• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD (ERAMAN) 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD (ERAMAN) 2015"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Belanja dan Menang CIMB – MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD (ERAMAN) 2015

1. “CIMB” merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P). Tempoh Kempen

2. “Kempen Belanja dan Menang CIMB – Malaysia Airports (Niaga) SDN BHD 2015” (“Kempen ini”) berlangsung dari 16 Jun 2015 hingga 31 Ogos 2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh luput Tempoh Kempen, dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi. Kelayakan

4. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad kredit utama dan tambahan CIMB, pemegang kad debit CIMB dan pemegang akaun Kwik CIMB yang memegang kad kredit, debit dan Kwik (kecuali dan melainkan CIMB Platinum Business Card dan CIMB Partner Card) yang dikeluarkan oleh CIMB Malaysia sahaja yang nombor mudah alihnya didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom atau Digi dan disimpan dalam rekod CIMB kecuali dan melainkan pihak yang dirujuk di dalam Klausa 5 di sini (“Peserta Layak”). Akaun-akaun CIMB untuk kad kredit utama dan tambahan dan kad debit dan akaun Kwik untuk Peserta Layak selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Akaun Sertaan”).

5. Kategori orang berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

i) Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan;

ii) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara CIMB (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (aitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan

iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, VISA Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, dengan pejabatnya di 30, Raffles Place, #10-00, Chevron House, Singapore 048622 (“VISA”) dan MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka masing-masing).

(2)

Hadiah dan Kriteria Penyertaan

6. Hadiah berikut akan disediakan untuk pemenang terpilih Kempen ini: Pemenang Hadiah

1x Hadiah Utama

Pakej percutian Glorious Switzerland 8 hari untuk 2 orang 1x Hadiah Kedua Pakej percutian Best of Morocco 10 hari untuk 2 orang 1x Hadiah Ketiga Pakej percutian Glories of Greece 7 hari untuk 2 orang Hadiah Ke-4 –

Ke-10

Aktiviti beli-belah (‘shopping spree’) selama 20 saat di Eraman

Hadiah Ke-11 – Ke-50

Baucer Eraman bernilai RM350 untuk setiap pemenang 51st – 100th Prize Baucer Eraman bernilai RM200 untuk setiap pemenang

Nota (i) Pemegang Kad yang merupakan pemenang Hadiah Pertama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga bertanggungjawab terhadap kos dan perbelanjaan mereka untuk mendapatkan visa atau permit yang diperlukan untuk melancong ke luar negara bagi pakej percutian. CIMB tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan visa atau permit yang diperlukan bagi pihak pemenang dan CIMB juga tidak bertanggungjawab menyediakan hadiah gantian sekiranya pemenang gagal mendapatkan visa atau permit yang diperlukan.

(ii) Aktiviti beli belah (‘shopping spree’) selama 20 saat di gedung Eraman yang ditetapkan adalah terhad kepada coklat/gula-gula dan barangan kosmetik sahaja. Produk atau barang niaga lain di gedung Eraman tersebut tidak termasuk ke dalam aktiviti beli-belah selama 20 saat tersebut.

(iii) Baucer Eraman adalah tertakluk kepada terma penggunaan atau terma-terma dan syarat Eraman yang berasingan daripada terma-terma-terma-terma dan syarat-syarat ini.

Transaksi Layak

7. Peserta Layak boleh memperolehi penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) untuk memenangi Hadiah yang dirujuk dalam Klausa 6 di atas dalam cara berikut:

i) Setiap gandaan RM250 dalam Perbelanjaan Runcit (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 8 di dalam ini) yang dibentangkan dalam Klausa 7 dalam tempoh satu hari yang dicaj kepada mana-mana Akaun Sertaan Peserta Layak dalam Tempoh Kempen dan dilaksanakan (‘posted’) terhadap Akaun Sertaan Peserta Layak pada atau sebelum 5hb September 2015 membolehkan Peserta Layak mendapatkan satu (1) Penyertaan.

ii) Bilangan penyertaan akan digandakan dengan setiap gandaan Perbelanjaan Runcit sebanyak RM250 (“Transaksi Layak”)

(3)

perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dikecualikan dengan nyata di dalam ini dan tidak akan dianggap sebagai perbelanjaan runcit yang layak:-

i) Transaksi yang dibuat menggunakan CIMB Platinum Business Card dan CIMB Partner Card;

ii) Transaksi Kuasi Tunai – (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); iii) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana peniaga yang

mempunyai kaitan dengan dan/atau dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang saham atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana perbadanan atau entiti perniagaan yang mana beliau dan/atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikannya atau bekerja dengannya atau mempunyai saham atau kepentingan di dalamnya atau adalah pengarahnya tidak akan dianggap sebagai Transaksi Layak;

iv) Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, transaksi yang dipertikaikan, tanpa kebenaran atau menipu; dan

Meskipun perkara di atas, sebarang penentuan oleh CIMB tentang apakah yang merupakan Perbelanjaan Runcit adalah konklusif dan mengikat kecuali kesilapan nyata.

9. Perbelanjaan runcit dikira terhadap jumlah perbelanjaan yang disatukan bagi pemegang kad kredit (utama dan tambahan), kad debit and kad Kwik. Jika pemegang kad mempunyai beberapa akaun kad kredit dan/atau kad debit dan/atau kad Kwik, perbelanjaan runcit yang dibuat terhadap semua kad kredit, kad debit dan kad Kwik oleh pemegang kad kredit utama dan tambahan dan/atau kad debit dan/atau kad Kwik akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk mencapai perbelanjaan runcit bagi Transaksi Layak dan Kriteria Penyertaan dalam Tempoh Kempen.

Contoh: Pemegang Kad A mempunyai kad kredit CIMB Visa Infinite, 2 kad kredit tambahan CIMB Visa Infinite dan 1 kad debit CIMB MasterCard. Semua transaksi terhadap mana-mana kad kredit dan kad debit tersebut akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk mencapai perbelanjaan bagi Transaksi Layak dan Kriteria Penyertaan Kempen ini.

10. Penjejakan perbelanjaan runcit adalah berdasarkan tarikh dan masa transaksi dilaksanakan (‘posted’) (Waktu Malaysia).

Proses Pemilihan Pemenang

11. Satu kumpulan pemenang berpotensi, yang terdiri hanya daripada pemegang kad utama (“Pemenang Berpotensi”) akan disenarai pendek dan nama mereka dimasukkan ke dalam senarai menurut turutan bermula daripada nombor “1”. Langkah menyenarai pendek Pemenang Berpotensi dan peletakan nama mereka di

(4)

dalam senarai turutan (“Senarai”) akan dijana oleh komputer secara rawak (“Pemenang Berpotensi”).

(i) Hadiah Utama hingga Hadiah Ke-10

Pemenang Berpotensi untuk Hadiah Utama hingga Hadiah Ke-10 akan dihubungi melalui telefon di nombor telefon mereka yang disimpan di dalam rekod CIMB dalam masa dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai pemenang hadiah. Panggilan akan dibuat kepada nama pertama dalam Senarai untuk menentukan Pemenang Hadiah Utama disusuli oleh panggilan yang dibuat kepada nama kedua dalam Senarai untuk menentukan Pemenang Hadiah Kedua disusuli oleh panggilan yang akan dibuat kepada nama ketiga hingga kesepuluh dalam Senarai untuk menentukan Pemenang Hadiah Ke-3 hingga Ke-10. Jika percubaan pertama untuk menelefon Pemenang Berpotensi gagal, iaitu atas sebab seperti tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau apa-apa sebab lain, dua (2) percubaan lagi akan dibuat untuk menelefon Pemenang Berpotensi. Jika percubaan ketiga tidak berjaya, Pemenang Hadiah Berpotensi seterusnya akan dihubungi. Jika Pemenang Berpotensi gagal menjawab soalan dengan tepat, Pemenang Berpotensi tersebut akan disingkirkan dan panggilan akan dibuat kepada Pemenang Berpotensi seterusnya di dalam senarai.

(ii) Hadiah Ke-11 hingga Hadiah Ke-100

Makluman SMS akan dihantar sekali kepada Pemenang Berpotensi dan mereka dikehendaki menjawab satu soalan (1) Benar/Salah dengan membalas SMS tersebut dengan jawapan yang tepat dalam masa dua (2) hari dari tarikh SMS dihantar kepada Pemenang Berpotensi. Tarikh akhir (aitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan di dalam SMS. Dengan syarat Bank menerima semua jawapan yang tepat kepada soalan sebelum tarikh akhir tersebut, Pemenang Berpotensi yang namanya ditempatkan di tempat kesebelas (ke-11) dalam Senarai akan memenangi Hadiah Ke-11 disusuli oleh Pemenang Berpotensi yang ditempatkan di tempat ke-12 dalam Senarai yang akan memenangi Hadiah Ke-12 hingga Pemenang Berpotensi yang ditempatkan di tempat ke-100 dalam Senarai yang akan memenangi Hadiah Ke-100. Sekiranya Pemenang Berpotensi gagal memberi balasan tepat kepada soalan melalui SMS yang dihantar kepada bank sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, Pemenang Berpotensi yang memberikan balasan yang tepat sebelum tarikh akhir dan yang namanya adalah nama seterusnya dalam Senarai akan memenangi hadiah. Untuk mengelakkan keraguan, semua caj untuk SMS yang dihantar oleh Pemenang Berpotensi adalah tertakluk kepada sebarang caj yang mungkin dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang berkenaan. Caj telekomunikasi standard untuk balasan SMS akan dikenakan.

Semua soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan mengikat.

(5)

12. CIMB Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan tarikh dan masa untuk membuat panggilan telefon kepada Pemenang Berpotensi. CIMB Bank tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap panggilan yang dibuat kepada Pemenang Berpotensi yang

i) tidak dapat disempurnakan atau terputus atas apa sebab jua;

ii) tidak dijawab atau diteruskan kerana Pemenang Berpotensi tidak ada pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan/atau atas apa jua sebab lain. Peserta Layak utama bertanggungjawab memastikan nombor telefon mereka yang diberikan adalah nombor telefon terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB Bank sekiranya apa-apa perubahan dibuat padanya oleh Peserta Layak utama. CIMB Bank merizab hak untuk merekodkan perbualan telefon ini bagi tujuan penentusahan dan rekod.

13. Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, akaun kad kredit atau kad debit CIMB atau akaun Kwik CIMB Peserta Layak terpilih MESTI dalam keadaan baik dan Peserta Layak TIDAK BOLEH memungkiri mana-mana terma dan syarat perjanjian kad kredit atau kad debit CIMB atau perjanjian akaun Kwik CIMB atau mungkir, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau menjadi Pemenang Kempen.

14. Peserta Layak hanya layak memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen. Untuk mengelakkan keraguan, Ahli Kad tambahan tidak berhak memenangi sebarang hadiah di bawah Kempen. Pemenang Kempen perlu menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk menerima hadiah.

15. Hadiah hanya akan diberikan kepada Peserta Layak yang merupakan pemegang kad utama dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain atau ditukar dengan wang tunai dan tidak termasuk kos dan perbelanjaan lain berkaitan dengan perjalanan seperti wang perbelanjaan, pasport, visa, insurans perjalanan, pengangkutan semasa waktu bebas Pemenang, caj sampingan, seperti mini-bar, panggilan telefon, bil bar, filem di dalam bilik, perbelanjaan dobi, kehilangan atau kerosakan harta hotel, makanan atau penginapan (kecuali setakat mana wang perbelanjaan, pengangkutan, makanan atau penginapan dinyatakan dengan jelas dalam terma-terma dan syarat-syarat ini sebagai termasuk dalam Hadiah). Sebarang kos dan perbelanjaan berkaitan lain hendaklah ditanggung semata-mata oleh Pemenang.

16. Pembahagian Hadiah (yang tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai atau kredit apa jua jenisnya) dalam Klausa 6 adalah seperti berikut:-

a. Pakej Pelancongan

i) Pakej Pelancongan untuk Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga merangkum dua (2) tiket penerbangan udara pergi balik untuk Pemegang Kad, cukai lapangan terbang, caj bahan api, kos penginapan (bilik sahaja) dan fi pentadbiran. Tiket tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk. Pakej

(6)

Pelancongan tidak tersedia bagi tiket penerbangan tanpa tarikh khusus (‘open dated’).

ii) Perjalanan sah melalui syarikat penerbangan yang akan ditentukan oleh CIMB menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Semua perlepasan tiket adalah dari Kuala Lumpur. Pemenang hanya berhak menerima tiket kelas ekonomi.

iii) Tempoh tempahan dan pengeluaran tiket adalah dari 1hb Okt 2015 hingga 30hb November 2015 dan tempoh perjalanan adalah dari 1hb Okt 2015 hingga 15hb Dis 2015. Semua pemenang hendaklah menempah tiket penerbangan mereka dan memastikan tiket dikeluarkan pada atau sebelum 30hb November 2015 dan jika tidak hadiah yang merangkum pakej percutian akan ditarik balik dan tidak lagi boleh dituntut. Tiket pergi balik hanya sah untuk perjalanan ‘point to point’ sahaja.

iv) Penginapan hotel di Switzerland / Maghribi / Greece untuk Ahli Kad akan ditentukan oleh CIMB menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Penginapan hotel adalah bilik standard. Apa-apa penggunaan mini bar di dalam bilik, penggunaan apa-apa perkhidmatan di hotel, pengambilan makanan dan minuman di bilik atau restoran di hotel atau kerosakan pada kemudahan yang disediakan di dalam bilik hotel akan ditanggung oleh Ahli Kad.

v) Jika Ahli Kad ingin membuat apa-apa perubahan pada tiket yang telah dikeluarkan dan penginapan hotel yang telah ditempah, semua kos dan caj tambahan yang ditanggung hendaklah ditanggung oleh Ahli Kad.

vi) Pakej percutian yang dimenangi oleh Ahli Kad hanya boleh digunakan oleh Ahli Kad dan orang yang mengiringi Ahli Kad, yang hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas dan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana orang lain.

vii) Tempahan dan pengeluaran tiket dan tempahan hotel hanya boleh dibuat melalui agen pelancongan khusus yang dipilih oleh CIMB.

viii) Dengan menyertai Kempen, Ahli Kad dengan ini mengakui dan bersetujui bahawa CIMB (dan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitannya) tidak akan dalam apa cara jua bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan yang walau bagaimanapun jua berbangkit daripada atau berkaitan dengan Kempen termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan yang dialami semasa (atau kecederaan yang diakibatkan oleh) perjalanan atau berbangkit daripada pakej percutian. Pemenang pakej percutian digalakkan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang mencukupi untuk melindungi diri mereka terhadap kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan tersebut.

ix) CIMB dengan ini menafikan semua jaminan (tersirat atau nyata) bagi semua barangan hadiah dari segi kesesuaiannya bagi tujuan, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko berkaitan dengan penggunaan hadiah hendaklah ditanggung oleh pemenang.

(7)

i) Setiap pemenang akan diberikan masa 20 saat untuk membeli-belah di outlet Eraman yang terpilih di KLIA atau klia2 pada tarikh-tarikh yang ditetapkan dan outlet yang terpilih akan ditentukan oleh Eraman.

ii) Hadiah tidak boleh dirunding dan tidak boleh dikembalikan dan terbatas kepada coklat, gula-gula dan barangan kosmetik.

iii) Hadiah tidak termasuk sebarang barangan alkohol atau tembakau dan barangan ini dikecualikan daripada Aktiviti Beli-belah 20 saat.

iv) Jika mana-mana pemenang tidak dapat menerima hadiah tersebut, CIMB berhak memberikan hadiah kepada pemenang berpotensi yang lain. c. Baucer Eraman

i) Baucer Eraman akan disampaikan kepada Pemenang Kempen semasa majlis penyampaian hadiah.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

17. CIMB merizab hak untuk menerbitkan atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman Peserta Layak yang memenangi Hadiah untuk Kempen ini bagi tujuan pengiklanan dan publisiti tertakluk kepada kebenaran Peserta Layak. CIMB boleh menurut budi bicaranya menjemput Pemenang untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah bagi tujuan memberikan Hadiah.

18. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan keputusan CIMB. 19. Peserta Layak bertanggungjawab memastikan bahawa alamat surat-menyurat dan

nombor telefon mudah alih yang diberikan dan disimpan dalam rekod CIMB adalah terkini dan dikemaskinikan. CIMB berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang disimpan dalam rekod CIMB adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan.

20. CIMB berhak, menurut budi bicara mutlaknya untuk mengubah, memotong atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan hadiah di bawah Kempen ini dan/atau melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini (“Pindaan”). Sebarang pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen atau Pindaan hendaklah mengikat Peserta Layak dan dianggap dibawa kepada perhatian Peserta Layak melalui mana-mana notis terdahulu selama sekurang-kurangnya 21 hari yang dihantar oleh CIMB kepada Peserta Layak melalui komunikasi elektronik termasuk ‘electronic direct mail (“EDM”) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih Peserta Layak yang terakhir diketahui dan/atau dengan memaparkannya di laman web CIMB di www.cimbbank.com.my.

(8)

Tiada pampasan wang tunai atau apa jua jenis pampasan akan diberikan kepada Peserta Layak berbangkit daripada sebarang perubahan, pemadaman, tambahan atau pindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.

21. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini (seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 18) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat semasa Peserta Layak dalam perjanjian kad kredit CIMB dan akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain dan pengiklanan berhubung dengan Kempen ini.

22. Keputusan CIMB dan/atau hakim-hakim CIMB berhubung dengan Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif, kecuali kesilapan nyata. CIMB merizab hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak yang dianggapnya atau disyaki dengan munasabah telah mengganggu proses atau operasi Kempen, atau bertindak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini.

23. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh ketinggalan atau kecuaian CIMB. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB tidak akan bertanggungjawab sama sekali atas sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen ini.

24. Dengan menerima Hadiah, Pemenang Kempen bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau laibiliti yang diakibatkan oleh kecuaian atau ketinggalan CIMB.

25. CIMB tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal peserta. Setiap peserta bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

(9)

26. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

27. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Peserta Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel.: 1 300 880 900 / Faks: 603 2691 3248/cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya penerapan model pembelajaran kooperatif group investigation berbantuan multimedia interaktif ini, pembelajaran akan terasa lebih menyenangkan karena

Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara, serta proses pengadaan peralatan-peralatan kebutuhan Dinas Kesejahteraan dan Sosial Provinsi Sumatera Utara dan

BAB III PERBANDINGAN TEORI DENGAN PELAKSANAAN PENGANGKATAN ANAK SAAT INI DI MASYARAKAT Bab ini menguraikan tentang, dalam rangka pelaksanaan perlindungan anak dalam

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam