• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahan Cg Fadzlina - Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online BAB 7: ASET ( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI )"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

( PERAKAUNAN UNTUK SUSUT NILAI ) Susut Nilai – Kejatuhan nilai aset tetap dalam tempoh penggunaan.

Tujuan Pengiraan Susut Nilai

 Susut nilai – belanja perniagaan yang perlu dicaj terhadap hasil perniagaan untuk dapatkan untung bersih yang tepat.

 Tujuan Peruntukan Susut Nilai – dana syarikat dapat diketepikan untuk membolehkan aset tetap berkenaan digantikan pada akhir hayatnya.

 Aset tetap ditunjukkan mengikut nilai buku pada akhir tempoh perakaunan. Sebab-Sebab Susut Nilai Berlaku

1. Kereputan fizikal – Contoh: Kenderaan dan mesin mempunyai usia yang terhad seperti kereputan fizikal, kerosakan dan kurang cekap.

2. Pergerakan masa – Contoh: Aset tetap seperti harta pajakan yang diperoleh untuk tempoh 20

tahun mempunyai nilai yang sentiasa berkurangan dgn perjalanan masa. 3. Aset menjadi usang – Contoh : Teknologi baru boleh mengeluarkan mesin yang ada daya

pengeluaran yang lebih tinggi. Kesan – aset jadi usang dan nilai merosot. Pengiraan Susut Nilai

1

. Kos Aset Tetap

 Kos aset tetap termasuk belian dan segala perbelanjaan yang dibuat untuk memperoleh aset tetap. Contoh: yuran guaman, kos angkutan, pemasangan aset tetap.

2. Nilai Skrap

 Nilai skrap adalah nilai jualan atau nilai bakian aset tetap pada akhir usianya.

 Nilai skrap aset tetap ditolak dari harga kos & nilai yang didapati boleh disusutkan & diperuntukkan atas usia aset tersebut.

3. Usia Berguna

 Usia berguna sebuah aset tetap hendaklah dibezakan dari usia fizikalnya.

 Contoh: Aset tetap digunakan 5 tahun walaupun usia fizikal 10 tahun. Usia berguna merupakan tempoh aset tetap tetap digunakan sehingga digantikan atau dilupuskan.

 Dalam pengiraan susutnilai, nilai aset tetap diperuntukkan atas usia bergunanya dan bukan atas usia fizikal.

Kaedah-Kaedah Untuk Menyusutnilaikan Aset Tetap 1. Kaedah garis lurus (kaedah ansuran tetap). 2. Kaedah baki berkurangan

3. Kaedah penilaian semula 4. Kaedah jumlah angka tahun

(2)

1. Kaedah Garis Lurus ( Kaedah Ansuran Tetap )

 Dalam kaedah ini – satu kadar yang tetap dikenakan atas kos asal tetap untuk menyusutnilaikan aset tetap tersebut.

 Caj susut nilai sama banyak dikenakan setiap tahun.

Catatan dalam buku mengikut kaedah garis lurus.

2. Kaedah Baki Berkurangan

 Dalam kaedah ini – satu kadar yang tetap dikenakan ke atas nilai bersih aset tetap untuk menyusutnilaikan aset tetap tersebut.

 Caj berkurangan pada setiap tahun. 

Catatan dalam buku mengikut kaedah baki berkurangan.

3. Kaedah Penilaian Semula

 Kaedah ini - sesuatu aset tetap disusutnilaikan berdasarkan nilai semasa.

 Caj susut nilai dikirakan dengan membandingkan nilai aset tersebut pada akhir tahun kewangan dan nilai pada awal tahun.

4. Kaedah Jumlah Angka Tahun

 Caj susut nilai dikirakan berdasarkan kepada angka-angka usia aset tetap yang dikira pada awal setiap tahun.

Caj Susut Nilai Tahunan = Kos Asal – Nilai Skrap

Usia Berguna

Dt Ak. Belanja Susut Nilai

Kt Ak. Peruntukan Susut Nilai

Caj Susut Nilai Tahunan = Nilai Bersih Aset Tetap x Kadar Susut Nilai

Dt Ak. Belanja Susut Nilai

Kt Ak. Aset Tetap

(3)

ASET SEMASA SEKURITI BOLEH PASAR

 Definisi sekuriti – meliputi semua bon kerajaan atau saham yang dipegang untuk tujuan menghasilkan pendapatan dalam bentuk faedah atau dividen.

 Sekuriti boleh pasar – sekuriti yang boleh dijual melalui pasaran saham dan nilainya mengalami flaktuasi.

 Syarikat biasanya mempunyai tunai tetapi tidak diperlukan sekarang tetapi hanya akan digunakan kemudian untuk tujuan operasi semasa.

 Untuk mendapatkan hasil daripada faedah atau dividen, lebihan tunai ini boleh dilaburkan di dalam sekuriti boleh pasar seperti bon atau saham sebuah syarikat lain.

 Sekuriti boleh pasar merupakan salah satu pelaburan jangka pendek.

 Ia boleh ditukarkan kepada tunai dengan notis yang pendek dan secara umumnya dianggap sama cairnya seperti tunai.

 Sekuriti boleh pasar dibahagikan kepada sekuriti hutang boleh pasar (seperti bon atau nota boleh bayar) dan sekuriti ekuiti boleh pasar (seperti saham terutama atau saham biasa ).

Penilaian Sekuriti Boleh Pasar

 Pelaburan yang dibuat oleh perniagaan dalam bentuk bon atau saham biasa dinilaikan pada kos. 

Penilaian:-a) Sekuriti boleh pasar yang mengalami flaktuasi harga – penilaian berdasarkan harga kos terendah atau harga pasaran.

b) Seperti inventori, sekuriti boleh pasar dinilaikan pada kos atau nilai pasaran (yang mana lebih rendah untuk mengambilkira kerugian disebabkan kejatuhan harga pasaran).

Catatan Dalam Buku a) Merekod pelaburan

b) Merekod dividen yang diterima

Dt Ak. Pelaburan

Kt Ak. Tunai

Dt Ak. Tunai

(4)

ITEM-ITEM BELUM TERIMA Definisi

 Item belum terima merupakan hutang yang belum dijelaskan oleh pelanggan.

 Meliputi aset dalam bentuk penghutang, bil perintah belum terima dan nota janji belum terima wujud daripada urusniaga jualan kredit.

 Perbincangan akan ditumpukan kepada item belum terima jangka pendek sahaja iaitu di bawah aset semasa.

JENIS-JENIS ITEM BELUM TERIMA 1. Akaun Belum Terima

 Wujud apabila barang niaga dijual secara kredit oleh perniagaan.

 Amaun yang boleh dituntut daripada pelanggan berkenaan atas jualan kredit

2. Hutang Lapuk

 Hutang lapuk – amaun yang tidak dapat dikutip daripada pelanggan disebabkan muflis, meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

 Merupakan kerugian atau belanja perniagaan.

3. Peruntukan Hutang Ragu

 Hutang ragu – hutang tidak dapat dikutip pada tempoh perakaunan akan datang tetapi amaunnya tidak dapat dipastikan pada tempoh semasa.

 Peruntukan hutang ragu – anggaran yang dibuat ke atas akaun belum terima yang tidak dapat dikutip berasaskan pengalaman kutipan yang lepas.

Kaedah Penentuan Peruntukan Hutang

Ragu:-a) Peratusan Jualan

 Kaedah yang biasa digunakan dalam menganggarkan akaun yang tidak boleh dikutip.  Mengikut kaedah ini, peruntukan hutang ragu dikira sebagai peratusan ke atas jualan kredit.

Dt Ak. Belum Terima

Kt Ak. Jualan

Dt Ak. Hutang Lapuk

Kt Ak. Belum Terima

Dt Ak. Untung Rugi

(5)

4. Peruntukan Diskaun Diberi

 Definisi – amaun yang diketepikan untuk mengambil kira diskaun yang mungkin akan diberi pada tahun akan datang tetapi amaunnya tidak dapat dipastikan pada tahun semasa.

5. Bil Belum Terima ( Bil Perintah )

 Digunakan – apabila barang niaga dijual secara kredit, biasanya kepada pelanggan asing.

 Dokumen perundangan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh penjual yang berkehendakkan pembeli bayar wang pada sau tarikh tertentu.

Catatan dalam buku

I. Merekod jualan kredit

II. Merekod bil yang diterima oleh pembeli

III. Merekod penjelasan yang dibuat

6. Nota Belum Terima ( Nota Janji Bayar )

 Definisi – merupakan perjanjian bertulis yang dibuat dan ditandatangani oleh pelanggan untuk bayar wang pada satu tarikh akan datang.

 Digunakan – tempoh kredit pelanggan hendak dilanjutkan kerana penangguhan bayaran.  Nota ini membolehkan penjual mengenakan faedah atas amaun yang terhutang.

Catatan dalam buku

I. Merekod penerimaan nota belum terima

Dt Ak. Untung Rugi

Kt Ak. Peruntukan Diskaun Diberi

Dt Ak. Penghutang

Kt Ak. Jualan

Dt Ak. Bil Belum Terima

Kt Ak. Penghutang

Dt Ak. Buku Tunai

Kt Ak. Bil Belum Terima

Referensi

Dokumen terkait

Penyusutan Barang Milik Daerah berupa Aset Tetap, yang selanjutnya disebut Penyusutan Aset Tetap, adalah alokasi yang sistematis atas nilai suatu Aset Tetap yang dapat

Dalam olahraga denyut nadi sering digunakan untuk menentukan beban kerja fisik yang harus dilakukan oleh seorang atlet saat melakukan latihan.. Untuk dapat mengetahui

Perancangan Perangkat Lunak yang digunakan dalam kegiatan kali ini adalah dengan membuat program Image Processing untuk melakukan fungsi pendeteksian wajah menggunakan

Arah pembangunan Badan Penanaman Modal dan Perijinan pada tahap kedua Rencana Pembangunan Jangka Panjang Daerah atau RPJMD 2009-2014 tentunya tidak hanya dituntut

Maka dapat disimpulkan bahwa media pembelajaran berbasis android yang dikembangkan mendapat respon yang baik dari siswa kelas X MM SMK Negeri 3 Bojonegoro (3)

Penilaian kembali aset tetap perusahaan harus dilakukan berdasarkan nilai pasar atau nilai wajar aset tetap tersebut yang berlaku pada saat penilaian kembali aset tetap yang

Antrian sering terjadi dalam kegiatan sehari-hari dalam suatu kegiatan baik orang atau benda yang sedang menunggu pelayanan seperti pada antrian pasien rumah

Revaluasi aset tetap adalah penilaian kembali aset tetap perusahaan yang diakibatkan adanya kenaikan nilai aset tetap tersebut di pasar atau karena rendahnya nilai aset