• Tidak ada hasil yang ditemukan

Industri Pelancongan Kesihatan Di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Industri Pelancongan Kesihatan Di Malaysia"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

INDUSTRI PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau

perkhidmatan kesihatan. Perkhidmatan tersebut biasanya mrangkumi prosedur-prosedur elektif dan juga prosedur-prosedur kompleks dan pakar seperti pembedahan kardiak, pembedahan pergigian, dan pembedahan kosmetik.

Perkhidmatan–perkhidmatan lain seperti rawatan psikiatri, perubatan

alternatif, dan juga perkhidmatan pengebumian boleh didapati di luar negara. Sehingga kini, terdapat 50 buah negara yang telah mengenal pasti industri pelancongan kesihatan sebagai satu industri nasional. Walau bagaimanapun pengakreditan dan cara penilaian kualiti perkhidmatan terhadap perkhidmatan yang diberikan adalah berbeza menyebabkan pelancongan kesihatan ini suatu perkara yang kontroversi.

Malaysia dan Industri Pelancongan Kesihatan

Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan adalah sebanyak RM 203.66 juta (USD 59 million)

Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal).

Kerajaan telah mengenal pasti industri ini sebagai satu industri yang akan banyak menyumbang kepada pendapatan negara dan sedang berusaha giat dalam memajukan Malaysia sebagai pusat untuk industri pelancongan kesihatan di peringat serantau.

Sejajar dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Promosi Pelancongan Kesihatan di Malaysia (The National Committee for the Promotion of Heath Tourism in Malaysia) untuk menjalankan kerja-kerja promosi. Ahli-ahli lain dalam jawatankuasa ini adalah, “Malaysian Industrial Development Authority, the Malaysian Association of Tour and Travel Agencies, Malaysian Airlines System, the Primary Care Doctors’ Organisation of Malaysia,” dan hospital- hospital tertier yang lain.

Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital yang dikenali di peringkat antarabangsa dan tinggal di Malaysia sehingga sembuh atau mereka boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi hospital-hospital untuk melihat infrastruktur yang disediakan dan yang sesuai bagi mereka sebelum menjalani perubatan.

Faktor yang menyebabkan Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan kesihatan

Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden. Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000 ke RM 21000 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000.

Malaysia menawarkan harga yang lebih murah dan kompetitif jika dibandingkan dengan kos perubatan di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah dan di serantau Asia.

(2)

Perbandingan kos perubatan di Malaysia dengan Negara- Negara lain. Sumber : International Medical Tourism website

Menurut satu kajian oleh firma industri Frost & Sullivan dalam International Medical Travel Journal , pelancong perubatan memberikan perhatian terhadap tiga perkara yang penting apabila memilih destinasi untuk mendapatkan rawatan iaitu, doktor dan jururawat yang diakreditasi, kemudahan mengakses ke hospital tersebut dan kemudahan penginapan. Malaysia mempunyai kelebihan terhadap ketiga-tiga faktor tersebut. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kestabilan politik yang merupakan satu lagi kelebihan kepada Malaysia.

Krisis ekonomi yang dialami telah menyebabkan kos perubatan di negara-negara Barat meningkat dan menyebabkan ramai yang memilih untuk menjalani perubatan di negara- negara Asia yang menawarkan rawatan dan infrastruktur canggih.

Di sesetengah negara pula, pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan negara tersebut mempunyai pilihan yang terhad yang menyukarkan pesakit

menyebabkan mereka memilih Malaysia sebagai desinasi mereka untuk mendapatkan rawatan.

Di Malaysia, Pulau Pinang sedang menjadi pusat utama bagi sektor ini, diikuti oleh Langkawi.

Pelancongan perubatan mempunyai pelbagai kebaikan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko dan isu etika yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang

berkepentingan.

Sesetengah pesakit tidak mempunyai imuniti semula jadi terhadap persekitaran di negara-negara lain. Sebagai contoh, seorang pesakit dari negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat, kadangkala tidak mempunyai imuniti terhadap keadaan tropika seperti di Malaysia. Hal ini mungkin akan menyebabkan pesakit tersebut menjadi lebih lemah dan boleh hadapi komplikasi.

Pesakit yang telah selamat menjalani pembedahan dan ingin pulang ke negaranya boleh menyebabkan peningkatan risiko komplikasi. Ini kerana, perjalanan yang jauh dalam kapal tebang menyebabkan pesakit itu tidak bergerak untuk masa yang lain dan dalam keadaan duduk. Perkara ini boleh menyebabakan pembekuan darah pada urat kaki (venous thrombus & pulmonary thrombus).

(3)

Bagi sestengah pesakit pula, mereka tidak sepatutnya terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa tertentu selepas pembedahan. Maka, perjalanan balik ke negara mereka tidak menjamin situasi ini.

Bagi sesetengah pesakit, insurans perubatan mereka mungkin tidak merangkumi ganti rugi bagi kesilapan, kesalahan atau sebarang situasi negatif yang disebabkan oleh

pembedahan yang berlaku di luar negara dan bukan negara asal pesakit tersebut. Oleh itu, keadaan ini boleh menyukarkan lagi pesakit tersebut. Pesakit tersebut juga mungkin tidak dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor atau hospital tersebut. Isu-isu etika

Isu etika ini harus dilihat bukan sahaja dari sudut Malaysia, malah di seluruh dunia. Industri pelancongan perubatan ini akan menyebabkan sesetengah pihak yang tamak dan

mementingkan keuntungan untuk menjalankan operasi ini secara haram iaitu mereka menjual organ dan tisu badan manusia kepada negara lain seperti yang telah berlaku di negara India dan China pada tahun 2007.

Contoh isu yang berlaku di Thailand ialah, doktor-doktor di negara tersebut lebih

menumpukan perhatian terhadap hospital swasta yang pembedahan ini membawa banyak keuntungan dan rakyat biasa dan miskin di hospital kerajaan tidak mempunyai doktor yang cukup untuk merawat pesakit.

Di Malaysia, sehingga pada akhir tahun 2008 (Frost & Sullivan, International Medical Travel Journal) terdapat 144 hospital kerajaan dan 224 hospital swasta di Malaysia. Perkara ini harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Tidak dinafikan bahawa kerajaan sedang berusaha giat dalam mempromosikan industri ini, tetapi mereka harus memastikan bahawa terdapat doktor yang bertauliah mencukupi di hospital kerajaan bagi

membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perubatan dan keutamaan harus diberikan kepada mereka. Keseimbangan antara perkhidmatan hospital kerajaan dan hospital swasta harus dikekalkan di samping dalam memajukan industri ini.

Standard dan Akreditasi

Standard memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu produk dan perkhidmatan adalah selamat dan berkualiti. In termasuk juga standard perkhidmatan perubatan. Di Amerika Syarikat, kumpulan akdreditasi yang paling terkenal adalah Joint Commission International (JCI). Mereka mengakreditasi dan memeriksa infrastruktur kesihatan bukan sahaja di Amerika tetapi juga di luar negara.

Malaysia mempunyai badan standard kebangsaan iaitu Jabatan Standard Malaysia dan badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) yang menjalankan kerja-kerja pengakreditasian untuk hospital-hospital untuk memastikan standard-standard tertentu dipatuhi. Standard ISO 9002 biasanya digunakan untuk mengakreditasi hospital-hospital di Malaysia.

Terdapat beberapa hospital di Malaysia yang menggunakan standard antarabangsa negara lain contohnya dari Britain, Amerika Syarikat dan Australia. Hospital di Malaysia seperti International Specialist Eye Centre, Penang Adventist Hospital, dan Prince Court Medical Centre telah diakreditasi oleh Joint Commission International (JCI).

Menurut bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng, sehingga tahun 2000, masih terdapat banyak hospital yang masih belum mendapatkan akreditasi ISO 9002 dan

(4)

menyeru mereka supaya mendapatkan akreditasi tersebut.

Untuk memastikan industri pelancongan kesihatan lebih maju, adalah penting hospital-hospital tersebut untuk mematuhi standard Malaysia dan standard-standard antarabangsa, Ini kerana, standard antarabangsa akan dapat memberikan satu keyakinan kepada para pesakit dan doktor-doktor di luar negara terhadap hospital di Malaysia. Pengakreditasian akan memberikan satu imej bahawa doktor-doktor tersebut adalah bertauliah, serta staf-staf sokongan lain seperti juruteknik makmal, jururawat dan sebagainya adalah daripada golongan yang terlatih dan dapat memberikan perkhidmatan yang selamat, berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Cara ini juga akan dapat memastikan pesakit mendapat perkhidmatan perubatan dan rawatan yang sempurna.

(5)

Industri pelancongan kesihatan semakin berkembang maju di negara ini. Industri

ini berpotensi dalam menjana pendapatan negara.

Faedah/manfaat pelancongan kesihatan:

1. Menjana sumber pendapatan negara - pendapatan daripada produk

pelancongan yang ditawarkan.

2. Menyedia/mewujudkan peluang pekerjaan - pekerjaan sebagai jururawat, sektor

pengangkutan, ubatan tardisional.

3. Memperkenal/mempromosikan ubat-ubatan alternatif - kaedah rawatan alternatif

tempatan dan ubatan tradisional dapat diperkenalkan, daya tarikan baru bagi

pelancong, meluaskan pasaran ubatan alternatif.

4. Meningkatkan imej negara - kepelbagaian pakej pelancongan dan perkhidmatan

pelancongan kesihatan menarik minat pelancong dari luar negara.

Sebab-sebab pelancongan kesihatan semakin berkembang:

1.Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti - hospital mempunyai pakar yang

terlatih, cekap dan mesra meyakinkan pesakit.

2. Prasarana perubatan yang canggih - hospital swasta dan kerajaan memiliki

kemudahan-kemudahan yang canggih serta setanding dengan hospital di negara

maju.

3. Caj rawatan murah - caj rawatan di Malaysia dikenalpasti sebagai paling rendah

di rantau Asia Pasifik, ini mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh

pesakit.

4. Aksesibiliti - lokasi pusat rawatan yang terletak di bandar utama yang

berhampiran dengan kawasan pelancongan.

5. Kemudahan sokongan yang efisien dan selesa - sistem pengangkutan cekap

dari pusat rawatan ke lokasi pelancongan dan kemudahan penginapan yang

selesa.

Langkah memajukan pelancongan kesihatan:

1. Promosi - Kementerian kesihatan bekerjasama dengan Perbadanan

Pelancongan Malaysia membuat promosi di luar negara.

2. Kerjasama pelbagai pihak secara bersepadu - pengamal perubatan, kerajaan,

badan pelancongan dan insuran kesihatan perlu diwujudkan. Menyediakan pakej

pelancongan kesihatan, Syarikat penerbangan memberi tambang istimewa kepada

pelancong untuk tujuan rawatan.

3. Memperbaiki kemudahan perkhidmatan kesihatan dan prasarana - hospital

pakar negara kita perlu meningkatkan perhubungan dan rangkaian strategik

dengan pusat-pusat perubatan terkenal di luar negara untuk meningkatkan

kecemerlangan perkhidmatan

(6)

Karangan-Pelancongan Kesihatan

Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing

mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan

dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada

aktiviti pelancongan kesihatan.

Pengenalan-Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong

ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan.

Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan

ekonomi negara.

Peranan

1.Menjana tukaran asing-Huraian-Pelancong bersama keluarga membawa masuk

wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan

negara.

2.Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia-Huraian-Penyediaan

perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan

dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

tempatan.

3.Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan

herba-Huraian-Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan

tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di

samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah

mempelajari bahan perubatan tradisional.

4.Meningkatkan industri insurans-Huraian-Menggalakkan pelancong membeli

kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah

kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans.

Masalah

1.Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan-Huraian-Rakyat asing mengambil

kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur.

Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan

aktiviti tidak bermoral.

2.Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran-Huraian-Doktor

dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak

hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih

(7)

tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar

perubatan.

3.Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah-Huraian-Pusat kesihatan dan

kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab

dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu

rawatannya meragukan.

Penutup-Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri

pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi negara.

Referensi

Dokumen terkait

Pengambilan sampel dilakukan dengan menggunakan metode Purposive Sampling yang ditentukan berdasarkan intensitas serangan penyakit busuk pangkal batang (Ganoderma

Puji syukur kehadiart Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan penyusunan Karya Tulis Ilmiah yang berjudul “Asuhan Keperawatan Pada Lansia

Setelah melakukan proses pendefinisian setiap sub proses yang ada, maka pada tahap keempat ini adalah melakukan kontruksi dan evaluasi terhadap model IDFIF dengan cara

Dasar warna ini menjadi standar pasti dalam konteks profesional, seorang desainer tidak bisa mengatakan sebuah warna berdasar pertimbangan subektif, misal: biru

Sehubung dengan kondisi tersebut, maka diperlukan informasi tentang karakteristik gelombang yang dapat digunakan untuk menangani mundurnya garis pantai indah di

Selain adanya nilai ekonomis dalam merek, dapat dikualifikasikannya merek sebagai benda dengan melihat pada unsur-unsur benda yang terdapat dalam Pasal 499 KUH Perdata,

Az AKI PÁIR adatai alapján a repcemag termelői ára 142 ezer forint/tonna volt november 19-23.. között, ami csupán 3 százalékkal haladta meg az egy év- vel