• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESI (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESI (1)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.

Pengenalan

Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimum dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaran pelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan peranan penting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasi berkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.

Peranan guru

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu mencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS.

PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan

sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.

Aspek dalam penerapan kesihatan

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan penting adalah seprti berikut ; 1. Pengurusan Diri

2. Pengurusan pakaian

3. Pengurusan tahap kesihatan 4. Pengurusan pemakanan sihat 5. Pengurusan berat

6. Pengurusan tekanan

Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara

optimum. Berdasarkan kepada pengurusan diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.

(2)

kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.

Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis.

Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun.

Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.

Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia

membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk mengetahui tahap

kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat.

(3)

sihat, mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan minyak serta garam.

Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh

mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan protein.

Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang

mengandungi tenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan

makanan harus diawasi.

Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh

dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress.

Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.

Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus kepada kesedaran mengenai penyakit.

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat Talent detection dan talent identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.

(4)

Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perlu dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani masalah yang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGO amat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan pihak dalam menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi kesihatan anak-anak.

Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara

berterusan dan menerapkan program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu; perkhidmatan kesihatan,

pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, ia dapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukan

mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat mengawal penyakit-penyakit berjangkit.

Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental. Program ini dapat

mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan keselamatan

masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik, sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan

kesejahteraan dan keselamatan di kalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain.

Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf

kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarela yang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary, PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Penutup

Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang

diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program ini juga, murid-murid dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam

persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

RUJUKAN

1. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1 2. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3 3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)

(5)

Referensi

Dokumen terkait

Disamping itu penulis juga menemukan kekurangan kompetensi pedagogik yang dimiliki oleh guru Pendidikan Al-Islam dan Kemuhammadiyahan di SMP Muhammadiyah 1 Surakarta yaitu dalam

berjiwa kuat dalam menghadapi tantangan di masa yang akan datang. Pendidikan karakter dapat dilakukan dengan berbagai pendekatan. dan dapat berupa berbagai kegiatan yang

Bakat merupakan kemampuan potensial yang dimilki sesorang untuk mencapai keberhasilan pada masa yang akan datang. Berkaitan dengan belajar slavin mendefenisikan

(ii) Semua draf soalan dan PMM atau mana-mana bahagian daripadanya tidak boleh dibawa keluar dari bilik mesyuarat; kecuali oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan

Subbab pertama menjelaskan tentang pembelajaran aktif (active learning) mulai dari pengertian, prinsip, strategi, kelebihan dan kekurangan, metode, perlengkapan,

Direkomen dasikan (1) Layanan Supervisi Kepala Sekolah terhadap guru secara terus menerus (2) motivasi berprestasi harus terus dipelihara oleh setiap guru Penjas (3) kepala

Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia 2002 telah menggariskan beberapa peranan dan tanggungjawab yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak pekak iaitu : i mendapatkan

Berdasarkan latar belakang yang ditulis, peneliti tertarik untuk melakukan penelitian dengan judul “Hubungan Pola Hidup Sehat dengan Status Gizi Siswa di Masa Pandemi Covid-19” pada