• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG KERTAS KERJA NAMA PROGRAM/ PROJEK SIMPOSIUM ADAB DALAM PENDIDIKAN PASCA COVID-19 (SAP 01/2021)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG KERTAS KERJA NAMA PROGRAM/ PROJEK SIMPOSIUM ADAB DALAM PENDIDIKAN PASCA COVID-19 (SAP 01/2021)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM/ PROJEK

“SIMPOSIUM ADAB DALAM PENDIDIKAN PASCA COVID-19 (SAP 01/2021)”

TARIKH : 11 NOVEMBER 2021 _____________________

PLATFORM : APLIKASI ZOOM

________________________________________

ANJURAN BERSAMA:

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

dan

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

DENGAN KERJASAMA RAKAN STRATEGIK

Collaborative Group A.D.A.B, Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), UiTM Shah Alam

Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA), Indonesia

________________________________________

(2)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Pihak Pengurusan Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang bagi program “

Simposium Adab Dalam Pendidikan Pasca Covid-19 (SAP 01/2021)

”.

2.0 SINOPSIS PROGRAM/ PROJEK

Program/Projek “Simposium Adab Dalam Pendidikan” merupakan program anjuran bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri &

Alumni, Universiti Cawangan Pahang dengan kerjasama rakan strategik Collaborative Group A.D.A.B, Centre for Innovative Delivery & Learning Development, UiTM Shah Alam dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo. Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkasa warga akademia UiTM Cawangan Pahang khususnya tentang pelaksanaan Adab in Education yang amat diperlukan dalam reka bentuk penyampaian dan pembelajaran di Universiti Teknologi MARA. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan matlamat pendididikan ialah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Demikian juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menggariskan sepuluh (10) lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan pertama memberi penekanan kepada pembangunan graduan secara holistik dan seimbang iaitu pendidikan dipacu nilai (values-driven). Ini bersesuaian dengan Pendidikan 5.0 yang diperkenalkan oleh UiTM yang berhasrat untuk melahirkan graduan secara holistik berpaksikan kepada kalbu yang cemerlang berteraskan adab dan amanah seperti yang difokuskan dalam ucapan khas Naib Canselor pada 06 September 2021. Program ini mengandungi dua bentuk aktiviti utama iaitu syarahan umum tentang adab dan kreativiti dalam pendidikan, reka bentuk penyampaian pengajaran berasaskan adab, dan pembinaan jiwa pendidik 5M. Aktiviti lain yang disusun ialah pembentangan penyelidikan berkaitan inovasi dan pemupukan nilai dalam pendidikan

3.0 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar tentang panduan penerapan adab dan kreativiti dalam pendidikan pasca COVID-19 kepada ahli akademia UiTM Cawangan Pahang, UiTM dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo.

2. Memberi latihan kepada ahli akademia UiTM Cawangan Pahang, UiTM dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo berkaitan kaedah mereka bentuk penyampaian pengajaran bersendikan adab dan inovasi

3. Menyediakan platform perkongsian penyelidikan kepada pensyarah dan pelajar berkaitan dengan inovasi dan pemupukan nilai dalam pendidikan

4.0 ANJURAN

Program ini dianjur bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang dengan kerjasama Collaborative Group A.D.A.B, Centre for Innovative Delivery & Learning Development, UiTM Shah Alam dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA), Indonesia.

5.0 PESERTA

5.1 Akademia UiTM Cawangan Pahang 5.2 Akademia UiTM Malaysia

5.3 Akademia Universitas Muhammadiyah Sidoarjo 5.4 Pelajar pascasiswazah ACIS, UiTM

5.5 Pelajar pascasiswazah Universitas Muhammadiyah Sidoarjo

(3)

6.0 LAMPIRAN

6.1 Struktur Organisasi Sila rujuk LAMPIRAN A 6.2 Aturcara Program

Sila rujuk LAMPIRAN B 6.3 Anggaran Belanjawan

Sila rujuk LAMPIRAN C

7.0 PENUTUP

Mudah-mudahan program ini berupaya memberi perkongsian yang berharga kepada semua warga akademia UiTM Cawangan Pahang khususnya Universiti Teknologi MARA dan Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA) amnya ke arah penghayatan pendidikan berteraskan kalbu dan jiwa rabbani. Di samping itu, program ini juga dapat menjadi platform perkongsian idea dalam penambahbaikan penyampaian dan pembelajaran khususnya pemerkasaan aspek kalbu yang berkesan untuk warga akademia UiTM dan UMSIDA.

Malahan, warga UiTM dan UMSIDA berpeluang memperoleh bimbingan dalam mereka bentuk penyampaian dan pembelajaran yang bersifat lebih holistik dengan menyepadukan adab dan amanah, bukan berfokus hanya kepada aspek kognitif dan kemahiran semata- mata. Akhirnya adalah diharapkan dengan perkongsian ini mencetuskan idea kepada seluruh warga akademia agar memberi fokus yang lebih luas dalam membangun kecerdasan minda mahasiswa/i di samping memberi penekanan terhadap kualiti kecerdasan emosi, kerohanian dan fizikal mahasiswa/i ke tahap optimum sebagai pelajar dan hamba di bumi Allah sekaligus melahirkan insan seimbang yang sejahtera.

(4)

8.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh:

...

Dr. Norhapizah Mohd Burhan Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari Merangkap

Felo CG A.D.A.B In Education CIDL, UiTM Pengarah

Simposium Adab Dalam Pendidikan Pasca Covid1-9

Disemak oleh:

...

Dr. Asjad Mohamed Ketua Pusat Pengajian

Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Cawangan Pahang

Disahkan oleh:

...

Prof Madya Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni

UiTM Cawangan Pahang.

Diluluskan oleh:

...

Prof Dr. Mohd Ilham Adenan Memangku Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang

(5)

LAMPIRAN A

STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANA

“SIMPOSIUM ADAB DALAM PENDIDIKAN PASCA COVID-19”

ACIS & PJI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

PENAUNG

Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ilham Adenan Memangku Tugas Rektor

Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang

PENASIHAT 1 Dr. Asjad Mohamed

PENASIHAT 2

Prof Madya Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman

PENGARAH

Dr. Norhapizah Mohd Burhan

TIMBALAN PENGARAH 1 Dr. Rasyad Afif Ibrahim

TIMBALAN PENGARAH 2 Dr. Nor Hidayatun Abdul Razak

SETIAUSAHA

Ustazah Siti Zafrina Mohd Zahari

PEN. SETIAUSAHA Pn. Siti Hanifah Ahmad

BENDAHARI

Ustaz Muhammad Muzakkir Othman Ustazah Nurul Hidayah Che Hassan

URUSETIA

PM Dr. Ab Halim Ramli (Penulis Resolusi) Dr. Mahfuzah Mohammed Zabidi (Penceramah)

Dr. Nurul Badriyah Ali (Promosi) Dr. Mohd Rilizam Rosli (Promosi)

Cik Norzie Diana Baharum (Moderator-Antarabangsa)

(6)

AJK PENGURUSAN ACARA Pn. Mas’udah Asmui

AJK JEMPUTAN

Ustzh Siti Norma Aisyah Malkan (Malaysia) Dr. Eni Fariyatul Fahyuni M.PD.I (Indonesia)

AJK TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA En. Nik Muhamad Farhan Hakim Nik Badrul Amin

AJK SIARAN LANGSUNG MAYA

En. Mohd Faizal Azrul Muhamad En. Ahmad Ikmal bin Mohamed

En. Mohd Azharul bin Azemi

AJK PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN Dr. Ramlan Mustapha

Dr. Abu Bakar Jaafar

AJK PENERBITAN PROSIDING Dr. Mohd Nasir Ayob

AJK PENERBITAN JURNAL Dr. Ramlan Mustapha

AJK PENDAFTARAN Dr. Nursyahira Ibrahim

AJK HONORARIUM DAN SIJIL Dr. Surita Hartini

AJK TUGAS-TUGAS KHAS Ustaz Wan Azmi Wan Ahmad

Ustaz Zulkefli Mohamad

AJK PUBLISITI

Ustaz Mohd Nasrul Hakim Roslan

AJK CENDERAHATI Dr. Maziah Mahmud Nurul Hidayah Che Hassan

AJK PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN Ustaz Lokman Abdul Rasol

Dr. Maziah Mahmud

Ustazah Nurul Hidayah Che Hassan

PENGACARA MAJLIS

Dr. Nursyahira Ibrahim Dr. Nurul Badriyah Ali

MODERATOR SESI PEMBENTANG UCAP TAMA Ustazah Siti Norma Aisyah Malkan

(7)

Dr. Mahfuzah Mohamed Zabidi Cik Norzie Diana Baharum

MODERATOR & PANEL PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN SELARI Dr. Abu Bakar Jaafar & Dr. Ramlan Mustapha

Dr. Mohd Rilizam Rosli & PM Dr. Abdul Halim Ramli Dr. Maziah Mahmud & Dr. Mahfuzah Mohamed Zabidi

Dr. Rasyad Afif Ibrahim & Dr. Mohd Nasir Ayob

AJK LIAISON OFFICER (ANTARABANGSA) Dr. Hartini Rafaie

AJK PENGURUSAN PELAJAR ANTARABANGSA Dr. Eni Fariyatul Fahyuni M.PD.I (UMSIDA)

Dr. Nurdyansyah, M.Pd.I (UMSIDA) Dr. Yayuk Fauziyah, M.Pd.I

Dosen S2 MPI

AJK PENCATAT PEMBENTANGAN PENCERAMAH Dr. Maziah Mahmud

PEMBACA DOA

Ustaz Muhammad Muzakkir Othman

(8)

LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM

“SIMPOSIUM ADAB DALAM PENDIDIKAN PASCA COVID-19 (SAP 01/2021)”

ACIS & PJI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG DENGAN KERJASAMA

COLLABORATIVE GROUP ADAB IN EDUCATION, CENTRE FOR INNOVATIVE DELIVERY

& LEARNING DEVELOPMENT (CIDL), UiTM SHAH ALAM DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SIDOARJO (UMSIDA), INDONESIA

11 November 2021 (Khamis)

Masa 8.00 pagi:

Upacara

Pendaftaran peserta 8.20 pagi:

8.30 pagi:

8.40 pagi

8.50 pagi

9.10 pagi

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Setia Warga UiTM Bacaan Doa

Oleh: Ustaz Muhammad Muzakkir Othman

Ucapan alu-aluan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Pahang

Oleh: Yg Brs. Prof Madya Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman Ucapan alu-aluan Dekan Fakultas Agama Islam, Universitas Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA), Indonesia

Oleh: Yg Brs. Dr. Istikomah, M.Ag

Ucapan perasmian Simposium Adab dalam Pendidikan Pasca COVID-19

Oleh: Yg Bhg. Prof Dr. Mohd Ilham Adenan

Menjalankan Tugas Rektor, UiTM Cawangan Pahang

(9)

9.30 pagi : Ucaptama 1: Ekosistem Pendidikan Holistik Berteraskan Adab Oleh: Yg Bhg Prof Datuk Dr. Mizan Hitam

Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Nilai.

10.30 pagi : Ucaptama 2: Reka bentuk A.D.A.B dan Kreativiti dalam Penyampaian Pengajaran

Oleh: Yg Bhg Prof Dr. Hjh Nor Aziah Alias

Pengarah, Pembangunan Akademik, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UiTM Shah Alam.

11.30 pagi : Ucaptama 3: Ensouling Digital Learning With Values Oleh: Yg Bhg Prof Dr. Mustafa Bologlu

Fakulti Pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas), Hacettepe University, Ankara, Turki.

12.30 tengahari :

Makan tengahari dan Solat Zohor

2.00 petang : Pembentangan Penyelidikan Pelajar Pasca Siswazah (UiTM & UMSIDA) Tema: Inovasi dan Pemupukan Nilai dalam Pendidikan

4.30 petang : Rumusan Juri Pembentangan 5.00 petang : Majlis Bersurai

Referensi

Dokumen terkait

Data yang dibutuhkan untuk menghitung perkiraan volume per capacity ratio (VCR) koridor Jalan Raya Cimahi berdasarkan ketentuan intensitas bangunan yang ditetapkan dalam RTRW

Juga diharapkan kakitangan akademik UiTM Pahang meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu penulisan setahun dalam jumaI yang diindeks oleh pangkalan data dan jumal yang

Kajian kuasi eksperimen ini telah dijalankan di Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM Perlis) dengan tujuan untuk mengkaji hubungan pendedahan pengajaran dan

Asmaa’ Mohd Arshad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Atini Alias Kolej Universiti Islam Melaka Azhar Abdul Rahman

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaa’, ayat 34 bermaksud: “KAUM LELAKI itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah

Kertas kerja ini membincangkan bioteknologi, khusus terhadap teknik kultur tisu tumbuhan dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Bioteknologi adalah

Saklar batas digunakan untuk membatasi putaran katup pada silo utama dan membatasi putaran lengan pengambil tutup kemasan, sedangkan saklar kedekatan digunakan untuk

“ Anak dapat melakukan kegiatan membuat pagar dengan kacang panjang sesuai perintah oranng tua ” dikirim melalui video WA. 5 SOSEM 2.8, Memiliki perilaku mandiri dan