• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kreativiti Dalam Pengajaran Guru S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tahap Kreativiti Dalam Pengajaran Guru S"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KREATIVITI DALAM PENGAJARAN GURU SAINS

Abstrak : Kreativiti merupakan elemen yang sangat penting dalam sistem pendidikan untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang kreatif dan berilmu pengetahuan bagi menempuh arus pembangunan yang semakin mencabar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti dalam pengajaran guru sains. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian terdiri daripada 31 soalan yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti dalam pengajaran. Kajian telah dijalankan di 8 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Pontian dengan sampel seramai 97 orang responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. Dapatan menunjukkan kebanyakan guru sains memahami apa itu kreativiti. Namun begitu, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana dengan jumlah min 3.43 dan 3.46 masing-masing. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap guru memiliki sikap dan tahap kreativiti yang tinggi.

Abstract : Creativity is an essential ingredient in the education system to produce students who are creative and have a high knowledge to face the growing challenge of development. This study aimed to examine the level of creativity in science teaching. This is a descriptive study. The instrument used consisted of 31 questions related to the knowledge, skills and the implementation of creativity in teaching. The study was conducted in 8 secondary schools in the district of Pontian with a sample of 97 respondents. Data were analyzed using the Statistical Packages for the Social Science (SPSS) v16.0 For Windows. The findings indicated that most of the science teacher understood what is creativity. However, the skills and the implementation of creativity in teaching among science teachers is at a moderate level with the value of the min 3.43 and 3.46 respectively. Various efforts should be taken to ensure that all teachers have high level of creativity.

Pengenalan

(2)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim, 2002). Pendidik kreatif bukan sahaja dapat mendidik dan menyediakan suasana kreatif untuk para pelajarnya tetapi juga ia harus memiliki sifat dan kebolehan kemahiran yang kreatif untuk digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Dalam zaman yang serba moden ini, pelbagai teknologi boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Media sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam proses menjana minda pelajar. Guru seharusnya mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran dalam mengaplikasikan media yang tertumpu terhadap perkakasan dan perisian komputer. Maka, pemilihan pengaplikasian media pengajaran adalah penting untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar yang dilaksanakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyat Malaysia adalah lebih mendesak sinonim dengan konteks Malaysia sebagai negara yang kian pesat membangun dalam mencapai sebuah negara maju. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru bukan sahaja harus melahirkan pelajar yang kreatif dalam menyelesaikan masalah, tetapi guru sendiri harus kreatif agar maklumat yang disampaikan bermakna dan berkesan kepada pelajar dan objektif pengajaran tercapai pada akhir pengajaran.

Latar Belakang Masalah

Teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar di samping menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Penggunaan pemikiran saintifik merupakan salah satu pendekatan yang bersistem bagi tujuan menyelesaikan sesuatu persoalan melalui aktiviti penyelidikan. Sebagai hasil kreativiti manusia, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sains bukanlah hanya bertujuan untuk dibaca dan dihafal, tetapi ianya perlu digunakan dan dimanfaatkan untuk mengembangkan idea-idea baru, demi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Kreativiti merupakan sesuatu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan kemahiran dan komitmen yang tinggi terutama terhadap mata pelajaran yang sukar dan kurang diminati oleh pelajar, seperti sains. Justeru, ciri-ciri sains perlu ada dalam pengajaran guru yang merangkumi sesuatu yang kreatif dan dapat menarik perhatian pelajar.

(3)

Penyataan Masalah

Sebagai guru, seseorang itu perlu berusaha dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang, kreatif dan inovasi. Hal ini adalah bagi melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan mampu bersaing ke peringkat antarabangsa. Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti adalah sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam proses pengajaran.

Menyedari kepentingan kemahiran kreativiti dalam pengajaran terhadap sistem pendidikan, suatu kajian untuk melihat tahap kreativiti guru sains dalam pengajaran perlu dijalankan bagi tujuan mendapatkan bukti akan kepentingan kreativiti dalam pengajaran. Pencapaian akademik pelajar akan dapat ditingkatkan jika kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah menarik, menyeronokkan dan kreatif tanpa mengikut kaedah pengajaran tradisi yang hanya terkandung dalam sukatan mata pelajaran dan buku teks sahaja.

Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti pengetahuan kreativiti dalam kalangan guru sains. 2. Menentukan tahap kemahiran kreativiti pengajaran guru sains.

3. Menentukan tahap perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran.

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan yang bersifat deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunakan. Populasi kajian ini terdiri daripada 126 orang guru sains dari lapan buah sekolah menengah di daerah Pontian. Sampel seramai 97 orang guru telah dipilih secara rawak kelompok untuk menjawab soal selidik yang akan diberikan.

Teknik persampelan yang digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi adalah merujuk kepada jadual Krejcie dan Morgan (1970) yang menunjukkan kadar penentuan jumlah sampel daripada populasi. Borang soal selidik terdiri daripada 31 soalan yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti dalam pengajaran.

(4)

Jadual 1 : Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min

Analisis Data Dan Perbincangan

Dalam bahagian ini keputusan kajian ditunjukkan melalui data-data yang diperoleh dari soal selidik yang mengandungi 31 item yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran.

A) Pengetahuan Kreativiti Dalam Kalangan Guru Sains

Kajian mendapati kebanyakan guru berpendapat bahawa mereka merupakan guru sains yang kreatif dan memahami apa itu kreativiti. Berdasarkan penjelasan yang diberi oleh responden, majoriti daripada mereka menggunakan pelbagai teknik pengajaran, menggunakan pendekatan teknologi, mengaitkan pengalaman pelajar, menggunakan alat bantu mengajar yang menarik, dan melakukan aktiviti yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Majoriti daripada responden merupakan guru yang kreatif seperti ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Pengetahuan Kreativiti Dalam Pengajaran

Nilai Min Tahap

3.68 – 5.00 Tinggi/baik

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Rendah/lemah

Tahap Pendidikan Kekerapan ( f ) Peratus (%)

Ya 70 72.2

Tidak 27 27.8

(5)

B) Tahap Kemahiran Kreativiti Dalam Pengajaran Guru Sains

Secara keseluruhannya, majoriti responden mempunyai kemahiran kreativiti dalam pengajaran. Analisis menunjukkan tahap kreativiti dalam pengajaran guru sains adalah pada tahap sederhana (min: 3.43).

Berdasarkan 16 kemahiran kreativiti yang telah diukur, didapati bahawa item ke 15 mempunyai jumlah min yang tertinggi iaitu 3.56. Oleh itu, Ia menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian ramai yang dapat menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan idea lama sebagai kemahiran kreativiti.

Hal ini adalah penting agar guru dapat melakukan sesuatu pembaharuan dalam pengajaran mereka serta dapat membantu pelajar agar lebih seronok dan memahami mata pelajaran yang diajar. Pernyataan ini disokong oleh Jauhara (1995) yang menjelaskan kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia. Taburan responden mengikut tahap kemahiran kreativiti dalam pengajaran guru sains ditunjukkan dalam jadual 3.

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tahap Kemahiran Kreativiti Dalam Pengajaran Guru Sains

Bil Item Min

1 I have the ability to adjust to differences for specific purposes. 3.48 2 I am eager to know or learn something. 3.44 3 I have large number of ideas or solutions to problems. 3.48 4 I have the ability to formulate criteria for judging my decision

making. 3.36

5 I can easily abandon old ways of thinking to produce a great variety

of ideas. 3.45

6 I have the ability to make a discussion humorous and fun. 3.33 7 I have the ability to think what has never been thought of before. 3.52 8 I listen to gut as well as logic to produce ideas. 3.47 9 I have the ability to rearrange elements of thought to create new ideas

(6)

Manakala jumlah min yang terendah ialah pada item ke 6 iaitu sebanyak 3.33. Analisis ini menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kurang mempunyai kebolehan dalam membuat lawak jenaka dalam pengajaran berbanding dengan kemahiran kreativiti yang lain. Hal ini mungkin disebabkan guru berasa malu dan tidak mempunyai idea untuk membuat lawak jenaka dalam pengajaran mereka. Menurut Malikow (2007), murid menyukai guru yang pandai berjenaka. Kepentingan jenaka dalam pengajaran juga di sokong oleh penyataan oleh Garner (2006) iaitu guru yang mengamalkan jenaka diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu. Manakala Paterson (2006) menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin kerana beliau mendapati amalan ini dapat membantu mengatasi beberapa masalah peribadi yang timbul di sekolah.

C) Tahap Perlaksanaan Kreativiti Guru Sains Dalam Pengajaran

Berdasarkan analisis yang dijalankan, majoriti daripada responden telah melaksanakan kreativiti semasa di dalam bilik darjah namun terdapat juga guru yang kurang melaksanakannya. Analisis menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana (min: 3.46).

Analisis mendapati didapati bahawa item 1 mempunyai jumlah min yang tertinggi iaitu 3.69. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kebanyakan daripada mereka menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran. Penggunaan pelbagai teknik dalam pengajaran merupakan sesuatu yang sememangnya dapat membantu pelajar dapat manguasai isi pelajaran dengan baik dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar tesebut dalam peperiksaan. Oliver (2006) menyatakan bahawa kejayaan sesuatu pengajaran boleh digambarkan melalui apa yang pelajar telah pelajari dan bagaimana mereka terlibat sama semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung. Taburan responden mengikut tahap perlaksanaan kreativiti guru dalam pengajaran ditunjukkan dalam jadual 4.

10 I am often concerned with modifying existing ideas and products. 3.34 11 I have the ability to come up with ideas that are unusual. 3.43 12 I have the ability to explore my own experience and actions. 3.49 13 I thrive on multiple ways of perceiving things. 3.34 14 I often go against the existing idea with my own way of thinking. 3.45 15 I can make connections between old ideas to produce new insights. 3.56 16 I am unwilling to accept authoritarian decision critical examination. 3.35

(7)

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Tahap Perlaksanaan Kreativiti Guru Dalam Pengajaran

Selain itu, didapati jumlah min yang terendah ialah pada item 5 iaitu sebanyak 3.35. Analisis ini menunjukkan bahawa guru-guru sains di daerah Pontian kurang dalam menghasilkan pemikiran yang baru dalam pengajaran. Hal ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini. Penyataan tersebut disokong oleh Albaugh (1997) dalam Zainudin (2006) yang telah menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan.

Membuat perubahan yang kreatif adalah penting agar sesuatu yang baru serta terkini dapat digunakan dalam sistem pendidikan dan kita tidak seharusnya hanya berada di takuk lama.

Bil Item Min

1 I employ various methods in teaching. 3.69

2 I apply various techniques of questioning. 3.40 3 I am flexible in delivering the sequence of contents. 3.48 4 I prioritize on students innovative outputs. 3.39 5 I generate new thinking through teaching. 3.35 6 I actively involve students in teaching and learning. 3.54 7 I utilize various technologies in teaching. 3.42

8 I create humor in teaching. 3.40

9 I relate student’s prior knowledge to contents. 3.46

10 I use various teaching strategies for students of different

intelligence. 3.42

11 I appropriately use suitable language to attract student’s attention. 3.54 12 I evaluate students based on dynamic criteria. 3.37 13 I acknowledge students learning problem to improvise teaching

approach. 3.49

14 I use self reflection to improve teaching. 3.45

(8)

Kenyataan ini juga turut disokong oleh Mohd Ali (1994) yang menyatakan bahawa perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kreativiti merupakan sesuatu yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia perlu sentiasa diaplikasikan di dalam bilik darjah bagi membantu guru dalam pengajaran mereka. Mempelbagaikan teknik pengajaran merupakan salah satu kemahiran kreativiti yang perlu ada dalam diri setiap guru selain kemahiran dalam penggunaan teknologi terkini bagi menarik minat pelajar dan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan di dalam bilik darjah.Dapatan menunjukkan kebanyakan guru sains memahami apa itu kreativiti. Namun begitu, kemahiran dan perlaksanaan kreativiti guru sains dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan dan diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan dan membantu pihak yang berminat melakukan kajian lanjutan di masa akan datang.

Rujukan

Abdul Rahim (2002) . Berfikir Secara Kritis. Kuala Lumpur: INMIND.

Edward, M.McGoldrick, C. & Oliver, M. (2006). Creativity and Curricular in Higher Education. Oxon : Routledge

Garner, R. L. (2006). Humor in pedagogy: 54(1), 177–180 (Abstracts). (ERIC Document Reproduction Series No. EJ744358).

Jauhara Hj. Tak (1995). Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ757352).

Mohd Ali bin Muda (1994). Isu Kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu 1: 53-60

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Paterson, J. (2006). Did You Hear The One About Humor In The Classroom.

(9)

Yong, Leonard M. S. & Biriamah, Karen (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teoritikal dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Zainudin Abu Bakar, Muhamad Rashid Rajuddin, Nur Husna Abdul Wahid &

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat lima faktor yang mempengaruhi happiness at work menurut Maenapothi (dalam Chaiprasit & Santidhirakul, 2011) yaitu 1) Inspirasi kerja; karyawan puas

Menu utama ini juga memakai empat command button, yang pertama adalah select yang akan difungsikan untuk memilih Diit penyakit yang akan ditampilkan ke dalam text box, yang

Dari segi struktur, kalimat tersebut telah memenuhi kaidah kalimat, yaitu pelayanan kesehatan gigi dan mulut merupakan frasa nominal yang berfungsi sebagai subjek,

Kesimpulan yang didapatkan pada penelitian tentang analisa pengaruh variasi rasio diameter sebagai parameter kinerja aerodinamika CRWT adalah hasil dari simulasi dual rotor

Permasalahan keterbatasan jumlah pengawas sebenarnya sudah menjadi perhatian pemerintah daerah Kota Malang, sehingga setiap tahun Disnakertrans Kota membuat perencanaan kebutuhan

Tokoh Kakek ini mampu memberikan motivasi untuk membaca yang didapatkan melalui kisah-kisah yang didalamnya.”Tak Terbaca” merupakan sebuah analogi dari setiap kisah yang dilalui

Bakteri yang memiliki aktivitas proteolitik dari saluran pencernaan lobster mutiara didapatkan sebanyak 17 isolat, dengan diameter zona bening paling tinggi

Efek dosis inokulum dan jenis medium terhadap aktivitas spesifik protease Berdasarkan hasil pengamatan diketahui bahwa dosis inokulum yang paling baik dalam menghasilkan