentu sebelum memahami dengan cermat inti masalah yang ada. Diperlukan verifikasi dan klarifikasi (tabayyun). Pemahaman yang keliru pada suatu masalah berakibat kekeliruan dalam mengambil keputusan.
Kedua, Lapang dada.
Ketiga, Komitmen pada etika dialog.
Dalam dialog, Rasulullah memulai dengan mendudukkan persoalan. Wahai orang-orang Anshar, terdengar olehku sikap kalian. Kemudian beliau menyebutkan prestasi dan kontribusi yang telah
disumbangkan oleh kaum muslimin warga Madinah itu, baru kemudian masuk pada inti dialog, Silahkan kalian menanggapi pernyataan ku!
Dialog yang santun dan sejuk ini secara otomatis akan mendapatkan respon yang santun dan sejuk pula. Dimana orang-orang Anshar menjawab, Segala keutamaan milik Allah dan Rasul-Nya. Strategi Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam yang terlebih dahulu menyebutkan prestasi-prestasi orang-prang Anshar bertujuan untuk mengikis benih-benih perbedaan pandangan yang ada di hati, baru kemudian menjelaskan persoalan yang sesungguhnya. Sehingga akhir dari dialog itu adalah kami menerima pembagian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam. Komitmen pada etika dialog akan mempercepat solusi.
Keempat, Menyebutkan hal-hal yang yang disepakati bersama.
Setelah Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam menyebutkan berbagai karunia Allah dan kontribusinya bagi orang-orang Anshar, beliau menyebutkan prestasi-prestasi mereka dalam membela Allah dan Rasul-Nya. Hal ini merupakan langkah sistematis yang secara bertahap mempersiapkan hati-hati peserta dialog untuk fokus pada solusi, bukan debat yang tidak bertepi. Diawali pada hal-hal yang telah disepakati baru kemudian masuk pada tema yang menjadi perbedaan.
Kelima, Menyebutkan keutamaan dan prestasi pihak lain dan tidak melupakannya.
Seandainya Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam mengawali dialog itu dengan menyebutkan sisi-sisi negatif dari masyarakat Anshar tentu akan memperlebar jurang perbedaan. Ketika perbedaan itu semakin dominan sulit bagi jiwa-jiwa yang kecewa untuk menerima segala tawaran solusi yang diajukan.
Menunda penyelesaian suatu konflik akan membuat semakin rumit persoalan. Setelah mendengar, Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam segera meminta Saad untuk mengumpulkan kabilah yang terlibat. Langkah cepat dalam menyelesaikan masalah akan mempersempit wilayah masalah itu dan tidak menambah jumlah mereka yang terlibat. Respon cepat akan mampu melokalisir persoalan.
Ketujuh, Langkah aktif dan keterbukaan