• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP 14)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP 14)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP’14)

TARIKH : 7-9 MAC 2014

TEMPAT :

S.M.K TUN SARDON, RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR ANJURAN :

SEKRETARIAT PENDIDIKAN DAN KERJAYA KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SOSIAL PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN (KMPPSPP)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA :

S.M.K. TUN SARDON, RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR

TEMA :

ILMU PENCETUS KEGEMILANGAN BANGSA

(2)

KERTAS KERJA

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN (PJP’14) KELAB MAHASISWA PPSPP UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan memohon kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) bagi melaksanakan Program Jelajah Pendidikan (PJP’14) yang akan dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa PPSPP (KMPPSPP), Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Sekretariat Pendidikan Dan Kerjaya.

2.0 LATAR BELAKANG

Kelab Mahasiswa Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP) merupakan sebuah kelab yang berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang penubuhannya, kelab ini lebih menumpukan program-program bersifat kemasyarakatan, kepimpinan dan latihan kendiri, motivasi dan akademik, ilmiah dan kerjaya serta kreativiti dan inovasi untuk ahli- ahlinya. Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh keseluruhan keluarga Kelab Mahasiswa Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP) sama ada oleh para exco, senior, junior mahupun Alumni KMPPSPP.

Program Jelajah Pendidikan 2014 (PJP’14) ini merupakan kesinambungan daripada program-program terdahulu yang berjaya dianjurkan dan dilaksanakan oleh Sekretariat Pendidikan Dan Kerjaya, KMPPSPP. Di bawah nama Program Jelajah, program seumpama ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi melahirkan generasi belia yang berwawasan, seterusnya mencipta kecemerlangan pada setiap diri pelajar dalam aspek pendidikan dengan menerapkan nilai-nilai akademik dan ilmiah, disiplin dan moral sahsiah serta inovasi untuk pembangunan kendiri.

Justeru itu, Sekretariat Pendidikan Dan Kerjaya, KMPPSPP UKM sesi 2013/2014 telah mengambil langkah dan merancang untuk menganjurkan Program Jelajah Pendidikan 2014 (PJP’14) bagi meneruskan tradisi program yang bertumpu terhadap aspek pendidikan dan motivasi ke arah kecemerlangan pelajar sekolah. Program ini juga menjadi satu medium yang memberi nilai tambah serta pengalaman yang berguna kepada mahasiswa/i baru UKM khususnya ahli Kelab Mahasiswa Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP).

3.0 MISI

Membantu pelajar membuat persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan disamping memotivasikan diri mereka dengan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Memberi motivasi dan semangat serta panduan halatuju kepada para pelajar sekolah dalam meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas peperiksaan.

4.0 MATLAMAT

Mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia di samping melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwawasan agar dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pensyarah, kakitangan dan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia serta memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk membantu kerajaan negeri dalam mencapai wawasan kerajaan Malaysia.

(3)

5.0 OBJEKTIF

5.1 Mendedahkan para pelajar kepada strategi pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen seterusnya lebih menyeronokkan.

5.2 Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan komunikasi melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dianjurkan bersama.

5.4 Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya ahli KMPPSPP dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan pelajar dan masyarakat.

5.5 Mendedahkan para pelajar kepada strategi dan perancangan dalam menghadapi perubahan corak kehidupan iaitu daripada alam persekolah kepada alam universiti.

5.6 Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa, pelajar sekolah dan masyarakat sekeliling.

6.0 TEMA

“ ILMU PENCETUS KEGEMILANGAN BANGSA ”

7.0 ANJURAN

Sekretariat Pendidikan Dan Kerjaya,

Kelab Mahasiswa Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK),

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dengan kerjasama :

S.M.K Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat, Johor

8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : 7 MAC 2014 hingga 9 MAC 2014

9.0 TEMPAT Tempat program ialah :

S.M.K Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat, Johor 10.0 PUBLISITI

Poster dan banner di sekitar kawasan program dan di dalam Kampus UKM Bangi.

Laman web S.M.K Tun Sardon, Rengit Batu Pahat, Johor

Laman web Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sosisal, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP)

11.0 CADANGAN PERASMI

Nama : ENCIK AZLAN BIN ABDULLAH

(4)

Jawatan : PENASIHAT KELAB MAHASISWA PPSPP 12.0 PESERTA

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Pra Universiti S.M.K Tun Sardon, Rengit Batu Pahat, Johor serta 40 orang urus setia dan fasilitator yang terdiri daripada exco dan ahli Kelab Mahasiswa Pengajian Sosial Pembangunan Dan Persekitaran (KMPPSPP), Universiti Kebangsaan Malaysia.

13.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

15.0 PENGISIAN PROGRAM 15.1 Program Pendidikan

Bagi membantu kecemerlangan pelajar, beberapa slot ceramah akan disampaikan oleh penceramah khusus. Pengisian program seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Bengkel Kecemerlangan Pendidikan bagi membantu meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran dalam kalangan peserta / pelajar. Satu ceramah khas program juga akan diadakan bagi membantu para pelajar dalam persediaan menghadapi kehidupan mendatang iaitu pendedahan awal tentang kehidupan di Institusi Pengajian Tinggi.

15.2 Program Keagamaan

Bagi menjayakan program ini, maka satu majlis keagamaan akan diadakan. Antara pengisiannya ialah Muhasabah Diri, Qiyamullail dan Majlis Tahlil serta Kesyukuran. Selain itu, akan diadakan slot tazkirah yang akan membincangkan soal tanggungjawab masyarakat dalam menangani permasalahan gejala sosial.

15.3 Program Pembentukan Sahsiah

Aktiviti-aktiviti berbentuk kumpulan besar dan kecil yang berobjektifkan untuk menyedarkan pelajar tentang pembentukan sahsiah-sahsiah dan jati diri yang baik dalam kalangan pelajar.

16.0 BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

43600, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Pengerusi: Muhammad Ismadi Bin Atan No call: 0137149127

(5)

NYDP ANSOS: Wan Aswani Binti Wan Sudin No call: 0139024437

18.0 PENUTUP

Kewujudan program yang seumpama ini merupakan langkah awal kepada Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP), Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha strategi penting untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, berdedikasi, berdaya saing, kreatif serta memiliki daya tahan yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam meneruskan ‘pemerkasaan’ dan ‘pemantapan’ dalam menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan.

Adalah menjadi harapan Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP), Universiti Kebangsaan Malaysia agar program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dan seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang dirancang.

Sokongan dan kerjasama dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) bagi meluluskan kertas kerja kami dan memberikan bantuan dari segi kewangan kepada kami amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga program ini akan mendapat limpahan kurnia dan keberkatan dari Allah s.w.t dan akan berjalan dengan lancar.

Sekian, Wassalam.

(6)
(7)

LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP’14)

KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN (KMPPSPP),

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

PENAUNG : Y.BHG. PROF. TAN SRI WIRA DATO’ DR. SHARIFAH HAPSAH BT SYED HASAN SHAHABUDIN

Naib Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGERUSI : Y.BHG. PROF. DATO DR. IR. OTHMAN A. KARIM Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYELARAS : Encik Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar PENASIHAT : En. Azlan Bin Abdullah

Pengerusi MUHAMMAD ISMADI BIN ATAN A131475 FSSK/3 013-7149127

Ketua Pengarah SAMSIDAR BINTI BAHAR A137563 FSSK/3 017-7960437

Timbalan Ketua Pengarah I MOHD FAIZ BIN SULAIMAN A136894 FSSK/3 012-7401429

Timbalan Ketua Pengarah II MOHAMAD SHAIFUDDIN BIN ADAM A137286 FSSK/3 017-7503121

Setiausaha RAFIKAH BINTI NORDIN

A 145285 FSSK/1 013-4486870

Timb. Setiausaha I NURULASHIKIN BINTI RAMLEY

A140445 FSSK/2 017-5032901

Timb. Setiausaha II AIN MOHD NAZRI

A141153 FSSK/1 013-3853822

(8)

Bendahari NOOR ASMAK BINTI ABD. WAHAB

A145298 FSSK/1 017-5235332

Timbalan Bendahari I NOR EFATINI BT. SHAZALI

A140966 FSSK/1 01119930571

Timbalan Bendahari II NOR HAFIZAH BINTI AHMAD

A137164 FSSK/3 013-9533314

SEKRETARIAT

Protokol MOHAMMAD FADHLI BIN ABDUL HADI A145207 FSSK/1 019-4473640 AINUN BT JAABI

A137106 FSSK/3 012-8332169

FATIN HANANI BT ABDUL RAZAK

A141402 FSSK/2 017-5691984

Publisiti SITI AISYAH BT MOHD RAZALI

A137190 FSSK/3 017-5451361

MOHD FAREED SYAZWAN B. ZULKPLI

A145218 FSSK/1 013-5075728

AMAH BT ABD. MALIK

A141418 FSSK/2 0127818791

Cenderamata MUHAMMAD HUSSIN BIN HASSAN

A145215 FSSK/1 017-4988117

MAISARAH BT CHE AHMED

A136997 FSSK/3 017-7342957

SITI NORSAKIRA BINTI MOHAMED

A137338 FSSK/3 014-7946343

Jamuan NOR ATIKAH MOHD AFRI

A141199 FSSK/2 017-6878852

MOHD SHAHRIL IQBAL BIN OTHMAN

A136710 FSSK/3 0128847424

NUR IDAEDANI BT ISMAIL

A140849 FSSK/2 017-4552287

(9)

Program NURUL AINI SYAZANNA BINTI YAZID

A145306 FSSK/1 013-3008589

MUHAMMAD NURLUQMAN BIN MOHD ZIN

A137194 FSSK/3 017-7770896

NURLIYANA BINTI SAHARI

A137086 FSSK/2 017-4301950

Pemasaran NUR SYAIDATUL SYIFA BINTI ABDUL RASHID

A145268 FSSK/1 012-7895387

SITI NORFAIZURA BINTI SERI

A141091 FSSK/2 013-8427032 SITI NADIAH BINTI JAMALUDDIN

A136586 FSSK/3 010-5790623

Tugas-Tugas Khas MOHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL

A145268 FSSK/1 017-6267792 WAN ASWANI BINTI WAN SUDIN

A136717 FSSK/3 013-9024437

Kebajikan & Kerohanian RULNIZAM AL-HAFIZ B. RUSMAN

A145208 FSSK/1 017-6620335

SITI AISYAH BINTI KHIARUDIN

A142626 FSSK/2 019-2260166

Teknikal & Pengangkutan NORHATIMAH BINTI IDRIS

A140899 FSSK/2 017-5106263

MUHAMMAD ADAM HARIS BIN ABDULLAH

A141734 FSSK/2 017-8260912

Peserta SITI RASYIDAH BINTI MOHID

VIVIEN ANAK MEKEA

NABILAH BINTI MOHD YUSOF

NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD SABRI

NUR SYUHADAH BINTI KAMARULZAMAN WAN SAMIHAH BINTI WAN ABDUL MANAFF

NOORAZEANTIE BINTI ZOLKEFLI NOOR AKMALMURNI BT MOHD ROFI NUR ASHIKIN BINTI ABU

MOHAMAD YUSUF MOHAMAD SERKAWI WAN IZZULHILMI BIN CHE WAN NOR AZIZI

(10)

LAMPIRAN B

TENTATIF KESELURUHAN PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014 (PJP’14)

KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN (KMPPSPP)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2013/2014

Masa Perkara

7 MAC 2014 20.30 21.30

22.30 23.00

8 MAC 2014 08:30 am

08:45

10.00

12.30 13.00 14.00

16.00 17.00 18.00 19.00

Pendaftaran Peserta/murid Taklimat daripada Ketua pengarah Pembahagian Kumpulan

Sesi pengenalan Minum malam Tidur

Sarapan pagi Taklimat Program

Bengkel 1 (Teknik Menghadapi Peperiksaan)

- Penceramah menerangkan teknik-teknik menghadapi peperiksaan STPM.

- (penceramah Unit Kaunseling UKM)

Makan tengah hari Rehat dan solat zohor

Latihan dalam kumpulan 1 ( LDK )

- Membina nama kumpulan, mencipta logo dan berkenalan dengan ahli kumpulan.

- Membina satu sorakan (cheers) pasukan.

Rehat, kudapan dan solat asar Riadah

Rehat/makan petang

Solat maghrib/kuliah maghrib/solat isyak

(11)

21.00

22.30 23.00

Bengkel 2 ( Motivasi Pelajar ) /LDK 2 - Disampaikan oleh penceramah jemputan.

Bertujuan memberikan suntikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai

kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah.

Minum malam dan rehat.

Tidur.

9 MAC 2013 05.30

7.00 07.30 08.00 09.00

10.00

11.00 13.00 15.30

Qiamullail

Tadbir diri dan solat Subuh Latihan Fizikal / J-Robik Sarapan pagi

Latihan Dalam Kumpulan 3 (LDK) Latihan Dalam Kumpulan 4 (LDK)

- Mengadakan permainan berbentuk santai bagi menguji ingatan di samping

membentuk keterampilan pelajar untuk berani berhadapan dengan khalayak umum seperti permainan telefon rosak dan kotak beracun.

Bengkel 5 ( Tautan Kasih )

- Merupakan bengkel terakhir di mana fasilitator akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang menuntut di UKM serta perjalanan yang mereka lalui selepas SPM dan akan merangsang mereka untuk terus melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading

- Dikendalikan oleh fasilitator.

LDK 6 / Rumusan Keseluruhan program Makan Tengah hari / Solat Zuhur Majlis Perasmian Penutup

(12)

Masa Perkara 9 MAC

2014 15.30

15.40 15.50

16.00

16.20

17.00 17.10

Ketibaan para tetamu Ketibaan dif-dif terhormat Ketibaan Perasmi

Majlis Perasmian Penutupan oleh:

ENCIK AZLAN BIN ABDULLAH -Penasihat Kelab Mahasiswa PPSPP Bacaan doa

Ucapan

MUHAMMAD ISMADI BIN ATAN Yang Dipertua,

Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (KMPPSPP), UKM

Y.BHG EN SULAIMAN BIN RUSDI Pengetua,

S.M.K Tun Sardon

Ucapan Perasmian Penutup oleh:

ENCIK AZLAN BIN ABDULLAH -Penasihat Kelab Mahasiswa PPSPP Gimik Perasmian Penutup

Penyampaian Sijil dan Cenderamata Jamuan/majlis bersurai

(13)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2014

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1. Peruntukan/Sumbangan

ADUN Rengit

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM

Tabung Kelab Mahasiswa PPSPP

Lain-lain

2,000.00 2,500.00 500.00 1,000.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 6,000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCI RM

1.

2.

3.

4.

5.

6.

JAMUAN

Jamuan Majlis Perasmian (VVIP) Jamuan Program (Urusetia) Jamuan Program (Peserta) PUBLISITI

Backdrop Buku Program Banner

MOTIVASI/CERAMAH/BENGKEL Penceramah

Peralatan program

HADIAH/CENDERAMATA/SAGUHATI Perasmi

Hamper Peserta

PENGURUSAN Percetakan/Kerja awal Sijil

Persiapan Pengangkutan

Rencam

(RM10 x 10 orang)

(RM10 x 2 hari x 40 orang)

(RM10 x 2 hari x 150 orang ) 100.00 800.00 3,000.00

150.00 10.00 50.00

200.00 200.00 (RM150 x 1 unit)

(RM1 x 10 unit) (RM50 x 1 unit)

(RM100 x 2 org)

(fail/pen/kertas/bahan-bahan)

(RM50 x 1 orang) (RM30 x 15 unit)

(fotostat/print) (RM1.00 x 200 orang)

(sebuah kereta x RM100 x 2 hari) (minyak/tol)

50.00 450.00

300.00 200.00 200.00 130.00 60.00

100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 6,000.00

(14)

Referensi

Dokumen terkait