• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Dakwah Di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran Dakwah Di Malaysia"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN DAKWAH DI MALAYSIA Cabaran Dakwah Di Malaysia

1.0 PENDAHULUAN

Agama Islam adalah agama anutan kedua yang terbesar di dunia

selepas agama Kristian. Pada masa kini bilangan umat Islam telah mencecah seramai 2 billion di seluruh dunia sama ada di 78 buah Negara Islam dan Negara-negara lain. Agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain di dunia kerana ia adalah satu sistem hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan. Ajarannya meliputi aspek Aqidah (kepercayaan), Syariah(peraturan) dan Akhlak (Etika). Ajaran Islam juga menghendaki penganutnya melakukan segala aspek kehidupan dunia mengikut cara-cara yang diredhai oleh Allah SWT. Perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain ialah agama-agama lain di dunia hanya mempunyai unsur kepercayan dan akhlak. Terdapat juga agama yang mempunyai akhlak dan prisip-prinsip hidup yang luhur tetapi tidak mempunyai syariat atau peraturan hidup yang menyeluruh.

Aspek-aspek syariat yang menyeluruh inilah yang menyebabkan agama Islam agak berbeza dengan agama-agama lain. Selain dari itu aspek kandungan dalam aqidah Islam juga agak berbeza kerana konsep ketuhanannya dan perkara-perkara ghaib seperti konsep pahala dan dosa, hari pembalasan, syurga dan neraka, alam kubur dan lain-lain lagi. Agama Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup bagi kebaikan dunia dan akhirat. Bagi tujuan tersebut Allah SWT telah menurunkan Al Quran sebagai sumber rujukan dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan dalam

al Quran sebagai mana firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 1-2 yang bermaksud:

“Alif, Lam, Mim, demikianlah kitab Al Quran itu yang tiada ragu-ragu lagi (isinya), menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.”

2.0 Islam Di Malaysia

Menurut Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapannya bertajuk islam dan Umat Islam , (Hashim Makarudin.(2003) Islam sebagai ad-din menawarkan satu pakej kehidupan yang

(2)

lengkap untuk kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Penelitian terhadap sejarah perkembangan Islam memperlihatkan bahawa Islam telah membawa satu tamadun baru kepada manusia, iaitu dari kehidupanjahilli kepadakehidupan Islami yang sarat dengan nilai-nilai moral kehidupan. Islam sudah tersebar di Malaysia sejak 900 tahun dahulu, dan asal keturunan orang melayu adalah tidak beragama Islam dan mereka mengamalkan kepercayaan animism, hinduisme dan Buddiesme. Di Semenanjung Arab juga orang jahilliah yang menyembah berhala memeluk Islam lebih dari 1,400 tahun yang lalu. Bermula dari situ umat Islam di seluruh dunia menerima Islam melalui cara yang berbeza, sesetengahnya melalui penakhlukan, tetapi ramai yang memeluk Islam kerana melalui contoh tingkah laku dan kejayaan orang Islam yang datang ke tempat mereka. Namun kita orang melayu di Malaysia tidak dijajah atau dipaksa dalam apa cara sekalipun. Orang-orang melayu memeluk Islam melalui pedagang-pedagang yang datang dari Hadramaut. Pedagang-pedagang ini merupakan orang yang berilmu bukan sahaja dalam hal ehwal agama malah dalam bidang perubatan, geografi dan matematik. Sebagai orang Islam mereka bukan sahaja warak menjalankan ibadah wajib tetapi mereka juga baik hati dan pemurah, tidak sombong dan tidak suka menindas seperti orang Barat yang datang terdahulu ke Tanah Melayu. Mereka benar-benar orang baik yang mengambarkan ajaran sebenar Islam yang akhirnya mereka berjaya mempengaruhi Sultan Melaka agar menerima Islam dan seterusnya rakyat jelata juga memeluk Islam.

Seandainya orang Islam pertama yang tiba di Tanah Melayu ialah orang jahil atau tergolong dalam Mazhab Islam yang lain, selalu bergaduh, berbunuhan sesama sendiri, walaupun bersembahyang dan berpuasa, nenek moyang kita mungkin telah menolak Islam dan bayangkanlah apakah agama yang mungkin kita orang melayu di Malaysia akan anuti. Kita bersyukur kerana kita masih lagi berpegang teguh dan komited kepada Islam hingga ke hari ini. Kemajuan orang melayu selepas memeluk Islam adalah kerana disebabkan oleh Islam sebagai cara hidup. Pada umumnya tamadun melayu dan kemajuan dalam seni dan sains, dalam sistem kerajaan, konsep keadilan dan peraturan undang-undang, merupakan hasil daripada usaha mematuhi ajaran Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) meletakkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara

(3)

3.0 Dakwah

Dakwah adalah usaha membawa manusia kepada agama Allah. Ia

meliputi proses menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Kegiatan dakwah boleh dilakukan dlam pelbagai bentuk, Islam tidak menghadkan para pendakwah mengunakan medium tertentu dalam proses dakwah malah mereka digalakan mengunakan medium terbaik mengikut kesesuaian zaman dan keberkesanan dakeah kepada sasarannya. Galakkan berdakwah terbuka kepada seluruh umat Islam seperti sabda Rasullah SAW;

“ Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka”. (Riwayat al-Bukhari)

Menurut Dr. Mahathir Mohammad juga (Hashim Makarudin, 2006) Dalam sejarah Islam sudah jelas menceritakan bahawa dakwah Islam adalah khusus untuk menyebarkan ajaran Islam di kalangan orang bukan Islam dan bertujuan untuk menambah lebih ramai lagi pengikut agama ini. Kita berbincang dalam kontek Malaysia hari ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum ataupun masyarakat majmuk. Walau bagaimanapun, apabila kita bercakap tentang dakwah hari ini, kita nampaknya membataskannya kepada menyebarkan ajaran agama ini kepada golongan orang Islam sahaja, yakni orang yang telah beragama Islam. Nampaknya sekarang dakwah hanya semata-mata untuk mengajar umat Islam tentang agamanya tanpa ada niat langsung untuk menyebarkannya di kalangan orang bukan Islam. Ada masanya kita seperti tidak mengambil kisah jika semasa berdakwah kepada umat Islam, kita secara tidak sengaja mengwujudkan imej Islam yang menyebabkan orang bukan Islam meluat kerana kita melakukannya dengan sifat bermusuhan yang keterlaluan dengan mereka yang bukan Islam dan kita terlalu memuliakan diri kita.

Mungkin kita tidak perlu ambil peduli apa pendapat orang bukan Islam tentang kita selagi kita percaya bahawa kita melahirkan orang Islam yang baik. Jika kita tidak ambil berat tentang perkara ini, sudah pasti kita menolak perintah agama untuk menyebarkan agama Islam, iaitu menyebarkan agama kepada yang bukan Islam. Bayangkanlah berapa ramai umat Islam yang mungkin ada pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman ini jika Nabi Muhammad

(4)

SAW tidak mempedulikan mereka yang belum memeluk Islam. Orang melayu telah memeluk Islam sejak 900 tahun dahulu. Mereka memeluk Islam kerana pedagang-pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke persisir pantai Negara kita dan telah bersusah payah menerangkan tentang Islam kepada nenek moyang kita dan akhirnya ramai orang melayu memeluk Islam secara sukarela. Sekiranya pedagang-pedagang Arab dan India ini hanya melaksanakan kewajipan fardhu ain dan hanya mementingkan ibadat mereka sahaja dan tidak mempedulikan kesannya terhadap orang melayu tidak yang beragama Islam, orang melayu pada hari ini tidak akan menjadi orang Islam.

Oleh yang demikian, begitulah halnya dengan kedudukan orang bukan Islam sekarang, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesannya terhadap mereka apabila kita berdakwah di kalangan kita. Kita mungkin tidak dapat menarik mereka memeluk Islam tetapi pastinya adalah lebih baik jika mereka memahami agama kita daripada menyimpan rasa syak dan takut kerana tidak mengetahui dan memahami keindahan dan kebenaran agama Islam. Tentu kita masih ingat kisah Bilal seorang hamba kulit hitam yang mula-mula memeluk Islam disebabkan kebaikan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam terhadap golongan hamba abdi dan ia telah menyakinkan Bilal untuk menerima Islam.

Bentuk dakwah terbaik adalah dengan menunjukkan melalui amalan tentang kebaikan Islam, tolak ansur dan simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik sesama Islam dan juga kepada yang bukan Islam. Bagi orang yang beriman ganjaran dan balasan hidup sesudah mati lebih bermakna. Inilah yang benar-benar dimaksudkan dengan Dakwah Bil Hal iaitu berdakwah melalui perbuatan yang nyata. Ia bukan setakat berbuat baik kepada orang lain seperti menolong orang miskin dan sebagainya tetapi ia juga mesti menunjukkan yang Islam sebenarnya bukan penghalang kemajuan dunia. Islam adalah agama kemajuan iaitu maju dalam segala bidang sepertimana di zaman kegemilangan dan keagungannya dahulu.

Kualiti dan kesempurnaan ilmu agama Islam penting kepada ummah dan kualiti dan tingkah laku ummah juga sama penting dalam dakwah. Oleh itu kita tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ummah dan orang bukan Islam. Jika kita selalu melakukan apa yang benar dan menjauhi apa yang salah sudah pasti orang bukan Islam pun akan menghormati agama kita dan diri kita. Mungkin kita terlupa bahawa Al Quran ada menyatakan bahawa kita tidak boleh mengutuk orang lain sebagai tidak cukup Islam

(5)

kerana mungkin kita yang tidak cukup Islam berbanding mereka. Kita terlupa yang Allah SWT telah memerintahkan dalam Surah An Nahl, ayat 125, yang bermaksud;

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) sengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah dan petunjuk.”

3.1 Asas Utama Dakwah

Islam adalah ad-din yang berintikan iman dan amal, tiga elemen asas yang dirangkumi dalam Islam adalah Aqidah, Syariah dan Akhlak.

3.1.1 Aqidah

a) Ialah inti dan hakikat sebenar kepada dakwah. Aqidah ialah pegangan, keimanan dan kepercayaan. Ajaran Islam mempunyai unsur kepercayaan yang kuat. Unsur kepercayaan utama adalah rukun iman. Dalam rukun iman tersebut semua penganut Islam dimestikan percaya dan yakin dengan adanya Allah sebagai Tuhan yang satu dan mempunyai 20 sifat wajib bagi Tuhan serta 99 nama yang mengandungi sifat-sifat kesempurnaannya. Allah sebagai Tuhan yang mengawal seluruh alam. Rukun iman juga menghendaki penganutnya penganutnya mempercayai adanya malaikat yang mempunyai tugas-tugas tertentu dalam mematuhi arahan Allah, juga mempecayai rasul-rasul dan nabi-nabi sebagai utusan Allah. Percaya kepada kitab-kitab ketuhanan seperti Taurat, Injil, Zabur dan Quran. Kepercayan kepada hari akhirat serta qadak dan qadar.

3.1.2 Syariah

Syariat adalah cara-cara beribadat, asas-asas kehidupan bermasyarakat, undang-undang, hukum-hukum jenayah dan sempadan-sempadan antara yang halal dan haram.

Syariah boleh dibahagikan kepada ibadat dan muamalat. Ibadat membawa maksud pengabdian. Manusia adalah hamba abdi dan Allah adalah tempat pengabdiaannya. Ibadat khusus menitik beratkan aspek-aspek praktikal tentang penyembahan kepada Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah sedangkan muamalat menitikberatkan tentang kehidupan manusia dan juga hubungan manusia dengan manusia.

(6)

3.1.3 Akhlak

Akhlak pula menekankan tentang perangai, sikap dan etika kerja. Dengan akhlak yang mulia, seorang muslim melakukan tindakan secara praktikal. Akhlak Islam ialah akhlak antara manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain. Untuk melahirkan contoh keperibadian yang terbaik melalui perbuatan yang terpuji.

3.2 Rukun dakwah

3.2.1 Pendakwah ( Da’i)

a) Mempunyai Ilmu sebelum berdakwah b) Mempunyai niat yang ikhlas

c) Baik tingkah laku

d) Berhikmah ketika berdakwah e) Bersabar selepas berdakwah f) Bersemangat juang dan berkorban

3.2.2 Sasaran atau penerima dakwah (Mad’u) a) Golongan atasan atau

Dengan golongan ini kita perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang logik berdasarkan penglaman, sejarah dan bukan rekaan.

b) Golongan kebanyakkan

Dengan golongan ini perlu didekati dengan penuh dengan hikmah aitu dengan merendah diri, bersopan dan jauhkan sifat sombong atau bongkak.

c) Golongan

penentang-Golongan ini munkin terdiri dari orang yang bukan Islam atau mereka yang memusuhi Islam maka berdebatlah dan berhujah dengan cara yang baik bersandarkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari.

3.2.3 Objek dan topik dakwah

Apa yang disampaikan kepada kepada sasaran adalah melalui asas akidah, syariah dan akhlak 3.2.4 Cara dan teknik dakwah

(7)

a) Penuh hikmah

b) Berperingkat-pringkat c) Baik serta pelbagai cara

Contoh terbaik adalah cara yang tunjukan oleh Rasullah. 3.2.5 Cara penyampaian (wasilah)

Dakwah boleh disebarkan dalam pelbagai cara dan bukan terikat dengan berceramah di Masjid atsu surau-surau sahaja tetapi juga melalui media cetak, media elektronik , internet dan sebagainya.

(Yayasan Dakwah Islamiah, 2011) 4.0 Cabaran dakwah

Menurut Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali.(2008) dalam buku mereka Dakwah Dan Cabaran menjelaskan globalisasi merupakan sebahagian daripada bentuk neokolonialsme dengan membawa bersama-sama nilai-nilai dan budaya baru, telah meresapi dan mula bersebati dengan kehidupan masyarakat muslim kini. Nilai-nilai dan budaya baru ini kelihatan dalam bentuk makanan, pakaian, cara berfikir serta gaya hidup orang Islam di Malaysia. Nilai dan budaya baru ini secara disedari telah menjadi racun kepada usaha-usaha membina khaira ummah (umat terbaik). Selain dari itu bersama-sama globalisasi juga muncul cabaran-cabaran yang lebih besar seperti:

4.1 Islamophobia

Dewasa ini kita dapat menyaksikan bagaimana pihak Barat mengunakan media bagi mengecam orang Islam dan Negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka mengambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai fundamental dan konsevertif. Istilah-istilah ini kemudian menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Atas rasa takut itulah mereka mencipta perspektif Islamophobia yang dikaitkan dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain jenayah.

Bila membicarakan tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa bimbang, takut atau gerun dan benci terhadap Islam samada pada penganutnya, ajarannya,

(8)

budayanya dan segala yang berkaitan tentang Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10 tahun yang lalu selepas peristiwa 11 September 2011. Kekuatan politik dan media Barat berjaya menyerapkan Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan ke seluruh masyarakat dunia sehingga umat Islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka –reka tentang Islam yang dilabel oleh Barat sebagai terrorist atau pengganas. Masyarakat yang sudah termakan dengan momokan ini sudah membentuk persepsi sendiri sehingga melihat pakaian yang digunakan oleh sebahagian masyarakat Islam sebagai menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Begitu juga dengan menara masjid yang melaungkan azan dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan Perspektif salah ini semakin berkembang dalam masyarakat Barat sehingga ada Negara berusaha mengubal undang-undang bagi melarang apa sahaja unsur yang boleh dihubungkan dengan Islam.

Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia pula boleh diperincikan seperti penyebaran berita negatif tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya. Masyarakat bukan Islam dimomokkan dengan Islam sebagai penganas (terrorism), hukum hudud digambarkan sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi manusia, laungan azan dan bacaan Al Quran dari masjid-masjid menjadi sesuatu yang menggangu ketenteraman awam dan pelbagai lagi isu-isu yang dapat kita ikuti dari media massa. Secara tidak langsung organisasi yang menjalankan dakwah juga terkena tempias impak negatif hasil dari isu keganasan yang semakin meruncing. Ini kerana mereka akan mengalami kesulitan dan kesukaran untuk menyebarkan ajaran Islam kerana mentaliti masyarakat sudah berubah sedikit demi sedikit tentang ajaran Islam yang sebenar.

4.2 Hedonisme

Kemajuan negara dan kecanggihan teknologi di negara ini telah menimbulkan banyak kontroversi yang melibatkan golongan muda antaranya budaya dan gaya hidup yang lebih bertuhankan kepada hiburan dan bernafsukan kebendaan. Hedonisme merupakan satu doktrin bagi golongan Ateis yang meletakan keseronokan, kegembiraan dan kelazatan sebagai matlamat hidup. Budaya ini juga merupakan salah satu budaya negatif yang berjaya meresap masuk ke dalam kehidupan umat Islam. Konsep hedonisme ini lebih menekankan kepada kebebasan, keseronokan manusia yang lebih bertuhankan hiburan. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui

(9)

pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti remaja pada masa ini. Tiada lagi jatidiri seorang bangsa melayu apatah lagi tingkahlaku seorang muslim. Terlalu banyak contoh pemikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Salah satu buktinya ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda terhadap bidang nyanyian. Hal ini terjadi apabila berlaku lambakan program realiti televisyen untuk mencari bakat-bakat baru yang mana program-program reality ini dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa diberi pertimbangan oleh pihak yang berkenaan. Lebih malang lagi program berkenaan mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat manakala program-program yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan sedemikian rupa. Sebagai contohnya rancangan-rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan pelbagai lagi program telah berjaya menarik jutaan penonton dan ribuan peserta menonton dan menyertai program realiti tersebut.

Gejala social

Apaila berdepan dengan kemajuan yang berteraskan zaman alaf siber, teknologi moden dan canggih, pastinya telah mengheret generasi muda untuk sama-sama berada didalam zon berkenaan dan terus terjebak dengan kemelut sosial dan terjerumus dalam lembah kerosakan akhlak dan akidah. Fenomena mengenai pergaulan bebas budaya lepak, gangsterism, rempit, bohsia, seks bebas di kalangan generasi muda bukanlan sesuatu yang baru dalam masyarakat alaf baru ini. Malah ia di anggap sebagai satu adat atau budaya bagi mereka yang hidup di Bandar-bandar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka bermula dengan membuang masa dengan melepak, berpasang-pasangan , berhibur, minum arak, dadah dan mengamalkan seks bebas, suka mencetuskan pergaduhan, mengganggu ketenteraman awam sehingga meninggalkan impak seperti vandaisme, pemuangan bayi, disingkirkan dari sekolah dan institusi pengajian tinggi , masuk penjara dan lain-lain lagi.

Senario ini kini dapat dilihat dan betapa semakin seriusnya masalah ini melanda golongan muda masa kini. Ia member impak yang besar terhadap akidah dan akhlak golongan muda di Malaysia ini. Yang pastinya ini juga merupakan strategi Barat untuk mempengaruhi dan merosakkan generasi umat Islam. Dalam kontek dunia alaf baru ini, masalah budaya hedonism ini kian meruncing melibatkan penularan pengedaran dadah, penyalahgunaan pil-pil khayal dan pelacuran dalam klangan generasi muda. Tanpa pengawasan dan kawalan yang ketat, gejala ini

(10)

menjadi gejala yang dianggap sebagai budaya yang biasa bagi manusia yang hidup dalam dunia cosmopolitan tanpa mengambil kira sensitivity ugama.

4.3 Ajaran sesat

Kesan dan akibat daripada ketaksuban kepada agama boleh menimbulkan bibit-bibit penyelewangan dari pelbagai sudut. Ajaran sesat boleh didefinasikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan mereka adalah ajaran Islam yang sebenar sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah. Dalam erti kata lain ajaran sesat bermaksud ajaran yang bertentangan dengan dasar Islam khususnya dalam soal akidah sehingga kepada perkara haram.

4.3.1 Ajaran sesat boleh dilihat dengan:

a) Mempercayai sesuatu selain daripada Allah dengan mempercayai manusia sebagai tuhan atau anak tuhan

b) Mempercayai benda-benda yang mempunyai semangat, kekuatan dan kuasa ghaib seperti kubur keramat, pohon kayu, keris-keris, pedang dan tangkal azimat.

c) Mengubah dua kalimah syahadah dengan nama guru sesat. d) Mempercayai wujudnya Nabi selepas Nabi Muhammad SAW e) Memutar belitkan Al Quran dan hadis

f) Mempercayai kuasa lain seperti makhluk halus.

4.3.2 Antara ajaran yang muncul di Malaysia ialah a) Ajaran Ahmadiyyah @Qadani

Di pelopori oleh Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya Imam Mahdi b) Ajaran Ayah Pin

Pengasas di kenali sebagai Ayah Pin atau Muhammad Ariffin ajarannya dari kesinambungan ajaran Hasan Rimau atau ratib kuat. Menganggap dirinya tuhan

c) Al Arqam

Diasaskan oleh Ashaari Muhammad yang dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mendakwa dirinya dari keturunan Bani Thamim yakni satu rumpun dengan Rasullah SAW.

(11)

Terdapat bepuluh-puluh lagi ajaran sesat yang telah muncul di Malaysia samada yang telah di ambil tindakan atau masih dalam perhatian Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Keadaan ini amat membimbangkan golongan alim ulama kerana ia melibatkan aqidah dan kepercayaan individu terhadap pegangan yang dianutinya. Tanpa pengawalan dandan pemantauan yang sewajarnya menyebabkan masyarakat semakin leka dan lalai dengan kemunculan ajaran sesat yang kini ibarat ‘Bagai cendawan tumbuh selepas hujan’.. atas kepentingan hawa nafsu dan kebendaan, terdapat golongan yang mengambil kesempatan menggunakan nama Islam. Berdasarkan rekod terkini oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lebih 155 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan diwartakan. (Kosmo,2006:6.)

4.4 Murtad

Semua kita tahu bahawa usia Kristianisasi di Malaysia sudah lama bermula sejak awal era penjajahan pada tahun 1511M di mana askar-askar Portugis datang dengan membawa paderi-paderi yang ingin menyebarkan Kristian di tanah air kita. Isu pengistiharan gadis melayu Nor Aishah Bokhari yang mengaku memeluk kristian katolik dan mengikrarkan surat akaun di hadapan seorang pesuruhjaya sumpah pada 22 Oktober 1997 merupakan salah satu peristiwa murtad yang berlaku pada umat Islam di Malaysia. Menyingkap sejarah moden kita menemui nama-nama seperti Natrah,, Jamaluddin Othman dan Lina Joy yang telah menggegarkan sensiviti umat Islam.

Murtad boleh didefinisikan dari sudut bahasa sebagai menolak, dan berpaling. Menurut istilah juga murtad boleh diertikan dengan masuknya seorang muslim ke agama kafir ataupun apabila seorang muslim meninggalkan agama Islam dan kemudiannya mengganut agama lain. Menurut satu kajian dan perangkaan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharum, Menteri di Jabatan Perdana di Parlimen, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status ugama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Perangkaan juga menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan

4.4.1 Sumber : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri KES MURTAD

(12)

NEGERI PERMOHONAN LULUS SABAH 238 67 NEGERI SEMBILAN 172 33 SELANGOR 99 -W. PERSEKUTUAN 56 10 PERAK 47 12 PULAU PINANG 36 1 MELAKA 12 3 PAHANG 8 7 JOHOR 8 -KEDAH 5 1 PERLIS 3 1 SARAWAK 1 -TERENGGANU 1 -KELANTAN -

Senario murtad yang terjadi dalam kalangan umat Islam sebenarnya sudah menjadi barah yang serius, namun di sebabkan kurang penonjolan menyebabkan ia berlaku secara senyap tetapi makin bertambah dari hari ke hari. Ia menjadi serius kerana ia melibatkan aqidah manusia yang pada asasnya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam. Tidak dinafikan yang murtad juga terjadi pada zaman Rasulallah SAW. Murtad berbahaya dan Kristianisasi juga berbahaya kerana ia merupakan kesinambungan daripada serangan peperangan salib ke atas umat Islam secara halus. Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama di dalam perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia. Tanpa kita sedari sebenarnya mereka menggunakan peruntukan perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam.

4.4.2 Terdapat dua tujuan utama gerakan Kristianisasi. a) Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. b) Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam.

Pelbagai wasilah digunakan antaranya pendidikan, penyiaran, aktiviti kemasyarakatan dan kesihatan. Beratus buah sekolah didirikan, pelbagai akhbar diterbitkan dan banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan dalam menjayakan matlamat mereka.

(13)

Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu. Di dalam perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam. Ini bermakna wujud larangan penyebaran agama selain Islam terhadap

penganut agama Islam. Jadi pihak kepimpinan Islam perlu menangani perkara ini daripada perspektif yang betul. Ia bukan soal kebebasan beragama tetapi merupakan agenda antarabangsa yang bersifat penjajahan.

5.0. Penutup

ADVERTISEMENT

Banyak lagi cabaran-cabaran dakwah yang boleh kita bangkit seperti isu globalisasi dan ledakan teknologi maklumat begitu juga dengan perpecahan parti-parti politik Islam melayu kepada beberapa kumpulan yang mana ia amat menyukarkan penyebaran dakwah kerana orang melayu amat taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka dan secara langsung berlaku perpecahan antara umat Islam di Malaysia yang menunjukan kelemahan dan kebodohan kita kepada bangsa asing. Bagaimana kita hendak berdakwah dan menarik bangsa asing ini kedalam agama Islam sedang kita sendiri tidak menunjukkan semangat persaudaraan Islam yang sebenar. Kita hanyut dan leka dan megah dengan kuasa politik yang kononnya masih di tangan kita tetapi fikiran telah diserang sedikit-demi sedikit lalu memesongkan aqidah kita dari jalan yang sebenar iaitu jalan Islam.

Daripada cabaran-cabaran di atas dapatlah kita simpulkan yang kekuatan akidah masyarakat Islam di Malaysia terutama golongan muda masih rapuh begitu juga golongan tua yang kurang ilmu pengetahuan, kurang matang dan tidak pandai menilai yang mana benar dan yang mana salah yang membawa kepada terlalu mudah untuk di pengaruhi oleh budaya dan dakyah asing. Masalah keruntuhan akhlak dan buta aqidah ini perlu ditangani secara bersepadu dan berhemah oleh semua pihak. Pihak berkuasa, keluarga, institusi ugama, pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan masyarakat sekeliling perlu memainkan perana penting bagi menangani masalah ini.

(14)

Disinilah peranan para pendakwah akan bermula sekali lagi bagi merungkaikan, menjelaskan dan memperbaiki masalah akhlak dan aqidah masyarakat Malaysia. Pendekatan yang berhemah dan bererusan juga penting bagi keberkesanan dakwah. Pengukuhan aqidah, ibadah dan akhlak boleh diterap kepada umat Islam melalui undang-undang dan pendidikan. Tidak kiralah sesiapa saja yang bergelar pendakwah kerana dakwah ke jalan Allah merupakan satu-satunya jawatan yang perlu diisi tanpa ada tarikh tutup dan jumlah pengambilan. Bukan masanya lagi umat Islam bertelagah mencari cara terbaik untuk mengekang gejala ini. Jangan biarkan dunia dan Negara kita terbiar begitu sahaja yakni kosong dari sebarang dakwah yang mengajak kepada kebenaran, sedangkan dakyah jahat yang sentiasa bergerak dan berkembang membawa kita kepada kesesatan dan kebatilan .ung. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara sehingga kita terleka dan tidak mampu menilai kebenaran dan kebatilan.

Maka kalau umat Islam bersedia untuk bangkit dan melibatkan diri dalam dunia dakwah ini dan menentang kekufuran yang semakin bermaharaja lela nescaya kita dapat mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya umat Islam mampu mengendalikan kehidupan dan menyelamatkan mereka dari malapetaka kebinasaan di dunia dan seksa yang maha dahsyat di akhirat kelak.

Sekian.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Don.Zaleha Mohd Ali. (2008). Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi Di Malaysia. Shah Alam:Karisma Publication Sdn Bhd.

Sheikh Abul Hasan Ali Nadiy.(1996). Kembali Kepada Islam Sebenar (Mohd Sofwan Amrullah, Terj.). Selangor: Pustaka Ilmi, (1996).

Hashim Makarudin.(2003). Islam dan Umat Islam, Ucapan Pilihan Dr.Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia.(Norlida Jantan.Terj.).

(15)

Abu Bakar Hamed, Muhd Nasri Md Hussain, Nasri Nalimi.(2007). Teori dan Amalan Perniagaan Islam.Sintok: PACE

Najahudin Bin Lateh.(2012, 12 Januari).Giatkan Dakwah Secara Maya. Utusan Malaysia(Utara),h.23.

Zainul Rijal Abu Bakar.(2012, 12 Januari), Murtad Bukanlah Satu Hak Utusan Malaysia(Utara).h.25.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.(2011,Januari). Cabaran dakwah masa kini. Tarikh capaian 12 Januari 2012, from ummatanwasatan.net/2011/01.

Referensi

Dokumen terkait

Yang penting dibuat besar, contohnya gambar orang berburu, kijang digambarkan lebih besar, menandakan bahwa kijang yang besar dianggap buruan yang lebih penting, yang

Petani tambak tidak tergantung dengan musim ikan karena petani tambak yang komersial biasanya mengelola perikanan dengan siklus tertentu, sedangkan nelayan sangat tergantung

• Monitoring and control of Antibiotics in hospitals • Standardization Implementation PPRA (Pilot Project) • Audit Use of Antibiotics in Quantitative & Qualitative • Skills

Adapun rumusan masalah yang akan dibahas dalam penelitian ini adalah bagaimana tingkat penyesuaian diri siswa lulusan SD terhadap pelajaran bahasa

Dalam hal penjualan batubara dilakukan secara jangka tertentu (term), harga batubara mengacu pada rata-rata 3 (tiga) Harga Patokan Batubara terakhir pada bulan

Kerja praktek merupakan salah satu kurikulum wajib yang harus ditempuh oleh mahasiswa ITS, khususnya kami sebagai mahasiswa D3 Teknik Kimia Fakultas Teknologi Industri

Oleh karena itu faktor-faktor tersebut harus dapat meningkatkan efektivitas pengendaliannya, seperti yang telah diteliti sebelumnya oleh Feni Endiyani (B1X99 133) pada tahun