• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisi artikel atau penulisan jurnal yang anda baca mengenai salahlaku guru yang melanggar kod etika keguruan serta huraikan kesan dan akibat tindak – tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisi artikel atau penulisan jurnal yang anda baca mengenai salahlaku guru yang melanggar kod etika keguruan serta huraikan kesan dan akibat tindak – tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

Jurnal Pendidikan yang bertajuk “Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru” ini merupakan jurnal yang berkaitan dengan satu kajian yang dijalankan untuk mengetahui secara konstruktif dan komprehensif tentang pincang laku kepimpinan pengetua, mengenal pasti trait- trait kepemimpinan yang dikatakan sebagai pincang laku dan kesannya kepada guru dari segi emosi dan fizikal samada. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tahap pincang laku kepemimpinan sekolah iaitu awal, sederhana dan kritikal yang mewakili tahap pincang laku yang memberikan kesan kepada guru dari segi fizikal dan emosi. Pincang laku ini juga telah membawa kesan kepada organisasi sekolah itu sendiri dan juga kepada pendidikan negara. Kajian ini melibatkan 10 orang guru yang menjadi mangsa pincang laku kepimpinan pengetua di salah sebuah sekolah yang telah dikenalpasti. Kajian ini dibuat adalah untuk membuktikan keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan pengetua dan perlunya penambahbaikan dan penyesuaian daripada apa yang diperolehi oleh penyelidik dalam bidang pengurusan. Gaya kepimpinan pengetua berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, pengetua perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika pengetua mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru.

Daripada artikel ini, kita dapat lihat pincang laku pengetua di sekolah juga didapati mempunyai hubungan dengan kesan buruk secara serius terhadap kesejahteraan fizikal (physical well being), kesejahteraan psikologikal, prestasi kerja dan psikososial. Antara contoh kesan tersebut ke atas kesejahteraan fizikal ialah gangguan tidur, sakit kepala, sakit belakang, pitam, kelesuan, hiperaktiviti, perubahan berat badan dan „irritable bowel syndrome‟. Manakala kesan psikologi atau emosional pula ialah depresi kemarahan, tidak terurus, tidak terdaya, tidak berkuasa, malu, rasa tidak selamat, konsentrasi lemah, keyakinan diri yang rendah, stres, dan rasa dendam.

Analisi artikel atau penulisan jurnal yang anda baca mengenai salahlaku guru

yang melanggar kod etika keguruan serta huraikan kesan dan akibat tindak –

tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia.

(2)

2

Keadaan sebegini berlaku apabila tiada perkongsian misi dan visi sekolah di antara pemimpin sekolah dengan warga sekolah terutamanya guru- guru. Ini juga menjurus kepada salah faham di antara kedua- dua pihak sama ada dari segi pengurusan dan juga pengajaran. Akibatnya, guru tidak berkongsi dengan kepemimpinan sekolah mengenai apa yang telah dirancangkan. Dalam konteks perancangan strategik, setiap pelan tindakan dan pelan operasi pihak guru adalah tidak bertepatan dengan apa yang dirancang oleh pengetua. Maka kesannya adalah berlakunya tingkah laku pincang seperti yang didapati dalam kajian. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang teori kepimpinan dan pengalaman dalam memimpin organisasi terutamanya di sekolah menjadi punca berlakunya pincang laku kepimpinan pengetua. Hal ini kerana ramai di antara guru yang dilantik ke jawatan tersebut berdasarkan kepada kekananan mereka dalam kerjaya. Oleh itu, mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin terutama dari segi memenuhi kehendak staf sebagai ahli dalam organisasi dan pada masa yang sama untuk memastikan matlamat organisasi dapat dicapai. Persoalan yang timbul di sini apakah teori kepemimpinan yang mereka gunakan dan adakah mereka telahpun didedahkan dengan kursus - kursus yang sesuai dengan tugas mereka sebagai pemimpin sekolah.

Disebaliknya, pincang laku kepimpinan pengetua memberi kesan terhadap prestasi kerja. Hal ini dapat dilihat dari segi penyusutan dalam usaha ekstra kerja, kurang komited, peningkatan ketidakhadiran, keinginan untuk berpindah, atrisi, murung, kehilangan kawan, dan suka mengasingkan diri. Ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun masalah tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Selain itu, Guru yang gagal mengawal diri akibat pincang laku ini akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat

(3)

3

yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007).

Kajian ini menggunakan pendekatan teoritikal interaksi simbolik bagi mendapatkan data daripada responden. Perspektif ini melihat individu sebagai satu produk sosial yang dipengaruhi oleh seseorang, tetapi pada masa yang sama berupaya menghuraikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh orang itu (Blumer 1969). Dalam perkataan lain, perspektif ini membolehkan pengkaji mengenal pasti persepsi dan maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang dalam konteks sosial mereka (Schwandt 1994). Dalam konteks penyelidikan yang telah dijalankan, kita mendapati bahawa kekuatan kajian ini adalah kerana pendekatan kualitatif yang digunakan telah membantu mereka untuk mendapatkan data yang lengkap bagi memenuhi tujuan kajian dilakukan. Teknik persampelan „snowball‟ memberikan keyakinan kepada informan untuk meluahkan apa yang berlaku kepada mereka. Dengan itu, setiap informan yang terlibat telah terpanggil untuk memberikan respon yang sesuai dengan tujuan kajian penyelidik. Kebebasan yang diberikan melalui soalan temubual secara „open-ended‟ dan tanpa bersemuka menggalakkan kepada jawaban yang lebih terbuka.

Hasil kajian ini menunjukkan beberapa tingkah laku pincang pengetua diperoleh iaitu perlakuan kasar, tidak mempercayai dan tidak berperikemanusiaan, memulau dan tidak menyokong guru, pilih kasih, mengintip, tuntutan kerja yang melampau, suka mengkritik dan melatah, berbohong dan mengugut. Tingkah laku pengetua ini telah menyebabkan kesan dari segi emosi dan Fizikal. Apabila lihat dari segi emosi pula, guru-guru berasa terkejut, keliru, takut, tidak yakin dan bimbang semasa di sekolah. Manakala, dari segi fizikal pula mereka hilang selera makan, gangguan tidur, sakit kepala, sakit perut, dan tidak bermaya. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

(4)

4

Pincang laku kepimpinan pengetua telah memberi kesan yang besar kepada profesion keguruan di Malaysia. Antara kesannya adalah masalah stress kerja. Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Kesan daripada tingkah laku pincang pengetua menyebabkan kebolehan guru dalam mencorakkan perkembangan murid tidak tercapai. Ini termasuklah perkembangan akademik, perkembangan perlakuan, perkembangan social dan perkembangan emosi murid-murid. Hal ini kerana guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa pengurusan dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengurusan dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah haruslah memberikan kesan yang positif ke atas perkembangan aspek-aspek personal murid-murid. Malah, tingkah laku pincang pengetua menyebabakan guru-guru tidak dapat menyediakan murid-murid dengan pelbagai keperluan baru seperti keperluan untuk menghadapi dunia pekerjaan, keperluan untuk menguasai kemahiran teknologi

(5)

5

maklumat seperti komputer, keperluan untuk mengembangkan kemahiran belajar dan tidak kurang pentingnya ialah keperluan untuk membina kekuatan diri bagi menghadapi pelbagai tekanan, pengaruh dan cabaran yang negatif. Kepincangan pengetua menyebababkan peranan dinamik guru di bilik darjah memberi kesan negatif ke atas perkembangan pelajar.

Kesan yang seterusnya adalah guru-guru tidak dapat menyusun organisasi pembelajaran. Satu aspek penting dalam perkembangan profesionalisme guru ialah kecekapan menyususn organisasi pembelajaran di bilik darjah. Organisasi pembelajaran meliputi satu aspek yang luas, iaitu merancang dan melaksanakan tugas pengajaran, pembelajaran, mengatur strategi, menilai, mendorong, memimpin, membuat keputusan untuk perubahan, menyusun cara belajar, merancang penggunaan sumber-sumber pembelajaran, merancang pembelajaran aktif, mewujudkan suasana pembelajaran terarah dan mencorakkan fleksibiliti bilik darjah khususnya dari segi pengawalan social, disiplin dan interaksi bilik darjah. Ketidakbolehan dalam menyusun organisasi pembelajaran bilik darjah melibatkan pelbagai proses perkembangan ke atas murid-murid tidak berlaku di dalam bilik darjah seperti perkembangan sahsiah, perkembangan emosi yang sihat, perkembangan intelek, moral dan sebagainya. Pincang laku kepimpinanan pengetua menyebabkan guru-guru tidak dapat mencorakkan sosialisasi dan interaksi sosial yang berkesan di bilik darjah.

Kajian dalam jurnal ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh dimantapkan lagi namun dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam konteks negara kita, pincang laku pengetua adalah disebabkan faktor luaran yang boleh dielakkan dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan yang sedia ada dengan mengurangkan karenah birokrasi, pengupayaan kuasa yang lebih kepada pimpinan sekolah dan pemilihan pengetua atau guru besar yang berkaliber untuk menerima tanggungjawab.

Secara kesimpulannya, pengetua adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam pentadbiran di sesebuah sekolah. Kepimpinan pengetualah yang menentukan budaya sekolah samada dari segi proses pembelajaran, tahap profesionalisme, pencapaian pelajar dan moral guru-gurunya. Masyarakat meletakkan harapan yang

(6)

6

tinggi terhadap sekolah, oleh itu pengetua perlulah bijak dalam menguruskan sesebuah sekolah bagi menjanjikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun mencabar. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Referensi

Dokumen terkait

atas perasaan suka atau tidak suka ( like or dislike ) atau arogansi mayoritas terhadap minoritas LGBT tanpa dasar argumentasi hukum yang ilmiah, tetapi dasar rasionalitasnya

LIFE ( Literacy Initiative For Empowerment ) diartikan sebagai sebuah kerangka kerja kolaboratif selama sepuluh tahun. LIFE merupakan bentuk kerjasama dalam bidang literasi

Har relasjoner til følgende aktører hatt betydning for din bedrifts utvikling av nye ideer, prosesser og produkter.. (Sett kryss på alle

pihak kedua bertanggung jawab atas kerugian yang diderita pihak pertama, berdasar ketentuan bahwa pihak kedua sebagai pengangkut telah tidak memenuhi prestasi atau melakukan

Aktifitas fagosytosis udang vanamei yang diberikan allisin dan mengetahui tingkat kelulushidupan udang vanamei dengan pembahan ekstrak alisin pada pakan Allisin

Kesederhanaan visual adalah sesuatu yang utama untuk menghasilkan wayfinding signage yang efektif Signage system dapat membantu menunjukkan tempat dengan lebih aman dan lebih

Ekstrak daun gatal lebih efektif dalam menghambat pertumbuhan bakteri gram negatif, yaitu Escherichia coli dan Salmonella typhi, daya hambat ekstrak daun gatal dengan zona hambat