• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Kesahan Dalaman Terhadap Kaedah Penyelidikan Kuasi Eksperimen di dalam Pendidikan Keusahawanan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Isu Kesahan Dalaman Terhadap Kaedah Penyelidikan Kuasi Eksperimen di dalam Pendidikan Keusahawanan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

90

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

Isu Kesahan Dalaman Terhadap Kaedah Penyelidikan Kuasi Eksperimen di dalam Pendidikan Keusahawanan

Noraini Nasirun1+, Sarina Muhamad Noor2, Rushami Zein Yusoff3 and Abdul Aziz Othman3

1 College of Business, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah. Email: noraininasirun@gmail.com

+ Faculty of Business Management, Univerisit Teknologi MARA, 02600 Arau, Perlis.

Email: noraini305@perlis.uitm.edu.my

2 Faculty of Business Management, Univerisit Teknologi MARA, 02600 Arau, Perlis.

Email: sarina@perlis.uitm.edu.my

3 College of Business, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.

Email: rzy278@uum.edu.my

3 College of Business, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.

Email: abdaziz@uum.edu.my

ABSTRAK

Penyelidikan secara eksperimen sering dilakukan dalam penyelidikan berkaitan pendidikan. Namun begitu kaedah ekperimen terdedah kepada isu yang melibatkan kesahan disebabkan faktor-faktor ekstranus yang memberi pengaruh kepada dapatan kajian. Pengkaji terdahulu telah menggariskan 12 ancaman yang melibatkan kesahan dalaman. 12 ancaman ini telah dikategorikan kepada tiga pengaruh ancaman iaitu peserta kajian, rawatan dan prosedur. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk membincangkan bagaimana penyelidik menangani isu berkaitan dengan kesahan dalaman. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuasi esperimen bagi melihat sejauh mana pengajaran dan pembelajaran secara atas talian melalui blended learning dapat memberi kesan kepada pembolehubah yang dikaji. Penyelidik juga turut menggunakan kursus pendidikan keusahawanan (ENT300) bagi semester Disember 2014 hingga April 2015 sebagai konteks kajian. Kesimpulan dan saranan untuk kajian akan datang juga turut dibincangkan di dalam kajian ini.

Key Words: pendidikan keusahawanan, kuasi eksperimen, kesahan dalaman.

(2)

91 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

1. PENGENALAN

Eksperimen merupakan salah satu kaedah penyelidikan di dalam pendidikan. Ekperimen dijalankan apabila penyelidik ingin melihat hubungan sebab dan akibat di antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar di dalam sesuatu situasi. Merujuk kepada Creswell (2014), didalam melakukan kajian eksperimen, penyelidik bertanggunjawab mengawal situasi sepanjang kajian dijalankan agar ianya bebas daripada faktor-faktor luar seperti pembolehubah-pembolehubah ekstranus yang boleh mempengaruhi dapatan kajian. Di dalam sains sosial, eksperimen biasanya dijalankan secara uji kaji rawak. Namun begitu, kekangan yang wujud di dalam konteks pendidikan di mana peserta kajian telah ditempatkan di dalam kelas tertentu menyebabkan eksperimen secara rawak tidak dapat dijalankan. Maka eksperimen dijalankan dengan menggunakan kelas yang sedia ada (intact class) tanpa diberi tugasan secara rawak (randomized assingment) (Clark & Shadish, 2007; Zamri & Shaari, 2009). Kajian yang sebegini dikenali sebagai kuasi eksperimen. Perbezaan utama di antara eksperimen dan kuasi ekperimen ialah pemilihan peserta yang akan terlibat di dalam kajian. Walaubagaimanapun, kuasi eksperimen sentiasa terdedah dengan isu yang melibatkan pembolehubah ekstranus yang mempengaruhi isu kesahan kajian menjadikan isu kesahan ini perlu diberi perhatian oleh penyelidik yang menggunakan kaedah ini di dalam kajian mereka (Campbell &

Stanley, 1963; Clark & Shadish, 2007).

Justeru, artikel ini akan membincangkan tentang bagaimana penyelidik menangani isu kesahan dalaman penyelidikan berbentuk kuasi eksperimen di dalam pendidikan bidang keusahawanan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian kuasi eksperimen ini telah dijalankan di Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM Perlis) dengan tujuan untuk mengkaji hubungan pendedahan pengajaran dan pembelajaran secara blended learning, melalui model pengajaran yang dinamakan iCREATE (Innovative and Creative Young Entrepreneurs), disamping melihat pengaruh (sebab) lima pembolehubah bersandar kajian iaitu kadar kepuasan, keberkesanan, efisien, interaksi dan penglibatan di kalangan pelajar di dalam kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh UiTM.

2. PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Pendidikan keusahawanan (kod ENT300) merupakan kursus universiti yang diwajibkan kepada semua pelajar peringkat diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ini menjadikan jumlah pelajar yang mendaftar untuk mengikuti kursus ini sangat ramai. Oleh itu pengendalian kursus ini menjadi amat kritikal supaya kualiti pengajaran selaras dengan piawai yang ditetapkan oleh universiti. Justeru, antara

(3)

92 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

cabaran utama yang dihadapi oleh tenaga pengajar ialah bagi memastikan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus ini dapat dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan oleh universiti.

Di UiTM Perlis, pengendalian kursus ini turut menjadi cabaran kerana jumlah pelajar yang meningkat secara mendadak sehingga mencecah sehingga 1,383 pelajar dalam satu semester sedangkan bilangan pensyarah yang berkelayakan untuk mengajar kursus keusahawanan semakin berkurangan.

Keadaan ini berlaku berikutan dengan proses pensejajaran penempatan program akademik UiTM yang dilaksanakan oleh pihak universiti. Selain daripada itu, tenaga pengajar juga perlu berhadapan dengan masalah jumlah waktu bersemuka yang dikurangkan dalam semakan silibus terkini; dari empat jam seminggu kepada hanya tiga jam seminggu tanpa pengurangan komponen pentaksiran. Pengurangan jam semuka ini menyebabkan pentaksiran kursus menjadi semakin mencabar, terutamanya bagi memastikan pelajar terbabit mampu memahami isi kandungan pengajaran dan menyelesaikan komponen pentaksiran dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala dari segi pentaksiran untuk kursus ENT300, ianya terbahagi kepada dua komponen utama iaitu pentaksiran berterusan (50%) dan juga peperiksaan akhir (50%). Bagi pentaksiran berterusan, ialah terdiri daripada empat komponen utama iaitu laporan berterusan (5%), laporan rancangan perniagaan (20%), pembentangan rancangan perniagaan (10%) dan peperiksaan perterngahan semester (15%). Melainkan peperiksaan pertengahan semester, semua komponen pentaksiran berterusan dilakukan secara berkumpulan.

Bagi menangani masalah pentaksiran yang dihadapi, satu model pengajaran yang dikenali sebagai iCREATE telah diperkenalkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Perlis. Model pengajaran ini telah mengintegrasi blended learning melalui pendekatan flipped classroom (Embi & Panah, 2014; Powell et al., 2015). Model ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan garis panduan Outcome Based Education- Student Centered Learning (OBE-SCL) seperti yang dianjurkan oleh univesiti (Eng, Akir, & Malie, 2012;

Ismail & Zakwan, 2010). Dengan menggunakan model ini, pentaksiran kursus dapat dilaksanakan dengan lebih efisen dan berkesan. Namun begitu, hingga kini, model ini hanya mampu untuk mengukur pencapaian kognitif dan psikomotor sahaja melalui rubrik yang telah disediakan. Model ini masih belum mampu untuk mengukur peringkat efektif secara lebih spesifik, terutamanya yang melibatkan kualiti penggunaan model pengajaran dalam pendidikan keusahawanan. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan kajian kuasi eksperimen dengan menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan tidak seimbang bagi mengkaji pelaksanaan blended learning melalui modul pembelajaran ini. Ia bertujuan bagi mengenalpasti samada kaedah blended learning memberi kesan kepada pembolehubah bersandar kajian iaitu kadar kepuasan, keberkesanan, efisien, interaksi dan penglibatan di kalangan pelajar di dalam kursus keusahawan yang dianjurkan oleh UiTM.

(4)

93 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

Seramai 90 pelajar terlibat sebagai peserta kajian. Pelajar tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kajian ini mengambil masa tujuh minggu di mana kumpulan rawatan telah menerima peratusan pendedahan modul blended learning lebih tinggi (43%) berbanding dengan kumpulan kawalan (14%). Jangkasamasa ini dilihat sebagai satu jangkamasa yang sesuai untuk melihat kesan perlaksanaan blended learning melalui modul pengajaran terhadap pembolehubah yang dikaji. Jangkamasa yang lebih panjang mendatangkan masalah kepada penyelidik untuk mengawal faktor-faktor ekstranus yang boleh memberi kesan kepada validasi dan keputusan kajian.

3. MENANGANI ISU KESAHAN DALAMAN DI DALAM KUASI EKSPERIMEN

Seperti yang dinyatakan di dalam seksyen terdahulu, isu kesahan dalaman perlu diberi perhatian oleh penyelidik kuasi-eksperimen. Creswell (2012) telah membahagikan kesahan dalaman kepada tiga kategori utama iaitu peserta kajian, rawatan dan prosedur. Oleh itu, seksyen ini akan membincangkan kaedah penyelidik menangani isu kesahan dalamam kajian kuasi eksperimen di dalam bidang pendidikan keusahawanan di UiTM.

Creswell (2012) telah mengenalpasti enam faktor di bawah kategori peserta kajian iaitu sejarah, kematangan, regrasi, pemilihan peserta kajian, mortaliti dan inetraksi dengan pemilihan peserta kajian.

Sejarah. Kesan sejarah merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang timbul di antara tarikh mula dan tarikh akhir proses eksperimen. Peristiwa merupakan pembolehubah ekstranus yang berpotensi untuk memberi kesan kepada dapatan kajian. Untuk kajian ini, penyelidik telah merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada skema kerja ENT300 mengikut kalender akademik bermula Disember 2014 hingga April 2015. Skema kerja ini telah dibentangkan dan disahkan oleh jawatankuasa akademik peringkat universiti. Setelah itu, prosedur berkaitan dengan eksperimen turut dibentangkan kepada kumpulan yang terlibat dengan eksperimen (kawalan dan rawatan). Oleh kerana tarikh mula dan tarikh akhir eksperimen berada di dalam semester yang sama, maka kesan faktor ekstranus yang disebabkan oleh sejarah dapat dikurangkan.

Kematangan. Kesan kematangan merujuk kepada hubungan kesan dan akibat yang dipengaruhi oleh faktor jangkamasa eksperimen. Tempoh jangkamasa dalam kuasi eksperimen ini merujuk kepada ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran dalam tempoh tujuh minggu kajian bermula pada minggu ke-6 hingga minggu ke-12. Tempoh ini dipilih kerana wujudnya interaksi yang minima di kalangan pelajar- pelajar disebabkan kesibukkan mereka menyempurnakan laporan masing-masing. Di dalam kajian kuasi eksperimen, penyelidik perlu memastikan tempoh yang dijalankan bersesuaian dengan kadar rawatan yang perlu diterima oleh peserta kajian. Ini adalah penting kerana tempoh kajian terlalu pendek akan

(5)

94 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

menyebabkan kesan terhadap rawatan tidak dapat dilihat sepenuhnya, manakala jika tempoh kajian terlalu panjang pula akan menyebabkan kesan rawatan mungkin akan dipengaruhi oleh faktor ekstranus yang boleh mempengaruhi keputusan kajian.

Regrasi. Biasanya skor yang dicerap dalam satu jangkamasa yang panjang dalam sesuatu kajian membentuk cerapan regrasi menghampiri min. Oleh itu, pemilihan peserta kajian berasaskan kepada skor ekstrim akan memberi pengaruh kepada dapatan kajian. Bagi mengatasai masalah ini penyelidik haruslah memastikan semua skor ekstrim peserta kajian dikeluarkan sebelum proses menganalisa data. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah menjalankan ujian pra-eksperimen bagi memastikan semua peserta kajian dalam kumpulan-kumpulan yang terlibat bersifat seragam (homogeneous), agar kesan yang wujud disebabkan oleh regrasi dapat dielakkan.

Pemilihan peserta kajian. Dalam setiap kajian kuasi eksperimen, terdapat kemungkinan karekter yang dimiliki oleh peserta kajian akan mempengaruhi dapatan kajian, antaranya seperti perbezaan pengalaman yang dimiliki oleh peserta berhubung dengan rawatan yang bakal diberikan dalam kajian. Oleh itu, untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar semester akhir Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pelajar-pelajar ini mempunyai karekter sama yang berkaitan dengan kajian seperti menerima pendedahan yang sama dari aspek pengalaman berkaitan dengan blended learning.

Tambahan lagi, pelajar-pelajar ini juga telah diberikan ujian pra-eksperimen bagi memastikan semua peserta kajian bersifat seragam.

Mortaliti (Mortality). Mortaliti merujuk kepada kesan yang diakibatkan oleh keadaan di mana peserta kajian menarik diri dari meneruskan kajian sebelum tarikh kajian tamat. Untuk memastikan perkara ini dapat dielakkan, penyelidik telah memulakan kajian pada minggu ke-6 dalam kalender akademik kerana proses validasi subjek perlu dilakukan oleh pelajar pada minggu ke lima, di mana selepas daripada tarikh ini, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk melakukan proses gugur tambah subjek dan isu mortaliti dapat dielakkan di kalangan pelajar yang terbabit.

Interaksi dengan peserta kajian. Interaksi dengan peserta kajian merujuk kepada situasi di mana faktor-faktor seperti sejarah, kematangan, regrasi dan mortaliti mepengaruhi interaksi dengan peserta kajian yang terlibat di dalam kajian ini. Oleh kerana kajian ini dijalankan selama tujuh minggu dalam semester yang sama, maka ancaman interaksi sejarah, kematangan, regrasi dan mortaliti terhadap peserta kajian telah diambilkira oleh penyelidik. Peserta kajian tidak terdedah kepada faktor sejarah kerana pra-ujian sebelum kajian telah menunjukkan peserta kajian adalah bersifar seragam. Peserta kajian juga bebas dari ancaman kematangan kerana persekitarannya telah dikawal melalui aktiviti yang telah dirancang. Peserta kajian yang bersifat seragam juga turut memastikan pengkaji telah mengawal kemungkinan cerapan yang disebabkan

(6)

95 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

oleh skor ekstrim di kalangan peserta kajian yang boleh mempengaruhi dapatan kajian. Akhir sekali, pemilihan pelajar yang telah menyempurnakan validasi subjek, dapat memastikan tidak ada perubahan dari segi bilangan pelajar sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, dan ini juga turut menyumbang kepada isu kesahan dalaman dalam kuasi eksperimen.

Manakala kategori kedua ancaman kesahan dalaman adalah berkaitan dengan rawatan. Terdapat empat jenis ancaman di dalam kategori ini iaitu penyebaran rawatan (diffusion of treatments), gantian penyamaan (compensatory equalization), gantian persaingan (compensatory rivalry) dan resentful demoralization.

Penyebaran rawatan (diffusion of treatments). Penyebaran rawatan merujuk kepada situasi di mana pengkaji harus memisahkan kumpulan yang terlibat melalui aktiviti yang dirancang (secara atas talian dan juga secara bersemuka) supaya mencapai keberkesanan rawatan. Untuk kajian ini, penyebaran rawatan telah dijalankan ke atas kelas tutorial dengan mengintegrasi pelbagai platfom iaitu Learning Management System (LMS),Facebook, Whatsapp dan Short Message Service. Ini adalah kerana kelas tutorial untuk kumpulan-kumpulan tersebut dijalankan pada waktu yang berbeza, dan terpisah kumpulan LMS dan Facebook bagi merekod interaksi antara pelajar-pelajar, pelajar-tenaga pengajar dan pelajar-eKandungan.

Penyelidik beranggapan bahawa kaedah ini dilihat memudahkan penyelidik untuk mengawal penyebaran rawatan antara kumpulan dan maklumat yang dikongsi di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Gantian penyamaan (compensatory equalization). Penyelidik juga hendaklah memastikan rawatan diterima sepenuhnya oleh setiap ahli di dalam kumpulan yang terlibat, supaya keberkesanan rawatan dapat dinilai. Untuk ini, penyelidik telah menetapkan dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. kumpulan rawatan telah menerima lebih banyak waktu untuk pembelajaran atas talian di dalam blended learning berbanding dengan kumpulan kawalan, iaitu 43% untuk kumpulan rawatan, berbanding 15% untuk kumpulan kawalan. Pengiraan ini dibuat berdasarkan Student Learning Time (SLT) seperti yang dinyatakan di dalam silibus ENT300.

Gantian persaingan (compensatory rivalry). Gantian persaingan merujuk kepada keadaan di mana kumpulan kawalan merasakan mereka ketinggalan dalam kajian ini dan cuba sedaya upaya untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, penyelidik telah memastikan bahawa rawatan yang diberikan kepada kumpulan yang terlibat secara atas talian lebih menjurus kepada kebiasaan amalan di dalam blended learning. Kaedah ini berkesan kerana pelajar-pelajar daripada kumpulan kawalan tidak menyedari mengenai pembelajaran atas talian kerana menganggap ianya sebagai sebahagian daripada pilihan kepada pembelajaran secara bersemuka.

(7)

96 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

Resentful demoralization. Salah satu masalah yang dihadapi oleh penyelidik dalam kajian ekperimen ialah, peserta kajian daripada kumpulan rawatan akan merasa rendah diri dan kurang motivasi untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan subjek yang terlibat. Antara salah satu sebab mengapa kajian ini hanya berlangsung 7 minggu sahaja dalam tempoh semester pengajian yang sama ialah bagi memastikan pelajar kumpulan kawalan mendapat pendedahan yang sama apabila tempoh kajian tamat.

Kategori terakhir dalam kesahan dalaman ialah ancaman terhadap prosedur. Terdapat dua jenis kesahan yang terlibat dalam kategori ini iaitu ujian dan instrumentasi.

Ujian. Kesan ujian merujuk kepada kemungkinan peserta kajian merasa biasa dengan soalan yang dikemukakan oleh penyelidik terutamanya apabila menggunakan kaedah pra-ujian atau ujian secara time- based. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan pasca ujian, oleh itu ancaman yang disebabkan oleh pra-ujian dan ujian ulangan adalah tidak relevan dengan kajian ini.

Instrumentasi. Kesan ancaman disebabkan oleh instrumentasi ini disebabkan oleh perubahan instrumentasi berbanding masa. Biasanya ancaman ini disebabkan oleh pendedahan instrumentasi secara berkala kepada peserta kajian. Untuk kajian ini, ujian hanya dijalankan secara pasca-ujian maka masalah dengan perubahan instrumentasi adalah tidak relevan.

4. KESIMPULAN

Kajian bersifat kuasi eksperimen sentiasa dijalankan di dalam pendidikan (Creswell, 2012;

DesJardins, McCall, Ott, & Kim, 2010; Muijs, 2011). Penyelidik terdahulu mendapati isu kesahan dalam kajian menggunakan kaedah ini amat sensitif kerana sepanjang kajian dijalankan, ianya terdedah kepada pelbagai faktor-faktor ekstranus yang boleh memberi ancaman kepada kesahan kajian. Artikel ini telah membincangkan bagaimana penyelidik menangani isu kesahan dalaman dalam kajian secara kuasi eksperimen dalam bidang pendidikan keusahawanan di universiti pengajian tinggi awam di Malaysia.

Penyelidik telah membincangkan 12 isu berkaitan dengan kuasi eksperimen dan bagaimana menanganinya.

Isu-isu ini secara umumnya telah dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu peserta kajian, rawatan dan prosedur.

Jelasnya penyelidikan secara kuasi eksperimen ini merupakan satu kaedah yang penting untuk melihat kesan sesuatu pembolehubah ke atas pembolehubah yang lain. Oleh itu, untuk kajian akan datang, disarankan supaya penyelidik memahami persekitaran kajian yang perlu dikawal dan juga faktor-faktor ekstranus yang boleh memberi pengaruh kepada kajian secara keseluruhannya. Penyelidik berkenaan juga perlu memastikan rekabentuk kajian mampu menerangkan dapatan yang diingini dengan menjelaskan

(8)

97 Noraini Nasirun et al

AEJ, 2 (2), 90-97, 2016 (ISSN 2289-2125)

langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu kesahan dan seterusnya memastikan dapatan kajian benar-benar mampu menjawab persolan kajian.

REFERENCES

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1963). Experimental and Quasi-Experimental Designs for Research (1st ed.). USA: Library of Congress Catalogue.

Clark, M. H., & Shadish, W. R. (2007). Quasi-Experimental Method. In Encyclopedia of Measurement and Statistics (pp. 806–809). Thousand Oaks: SAGE Publications, Inc.

Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and

Qualitative Research. Educational Research (Vol. 4).

http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

DesJardins, S. L., McCall, B. P., Ott, M., & Kim, J. (2010). A Quasi-Experimental Investigation of How the Gates Millennium Scholars Program Is Related to College Students’ Time Use and Activities.

Educational Evaluation and Policy Analysis, 32(4), 456–475.

http://doi.org/10.3102/0162373710380739

Embi, M. A., & Panah, E. (2014). Overview of Flipped Learning. In M. A. Embi (Ed.), Blended & Flipped Learning: Case Studies in Malaysian HEIs (pp. 197–206). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia & Ministry of Education Malaysia. http://doi.org/10.1016/B1-4160-0123-9/50014-0 Eng, T. H., Akir, O., & Malie, S. (2012). Implementation of Outcome-based Education Incorporating

Technology Innovation. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 62(2000), 649–655.

http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.108

Ismail, A., & Zakwan, F. (2010). Implementation and assessment of outcome based education (OBE) in the Faculty of Civil Engineering at Universiti Teknologi MARA (UiTM). In 2010 2nd International Congress on Engineering Education (pp. 211–214). Retrieved from http://ieeexplore.ieee.org/xpls/abs_all.jsp?arnumber=5490593

Muijs, D. (2011). Experimental and Quasi- Experimental Research. In Doing Quantitative Research in Education with SPSS. London: SAGE Publications Ltd.

Powell, A., Watson, J., Staley, P., Patrick, S., Horn, M., Fetzer, L., … Verma, S. (2015). Blending Learning:

The Evolution of Online and Face-to-Face Education from 2008 – 2015. Retrieved from http://www.inacol.org/resource/blending-learning-the-evolution-of-online-and-face-to-face-

education-from-2008-2015/

Zamri, S., & Shaari, A. S. (2009). Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI), 6, 55–78.

Referensi

Dokumen terkait

“ Apakah anda akan mencari pengobatan ke fasilitas - fasilitas pengobatan tradisional saat menderita sakit?” yaitu sebesar 24%. Hasil ini menunjukkan bahwa

Keluarga memberikan dukungan informasional kepada subjek yaitu berupa nasehat dan saran-saran untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi subjek dengan

Dari hasil perhitungan diperoleh nilai koefisien determinasi (adjusted R 2 ) sebesar 0,777, hal ini berarti bahwa variabel independen dalam model (independensi, etika

Internasional dapat menjadi aktor mandiri berdasarkan haknya.Misalnya saja dapat kita lihat dari kasus pernikahan anak di bawah umur yang ada di India dimana UNICEF

Penelitan ini bertujuan untuk mengidentifikasi apakah terdapat hubungan antara sikap empati dengan ekspresi musikal dalam permainan musik kamar mahasiswa jurusan musik ISI

Detak Riau sangat berpengaruh dalam hal ini, untuk menghasilkan profit yang berasal dari iklan, relasi atau kerjasama antar media dan perusahaan, pemerintah dan lainnya,

Saklar batas digunakan untuk membatasi putaran katup pada silo utama dan membatasi putaran lengan pengambil tutup kemasan, sedangkan saklar kedekatan digunakan untuk

“ Anak dapat melakukan kegiatan membuat pagar dengan kacang panjang sesuai perintah oranng tua ” dikirim melalui video WA. 5 SOSEM 2.8, Memiliki perilaku mandiri dan