• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI BENCANA SEBELUM SEMASA SELEPAS BANJIR DISEDIAKAN OLEH : IBU PEJABAT JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI BENCANA SEBELUM SEMASA SELEPAS BANJIR DISEDIAKAN OLEH : IBU PEJABAT JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

LANGKAH-LANGKAH

MENGHADAPI BENCANA

SEBELUM

SEMASA

SELEPAS

BANJIR

DISEDIAKAN OLEH :

IBU PEJABAT

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

(2)

APAKAH ITU BENCANA?

Bencana adalah

sesuatu kejadian

yang berlaku

secara mengejut

Bersifat

kompleks

Mengakibatkan

kehilangan

nyawa

Kemusnahan

hartabenda

atau

alam sekitar

(3)

3

(4)
(5)

5

SEBELUM BANJIR

• Sentiasa peka dengan persekitaran.

• Dengar hebahan semasa disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta bilik-bilik gerakan banjir negeri atau daerah yang berhampiran untuk kawasan banjir dan laluan yang terjejas.

• Dapatkan talian penting seperti nombor telefon Community Emergency Reponse Team (CDERT), Ketua Kampung, Bilik Gerakan Banjir dan Pasukan Keselamatan.

• Mendapatkan talian Pusat Kawalan Operasi JPAM (Rujuk Laman Web JPAM / LAMPIRAN)

(6)

 Belajar mengenali sistem amaran banjir, petunjuk alam sekitar seperti hujan lebat, topografi, ketinggian paras bahaya banjir dan sejarah banjir di tempat anda.

 Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

 Belajar pertolongan cemas dan CPR.

 Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Dapatkan maklumat laluan selamat ke tempat pemindahan.

(7)

PERSEDIAAN AWAL

SEBELUM BANJIR

7

 Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

 Penyertaan masyarakat adalah penting untuk bantuan bencana yang berkesan.

(8)

 Air minuman - Isi dalam bekas bersih.

 Makanan yang tidak memerlukan penyejukan atau memasak.

 Wang Tunai.

 Ubat-ubatan dan bekalan pertolongan cemas.

 Pakaian, peralatan mandian.

 Radio berkuasa bateri.

 Lampu suluh.

 Bateri tambahan (Sel kering) dan power bank.

 Wisel.

 Pisau, tali, pemetik api dan lilin.

(9)

Wisel

Alat Mandian Asas

Wang Tunai Dokumen Penting Air Mineral Lampu Suluh Radio Transister Makanan Tin

Tisu Basah Tuala Kit Perubatan Kecemasan

Tuala wanita (jika perlu)

Keperluan bayi

(susu, botol susu, ‘dypers’ dll. jika perlu)

PERINGATAN

1) Pastikan beg tidak terlalu berat.

2) Beg kecemasan boleh lebih dari satu tetapi jangan terlalu banyak.

3) Beg kecemasan dicadangkan kalis air. 4) Pastikan beg mudah di lihat dan dicapai. 5) Mesti periksa secara berkala segala barangan yang mempunyai tarikh luput (contoh ubat-ubatan, susu dan lain-lain) 6) Makanan dalam tin jenis yang mudah dibuka dan boleh terus dimakan.

7) Bateri untuk lampu suluh dan radio transistor adalah jenis sama (cth: AA)

Info lanjut sila ke 

(10)

TINDAKAN TANDA-TANDA BANJIR

 Jika amaran banjir kilat dikeluarkan untuk kawasan anda. Pergi ke kawasan tinggi dengan segera.

 Banjir kilat berkembang dengan cepat. Jangan tunggu sehingga air meningkat ke tahap bahaya.

(11)

BERSEDIA UNTUK BERPINDAH.

 Jika dinasihatkan untuk berpindah, berbuat demikian dengan segera.

 Maklumkan jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

 Kenal pasti tempat-tempat untuk pergi.

 Kenal pasti laluan perjalanan alternatif yang tidak terdedah kepada banjir.

 Isikan tangki minyak kereta anda.

 Memindahkan kenderaan ke tempat selamat (tinggi).

11

(12)

 Bincangkan rancangan banjir dengan keluarga anda.

 Membuat keputusan di mana anda akan bertemu jika terpisah.

 Tentukan orang hubungan yang boleh dicapai jika ahli keluarga terpisah. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai maklumat kenalan.

(13)

MELINDUNGI HARTA ANDA (jika ada masa)

 Pindahkan barang-barang berharga dan perabot ke tempat yang lebih tinggi.

 Pindahkan bahan-bahan berbahaya (seperti cat, minyak, racun perosak, dan bekalan pembersihan) ke lokasi yang lebih tinggi.

 Putuskan sambungan peralatan elektrik.

 Membawa masuk harta benda di luar bangunan atau ikat dengan selamat. Ini termasuk perabot, tong sampah dan objek alih lain.

13

(14)
(15)

 Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.

 Bersedia dengan Beg Kecemasan.

 Jika diarahkan pindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

 Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat sebelum akses terputus oleh air yang semakin meningkat.

 Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

15

PROSES PEMINDAHAN

(16)

 Pergi ke tempat tinggi dan selamat dari kawasan lapang, sungai dan longkang.

 Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

 Jangan biarkan kanak-kanak bermain air di kawasan banjir, longkang, lombong, tali air dan sungai.

 Jangan berenang atau berjalan melalui air yang bergerak (deras). Air banjir yang bergerak melebihi paras lutut boleh membuat anda jatuh.

 Sekiranya anda terpaksa berjalan kaki di dalam air banjir, gunakan kayu untuk memeriksa keadaan tanah di hadapan anda.

(17)

 Jangan sentuh peralatan elektrik, kabel atau wayar jika anda basah atau berdiri di dalam air.

 Jangan minum air banjir.

 Jika seseorang jatuh dalam atau terperangkap di dalam air banjir:

Jangan cuba menyelamatkan mangsa sekiranya anda tiada

pengalaman, peralatan dan pengetahuan.

Menggunakan peranti pengapungan. Jika boleh membuang

sesuatu (seperti tiub tayar, bola besar atau tong air) untuk

membantu mereka terapung.

MERS999. Panggilan untuk bantuan dan memberikan

maklumat serta lokasi yang betul.

17

SEMASA BANJIR

(18)

 Keluarga dinasihatkan untuk menggunakan hanya satu kenderaan bagi mengelakkan terpisah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

 Jangan memandu jika tidak ada keperluan.

 Jika anda perlu memandu, rancang perjalanan dengan baik.

 Ikut laluan yang disyorkan.

 Elakkan kawasan bencana. Kehadiran anda mungkin menjejaskan operasi menyelamat atau kecemasan yang lain dan meletakkan anda dalam risiko.

 Perhatikan jalan raya rosak, tanah runtuh dan pokok-pokok atau talian kuasa yang tumbang.

(19)

 Berhati-hati pada waktu malam, kerana lebih sukar untuk mengenali bahaya banjir.

 Jika kenderaan gagal berfungsi, kunci dan tinggalkannya.

 Jika air naik di sekeliling kereta anda, tinggalkan kenderaan itu dengan segera. Mendaki ke kawasan yang lebih tinggi secepat yang mungkin.

 Jangan memandu melalui jalan raya ditenggelami air.

 Anda boleh kehilangan kawalan kenderaan anda dalam hanya beberapa inci air.

 Ingat! Kereta anda boleh terapung. Kenderaan boleh dihanyutkan oleh kurang daripada 2 kaki air.

19

SEMASA BANJIR

(20)

1.605 Juta

JUMLAH KAPASITI BIL. PUSAT PEMINDAHAN

5,161

1) Berskala besar (stadium dll.)

2) Sekolah

Sumber maklumat dari JKM

3) Balai raya/Dewan/Lain-lain Sekolah; 44% Balai raya dan lain-lain, 54%

(21)

21

DI PUSAT PEMINDAHAN

SEMASA BANJIR

 Mendaftar diri dan keluarga untuk direkodkan.

 Jika tiada petugas, bawa masuk keluarga dan diri sendiri ke dalam

Pusat Pemindahan dan daftar kemudiannya.

 Letakkan barangan peribadi / beg kecemasan di tempat yang

(22)

 Kenalpasti lokasi berikut:

Pintu keluar / masuk Tandas dan bilik mandi  Tempat agihan makanan  Bilik pertolongan cemas  Bilik penerangan

Sumber air bersih Tong sampah

(23)

23

SEMASA BANJIR

DI PUSAT PEMINDAHAN

 Membantu pasukan sukarela atau petugas banjir dalam pengurusan pusat pemindahan seperti memasak dan kerja pembersihan pusat pemindahan.

 Membantu dalam jawatankuasa yang akan dibentuk di Pusat Pemindahan. (Dilatih melalui program LEAD)

 Kenalpasti tanda-tanda penyakit keluarga dan diri dengan merujuk terus kepada Pegawai Perubatan yang bertugas.

 Kekalkan keharmonian dan sentiasa bertolak ansur.

 Jaga disiplin dan tidak berebut-rebut ketika bantuan tiba.

 Jaga keselamatan diri dan keluarga.

(24)

 Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

 Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (warga emas, kanak-kanak atau golongan istimewa).

 Elakkan melalui air banjir; air boleh tercemar oleh minyak, petrol, atau kumbahan mentah. Air juga boleh mengalirkan elektrik dari talian yang terdedah atau terputus.

(25)

25

TINDAKAN AWAL

SELEPAS BANJIR

 Berhati-hati dengan kawasan di mana air banjir telah surut. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh runtuh disebabkan berat kereta.

 Mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan. Jangan mengabaikan luka kecil atau penyakit.

 Jangan makan makanan segar yang dihanyutkan banjir.

 Masak air sebelum digunakan.

 Bekerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan. Bertindak balas kepada permintaan untuk bantuan daripada sukarela dan petugas banjir.

(26)

 Jangan memasuki bangunan jika ia masih ditenggelami air atau dikelilingi oleh air banjir, berhati-hati karana banyak bahaya yang tersembunyi.

 Pakai kasut.

 Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.

 Periksa dinding, lantai, pintu, tingkap, dan siling untuk risiko runtuh. Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

(27)

 Buang perubatan, makanan, atau air yang tercemar dengan air banjir (termasuk barangan dalam tin).

 Semua peralatan elektrik perlu diperiksa dan dikeringkan sebelum digunakan semula.

 Membersihkan dan membasmi segala-galanya yang mendapat basah.

 Laporkan kebocoran gas, elektrik dan saluran air dengan serta-merta.

 Tidak mengendalikan peralatan elektrik di kawasan basah.

27

SELEPAS BANJIR

MEMASUKI RUMAH/BANGUNAN

(28)

 Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

 Periksa kerosakan sistem elektrik (percikan api, wayar pecah, atau bau penebat terbakar). Mematikan elektrik pada pemutus litar utama jika anda boleh mencapainya tanpa melangkah di dalam air.

 Gunakan lampu berkuasa bateri. Bahan mudah terbakar mungkin ada di persekitaran.

(29)

 Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

 Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

 Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

29

PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

(30)
(31)

Pastikan anda mempunyai senarai panduan ini Senarai Keperluan Asas (Keluarga) Bagi menghadapi Bencana

(32)

PERLIS KANGAR 04-9777991 / 04-9778991 KEDAH ALOR SETAR 04-7323810 / 04-7323801 PULAU PINANG TIMUR LAUT (GEORGETOWN) 04-2263876

PERAK KINTA / IPOH (PUSAT KAWALAN OPERASI

NEGERI) 05-5278715 SELANGOR KLANG 03-33710820

WP KUALA LUMPUR DANG WANGI (KUALA LUMPUR) 03-26871400 / 03-26949233 PAHANG KUANTAN 09-5171991

TERENGGANU KUALA TERENGGANU 09-6668246 / 09-6672991 KELANTAN KOTA BHARU 09-7474091

NEGERI SEMBILAN SEREMBAN 06-7645755 MELAKA MELAKA TENGAH 06-2324028

JOHOR JOHOR BHARU 07-2349706 / 07-2349708 / 07-2349709

SABAH KOTA KINABALU 088-232440 / 088-232453 SARAWAK KUCHING / PETRAJAYA 082-433896 / 082-370205

(33)

TIPS MENGHADAPI BENCANA BANJIR

Selamatkan nyawa dan barang penting dengan berpindah ke pusat

pemindahan mengikut arahan pihak berkuasa

Sentiasa memberikan kerjasama ketika berada di pusat pemindahan Dapatkan maklumat banjir dan pusat pemindahan di tempat anda.

Buat persediaan awal menghadapi banjir di rumah anda.

Bersedia dengan beg kecemasan dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan

Pulang ke rumah setelah diarahkan oleh pihak berkuasa

Periksa sebarang ancaman bahaya di rumah sebelum selamat diduduki

semula.

(34)

Beri Kerjasama yang baik kepada semua sepanjang berada di Pusat Pemindahan.

Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini tentang bencana.

Daftar masuk maklumat diri dan keluarga di pendaftaran Pusat Pemindahan.

Ambil keperluan di lokasi yang telah diberitahu.

Sentiasa bersedia untuk berkumpul jika Penyelia ingin memberikan taklimat.

Daftar keluar dan pulangkan barangan tertentu setelah dibenarkan pulang

(35)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil percobaan dengan menggunakan gas masukan udara berkecapatan 2,50 Ipm pada tegangan lucut sebesar 25 kV dapat ditunjukkan bahwa besar prod uk ozon (dengan perlakuan

WAN digunakan untuk menghubungkan jaringan lokal yang satu dengan jaringan lokal yang lain, sehingga pengguna atau komputer di lokasi yang satu dapat berkomunikasi dengan pengguna

Penyajian Menjelaskan materi dan melayani Tanya jawab untuk pemahaman yang lebih baik pada mahasiswa. Ceramah, Tanya jawab dan diskusi Papan Tulis, LCD

Tanyakan ke daeler hobby shop atau hobby supply mengenai orang yang dapat mengajari anda dan jika tidak ada yang dapat membantu, anda dapat belajar sendiri

menunjukkan ibu hamil yang bekerja ataupun tidak bekerja mengalami nyeri punggung, hal ini disebabkan karena body mekanik yang tidak baik seperti bekerja dengan

Penerapan soal berbasis HOTS juga mengalami kendala seperti yang di jelaskan pada pengamatan awal di SD Negeri 44 Mataram (Jiwandono dkk, 2020: 200) yang

Berdasarkan hasil pengujian dan analisis aplikasi pengenalan rumah adat di pulau Jawa sebagai media pembelajaran berbasis VRML, maka dapat disimpulkan beberapa

Kreativitas guru pembimbing dalam mencapai tujuan pengembangan diri siswa SMP Negeri 8 Kota Jambi dibidang kemampuan hidup beragama termasuk dalam kualitas yang