• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berikut dikongsikan maklumat mengenai Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Berikut dikongsikan maklumat mengenai Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Berikut dikongsikan maklumat mengenai Cara Permohonan Telefon Pintar Percuma termasuk syarat kelayakan dan semakan status:

Sebelum membuat pencalonan murid, sila pastikan murid tersebut adalah dari keluarga B40 :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut :

• Nombor MyKid/MyKad Murid • Nombor MyKad Ibubapa

• Status yang menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari Portal BPN Hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Kemudian, sila klik pada butang "Semak"

4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

(2)

Mereka yang berumur 18-20 tahun akan membuat tuntutan bantuan e-wallet RM100 ini.

Sehubungan dengan itu,ianya juga akan diberikan kepada semua pelajar IPTA dan juga IPTS tanpa mengira umur.

• Tiada permohonan bersurat atau perlu pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.

• Anda akan menerima bantuan ini sekiranya anda memuat turun/download salah satu aplikasi di atas.

• Selepas itu,anda perlulah mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad peneganalan anda.

• Mengisi segala butiran yang diperlukan.

PERHATIAN!!!

• Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak,bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan.

(3)

Menurut makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut:

Kadar Jumlah Bantuan Lama :

• Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100. • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang. Jumlah bantuan baharu (mulai 2021) :

• Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.

• Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

• Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Syarat khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

• Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

• Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

• Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan

(4)

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK TAHUN

2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Di sini kami kongsikan borang permohonan yang anda boleh mohon seperti dibawah

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

1. Pertama sekali,pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Sila klik pada pautan Daftar Permohonan Atas Talian.

3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan. 4. Tekan butang Daftar.

5. Isikan makluman lain yang berkaitan.

6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;

2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama; 3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) 4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) 5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)\

CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM KANAK-KANAK SECARA

MANUAL (HADIR KE PEJABAT JKM)

• Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. • Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI. Borang Permohonan Bantuan JKM

• JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muatturun) • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muatturun) Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

(5)

Pendaftaran eKasih 2020

KIR yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan (bandar) atau RM1,000

sebulan (luar bandar) digalakkan mendaftar portal e-Kasih.

Data-data di dalam sistem ini akan disepadukan dengan data-data agensi lain

bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

Antara data yang terdapat dalam sistem ini termasuklah:

Maklumat asas KIR & Air

Nama penuh

Nombor kad pengenalan

Maklumat tempat tinggal

Pekerjaan

Pendapatan

Bagi penerima

BR1M

, pemberian bantuan seterusnya akan berteraskan

data-data BR1M 2014 yang pertama dahulu.

Jadi anda perlu kemaskini maklumat dari semasa ke semasa supaya

memudahkan proses validasi kelayakkan.

Permohonan Online e-Kasih

Seperti dimaklumkan, proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2020

boleh dibuat terus di portal rasmi

https://e-kasih.icu.gov.my

Melalui sistem ini, pengguna boleh membuat:

Semakan status kemiskinan secara online

Penyelarasan maklumat bantuan

Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online

Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara

automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per

kapita

Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan

Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Namun pengguna berdaftar hanya akan diberikan akses mengikut kategori

yang dibenarkan sahaja.

(6)

Berikut adalah informasi tentang bayaran bantuan JKM yang anda perlu tahu

• Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.

• Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020.

Contohnya pada bulan Oktober 2020,bayaran bagi bulan November akan dibuat bermula 20 Oktober 2020.

CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

1. Layari laman web jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM 2. Sila log masuk dan buat semakan bayaran

3. Jika bayaran telah dikreditkan,anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM

Berikut adalah senarai dan taraf Bantuan Bulanan JKM tahun 2021:

• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 diberikan.

• Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 sebulan diberikan.

• Elaun Pekerja Cacat (OKU) sebanyak RM450

• Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM500

• Bantuan Kanak-Kanak (BKK), RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

(7)

TATACARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM

TAHUN 2021

1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web eBantuanJKM di pautan

berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp ;

2. Seterusnya, anda perlu mendaftar permohonan mengikut negeri. 3. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang diberikan. 4. Isikan borang yang berkaitan.

5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SENARAI DOKUMEN YANG ANDA PERLU SEDIAKAN

1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;

2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama; 3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) 4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) 5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Nota : Sila bawa dokumen di atas semasa anda hadir ke pejabat

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021

• JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

(8)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM

1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM

2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’ 3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55 Persiaran Perdana, Presint 4,

(9)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban

perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

PEMILIHAN/ KRITERIA KELAYAKAN :

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran

Negara Malaysia).

- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai

pendapatan KASAR bulanan.

- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

(10)

KAEDAH PENYALURAN ATAU BAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :

- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, ATAU

- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.

KADAR DAN JENIS BANTUAN

- Murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian

Pendidikan Malaysia di sini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

(11)

PANDUAN MEMBUAT JANJI TEMU SECARA ONLINE

1. Layari portal rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/home

2. Klik pada pautan 'HUBUNGI KAMI' pada bahagian menu. 3. Lalu klik pada 'JANJI TEMU ONLINE'.

(12)

5. Pilih negeri di mana anda tinggal serta cawangan yang berhampiran tempat tinggal anda.

6. Pilih jenis janji temu yang anda inginkan.

7. Pilih tarikh janji temu mengikut ketetapan anda.

8. Pilih masa dan slot janji temu yang anda mahukan. (Waktu Bekerja) 9. Sila isi maklumat peribadi yang diminta.

10. Pastikan anda menanda semua kotak yang disediakan. 11. Baca PERAKUAN PEMOHON dengan teliti.

12. Tekan pada pautan 'BUAT JANJI TEMU' 11. Status permohonan anda akan dipaparkan.

NOTA

Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai perkhidmatan.

SOALAN LAZIM MENGENAI JANJI TEMU ONLINE

1. A. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Mulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya

berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online. Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:

• Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau

• Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.

B. Waktu Operasi

1.Kaunter

• 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja. 2.Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

• Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020. • 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja.

*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.

(13)

C. Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) (Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut) • Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)

• Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri) • Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)

• Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)

• Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)

• Perundingan Perancangan Persaraan

• Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)

*Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah PERCUMA

2. Kaunter

• Pengeluaran • Pendaftaran

• Aduan Majikan Gagal Mencarum • Lain-lain Perkhidmatan

Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari pautan

ini kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

2. Konsep Janji Temu Online

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat

permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.

Sila klik di sini untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.

3. Anggaran Amaun Pengeluaran Bagi Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta

Ahli perlu memasukkan jumlah anggaran amaun pengeluaran di ruangan “Jumlah Anggaran Pengeluaran” semasa membuat permohonan Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta melalui Janji Temu Online.

Nota : Sekiranya Ahli tidak pasti akan jumlah baki simpanan dan amaun yang boleh dikeluarkan, Ahli boleh meletakkan ‘000’ pada ruangan amaun pengeluaran. Pegawai kami akan membantu menyemak jumlah sebenar pengeluaran semasa Ahli hadir ke kaunter yang dipilih untuk mengemukakan permohonan pengeluaran.

(14)

4. Tempoh Untuk Membuat Permohonan Melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Ilustrasi :

• Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00

tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

• Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.

5. Jumlah Ahli Berurusan Dalam Satu Janji Temu

Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

Ilustrasi :

• Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.

6. Pengesahan Permohonan Janji Temu Online

Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

7. Kehadiran Ahli Di Cawangan KWSP Pada Tarikh Janji Temu

Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.

Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan

aplikasi MySejahtera.

8. Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu

(15)

tarikh yang ditetapkan.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

9. Lewat hadir dan ketidakhadiran Ahli pada masa janji temu

Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.

(16)

PENYEMAKAN JUMLAH KELULUSAN BANTUAN BPR 2021

Berikut perkongsian isi kategori yang menerima bantuan prihatin rakyat kali ni

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,500 Kebawah)

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)

(17)

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR BUJANG

Manakala bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350.

PERMOHONAN BPR 2021 ONLINE

Untuk pengetahuan anda semua, bagi permohonan baharu bantuan prihatin rakyat, sekiranya anda ingin memohon dan layak anda bolehlah memohon pada butiran berikut:

CARA PENDAFTARAN ONLINE

(ii) Checklist Penting

Berikut kami kongsikan kepada anda checklist penting yang perlu anda semak seblum anda membuat permohonan baharu:

• Kemaskini status perkahwinan anda

• Yang belum ada, sila daftar akaun bank BSN terlebih dahulu

• Sedang dikemaskinikan

SEMAK KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Anda perlu kemaskini dengan maklumat dan info anda yang terkini. Maklumat akan dikemaskinikan untuk anda.

(18)

Sumber: http://www.hasil.gov.my/

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Sekiranya anda ingin menyemak status Bantuan Prihatin Rakyat 2021 anda, Klik Di SIni

SOALAN LAZIM

1. Bila tarikh pembayaran bantuan? Boleh semak di jadual atas

2. Bila permohonan baru akan dibuka? Sedang dikemaskinikan

3. Apa itu Bantuan prihatin Rakyat?

Ia adakah bantuan khas kewangan yang diberikan kepada golongan B40 & M40 sempena pengumuman Bajet Belanjawan 2021

4. Adakah ia sama dengan bantuan suami prihatin 2021? Tidak sama sekali

5. Bagaimana cara check bpr online? Rujuk di bahagian atas halaman ini

(19)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat untuk memohon bantuan yang perlu dipenuhi oleh orang tua dan warga emas:

• Pemohon mestilah warganegara & bermastautin di Malaysia • Mestilah berumur 60 tahun ke atas

• Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan

Warga emas tidak menetap di :

1. Institusi kendalian JKM; atau

2. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma atau

• Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

1. Pertama sekali,

layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.js p

2. Klik pada pautan 'Daftar Permohonan' bagi pengguna baru.

3. Sila masukkan negeri,tempat tinggal serta nombor kad pengenalan 4. Setelah selesai perkara di atas,klik butang 'Daftar'

5. Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui

(20)

Q5a0hFVm1UQXZuUT09

6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

Salinan kad pengenalan diri pemohon.

Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama. Salinan penyata gaji (jika ada)

Lain-lain dokumen yang berkaitan

SOALAN LAZIM

1. Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

3. Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

4. Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana, Presint 4,

(21)

No Tel: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk anda.

KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN MYSALAM

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.

2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.

Info Tambahan :

Sedikit info tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun kamu kena

kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan. Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari)

(22)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila rujuk pada pautan yang diberikan dibawah.

Namun, sebelum anda melakukan penebusan sila pastikan bahawa anda telah

melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak. Untkuk ketahui cara melakukan semakan, anda boleh ikuti langkah di bawah ini.

1. Sila layari www.mysalam.com.my

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-) 3. klik pada pautan "semak"

4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.

CARA PERTAMA

Tuntutan Secara Online

1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/

2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.

3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.

4. Sila kemaskini profile anda.

5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar) 6. Klik hantar.

7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

CARA KEDUA

Tuntutan Secara Manual

1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.

2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).

3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).

4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.

(23)

TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938 Email : info@mysalam.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Setelah dilakukan klasifikasi terhadap data set sms spam menggunakan algoritma Naïve Bayes, maka didapatkan tiga hasil perbandingan untuk tingkat akurasi,

1. Sesuatu yang dianggap mas}lah}ah itu haruslah berupa mas}lah}ah hakiki yaitu yang benar-benar akan mendatangkan kemanfaatan atau menolak kemudharatan. Bukan berupa

Eksperimen dengan variabel Perubahan lapisan furnishing dinding grey white pada eksperimen tahap 4.b Simulasi dengan software DIALUX v.4.11 menunjukkan bahwa

Mengingat dari hasil penelitian dan pembahasan dalam pelaksanaan pembelajaran Pendidikan Agama Islam melalui model pembelajaran Snowball Throwing di UPTD SMP Negeri

Tapi perlu saudara ingat dalam melakukan episiotomi ada indikasinya yaitu: Terjadi gawat janin dan persalinan mungkin harus diselesaikan dengan bantuan alat (ekstraksi

Dengan pelayanan setelah penjualan yang memuaskan yang disediakan oleh TokoPDA.com sekarang cukup banyak pelanggan yang terus datang ke toko di lokasi yang berbeda untuk

● Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta

Pembahasan pertama adalah untuk pengujian hipotesis pertama dalam penelitian ini yang menyatakan "bahwa variabel kepuasan kerja dan stres, berpengaruh terhadap