• Tidak ada hasil yang ditemukan

36581342 Isu Dan Etika Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "36581342 Isu Dan Etika Guru"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – lain.

Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

(2)

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

(3)

menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

(4)

yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

(5)

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru – guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

(6)

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

(7)

Rujukan:

Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved August 2, 2010, from:

http://apps.emoe.gov.my /bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN % 20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf

Farizal (2008). BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki Rasuah. Retrieved on August 2, 2010 from

http://cikgufarizal.com/category/keratan-akhbar/page/3/

Fuad Razali (2009). Pengetua Cadang Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan Prosedur

Beri Biasiswa. Retrieved on August 2, 2010 from

http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/pengetua-cadang-bantuan-kwapm

guna.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved on August 2, 2010 from www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn %20awam.ppt

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford

Fajar

Wapedia (nd*). Audit Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from http://wapedia.mobi/ms/Audit_Sekolah

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Oleh yang demikian, masyarakat seharusnya bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam usaha membantu pihak berkuasa untuk menyediakan bekas banduan

Oleh yang demikian guru besar haruslah sedar akan peranan tugasnya dalam sistem sekolah Sesungguhnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan tingkah

Oleh yang demikian, kajian permainan bahasa ini mampu memainkan peranan yang penting dalam memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan

Oleh karena itu, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai gangguan mental dan menyadarkan masyarakat bahwa eks

Sebagai "Captain of the House", saya suka melihat kaum wanita memainkan peranan penting membangkitkan kesedaran ini di kalangan rakyat supaya kesan-kesan, tekanan inflasi

SAluRAn MAKluMAT AWAM TEnTAng AlAM SEKITAR Berdasarkan Jadual 10, hasil kajian mendapati televisyen merupakan media yang paling penting dalam memainkan peranan

Aplikasi tersebut merupakan bentuk nasihat melalui penyampaian bahasa halus yang memberi dedikasi supaya melakukan sesuatu perkara menggunakan akal dan berhati-hati agar

Hasil kajian mendapati Bahagian Hab Halal JAKIM dan HDC memainkan peranan dengan memberi pendidikan dan latihan dalam meningkatkan kemahiran sumber manusia agar pemain-pemain