57
GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS
Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran)
Topik
Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam
Model Pembelajaran
Berasaskan Projek
Kod Kursus MTSR6
Masa 1 jam
Personel Penceramah A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model
Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Model Pembelajaran Berasaskan Projek.
B. Kandungan Kursus
Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek.
C. Kaedah
Soal jawab, perbincangan, aktiviti ‘hands-on’, bengkel D. Bahan Pengajaran
Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-point E. Alatan
Bahan-bahan berbentuk 2-D F. Penilaian
Pembentangan
Model Pembelajaran Berasaskan Projek
Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek :
Model Pengajaran
Proses Kreatif Terarah
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan Pembelajaran Berasaskan Projek • Tinjauan berfokus/ Berstruktur • Penyoalan • Meneroka • Merancang • Meramal • Meneroka • Mencari maklumat • Membuat prototaip • Menganalisis maklumat • Merumus • Mentaksir • Melapor • Dokumentasi • Menguji prototaip Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek
CONTOH 1 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk : Bentuk dan Ruang
Bidang: Bentuk Dua Dimensi
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
(i) Mengecam sisi pada bentuk a) segi empat sama
b) segi empat tepat c) segi tiga
(ii) Mengukur dan merekodkan perimeter a) segi empat sama
b) segi empat tepat c) segi tiga
Objektif Pengajaran
Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.
Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI 1. Persediaan
Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan
Guru menyediakan beberapa bahan yang mempunyai bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segitiga seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ketupat, dll.
Tunjukkan pada murid, minta mereka namakan objek dan memberitahu bentuk yang sesuai, sama ada segi empat sama, segi empat tepat atau segi tiga
Apakah nama bahan ini ? Apakah bentuk bahan yang ditunjukkan ?
Berapakah sisi yang ada pada :
a) segi empat sama ? b) segi empat tepat ? c) segi tiga ?
Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2-D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter.
2. Imaginasi Meneroka
Merancang
Meramal
Membimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk.
Murid menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi serta jumlah sisinya
Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk.
Guru mengedarkan tali kepada murid-murid. Dengan menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid mengukur perimeter pada bentuk 2-D yang telah dilukiskan tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi.
Guru menampal beberapa bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan bentuk-bentuk tersebut. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang
Penerapan nilai murni : a) berhati-hati ketika
menggunting.
Apakah bentuk yang kamu lukis ?
Berapakah jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk ?
Apakah nama bentuk yang telah dicantumkan tadi ? Jika dicantum bentuk-bentuk ini, apakah yang akan terhasil?
Apakah bentuk yang terhasil ?
terhasil jika bentuk-bentuk 2-D tadi dicantumkan 3. Perkembangan Meneroka Mencari maklumat Membuat prototaip
Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Memberitahu murid-murid bahawa mereka akan dibimbing untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj berbentuk tunggal menggunakan bentuk-bentuk 2-D
Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentuk-bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Murid diminta menggunting bentuk-bentuk 2-D yang disediakan itu
Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-D yang ada.
Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing untuk mendapatkan idea dan membuat projek. Bertanya kepada guru jika perlu. Murid boleh merujuk kepada buku seperti mencari gambar atau lakaran serta maklumat tambahan yang sesuai bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki.
Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan dan pandangan serta pendapat terhadap lakaran yang ditunjukkan sebagai penambahbaikan.
Murid dibimbing membuat projek/membina prototaip
masing-Apakah yang dimaksudkan dengan kolaj ?
Penerapan nilai murni : a) cermat ketika
menggunting. b) kemas.
masing.
Murid diingatkan oleh guru tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut.
4. Tindakan Menganalisis maklumat Mentaksir Menguji prototaip Melapor
Meminta murid mengukur perimeter dan juga bilangan sisi yang ada pada hasil kolaj yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan.
Pastikan murid mengukur perimeter dan menghitung sisi yang ada pada kolaj yang dibina dengan tepat.
Minta murid mencatat ukuran bilangan sisi, bentuk 2-D dan ukuran perimeter yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang kolaj yang dibuat. Namakan hasil prototaip yang dibuat.
Memeriksa hasil prototaip yang bina/di buat dengan memeriksa tampalan, guntingan, kekemasan dan hasil karya murid yang dibuat.
Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.
Apakah nama hasil prototaip kamu itu ?
Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid:
a) Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini?
b) Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan? c) Berapakah bilangan
sisi yang ada pada kolaj ini?
d) Apakah bentuk-bentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini?
Dokumentasi dan Merumus
Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal hasil prototaip pada sudut pameran di belakang kelas. (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid)
Penggunaan bentuk 2D yang sesuai, kedudukan dan susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll
a) Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa?
b) Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai?
c) Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini? Pentaksiran Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid
terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid. Nilai dan Sikap Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek
CONTOH 2 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair.
Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi. Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi padu cecair.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan isi padu cecair liter dan mililiter.
Objektif Pengajaran:
Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah. D Bahan Pengajaran
Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada)
Tepung : 4 Kilogram Air : 4 jag
Pewarna makanan : Pelbagai warna Berus warna : Pelbagai saiz Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml
5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN
KOMUNIKASI Persediaan
Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan
Guru menunjukkan beberapa jenis objek seperti patung, bata, paku, baju, gelas berisi air, botol air oren yang mengandungi cecair dalam pelbagai sukatan.
Guru meminta murid meneka berapa berat dan isipadu cecair yang ada pada objek-objek yang ditunjukkan itu.
Cuba kamu namakan benda-benda yang cikgu tunjukkan ini Pada pendapat kamu, berapa berat benda ini? Pada anggaran kamu, berapakah isipadu kandungan air yang ada pada botol ini?
Imaginasi
Meneroka Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini mereka akan membuat satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah membina objek atau arca.
Guru menayangkan beberapa contoh objek dan arca yang telah dibina dan dibentuk melalui LCD projektor
Selain bahan yang digunakan oleh pereka untuk membuat objek dan arca tadi, apakah bahan lain yang boleh digunakan sebagai ganti?
a) Berapa banyak tepung yang perlu kita gunakan?
Merancang
Meramal
Menjelaskan kepada murid bahawa objek yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan adunan doh tepung gandum sebagai bahan ganti membuat arca dan objek seperti yang ditayangkan tadi.
Menerangkan tentang projek yang hendak dibuat.
Mencungkil pendapat dan pengalaman sedia ada murid untuk mengetahui bagaimana hendak menyediakan doh yang sesuai untuk membentuk objek atau membina arca.
Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. Murid dibimbing untuk merancang dan melakar apakah objek atau arca yang hendak dibina dengan langkah demi langkah.
Guru menerangkan peraturan keselamatan sebelum memulakan tugasan.
Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang berupa resipi membuat doh.
b) Berapa banyak air yang diperlukan?
Pada pendapat kamu, untuk membuat doh yang sesuai bagi membentuk objek, kita perlu tepung yang banyak, atau air yang banyak?
Kenapa?
Bagaimana kamu hendak membentuk objek atau arca yang kamu pilih?
Buat catatan langkah demi langkah yang akan kamu lakukan nanti Sebelum kamu mulakan tugasan pastikan : Kamu basuh tangan bersih-bersih.
Pakai apron kamu. Jaga kebersihan meja kamu.
Agihkan tugasan di antara ahli dalam kumpulan.
a)Apakah yang perlu dilakukan?
b) Apakah yang perlu digunakan dahulu? Air atau tepung? (Sukatan bahan kering dan basah perlu tepat.)
Perkembangan Meneroka
Mencari maklumat
Membuat prototaip
Murid menguli doh dalam kumpulan masing. Setelah selesai, murid dibimbing untuk membentuk objek dan arca yang dipilih.
Murid diminta untuk membuat objek mengikut peraturan dan susun langkah seperti yang dirancang tadi.
Murid mewarna dan mempamerkan hasil karya mereka dengan teliti dan secantik yang boleh.
Guru meminta murid-murid menimbang dan mencatat terlebih dahulu objek yang dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan diluar bilik darjah.
Persediaan untuk mengesan proses pengeringan air di dalam doh
Setelah kering, murid-murid akan menyapu putih telur pada objek untuk melindunginya.
Guru menggalakkan murid menghias objek yang dibuat itu.
Apakah objek yang akan kamu bentukkan?
Tindakan Menganalisis maklumat
Mentaksir
Menguji prototaip
Guru mengedarkan kertas kerja kepada murid-murid. Mereka diminta membaca dan memahami soalan yang disediakan. Bincangkan tentang soalan yang disediakan.
Murid menentukan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan.
Rujuk kembali kepada objek yang dibuat. Mencatat timbangan selepas objek kering. Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan masing-masing. Murid membuat penilaian ke atas hasil
projek yang telah dihasilkan dari segi
Bagaimanakah cara untuk mendapat jawapan?
Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?
Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini?
Melapor
Dokumentasi dan Merumus
bilangan, bentuk, kebersihan dan masa yang diambil.
Guru menilai hasil projek yang diserahkan dan mempamerkan di sudut pameran di dalam kelas
Resipi Bancuhan Tepung ½ kilogram tepung
¼ liter air
Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut.
3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka
5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang disediakan.
6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu. Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi. 7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi.
8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat dan penilaian hasil karya
LEMBARAN LATIHAN
JAWAB SOALAN BERIKUT:
1. ½ kilogram tepung sama dengan ... gram.
2. Tukarkan 750 gram kepada kilogram
3. Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama?
4. Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung, berapa liter airkah yang diperlukan ibu?
5. 7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?