• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEK"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEKNOLOGI

DALAM KANDUNGAN KURIKULUM DAN PENILAIAN

SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DELPHI

Saedah Siraj

Faridah Abdullah

Universiti Malaya

Abstract

The purpose of this study was to obtain experts'consensus on technological application for the future in curriculum contents and evaluation at secondary school level. Eleven experts involved in ICT and educational technology were chosen as respondents. The Delphi Technique was used for this study. The study revealed that 27 technological tools are forecasted to be developed in 15 years to come and 29 items associated with the effects on technology application in curriculum content have reached experts' consensus. All items that represent future forecast of technological application at secondary school evaluation have reached experts 'consensus. The findings of this study also indicated technological development has a significant impact on curriculum content and evaluation thus increasing the necessity for curriculum designers in planning for future changes.

PENDAHULUAN

K.ajian mengenai masa aepan meiiDatKan satu jangka masa yarig panjarig urituk menelitl pilihan ke atas masa depan serta mengenai pasti event (proses atau tindakan yang ada kepentingannya yang berlaku) yang paling besar kemungkinannya akan berlaku untuk membantu para pembuat dasar membuat keputusan. Menurut Amara dan Salancik (1971-1972), kajian masa depan adalah sebarang aktiviti yang menambah kefahaman mengenai hasilan-hasilan pada masa depan akibat daripada perkembangan dan juga pemilihan-pemilihan masa kini. Matlamat utama kajian masa depan adalah member! gambaran kemungkinan dan juga pilihan tentang masa depan untuk membantu pembuat dasar membuat perancangan ke atas masa depan yang diingini (Ayers, 1969; Klopfenstein, 1985).

Menurut Saedah Siraj (2001a) terdapat beberapa asas untuk membolehkan sesuatu perubahan itu berlaku terutamanya pada masa depan. Asas yang pertama ialah: masa depan adalah satu fenomena yang berubah berbanding dengan masa kini. Kedua, manusia mencipta sesuatu pada masa sekarang dan masa depan dengan apa yang dirancang, perancangan masa depan diatur berdasarkan nilai-nilai dan kepercayaan serta masa depan bermula dari masa kini.

(2)

bangsa itu memiliki kekayaan harta. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada pengetahuan mengenai masa kini tetapi yang lebih utama adalah penerokaan ilmu mengenai masa depan (Gates, Myhrvold & Rinearson, 1995). Ini terbukti sejak terhasilnya buku The Time Machine pada 1895 dimana karya ini telah membolehkan masyarakat Barat mengorak langkah ke hadapan dengan mengatur perancangan dan mencipta pelbagai kemajuan dalam bidang teknologi serta membuat penemuan baru yang akhirnya membolehkan Barat menjadi perintis kepada kemajuan peradaban manusia di zaman moden (Ohmae, 1990),

Kepesatan perkembangan teknologi terkini telah menimbulkan ketidakpastian. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa muncul beberapa persoalan mengenai peranan teknologi dalam pendidikan pada masa kini. Apakah sumbangan teknologi terhadap pendidikan? Setakat manakah harapan-harapan berkaitan dengan teknologi dapat dipenuhi dan dalam aspek manakah teknologi tersebut menjadi sangat berguna? Akhimya, apakah lagi teknologi yang akan muncul dan mungkinkah teknologi tersebut akan menjadi lebih penting dalam pendidikan pada masa depan? Semua persoalan tersebut hanya mampu dijawab melalui kajian mengenai jangkaan masa depan.

Oleh kerana itu kajian yang menggunakan Teknik Delphi untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai jangkaan masa depan aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian di sekolah menengah wajar dilakukan untuk memberi gambaran tentang senario teknologi pendidikan pada masa depan - tidak kira di mana sahaja di dunia ini, termasuk Malaysia.

Bagi tujuan artikel ini fokus diberikan kepada perbincangan mengenai keputusan kajian jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah menengah. Cadangan-cadangan juga diberikan untuk memperbaiki pelaksanaan penggunaan teknologi dalam pendidikan masa depan.

TUJUAN KAJIAN.

Secara umumnya kajian ini bertujuan mendapatkan persetujuan pakar mengenai jangkaan masa depan aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah menengah.

Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian berikut akan dijawab dalam kajian yang telah dijalankan:

1) Apakah jangkaan masa depan terhadap peralatan teknologi yang akan digunakan di sekolah menengah?

(3)

Model Kajian Masa Depan

Model kajian masa depan yang diperkenalkan oleh Slaughter (1996) akan digunakan sebagai teori asas bagi kajian ini. Slaughter telah memperkenalkan Model of The Core of Futures Studies (lihat Rajah 1) sebagai teras kajian masa depan.

Rajah 1. Model of The Core of Futures Studies

Sumber:Riefaard A, Steughter(1996, November), The knowledge base of futures studies as an evolving process. Futures, Vol. 28(9), 802. Dimuat turun pada Ogos

15,2005, daripada http://www.scieTicedirect.coni/science? obaMImg&iitiagekfty= B6V6S3VWC5SR2& cdi=5805& user=3464Q26& orig=search&coverDate=11% 2F30%2F 1996& sk=Q99719990&view=c&wchp=dGLhVzz-zSkWA&md5=ff 70 d3ca2fb4ba2110c9a1 d61 ef32a00&ie=/sdarticle.pdf

Menurut Slaughter, walaupun masa depan tidak boleh diramalkan dengan tepat, banyak perkara yang mempunyai kesinambungannya seperti trend-trend utama; banyak perkara akan berubah seperti peristiwa-peristiwa penting, proses-proses, malah ada yang terhenti langsung; gambaran mengenai pilihan pada masa depan boleh dibina seperti senario - masa depan; dan pilihan-pilihan yang dibuat boleh diperiksa seperti strategi-strategi - masa depan.

(4)

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan Teknik Delphi. Menurut Linstone dan Turoff (1975), Teknik Delphi adalah satu ciri kaedah yang menstrukturkan proses komunikasi berkumpulan menjadi lebih berkesan antara kumpulan individu atau keseluruhannya sewaktu menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks.

Panel pakar diminta untuk mengenal pasti, menjelaskan, memurnikan dan akhimya mencapai konsensus terhadap isu-isu tertentu melalui beberapa siri pusingan soal selidik. Kelebihan teknik ini ialah panel pakar tidak perlu bertemu atau bersemuka. Oleh itu, seorang pakar boleh menyatakan pandangannya tanpa dipengaruhi oleh pakar lain (Czinkota & Ronkainen, 1997; McGill, 1998; Robbins, 1996; Stewart et al., 1999). Pakar yang telah dipilih adalah dirahsiakan daripada pengetahuan pakar lain.

Panel Pakar

Bagi tujuan kajian ini, individu yang dikenal pasti sebagai pakar adalah memiliki kriteria-kriteria berikut:

1) Individu yang mempunyai latihan, pengetahuan dan pengalaman sama ada dalam bidang ICT atau teknologi pendidikan;

2) Golongan profesional yang memiliki pengalaman bekerja sebagai guru atau pegawai teknologi pendidikan di sekolah atau jabatan masing-masing;

3) Individu yang sanggup untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga pusingan Teknik Delphi.

Oleh itu, seramai 11 pakar telah dikenal pasti dan dilantik menjadi panel pakar. Mereka terdiri daripada 5 guru, 2 jurutera Jaring (network), seorang penolong pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri, seorang pegawai Lembaga Peperiksaan, seorang pegawai Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, dan seorang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan bagi ketiga-tiga pusingan Teknik Delphi dan huraian bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:

Pusingan 1

Responden telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi yang dikenal pasti akan digunakan pada masa depan. Dapatan daripada temubual pusingan ini dijadikan asas membentuk soal selidik yang akan digunakan dalam pusingan seterusnya.

Pusingan 2

(5)

mendapatkan persetujuan bilakah peralatan tersebut akan digunakan di sekolah. Jangka masa kemunculannya ialah: a) 2006 -2010; b) 2011-2015; c) 2016-2020; dan d) selepas 2020. Bagi tujuan analisis data maka nilai-nilai berikut diwakili oleh: 2006-2010 = 4; 2011-2015 = 3; 2016-2020 = 2; dan Selepas 2020 = 1. Jika mereka beranggapan bahawa teknologi tersebut tidak akan muncul maka mereka memilih kategori d) selepas 2020.

Pusingan 3

Soal selidik bagi pusingan ketiga sama dengan pusingan kedua. Median dan julat antara kuartil disertakan bagi menunjukkan taburan pandangan pakar bagi setiap item. Dalam langkah ini setiap pakar diberi peluang untuk mempertimbangkan semula jawapan dalam pusingan sebelumnya. Jawapan pakar bagi pusingan ini meliputi salah satu daripada kemungkinan berikut:

1) Tetap dengan jawapan sebelumnya jika jawapan dalam pusingan sebelumnya berada di dalam julat antara kuartil.

2) Pakar mungkin mengubah jawapan asal jika jawapan sebelumnya berada di luar julat antara kuartil.

3) Pakar tetap dengan jawapan di luar julat antara kuartil dengan menyertakan sebab jawapan tersebut dikekalkan.

Tujuan pusingan ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan di kalangan pakar dan secara tidak langsung bertujuan untuk mencapai konsensus.

Prosedur Analisis Data

Data daripada temubual dalam pusingan pertama telah dianalisis secara Tematik iaitu membuat analisis mengikut tema-tema yang tertentu. Bagi kajian ini, tiga tema telah dikenal pasti iaitu:

• Peralatan teknologi

• Kesan terhadap kandungan kurikulum • Kesan terhadap penilaian

Apabila soal selidik daripada pusingan kedua dan ketiga dikembalikan, data telah dianalisis berdasarkan kekerapan, median, dan julat antara kuartil. Jangkaan terhadap aplikasi teknologi telah dianalisis untuk melihat jangkaan tahun kemunculan ataupun tahap persetujuan pakar berdasarkan skor median berikut:

(6)

b) Skor median bagi persetujuan terhadap kesan: Sangat setuju = 3.5-4

Setuju tahap sederhana = 2.5-3.49 Tidak Setuju =1.00-2.49

Jika sesuatu item mempunyai median yang tinggi iaitu di antara 3.5 hingga 4, bermakna majoriti pakar sangat setuju dengan item tersebut. Majoriti pakar setuju tahap sederhana jika mediannya di antara 2.5 hingga 3.49 dan jika mediannya berada di antara 1.00 hingga 2.49 bermakna majoriti pakar tidak bersetuju dengan item tersebut.

Konsensus Item

Pengiraan julat antara kuartil digunakan untuk menentukan perhubungan setiap item dengan setiap pakar bagi membolehkan interpretasi terhadap konsensus bagi setiap item dilakukan. Tahap konsensus ditentukan berdasarkan skor julat antara kuartil adalah seperti berikut:

Konsensus tinggi = Julat antara kuartil di antara 0 hingga 1 Konsensus sederhana = Julat antara kuartil 1.01 hingga 1.99 Tiada konsensus = Julat antara kuartil 2.0 dan ke atas

Analisis Data

Dapatan daripada setiap pusingan akan dianalisis sebagai usaha untuk mencapai konsensus di kalangan pakar. Oleh itu, data akan dianalisis menggunakan Ukuran-Kecenderungan-Berpusat (UKB) iaitu median dan julat antara kuartil.

Pusingan 1

Analisa pusingan pertama mendapati 28 peralatan teknologi yang telah dikenal pasti di Malaysia oleh panel pakar dijangka akan digunakan pada masa akan datang di sekolah-sekolah di negara ini. Peralatan-peralatan teknologi tersebut dibahagikan pula kepada 3 kategori iaitu 11 peralatan hardware, 12 software dan 5 peralatan dalam ketegori infrastruktur. Sementara itu, panel pakar juga telah mengenal pasti 31 item berkaitan jangkaan kesan pada masa depan terhadap kandungan kurikulum. Daripada jumlah tersebut, 13 item dikategorikan sebagai ilmu; 8 item dikategorikan sebagai bidang kemahiran; dan 10 item dikenal pasti sebagai item-item yang mewakili sikap. Sementara 25 penyataan yang telah dikenal pasti sebagai jangkaan kesan terhadap penilaian sekolah menengah. Dapatan daripada pusingan pertama telah disusun dalam Skala Likert 4 poin berdasarkan jangkaan tahun dan juga persetujuan pakar.

Pusingan 2

Setiap pakar diminta menjawab soal selidik yang telah disusun mengikut Skala Likert 1 hingga 4 bagi jangkaan tahun iaitu:

(7)

2 = 2016-2020 1 = Selepas 2020

Sementara bagi jangkaan kesan juga menggunakan Skala Likert 4 poin iaitu: 4 = Sangat setuju

3 = S et u ju 2 = Tidak setuju 1 = Sangat tidak setuju

Dalam pusingan kedua, data dianalisis dengan menggunakan UKB iaitu median dan juga jarak antara kuartil. Berdasarkan median bagi setiap item, penyataan-penyataan tersebut telah disusun mengikut urutan tahun kemunculan atau tahap persetujuan.

Pusingan 3

Soal selidik yang dihantar kepada panel pakar dalam pusingan ini sama dengan pusingan kedua. Selepas data dalam pusingan kedua dianalisis, soalan pusingan ketiga dihantar kepada setiap pakar beserta analisis median dan juga julat antara kuartil (IQ) dan jawapan asal mereka. Tajuan pusingan ini ialah bagi mendapatkan konsensus yang paling tinggi daripada pakar. Pada pusingan ini, data dianalisis berdasarkan median dan juga julat antara kuartil. Dapatan daripada analisis dalam pusingan ini akan digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian.

Jangkaan Peralatan Teknologi

(8)

Jadual 1

Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Hardware

*No.

.item Peralatan Teknologi Kedudukan Median

Jangkaan Tahun

Julat antara kuartil (IQ)

1 Desktop berskrin Flat 7 4 2006-2010 0

5 Web Cam (Kamera Web) 7 4 2006-2010 .5

6 Kamera Digital 7 4 2006-2010 0

9 Thumb-Drive 7 4 2006-2010 0

10 CD-Writer 7 4 2006-2010 0

2 PC Tablet 19.5 3 2011-2015 1

3 PDA(Personal Digital Assistant)

19.5 3 2011-2015 .5

4 Smartphone 19.5 3 2011-2015 1

7 Laser Projector 19.5 3 2011-2015 2

8 Televisyen-interaktif 19.5 3 2011-2015 1

11 Smart Computer 27 2 2016-2020 1.5

Note. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

(9)

Jadual 2

Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Software

*No. item

Peralatan Teknologi Kedudukan Median Jangkaan Tahun

JulatAntara Kuartil (IQ)

16 Database Software 7 4 2006-2010 .5

17 Acrobat Reader 7 4 2006-2010 0

18 KalkulatorCGPA 7 4 2006-2010 1

19 3D Software 7 4 2006-2010 1

20 Kamus Digital 7 4 2006-2010 1

21 Ensiklopedia Digital 7 4 2006-2010 1

22 Short Mesage System 7 4 2006-2010 1

23 Video Editing Software 19.5 3 2011-2015 0 13 Interactive whiteboard 27 2 2016-2020 1.5

14 Voice Recognition 27 2 2016-2020 0

Nota. =* nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 2 menunjukkan item 16,17,18,19,20,21 dan 22 mencatat median 4.0 iaitu pada kedudukan yang paling tinggi dan ini bermakna peralatan teknologi tersebut dijangka akan muncul di sekolah dalam tempoh 2006-2010. Sementara itu interactive whiteboard dan voice recognition merupakan software yang dijangka paling lambat kemunculannya iaitu di antara 2016 hingga 2020. Kesemua item tersebut mencapai konsensus yang tinggi dengan julat antara kuartilnya berada di antara 0 hingga 1 kecuali item 13 yang mencatat konsensus yang sederhana dengan julat antara kuartilnya l.S. Bagaimana pun, Acrobat Reader, video editing software dan voice recognition pula mencapai persetujuan sebulat suara apabila tiada perbezaan julat antara kuartilnya. Pada keseluruhannya, semua item berjaya mencapai konsensus dengan 3 item mendapat persetujuan semua pakar. Data mengenai jangkaan tahun kemunculan teknologi bagi aspek infrastruktur terdapat pada Jadual 3.

Jadual 3

Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Infrastruktur

*No.

item Peralatan Teknologi Kedudukan Median

Jangkaan Tahun

Julat Antara Kuartil (IQ)

24 Gentian optik 7 4 2006-2010 0

28 Bluetooth 7 4 2006-2010 .5

26 Wi-Fi 7 4 2006-2010 1

27 Microwave 7 4 2006-2010 1

25 WiMax 19.5 3 2011-2015 1

(10)

Jadual 3 menunjukkan median dan julat antara kuartil bagi 5 item yang mewakili infrastruktur. Semua peralatan tersebut mempunyai median 4 kecuali item 25 yang mediannya 3. Ini menunjukkan bahawa gentian optik, Bluetooth, Wi-Fi, dan Microwave dijangka akan muncul di antara 1 hingga 5 tahun lagi. Hanya Wi-Max yang dijangka akan sampai ke sekolah sekitar tahun 2011 hingga 2015.

Sementara itu semua pakar bersetuju bahawa infrastruktur gentian optik akan diaplikasikan pada tahun 2006-2010 memandangkan tiada perbezaan pandangan dicatatkan. Jadual tersebut juga menunjukkan bahawa semua item berada pada julat antara kuartil yang rendah iaitu 0 hingga 1.0. Ini menunjukkan semua item tersebut mencapai konsensus pada tahap yang tinggi.

Jadual 4 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan terhadap Peralatan Teknologi yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 4

Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Peralatan Teknologi No. Item Kedudukan Median Kuartil 1

(11)

Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum

Elemen yang terkandung dalam kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga

iaitu ilmu, kemahiran, dan nilai.

Jadual 5

Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Ilmu

No.item Item Kedudukan Median MatAntara

Kuartil (IQ) 1 Sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik 6.5 4 0

2 Kurikulum baru tentang teknologi diperlukan 6.5 4 1

4 Kandungan kurikulum memberi tumpuan terhadap ilmu sains dan teknologi

6.5 4 1

6 Ilmu diperolehi dari seluruh dunia 6.5 4 0

7 Ilmu disampaikan secara dalam talian 6.5 4 .5

8 Pemikiran kritis pelajar semakin meningkat 6.5 4 1

9 Perkongsian ilmu di kalangan pelajar di seluruh dunia melalui tugasan

6.5 4 1

10 Ilmu berkembang dengan pesat 6.5 4 1

3 Pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang abstrak akan meningkat

20.5 3 1

5 Bidang sastera dan kemanusiaan diabaikan 20.5 3 1

11 Pengetahuan diragui kesahan dan kebenarannya 20.5 3 1

12 Ilmu disampaikan dengan menggunakan bahasa Inggeris

20.5 3 0

13 Pemindahan ilmu berlaku dengan cepat 20.5 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Semua item dalam Jadual 5 telah mendapat persetujuan pakar dengan konsensus yang tinggi diperolehi untuk item 1, 6 dan 12 yang mencatat konsensus tertinggi iaitu 0. Data tersebut dengan jelas menunjukkan panel pakar bersetuju dengan sebulat suara bahawa kesan aplikasi teknologi akan menjadikan sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik; ilmu diperoleh dari seluruh dunia dan bahasa Inggeris akan digunakan sebagai medium penyampaian ilmu.

(12)

Jadual 6

Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Kemahiran

*No. item

Item Kedudukan Median Julat Antara Kuartil (1Q)

15 Para pelajar memiliki kemahiran mencari 6.5 4 .5

maklumat

19 Kemahiran bersesuaian dengan kehendak 6.5 4 .5

pasaran kerja

17 Pelajar memiliki kemahiran mengurus 20.5 3 ,5

pembelajaran

18 Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah 20.5 3 1 20 Memiliki kemahiran mengendalikan peralatan 20.5 3 1

teknologi

21 Memiliki kemahiran berflkir secara kritis dan 20.5 3 1

kreatif

16 Kurang kemahiran komunikasi sosial 30.0 2 1

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 6 menunjukkan median bagi item 15 dan 19 ialah 4 iaitu pada tahap Sangat Setuju manakala julat antara kuartilnya ialah .5. Panel pakar bersetuju dengan item 17, 18, 20 dan 21 dengan skor median 3.0 sementara julat antara kuartilnya di antara .5 hingga 1. Ini menunjukkan bahawa semua item tersebut dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensus yang tinggi. Bagaimana pun, panel pakar tidak bersetuju dengan item 16 yang mediannya ialah 2 dan skor julat antara kuartilnya ialah 1.0. Ini menunjukkan kesepakatan yang telah dicapai di kalangan pakar menunjukkan bahawa mereka menolak aplikasi teknologi akan menyebabkan kurang kemahiran komunikasi sosial.

(13)

Jadual 7

Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Nilai

*No. Item „ , , , ,„ .. JulatAntara

. Kedudukan Median „ ., __.

Item Kuartil (IQ)

25 Meningkatkan motivasi pelajar

31 Menjad&ajipdaJMberdikari

22 Pelajar lebih berminat terhadap pelajaran

23 Peningkatan dalam kehadiran pelajar

24 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

26 Nilai agama dan moral semakin terhakis

28 Mengambil bahagian dalam perbincangan secara aktif

29 Pelajar memiliki sikap sabar

30 Memupuk sikap kerjasama di kalangan pelajar

27 Budaya dan jati diri terabai

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 7 menunjukkan pakar menolak kenyataan bahawa aplikasi teknologi akan menyebabkan budaya dan jati diri akan terhakis pada tahap konsensus yang tinggi, Jadual tersebut juga menunjukkan itemv26 dan 30 mencatat skor julat antara kuartilnya 2 iaitu tiada kesepakatan di kalangan pakar. Ini menunjukkan wujud perbezaan pandangan yang ketara di kalangan pakar berhubung kesan yang dijangkakan bagi kedua-dua item tersebut. Keseluruhannya, data menunjukkan satu item tidak dipersetujui oleh pakar sementara dua itemIagifidaKmencapaikonsensus di kalangan pakar.

6.5 4 1

6.5 4 1

20.5 3 1

20.5 3 1.

5

20.5 3 1

20.5 3 2

20.5 3 1

20.5 3 .5

20.5 3 2

(14)

Jadual 8 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan Kesan terhadap Kandungan Kurikulum yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 8

Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap Kandungan Kurikulum

No. Item Kedudukan Median Kuartil 1 (Q.)

Kuartil 3 <Q,>

* Julat Antara Kuartil (IQ)

1 18 3 3 4 1

2 5.5 4 3.5 4 .5

3 18 3 2.5 4 1.5

4 5,5 4 3 4 1

5 18 3 2 3 1

6 5,5 4 4 4 0

7 5.5 4 3.5 4 .5

8 5.5 4 3 4 1

9 18 3 2.5 4 1.5

10 5.5 4 3 4 1

11 28.5 2 2 3 1

12 18 3 2.5 3 .5

13 18 3 3 3.5 .5

14 18 3 1.5 3 1.5

15 5.5 4 3 4 1

16 28.5 2 1 3 2

17 18 3 3 3.5 .5

18 18 3 2 4 2

19 5.5 4 3.5 4 •5

20 18 3 3 4 1

21 18 3 2.5 4 1.5

22 5.5 4 3 3 0

(15)

24 28.5 2 2 3 1

25 18 3 3 4 1

26 28.5 2 1.5 4 2.5

27 28.5 2 1 2 1

28 18 3 3 4 1

29 18 3 3 3.5 .5

30 28.5 2 1.5 4 2.5

31 5.5 4 3 4 1

Nota. *IQ=a- Q,

Kesan terhadap Penilaian Sekolah Menengah

Analisis kesan yang dijangkakan terhadap penilaian sekolah menengah terdapat dalam Jadual 9.

Jadual 9

Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Pelaksanaan

*No. Julat antara kuartil

Item Kedudukan Median

item (IQ)

3 Guru raendapat maklumat dengan segera 7 4 0

4 Penyemakan dilakukan melalui sistem 7 4 1

5 Masa peperiksaan lebih fleksibel 7 4 0

6 Peperiksaan boleh dilakukan di mana- 7 4 1.5 mana sahaja

10 Soalan dapat diedarkan dengan cepat 7 4 1 kepada setiap pelajar

1 Penilaian dilakukan dalam talian 19 3 1.5

2 Ditadbirkan di sekolah 19 3 1

7 Mengurangkan beban kerja guru 19 3 1

8 Penjimatan kos dan masa 19 3 1

11 Kemungkinan berlaku kesilapan adalah kecil

19 3 1

9 Lebih banyak masa dapat ditumpukan oleh guru kepada akademik

20 2 1

(16)

Keseluruhannya, jangkaan kesan aplikasi teknologi terhadap penilaian bagi aspek pelaksanaan menunjukkan semua item mencapai konsensus dengan dua item iaitu item 3 dan S mendapat kesepakatan sebulat suara sementara satu item tidak dipersetujui oleh pakar iaitu item 9. Keseluruhan item mendapat persetujuan pakar dengan item 3 dan 5 mendapat julat antara kuartil yang paling rendah iaitu 0 yang menunjukkan tiada perbezaan pandangan pakar. Dapatan kajian ini menunjukkan semua pakar Sangat Setuju dengan kesan yang dijangkakan iaitu guru mendapat maklumat dengan segera dan masa peperiksaan lebih fleksibel. Jangkaan kesan terhadap penilaian sekolah menengah bagi aspek format terdapat dalam Jadual 10.

Jadual10

Kesan Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Format

_____________________________________________________________________

*No. Julat antara

Item Kedudukan Median

item Kuartil

15 lugasan berbentuk penyehdiKan 7 4 .5

16 Bentuk pentaksiran yang lebih fleksibel 7 4 1 19 Pentaksiran yang lebih adil kepada setiap 7 4 ,5

pelajar

12 Penilaian berbentuk rujukan kriteria 19 3 0

14 Membantu tingkatkan prestasi pelajar 19 3 1

15 Pentaksiran memerlukan penglibatan pelajar 19 3 1

secara aktif

17 Pentaksiran aspek afektif diabaikan 19 3 1

18 Pelajar yang tidak menguasai kemahiran 19 3 1

asas akan tercicir

20 Pentaksiran berbentuk penguasaan kendiri 19 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

(17)

Jadual 11

Kesan Aplikasi Teknologi terhadap Penilaian: Pelaporan

*No JulatAntara

item Item Kedudukan Median Kuartil(IQ)

24 Guru mendapat maklumat dengan segera 7 4 0

25 Pemantauan prestasi pelajar lebih mudah 7 4 1

21 Rekod pencapaian pelajar disimpan dan 7 4 .5 boleh dicapai pada bila-bila masa

22 Ibu bapa dapat memantau perkembangan 7 4 .5 prestasi pelajar

23 Keputusan dapat diketahui dalam masa 7 4 0 yang singkat

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 11 menunjukkan semua item bagi aspek pelaporan mempunyai skor median 4 iaitu majoriti pakar Sangat Setuju dengan kesan-kesan yang dijangkakan itu. Julat antara kuartilnya pula adalah tinggi iaitu di antara 0 hingga 1 yang menunjukkan perbezaan pandangan di antara pakar adalah kecil dan dua item iaitu item 24 dan 23 telah mendapat julat antara kuartilnya 0. Ini menunjukkan semua pakar telah mencapai kesepakatan secara sebulat suara terhadap item tersebut iaitu Sangat Setuju kesan yang dijangkakan akan berlaku pada masa akan datang. Keseluruhan analisis data menunjukkan semua item tersebut sangat dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensus yang tinggi.

(18)

Jadual 12

Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap Penilaian

No. Item Kedudukan Median Kuartil 1

(Q.)

Berikut adalah rumusan yang dibina berdasarkan dapatan daripada kajian ini iaitu: 1) Konsensus mengatakan sebanyak 25 daripada 28 peralatan teknologi yang dijangkakan

akan muncul dalam tempoh 15 tahun akan datang.

2) Sebanyak 29 penyataan yang berkaitan jangkaan terhadap kesan aplikasi teknologi terhadap kandungan kurikulum mencapai persetujuan pakar.

(19)

4) Pada keseluruhannya tiga item tidak mendapat konsensus iaitu: a) Satu item yang mewakili peralatan teknologi -laser projector,dan b) dua item yang mewakili kesan aplikasi terhadap kandungan kurikulum iaitu nilai agama dan moral semakin terhakis serta item memupuk sikap bekerjasama di kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan terdapat peralatan-peralatan teknologi tertentu yang dijangka akan digunakan di sekolah dalam tempoh 2006 hingga 2020. Panel pakar dalam kajian ini juga telah menjangka dan sepakat mengatakan bahawa aplikasi teknologi membawa banyak kesan positif dalam kandungan kurikulum dan juga penilaian.

IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan peralatan-peralatan teknologi yang dijangkakan akan berada di dalam pasaran sekitar tahun 2006 hingga 2020. Ini menunjukkan peralatan berkenaan akan berada di pasaran pada jangka masa tersebut. Oleh yang demikian, peralatan-peralatan berkenaan akan turut digunakan di sekolah dalam tempoh tersebut. Penulis menyarankan pihak-pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran supaya memberi peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi membekalkan sekolah-sekolah di negara ini dengan peralatan-peralatan yang dimaksudkan secukupnya - supaya dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, Aspek logistik dan kepakaran juga amat penting dipertingkatkan di sekolah-sekolah. Oleh yang demikan, struktur pembinaan bangunan sekolah dan bilik darjah haruslah mengambil kira keperluan-keperluan teknologi yang akan digunakan.

Menurut Brumby (1984), antara faktor utama yang menghalang kemajuan dalam penggunaan teknologi adalah kekurangan kemahiran, kewangan dan pengalaman. Kehadiran teknologi baru di sekolah dijangkakan akan memerlukan kepakaran dan kemahiran semasa. Penyediaan perkakasan dan perisian tidak akan membawa apa-apa makna tanpa kepakaran. Ini kerana teknologi bukan sahaja meliputi aspek-aspek perkakasan(hardware}dan perisian {suftwun)~iu&litlMui juga aspek cant atan kaedah penggunaan(useware),Oleh kerana itu, penulis mencadangkankepadaBahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia supaya merancang secara sistematik aspek latihan bagi menyediakan guru dengan kemahiran dan pengetahuan .teknologi.

Pendedahan, latihan dan sokongan untuk jangka masa yang panjang seharusnya dirancang dan kerap diadakan. Ini bererti program peningkatan profesionalisme keguruan perlu dilakukan secara berterusan. Dalam perkembangan berkaitan, McDougall dan Squires (1997) telah mengenal past! lima bidang yang boleh dijadikan fokus dalam perkembangan profesional seseorang guru, iaitu: kemahiran menggunakan perisian aplikasi yang bersesuaian seperti pemerosesan maklumat, sistem operasi, dan perisian Internet access; penyepaduan teknologi maklumat dalam kurikulum yang sedia ada meliputi semua disiplin ilmu; perubahan dalam kurikulum yang berkaitan teknologi maklumat; perubahan dalam peranan guru dan juga pelajar; dan pengaplikasian teori pembelajaran dalam persekitaran teknologi maklumat.

(20)

kurikulum pendidikan guru harus dikemaskini supaya sesuai dengan keperluan semasa, Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pada masa depan, ilmu akan disampaikan dalam bahasa Inggeris dan ilmu juga akan dapat diperolehi dari seluruh dunia. Dijangkakan pada masa depan guru dan pelajar akan berhadapan dengan masalah bahasa serta memilih bahan kurikulum yang sesuai dalam mengintegrasikan teknologi dalam kelas. Justeru itu, penulis mengesyorkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya dengan seberapa segera membina lebih banyak perisian dan tapak web yang bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara. Selain itu, adalah dicadangkan Kementerian Pelajaran mengadakan kerjasama dengan Institut Terjemahan Negara. untuk membina satu perisian terjemahan dalam web.

Perkembangan pesat ilmu pengetahuan akan memungkinkan berlaku kebanjiran maklumat. Satu kurikulum baru yang memperkenalkan kemahiran asas teknologi seperti mencari, memproses dan menapis maklumat perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Drucker (1989) mengatakan definisi celik huruf dalam bidang pendidikan yang difahami sekarang ini adalah tidak sesuai lagi. Bertepatan dengan pandangan berkenaan, matlamat kurikulum dari peringkat rendah seharusnya memberi keutamaan kepada aspek peningkatan kemahiran belajar(learning how to learn).

Hasil kajian ini menunjukkan dijangka perkembangan pesat akan berlaku dalam kandungan kurikulum. Oleh yang demikian adalah dicadangkan supaya kurikulum sekolah rendah dan menengah sekarang ini dikaji semula dari semasa ke semasa. Dalam hal ini Fatimah Hamid Don (1992) menyatakan antara sebab kurikulum perlu diubahsuai dan diperbaharui adalah faktor teknologi tinggi. Sementara Hass (1987) pula menekankan bahawa kepentingan teknologi dan pembangunan sumber manusia merupakan dua cabaran dalam peniiaian semula dan pengubahsuaian kurikulum. Oleh itu, adalah dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran supaya menentukan setiap guru akan diberi peluang atau kemudahan untuk mengguna atau mengakses komputer pada bila-bila masa.

Kesan aplikasi teknologi terhadap peniiaian turut membolehkan ibu bapa memantau prestasi pencapaian anak-anak mereka di rumah. Adalah dijangkakan pada masa depan kemahiran asas teknologi juga diperlukan oleh ibu bapa atau penjaga. Bagi memungkinkan perkara berkenaan akan benar-benar berlaku, penulis mencadangkan kepada pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya menganjurkan kursus kemahiran asas komputer untuk ibu bapa di hujung minggu atau pada masa-masa lain yang sesuai.

Penulis juga ingin menyarankan Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya tidak lagi terlalu memberi fokus terhadap pentaksiran konvensional yang bersifat objektif yang juga tidak mampu menilai kemahiran serta kecekapan sebenar pelajar. Satu standard pentaksiran baru diperlukan; bentuk peniiaian baru berkenaan akan dapat dijadikan benchmarkoleh sekolah-sekolah yang membentuk bahan pentaksiran mereka sendiri. Memandangkan peniiaian pada masa depan dijangka akan berlaku dalam talian, Rangkaian Komputer Nasional untuk Peniiaian Pendidikan amat diperlukan malah perlu disegerakan pembinaan dan pemasangannya pada masa terdekat ini.

(21)

mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ICT mahupun agensi-agensi swasta yang lain bagi menyediakan prasarana ICT di sekolah-sekolah serta bahan kurikulum ICT.

RUJUKAN

Amara, R. C, & Salancik, G. R. (1971-1972). Forecasting: From conjectural art toward science.Technological Forecasting and Social Change,3,415-426.

Ayers, R. U. (1969). Technological forecasting and long-range planning. NY:^ McGraw-Hill.

Brumby, M. N. (1984). Misconceptions about the concept of natural selection by medical biology students.Science Education, 68(4),493-503.

Czinkota, M. R., & Ronkainen, I. A. (1997, Disember). International business and trade in the next decade: Report from a Delphi Study.Journal of International Business Studies,28(4), 827-844. Dimuat turun pada November 5,2005, daripada http:// www.palgrave-journals.com/jibs/joumal/v28/n4/index.html

Drucker, P. F. (1989).The new realities: In government and politics, in economics and business, in society and world view.New York: Harper.

Dublin, M. (1989).Future hype: The tyranny of prophecy.New York: Plume.

Fatimah Hamid Don (1992). Penyediaan kurikulum bagi mencapai matlamat Wawasan 2020: Peringkat institusi pengajian tinggi. Kertas kerja Seminar Kebangsaan PSIMA Ke 3, Persatuan Psikologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Gates, B., Myhrvold, N., & Rinearson, P. (1995).The road ahead.New York: Viking. Gordon, T. J. (1994). Cross-impact method. Washington DC: The United Nations

University.

, & Hayward, H. (1968, Disember). Initial experiments with the Cross-Impact Matrix Method of forecasting.Futures, 2,100-116.

Hass, G. (1987).Curriculum planning: Anew approach.Boston: Allyn.

Klopfenstein, B. C. (1985). Forecasting the market for home video players: A retrospective analysis (Videodisc player, videocassette recorder, technology RCA, VCR). PhD The Ohio State University. AAT 8510588. Dimuat turun pada Ogos 5, 2005, daripada http://wwwlib.umi.com/dissertations/fullcit/ 8510588

Linstone, H. A., & Turoff, M. (Eds.). (1975). The Delphi method: Techniques and applications.Reading, MA: Addison-Wesley.

McDougall, A., & Squires, D. (1997). A framework for reviewing teacher professional development programs in information technology. Journal of Information

Technology for Teacher Education, 6(2). Dimuat turun pada Januari 15,2005, daripada http://www.triangle.co.uk/jit/content/maincontents.asp

McGill, J. L. (1998). Computer competencies needed by secondary teachers to be proficient using microcomputers in teaching. PhD Kansas State University. Dimuat turun pada Ogos 13,2005, daripada http://wwwlib.umi.com/ dissertations/

preview/8819240

(22)

Ohmae, K. (1990).The borderless world: Power and strategy in the interlinked economy.

New York: Harper.

Robbins, S. P. (1996).Organizational behavior: Concepts, controversies, applications.

Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Saedah Siraj (1999). Kurikulum ke arah pembentukan golongan pemuda, perekacipta dan profesional.Jurnal Kurikulum, 1(2),42-56.

__(2000). Intelek sebagai tumpuan pembinaan kurikulum. Dimuat turun pada November 8,2000, daripada http://www.planetklik. com.my

__(Ed.). (2001a).Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan.Sg. Buloh, Selangor: Alam Pintar.

__(2001b). Pembinaan kurikulum. Dimuat turun pada Mac 2, 2001, daripada http://www.planetklik.com.my

__ (2002a, Julai 16). Pengajian kurikulum masa depan untuk pendidikan

berkualiti. Ucap Utama di UMS Executive Management Workshop, University of Muhammadiyyah Surakarta, Surakarta, Indonesia.

__(2002b, Jun 17). Curriculum planning for future education. Ucap Utama di

Seminar on Curriculum and Instruction, CIS, University of Prince Songkla, Pattani Campus, Thailand.

__ (2002c). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dim. Sufean

Hussin (Ed.),Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektif sistem dan inovasi (hh.67-79). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

___ (2003, Mac 27). M-Learning curriculum for the future. Ucap Utama 2. Dim. Proceedings of the International Conference on Mobile Learning (ICML), Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Slaughter, R. A. (1996, November). The knowledge base of futures studies as an evolving process. Futures, Vol. 28(9), 799-812. Dimuat turun pada Ogos 15, 2005, daripada http://www,sciencedirect.com/science?_ob=MImg&_imagekey =B6V653VWC55R2&_cdi=5805&_user=3464026&_orig=search&_coverDate=ll %2F30%2F 1996&_sk=999719990&view=c&wchp=dGLbVzzzSkWA&d= ff7Od3ca 2fb4ba2110c9ald61ef32a00&ie=/sdarticle. pdf

____(1997). Implementing foresight for future generations. Dim R. Slaughter

(Ed.),The knowledge base of Futures Studies, Volume 3: Directions and Outlooks.

Hawthorn, Victoria, Australia: DDM.

Stewart, J. O'Halloran, C, Harrigan, P., Spencer, J. A., Barton, J. R., & Singleton, S. J. (1999, Mai 24). Identifying appropriate tasks for the preregistration year: Modified Delphi Technique. BMJ, 319,224-229. bmj.com. eCME. Dimuat turun pada Mac 13, 2005, daripada http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/ abstract/319/7204/224 Toffler, A. (1970).Future shock.New York: Random House.

Referensi

Dokumen terkait

Pasca-ditetapkannya Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-undang (Perpu) nomor 1 tahun 2014 tentang pemilihan Gubernur, Bupati, dan Walikota menjadi undang-undang,

Hilmy Muhammadiyah dan Sulthan Fatoni, NU Identitas Islam Indonesia, Elsas, Jakarta, 2004, hlm.110.. mengembangkan watak pendidikan individual. Anak-anak yang cerdas dan

Keyword : Economic Growth, Human Development, Intergovernmental Revenue, Inflation, And Government Size. Abstrak : Penelitian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh langsung

Sistem pengetahuan tradisional atau kearifan lokal merupakan bagian dari budaya it. Oleh sebab itu, pasti akan mengalami perubahan. Dalam sistem pengetahuan tradisional

10) Semua panitia Economix 2007, senang bisa menjadi Project Officer dalam acara yang luar biasa.. Deni, Angga, Ishak, Putu, Ayub, Haris, Ryan, Rani, Astry dan terutama buat

Fül lér G izella: Tehetséggondozás korai gyerm

Pas foto 4x6 (Iatar belakang warna merah) sebanyak 3 lembar , dengan ketentuan bagi pria berpakaian sipil lengkap (menggunakan jas dan berdasi ) sedangkan bagi

Per exemple, cita uns versos que podrien evidenciar, traient-los fora de context perquè formen part d’un poema místic expressat per una veu femenina, que la sensualitat no deixava