• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN KUALITI GURU DALAM MENANGANI ISU PENDIDIKAN EKONOMI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEPENTINGAN KUALITI GURU DALAM MENANGANI ISU PENDIDIKAN EKONOMI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

782

KEPENTINGAN KUALITI GURU DALAM MENANGANI ISU PENDIDIKAN EKONOMI

Liyana Faten Safuraa bt Muhammad Ajis & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Abstrak

Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses yang berterusan iaitu penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran terhadap pelajar. Guru yang berkualiti dapat mempengaruhi perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Prestasi pelajar pula dilihat pada keberkesanan dalam pengajaran di kelas. Antara isu-isu Pendidikan Ekonomi yang dibincangkan adalah mengenai gaya dan kaedah pengajaran guru, isu pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak terlatih/ guru bukan opsyen dan isu sistem peperiksaan yang berpusat. Antara aspek terpenting dalam menilai kualiti sesorang guru adalah melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru itu sendiri. Justeru itu, kertas konsep ini membincangkan keperluan serta kepentingan guru yang berkualiti dalam menangani isu-isu di dalam pendidikan terutama dalam Pendidikan Ekonomi berdasarkan model Iceberg Hay McBer.

Kata Kunci: Kualiti guru, gaya pengajaran, Model Iceberg, kompetensi, sikap, Pendidikan Ekonomi

PENGENALAN

Mata pelajaran Ekonomi merupakan satu daripada mata pelajaran di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional untuk menengah atas (Tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6). Kurikulum Ekonomi digubal dengan tujuan memberi pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu pelajar memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. Ia juga bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotik supaya mereka dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi dan menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukatan pelajaran Ekonomi dibentuk untuk menyumbang ke arah pembinaan insan yang baik, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

(2)

783

Peranan guru adalah amat penting dalam usaha merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia sesuai dengan matlamat wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan terpenting dalam proses membangunkan modal insan berkualiti. Justeru itu, usaha untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu disemarakkan bermula seawal pemilihan dan pengambilan calon guru (Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020).

Kesukaran dalam memahami konsep dan teori dalam pendidikan ekonomi memberi kesan buruk terhadap pelajar (Yusliza dan Farrah, 2011). Sejak mula mata pelajaran Ekonomi Asas diperkenalkan, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain dalam bidang kemanusiaan ikhtisas seperti Perdagangan dan Prinsip Akaun. Merujuk kepada peratusan laporan prestasi keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (2011) keputusan pencapaian mata pelajaran Ekonomi tahun 2009 dan 2010 dalam peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah menurun. Peratusan Lulus Penuh tahun 2009 ialah 57.55 peratus manakala peratusan Lulus Penuh tahun 2010 ialah 53.92 peratus. Pada tahun 2011 pula, matapelajaran Ekonomi tidak menunjukkan sebarang perubahan Peratusan Lulus Penuh – 1.01% (54.94 peratus). Tambahan pula, pada tahun-tahun sebelum ini, keputusan pencapaian mata pelajaran Ekonomi (STPM) juga tidak mencapai tahap yang membanggakan. Situasi ini menggambarkan terdapat kelemahan dalam proses pemindahan pembelajaran terhadap pelajar. Kelemahan ini mungkin ada kaitan dengan kegagalan pelajar mengambil kira perbezaan-perbezaan dalam gaya pembelajaran (Ahmad Johari & Hanisah, 2010).

Di dalam bidang ilmu pedagogi, guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model pengajaran bagi memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan individu murid-murid (Naina Mohd, 2000). Adalah satu tanggungjawab bagi seseorang guru itu mengenal pasti strategi dan model pengajaran apakah yang bersesuaian dari segi penyampaian ilmu dan kefahaman pelajar untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(3)

784 ISU DI DALAM PENDIDIKAN EKONOMI

Terdapat beberapa isu dalam Pendidikan Ekonomi yang antaranya menjadi punca kepada kemerosotan prestasi pelajar. Antaranya, gaya dan kaedah pengajaran guru Pendidikan Ekonomi, pengajaran dilaksanakan oleh guru tidak terlatih/guru bukan opsyen dan sistem peperiksaan yang berpusat.

1. Gaya dan kaedah pengajaran guru Pendidikan Ekonomi

Salah satu inovasi pendidikan yang giat dijalankan di setiap institusi pendidikan adalah pengajaran menggunakan teknologi multimedia dan komputer. Ianya memainan peranan yang penting di dalam meningkatkan kualiti pendidikan terutama di Malaysia. Banyak kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi multimedia dan komputer dapat memudahkan penyampaian dalam pengajaran terutama apabila guru menggabungan unsur-unsur teks, grafik, audio, video dan juga animasi di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) (Mizan Kamalina, 2013; Swan & Hofer, 2011; Ding & Li, 2011).

Terdapat pelbagai kesan positif penerapan penggunaan komputer sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Antaranya seperti dapat meningkatkan keinginan belajar pelajar, suasana pengajaran lebih seronok dan interaktif, kecekapan dalam pengajaran, dan sebagainya (Mizan Kamalina, 2013; Ding & Li, 2011; Abdul Wahab et al, 2006). Akan tetapi, penggunaan komputer dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga memberi kesan yang negatif (Ding & Li, 2011). Apabila guru terlalu bergantung kepada perisian multimedia tanpa memberi penekanan dalam aspek daya tarikan (animasi, pergerakan dan warna) ketika mengajar menggunakan multimedia, ini akan mengakibatkan pengajaran kelas lebih membosankan.

Menurut Yusliza dan Farrah (2011), di Malaysia masih mengamalkan pengajaran tradisional iaitu pengajaran berpusatkan guru terutama dalam Pendidikan Ekonomi. Bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas

menyebabkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti kaedah

perbincangan, penyelesaian masalah dan analisis isu ekonomi semasa tidak dapat dilaksanakan. Waktu pengajaran yang terhad juga menjadi salah satu faktor pendorong guru lebih memilih untuk menggunakan pengajaran berpusatkan guru.

(4)

785

2. Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak terlatih/guru bukan opsyen

Hasil dari kajian-kajian lepas mendapati bahawa matapelajaran Pendidikan Ekonomi sukar mencapai objektif yang disarankan oleh kerajaan. Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tidak terlatih dalam Pendidikan Ekonomi juga penyumbang ke arah masalah pembelajaran Ekonomi (Swan & Hofer, 2011). Kebanyakan guru mata pelajaran ini tidak dilatih dalam bidang tersebut sehingga menyebabkan mereka sendiri agak sukar memahami dan mentransformasikan isi kandungan pelajaran ke dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Situasi yang sama juga berlaku di Malaysia di mana kebanyakan guru Ekonomi adalah guru bukan opsyen (Abdul Said Ambotang, 2012). Hal ini didorong dengan masalah kekurangan guru terlatih dalam bidang-bidang tertentu sehingga menyebabkan guru-guru sedia ada dikehendaki mengajar mata pelajaran yang tidak bersesuaian dengan opsyen mereka. Justeru, ini akan memberi kesan yang

negatif terutama kepada pelajar dalam memahami, mendalami dan

mengaplikasikan pembelajaran terutama konsep-konsep ekonomi dalam kehidupan seharian.

3. Sistem peperiksaan yang berpusat

Sistem pendidikan di Malaysia yang menekankan kepada pencapaian akademik telah secara tidak langsung menyebabkan pendidik memilih kaedah pengajaran berpusatkan guru dalam menyampaikan kandungan dan sukatan pelajaran bagi memenuhi keperluan peperiksaan. Sistem peperiksaan berpusat yang (Norlia, T.Subahan, Lilia Halim & Kamisah, 2006; Amelia, 2007; Abd Rahman, 2009) diamalkan di Malaysia hari ini tidak menggalakkan guru untuk bersifat inovatif dan menyebabkan guru-guru terlalu bergantung pada silibus semata-mata. Guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti konsep-konsep Ekonomi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan guru menghabiskan silibus pelajaran tanpa mencuba teknik pengajaran yang berkesan dan tanpa mengambil kira gaya pembelajaran pelajar sekaligus menyebabkan guru terkejar-kejar menghabiskan silibus dalam jangka masa yang ditetapkan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pelajar. Pelajar akan lebih terarah kepada menghafal dan memahami konsep-konsep ekonomi tanpa banyak peluang

(5)

786

menganalisa dan mengaplikasikannya dalam situasi berbeza (Yusliza dan Farrah, 2011). Malahan, guru juga gagal mengesan gaya pembelajaran yang berkesan ke atas pelajar kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran hanya wujud pembelajaran satu hala sahaja (Amelia, 2007).

KUALITI GURU

Guru yang berkualiti dapat mempengaruhi komitmen belajar pelajar (Mohamad Aziz Shah, 2014; Rohani Arbaa et al, 2010; Salleh, 2003; Hattie, 2003). Antara ciri-ciri guru berkualiti yang dikaji oleh Rohani Arbaa et al (2010) adalah penguasaan isi kandungan/pedagogi oleh guru, kemahiran pengajaran guru serta hubungan yang baik antara guru dan pelajar. Justeru, ini memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pelajar jika guru yang berkualiti ini dapat mempengaruhi komitmen belajar pelajar sekaligus dapat menggalakkan penglibatan yang aktif dari pelajar terutama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Konsep kepimpinan melalui teladan sering dikaitkan dengan profesion perguruan. Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun 2015: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Guru perlu menjadi role model (Salleh, 1997) dengan menunjukkan sikap, sahsiah, memberi motivasi serta membentuk sikap positif pelajar terhadap subjek agar dapat menjadi ikutan yang baik kepada pelajar serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

Kompetensi Guru

Menurut Saedah dan Mohammed Sani (2012), kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau ‗personality traits‘ yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Kompeten atau ‗Competence‘ membawa maksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan dalam melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999). Prinsip asas bagi kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya (Pekeliling Perkhidmatan, 2005).

(6)

787

Di dalam konteks ini, gaya pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dan aplikasi dalam kehidupan seharian dan personaliti adalah antara ciri-ciri kompetensi guru (Saedah & Mohammed Sani, 2012).

Model Kompetensi Iceberg (Hay McBer)

Tiga komponen kompetensi yang utama (guru) adalah:

(a) Pengetahuan: Maklumat atau pengetahuan yang dimiliki oleh guru dalam sesuatu matapelajaran atau bidang. Kebolehan guru dalam meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan.

(b) Kemahiran: Kebolehan guru dalam menggunakan dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

(c) Ciri-ciri Peribadi: Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh guru.

Komponen-komponen di atas adalah digambarkan secara ilustrasi oleh Hay McBer di dalam Model Iceberg. Bagi komponen pengetahuan dan kemahiran, ianya boleh diperoleh melalui latihan dan kursus. Kebiasaanya dilihat dari sudut kelayakan akademik. Sebaliknya, bagi komponen ciri-ciri peribadi, ianya sukar ditafsirkan dan memerlukan penekanan khas bagi mencapai hasrat objektif dan matlamat melalui latihan pembangunan dan kursus.

(7)

788

Menurut model Iceberg, konsep kompetensi diillustrasikan dalam bentuk bongkah ais (Rajah 1) dimana kemahiran dan pengetahuan terletak di atas paras air manakala komponen ciri-ciri peribadi terletak di bawah paras air. Ini menunjukkan bahawa komponen pengetahuan dan kemahiran dapat dilihat, diukur dan dikenalpasti dengan menggunakan kelayakan akademik seseorang guru manakala dalam aspek ciri-ciri peribadi ianya sukar diketahui, diukur dan diubah. Komponen ciri-ciri peribadi inilah yang menjadi faktor penting yang akan membezakan prestasi seseorang guru samaada sebagai guru berprestasi tinggi atau guru berprestasi biasa.

PERBINCANGAN

Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu

membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dirangka berdasarkan empat anjakan:

(i) Meningkatkan akses kepada pendidikan, (ii) Meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, (iii) Meningkatkan kualiti pendidikan dan

(iv) Meningkatkan tahap kompetensi dan kecekapan pengurusan pendidikan. Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan, maka hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Guru yang berkualiti dilihat dari segi kepakaran, kemahiran dan sikap guru itu sendiri. Guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mewujudkan proses pengajaran yang berkesan memerlukan kepada komitmen guru sepenuhnya. Menurut Abdul Said Ambotang (2014), faktor penentu dalam kejayaan atau kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas sangat berkait rapat dengan peranan guru itu sendiri. Dalam matapelajaran Ekonomi, terdapat pelbagai konsep, teori dan model yang perlu diterangkan dengan teliti oleh guru. Jika seseorang guru gagal dalam memberi penerangan yang jelas, pelajar sukar memahami konsep tersebut. Makanya, guru juga menjadi penentu dalam kejayaan dan kegagalan seseorang pelajar dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Ekonomi.

(8)

789

Menurut Naina Mohd (2000), golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Guru juga perlu memberikan komitmen dalam memahami dan mngetahui gaya pembelajaran pelajar dan bagaimana untuk menyesuaikan gaya pembelajaran tersebut dengan pengajaran guru agar dapat mencapai objektif matapelajaran tersebut (Abdul Said Ambotang et al, 2014).

Menurut New Zealand Educational Institute (NZEI 2004) di dalam Rohani Arbaa et al (2010), guru yang berkualiti adalah:

―… guru yang mempunyai kelayakan akademik, mempunyai asas

pedagogi yang kuat dan faham bagaimana seseorang pelajar itu belajar, mengenal pasti dan mengoptima kekuatan pelajar, berkeupayaan untuk menggalakkan pembelajaran mendalam dan pemikiran berkonsepsi, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kurikulum, seorang yang berfikiran kritikal, mengamalkan refleksi dan komited terhadap pembelajaran diri sendiri, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan beretika, bekerja secara kolaboratif dengan guru lain dalam komuniti pembelajaran profesional, dan mengambil berat tentang pelajarnya.”

Dengan pernyataan ini dapat disimpulkan bahawa sikap serta motivasi guru sangat penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Isu guru bukan opsyen yang terpaksa mengajar sesuatu subjek kerana kekangan guru di sesebuah sekolah tidak seharusnya menjadi penghalang bagi guru tersebut dalam meneroka pengetahuan dalam subjek tersebut. Kini terdapat pelbagai sumber yang boleh diperoleh oleh seseorang guru dalam memastikan pelajar memahami apa yang diajar walaupun bukan dalam bidang atau kepakaran mereka. Sudah menjadi satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh seseorang guru dalam mencari inisiatif membantu pelajar bagi mtapelajaran bukan opsyen guru itu.

Menurut Model Iceberg oleh Hay McBer di dalam komponen pengetahuan, seseorang guru itu perlu mempunyai kepakaran dalam bidang yang perlu diajarinya. Pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Ekonomi) serta persediaan yang rapi dan mantap adalah penting sebelum guru memulakan proses pengajaran. Tanpa pengetahuan yang mendalam, sesuatu ilmu itu tidak

(9)

790

dapat disampaikan dengan berkesan. Menurut Glickman (1990) dalam Abdul Said Ambotang et al (2013), keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas, tugasan dan tanggungjawab, dan keperluan mempraktikkan kemahiran dan kepakaran merupakan tiga kategori utama dalam peranan kepimpinan seseorang guru. Penguasaan dalam ilmu dan pengetahuan ekonomi adalah sangat penting bagi guru. Jika guru itu sendiri tidak dapat memahami konsep, teori serta pengaplikasian teori dengan isu-isu semasa, makanya proses pengajaran itu tidak akan berjalan dengan lancar dan objektif tidak akan tercapai.

Di dalam komponen kedua menurut Model Iceberg iaitu komponen kemahiran, seseorang guru itu harus meneroka dan mengetahui cara untuk memindahkan pengetahuan sedia ada atau yang diperbaharui kepada pelajar dalam bentuk yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar. Salah pilih gaya pengajaran boleh mengakibatkan pemindahan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang sempurna. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan penting terutama dari aspek yang melibatkan perancangan, strategi dan kemahiran guru dalam mengorganisasikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Guru perlu mencari dan mencuba teknik dan gaya pengajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar dan keadaan semasa (teknologi). Terdapat pelbagai cara dan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar dalam sesuatu matapelajaran seperti alat bantu mengajar yang menarik. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunan blog, slaid dan sebagainya terbukti dapat menarik minat pelajar (Mizan Kamalina, 2013; Yusliza & Farrah, 2011; Ding & Li, 2011; Abdul Wahab et al, 2006). Akan tetapi, guru dinasihatkan agar tidak terlalu bergantung dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pebelajaran. Guru juga perlu menitikberatkan dari segi aspek gaya mengajar, komunikasi dua hala dan perbincangan yang kolaboratif supaya pelajar terus mengikuti pengajaran. Pemilihan gaya pengajaran yang betul dapat melancarkan dan memberikan rangsangan yang baik dalam proses pengajaran dan pelajaran sekaligus dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu konsep atau teori.

Peranan insan bergelar guru adalah amat penting dalam usaha merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap

(10)

791

dunia pada tahun 2020 dan melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada ekonomi dan kemakmuran Negara. Justeru itu, usaha untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu disemarakkan dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri kualiti peribadi yang positif dalam melaksanakan tanggungjawab dan komitmen dengan cara yang terbaik sekaligus melayakkan dirinya menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketerampilan. Komponen ketiga iaitu ciri-ciri peribadi atau sikap sangat memainkan peranan penting. Komponen ketiga ini dapat membezakan prestasi seseorang guru sama ada sebagai guru berprestasi tinggi atau guru berprestasi biasa. Guru yang berprestasi tinggi akan mengambil berat tentang isu keberkesanan pengajarannya dengan memperbaiki diri mereka dari semasa ke semasa dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar. Guru yang berkualiti juga akan berusaha mencari sumber maklumat terkini bagi memantapkan lagi proses pengajaran di dalam kelas. Perancangan dalam rancangan pengajaran harian juga disusun dengan teliti agar setiap objektif pengajaran dapat dicapai secara menyeluruh. Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan seronok mendorong pelajar untuk datang ke sekolah. Tugas guru tidak terhad hanya pada penyampaian ilmu sahaja tetapi juga sebagai

role model secara keseluruhan termasuk membentuk peribadi terpuji yang boleh

diikuti oleh para pelajar. Seorang guru yang mesra pelajar serta dihormati akan dapat berkerjasama di dalam kelas sekaligus memberi impak positif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Abdul Ghani et al, 2007; Good dan Brophy, 2002).

KESIMPULAN

Salah satu matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah meningkatkan kualiti guru dan pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kemenjadian murid. Bagi mengekalkan kualiti guru, pihak kementerian seharusnya memastikan semua pelajar pendidikan melalui proses latihan keguruan yang menyeluruh dan holistik terutama dari segi aspek seperti falsafah, sosiologi, psikologi, pedagogi dan sebagainya. Penempatan guru bersesuaian dengan opsyen mereka juga perlu dikemaskini dengan berkesan oleh sistem penempatan guru agar guru-guru ini dapat memaksimumkan penyampaian pengajaran dengan lebih efektif dan tepat.

(11)

792

Pelajar akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat memahami isi kandungan pengajaran guru yang pakar dalam sesuatu bidang serta dapat mengaplikasikan pengajaran dalam kehidupan seharian. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan persediaan yang rapi, tersusun dan mantap oleh guru sebelum memulakan pengajaran. Selain dari faktor guru berkualiti, faktor utama lain seperti faktor latarbelakang keluarga, faktor kendiri dan faktor sekolah (Ahmad Said Ambotang et al, 2014) juga mempengaruhi proses pembelajaran dan prestasi pelajar.

RUJUKAN

Abdullah, A. G., Aziz, A. R. A., & Mohamed, A. R. (2007). Humor dalam

pengajaran. PTS Professional.

Abdullah, M. Y., Mohamad, B., Zain, S., Taat, M. S., Talip, R. (2011). Pelajar Didahulukan – Kecemerlangan Diutamakan. Utusan Borneo, 15 Oktober: B4.

Ambotang, A. S., 2013. Keberkesanan Pengajaran Guru. Utusan Borneo, 2 Januari: B4.

Ambotang, A. S., Mohamad, B., Yute, D. (2014). Faktor Penyumbang Pencapaian Rendah Mata Pelajaran Ekonomi STPM di Sabah: Satu Tinjauan Awal.

International Conference on Education 2014.

Arbaa, R., Jamil, H., & Razak, N. A. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal

Pendidikan, 35(2), 61-69.

Ismail Ghani, A. W., Hj Siarap, K., & Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, 24(1 & 2). Kamalina, M. (2013). Amalan Penggunaan Modul Pengajaran Berasaskan Modul Multimedia Interaktif (MMI) dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV).

Tesis Universiti Tun Hussein Onn.

Khoo, Y. Y. (2008). Keberkesanan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif Dalam Kalangan Pelajar Ekonomi Tingkatan Enam. Tesis

(12)

793

Md. Noor, N. M. (2000). Stail Pengajaran Guru dan Gaya Pembelajaran Murid.

Jurnal Pendidikan, 2(3).

Mengch Ding, M., & Li, H. (2011). On the Application of Multimedia in Economics Teaching. International Education Studies, 4(3), p88.

Mohamed, M. A. S., Mohd Sa‘ad, A. S., Jaapar, N., Mohd Ali, K., Athdzar, N. H., Wan Abd Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan dan Strategi Menangani

Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif.

Nizam, S., & Zulkifli, Z. (2014). Faktor Kelemahan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Ekonomi Asas di Peringkat SPM di Sekolah-Sekolah Terpilih di Negeri Johor.

E-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge.

Salleh, J. (2003). Hubungan Gaya Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Mata Pelajaran Perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Dato Seri Mohd Zin Alor Gajah Melaka. Tesis Sarjana. Kolej

Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Sawi, A. J. A., Abdullah, M. Y., & Ngrambang, U. Implikasi Kepemimpinan Pengetua, Kepuasan Kerja Guru dan Pengajaran Berkesan Guru Terhadap Pembelajaran Pelajar.

Sihes, A. J., & Abdullah, H. (2010). Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun Tiga UTM Skudai, Johor. Siraj, S., & Ibrahim, M. S. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia.

Swan, K., & Hofer, M. (2011). In Search of Technological Pedagogical Content Knowledge: Teachers‘ Initial Foray into Podcasting in Economics. Journal

of Research on Technology in Education, 44(1), 75-98.

Taat, M. S. (2014). Melahirkan guru berkualiti. Utusan Borneo, 26 Februari: B4.

Thomas L. Good & Jere E. Brophy. (2002). Looking in Classrooms. 10th Edition.

Yusof, R., Othman, N., & Karim, F. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal

pendidikan, 30, 113-128.

Yusop, F. D., & Baharin, Y. (2011). Pembelajaran kolaboratif menggunakan blog dalam pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas. Jurnal Pendidikan, 31 (2011).

Referensi

Dokumen terkait

Amalan harian guru melibatkan aspek – aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing (perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, sikap dan

Guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan penting bagi meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah, untuk mencapai matlamat ini, guru Bahasa

Kajian mendapati dalam setiap perancangan lima tahun Malaysia, aspek pendidikan dan latihan memang sentiasa ditekankan kerana pendidikan adalah penting dalam pembangunan

Guru Pendidikan Islam berkesan dalam perbincangan tokoh pendidikan merangkumi pelbagai aspek antaranya ialah dari segi perancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah,

Namun dalam konteks kajian ini bertujuan melihat kepada kesediaan guru dari aspek iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan hubungan keduanya dalam melaksanakan

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kesedian guru-guru bukan opsyen melaksanakan pengajaran ini berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran mengurus dan

Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran dalam amalan pengajaran akhlak dalam kalangan GPI Kuala Langat adalah tinggi dan dalam aspek kaedah pengajaran akhlak, guru perlu mempunyai