• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGEKALAN DAN PERALIHAN BAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA ETNIK KEDAYAN DI BEKENU SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGEKALAN DAN PERALIHAN BAHASA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA ETNIK KEDAYAN DI BEKENU SARAWAK"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGEKALAN DAN PERALIHAN BAHASA DALAM KALANGAN

GENERASI MUDA ETNIK KEDAYAN DI BEKENU SARAWAK

[LANGUAGE MAINTENANCE AND SHIFT AMONG THE ETHNIC

YOUTH OF KEDAYANS IN BEKENU, SARAWAK]

*1 DILAH TUAH tdilah@unimas.my 1REMMY GEDAT

1MUHAMMAD JAZLAN AHMAD KHIRI 2CHONG SHIN

1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

2Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

*Corresponding Author

ABSTRACT

The ubiquity of various minority languages in Sarawak has formed a phenomenon of language shift and maintenance at an individual and societal level. This scenario was caused by social conditions as well as the clash between the more dominant majority language. In the context of Sarawak, there are some majority languages which are dominant such as the Sarawak Malay dialect, Iban, Malay and the English language. The status, position and influence of these languages have influenced the society’s language choice in Sarawak. The Kedayan language is one of the minority language that is present in Bekenu, Sarawak exposed to the clash with the majority’s languages. The findings based on observation of the vocabulary knowledge found there is a lack of examinations done of the Kedayan ethnic minorities from the sociolinguistic standpoint. This study was carried out through a sociolinguistic approach specifically Fishman (1972) domain analysis in a field study. A total of 30 respondents of Kedayan ethnic youths were selected in random for this study. The collected data were used to analyse and elaborate the language maintenance and shift phenomenon that occurred among the Kedayan’s ethnic youth in Bekenu, Sarawak. The findings of this study has found that the language maintenance and shift phenomenon of the Kedayan’s ethnic youth in Bekenu, Sarawak had occurred in a few specific domains only. From the standpoint of vitality and the ubiquitous language, the Kedayan language is in a safe status as it is still spoken by all generations.

Keywords: language maintenance, language shift, Kedayan, youth, Sarawak. ABSTRAK

Kerencaman bahasa-bahasa minoriti di Sarawak, telah mewujudkan fenomena peralihan dan pengekalan bahasa di peringkat individu mahupun masyarakat. Senario ini disebabkan oleh keadaan sosial serta pertembungan antara bahasa majoriti yang lebih dominan. Dalam konteks Sarawak, terdapat beberapa bahasa majoriti yang dominan seperti dialek Melayu Sarawak, bahasa Iban, bahasa Melayu baku dan bahasa Inggeris. Status dan kedudukan bahasa-bahasa ini telah mempengaruhi

(2)

2

pilihan bahasa masyarakat di Sarawak. Bahasa Kedayan merupakan salah satu bahasa minoriti yang terdapat di Bekenu, Sarawak, yang terdedah dengan pertembungan bahasa-bahasa majoriti. Hasil tinjauan kosa ilmu, mendapati belum banyak penelitian dilakukan terhadap etnik minoriti Kedayan khususnya dari sudut sosiolinguistik. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan sosiolinguistik iaitu analisis domain Fishman (1972) dan penelitian di lapangan. Seramai 30 orang responden daripada generasi muda etnik Kedayan telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Data yang diperoleh digunakan untuk menganalisis dan menghuraikan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa yang berlaku dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak. Hasil kajian mendapati fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak, sememangnya berlaku, namun dalam beberapa domain tertentu sahaja. Dari sudut vitaliti dan keterancaman bahasa, bahasa Kedayan masih berada dalam status selamat kerana masih dituturkan oleh semua generasi.

Kata kunci: pengekalan bahasa, peralihan bahasa, Kedayan, generasi muda, Sarawak PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat perhubungan terpenting, yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Ethnologue (2020), terdapat 7117 bahasa yang masih dituturkan pada hari ini (https://www.ethnologue.com/). Walau bagaimanapun, jumlah tersebut sentiasa berubah pada setiap hari. Hal ini disebabkan terdapat lebih kurang 40 peratus bahasa di dunia yang kini berada dalam keadaan terancam. Status keterancaman sesuatu bahasa diukur berdasarkan jumlah penutur yang kurang daripada 1000 orang. Di samping itu, dalam keadaan dunia tanpa sempadan, sesuatu bahasa yang dominan dengan mudah tersebar dari satu tempat ke tempat yang baharu. Hal ini berlaku kepada bahasa Inggeris, yang kini menjadi bahasa yang paling ramai dituturkan di dunia, termasuk dalam kalangan bukan penutur natif. Di Malaysia, bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pada masa yang sama, terdapat lebih 80 etnik yang terdapat di Malaysia yang turut mempunyai bahasanya tersendiri. Hal ini secara tidak langsung melahirkan masyarakat multilingual di Malaysia, yang mampu menguasai lebih daripada dua bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda mengikut etnik masing-masing. Dalam konteks Sarawak, Ethnologue (2020) merekodkan 47 jenis bahasa di Sarawak. Kebanyakan bahasa di Sarawak tergolong dalam rumpun Austronesia dengan pelbagai sub keluarga dan cabang bahasa yang berbeza (Collins, 2001). Di antara bahasa-bahasa tersebut, dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban merupakan dua bahasa yang menjadi lingua franca utama di Sarawak seperti yang telah diteliti secara tuntas oleh Mohammed Azlan Mis (2020). Kewujudan bahasa yang lebih dominan dalam masyarakat multibahasa, menyumbang kepada pilihan bahasa, khususnya dalam kalangan penutur bahasa minoriti. Pilihan bahasa dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa adalah situasi yang menarik untuk dikaji dari perspektif sosiolinguistik. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak, dengan mengaplikasikan analisis domain pilihan bahasa Fishman (1972).

(3)

3

SEJARAH MASYARAKAT KEDAYAN DI SARAWAK

Di Sarawak, etnik Kedayan tersebar di Limbang, Lawas, Miri, Sibuti dan Bintulu. Manakala di Sabah, etnik Kedayan dapat ditemui di Sipitang dan Papar. Dalam kajian ini, etnik Kedayan yang dikaji terdapat di Bekenu, Sarawak seperti yang dipaparkan pada Peta 1. Dari sudut sejarah, etnik Kedayan dikatakan berasal dari Brunei Darussalam, sebelum mereka berhijrah ke wilayah lain di Pulau Borneo (Normala, 2016). Pendapat ini berasaskan hubungan rapat antara etnik Kedayan Brunei, dengan masyarakat Kedayan yang berada di Sabah dan Sarawak yang masih terjalin sehingga kini. Pun begitu, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan etnik Kedayan berasal daripada etnik Murut yang telah memeluk Islam seperti yang dikemukakan oleh Leake (1989) dan Brown (1970). Pendapat tersebut bertepatan dengan pandangan Jeniri Amir (2015) yang mengatakan kaum peribumi lain di Sarawak yang memeluk agama Islam dan mengasimilasikan diri secara mutlak, telah menyebabkan identiti asal mereka terhakis. Proses islamisasi kaum peribumi minoriti di Sarawak lebih dikenali dengan konsep ‘masuk Melayu’ yang dikatakan menjadi punca kepupusan beberapa kaum peribumi minoriti di Sarawak.

Peta 1: Lokasi kajian di Kampung Jambu dan Kampung Bungai, Bekenu.

(Sumber: Diubah suai dari https://www.google.com/maps/@4.0547831,113.780181,14z) Selain mengaitkan etnik Kedayan dengan etnik Murut, terdapat juga pandangan yang mengatakan masyarakat Kedayan berasal dari Tanah Jawa. Antaranya Lebar (1972) dalam King (1993), Hewitt (1984), dan Gordon Well (1963) dalam Julayhi Tani (1991) yang berpandangan etnik Kedayan yang mahir bercucuk tanam dibawa dari Tanah Jawa ke Brunei untuk menanam padi. Menurut Ros Aiza & Abd Hakim (2017), pandangan yang mengatakan masyarakat Kedayan berasal dari Tanah Jawa dan berhijrah ke Brunei merupakan pandangan yang amat popular. Penyataan ini dikaitkan dengan cerita Sultan Bolkiah (1485-1524) iaitu Sultan Brunei ke-5 yang dikenali sebagai Nakhoda Ragam dikatakan pernah membuat pelayaran dan pengembaraan di seluruh wilayah alam Melayu termasuk Pulau Jawa, Kalimantan, Sumatera dan Filipina (P.M Shariffuddin, 1969). Di Pulau Jawa, Sultan Bolkiah kagum dengan kerajinan petani Jawa mengusahakan sawah padi dan pokok buah-buahan.

(4)

4

Baginda kemudian membawa beberapa orang petani Jawa ke Brunei. Kebolehan masyarakat Kedayan bercucuk tanam turut dibuktikan dalam Salasilah Raja-Raja Brunei seperti yang dicatatkan oleh Awang Mohd Jamil Al-Sufri (2016) dalam bukunya ‘Sultan Tengah: Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir’. Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, keberangkatan Sultan Tengah ke Sarawak diiringkan oleh 1000 orang Brunei yang terdiri daripada keturunan Sakai (hulubalang), Kedayan dan orang dari Pulau Bunut. Peristiwa penghijrahan Sultan Tengah ini berlaku semasa pemerintahan Sultan Muhammad Hassan (1582-1598) iaitu kurang 100 tahun selepas Sultan Bolkiah (1485-1524) membawa orang Jawa ke Brunei.

Menurut Nabilah & Remmy (2020), kaum Kedayan dirujuk sebagai Melayu kerana dari segi bahasa yang mereka tuturkan adalah hampir sama dengan dialek-dialek bahasa Melayu yang lain. Menurut Amde Sidik (2007), bahasa Kedayan merupakan salah satu dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu Brunei. Hal ini disebabkan kedua-dua penutur bahasa ini saling memahami antara satu sama lain. Selain itu, etnik Kedayan dikatakan berasal dari Brunei Darussalam sebelum mereka keluar berhijrah ke tempat lain. Lewis (2009) mengklasifikasikan Kedayan sebagai salah satu daripada dialek Melayu dalam rumpun bahasa Melayu-Polinesia iaitu satu sub-kumpulan bahasa Austronesia. Manakala Adrian Clynes (2012) mengklasifikasikan Kedayan sebagai salah satu dialek bahasa Melayu. Dalam kajian yang dilakukan oleh Nothofer (1991), bahasa Kedayan berkongsi 94 peratus kognat leksikal dengan bahasa Melayu Brunei. Walaupun ramai sarjana mengaitkan bahasa Kedayan dengan dialek Brunei, namun Asmah (2008) berpandangan dialek Kedayan bukan sub dialek tetapi merupakan dialek yang tersendiri. Justeru, Asmah (2008) mengklasifikasikan dialek Kedayan sebagai salah satu dialek dalam rumpun bahasa Melayu. Mengenai hubungan antara bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu Brunei, hasil kajian Jaludin Chuchu (2003) menunjukkan kedua-dua bahasa ini menonjolkan perbezaan. Dalam bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayik Purba (BMP) *h bersempadan dengan /h/ pada akhir kata dan sebagai /ø/ pada awal kata. Bagi Bahasa Kedayan, BMP *h sepadan dengan /h/ pada semua posisi. Dari segi bunyi /ʔ/ pada akhir kata, bunyi wujud dalam bahasa Melayu Brunei manakala tidak pada sub dialek Kedayan.

Dalam konteks Sarawak, dialek Kedayan diklasifikasikan sebagai bahasa sukuan atau bahasa daerah. Klasifikasi tersebut telah diguna pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di bawah Projek Pengumpulan Kosa Kata Bahasa Sukuan Sarawak, termasuk menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu – Bahasa Kedayan (2016). Oleh sebab itu, dialek Kedayan dirujuk sebagai bahasa Kedayan dalam kajian ini. Selain itu, keunikan bahasa Kedayan yang terdapat di Bekenu, Sarawak, jarang dikaji oleh pengkaji terdahulu khususnya dari aspek sosiolinguistik. Justeru, kajian ini penting untuk mendapatkan data mutakhir serta mengisi kelompangan kajian lepas, berkaitan dengan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak.

SOROTAN LITERATUR

Semua bahasa di dunia berdepan dengan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa. Bahasa yang lebih dominan, akan terus kekal dan berkembang melangkaui garis sempadan negara bangsa serta berupaya mempengaruhi penutur di sesuatu wilayah yang lain. Misalnya, bahasa Inggeris yang dahulunya hanya dituturkan dalam kalangan orang Inggeris di Eropah, kini menjadi bahasa dunia yang paling berpengaruh sehingga mencapai status global dan diiktiraf di setiap negara (Crystal, 2003). Di samping itu, bahasa Inggeris turut berkembang ke seluruh dunia hasil ledakan revolusi 'Teknologi Maklumat' yang mendorong masyarakat berkomunikasi dari skala tempatan ke peringkat

(5)

5

antarabangsa (Majidi, 2013). Perkembangan ini memberi kelebihan kepada bahasa Inggeris sehingga diiktiraf sebagai bahasa kedua di kebanyakan negara bekas jajahan Inggeris. Namun dalam konteks etnik minoriti, ledakan teknologi maklumat dan sumber ilmu yang kebanyakannya dari bahasa Inggeris merupakan satu ancaman yang mendorong kepada peralihan bahasa. Menurut Ayan (2015) bahasa minoriti selalu mempunyai peluang yang terlalu kecil untuk bertahan jika dibandingkan dengan prestij bahasa majoriti yang tinggi. Hal ini dipengaruhi oleh dasar bahasa kebangsaan serta faktor linguistik dan sosial yang banyak mendorong kepada fenomena peralihan bahasa.

Menurut Fasol (1984), pengekalan bahasa hanya berlaku sekiranya bahasa tersebut masih aktif digunakan sehingga ke hari ini dan generasi tua mempunyai kesedaran dalam menurunkan bahasa ibunda kepada generasi baharu. Di samping itu, bahasa yang tidak lagi digunakan akan mengalami ancaman kepupusan dan lama-kelamaan bahasa tersebut akan pupus sekiranya tiada lagi penutur yang menuturkan bahasa tersebut. Dalam kajian pengekalan dan peralihan bahasa yang dilakukan oleh Hotma Simajuntak (2017) di Pontianak, Indonesia, mendapati bahasa Batak Toba sedang mengalami peralihan bahasa di kawasan tersebut. Dapatan kajian berpandukan analisis domain iaitu domain kekeluargaan, domain pekerjaan, domain pendidikan, domain aktiviti sosial serta domain keagamaan mendapati berlakunya peralihan dan pengekalan bahasa di kawasan kajian. Bahasa Batak Toba yang jarang digunakan di Pontianak mengalami peralihan, manakala bahasa yang mengalami proses pengekalan adalah bahasa Indonesia. Walaupun kajian Hotma (2017) hanya memfokuskan kepada kumpulan Batak Toba yang merupakan kaum minoriti di Pontianak, namun dari aspek kajian sosiolinguistik, fenomena peralihan dan pengekalan bahasa merupakan satu disiplin ilmu yang penting bagi memastikan kelangsungan sesuatu bahasa ibunda. Kajian sebegini juga pernah dijalankan oleh Devan Jagodic (2011) yang melihat fenomena pengekalan dan peralihan bahasa Slovenia di Itali, sedangkan bahasa tersebut merupakan bahasa utama di Bosnia Herzegovina, Croatia dan Slovenia.

Peralihan bahasa masyarakat minoriti turut dikaji oleh Noraisikin, Mohammad Fadzeli dan Harishon (2019) ke atas masyarakat Cham di persempadanan Perak-Pulau Pinang-Kedah. Masyarakat Cham yang merupakan penghijrah keturunan Cham Kemboja dan Cham Vietnam telah menetap di Malaysia sejak tahun 1970-an. Kerangka teoretikal kajian ini bersandarkan analisis domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972) dan teori mobiliti sosial oleh Paulston (1994). Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan skor penggunaan bahasa antara generasi dalam ketiga-tiga domain dan merumuskan bahawa penggunaan bahasa Cham semakin merosot dalam kalangan generasi kedua. Manakala penggunaan bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan, kejiranan dan pekerjaan semakin dominan atas faktor mobiliti sosial. Fenomena yang sama turut berlaku di wilayah Satun di selatan Thailand yang bersempadan dengan Perlis dan Pulau Langkawi.

Kajian yang dijalankan oleh Mohammad Fadzeli Jaafar et.al (2016) mendapati penduduk di kawasan tersebut bertutur menggunakan dialek Melayu Satun dan mempunyai tiga variasi dialek iaitu variasi Che Bilang, variasi Ban Khuan dan variasi Tammalang. Namun begitu, ketiga-tiga variasi ini pada hari ini telah mengalami percampuran unsur-unsur bahasa Thai dan terdapat sebilangan kawasan di wilayah tersebut tidak lagi menggunakan dialek Melayu Satun sebagai bahasa pengantara mereka. Menurut Mohammad Fadzeli Jaafar et.al (2016), terdapat generasi tua di wilayah tersebut yang tidak lagi menggunakan dialek tempatan mereka ketika berkomunikasi sesama mereka, malahan mereka akan menggunakan bahasa Thai atau menggunakan bahasa rojak iaitu bercakap dialek Melayu Satun bercampur-campur dengan bahasa Thai standard atau dialek Thai selatan dan sesetengahnya mereka tidak pandai langsung bertutur dalam dialek yang mereka miliki.

(6)

6

Kajian Erna (2019) terhadap peralihan bahasa dalam kalangan belia Jawa serta persepsi mereka terhadap identiti tempatan dan kebangsaan, merupakan satu penelitian terhadap peralihan bahasa yang cukup menarik. Kedudukan bahasa Indonesia sebagai identiti kebangsaan menimbulkan ancaman kepada kelangsungan bahasa-bahasa lain. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 1,039 pelajar dari 10 sekolah rendah dan menengah mendapati sebilangan besar belia dengan kedua-dua ibu bapa etnik Jawa mendakwa bahawa bahasa Indonesia merupakan bahasa pertama mereka. Dapatan ini turut disokong oleh persepsi identiti nasional yang lebih kuat dalam kalangan belia berbanding identiti tempatan.

Chong, Hendrikus dan Collins (2018) turut memaparkan satu penelitian terhadap pemilihan bahasa komuniti Penan muslim di Sarawak. Kajian ini telah dijalankan ke atas etnik Penan di Kampung Jambatan Suai, Sungai Suai yang beragama Katolik dan Islam. Hasil kajian ini mendapati pilihan bahasa etnik Penan Muslim berasaskan domain iaitu bahasa Bintulu sebagai lambang identiti agama Islam, bahasa Iban dalam hal interetnik dan bersilih ganti menggunakan bahasa Penan. Dapatan kajian ini turut membuka satu lembaran baharu terhadap konsep “masuk Melayu” yang sinonim dikatakan beralih kepada bahasa Melayu.

Kajian pengekalan dan peralihan bahasa turut dijalankan ke atas imigran Eritrean yang dilakukan oleh Habtoor (2017) di Riyadh, Saudi Arabia. Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap berbahasa dan pandangan ibu bapa daripada kumpulan ini, terhadap pengekalan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tigrinya, kepada anak-anak mereka yang sudah mengalami peralihan bahasa kepada bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa kumpulan Eritrean masih fasih bertutur menggunakan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka sudah menetap di Riyadh dalam satu tempoh masa yang lama. Ibu bapa masih menggunakan bahasa Tigrinya dalam komunikasi harian terutama dalam domain keluarga dan hanya menggunakan bahasa Arab untuk urusan rasmi di luar rumah sahaja. Hal ini dilakukan untuk mengekalkan kewujudan bahasa ibunda mereka. Kajian ini juga mendapati ibu bapa daripada kumpulan Eritrean berusaha keras untuk mengekalkan bahasa ibunda mereka namun tidak bagi golongan muda kumpulan tersebut. Hal ini dikatakan sedemikian kerana golongan muda kumpulan ini sudah beralih kepada bahasa Arab kerana mereka tidak begitu menguasai kosa kata dalam bahasa Tigrinya. Selain itu, golongan muda lebih selesa dan cenderung untuk menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam komunikasi harian mereka. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan bahasa oleh ibu bapa sahaja tidak mampu menjamin pengekalan sesebuah bahasa. Kajian serupa telah dijalankan oleh Roksana Bibi (2002) bagi melihat perbandingan antara tiga kumpulan generasi dalam pemilihan bahasa Melayu di Singapura. Hasil kajian ini menunjukkan generasi muda di Singapura tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Mereka telah beralih kepada bahasa yang lebih meluas digunakan iaitu bahasa Inggeris.

Selvajothi (2017) turut menjalankan kajian peralihan dan pengekalan bahasa Tamil di Kuching, Sarawak. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan fenomena peralihan dan pengekalan bahasa Tamil dalam situasi komunikasi harian serta mengetahui faktor etnolinguistik yang menentukan fenomena peralihan dan pengekalan bahasa Tamil di Kuching. Dalam kajian ini, Selvajothi (2017) menggunakan Analisis Domain yang dicadangkan oleh Fishman (1972) dan Teori Vitaliti Etnolinguistik (Giles et al., 1977). Daripada kesemua data yang telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan kerangka teori yang dipilih, hasil kajian menunjukkan vitaliti bahasa Tamil dan tahap penggunaannya dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching berada di tahap sederhana.

Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan bahasa Tamil di Kuching mempunyai vitaliti tinggi dalam dua domain utama iaitu domain agama dan kekeluargaan. Penelitian terhadap fenomena

(7)

7

peralihan dan pengekalan bahasa minoriti turut dijalankan oleh Sa’adiah Ma’ Alip (2014) ke atas masyarakat orang asli Che Wong di Kuala Gandah, Pahang. Kajian tersebut bertujuan untuk mendapatkan data pemilihan bahasa dan gambaran proses peralihan bahasa dalam masyarakat tersebut. Berdasarkan data yang telah dianalisis, masyarakat orang asli Che Wong memilih untuk bertutur dalam bahasa suku kaum mereka iaitu bahasa Che Wong. Pun begitu, masyarakat orang asli Che Wong masih tahu menggunakan bahasa Melayu standard mengikut konteks dan fungsi.

Hun, Liu, & Chuang (2019), turut menjalankan kajian ke atas pemuda peranakan Cina di Kelantan dari aspek penggunaan bahasa yang berkaitan dengan pemilihan bahasa. Kajian tersebut menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan konsep kompetensi komunikatif Hymes (1986) melalui pendekatan lensa etnik iaitu setiap individu hanya mempunyai satu identiti etnik homogen, termasuk bahasa. Dapatan kajian mendapati masyarakat Cina Peranakan Kelantan adalah contoh yang baik dalam penguasaan bahasa Melayu kerana bahasa kebangsaan dapat wujud seiring dengan bahasa ibunda. Selain itu, dapatan kajian ini turut menunjukkan bahawa pemuda Cina Peranakan Kelantan melihat dialek Hokkien sebagai bahasa ibunda mereka, serta menyedari pentingnya dua kali ganda bahasa Melayu, terutama dialek Melayu Kelantan dalam komunikasi masyarakat di Kelantan. Dalam konteks pemilihan bahasa, telah berlaku pemilihan bahasa dalam kalangan pemuda Cina Peranakan di Kelantan, sekurang-kurangnya melibatkan tiga bahasa iaitu dialek Hokkien, dialek Melayu Kelantan dan bahasa Melayu.

Bertitik tolak daripada sorotan kajian lepas, satu rumusan umum dapat dirungkaikan, iaitu kepunahan bahasa merupakan satu hakikat yang bersifat global di zaman kontemporari ini dan penelitian tentang pemilihan bahasa merupakan suatu topik yang penting. Hasil dapatan kajian-kajian yang seumpama berupaya membekalkan data rujukan tentang tahap keterancaman sesuatu bahasa dan selanjutnya menyediakan langkah-langkah yang wajar untuk merevitalisasi bahasa berkenaan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, suku Kedayan yang merupakan suku minoriti di Sarawak, tidak terkecuali daripada berdepan dengan ancaman kepunahan bahasa. Makalah ini akan memfokuskan kepada fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak. Bagi tujuan mendapatkan data-data untuk menentukan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa Kedayan, peneliti akan mengaplikasikan pendekatan analisis domain yang diperkenalkan oleh Fishman (1972).

OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut;

a) mengenal pasti fenomena pengekalan dan peralihan bahasa yang berlaku dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak.

b) Menganalisis dan menghuraikan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa yang berlaku dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak menggunakan pendekatan analisis domain Fishman.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan sosiolinguistik iaitu analisis domain Fishman (1972) dan penelitian di lapangan. Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Manakala data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian, temu bual, analisis

(8)

8

dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik menggunakan analisis domain Fishman (1972). Terdapat lima jenis domain pilihan bahasa seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1 iaitu domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pendidikan dan pekerjaan.

Jadual 1. Domain-Domain Pemilihan Bahasa (Fishman & Greenfield, 1970)

Domain Peserta Tempat

Kekeluargaan Ahli keluarga Rumah

Persahabatan Kawan Perpustakaan

Keagamaan Imam Masjid

Pendidikan Guru Sekolah

Pekerjaan Pekerja Tempat kerja

Dalam kajian ini, hanya empat domain yang akan diaplikasikan iaitu domain kekeluargaan, persahabatan, agama dan pendidikan. Pemilihan empat domain tersebut adalah praktikal dan bersesuaian dengan tahap usia responden yang kebanyakannya masih belajar. Kajian ini tidak memasukkan domain pekerjaan kerana kebanyakan responden tidak bekerja. Bagi menentukan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa Kedayan dalam kalangan generasi muda di Bekenu, Sarawak, pengkaji menggunakan UNESCO’s Language Vitality and Endangerment Framework seperti pada Jadual 2 untuk menentukan tahap keterancaman bahasa.

Jadual 2. Kerangka Vitaliti Dan Keterancaman Bahasa Unesco (2011)

Tahap Keterancaman Penyebaran Bahasa Antara Generasi

Selamat Sesebuah bahasa itu masih dituturkan oleh semua generasi. Tiada gangguan dalam menurunkan bahasa antara generasi ke generasi

Stabil namun terancam Kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dalam bahasa ini, namun begitu agak terhad kepada domain tertentu (misalnya domain rumah)

Pasti Terancam Kanak-kanak tidak lagi menggunakan bahasa ibunda di rumah

Amat Terancam Sesebuah bahasa itu hanya dituturkan oleh datuk dan nenek serta generasi yang lebih tua; sementara generasi ibu bapa hanya memahaminya, mereka tidak

bertutur kepada anak-anak atau sesama mereka

Terancam secara kritikal Generasi penutur terdiri daripada datuk dan nenek serta generasi yang lebih tua. Mereka tidak menguasai dan hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada bahasa ibunda mereka.

Pupus Tiada lagi penutur yang tinggal

Bagi mendapatkan dapatan kajian yang representatif, kaedah pensampelan rawak mudah telah dipraktikkan dalam kajian ini. Rasional pemilihan kaedah ini ialah kajian ini masih merupakan sebuah kajian awal dan pengkaji ingin mendapatkan gambaran dan maklumat asas tentang tahap pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan suku Kedayan. Maklumat asas ini penting untuk menyediakan sebuah kajian yang lebih menyeluruh dan mendalam pada masa akan datang. Melalui kaedah ini,

(9)

9

seramai 30 orang responden yang berusia antara 7 hingga 19 tahun dari Kampung Jambu dan Kampung Bungai dipilih untuk menjawab soal selidik. Bilangan ini dipertimbangkan sudah memadai untuk sebuah kajian awal dan semasa kajian lapangan dilakukan, jumlah responden remaja yang hadir juga tidak ramai. Walaupun kaedah pensampelan ini berbentuk rawak mudah, namun pengkaji berinisiatif menjadikannya lebih berstruktur dan terancang. Dalam hal ini, dari segi jantina, jumlah responden lelaki dan perempuan yang dipilih adalah sama dan kesemuanya responden adalah generasi muda dalam lingkungan umur yang ditetapkan. Pemilihan responden seawal usia 7 tahun ke atas mengambil kira sistem pendidikan formal di Malaysia yang bermula pada usia 7 tahun. Pensampelan ini turut diaplikasikan oleh Maria (2017) yang mengkaji fenomena dwibahasa dalam kalangan generasi muda komuniti Ortodoks Yunani di Istanbul. Data-data yang diperoleh daripada dapatan kajian ini akan dianalisis berpandukan analisis domain pilihan bahasa Fishman (1972). Menurut Spolsky (1998), pendekatan analisis domain Fishman (1972) merupakan cara terbaik untuk mengklasifikasikan situasi sosial dalam tiga ciri yang tertentu iaitu tempat, hubungan-peranan dan topik. Di samping itu Noor Hisyam (1994) bersetuju bahawa analisis domain membolehkan penyelidik memahami fenomena pemilihan bahasa dan mengesan sebarang perbezaan bahasa berdasarkan tatatingkat sosial dan situasi dalam sesebuah masyarakat. Manakala Kerangka Vitaliti dan Keterancaman Bahasa UNESCO (2011), digunakan dalam menentukan status fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak.

ANASLIS DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan menganalisis dan menghuraikan demografi responden dan fenomena peralihan bahasa yang berlaku dalam kalangan generasi muda etnik Kedayan di Bekenu, Sarawak, dengan menggunakan pendekatan analisis domain yang diperkenalkan oleh Fishman (1972). Hasil dapatan kajian ini, digunakan bagi menentukan kedudukan bahasa Kedayan dalam konteks pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak.

Profil Demografi Responden

Responden dalam kajian ini dikategorikan mengikut jantina, umur, pendidikan dan pekerjaan. Kesemua responden dalam kajian ini berusia antara tujuh hingga 18 tahun. Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut jantina, umur, pendidikan dan pekerjaan. Dari jadual tersebut dapat dilihat jumlah responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu masing-masing sebanyak 50%. Manakala dari segi kelas usia pula, bilangan responden yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan responden berusia antara 13 hingga 18 tahun adalah sama iaitu masing-masing sebanyak 50%.

Jadual 3: Taburan Responden mengikut jantina, pendidikan dan pekerjaan

Demografi Bilangan Peratusan

Jantina Lelaki 15 50 Perempuan 15 50 Umur 7-12 13-18 15 15 50 50

Pendidikan Tidak Bersekolah 0 0

(10)

10 Sekolah Menengah 15 50 Pengajian Tinggi 0 0 Pekerjaan Sendiri 0 0 Sektor Awam 0 0 Sektor Swasta 0 0 Sedang belajar 30 100 Tidak bekerja 0 0

Dari segi pendidikan, 50 peratus responden belajar di Sekolah Rendah iaitu di SK Bekenu dan SK Beliau Ahad Bekenu. Manakala sebanyak 50 peratus responden lagi bersekolah di SMK Bekenu. Kesemua responden merupakan pelajar harian kerana ketiga-tiga buah sekolah tersebut berhampiran dengan Kampung Jambu dan Kampung Bungai.

Pilihan Bahasa Dalam Domain Kekeluargaan

Analisis pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan amat penting dalam menentukan kelestarian sesebuah bahasa Ibunda. Domain kekeluargaan merangkumi perbualan antara responden dengan ibu, bapa, datuk, nenek, adik beradik dan saudara mara yang tinggal serumah. Dalam domain kekeluargaan, responden diminta untuk memilih bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi bersama ahli keluarga di rumah. Dapatan kajian dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa 70% responden menggunakan bahasa Kedayan ketika berbual bersama ibu, bapa dan adik beradik di rumah.

Jadual 4: Pilihan bahasa dalam Domain Kekeluargaan

Pilihan Bahasa Generasi Muda Kedayan Bilangan Peratusan

Bahasa Kedayan 21 70

Dialek Melayu Sarawak 0 0

Bahasa Iban 0 0

Bahasa Melayu 1 3.33

Bahasa Kedayan + Dialek Melayu Sarawak 5 16.66

Bahasa Kedayan + Bahasa Iban 3 10

Bahasa Kedayan + Bahasa Melayu 0 0

Jadual 4 menunjukkan, 16.66% responden menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak di rumah. Selain itu, penggunaan bahasa campur bagi bahasa Kedayan-bahasa Iban adalah sebanyak 10%. Dalam kajian ini, hanya 3.33% responden menggunakan bahasa Melayu dalam domain kekeluargaan. Hasil pemerhatian dan temu bual pengkaji di lapangan, mendapati percampuran bahasa ini wujud disebabkan oleh perkahwinan campur antara orang Kedayan dengan orang Melayu Sarawak, orang Kedayan dengan Iban dan orang kedayan dengan etnik Sarawak yang lain. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa bahasa Kedayan masih menjadi pilihan utama iaitu sebagai bahasa ibunda dalam domain kekeluargaan bagi generasi muda. Dapatan kajian ini menyamai hasil penelitian yang dijalankan oleh Hun, Liu & Chuang (2019), ke atas pemuda peranakan Cina di Kelantan, yang masih menyedari kepentingan menguasai bahasa ibunda.

(11)

11

Pilihan Bahasa Dalam Domain Persahabatan

Domain persahabatan bertujuan untuk mengetahui pilihan bahasa responden ketika bercakap dengan sahabat dan rakan. Domain persahabatan tidak terbatas kepada rakan sebangsa sahaja, namun mencakupi interaksi dengan kaum-kaum lain yang terdapat di kawasan Bekenu. Jadual 5 menunjukkan analisis pilihan bahasa yang digunakan oleh responden ketika berinteraksi dengan sahabat dan rakan yang seusia dengannya. Jadual 5 di bawah menunjukkan 33.33% responden berinteraksi dengan sahabat menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan – dialek Melayu Sarawak.

Jadual 5: Pilihan bahasa dalam domain Persahabatan

Pilihan Bahasa Generasi Muda Kedayan Bilangan Peratusan

Bahasa Kedayan 8 26.66

Dialek Melayu Sarawak 4 13.33

Bahasa Iban 0 0

Bahasa Melayu 2 6.66

Bahasa Kedayan + Dialek Melayu Sarawak 10 33.33

Bahasa Kedayan + Bahasa Iban 0 0

Bahasa Kedayan + Bahasa Melayu 6 20

Selain itu, sebanyak 26.66% menggunakan bahasa Kedayan, 20% menggunakan bahasa Kedayan-bahasa Melayu, 13.33% menggunakan dialek Melayu Sarawak dan 6.66% menggunakan Kedayan-bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penggunaan bahasa campur dalam domain persahabatan. Pilihan bahasa campur berlaku apabila responden berinteraksi dengan sahabat dan rakan yang bukan daripada keturunan Kedayan. Walaupun begitu, bahasa Kedayan akan digunakan sepenuhnya ketika berinteraksi dengan rakan sebangsa. Hasil kajian menunjukkan berlakunya peningkatan pengaruh dialek Melayu Sarawak dalam domain persahabatan. Dapatan ini jelas membuktikan pengaruh dialek Melayu Sarawak sebagai lingua franca di Sarawak seperti yang telah diteliti secara tuntas oleh Mohd Azlan Mis (2020). Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa responden lebih cenderung menggunakan dialek Melayu Sarawak ketika berinteraksi dengan sesiapa sahaja dalam domain persahabatan.

Pilihan Bahasa Dalam Domain Keagamaan

Dalam konteks masyarakat Kedayan, domain keagamaan terbahagi kepada dua iaitu pilihan bahasa yang digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam seperti ceramah, kelas agama, khutbah dan sebagainya. Manakala satu lagi adalah pilihan bahasa yang digunakan semasa sambutan pesta makan tahun. Jadual 6 di bawah menunjukkan pilihan bahasa dalam domain agama, iaitu dengan memfokuskan upacara makan tahun. Sebagai sebuah upacara budaya, pilihan bahasa dalam domain ini amat penting dalam menentukan kelestarian bahasa Kedayan dalam upacara adat. Jadual 6 menunjukkan 36.66% responden memilih menggunakan bahasa Kedayan dalam upacara makan tahun. Manakala 30% menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-bahasa Melayu.

(12)

12

Jadual 6: Pilihan bahasa dalam domain agama

Pilihan Bahasa Generasi Muda Kedayan Bilangan Peratusan

Bahasa Kedayan 11 36.66

Dialek Melayu Sarawak 1 3.33

Bahasa Iban 0 0

Bahasa Melayu 1 3.33

Bahasa Kedayan + Dialek Melayu Sarawak 8 26.66

Bahasa Kedayan + Bahasa Iban 0 0

Bahasa Kedayan + Bahasa Melayu 9 30

Selain itu, Jadual 6 menunjukkan 26.66% generasi muda Kedayan memilih menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak, 3.33% menggunakan dialek Melayu Sarawak dan 3.33% menggunakan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa campur ini terjadi, disebabkan pesta makan tahun etnik Kedayan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin turut. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati, etnik Kedayan menggunakan bahasa Kedayan sepenuhnya semasa persiapan makan tahun pada semua peringkat usia. Bahasa Kedayan-bahasa Melayu dan bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak digunakan pada hari sambutan makan tahun, iaitu bagi meraikan tetamu yang bukan daripada etnik Kedayan. Situasi ini menyamai dapatan kajian Collins (2001) dalam Chong (2005) di perkampungan Kejaman di Ulu Sungai Rejang, Sarawak. Penganut Katolik di perkampungan tersebut berdoa dalam bahasa Kejaman, menyanyikan lagu rohani dalam bahasa Melayu, mengikut liturgi bahasa Iban menurut Bup Bacha Hari Minggu dan membaca Injil dalam bahasa Kayan.

Pilihan Bahasa Dalam Domain Pendidikan

Domain pendidikan menganalisis pilihan bahasa yang digunakan oleh generasi muda Kedayan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan di sekolah. Dalam domain pendidikan, tempat bagi domain ini berlaku di luar bilik darjah. Hal ini disebabkan, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru akan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja. Jadual 7 di bawah menunjukkan pilihan bahasa dalam domain pendidikan khususnya di luar bilik darjah. Jadual 7 menunjukkan sebanyak 50% responden menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi dengan guru dan rakan. Manakala 30% menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-bahasa Melayu. Selain itu, 16.66% menggunakan bahasa campur, iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak dan hanya 3.33% menggunakan bahasa Kedayan.

Jadual 7: Pilihan Bahasa Dalam Domain Pendidikan

Pilihan Bahasa Generasi Muda Kedayan Bilangan Peratusan

Bahasa Kedayan 1 3.33

Dialek Melayu Sarawak 0 0

Bahasa Iban 0 0

Bahasa Melayu 15 50

Bahasa Kedayan + Dialek Melayu Sarawak 5 16.66

(13)

13

Bahasa Kedayan + Bahasa Melayu 9 30

Hasil pemerhatian pengkaji di tiga buah sekolah yang terlibat iaitu SK Beliau Ahad Bekenu, SK Bekenu dan SMK Bekenu mendapati pelajar sekolah menengah cenderung menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya semasa berinteraksi dengan guru. Manakala pelajar sekolah rendah cenderung menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-bahasa Melayu ketika berinteraksi dengan guru. Bagi interaksi sesama rakan sekolah, pelajar sekolah rendah akan menggunakan bahasa Kedayan dan pelajar sekolah menengah menggunakan bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak. Dapatan ini menyamai kajian yang dilakukan Erna (2019) terhadap peralihan bahasa dalam kalangan belia Jawa serta persepsi mereka terhadap identiti tempatan dan kebangsaan. Hasil kajian yang dijalankan ke atas 1,039 pelajar dari 10 sekolah rendah dan menengah mendapati sebilangan besar belia dengan kedua-dua ibu bapa etnik Jawa mendakwa bahawa bahasa Indonesia merupakan bahasa pertama mereka.

Jadual 8: Bahasa yang ingin dipelajari oleh generasi muda kedayan

Pilihan Bahasa Generasi Muda Kedayan Bilangan Peratusan

Bahasa Kedayan 0 0

Dialek Melayu Sarawak 0 0

Bahasa Iban 6 20 Bahasa Melayu 1 3.33 Bahasa Inggeris 16 53.33 Bahasa Mandarin 1 3.33 Bahasa Jepun 3 10 Bahasa Korea 2 6.66 Bahasa Kayan 1 3.33

Selain itu, Jadual 8 juga menunjukkan 6.66% responden mahu mempelajari bahasa Korea dan masing-masing 3.33% ingin mempelajari bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Kayan. Daripada data di atas, jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris mendapat tempat teratas. Hal ini disebabkan bahasa Inggeris amat penting dalam bidang pekerjaan khususnya dalam sektor minyak dan gas yang cukup terkenal di utara Sarawak. Selain itu, kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua rasmi di Sarawak turut menyumbang kepada pilihan bahasa Inggeris.

KESIMPULAN

Berpandukan empat analisis domain yang telah dihuraikan di atas, serta berpandukan kerangka vitaliti dan keterancaman bahasa UNESCO (2011) pada Jadual 2, dapat dirumuskan bahawa bahasa Kedayan masih berada pada tahap selamat. Hal ini disebabkan, bahasa Kedayan masih dituturkan oleh semua generasi termasuk generasi muda yang berusia antara 7 hingga 18 tahun. Dapatan kajian menunjukkan, tiada gangguan dalam menurunkan bahasa antara generasi ke generasi. Walaupun terdapat pilihan bahasa campur dalam domain kekeluargaan iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak, hal tersebut disebabkan oleh faktor perkahwinan campur antara orang Kedayan dengan etnik Sarawak yang lain. Dalam domain persahabatan, bahasa Kedayan digunakan dalam kalangan

(14)

14

sahabat dan rakan sebangsa. Manakala bagi interaksi dengan penutur bukan Kedayan, pilihan bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak digunakan. Dalam domain persahabatan, dialek Melayu Sarawak banyak mempengaruhi pilihan bahasa generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak.

Bagi domain keagamaan, bahasa Kedayan banyak digunakan semasa persiapan pesta makan tahun. Hal ini disebabkan, persiapan pesta makan tahun berkaitan dengan adat yang banyak menggunakan bahasa Kedayan. Pada majlis pesta makan tahun, bahasa campur iaitu bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak digunakan. Hal ini disebabkan, pesta makan tahun terbuka kepada orang bukan Kedayan dan hal ini secara tidak langsung memerlukan satu bahasa yang difahami oleh semua. Justeru, penggunaan bahasa campur tidak dapat dielakkan dalam domain ini. Bagi domain pendidikan, bahasa Kedayan tidak digunakan secara meluas. Hal ini disebabkan oleh Dasar Pendidikan Negara yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar khususnya di dalam bilik darjah. Bagi interaksi di luar bilik darjah, pilihan bahasa campur bahasa Kedayan-dialek Melayu Sarawak banyak digunakan. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan wujudnya pengaruh dialek Melayu Sarawak dalam kesemua domain. Perkara ini secara tidak langsung menyokong dapatan Mohammad Azlan Mis (2020) yang mengatakan dialek Melayu Sarawak berperanan sebagai lingua franca di Sarawak. Selain itu, dapatan kajian ini mendapati bahawa bahasa Iban tidak dipilih oleh generasi muda Kedayan dalam kesemua domain. Dapat dirumuskan bahawa fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan generasi muda Kedayan di Bekenu, Sarawak sememangnya berlaku, namun dalam beberapa domain tertentu sahaja dan masih berada dalam tahap yang selamat. Untuk mempertahankan bahasa ini dari berganjak ke tahap kepunahan, semua pihak, baik masyarakat Kedayan sendiri mahupun pencinta bahasa daerah perlu berikhtiar meningkatkan kesedaran pemeliharaan bahasa ibunda, sekurang-kurangnya bermula dari sekarang. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada usaha ini, di samping sebagai kosa ilmu berkaitan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa etnik-etnik minoriti lain yang terdapat di Sarawak.

PENGHARGAAN

Makalah ini adalah hasil daripada geran penyelidikan (F09/SpMYRA/1668/2018), yang ditaja oleh Universiti Malaysia Sarawak. Pada kesempatan ini, kami merakamkan penghargaan kepada semua informan yang membekalkan data Kedayan di Bekenu untuk menjayakan tulisan ini.

RUJUKAN

Amde Sidik. (2007). The mystic of Borneo: Kadayan. Kuala Lumpur: Borneo Publisher.

Asmah Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayan, E. (2015) Minority language loss: Socio-cultural and linguistic causes. European Journal of English Language, Linguistics and Literature, 2(1), 62-88

Brown, D.E. (1970). Brunei: The structure and history of a Bornean Malay Sultanate. Brunei: Brunei Museum.

Chong Shin, Hendrikus Mangku, Collins, J. T. (2018) Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim di Sarawak. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(4), 61-80.

(15)

15

Chong Shin. (2005). Pemilihan bahasa dalam masyarakat multilingual: Minoriti Cina di Pekan Sekadau, Pulau Borneo. Unpublished PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

Clynes, A. (2012). Dominant language transfer in minority language documentation projects: Some examples from Brunei. Language Documentation & Conservation, 6: 253-267

Collins, J.T. (2001). Wibawa bahasa: Renungan di Sarawak. Dewan Bahasa, 1(1): 39-46.

Crystal, D. (2003). English as a global language (2nd Ed). Cambridge: Cambridge University Press. Daftar Kata Bahasa Melayu-Bahasa Kedayan. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Erna Andriyanti. (2019). Language shift among Javanese youth and their perception of local and

national identities. GEMA Online® Journal of Language Studies, 19(3), 109-125. Fasol, R. W. (1984). The sociolinguistics of society. New York: Basil Blackwell. Fishman, J. A. (1972). The sociology of language. Rowley, MA: Newbury House.

Greenfield, L. & Fishman J. A. (1970) Situational measires of normative language views to person, place and topic among Puerto Rican Bilinguals. Antrhopes, 65, 602-618.

Habtoor, H, A. (2017). Language maintenance and language shift among second generation Tigrinya-speaking Eritrean immigrants in Saudi Arabia. Theory and Practice in Language Studies, 2(5), 945-955.

Hotma, Simanjuntak. (2017). Pengekalan dan peralihan bahasa dalam kalangan Orang Batak Toba di Pontianak, Indonesia. Unpublished PhD thesis, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Hun, P. G., Liu, O. P. & Chuang, L. H. (2019). Kelantan Peranakan Chinese language and marker of group identity. Gema Online® Journal of Language Studies, 19(2), 33-51.

Jagodic, D. (2011). Between language maintenance and language shift: The Slovenian community in Italy today and tomorrow. ESUKA – JEFUL 2011, 2(1), 195 – 213.

Jaludin Chuchu. (2003). Dialek Melayu Brunei dalam salasilah bahasa Melayu Purba. Bangi: Penerbit UKM.

Jeniri Amir. (2015). Asal usul Melayu Sarawak: Menjejaki titik tak pasti. Melayu: Jurnal

Antarabangsa Dunia Melayu, 8(1), 1-17.

Julayhi Tani. (1991). Sosioekonomi komuniti Kadayan: Satu kajian kes. Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka.

King, V.T. (1993). The peoples of Borneo. Cambridge: Blackwell Publishers.

Leake, D. (1989). Brunei: The modern Southeast-Asian Islamic Sultanate. North Carolina: McFarland & Co.

Lewis, M. P. (ed.). (2009). Ethnologue: Languages of the world, 16th edn. Dallas, TX: SIL International. http://www.ethnologue.com/.

Majidi, A. (2013). English as a global language: Threat or opportunity for minority languages?

Mediterranean Journal of Social Sciences, 4(1), 33-38.

Mohammad Azlan Mis. (2020). Pilihan bahasa dan lingua franca. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal, Mohammed Azlan Mis & Norhayati Lateh. (2016). The patterns of language choice at the border of Malaysia-Thailand. Indonesian Journal of

Applied Linguistics, 5(2), 176-185.

Mohd. Jamil Al-Sufri. (2016). Sultan Tengah: Sultan Sarawak pertama dan terakhir. Bandar Seri Bagawan: Pusat Sejarah Brunei.

(16)

16

Nabilah Syazwani Norasman & Remmy Gedat. (2020). Pengenalan kepada sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (1), 29-35.

Noor Hisyam Osman. (1994). Kajian Pemilihan Bahasa di Kawasan Perumahan Ulu Dedap, Seberang Perak. Jurnal Dewan Bahasa, 37 (10&11).

Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. (2019). Peralihan bahasa Cham dalam masyarakat Cham di Malaysia: Analisis Sosiolinguistik. GEMA Online® Journal of

Language Studies, 19(2), 62-69.

Normala Othman. (2016). Sejarah dan latar belakang masyarakat Kedayan. Al-Hikmah, 8(2): 3-18. Nothofer, B. (1991). The languages of Brunei Darussalam. Dalam. H. Steinhuaer (Ed.). Papers in

Austronesian Linguistics (pp. 151–176). Canberra: Australian National University.

Rompopoulou, Maria. (2017). Bilingualism in Younger Generation of Greek Orthodox Community in Istanbul: The Language Use of Greek and Turkish Languages in Greek Minority Educational Institutions. 10.1007/978-3-319-38893-9_30-1.

Ros Aiza Mohd Mokhtar & Abd Hakim Mohad. (2017) Dinamika hijrah masyarakat Kedayan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (JSASS), Edisi Khas 2017, 44-56.

Sa’adiah Ma’alip. (2014). Pemilihan bahasa: Proses peralihan bahasa masyarakat Orang Asli Chewong. Jurnal Melayu, Jilid 12(1), 32-43.

Selvajothi @ Pillai, R. (2017). Peralihan dan pengekalan Bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching, Sarawak. Unpublished PhD thesis, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Shariffudin, P.M. (1969). The Kedayans. Brunei Museum Journal, 1(1): 15-23. Spolsky, B. (1998). Sociolinguistics. Oxford: Oxford University Press.

UNESCO’s Language Vitality and Endangerment Methodological Guideline: Review of Application and Feedback since 2003. Background Paper prepared by UNESCO’s Culture Sector for expert meeting “Towards UNESCO guidelines on Language Policies: a Tool for Language

Assessment and Planning” (30 May – 1 June 2011)

http://www.unesco.org/new/en/culture/themes/cultural‐diversity/languages‐and multilingualism/endangered‐languages/language‐vitality/

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan: (1) Realitas budaya releigius yang dikembangkan Kepala Sekolah tercermin melalui nilai-nilai atau norma-norma yang cukup mewarnai

[r]

Indikator kemampuan koneksi matematik : Menggunakan matematika dalam kehidupan sehari-hari Pada soal nomber 4 siswa diminta menentukan berapa meter yang harus di dipanjat

Dari permasalahan tersebut, harus ada upaya untuk menyelesaikannya, munculnya konsep Open Course Ware (OCW) sebagai platform baru dibidang teknologi pendidikan

Artikel penelitian ini mencoba mengupas evaluasi peserta diklat terhadap widyaiswara dalam mengelola pembelajaran selama proses kegiatan kediklatan yang dilaksanakan

Nomor Telp dan Sarana Komunikasi Satuan Unit Kerja yang bisa dihubungi.. :

Berdasarkan Notoatmodjo (2007) semakin banyak informasi yang masuk semakin banyak pula pengetahuan yang didapat tentang kesehatan Sehingga dapat disimpulkan sesuai

Input dalam kajian ini merupakan analisis mengenai segala sesuatu yang harus tersedia dan siap karena untuk berlangsungnya penerapan akad mudharabah pada Baitut Tamwil