• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH PEMERDAGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH PEMERDAGA"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH

PEMERDAGANGAN ORANG : SATU PENEMUAN AWAL

DI SABAH

Norcikeyonn Samuni¹ ( Nor-Ina Kanyo²)

¹Pelajar Sarjana Sastera (Geografi) Sekolah Sains Sosial

Universiti Malaysia Sabah

uncuyunn89@yahoo.com, uncuyunn89@gmail.com

(²Pensyarah Kanan Program Geografi

Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP) Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah)

norina03@gmail.com, norina@ums.edu.my

ABSTRAK

Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan antara jenayah tertua di dunia. Jenayah ini banyak berlaku di seluruh dunia terutama di negara-negara mundur dan mempunyai kapasiti penduduk yang ramai seperti di India, Afrika dan juga China. Penduduk di Malaysia khususnya tidak ketinggalan turut menerima bahana ancaman keselamatan ekoran daripada jenayah pemerdagangan orang yang kian berleluasa kini. Pelbagai pihak tampil untuk menyampaikan maklumat penting mengenai jenayah ini terutamanya bagi membantu masyarakat agar dapat berwaspada dengan keadaan sekeliling agar tidak terjebak dan terpengaruh dalam kancah jenayah ini sekaligus berpotensi untuk menjadi mangsa yang diperdagangkan. Di Malaysia, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah melantik lima buah agensi penguatkuasa di seluruh negara bagi membantu mengurangkan dan mengatasi jenayah pemerdagangan orang dari sudut penguatkuasaan undang-undang. Di samping itu, agensi penguatkuasa juga bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat berkaitan jenayah ini bagi membantu meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat. Justeru itu, kertas kerja ini cuba meneliti proses pembauran maklumat isu jenayah pemerdagangan orang pada pihak agensi penguatkuasaan yang terlibat. Penelitian pembauran maklumat di pihak agensi penguatkuasaan dalam kertas kerja ini membantu kepada peningkatan kefahaman masyarakat dan pihak yang berkaitan agar terus komited dalam membanteras jenayah tidak bermoral ini dari peringkat akar umbi dan seterusnya mengangkat martabat Malaysia sebagai antara negara yang bermatlamatkan negara sifar jenayah.

Kata kunci: Pembauran Maklumat, Jenayah Pemerdagangan Orang, Agensi Penguatkuasa, Sabah.

ABSTRACT

(2)

and Anti-Smuggling of Migrants 2007 (MAPO), chaired by Secretary of the Interior Ministry has appointed five enforcement agencies across the state to help reduce crime and overcome human trafficking from a law enforcement. In addition, law enforcement authorities are also responsible to help raise the level of community knowledge and awareness. Therefore, this paperwork tries to find out the process of information diffusion regarding the crime of trafficking in persons. Diffusion information by law enforcement will help to increasing understanding of the community and the relevant authorities in order to continue combat this immoral crime at the begin point and further propel Malaysia as a country who aimed to be of zero criminal.

Keywords: Information Diffusion, Trafficking in Persons, Law Enforcement, Sabah.

PENGENALAN

Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan salah satu bentuk ancaman pencabulan hak asasi dan keselamatan yang sangat serius terhadap seseorang individu. Jenayah ini juga diistilahkan sebagai pemerdagangan gelap manusia bagi pelbagai tujuan seperti seksual komersial, kerja paksa ataupun sebagai medium ekstraksi organ atau jaringan tubuh (pengganti ibu kandung) yang dikenali sebagai remova ovum, (Sekretariat MAPO, 2011). Isu pemerdagangan orang ini semakin berleluasa dan mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat sekaligus membimbangkan. Pemerdagangan orang dideskripsikan sebagai salah satu perbuatan ataupun kelakuan yang melibatkan aktiviti pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja seseorang individu melalui kaedah serta paksa. Unsur paksaan yang dimaksudkan dalam jenayah ini adalah melibatkan perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang, (Seksyen 2 ATIPSOM 2007). Terdapat beberapa elemen penting yang terkandung dalam jenayah pemerdagangan orang ini iaitu meliputi aspek aktiviti, cara dan juga tujuan jenayah tersebut dilakukan. Aktiviti perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan dan penerimaan adalah terkandung dalam elemen aktiviti. Elemen cara pula meliputi aspek ancaman, paksaan atau kekerasan, pemelarian, perdayaan, pemalsuan dokumen, penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa serta memberi dan menerima sesuatu bayaran. Elemen tujuan dalam jenayah ini pula adalah seperti pengeksploitasian seksual, perhambaan, pengabdian, pemindahan organ dan perkhidmatan paksa (Sekretariat MAPO, 2011).

(3)

melumpuhkan mangsa dagangan mereka daripada meloloskan diri. Pemerdagangan orang tidak hanya berlaku dengan hanya merentasi sempadan sesebuah negara tetapi ianya boleh berlaku secara domestik terutamanya dalam industri yang memerlukan perkhidmatan tenaga kerja secara paksa seperti dalam industri pembuatan dan Palermo Protokol juga turut menyifatkan jenayah ini sebagai proses transaksi jual beli manusia yang boleh berlaku di dalam mana-mana ruangan (spatial), (Kosmo, 22 April 2011). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat juga turut menganggarkan pulangan keuntungan yang diperoleh oleh sindiket jenayah ini di negara tersebut mencecah AS$1 billion hingga AS$3 billion bersamaan RM3.5 billion hingga RM10.5 billion setahun (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009).

(4)

Rajah 1.1 Laporan Pemerdagangan Orang Tahun 2013

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Trafficking_in_Persons_Report

Laporan pemerdagangan orang (TIP) adalah merupakan sebuah laporan tahunan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Amerika Syarikat. Setiap kedudukan dan tahap dinilai berdasarkan komitmen kerajaan negara tersebut melaksanakan aktiviti pembanterasan jenayah pemerdagangan orang berdasarkan pematuhan sesebuah negara terhadap standard yang telah digariskan dalam Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa, Amerika Syarikat (TVPA AS). Jika dilihat secara mata kasar berdasarkan peta di atas, masih banyak lagi negara di seluruh dunia berada pada kedudukan tahap 3. Negara-negara yang tersenarai dalam tahap 3 adalah seperti Algeria, Afrika, Congo, Libya, Iran dan beberapa negara lain. Malaysia pula telah menduduki sebanyak 7 kali Tahap 2 (Senarai Pemerhatian) sejak tahun 2007 ATIPSOM diperkenalkan.

LAPORAN TAHUNAN PEMERDAGANGAN ORANG (TIP) JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT

Tahap 1 Mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS mengikut standard minimum.

Tahap 2

Tidak mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS mengikut standard minimum tetapi mempunyai usaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tahap 2 (Senarai Pemerhatian)

Tidak mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS mengikut standard minimum tetapi mempunyai usaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, dan

i. Peningkatan mangsa yang diselamatkan ii. Gagal untuk membuktikan usaha untuk

menangani pemerdagangan manusia berdasarkan pencapaian prestasi tahun sebelumnya.

Tahap 1 Tahap 2

(5)

iii. Penentuan untuk meningkatkan usaha menangani masalah pemerdagangan orang yang berdasarkan komitmen negara mengambil langkah-langkah yang sewajarnya pada tahun berikutnya.

Tahap 3 Tidak melakukan sebarang usaha dan tidak mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS.

Rajah 1.2: Tahap Pematuhan Standard Minimum Dalam Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang

Sumber: Sekretariat MAPO, 2011

POLEMIK ISU JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DI SABAH

Malaysia umumnya adalah merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen. Kerajaan yang memerintah negara dipilih menerusi proses pilihan raya yang mana keputusan pilihan pemerintah adalah berdasarkan kepada plihan suara rakyat. Pilihan raya dari segi takrifnya boleh dikaitkan dengan perbuatan memilih dan ianya adalah berbeza pula dengan perbuatan melantik. Sistem pemilihan ini biasanya dijalankan dalam dua cara iaitu sistem propotional dan sistem mudah (simple first-past-the-post) atau single member territorial representation. Di Malaysia, sistem yang digunakan adalah (simple first-past-the-post) yang mana calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak (walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja). Rakyat diberi kebebasan untuk memilih pemimpin yang dirasakan mampu untuk membawa negara lebih maju dari pelbagai aspek dan sekaligus dapat mengekalkan keharmonian dan keselamatan negara. Sistem ini digunakan sejak pilihan raya umum pertama diadakan pada tahun 1959, (Sinar Harian, 6 Februari 2013). Semenjak Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka, kerajaan mula bergiat proaktif dan berhabis-habisan dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negara terjamin. Hal ini dibuktikan dengan adanya agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang bertindak untuk mengawal keselamatan negara dalam pelbagai peringkat dengan melibatkan penggunaan ruangan yang holistik (darat, laut dan udara).

(6)

(Laporan Pemerdagangan Orang, 2013). Jenayah pemerdagangan orang bukanlah suatu isu baru dan ianya melibatkan jenayah rentas sempadan yang kian mendapat tempat dan menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Sedar ataupun tidak, ratusan ribu manusia kehilangan hak asasi mereka sebagai manusia. Terdapat beberapa pihak yang menafikan hak-hak sesetengah golongan manusia yang lain dengan melakukan pelbagai penganiayaan dan juga penderaan sama ada dari aspek fizikal, mental, emosi, pengabaian pendidikan dan lain-lain lagi. Mohd Bakri (2010), pula menjelaskan bahawa pemerdagangan orang dikenali sebagai sistem perhambaan cara moden dan ianya merupakan salah satu jenayah terancang yang melanggar hak asasi dan etika masyarakat. Manusia diperniagakan seolah –olah suatu komoditi yang boleh dijual beli dan dieksploitasi di pasaran. Hal ini menuntut keprihatinan dan usaha yang komprehensif serta konsisten oleh semua pihak khususnya bagi negara-negara yang masih berada pada senarai pemerhatian Tahap 3 dan juga Tahap 2 (senarai pemerhatian) khususnya Malaysia.

Malaysia telah digolongkan dalam 13 peratus teratas atau kedudukan ke-20 daripada 158 buah negara yang paling aman di dunia dalam kajian yang dijalankan oleh Institute for Economics and Peace di bawah projek Indeks Keamanan Global (GPI) pada tahun 2012. Kajian ini meliputi 99 peratus daripada penduduk dunia dengan mengambil kira petunjuk seperti kadar keselamatan dan keamanan dalam sesebuah negara serta kekerapan persengketaan yang berlaku dalam negara berkenaan. Sehubungan dengan itu juga, Perdana Menteri Malaysia dibawah kepimpinan, Dato Seri Najib Tun Abd. Razak menyatakan antara matlamat utama hubungan luar Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun akan datang ialah berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin, menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang 2015, berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB, meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan dua hala dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun, membentuk dasar luar yang menyokong kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan rakyat, mengetuai usaha menentang jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan dan penyeludupan manusia serta dadah sekaligus memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat Selatan Thailand dan Mindanao, (Berita Harian, 01 Mei 2013).

(7)

jumlah kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang terkawal bagi tempoh 2008 sehingga 2011, iaitu sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan kes di seluruh negara (Utusan Malaysia, 5 Mac 2012).

Jennifer Majalap selaku Pegawai Kanan Program Archdiocese Human Development Commission (AHDC) Kota Kinabalu menyatakan bahawa dalam konteks Sabah, empat buah kawasan dikenalpasti sebagai destinasi utama jenayah pemerdagangan orang iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau. Laporan penilaian yang dibuat oleh Pusat Kajian Antropologi Pusat (PUSKA) dan Universiti Indonesia yang membuat penyelidikan mengenai isu pemerdagangan orang dari 14 Jan hingga 3 Mac 2013 telah mendapati Sabah juga digunakan sebagai transit untuk putaran pemerdagangan kanak-kanak perempuan ke Labuan, Sarawak dan Sememanjung Malaysia, (New Sabah Times, 25 Mei 2013). Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah menyampaikan ucapan bersempena Pelancaran Kempen Anti Pemerdagangan Orang Peringkat Negeri Sabah, Di Wisma Wanita Negeri Sabah Pada 5 Mac 2012 lalu, kerajaan Negeri menyokong program tersebut dan menyambut baik penglibatan dan komitmen sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kerajaan melalui agensi (MAPO) untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Isu pemerdagangan orang adalah merupakan fenomena global yang perlu ditangani secara kolektif dan bersepadu. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada pihak kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama penyaluran maklumat daripada masyarakat, usaha kerajaan melalui inisiatif ini tidak akan mencapai matlamatnya. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam membanteras jenayah ini, bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata, tetapi ia memerlukan sokongan padu daripada masyarakat untuk turut membantu.

Jenayah ‘jual orang’ atau lebih dikenali sebagai pemerdagangan orang yang semakin berleluasa pada masa kini telah mendorong lagi Archdiocesan Human Development Committee (AHDC) Kota Kinabalu dengan kerjasama International Catholic Migration Commission (ICMC) Indonesia membuka langkah pendedahan kepada seluruh umat katolik di Sabah melalui “roadshow”. “Roadshow” ini telah diadakan di Dewan Paroki Katedral St. Mary Sandakan pada Ahad 8hb November 2009 dan penyertaannya mencecah hampir 100 orang. Objektif utama program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai isu pemerdagangan manusia. Selain itu juga, program ini dapat meningkatkan lagi komitmen masyarakat dalam usaha menangani jenayah ini di samping mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan masyarakat umum.

PEMBAURAN MAKLUMAT ISU JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG DI MALAYSIA

(8)

bertujuan untuk memberi pengetahuan dan sekaligus mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai senario sebenar jenayah ini yang mampu mengancam keselamatan dan kebebasan seseorang individu. Pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang telah banyak dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis, Imigresen, Kastam dan Agensi Penguatkuasa Maritim juga turut giat meningkatkan usaha mereka dalam membanteras isu ini. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat telah menghasilkan beberapa tangkapan dibawah Akta APO. Media Massa memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu setiap golongan masyarakat memahami tentang bahaya dan kesan jenayah pemerdagangan orang. Hal Ini adalah kerana media massa merupakan medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan tahap kesedaran bagi setiap golongan masyarakat. Media massa juga merupakan mata, telinga dan mulut kepada masyarakat, (Kementerian Dalam Negeri, 2012).

Rajah 1.3: Agensi Penguatkuasa Undang-Undang Di Malaysia

Sumber: Sekretariat MAPO, 2011

Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran berhubung isu ini. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan juga kekangan yang menghalang daripada proses pembauran maklumat ini dapat disampaikan secara telus dan berterusan. (John Naisbitt dan Patricia Aburdene, 1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi sehingga ianya mempu menjadi nadi penentu dan penggerak kepada masa hadapan sesebuah tamadun. Kerajaan memainkan peranan dominan dalam usaha mencegah jenayah di Malaysia. Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggubal undang-undang berkaitan jenayah yang lebih ketat lagi bagi mengekang kejadian jenayah di negara kita. Undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah dimansuhkan oleh kerajaan sebelum ini perlu digantikan dengan akta yang setaraf supaya dapat membanteras jenayah-jenayah berat dengan lebih berkesan (SUHAKAM, 2011). Pemansuhan akta tersebut dilakukan untuk menampung dan merealisasikan demokrasi yang matang, moden dan berfungsi. Selain itu juga, akta tersebut dimansuhkan adalah bertujuan untuk memelihara ketenteraman awam, meningkatkan kebebasan awam dan juga mengekalkan keharmonian antara kaum. Kerajaan telah menunjukkan usaha dan kesungguhannya dalam membanteras jenayah dalam negara dengan mewujudkan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan akta berkenaan untuk mengekang kejadian jenayah indeks dan jenayah jalanan di negara ini. Sehubungan dengan itu juga, kerajaan perlu komited dalam melaksanakan inisiatif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. Sejajar dengan pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP 2007), Malaysia telah membuat pindaan terhadap akta tersebut dengan

(9)

memasukkan kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan sebuah akta baru yang dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) yang telah berkuatkuasa sejak 15 November 2010. Pindaan tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk menangani sindiket antarabangsa yang telah menjadikan negara ini sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan migran untuk membawa mangsa ke negara ketiga seperti Australia untuk diperdagangkan dalam pelbagai cabang industri (Bernama, 30 Mac 2011).

Gyles-McDonnough selaku Wakil Residen Program Pembangunan PBB ke Malaysia, Singapura dan Brunei menyatakan bahawa faktor penolak sosio-ekonomi seperti kemiskinan, ketidaksamaan gender, peluang kerja terhad dan kekurangan maklumat perlu ditangani bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang di setiap negara. Bagi mencari jalan penyelesaian kepada penularan epidemik ini, masyarakat perlu dididik agar cakna dengan maklumat jenayah yang disampaikan serta maklum balas dari pihak kerajaan perlu ditingkatkan dari masa ke masa (Sinar Harian, 8 September 2013). Oleh hal yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa proses pembauran maklumat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang ini haruslah diperluas agar masyarakat umum mendapat manfaat dan input yang berguna sebagai langkah berwaspada dalam aspek menjaga keselamatan. Usaha Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang diperluaskan lagi dalam aspek penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan (Norcikeyonn dan Nor-Ina, 2013). Lima agensi penguatkuasa yang telah dilantik adalah merupakan badan penggerak dalam aspek berkaitan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan kepada deskripsi tugas yang telah diamanahkan. Standard Operating Procedures (SOP) adalah signifikan sebagai rujukan dan garis panduan serta memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai penguatkuasa bagi kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran sekaligus mempertingkatkan peratus sabitan bagi kedua-dua jenayah rentas sempadan ini pada masa akan datang. SOP Penguatkuasaan ini juga adalah selaras dengan cadangan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US TIP Report) mengenai Pemerdagangan Orang bagi memperbaiki dan memperkukuhkan elemen penguatkuasaan bagi menangani jenayah tersebut (Kementerian Dalam Negeri, 2013). Pematuhan (SOP) ini adalah penting bagi membantu agensi penguatkuasa menjalankan proses penguatkuasaan dengan lebih cekap, telus dan sistematik. SOP boleh dieksistensikan dalam bentuk borang seperti polisi ataupun dokumen yang berasingan. SOP berperanan sebagai instruksi bagi dasar sesebuah organisasi. Dokumentasi ini menjelaskan tentang apa, bagaimana, bila, dimana, dan mengapa sesuatu tugas dilaksanakan dan ianya disediakan untuk melatih tenaga kerja, tindakan pembetulan dan disiplin serta mengkaji pestasi. Sejumlah 698 kes pemerdagangan orang disiasat agensi penguatkuasaan dalam tempoh antara 2008 dan 30 November 2013. Daripada jumlah itu, 541 kes disiasat Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen (137), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (7), Jabatan Kastam (2) dan Jabatan Tenaga Manusia (11). Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim menyatakan bahawa 1,641 orang mangsa diselamatkan dan diberi perlindungan sementara (Sinar Harian, 18 Disember 2013). Kerajaan telah mewujudkan talian 999 untuk orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kes-kes jenayah pemerdagangan orang. Selain itu, laporan dan aduan boleh dikemukakan kepada agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat. Kerjasama yang diberikan oleh masyarakat akan dapat membantu pihak kerajaan menyelesaikan kes-kes jenayah rentas sempadan ini dengan lebih mudah dan lancar berdasarkan maklumat yang diberikan (Kementerian Dalam Negeri, 29 Mac 2012).

(10)

kehidupan seharian adalah merupakan wadah utama kepada penyaluran maklumat yang relevan digunakan pada masa kini. Maklumat-maklumat yang disampaikan seharusnya mampu untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kesedaran masyarakat yang didedahkan sama ada secara langsung dan tidak langsung. Merujuk kepada fokus utama polemik yang menjadi tunjang kertas kerja ini adalah mengenai proses pembauran maklumat isu jenayah pemerdagangan orang. Isu ini mengetengahkan usaha kelima-lima agensi penguatkuasa yang telah dinyatakan dalam menyebarkan maklumat isu jenayah pemerdagangan orang dalam konteks negeri Sabah. Umumnya, Sabah adalah merupakan sebuah negeri yang sedang giat membangun dari sudut pembangunan infrastruktur dan ekonominya. Justeru kertas kerja ini meneliti fungsi dan peranan setiap jabatan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.

a) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Polis Diraja Thailand banyak memberi kerjasama dan bantuan kepada PDRM berkaitan kes penyeludupan senjata api, curi kenderaan dan pemerdagangan orang terutamanya kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersempadan dengan Selatan Thailand. Melalui bantuan pihak berkuasa Thailand juga,

PDRM berharap ‘lorong tikus’ yang digunakan untuk tujuan penyeludupan

(11)

wanita dan gadis untuk tujuan eksploitasi seksual (v) Mengambil tindakan menyelamat mangsa-mangsa yang dikurung dan dipaksa untuk menjadi pelacur apabila menerima maklumat dan laporan dari pihak kedutaan, orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan. Sehubungan dengan iu juga, PDRM juga telah mengadakan sebuah bengkel selama satu hari bagi merancang satu strategi nasional berhubung masalah pemerdagangan orang. Antara peranan serta usaha dari konteks penguatkuasaan adalah di mana pihak polis telah berjaya melumpuhkan beberapa sindiket eksploitasi seksual di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan juga Selangor (Nafisah, 2013).

b) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

(12)

Australia, Netherlands, China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat (Kementerian Dalam Negeri, 2014).

c) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Y.A.B. Dato Sri Haji Mohammed Khalid Haji Yusuf telah menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke 30 Tahun di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya, Selangor pada 26 Januari 2012 lepas. Beliau menyatakan bahawa dalam merangka strategi penguatkuasaan, kerjasama dan usaha saling bantu membantu (mutual assistance in criminal matters) melalui pertukaran pengalaman serta maklumat risikan adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan program penguatkuasaan kastam sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan antara negara. Terdapat banyak negara di dunia berkongsi tanggungjawab dalam mengurus hal persempadanan yang melibatkan peningkatan pergerakan lintas batas manusia dan pelbagai jenis kenderaan dan barang dagangan. Sehubungan dengan itu juga, pejabat-pejabat CIQS yang beroperasi di pintu keluar masuk sempadan perlu berubah serta memperkenalkan pendekatan yang lebih dinamik dan berkesan dalam menangani isu dan cabaran semasa pengurusan sempadan seperti kata pepatah inggeris “good neighbours mend fences”. CIQS terdiri daripada pelbagai jabatan iaitu Jabatan Kastam, Imigresen, Polis, LKIM, Pertanian, Kesihatan dan RELA. Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya yang berpusat di negeri Sabah juga telah menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan program penyebaran maklumat mengenai isu-isu jenayah melibatkan rentas sempadan seperti jenayah pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran. Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga memainkan peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi sekaligus memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Hal ini termasuklah menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan yang telah dilantik oleh KDN. Usaha berterusan bagi memantapkan ekonomi negeri dapat terus dijayakan dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah kepimpinan tertinggi dan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia di semua peringkat (Kementerian Dalam Negeri Sabah, 2012).

d) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

(13)

antaranya adalah menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana Undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia, mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia serta memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan negara asing sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam perkara Jenayah 2002 (Akta 621). APMM juga menjadi salah sebuah agensi penguatkuasa yang turut sama membanteras jenayah pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran. Lazimnya, APMM acapkali menerima aduan dan laporan mengenai jenayah ini apabila terdapatnya sindiket yang membawa mangsa dalam vessel (pengangkutan air) mereka untuk ditransit dan diperdagangkan apabila tiba di Sabah. Berdasarkan aspek geografi, kedudukan negeri Sabah yang bersempadan dengan Indonesia dan Filipina telah menjadikan negeri ini sebagai sasaran utama sindiket untuk membawa mangsa yang diperdagangkan bagi memenuhi permintaan pelanggan khususnya dalam industri pelacuran dan buruh paksa. APMM dan beberapa buah agensi penguatkuasaan yang lain turut giat menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan isu jenayah pemerdagangan orang ini terutamanya dalam memberi input dan maklumat kepada Pegawai APMM sendiri seterusnya masyarakat sekitar negeri Sabah.

Menurut laporan aktiviti tahunan yang telah dijalankan oleh APMM WILSAB sepanjang tahun 2011 dan 2012, pelbagai aktiviti berkaitan dengan isu jenayah pemerdagangan orang telah dilaksanakan di negeri Sabah. Pada 15 Mac 2011, satu siri pertemuan secara informal untuk mewujudkan kerjasama dalam mencegah jenayah pemerdagangan orang dan isu rentas sempadan (Tawau-Nunukan) telah dijalankan di MB Hotel Tawau, Sabah dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari KDN dan juga APMM. Bengkel kesedaran awam dan pencegahan jenayah juga dijalankan oleh APMM pada 13 hingga 15 Mei 2011 yang berobjektifkan untuk melatih pelatih atau pegawai APMM dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang terutama yang melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak dan sekaligus melatih peserta strategi dan teknik untuk menjalankan kempen keesedaran mengenai isu ini kepada masyarakat. Selain itu juga, APMM juga pernah menjalankan sebuah kempen kesedaran awam dan juga maklumat pencegahan yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 29 Februari 2012. Kempen ini adalah merupakan kerjasama APMM dengan dua buah universiti di Malaysia iaitu UKM dan juga UMS dengan melibatkan pelajar tahun akhir dan juga pegawai APMM sendiri. Objektif kempen ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kampus berkaitan dengan ATIPSOM.

e) Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS)

(14)

Indonesia. Jabatan ini telah dikenali sebagai "The Proctector of Labour". Jabatan Buruh Sabah telah dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja Sabah bermula pada Februari 2003 sehingga kini.

Berdasarkan kepada perancangan takwim tahunan yang disediakan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah sepanjang tempoh 2014 sehingga 2015, terdapat tiga buah program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Januari hingga Mac. Program yang dijalankan adalah menjalankan penyiasatan di premis pekerjaan, pemeriksaan buruh berkanun ke premis pekerjaan (secara berjadual) dan mesyuarat bersama jawatankuasa pemerdagangan buruh. Aktiviti ini bertujuan untuk menyiasat aduan awam berkaitan dengan pemerdagangan buruh, setiap pegawai buruh diberi mandat untuk menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya ke atas lima premis pekerjaan setiap bulan dan empat siri mesyuarat akan diadakan sepanjang tahun 2014 bagi membincangkan isu-isu berkaitan jenayah pemerdagangan orang yang melibatkan tenaga buruh. Kesemua aktiviti ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pegawai tenaga kerja supaya memberi tindak balas terhadap aduan awam mengenai isu pemerdagangan buruh, memastikan majikan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pekerjaan terutamanya dalam menghapuskan pemerdagangan buruh di tempat kerja dan juga seterusnya mesyuarat yang telah dijalankan oleh jawatankuasa tenaga kerja akan dilaporkan kepada MAPO untuk mencari keputusan dan mengambil tindakan lanjut mengenai isu-isu berkaitan pemerdagangan buruh. Selain itu juga, menurut Encik Sulkifli Sailang selaku Penolong Kanan Pengarah, (Unit Aduan dan Tuntutan), Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah menyatakan bahawa JTKS juga telah melaksanakan kempen ataupun aktiviti mengenai pembauran maklumat isu jenayah pemerdagangan orang yang dihadiri oleh para pelajar IPTA dan IPTS di Sabah dan juga masyarakat awam yang bertempat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 5 Mac 2012. Program yang dijalankan adalah berbentuk seminar dan juga sesi dialog bersama wakil-wakil jemputan dari pihak JTKS bagi membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan. Selain itu juga, JTKS juga pernah menjalinkan usaha sama dengan pihak penguatkuasaan seperti PDRM, APMM dan JIM serta badan bukan kerajaan (NGO) misalnya National Council of Women's Organizations (NCWO) bagi menjayakan program pembauran maklumat mengenai isu jenayah pemerdagangan orang.

KESIMPULAN

(15)

RUJUKAN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. (2014). Diperolehi daripada www.mmea.gov.my pada 14 Februari 2014

Bernama (2010, 20 Julai). Pemerdagangan Orang Sumber Keuntungan Ketiga Terbesar Jenayah Antarabangsa

Bernama (2011, 30 Mac). Malaysia Bertungkus-lumus Menghapuskan Kes

Pemerdagangan Orang. Diperolehi daripada

http://mapo.bernama.com/news.php?id=574797 pada 15 Februari 2014 Harian Metro (2010). Usaha bersepadu basmi jenayah. Diperolehi daripada

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Usahabersepadubasmijenayah// Article/article_print pada 09 Februari 2014

Harian Metro (2013, 13 Julai). Bendung Jenayah Rentas Sempadan.

Indeks Keamanan Global (GPI). (2012). Diperolehi daripada

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/716 pada 05

Februari 2014

International Catholic Migration Commission. (2012). Bondaged Souls. Migration and situations of trafficking in Sabah, Malaysia. Diperolehi daripada http://www.icmc.net/system/files/publication/bondaged_souls_migration_and _the_situation_of_tra_20269.pdf pada 06 Februari 2014

Jabatan Imigresen Malaysia. (2014). Diperolehi daripada

http://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan/maklumat-korporat/pengenalan pada 15 Februari 2014

Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (2012). Diperolehi daripada http://www.customs.gov.my/indeks.php/koleksi-ucapan/269 pada 06 Februari 2014

Jabatan Tenaga Kerja. (2014). Diperolehi daripada http://jtksbh.mohr.gov.my pada 08 Februari 2014

Kosmo (2011, 22 April ). Hentikan Pemerdagangan Orang

Kedutaan Amerika Syarikat (2011). Pemerdagangan Manusia (TIP). (2011).

Diperolehi daripada

http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/tip2011_msia_bahasa.pdf pada 05 Januari 2014

Kedutaan Amerika Syarikat (2013a). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP).

(2012). Diperolehi daripada

http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report/_tip_msia-june2012.html pada

05 Januari 2014

Kedutaan Amerika Syarikat (2013b). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP).

(2013). Diperolehi daripada

http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report_tip2013.html pada 05 Januari

2014

Kedudukan Tahap Pematuhan (TVPA) AS. (2013). Diperolehi daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Trafficking_in_Persons_Report pada 10 Februari 2014

Kementerian Dalam Negeri. (2012). {Diakses pada 13 Februari 2014}. Diperolehi daripada http://portal.ikdn.gov.my/2012/03/kenyataan-media-27-pelancaran- kempen-kesedaran-antipemerdagangan-orang-peringkat-negeri-terengganu-29-mac-2012/ pada 09 Februari 2014

Kementerian Dalam Negeri Sabah. (2012). Diperolehi daripada http://www.sabah.gov.my/press/docs/2012001878.htm pada 06 Februari 2014 Kementerian Dalam Negeri. (2012). Diperolehi daripada

(16)

Kementerian Dalam Negeri (2013). Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Diperoleh daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-perkhidmatan/2012-08-

15-01-17-06/jenis-lesen/125-maklumat-korporat/maklumat- bahagian/sekretariat-majlis-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran/akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-2007 pada 06 September 2013.

Kementerian Dalam Negeri. (2013). Diperolehi daripada http://portal.ikdn.gov.my/2013/11/kenyataan-media-timbalan-menteri-dalam-

negeri-pelancaran-prosedur-standard-operasi-sop-agensi-agensi- penguatkuasaan-di-bawah-akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-atipsom-200/ pada 15 Februari 2014

Kementerian Dalam Negeri. (2014). Diperolehi daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-korporat/maklumat-bahagian/bahagian-antarabangsa pada 15 Februari 2014

M. Bakri. M. Zinin. (2010). Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang Dalam Kalangan Warga Asing. Diperolehi daripada http://repo.uum.edu.my/3162/1/s1.pdf pada 14 Februari 2014

Misi Antipemerdagangan Orang. (2009). Diperolehi daripada http://paitanmission.wordpress.com/2009/11/13/anti-pemerdagangan-orang/ pada 06 Februari 2014

Mstar Online (2013, 12 Julai). Jabatan Imigresen Cadang Tubuh Bahagian Baru Perangi Pemerdagangan Orang. Diperolehi daripada http://www.mstar.com.my/berita/ pada 15 Februari 2014

Mynewhub.my (2013). Jabatan Imigresen Cadang Tubuh Bahagian Risikan. Diperolehi daripada http://mynewshub.my/2013/01/30/jabatan-imigresen-tubuh-bahagian-risikan/ pada 15 Februari 2014

Nafisah. I. H. (2013). Peranan Tenaganita dan Kerajaan Malaysia Dalam Menangani Isu Jenayah Pemerdagangan Orang. Kertas Kerja Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia XIII. Universitas Padjadjaran Jatinagor, Bandung dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 12-14 November 2013

Naisbitt. J, Aburdene. P. (1990). Megatrends 2000: Ten new directions for the 1990's. New York: William Morrow and Company, Inc. 384 pp. (ISBN 0-688-07224-0)

New Sabah Times (2013, 25 Mei). Empat Kawasan Dikenalpasti Destinasi Pemerdagangan Orang di Sabah: Jenifer

Norcikeyonn. S, Nor-Ina. K. (2013). Usaha Malaysia Dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang: Satu Tinjauan. International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74

Sabah Daily (2010, 25 Jun). Pemerdagangan Orang Kaut USD 44.3 Billion. Diperolehi daripada http://www.sabahdaily.com/2010/06/pemerdagangan-orang-kaut-usd-443.html pada 07 Februari 2014

Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. (2011). Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran. Jabatan Penerangan Malaysia

Singh, V. (2012). Punca Berlakunya Jenayah Pemerdagangan Orang di Malaysia. Diperolehi daripada www.scribd.com pada 31 Ogos 2013

Sinar Harian (2013, 6 Februari). Sistem Pilihan Raya di Malaysia. Diperolehi daripada http://www.sinarharian.com.my/pru13/sistem-pilihan-raya-di-malaysia-1.128793 pada 05 Februari 2014

Sinar Harian (2013, 8 September). Pemerdagangan Manusia: Ada Unsur Tarikan Sinar Harian (2013, 18 Disember). Hampir 700 Kes Pemerdagangan Orang Disiasat.

(17)

http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/hampir-700-kes-pemerdagangan-orang-disiasat-1.231906 pada 15 Februari 2014

SUHAKAM. (2011). Hak Asasi Manusia. Diperolehi daripada

http://www.scribd.com/doc/95881014/SUHAKAM-2011 pada 08 Februari

2014

United Nations Drugs On Crime. (2012). Diperolehi daripada http://www.unodc.org/unodc/human-trafficking/index.html?ref=menuside pada 07 Februari 2014

US Department of Justice and Publication. (2002). Trafficking In Persons. A Guide For Non-Governmental Organizations. Diperolehi daripada http://www.dol.gov/wb/media/reports/trafficking.htm pada 06 Februari 2014

United Nations Children’s Fund. (2013). Diperolehi daripada http://www.unicef.org/malaysia/media-guide-child-rights-malay.pdf pada 08 Februari 2014

U.S Department of Homeland Security. (2013). Diperolehi daripada

https://www.dhs.gov/topic/human-trafficking pada 05 Februari 2014 Utusan Malaysia (2009, 01 September). Dilema Pemerdagangan Wanita

Utusan Malaysia (2012, 5 Mac). Kes Pemerdagangan Orang di Sabah Terkawal.

Diperolehi daripada

Referensi

Dokumen terkait

Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Kabupaten Tanggamus, terjadi peningkatan kasus kekerasan terhadap perempuan dari 34 kasus di tahun 2016 menjadi 49

Keunggulan tersebut terletak pada kemampuannya untuk melakukan pencarian informasi yang terdapat pada lebih dari satu sistem komputer perpustakaan dengan platform tidak sama..

Bagi aspek keselamatan dalam negara, isu jenayah yang melibatkan warga China menimbulkan persoalan tentang objektif sebenar di sebalik kes-kes yang berlaku.. Manakala

Undang-undang di Malaysia termasuklah undang-undang Syariah yang berkuatkuasa tidak memperincikan tatacara perbicaraan kes-kes jenayah Syariah membabitkan OKU kecuali

Kod 41CY(A) Rayuan dariapda Mahkamah Majistret (Kesalahan Kes Jenayah Siber bagi Penjawat

Hasil penelitian Sanders dan Woolley menunjukkan gaya pengasuhan yang dipilih oleh orangtua juga sangat ditentukan oleh penilaian orangtua terhadap kemampuan dirinya dalam

KES-KES DI HADAPAN PUAN NARIMAN BINTI BADRUDDIN PADA 6 Jul 2021 (Tuesday) 9:00 am.. DI Mahkamah Sesyen Jenayah Mahkamah

Alhamdulillahirobil’alamin, atas izin Allah SWT, akhirnya penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi, dengan judul “Hubungan Antara Motivasi dan Sikap Bidan