• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah dan Perkembangan Hadith pada zam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah dan Perkembangan Hadith pada zam"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah dan Perkembangan

Hadith pada zaman Tabi‘un

Skrip

Diajukan Kepada Al-Zuhri & UIKA

Andalus, Singapura

UIKA, Bogor, Indonesia

Disusun oleh:

Dian Hazwani Binte Saihen

Nur Amalina Binte Mohamed Zali

Nur Hasanah Binte Abdul Aziz

(2)

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR... 3

PENDAHULUAN ... 4

i) DEFINASI HADITH, KHABAR, SUNNAH DAN ATSAR ... 4

ii) PERBEZAAN ANTARA HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR ... 7

iii) DEFINASI TABI’IN ... 8

iv) TOKOH-TOKOH TABI’UN YANG BANYAK MERIWAYATKAN HADITH ... 9

SEJARAH PENULISAN HADITH... 11

BIBLIOGRAFI TABI’UN DAN KONTRIBUSI TERHADAP ILMU HADITH ... 19

i) RUFAI BIN MIHRAN, ABU AL-ALIYAH ... 19

ii) UMAR IBN ABDUL AZIZ ... 21

PEMBUKUAN HADITH PADA ZAMAN TABI’UN ... 23

i) KESAN PEMBUKUAN HADITH ... 24

ii) KITAB HADITH PERINGKAT AWAL: APA YANG TELAH TERJADI KEPADA KITAB-KITAB TERSEBUT? ... 25

PENUTUP ... 28

(3)

KATA PENGANTAR

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji dan syukur kami panjatkan ke Hadirat Illahi Yang Maha Esa, kerana berkat

limpahan Rahmat dan Karunia-nya sehingga saat ini kami masih dalam lindunganNya.

Shalawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Shallahu ‘Alaihi Wa Sallam, yang telah

membimbing manusia daripada kejahilan. Alhamdulillah, kami dapat menyusun tugasan ini

dengan baik dan tepat pada waktunya. Dalam tugasan ini kami akan membahaskan topik

mengenai sejarah dan perkembangan hadith pada zaman tabi’un.

Penyusun-penyusun ini sedar bahawa penyusunan tugasan ini tidak akan selesai

tanpa ada bantuan dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Oleh itu, kami mahu

mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada semua pihak yang telah

membantu dalam penyusunan tugasan ini terutamanya penyelia kami, Ustaz, keluarga dan

sahabat handai.

Kami menyedari bahwa masih banyak kekurangan yang mendasar pada tugasan

ini. Oleh kerana itu kami mengundang pembaca untuk memberikan saran serta kritik yang

dapat membangun kami. Kritik konstruktif dari pembaca sangat kami harapkan untuk

(4)

PENDAHULUAN

Tugasan ini berjudul “Sejarah dan Perkembangan Hadith pada zaman Tabi’un”. Untuk

menghindari daripada kesalahfahaman maka kami ingin memberi penjelasan terhadap beberapa

istilah yang terkandung dalam judul tugasan ini. Ada istilah-istilah yang perlu ditegaskan

berikut:

i) DEFINASI HADITH, KHABAR, SUNNAH DAN ATSAR

1. As-Sunnah (

ﺔــﻨﺴﻟا

)

Sunnah dari segi makna bahasa bermakna perjalanan. Namun, dari segi istilah terdapat

beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama, diantaranya adalah sebagai berikut:

a. Menurut ulama ahli hadis, sunnah adalah sesuatu yang berasal dari Nabi

Muhammad s.a.w berhubung dengan perjalanannya, sifat-sifatnya, beritanya,

perbualan, perbuatan, perkataan dan diam setujunya (taqrir) dan segala tingkah lakunya

sama ada berhubung dengan syarak atau tidak. (Abdullah, 1988)

b. Menurut ulama usul fiqh, sunnah adalah segala tingkah laku Nabi Muhammad

s.a.w yang patut dijadikan sebagai dalil hukum syara’ sebagai dasar hukum Islam. Jika

perbuatan tersebut tidak boleh dijadikan dasar hukum, maka ianya tidak boleh

dikatakan sunnah. (Abdullah, 1988)

c. Menurut ulama Fikih, sunnah adalah sesuatu yang tidak termasuk di dalam hukum

wajib dan fardhu. Ia adalah sifat syara’ yang menuntut pekerjaan tetapi ianya tidak

wajib untuk dilaksanakan. Bagi sesiapa yang mengerjakan, mereka akan diberikan

pahala namun bagi yang menigggalkan, mereka tidak akan disiksa. (Abdullah, 1988)

2. Al-Atsar (

ﺮــﺛﻷا

)

Al-Atsar adalah sesuatu yang berasal dari para sahabat dan tabiin. Ia tidak mempunyai

hubungan langsung mahupun secara tidak langsung dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Atsar adalah berdasarkan kepada perbuatan, percakapan dan sifat dari para sahabat dan

(5)

3. Al-Khabar (

ـ ا

)

Al-Khabar bermakna berita, pemberitahuan, laporan, peristiwa, kejadian atau keadaan. Ia

adalah segala sesuatu berita yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para

sahabat serta para tabiin. Ia adalah berita yang lebih kepada umum. (Abdullah, 1988)

4. Al-Hadith (

ﺚﻳ ﺪـ ا

)

Al-Hadith adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang

berkaitan dengan perkataan, baik perintah mahupun larangan. Segala sesuatu yang

berkaitan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w, taqrir segala yang ditetapkan oleh rasul.

Ianya adalah perbuatan di mana kejadian yang dialami oleh sahabat ketika bersama

Rasulullah s.a.w dan diketahui oleh beliau, lalu beliau mendiamkannya atau

mengisyaratkan sesuatu yang menunjukkan persetujuan atau tidak melarangnya. Sesuatu

yang berkaitan dengan sifat-sifat rasul, seperti sifat dan akhlak rasul dalam kehidupan

seharian antaranya bersifat rendah hati tidak kira kepada orang-orang yang lebih tua,

kanak-kanak dan juga terhadap orang yang beliau tidak kenali akan ilmunya terhadap

perilakunya. (Abdullah, 1988)

a. Contoh hadith qauliy (perkataan)

“Segala amalan itu adalah dengan niat dan bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang

diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada

Allah dan RasulNya. Sesiapa berhijrah untuk dunia atau mengahwini perempuan, maka

hijrahnya adalah kepada barang yang dia berhijrah kepadaNya.”(HR Al-Bukhari).

(6)

c. Contoh hadith taqririy (ketetapan)

Dari Amamah Bin Sahl bin Hunaif Al-Ansari bahawa Abdullah Bin Abbas

menceritakan kepadanya bahawa beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah

Maumunah isteri Rasulullah s.a.w iaitu emak saudara Khalid dan juga emak saudara

Abdullah Bin Abbas, maka Khalid mendapati seekor dhab yang telah dipanggang di sisi

Maimunah yang diberikan oleh saudaranya Hufaidah Binti Al-Harith dari daerah Najd.

Maka Maimunah pun menghidangkan dhab itu kepada Rasulullah s.a.w. Kebiasaannya

Rasulullah s.a.w itu apabila diberi kepadanya sesuatu makanan, baginda

memperkatakan berhubung dengannya dan menamakannya. Apabila Rasulullah s.a.w

menghulurkan tangannya kepada dhab itu, maka berkata salah seorang perempuan

yang hadir di situ: Beritahulah oleh kamu akan Rasulullah s.a.w apa yang kamu

hidangkan kepadanya. Maka perempuan-perempuan itu pun menceritakan bahawa apa

yang ada di hadapan Rasulullah s.a.w itu ialah dhab. Setelah Rasulullah s.a.w

mendengar keterangan mereka, maka baginda pun mengangkat tangannya dari

mencapai makanan tersebut. Khalid yang ada bersama pada masa itu lalu berkata:

Adakah haram wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tidak”tetapi ia tidak terdapat

di bumi kaumku. Oleh itu aku tidak berselera untuk memakannya. Khalid berkata: Aku

pun mengambil dhab tersebut lalu makan dan Rasulullah s.a.w melihat kepadaku tanpa

menegahnya.” (Abdullah, 1988)

d. Sifat Rasulullah s.a.w dari segi akhlak

Dari Abdulullah Bin ‘Amr katanya: Tidaklah Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang

suka bercakap keji dan tidak juga baginda bersifat keji pada asal kejadiannya. Dan

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setengah daripada orang yang paling baik

(7)

ii) PERBEZAAN ANTARA HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR

1. Al-Hadith (

ﺚﻳ ﺪـ ا

)

a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w.

b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan

c. Sifatnya khusus sekalipun cuma satu kali

2. As-Sunnah (

ﺔــﻨﺴﻟا

)

a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w.

b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perbuatan

c. Sifatnya menjadi tradisi (Segala sesuatu diberikan pahala dan tidak disiksa bila

ditinggalkan)

3. Al-Khabar (

ـ ا

)

a. Sandarannya adalah Nabi s.a.w, para sahabat dan tabiin

b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perkataan dan perbuatan

c. Sifatnya umum

4. Al-Atsar (

ــﺛﻷا

)

a. Sandarannya para sahabat dan tabiin

b. Aspek dan spesifikasinya meliputi perbuatan, persetujuan dan sifat

(8)

KESIMPULAN DEFINASI HADITH, SUNNAH, KHABAR DAN ATSAR

Kebanyakan ahli hadith menganggap bahawa hadith, sunnah, khabar dan atsar mempunyai erti

yang sama iaitu apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perkataan,

perbuatan, diam setuju (taqrir), sifat atau sirah tidak kira sebelum atau sesudah menjadi Rasul.

Namun, perbezaan di antara mereka adalah sandarannya kepada Nabi Muhammad s.a.w atau

para sahabat atau tabiin dan sifat pada setiap darinya mempunyai pengkhususan yang tertentu

sama ada ia bersifat kepada individu atau umum.

iii) DEFINASI TABI’IN

At-tabi’in (

ن ﻌ ﺎﺘﻟا

) merupakan jamak dari kata at-tabi’(

ﻊ ﺎﺘﻟا

). Menurut bahasa, (

ﻊ ﺎﺘﻟا

) bererti

pengikut dan ia adalah isim fa’il dari tabi’a (

ﻊﺒﺗ

) yang bererti mengikut. Sedangkan at-tabi’in

menurut istilah: “Adalah seorang muslim yang bertemu dengan seorang sahabat dan mati dalam

beragama Islam”. (Abdul Haris, 2013)

Setiap muslim yang bertemu dengan sahabat, berguru dan belajar kepada sahabat, tetapi tidak

bertemu dengan Rasulullah diberi gelaran sebagai tabiin. Gelaran seseorang tabi’in bermula

setelah kewafatan Nabi pada tahun 632 M. Ia juga adalah permulaan pemerintahan Khulafa

al-Rasyidin. “ Tabi’in terakhir yang bertemu dengan Abu Ath-Thufail Amir bin Watshilah Al-Laitsi

di Mekkah adalah Khalaf bin Khalifah.” (Alit Nur Hidayat, 2011) Maka muslim yang digelar

(9)

iv) TOKOH-TOKOH TABI’UN YANG BANYAK MERIWAYATKAN HADITH

pesonaliti Pakar bidang hadith, fiqh & tafsir

Pakar bidang hadith & fiqh 3. Abd al-Rahman bin Amr al-Auza’i

w. 157H

4. Abu Hanifah w. 150H 5. Jarir bin Hazim w. 150H

(10)

Dari Madinah

(11)

SEJARAH PENULISAN HADITH

Larangan Menulis Hadith

Salah satu riwayat yang terkenal mengenai penghalangan menulis hadith ialah:

Dari sahabat Hammam, dari Zaid bin Aslam, dari ‘Atha ‘ bin Yasar, dari Abu Sa’id al Khudhri,

sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:Janganlah kalian tulis (riwayat) dariku, dan barang

siapa menulis dariku selain al-Qur’an maka hendaklah menghapusnya, dan berbicaralah kalian

(sesuatu) dariku dan tidak ada larangan sedikitpun. Dan barang siapa berbohong atasku maka

sungguh akan kekal tempatnya dineraka” (HR Muslim) (Mashuri, 2011)

Abu Sa’id al-Khudriy meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jangan menulis (hadis)

dariku. Barangsiapa menulis selain al-Qur’an dariku, maka hapuslah”. Diriwayatkan dari Abu

Hurairah bahwa ia berkata: “Rasulullah SAW keluar dan kami menulis hadis-hadis, maka

beliau bersabda: “apa yang kalian tulis ini?”, kami menjawab: hadis-hadis yang kami

dengarkan darimu. Beliau bertanya: “tulisan selain Kitabullah? Apa kalian tahu? Tidaklah

tersesat umat-umat terdahulu kecuali karena mereka menulis kitab-kitab lain bersamaan dengan

kitab Allah” (HR Muslim) (Mashuri, 2011)

Oleh kerana itu, para sahabat digalakkan untuk menghafal hadith langsung dari baginda. Ia

berkemungkinan jika Rasul mengizinkan penulisan hadith pada ketika itu, kaum muslimin akan

(12)

Akan tetapi akan suatu masa dahulu, Rasulullah bersabda: “Tulislah apa yang kau dengar dariku,

demi Tuhan yang jiwaku berada di tangannya. Tidak keluar dari mulutku, selain kebenaran.”

(H.R. Muslim).

Hanya beberapa sahabat yang dipercaya diberi keizinan untuk menulisnya kerana kuat

penghafalan dan mempunyai bakat menulis. Sahabat yang dimaksudkan ialah :"Abdullah bin

Amr bin Ash, Abu Hurairah, Ali bin Abi Thalib, dll.” (Abdul Haris, 2013)" Setelah mendapat

izin dari Rasulullah SAW. untuk menuliskan Sunnahnya, berikut adalah beberapa kitab yang

populer pada saat itu: Ash-Shahifah Ash-Shadiqah oleh Abdullah Ibn Amr ibn Al-Ash,

Kitab-kitab oleh Ibn Abbas ,Shahifah milik Jabir Ibn Abdullah Al-Anshariy dan Ash-Shahifah oleh

Hamman Ibn Munabbih” . (Abdul Haris, 2013)

Permulaan Pengumpulan Hadith

Pengumpulan hadith bermula apabila para khalifah mendapati bahawasanya telah terdapat ramai

para sahabat yang telah meninggal dunia ketika berperangan ataupun berhijrah ke negara Islam

yang lain. Oleh kerana itu, para sahabat hanya dapat menyebarkan hadith tertentu yang

dihafalkan terhadap golongan masyarakat di daerah yang tertentu. Maka untuk mengelakkan

ketimbulan hadith palsu dan dhoif secara berlebihan tersebar luas, para khalifah merasa ia adalah

penting bagi mengumpul hadith-hadith Rasulullah agar terpelihara dan tidak hilang dek zaman.

Cara Periwayatan Hadith(Musyafahah)

Periwayatan hadis pada masa ini ialah dengan cara “musyafahah." (Abdul Haris, 2013) Para

tabi’in menerima riwayat hadis dari sahabat sezaman. "Misalkan az-Zuhriy, seorang tabi’in,

hadis yang diriwayatkan ada yang berasal dari sahabat Nabi SAW seperti Anas bin Malik,

Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah; ada yang dari tabi’in seperti Sa’id bin Musayyab,

‘Urwah bin Zubair, ‘Atha’ bin Abi Rabbah; ada yang dari atba’ at-tabi’in seperti Malik bin

Anas.” . (Abdul Haris, 2013)

Cara musyafahah ini masih melibatkan “daya ingatan dan hafalan dalam periwayatan hadis.”

(Abdul Haris, 2013) Oleh kerana itu, para tabi’in terpaksa "menempuh jarak yang jauh untuk

(13)

khuatiri jika hadith itu akan dicemari kerana sikap yang tidak amanah oleh periwayat itu jika

berlaku pergaduhan antara sesama muslimin seperti penyokong Ali dan Muawiyah, Pada ketika

itu, terdapat juga "periwayat hadis yang masyhur iaitu: Sa’id bin Musayyab, Ibnu Syihab

az-Zuhri, ‘Atha’ bin Abi Rabbah, al-A’masy, al-Hasan al-Basri, Muhammad bin Sirin, dan Umar

bin Abdul Aziz. (Abdul Haris, 2013)

Sebab Pengumpulan Hadith

Al-Quran telah dimushafkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan oleh kerana itu, tidak ada

halangan bagi kaum muslimin bagi membukukan hadith Rasulullah supaya kesahihan hadith

terjaga.

Pertama Yang Membukukan Hadith

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengambil inisiatif untuk membukukan hadith-hadith Rasulullah

SAW supaya dapat menjaga kesahihan hadith-hadith baginda.

Perkembangan Hadith Bermula

Dengan perintah diatas, ilmu hadith berkembang dengan giatnya. Diamana para ulama dan

pakar-pakar hadith membuat penelitian dan kajian. Mereka adalah tokoh-tokoh ahli hadith yang

sangat terkenal hingga abad ini seperti Imam Bukhari. Dia telah menghasilkan beberapa buah

dan berjaya mengumpulkan 600,000 hadith (7,275 hadith sahih dan 4,000 hadith yang berulang)

dalam masa enam belas tahun. Ini kerana beliau sering mengembara ke banyak daerah

(14)

upaya pembukuan hadits dilanjutkan oleh Imam Muhammad bin Syihab Az-Zuhri.”. (Abdul

Haris, 2013)

Ulama- ulama selepas Az-Zuhri telah menyusun hadith hadith tersebut secara sistematis dengan

“menggunakan metode berdasarkan sanad dan bab.” Buku-buku yang ditulis pada masa itu dan

kini sudah dicetak antara lain: Al-Muwatha’ karya Imam Malik bin Anas, Al-Mushannaf karya

Abdurrazaq bin Hammam Ash-Shan’ani, As-Sunan karya Said bin Mansur dan Al-Mushannaf

karya Abu Bakar bin Abu Syaibah. (Abdul Haris, 2013)

Bentuk-bentuk Petikan Hadith oleh Muhadditsin

1. Perkataan demi perkataan

Hadith-hadith yang diriwayatkan dari pelbagai lapisan ulama’ Hadith dengan matan yang sama

cuma ditambah nama perawi seterusnya.

Telah diceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah bercerita kepada kami

Malik dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian berwudhu hendaklah dengan

memasukkan air ke dalam hidung, barangsiapa beristinja' dengan batu hendaklah dengan

bilangan ganjil. Dan jika salah seorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah

membasuh kedua telapak tangannya sebelum memasukkannya dalam bejana air wudhunya,

sebab salah seorang dari kamu tidak tahu ke mana tangannya bermalam." (Riwayat

Bukhori: Kitab Wudhu’)

Dari petikan ini, diketahui bahawa perawi seterusnya setelah Imam Malik adalah Abdullah ibn

(15)

Hijrah) walaupun ia turut dilaporkan Imam Malik(1) perkataan demi perkataan. Ia disimpulkan

bahawa periwayatan perkataan demi perkataan ini tidaklah berlandaskan daya ingatan

semata-mata tetapi berpandukan kitab yang dikumpulkan pada abad pertama Hijrah. Namun,

kitab-kitab terdahulu ini lenyap kerana telah diserap ke dalam karya-karya para penulis yang lahir

selepas itu. (Azami,1988)

2. Perkataan demi perkataan, ditambah bahan luar

Matan yang disalin perkataan demi perkataan ketika mempelajarinya namun ada tambahan teks

oleh para pelajar bagi tujuan menjelaskan perkara-perkara yang samar atau sekadar menyatakan

pendapat sendiri tanpa merosakkan naskhah tersebut. Contohnya:

(16)

kritikal) hadith ini.” Imam Muslim berkata, “Siapakah yang boleh kamu jumpai

sebagai periwayat yang lebih shahih daripada Sulaiman?”. Abu Bakar menjawab,

“Bagaimana dengan hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah tentang apabila Quran

dibacakan(dalam solat) hendaklah diam?”. Dia(Abu Bakar) berkata lagi, “Jadi

mengapa tuan tidak memasukkan hadith ini dalam susunan tuan?”. Imam Muslim

berkata, “Aku tidak memasukkan kesemua hadith-hadith yang kuanggap shahih

kedalamnya. Aku hanya memasukkan hadith-hadith yang telah dipersetujui oleh para

Muhaddithin sebagai shahih”. (Riwayat Muslim: Kitab Solat)

3. Memetik sebahagian dengan tepat dan meninggalkan sebahagian yang lain

Kaedah ini banyak didapati dalam kitab-kitab hadith abad ketiga seperti Shohih Bukhari dimana

sesebuah hadith itu boleh dipetik beberapa kali dalam bab-bab yang berlainan. Contohnya:

(17)

Telah diceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin

Aslam dari 'Atha bin Yasar dari 'Abdullah bin 'Abbas ia berkata, "Telah terjadi gerhana

matahari pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam kemudian melaksanakan solat, beliau berdiri dengan sangat lama

sekadar bacaan surah Al-Baqarah. Lalu beliau rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu

mengangkat (kepala) berdiri dengan lama namun tidak sepanjang yang pertama.

Kemudian rukuk kembali dengan panjang namun tidak sepanjang rukuk yang pertama.

Kemudian sujud. Kemudian beliau kembali berdiri dengan lama namun tidak

sepanjang yang pertama, lalu rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sepanjang

rukuk yang pertama, lalu mengangkat (kepala) berdiri dengan lama namun tidak

sepanjang yang pertama. Kemudian beliau rukuk kembali dengan panjang namun tidak

sepanjang rukuk yang pertama. Kemudian sujud. Kemudian beliau berlalu pergi

sementara matahari sudah nampak kembali. Beliau kemudian bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah,

dan kedua-duanya tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau

hidupnya seseorang. Jika kalian melihatnya maka banyaklah mengingat Allah." Para

sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat tuan merasakan sesuatu pada posisi

tuan dan kami melihat seakan tuan menahan perasaan takut?" Beliau menjawab:

"Sungguh aku melihat syurga, dan didalamnya aku memperoleh setandan anggur.

Seandainya aku mengambilnya tentu kalian akan memakannya sehingga urusan dunia

akan terabaikan. Kemudian aku melihat neraka, dan aku belum pernah melihat suatu

pemandangan yang lebih mengerikan berbanding hari ini, dan aku melihat kebanyakan

(18)

Hadith tersebut telah dipetik dengan penuh dalam Bab Gerhana Matahari dan dipetik

sebahagiannya sahaja di dalam Bab Solat(2), Bab Iman(3) dan beberapa tempat lain.

4.Mengubah perkataan/frasa asal tanpa menukar makna yang terkandung

Kaedah petikan ini juga dikenali dengan istilah ‘Riwayat bil Ma’na’ dan hanya diterima-pakai

sebilangan ulama’ dahulu pada peringkat permulaan hadith dikumpul dengan syarat: Perawi

mahir dalam Bahasa Arab dan tahu kesan sepenuhnya dari penggunaan sesebuah perkataan itu

lalu menyampaikannya dengan maksud yang sama walaupun perkataan-perkataan yang

terkandung telah diubah. Ini berlaku disebabkan kelemahan daya ingatan sesetengah murid.

Setelah kitab-kitab hadith mula disusun, kaedah ini dilarang dan para Muhadditsin pada abad

pertama Hijrah memperkenalkan peraturan dalam pemetikan hadith dengan darjat ketepatan yang

begitu tinggi sehingga tidak memungkinkan untuk sesebuah hadith itu dipetik secara lisan

ataupun dari mana-mana kitab tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa. Istilah-istilah

seperti ‘hadatsanaa’ atau ‘akhbaranaa’ yang terdapat di dalam beberapa isnad tertentu merupakan

bentuk-bentuk sijil kebenaran yang diperolehi oleh para perawi dari pihak berkuasa dan dengan

ini mereka menjelaskan bagaimana mereka mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut dan mereka

(19)

BIBLIOGRAFI TABI’UN DAN KONTRIBUSI

TERHADAP ILMU HADITH

i) RUFAI BIN MIHRAN, ABU AL-ALIYAH

Rufai bin Mihraan atau dikenali sebagai Abu al-Aliyah ialah seorang huffaz (penghafal

Al-Quran) dan muhadditsin (ahli hadis). Beliau juga antara para tabi’in yang paling arif dalam

Kitabullah dan Al-Hadith. Selain itu beliau mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap isi

kandungan dan rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran. (Dr. Abdurrahman Ra’at Basya,

2009)

Rufai bin Mihraan dilahirkan di Persia. Rufai adalah antara lelaki yang paling beruntung kerana

ketika kaum muslimin masuk ke negeri Persia untuk mengeluarkan penduduknya dari kegelapan

menuju cahaya, dia diambil oleh kaum muslimin dan diasuh dengan penuh kasih sayang dan

diterapkan kebaikan di dalamnya. (Dr. Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

Beliau dan orang parsi telah memperhatikan keluhuran Islam, lalu membandingkan dengan apa

yang mereka telah menganuti dahulu(penyembah berhala). Akhirnya mereka masuk ke dalam

agama Allah. Kemudian mereka mula mempelajari Kitabullah, mereka juga sangat gemari akan

hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Rufai bercerita tentang apa yang beliau

alami:

(20)

sekali, namun masih berat juga kami rasakan karena harus banyak bekerja siang harinya

dan begadang di malam harinya. (Dr. Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

Kemudian kami menemui sebagian sahabat Nabi SAW dan mengeluhkan keadaan kami

yang harus begadang semalam untuk tilawah Kitabullah. Mereka berkata, “Khatamkan

setiap Jumat sekali.” Maka kami pun mengerjakan apa yang mereka sarankan. Kami

membaca Al-Quran pada sebagian malam dan bisa tidur sebagian malam dan setelah itu

kami tidak merasakan keberatan. (Dr. Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

SEORANG MUSLIM YANG MULIA

Rufai bin Mihraan dimiliki oleh seorang majikan wanita dari Bani Tamim. Suatu hari Jumaat,

Rufai’ berwudhu kemudian meminta izin kepada majikannya untuk pergi. Majikannya berkata,

“Hendak kemanakah kamu wahai Rufai? Rufai menjawab, “Saya hendak ke masjid.”

Majikannya bertanya, “Masjid manakah yang kamu maksud?” Jawabnya, “Masjid Jami’”

Majikannya berkata, “Kalau begitu marilah berangkat bersamaku.” Maka keduanya berangkat ke

masjid lalu masuk masjid seperti yang lain. Namun Rufai belum memahami apa tujuan

majikannya.(Dr. Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

Ketika kaum muslimin telah berkumpul, majikan Rufai angkat bicara, “Saksikanlah wahai kaum

muslimin, sesungguhnya aku telah memerdekakan budakku ini (Rufai) karena mengharap pahala

Allah, memohon ampunan dan ridha-Nya. Dan bahwasanya tidak layak seseorang menempuh

suatu jalan melainkan jalan yang baik.” Lalu dia menoleh kepada Rufai dan berdoa kepada

Allah:

“Ya Allah aku menjadikan ia sebagai tabungan di sisi-Mu di hari di mana tiada manfaatnya

(21)

AKRAB DENGAN HADITH-HADITH RASULULLAH

Sejak hari itu Rufai sering ke Madinah al-Munawarah. Beliau beruntung kerana dapat bertemu

dengan amirul mukminin (Umar bin Khattab), belajar Al-Quran kepadanya dan shalat di

belakangnya. Rufai begitu akrab dengan hadis-hadis Rasulullah sehingga beliau berusaha

mendengarkan riwayat hadis dari para tabi’in yang beliau temui di Basrah. Akan tetapi muncul

keinginan kuat dalam jiwanya untuk lebih dari itu. Maka seringkali beliau meluangkan waktu

untuk pergi ke Madinah untuk mendengar hadis langsung dari para sahabat Rasulullah SAW,

sehingga tiada pembatas antara dirinya dengan Nabi SAW melainkan satu orang atau dua orang

saja. (Dr. Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

Beliau meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Mas’ud, Ubai bin Ka’ab, Abu Ayyub al-Anshari,

Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas dan para sahabat yang lain. Jika dikatakan kepada beliau ada

seseorang yang berilmu, maka beliau sanggup menjelajahi dunia untuk berjumpa dengan

seseorang itu. Jika beliau telah sampai, beliau shalat di belakang orang yang dituju. Jika beliau

mendapatkan shalat tidak sungguh-sungguh dan tidak konsisten dengan sunah, tidak

memperhatikan hak-hak shalat, maka beliau berpaling sambil bergumam, “Sesungguhnya orang

yang meremehkan shalat tentulah untuk urusan yang selainnya lebih meremehkan.” (Dr.

Abdurrahman Ra’at Basya, 2009)

ii) UMAR IBN ABDUL AZIZ

(22)

al-Rasulullah saw. Keperibaan Umar bin Abdul Aziz mirip sekali dengan Khalifah Umar bin

Khattab. Beliau tergolong daripada "salah satu imam-imam mujtahid.” (As-Shallabi, 2012)

Umar bin Abdul Aziz adalah khalifah yang sangat wara’, zuhud, bersih, pendermawaan dan

peduli pada umatnya. Kemudian, ayahnya telah mengutuskan Shalih bin Kasian sebagai

pendidik untuk Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau belajar bersungguh-sungguh meniru cara

Rasulullah s.a.w sehingga didalam sebuah riwayat mengatakan beliau telah "bertasbih dalam

rukuk dan sujud sebanyak sepuluh kali.” (As-Shallabi, 2012)

Selain itu, Umar bin Abdul Aziz digelar sebagai al-Asyajj Bani Umayyah kerana peristiwa yang

dialami olehnya pada waktu kecil. Iaitu terdapat kesan luka dialami olehnya ketika seekor kuda

menendangnya di bahagian wajah. Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Sesungguhnya dari

anakku ada seorang lelaki yang diwajahnya ada bekas luka yang akan memenuhi bumi dengan

keadilan.” (As-Shallabi, 2012)

Walaupun beliau hanya memerintah dalam masa yang singkat iaitu selama dua setengah tahun,

dia telah banyak berjasa kepada tamadun Islam. Sebagai khalifah, beliau telah mempromosikan

gaya hidup yang sederhana dengan menampilkan dirinya dan keluarganya sebagai tauladan.

Beliau juga menyuruh isterinya menyerahkan barang kemas mewah pemberian ayahnya ke

baitulmal. (Fadzil, 2008)

Ketika beliau wafat, hanya sedikit harta ditinggalkan untuk keluarganya. Umar bin Abdul Aziz

menuntut ilmu sejak beliau masih kecil dan sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama

dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah

menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Beliau”telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka

spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan

sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Metode pemerintahannya hanya merujukkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan

metode ini, beliau boleh mendidik masyarakat dengan ilmu agama dan mengatur hal pemerintah

(duniawi) dengan agama. Antara ulama yang diutus olehnya untuk menyebarkan ilmu agama

dikota atau didesa seperti Yazid bin Abu Malik ad-Dimasyqi dan Harits bin Yamjid al-Asyári.

(23)

PEMBUKUAN HADITH PADA ZAMAN TABI’UN

Idea untuk membukukan hadis secara rasmi di negara Islam telah dipepolari oleh ayah Umar bin

Abdul Aziz iaitu Abdul Aziz bin Marwan ketika beliau menjadi gabenor diwilayah Mesir. Akan

tetapi idea ini dilaksaknakan oleh Umar bin Abdul Aziz sendiri. Dibawah kepimpimnan dan

bimbingannya, para pegawai yang khas dan seluruh wilayah yang dipimpinnya diturut

terlibatkan dalam pembukukan dan menuliskan segala ilmu yang diketahui oleh mereka.

Diantara salah satu arahannya yang diberi olehnya iaitu, “Wahai sekalian manusia, ikatlah ilmu

kamu dengan cara disyukuri, dan ikat pula ilmu kamu itu dengan cara dituliskan.” (As-Shallabi,

2012)

Umar akan memberi hadiah kepada sesiapa yang tekun dan pandai berbahasa Arab akan tetapi

bagi mereka yang kurang fasih akan tetap diberi ganjaran yang kurang sedikit. Hal ini

menunjukkan bahawa Amirul Mukminin Umar amat menitikberat sangat mengenai ilmu dan

tidak mahu ia lesap dihanyut masa. Selain itu, dia juga telah memerintah para ulama untuk

mengumpulkan hadis Nabi kerana dikhuatiri pada suata masa nanti ia akan tercampur aduk

dengan ilmu yang lain. Umar terfikir juga bahawasanya para penghafal hadis tidak

berkemungkinan dapat menyampaikan seluruh hadis yang dihafal oleh mereka kepada anak

muridnya ataupun tidak mengingati hadis yang mana yang belum disampaikan. (As-Shallabi,

2012)

Antara langkah yang diambil olehnya ialah dengan menulis surat kepada imam besar dan ulama

(24)

ibnu Hazm adalah antara para ulama yang termasyhur kerana memiliki keperibadaan yang sangat

tinggi dan amat bertanggungjawab. Menurut Imam Malik, "Ibnu Hazm adalah orang yang paling

jujur dan banyak meriwayatkan hadis.” (As-Shallabi, 2012)

Orang pilhan Umar yang lain ditugaskan untuk memeriksa dan mengumpulkan hadis-hadis

daripada perawi yang tertentu sperti Amrah binti Abdul Rahman(dipercayai oleh Ibnu Hazm). Ia

kerana beliau adalah anak murid Aisyah. Menurut Ibnu al-Madini, Amrah banyak meriwayatkan

hadis yang tidak didapati oleh orang lain. (As-Shallabi, 2012)

“Sebuah riwayat dari Abu az-Zanad Abdullah bin Dzakwan al-Quraysi menyebutkan bahawa

Umar bin Abdul Aziz mengumpulkan beberapa ulama dan melaporkan hadis-hadis yang ketahui

oleh mereka akan tetapi jika diantara hadis-haids itu diragui, maka ia tidak perlu

dituliskan“(As-Shallabi, 2012)

Untuk menjaga kesahihan hadis, beliau telah mengambil langkah yang bijak untuk membukukan

hadis-hadis Nabi supaya tidak bercampur aduk dengan hadis dhoif. Sokongan daripada penguasa

tertinggi adalah amat penting kerana dia ada kuasa untuk memelihara ilmu Islam daripada

terhapus atau ditukar.

i) KESAN PEMBUKUAN HADITH

Para ulama ketika dahulu hanya menulis riwayat bagi koleksi tersendiri. Maka diatas

kebijaksanaan Umar, dia telah membukukan hadis dengan secara rasmi. Dengan kerjasama yang

diberi oleh para ulama dan ilmuwan, Umar dapat membukukan hadis-hadis tersebut. Disebabkan

itu, beliau dapat menggandakan buku hadis yang dirangkumkan oleh Imam az-Zuhri dan

menyebarkan kepada seluruh wilayah negara Islam pada waktu itu.

Peranan yang dimainkan oleh para tabiin amatlah besar kerana mereka telah memelihara

kesahihan hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Sanad dan matan sesebuah hadith itu

diteliti dan dipeperiksa secara mendalam.Selain itu mereka juga menyebarkan fatwa melalui

(25)

terkemuka seperti Ibrahim dan as-Sya’bi selalu diminta untuk mengeluarkan fatwa setelah Ali

dan Ibnu Masúd. (As-Shallabi, 2012)

ii) KITAB-KITAB HADITH PERINGKAT AWAL: APA YANG TELAH TERJADI

KEPADA KITAB-KITAB TERSEBUT?

Pada zaman sebelum Islam, beberapa buah puisi arab dan kata-kata orang bijaksana telah

dicatitkan. Akan tetapi, sejarah persuratan bahasa Arab bermula dengan Al-Quran yang maha

suci, kitab yang pertama dalam bahasa Arab. Terdapat ratusan malah ribuan kitab-kitab hadith

berada dalam peredaran dalam masyarakat pada abad pertama dan kedua hijrah. Hanya

sebilangan kecil daripada penulisan hadith ini yang masih wujud.

Kitab-kitab atau risalah-risalah yang wujud dalam kurun pertama, malah diawal kurun kedua

hijrah boleh dikategorikan ke dalam dua bahagian:-

i) Kitab-kitab yang hanya mengandungi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sahaja yang hanya

berupa pengumpulan, tanpa apa jua jenis penyusunan terhadap bahan-bahan tersebut.

ii) Risalah-risalah yang mengandungi hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang bercampur aduk

dengan fatwa khalifah-khalifah Ar-Rasyidiin dan lain-lain sahabat serta para tabi’en.

Bahan-bahan ini juga tidak diatur dengan aturan yang sistematik dan hanya membentuk

kumpulan-kumpulan bahan bertulis sahaja. (Azami, 1988)

(26)

Pada abad yang kedua, corak penulisan berubah dan kitab-kitab yang mengandungi hampir

semua masalah hukum telah muncul. Kitab tulisan Imam Malik yang bernama Al-Muwatta’

tergolong dalam kumpulan ini. Ia telah diatur mengikut bab-bab mengenai hukum yang meliputi

seluruh ruang hidup manusia daripada ibadat, zakat, haji, nikah, cerai, hinggalah kepada

pertanian dan perniagaan. Ia merupakan susunan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. serta

pendapat-pendapat para sahabat dan para tabi’en. (Azami, 1998)

Terdapat beribu-ribu kitab hadith yang diedarkan dalam masyarakat pada abad kedua hijrah tidak

disusun mengikut urutan bab. Kitab-kitab tersebut telah diatur mengikut bab-bab yang

mengandungi campuran hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan juga kata-kata serta fatwa yang

dikeluarkan oleh para sahabat dan para tabi’en. Bagaimanapun pada hujung abad kedua hijrah

aliran persuratan hadith mula bertukar dan kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith

Rasulullah s.a.w. yang diatur secara sistematik mula muncul. Kemudian disekitar abad ketiga

dan keempat hijrah, kitab-kitab yang dihasilkan kebanyakannya mengandungi hanya

hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Ada juga kitab-kitab yang muncul pada zaman ini yang diatur mengikut

kaedah yang digunakan oleh penulis-penulis pada kurun kedua hijrah, misalnya kitab yang

dipanggil Musannaf karya Abdur Razzaq dan juga Musannaf karya Inb Abu Shaiba (meninggal

235H) atau Al-Awsat karya Ibn al-Mundir (meninggal 319H). (Azami, 1998)

Bagaimanapun sebilangan besar karya-karya Muhaddithin mengandungi hadith-hadith

Rasulullah s.a.w. sahaja. Kitab-kitab ini disusun dengan bentuk yang berlainan dan dipanggil

Musnad, Jami’, Sahih, Sunan, Mustakhraj atau Mu’jam. Disamping penulisan hadith

semata-mata, terdapat beratus-ratus buah kitab yang disusun mengenai perkara-perkara yang berkaitan

dengan hadith Rasulullah s.a.w. (Azami, 1998)

Tidak dapat kita sangkal bahawa hampir semua kitab peringkat awal telah hilang begitu sahaja

ataupun telah diserapkan ke dalam persuratan hadith dalam bentuk ensiklopedia dan dengan itu

tidak meninggalkan sifat-sifat tersendiri kitab berkenaan. Tetapi jika kita memahami gaya

persuratan pada zaman tersebut dengan betul, kita masih boleh mendapatkannya ataupun

menghasilkan semula banyak kitab-kitab peringkat awal ini. Memanglah, kita tidak boleh yakin

(27)

yakin bahan-bahan asal yang merupakan milik mereka yang diterima pendapatnya di zaman awal

(28)

PENUTUP

KESIMPULAN

Para tabiín telah beruasaha dengan gigih untuk menjaga kesahihan hadith Rasulullah s.a.w

dengan cara pembukuan melalui pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Penyebaran

periwayatan hadith pada masa itu disebarkan dengan lebih luas dan banyak dibandingkan dengan

periwayatan pada periode Khulafa’ al-Rasyidin. Terdapat banyak dikalangan Tabi’in telah

melibatkan diri secara aktif bagi meriwayatkan hadith.

Pergolakan politik dalaman diantara umat Islam yang terawal berlaku didalam kejadian Fitnatu

al-Kubra. Ia dimana Khalifah Utsman bin Affan RA dibunuh dan pembunuhnya tidak tertangkap.

Kemudian terjadilah berpecah belah kepada beberapa sekte diantara umat Islam iaitu segolongan

yang berpuak kepada Saidina Ali bin Abi Thalib ataupun Mua’wiyah bin Abu Sufyan. Setiap

sekte mengakui merekalah adalah yang paling benar dan menetang muslim yang tidak

sependapat dengan mereka. Demi untuk mempertahakan sekte mereka, ada diantara mereka yang

mereka hadith palsu bagi memperkuatkan status sekte mereka.

Maka untuk mempertahankan kesahihan hadith Rasulullah s.a.w, Khalifah Umar bin Abdul Aziz

telah berusaha dengan gigihnya untuk membukukan hadith-hadith sahih. Pembukuan hadith ini

tidak mungkin akan terlaksana tampa bantuan daripada ulama-ulama yang termasyur seperti bnu

Syihab al-Zuhri dan Abu Bakar bin Hazm. Hal ini dilakukan karena dikhuatiri pada suatu hari

nanti, hadith-hadith yang sahih akan lesap dan umat Islam akan mengamalkan hadith yang

(29)

DAFTAR PUSTAKA

Abdullah, M. N. (1989). Ikhtisar Sejarah Perkembanhan dan Kaedah Penyusunan Hadith. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Albani, M. N. (2008). Mukhtashar Shahih Muslim. Jakarta: Pustaka As-Sunnah.

al-Bukhari, I. M. (n.d.). Sunnah.com. Retrieved September 20, 2014, from Sunnah.com:

http://sunnah.com/bukhari

Alit Nur Hidayat, N. H. (2011, May 19). Scribd. Retrieved September 5, 2014, from Scribd:

http://www.scribd.com/doc/80114984/Konsepsi-Sahabat-Dan-Tabi-in-Kajian-Hadis-Mursal-PDF

Al-Kastani, M. Y. (2012). Abu Abdullah Maliki Bin Anas Maliki. Kuala Lumpur: Seribu Dinar.

As-Shallabi, D. A. (2012). Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz Kepimpinan dan

Kewibawaannya. Kuala Lumpur: Al Shafa.

Azami, M. M. (1988). Pengajian Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Fadzli, D. D. (2008, December 29). Scribd . Retrieved September 14, 2014, from Scribd:

http://www.scribd.com/doc/174614355/umar-bin-abdul-aziz

Mahsuri. (2011). Scribd. Retrieved September 4, 2014, from Scribd:

Referensi

Dokumen terkait

Peserta didik yang sudah mencapai ketuntasan belajar diberi kegiatan pembelajaran pengayaan untuk perluasan dan/pendalaman materi dengan meringkas buku referensi terkait

Abstrak – Saat ini banyak individu individu ataupun kelompok memiliki usaha sendiri seperti kuliner, travel agency, fashion, dan banyak lainnya, namun sulitnya

”Upaya Peningkatan Hasil Belajar IPA melalui Model Think Pair Share (TPS) Dipadukan dengan Eksperimen pada Siswa Kelas 5 SD Negeri Tolokan Kecamatan Getasan”..

Penelitian ini merupakan suatu studi retrospektif cross-sectional analytic untuk melihat hubungan eosinofil dan neutrofil darah tepi terhadap derajat keparahan

Dengan ini saya menyatakan bahwa tesis yang berjudul “Isolasi, Karakterisasi dan Uji Aktivitas Biologis Senyawa Steroid dari Teripang sebagai Aprodisiaka Alami“ adalah benar

Butir-butir yang seharusnya ada dalam latar belakang penulisan makalah adalah hal-hal yang melandasi perlunya ditulis makalah.Hal-hal yang dimaksud dapat berupa

4 Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang atlet apabila melakukan fasa mendarat dalam acara lompat jauh. I Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki dirapatkan ke

Undang-undang Nomor 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional Bab 1 pasal 1 ayat 14 menegaskan bahwa Pendidikan Anak Usia Dini adalah suatu upaya pembinaan yang