Cara Paling “Macho” memikat Si Gadis & Menjadi Lelaki Idaman! Oleh: Ayu Fatarina © 2009
1
EBOOK PANDUAN CINTA
UNTUK LELAKI
Cara Paling “Macho” Untuk
Memikat Si Gadis dan
Menjadi Lelaki Idaman
ISI KANDUNGAN
TOPIK M/S
1) KATA-KATA ALUAN 3
2) PENGHARGAAN 5
3) C.I.N.T.A? 6
4) CINTA & PERKAHWINAN DALAM ISLAM 9 5) STATISTIK LELAKI BUJANG DI MALAYSIA 11 6) JANGAN BERI ALASAN! 14 7) ASET ANDA DAN CARA MENGGUNAKANNYA 17 8) KENALI PEREMPUAN 29 9) MENGAPA ORANG PEREMPUAN…. 37 10) CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN PEREMPUAN &
TIPS UNTUK ANDA MILIKI KESEMUA CIRI-CIRI INI 49 11) BAGAIMANA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? 61 12) BAGAIMANA ANDA TAHU ANDA TELAH JATUH CINTA? 67 13) BAGAIMANA MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA ANDA? 70 13) JANGAN JADI HAMBA CINTA 72
14) PENUTUP 74
15) DISCLAIMER & LEGAL NOTICE 75
Cara Paling “Macho” memikat Si Gadis & Menjadi Lelaki Idaman! Oleh: Ayu Fatarina © 2009
3 BAB 1 - KATA-KATA ALUAN
Assallammualaikum..
Tahniah & terima kasih kerana memilih buku ini sebagai panduan untuk anda mula mengukir hari-hari indah dengan perempuan yang sangat bertuah untuk di jadikan suri dalam hidup anda. Saya tahu anda lelaki yang bijak dan sesiapa sahaja yang mendapat cinta anda adalah perempuan yang bertuah kerana anda belajar untuk mengenali cinta dan berusaha menjadikan cinta anda cinta yang terbaik untuk si dia. Segala panduan, nasihat, tunjuk ajar dan tips-tips yang diberikan dalam buku ini adalah ekslusif untuk anda, dan selepas anda menamatkan pembacaan, saya harap anda telahpun menjadi seorang yang lebih berkeyakinan, positif dan bersemangat untuk menjadi seorang lelaki idaman Malaya!
Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan di sini, bahawa buku ini bukan panduan untuk anda menjadi seorang lelaki playboy yang menggunakan kaum perempuan semata-mata untuk kepentingan material atau hawa nafsu. Buku ini saya tulis untuk mereka yang benar-benar ikhlas untuk mencari seorang teman hidup dan membina mahligai perkahwinan untuk mendapat keredhaanNya. Jadi saya amat berharap agar anda betulkan NAWAITU anda. Niatlah untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaanNya.
Buku ini hanyalah panduan semata-mata, dari segi praktikal, andalah yang harus melakukannya. Saya juga tidak menjamin 100% anda akan mendapat cinta yang terbaik, namun dengan panduan dan tips-tips ini, berkat doa, usaha, tawaqal & niat yang ikhlas, Insya-Allah yang Maha Esa akan membantu anda menemui seseorang untuk berkongsi cinta dengan anda.
Fokus saya adalah kepada semua golongan lelaki, yang tua atau yang muda, sebagai panduan untuk menjadi insan yang lebih baik, dan memperolehi cinta yang terbaik. Namun demikian, bagi para perempuan dan lelaki yang telah pun menemui cinta anda, saya ucapkan syabas kerana membeli buku ini, kerana ia bermanfaat sebagai peringatan dalam perhubungan dan dalam kehidupan dan pergaulan kita sebagai seorang manusia.
Buku ini masih belum sempurna, saya juga masih membuat soal jawab dan kajian. Segala yang terbaik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya. Jika ada topik-topik yang tidak terdapat di dalam buku ini, anda boleh menghubungi saya di talian 016-3645324 atau email saya di [email protected]. Insya-allah, saya akan cuba menjawab dan membantu anda mengatasi permasalahan cinta anda.
Saya ucapkan segala yang terbaik untuk anda. Semoga anda menemui cinta anda dan berkekalan hingga akhir hayat!
Salam Cinta dari Saya:- Ayu Fatarina
Cara Paling “Macho” memikat Si Gadis & Menjadi Lelaki Idaman! Oleh: Ayu Fatarina © 2009
5 BAB 2 - PENGHARGAAN
Assallammualaikum…
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana saya dapat menyiapkan ebook ini, walaupun masih mentah dalam bidang penulisan. Banyak rintangan, cabaran dan kesukaran yang saya tempuh. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah merahmati saya, suami, anda semua yang membaca buku ini, dan semua yang terlibat dalam penulisan dan penerbitan buku ini secara langsung atau tidak.
Terima kasih pada suami yang banyak memberikan dorongan, sokongan dan kata-kata semangat serta kepercayaan untuk saya terus menulis dan menyiapkan buku ini.. Segala-galanya amat saya hargai.. Thank you sweetheart, I love u so much..
Untuk Firdaus, yang banyak meberi tunjuk ajar dari segi teknikal, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, tanpa pertolongannya, mustahil pemasaran ebook ini menjadi kenyataan.
Kepada Adlay aka Labonon dah Richie, terima kasih atas semua tunjuk ajar dan bantuan, saya benar-benar menghargai pertolongan dan komen anda berdua. Terima kasih juga pada Fadzlie yang bertungkus lumus menyiapkan minisite saya.
Untuk semua responden-responden dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam memberi nasihat, komen dan pandangan, setinggi-tinggi penghargaan saya berikan untuk anda.
Kepada anda yang membeli buku ini, terima kasih kerana mempercayai kebolehan saya dan menyokong saya dalam bidang penulisan ini. Segala komen dan pandangan anda amat saya alu-alukan.
Semoga lebih banyak “masjid” yang terbina dengan adanya buku ini.. Semoga kita semua mendapat manfaat dan saling mengingati antara satu sama lain tentang kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan…
BAB 3 - C.I.N.T.A
Apa itu cinta? Dari mana datangnya C.I.N.T.A? Pentingkah cinta ini sehingga
anda perlu baca ebook untuk mencari erti sebenar cinta?
Cinta tiada definisi tertentu. Cinta itu luas, infiniti. Tidak ada seorang pun pujangga atau penglipurlara atau pun cerdik pandai yang dapat memberi makna tepat tentang cinta. Ia ada dalam diri setiap insan, tidak kira usia, pangkat, darjat atau harta.
Ada yang menyatakan cinta itu indah, cinta itu rindu, cinta itu kasih sayang. Semasa bercinta, semua benda nampak indah. Ehem ehem, saya ingin berkongsi sedikit rahsia dengan anda. Semasa saya bercinta dengan suami, setiap kali
Cara Paling “Macho” memikat Si Gadis & Menjadi Lelaki Idaman! Oleh: Ayu Fatarina © 2009
7
WUJUDKAH CINTA?
Kewujudan cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang-undang ciptaan manusia. Kehadirannya diiktiraf oleh Tuhan dan seluruh manusia. Dalam surah az-Zariyat ayat 49, Allah menyebut: ”Dan segala sesuatu yang kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.” Ini bukti kukuh bahawa cinta ada dalam jiwa setiap insan, kerana ia adalah anugerah Allah. Dalam bab-bab seterusnya, anda akan dibawa untuk mencari dan menyerlahkan cinta dalam diri anda.
BAGAIMANA MEMBUKTIKAN CINTA?
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Setiap orang ada persepsi tersendiri tentang cinta, maka cara untuk membuktikan cinta juga berlainan. Pernahkah anda mendengar atau membaca pantun di atas ini? Jelas sekali, kerana cinta orang sanggup melakukan apa sahaja. Ada yang sanggup menggadaikan harta benda, melakukan sesuatu yang di luar kawalan, malah ada yang sanggup berbunuhan seperti yang terjadi dalam kisah Habil dan Qabil. Saya pasti anda telah mendengar kisah-kisah cinta Qais dan Laila, Romeo dan Juliet, Rama dan Sita, Shah Jehan dan Taj Mahal. Nah, lihatlah betapa besarnya kuasa cinta ini dan bagaimana mereka ini membuktikan cinta mereka dalam berbagai-bagai cara dan bentuk!
Namun demikian, e-book ini akan memberikan anda panduan agar anda tidak terjebak dengan cinta gila yang memerlukan bukti-bukti yang akan merosakkan diri anda sendiri. Tahniah kerana membuat pilihan yang bijak!
Di dalam bukunya yang bertajuk Kimia as Sa’adah (Rahsia Kebahagiaan), Imam Al-Ghazali mendefinisikan cinta sebagai suatu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada sesuatu yang disukai. Menurut beliau lagi, kehebatan cinta bukan kerana cahaya tetapi kerana ada persefahaman.
Apa sahaja istilah cinta, semuanya bergantung kepada diri anda untuk menyerlahkan dan menghargai serta mengembangkan cinta anda. Ingat, cinta bukan hanya sekadar ucapan atau kerana hawa nafsu, ia haruslah berlandaskan hukum Allah. Cinta menjadi yang terbaik apabila kita bijak menilai dan melaksanankannya!
Saya berharap, setelah membaca bab ini, anda tidak akan menolak bahawa memang ada cinta dalam diri setiap insan, ia ada dalam diri anda, dalam diri saya, dalam diri semua orang. Seandainya pada tahap ini anda mengatakan cinta itu tidak wujud, maka saya mohon anda buang dahulu pemikiran negatif tersebut, kerana anda tidak akan dapat merealisasikan panduan-panduan saya kerana anda TIDAK YAKIN dengan Cinta… Saya tahu ada juga yang benci pada cinta, mengatakan cinta itu kotor dan membawa kepada kemusnahan. Saudara, kalau Allah sendiri mengiktiraf kewujudan cinta, mengapa anda sebagai hamba yang kerdil pula menafikannya? Cinta itu jadi kotor, jadi jelik, jadi menyakitkan kerana kita sendiri yang tidak pandai menghargainya.. Fikir-fikirkanlah..
Sekarang, anda tarik nafas dalam-dalam, dan isikan fikiran anda dengan “ADA CINTA DALAM DIRIKU, AKU KAYA DENGAN CINTA…” Ulang banyak-banyak kali sehingga anda rasa yakin. Ok, sekarang fikiran anda sudah sarat dengan cinta, jadi kita akan membaca lagi untuk menambahkan dos tersebut!
Cara Paling “Macho” memikat Si Gadis & Menjadi Lelaki Idaman! Oleh: Ayu Fatarina © 2009
9 BAB 4 - CINTA & PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Ish, kenapa tiba-tiba pula sudah menyentuh soal perlahwinan sedangkan kupasan tentang cinta dan segala tips-tips belum lagi dihuraikan? Nanti dulu, jangan panik! Bab ini sengaja saya letakkan kerana anda akan melihat kaitannya di bab yang akan menyusul.