• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sistem mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KISTf.M Wf:K10F«N6 DALAM PLNYEUAAN PROJEK SARJANA

Ni l I

hum

WAI-fiDA BINTI MOHAMED

(2)
(3)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS4

JUDUL : SISTEM MENTORING DALAM PENYELIAAN PROJEK SARJANA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya S i l l FAR AH WAHII) A BINTI MO HAM EI) (830809-03-5658 ) (HIJIUJF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Saijana / Dolctor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Silatandakan { S )

s

SULIT (Mengandungi makiumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi makiumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

64, TAMAN PESA TANJUNG PUAN NURFIRDAWATI BINTI 22000 JERTEH MDHAMAD HANAFI TERENGGANU (Nama Penyelia) Tarikh: 14 APRIL 2008 Tarikh: 14 APRIL 2008

CAT AT AN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi bekenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD • Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau

(4)

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualitinya untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional".

Tandatangan

Nama Penyelia : PUAN NURFIRDAWATI BINTI MUHAMAJD HANAFI

(5)

akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI FARAH WAfflDA BINTI MOHAMED

(6)

iii

Ayahbonda Tersayang:

'Ttf'oAwvi'ect 'J'Oan, ^a^ari^f

dan

Terima kasih di atas segala doa dan harapan daripada kalian Terima kasih segalanya...

(7)

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Al-Hamdulillah dengan taufik serta hidayah dari Allah s.w.t projek kajian penyelidikan ini dapat disempurnakan dengan baik. Sebenarnya yang boleh memberi dan mampu memenuhi segala kehendak manusia itu hanya Allah s.w.t. Dialah Tuhan yang maha agong, maha kaya dan maha pengasih lagi maha

penyayang, kepada-Nya dan mengharapkan anugerah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu Puan Nurfirdawati Binti Muhamad Hanafi di atas bimbingan, perbineangan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Ucapan penghargaan juga ini ditujukan kepada Penyelia dan Pelajar Sarjana PTV dan Kementerian Pendidikan Malaysia atas kerjasama dan makiumat yang diberikan. Tidak dilupakan juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan

seperjuangan, keluarga dan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Akhir kata, segala jasa baik, kerjasama serta sumbangan yang diberikan akan beroleh keberkatan dari Allah S.W.T. InsyaAllah

(8)

ABSTRAK

Pelaksanaan sistem mentoring di dalam sesebuah organisasi yang berjaya bertujuan untuk membangunkan potensi individu atau sekumpulan yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Dalam konteks penyeliaan Projek Sarjana, bentuk hubungan ini dilihat sebagai pengawalan yang berterusan oleh penyelia terhadap pelajar daripada permulaan Projek Sarjana sehingga projek tersebut tamat. Kajian ini dijalankan untuk mengenai pasti pendekatan yang digunakan oleh penyelia, melihat persepsi penyelia dan pelajar serta perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Responden kajian terdiri daripada 28 orang penyelia dan 141 orang pelajar yang terlibat dalam Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik untuk penyelia dan pelajar yang dibangunkan berdasarkan Model Daloz yang diubahsuai berdasarkan elemen-elemen bimbingan, cabaran dan visi (matlamat). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS v. 12.0 untuk mendapatkan skor min, dan menguji hipotesis nul bagi Ujian-t tidak bersandar dengan aras signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyelia menggunakan ketiga-tiga pendekatan yang diketengahkan di dalam model Daloz iaitu bimbingan, cabaran dan visi(matlamat). Hasil kajian juga mendapati majoriti penyelia mempunyai persepsi yang baik terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Manakala rata-rata pelajar kurang bersetuju terhadap penyelia dalam aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Daripada aspek perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar, terdapat perbezaan signifikan bagi kebanyakan item di antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring di dalam penyeliaan Projek Sarjana. Justeru itu, satu garis panduan mengenai penyeliaan Projek Sarjana perlu diwujudkan bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan kebaikan daripadanya.

(9)

ABSTRACT

The implementation of the mentoring system in successful organization is to develop individual potential or a group of less-experienced member in organization. In the context Projek Sarjana supervision, it is seen as a continuous control by supervisor for students from the beginning Projek Sarjana until it end. The purpose of this study was to identify an approach which are used by supervisors, to see mentoring activities based on supervisors' and students' perception and difference perception between supervisors and students on mentoring activities in Projek Sarjana supervision. Respondents were 28 supervisors and 141 students who are involved in Projek Sarjana in Faculty of Technical and Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Questionnaires for supervisors and students which had developed using Daloz's model based on there elements; support, challenge and vision are used as the instrument to collect data. The data collected were then analyzed using SPSS version 12.0 which were represented by mean scores, and null hypothesis used independent t-test 0.05 level of significance. The result of the study indicated that the supervisors used all the approach in the Daloz's Model which is the elements are support, challenge and vision. It was also found that majority of supervisors had a good perception in mentoring activities on Projek Sarjana supervision. Meanwhile most of the students had an average perception on the supervisors. For the difference between supervisors' and students' perception, there was a significant difference for most of the items. Therefore, a guideline concerning Projek Sarjana supervision must created to ensure both parties get interest and good from it.

(10)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKA8I iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

HALAMAN SENARAI JADUAL xii

HALAMAN SENARAI RAJAH xiv

HALAMAN SENARAI SINGKATAN xv

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 6 6 6 3 5 5

(11)

1.8 Skop Kajian 7 1.9 Batasan Kajian 7 1.10 Kerangka Teori Kajian 7

1.11 Definisi Istilah dan Operational 9

1.12 Rumusan 11

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12 2.2 Sejarah Perkembangan Mentoring 13

2.3 Definisi dan Konsep Mentor-Mentee 13

2.4 Definisi Mentoring 16 2.5 Konteks Mentoring 18 2.6 Ciri-ciri Mentoring 19 2.7 Bentuk-bentuk Mentoring 19 2.7.1 Mentoring Formal 20 2.7.2 Mentoring Profesional 21 2.7.3 Mentoring Tidak Formal 21

2.8 Model Mentoring 22 2.9 Mentoring di Institut Pengajian Tinggi 25

2.10 Garis Panduan Mentor-Mentee 26 2.11 Kebaikan Sistem Mentoring 27 2.12 Psikologi Tingkah Laku 30

2.13 Rumusan 31

BAB m KAJIAN METODOLOGI

3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian

(12)

IX

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Set Borang Soal Selidik J: Penyelia 34

3.4.1.1 Bahagian A 34

3.4.1.2 BahagianB 35

3.4.2 Set Borang Soal Selidik II: Pelajar 35

3.4.2.1 Bahagian A 35

3.4.2.2 Bahagian B 36

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 36

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Kaedah Analisis Data Kajian 38

3.8 Prosedur Kajian 40

3.9 Kerangka Kerja Kajian 42

3.10 Jangkaan Kajian 43

3.11 Rumusan 43

BABIV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data dan Dapatan Kajian 45 4.3 Analisis I: Demografi Responden 45 4.3.1 Set Borang Soal Selidik I: Penyclia 46

4.3.1.1 Analisis I(a) 46

4.3.2 Set Borang Soal Selidik II: Pelajar 48

4.3.2.1 Analisis J(b) 48

4.4 Analisis II: Pendekatan yang digunakan oleh 49 Penyelia dalam Menyelia Pelajar di dalam

Projek Sarjana

4.5 Analisis III: Persepsi Penyelia terhadap Aktiviti 50

Mentoring di dalam Penyeliaan Projek Sarjana

4.6 Analisis IV: Persepsi Pel ajar terhadap Penyelia 53 dalam Ah.rtiviti Men/oring di dalam Penyeliaan

(13)

ccxcii

4.7 Analisis V: Perbezaan Persepsi antara Penyelia 58 dengan Pelajar terhadap Aktiviti Mentoring

di dalam Penyeliaan Projek Sarjana

4.8 Rumusan Dapatan Kajian 60

B A B Y PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan dan Rumusan 5.2.1 Demografi Responden

5.2.2 Pendekatan yang digunakan oleh Penyelia dalam Menyelia Pelajar dan Persepsi Penyelia terhadap Aktiviti Mentoring di dalam Penyeliaan Projek Sarjana 5.2.3 Persepsi Pelajar terhadap Penyelia dalam

Aktiviti Mentoring di dalam Penyeliaan Projek Sarjana

5.2.4 Perbezaan Persepsi antara Penyelia dan Pelajar terhadap Aktiviti Mentoring di dalam Penyeliaan Projek Sarjana 5.3 Cadangan 5.4 Penutup 61 61 62 63 67 70 72 74 RUJUKAN 75 LAMPIRAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C 80 83 86

(14)

xi LAMPIRAN D 90 LAMPIRAN E 101 LAMPIRAN F 107 LAMPIRAN G 111 LAMPIRAN H 115 LAMPIRAN I 119 LAMPIRAN J 127

(15)

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Statistik Bilangan Pelajar di bawah Penyeliaan Penyelia 5 Projek Sarjana (Semester II, 2007/2008)

1.2 Kemahiran-kemahiran yang Terlibat dalam Aktiviti 8 Bimbingan dan Cabaran

2.1 Definisi Mentor di dalam Kajian-kajian yang Lepas 14 (Friday, et al., 2004)

2.2 Fungsi Mentor 18 2.3 Model Mentoring dan Kegunaannya 22

2.4 Kemahiran-kemahiran yang Merangkumi Aktiviti 24 Bimbingan dan Cabaran

2.5(a) Garis Panduan Mentor 26 2.5(b) Garis Panduan Mentee 27 3.1 Bilangan Responden yang Terlibat dalam Kajian 33

3.2 Item-item Bahagian bagi Set Borang Soal Selidik 34 3.3 Analisis Skor Alpha-Cronbach Set Borang Soal Selidik 38

3.4 Interpretasi Skor Min Skala Likert 39 3.5 Kaedah Analisis Data bagi Setiap Persoalan Kajian 40

4.1 Dapatan Makiumat Demografi Penyelia Projek Sarjana 47

4.2 Dapatan Makiumat Demografi Pelajar 48 4.3 Analisis Skor Min Elemen - Pendekatan Mentoring 49

yang digunakan oleh Penyelia

4.4 Analisis Skor Min Item Bahagian B - Penyelia 50 4.5 Analisis Skor Min Item Bahagian B - Pelajar 54

(16)
(17)

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

1.1 Model Daloz

1.2 Kerangka Teori Kajian

2.1 Tingkat Keperluan Manusia - Maslow (1962) 3.1 Skala Likert 1-4

3.2 Spesifikasi Skala Likert Empat Mata 3.3 Pro sedur Kaj ian

3.4 Kerangka Kerja Kajian

MUKA SURAT 8 9 29 34 35 41 42

(18)

XV

SENARAI SINGKATAN

FKN - Falsafah Pendidikan Kebangsaan UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia FPTek - Fakulti Pendidikan Teknikal

Ho - Hipotesis Nul Hi - Hipotesis Alternatif IPT - Institut Pengajian Tinggi

(19)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Gantt Chart

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

C Senarai Penyelia dan Bilangan Pelajar Projek Sarjana D Set Borang Soal Selidik

E Penilaian Instrumen Soal Selidik F Analisis Kajian Rintis

(Kebolehpercayaan dan Kesahan) G Analisis Item - Peratusan

H Analisis Item - Nilai Skor Min I Analisis Item - Ujian-t

J Panduan Penyeliaan Projek Sarjana

MUKA SURAT 80 83 86 90 101 107 111 115 119 127

(20)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Kebangsaan Negara (FKN) bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

warganegara Malaysia yang berguna. Secara tidak langsung dapat dilihat matlamat utama pendidikan ialah menyediakan seseorang individu yang memainkan peranan yang positif dan menyumbang kepada masyarakat. Menjadi tugas dan

tanggungjawab bagi mana-mana institusi pendidikan umumnya dan institusi

pengajian tinggi amnya bagi merealisasikan matlamat pendidikan. Ekoran daripada itu, tenaga pengajar yang berpengalaman dan berpengetahuan perlu disediakan bagi membimbing pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah dan akademik.

Dalam sesebuah organisasi yang berjaya, sistem mentoring telah

dilaksanakan bagi membangunkan potensi individu atau sekumpulan yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Mentoring ialah satu bentuk hubungan yang melalui proses pembelajaran bagi mencapai matlamat tertentu oleh mentee daripada mentor menerusi perkongsian maklumat, inspirasi, pendedahan dan pengalaman dengan persetujuan kedua-dua belah pihak untuk menjalani proses tersebut. Sistem mentoring telah dikenal pasti sebagai sumber untuk bimbingan dan merupakan kerangka atau panduan untuk kepimpinan bagi bidang profesional dan akademik yang lebih efektif (Aladejana A., et al, 2006). Berdasarkan kajian-kajian yang lepas.

(21)

2

sistem mentoring lebih banyak memberi fokus dalam pembangunan profesion perguruan (Aladejana A., et al, 2006).

Namun begitu, sistem mentoring dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah berlaku sejak zaman Greek lagi. Woodd (1997), berpendapat bahawa sistem mentoring pada zaman tersebut digambarkan dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman ditugaskan untuk mendidik orang yang muda dan kurang berpengalaman. Menurut sejarah, asal perkataan mentor adalah berkaitan dengan epik zaman Greek yang mengisahkan Ulysses yang turun ke medan perang menyertai Perang Trojan pada zaman Yunani. telah mengarahkan sahabat karibnya yang

bernama Mentor untuk menjaga, membimbing serta melatih anak remajanya bernama Telemaehus sehingga menjadi remaja perkasa dan mampu menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Dengan penjagaan Mentor itu, maka perkataan

'mentor' telah digunakan dalam konteks bimbingan dan latihan sehingga kini. Telemaehus yang menerima bimbingan, pengetahuan dan kemahiran dikenali sebagai protege atau mentee (Mincemoyer dan Thomson, 1998).

Pelbagai jenis model mentoring yang digunakan bagi menguji keberjayaan sesuatu sistem mentoring. Model-model mentoring yang sedia ada adalah direka bentuk dan aplikasinya berdasarkan sesuatu jenis organisasi di mana organisasi itu sendiri mempunyai kepelbagaian yang berbeza (Azman Ismail, et al., 2005). Namun begitu, tidak ada satu model pun yang boleh dianggap sebagai yang terbaik. Salah satu model mentoring yang popular ialah Model Daloz yang telah diperkenalkan pada tahun 1986 oleh Laurent A. Parks Daloz yang menggambarkan model interaksi antara mentor dengan mentee. Ianya merupakan model pertama yang muncul dalam kajian literatur pendidikan adragogi (Provident, 2005).

Model Daloz mengetengahkan tiga elemen iaitu bimbingan, cabaran dan visi dalam sistem mentoring. Ketiga-tiga elemen tersebut perlu seimbang bagi

melahirkan perhubungan yang efektif antara mentor dan mentee. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, Model Daloz ini telah dikenal pasti mendatangkan kesan yang positif dalam membantu golongan adragogi (Provident, 2005). Kejayaan

(22)

sistem mentoring ini terletak di antara kerjasama kedua-dua belah pihak iaitu mentor dengan mentee.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam konteks institut pengajian tinggi, terdapat pelbagai program mentoring yang digunakan bagi mencapai pelbagai tujuan. Ianya merupakan satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh (Zuraidah Abdul Rahman, el a!., 2004). Sistem mentoring boleh berlaku dalam keadaan yang natural iaitu tidak formal dan dalam keadaan yang dirancang secara formal dan sistematik. Menurut kajian-kajian yang lepas, sistem mentoring digunakan sebagai mekanisme yang menyokong anjakan paradigma institusi pengajian tinggi dari pembelajaran yang berpandukan akademik kepada praktikal (Azman Ismail, el al, 2005).

Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sukatan kurikulum bagi pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana memerlukan pelajar menyiapkan Projek Sarjana selama setahun (dua semester) bagi membolehkan penganugcrahan sijil dilakukan. Sehubungan itu, bagi projek yang dilakukan pelajar akan diletakkan di bawah seorang pensyarah sebagai penyelia projek. Dalam konteks mentoring, penyelia tersebut disebut dikenali sebagai mentor manakala pelajar di bawah

seliaannya dikenali sebagai mentee (Cahill dan Blanchard, 2001). Bentuk hubungan ini dilihat sebagai pengawalan yang berterusan oleh penyelia terhadap pelajar

daripada permulaan projek sehingga pelaksanaan projek tersebut tamat.

Menurut Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002), individu adalah berbeza antara satu sama lain. Perbezaan tersebut adalah variasi dalam aspek temperan (tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku), tahap tenaga yang merujuk kepada keadaan fizikal sesorang yang terlibat dalam sesuatu aktiviti dan pola persahabatan yang merangkumi bintang, dyad, klik, rantai, pencilan dan singkiran. Daripada penerangan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan bahawa individu atau pelajar berbeza dari segi fizikal, kecerdasan, day a pemikiran dan belajar. status

(23)

sosio-4

ekonomi, bangsa, agama, personaliti dan lain-lain. Pengkaji-pengkaji yang lepas berpendapat bahawa seseorang mentor sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan dalam sistem mentoring bersesuaian dengan menteenya yang mempunyai latar belakang yang berbeza. (Azman Ismail, et al., 2005).

Lieb (1991) telah mengenai pasti beberapa elemen yang menjadi kunci hubungan sistem mentoring bagi pembelajaran di isntitut pengajian tinggi. Elemen-elemen tersebut ialah motivasi, peneguhan, pengekalan dan pemindahan. Dari sudut psikologi tingkah laku, kesemua elemen ini mempengaruhi sebarang tingkah laku yang berlaku terhadap pelajar sama ada positif atau negatif adalah kesan daripada cara penyeliaan pensyarah terhadap pelajarnya. Menurut Baharom Mohamad, et al. (2006), pensyarah mampu mengatur dan mengawal tingkah laku pelajar berpandukan teori pembelajaran. Ianya terpulang kepada kaedah yang digunapakai oleh pensyarah dalam menggunakan atau mengaplikasi segala bentuk ilmu pengetahuan yang

diketahuinya bagi memperkembangkan potensi pelajar ke tahap yang sebenar dan menjadikan pelajar individu yang mampu berfikiran secara kreatif dan kritis dengan menyelesaikan masalah mengikut acuan pemikiran sendiri.

Di UTHM, senario yang berlaku dalam setiap penyeliaan projek akhir ialah seorang penyelia perlu menyelia lebih daripada seorang pelajar. Bagi Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), nisbah seorang penyelia yang perlu menyelia pelajar untuk projek akhir ialah 1:10. Projek akhir ini termasuk Projek Sarjana dan Projek Sarjana Muda. Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada FPTek, 60.9%

penyelia mempunyai 3-5 orang pelajar untuk diselia di dalam Projek Sarjana. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pelajar yang perlu diselia oleh penyelia. Keadaan ini memberi gambaran beban yang ditanggung oleh penyelia dalam melaksanakan penyeliaan terhadap pelajar-pelajar di bawah seliaan beliau. Kemungkinan penyelia akan menghadapi masalah dari segi kekangan masa untuk menyelia pelajar

seterusnya kurang dapat membantu pelajar. Selain daripada itu, bilangan pelajar yang ramai di bawah seliaan seorang penyelia menyebabkan mereka kurang fokus kepada sesetengah pelajar dan ini akan menghasilkan kualiti yang kurang bagus. Namun begitu, kajian-kajian yang lepas mendapati bahawa kerjasama antara kedua-dua belah pihak membolehkan proses mentoring mencapai kejayaan.

(24)

5

Jadual 1.1: Statistik Bilangan Pelajar di bawah Penyeliaan Bil. Penyelia (%) Bilangan Pelajar di bawah Seiiaan 1 23.7 1 2 6.8 2 3 20.3 3 4 20.3 4 5 20.3 5 6 6.8 6 7 1.7 7

Sumber: Penyelaras Projek Sarjana I & II, 2007/2008, FPTek, UTHM.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, didapati begitu banyak penyeliaan yang perlu dilakukan oleh seorang penyelia dalam menyelia Projek Sarjana. Justeru itu, pengkaji merasakan perlu membuat kajian mengenai sistem mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana di UTHM. Pengkaji akan membuat tinjauan dengan mengambil kira persepsi penyelia dan pelajar yang terlibat dalam Projek Sarjana terhadap sistem mentoring dalam tempoh kerjasama menyiapkan projek tersebut.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenai pasti pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam menyelia pelajar bagi Projek Sarjana.

ii. Meninjau persepsi penyelia terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan pelajar Projek Sarjana.

iii. Meninjau persepsi pelajar terhadap penyelia dalam aktiviti mentoring di dalam penyeliaan Projek Sarjana.

iv. Membandingkan persepsi antara penyelia dengan pelajar terhadap aktiviti mentoring di dalam penyeliaan Projek Sarjana.

Referensi

Dokumen terkait

Konduktansi spesifik dari air boiler merupakan ukuran yang tidak langsung dari padatan terlarut dan biasanya dapat digunakan untuk mengontrol blowdown.. Namun, menetapkan tingkat

Keterlambatan dari pengelola benda wakaf dalam membuat laporan tentang hasil perwakafan, kenyataan yang terjadi pada point nomor 3 tersebut menimbulkan adanya

Penerimaan Fungsional Rumah Sakit Jiwa adalah penerimaan yang diperoleh sebagai imbalan atas pelayanan baik berupa barang atau jasa yang diberikan oleh Rumah

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak

Tablo Young digunakan untuk menentukan tabloid dari partisi ( ⊢ ) untuk memperoleh nilai dimensi dan karakter dari yang merupakan representasi reducible dari ,

Sebagai upaya untuk merepresentasikan kesenian tradisional masyarakat Osing, alur cerita kepahlawan Minak Jingga yang didramakan Jinggo dijadikan media untuk mewakili

Puji dan syukur penulis panjatkan ke Hadlirat Allah SWT atas rahrnat dan hidayah-Nya sehingga skripsi yang bejudul Perancangan Lanskap Pemukiman Vila lndah