Tugasan B : Esei Pendek
Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologi dan psikologi terhadap seseorang. Ini bermaksud, stres yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap stres tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Boleh dikatakan bahawa, stres bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun stres tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat.
bebanan kerjaya pendidikan ini. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.
Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.
Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.
Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini telah menyebabkan guru tersebut sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini juga boleh menyebabkan guru mengalami tekanan dan juga stress.
bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja
dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu. Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru.
dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, guru tersebut seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.
diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.
stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan. Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan.
juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.
Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.
Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.