PENGARUH ASAS PENGETAHUAN GURU DAN PEMAHAMAN GURU
TERHADAP AMALAN HARIAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh; Desmond Bin Muroh
8 November 2015
PENGENALAN
“Biarku menjadi lilin” sebuah lagu yang sangat sinonim dan sering didendangkan pada sambutan yang melibatkan profession pendidikan ini sekaligus telah menjadi imej
kepada profession pendidikan negara. Akan tetapi, mampukah seorang guru untuk
memberikan cahaya sepertimana yang telah dinyatakan dalam lirik lagu tersebut.
Dalam konteks tersebut, guru – guru yang dianggap sebagai lilin, memberikan cahaya iaitu menyampaikan ilmu bagi menerangi jalan-jalan yang akan dihadapi kanak-kanak
dewasa kelak. Jika kita lihat dari hayat sebatang lilin, ia akan menerangi dalam tempoh yang
seketika. Pada awalnya, sebatang lilin yang baru dikeluarkan daripada kotak mempunyai rupa
yang sangat sempurna. Setelah lilin dinyalakan, semakin lama ia akan menjadi semakin
rendah, berubah rupa, lembut dan tidak elok lagi rupa lilin tersebut akhirnya. Ini akan
memberi gambaran pesong terhadap perjalanan dan jasa seorang pendidik yang pada awalnya
kuat dan bersemangat akan lemah dan berputus asa akhirnya.
Gambaran yang cukup jelas apabila golongan guru-guru baru dengan semangat yang
tinggi pada awal zaman pekerjaan akan menjadi longlai dalam menempuhi zaman pekerjaan.
Ini masih kita boleh kita terima sebagai normal kerana guru juga seorang insan yang tetap
akan mengalami perubahan akibat daripada persekitaran, situasi dan sebagainya. Yang amat
membimbangkan ialah, kesediaan guru tiada atau belum bersedia untuk menyampaikan
pengajaran sedangkan telah menerima latihan dalam bidang pendidikan. Menurut laporan
Albert Shanker, Presiden Guru Amerika Syarikat sekitar 1985 merujuk kepada tinjauan Lay
Yoon Fah (Tarikh tinjauan tiada dinyatakan: modul PLG500 jilid 2) menyatakan sejumlah
200,000 guru daripada 2.5 juta guru menyampaikan pengajaran dalam matapelajaran yang
ASAS PENGETAHUAN GURU
Asas merupakan tapak kepada sesuatu untuk berdiri. Tanpa asas tersebut, kemegahan
dan kepewiraan akan tersungkur rebah ke bumi. Bagi konteks guru, asas yang dimaksudkan
ialah pengetahuan. Tanpa pengetahuan, sukar untuk guru untuk menyampaikan pengetahuan
yang sepatutnya disampaikan kepada pelajar – pelajarnya.
Pengetahuan terbahagi kepada 2 menurut Shulman (1986) iaitu pengetahuan konten
boleh dimaksudkan sebagai pengetahuan konten mata pelajaran dan pengetahuan konten
pedagogi merujuk kepada aspek – aspek dalam kandungan yang berkaitan dengan pengajaran yang terdapat dalam bahagian – bahagian mata pelajaran. Berdasarkan 2 jenis pengetahun ini, guru perlu mendalami konten pelajaran dan juga menguasai aspek-aspek yang akan
mempengaruhi pengajaran setiap kandungan yang terdapat dalam kandungan matapelajaran.
Tetapi sejauh mana kita pasti bahawa setiap bidang atau matapelajaran yang akan
disampaikan di sekolah oleh guru yang betul betul menguasai bidang atau matapelajaran
tersebut. Sudah tentu, setiap guru pernah merasakan pengalaman mengajar matapelajaran
diluar bidang pengkhususan. Sebagai seorang guru, kita tidak dapat lari daripada memikul
tugas yang telah dipertanggungjawabkan sedangkan diri sendiri tidak begitu mahir dalam
bidang atau matapelajaran yang telah dipertanggungjawabkan. Menurut Robinsim (1985)
tinjauan Lay Yoon Fah dalam tulisan yang sama menyatakan perngajaran di luar bidang pengkhususan “out-of-field” bukanlah jenayah tanpa mangsa “victimless crime” yang menjadi mangsa adalah murid-murid yang yang menerima pengajaran yang kurang baik “inferior” berbanding dengan kumpulan murid yang lain. Petikan dalam tinjauan tersebut menyatakan pendapat McDiarmid et al (1989) dan Grossman et al (1989) penguasaan
pengetahuan dan pemahaman konten menentukan keupayaan guru memindahkan “transmit” pengetahuan kepada murid – murid.
Pengetahuan konten mata pelajaran akan mempengaruhi cara guru merancang dan
mengjar mata pelajaran tersebut. Ini menunjukkan, setiap tindakan dan sikap guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh proses pemikiran guru termasuk
pengetahuan konten mata pelajarannya. Dengan kurangnya penguasaan terhadap pengetahuan
pengkhususan tidak mampu mengesan dan seterusnya gagal memperbetulkan konsep sedia
ada murid, tidak mampu menggunakan peluang untuk perbincangan yang seterusnya, tidak
mampu menangani masalah – masalah am bilik darjah dan menterjemah maksud pelajaran dengan tepat.
Pergantungan terhadap buku teks semata mata dapat dikenalpasti kepada guru – guru yang tidak dapat menguasai pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi.
Cadangan yang terdapat dalam buku teks jarang diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan
semasa. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid secara individu
seringkali digunakan dan sengaja mengelakkan aktiviti berpusatkan murid secara menyeluruh
dalam kelas.
AMALAN HARIAN GURU
Amalan harian guru melibatkan aspek – aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti
penyampaian maklumat kepada murid – murid. Amalan – amalan ini dipengaruhi oleh pengetahuan asas guru dan pemahaman guru dalam bidang kurikulum dan pedagogi. Dengan
adanya pengetahuan yang mendalam, iaitu melibatkan pengetahuan konten dan pengetahuan
konten pedagogi, perancangan dan penyampaian pembelajaran guru yang lebih berkesan
dapat dihasilkan. Sekiranya pembelajaran atau penyampaian yang berkesan, motif guru untuk
menghasilkan murid yang berpengetahuan dapat dicapai.
Pengetahuan – pengetahuan yang diperolehi oleh murid – murid boleh diaplikasikan secara maksimum dalam kehidupan yang sebenar mermbuktikan kejayaan yang sebenar guru – guru dalam misi guru sebagai insan yang menyampaikan maklumat.
Pemilihan empat jenis amalan harian dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar dapat memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sekolah yang mempunyai kurang
murid memberi cabaran untuk guru memastikan amalan atau kaedah yang dipilih mampu
PENJELASAN AMALAN HARIAN GURU
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan tinjauan Lay Yoon Fah,
disimpulkan bahawa penguasaan pengetahuan konten dan kemahiran guru dalam sesuatu
bidang mata pelajaran akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Pengetahuan yang diperolehi dan diamalkan ini boleh mempengaruhi rancangan guru
dan kaedah penyampaian guru. Amalan-amalan ini adalah luas dan bergantung kepada guru
untuk menentukan yang terbaik kepada murid – muridnya. Berdasarkan pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi dimana ini amat membantu guru dalam menghasilkan satu
penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, guru – guru mempunyai pertimbangan yang mutlak untuk memilih cara penyampaian tersendiri bergantung kepada
keupayaan murid, budaya, masyarakat, kemudahan dan sebagainya. Amalan – amalan yang luas ini di aplikasikan sebilangan guru yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk
memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Jika guru yang berfokus untuk menghabiskan silibus pelajaran, guru tersebut lebih cenderung untuk mengunakan bulat – bulat cadangan yang dicadangkan dalam modul pengajaran yang telah dihasilkan oleh pihak – pihak tertentu tanpa memikirkan cara yang terbaik untuk murid – murid menerima dan mengaplikasikan maklumat yang telah disampaikan oleh guru.
AMALAN PENYAMPAIAN MENGGUNAKAN VISUAL
Penggunaan visual, menurut Tilestone (2005), kajian – kajian mengenai otak mendapati bahawa hanya 20% pelajar yang belajar melalui pendengaran, manakala 80%
pelajar belajar melalui penglihatan dan kinestatik. Sausa (2006) telah mengemukakan kajian
berkaitan dengan kebolehan mengingat 24 jam selepas pembelajaran berlaku mengikut
kaedah pengajaran; 5% selepas syarahan, 10% Selepas membaca, 20% selepas audiovisual,
30% selepas demonstrasi, 50% selepas perbincangan kumpulan, 75% selepas praktikal dan
90% selepas mengajar yang lain atau terus mengamalkan pembelajaran tersebut. Ini
menjelaskan otak manusia lebih lebih mudah dan cenderung menerima maklumat melalui
Penggunaan visual disini merangkumi penggunaan carta alir, gambarajah, simbol,
jadual, peta konsep, ilustrasi, i-think dan sebagainya. Melalui pengalaman yang telah dialami,
penggunaan visual lebih efektif bagi menjelaskan dan mempermudahkan maklumat.
Berdasarkan peratusan hasil daripada kajian – kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas, kajian telah menunjukkan angka peratusan yang positif jika pembelajaran dapat
diaplikasikan menggunakan kaedah visual. Perhatian murid – murid juga dapat ditarik menggunakan kaedah ini dan membantu guru untuk meningkatkan lagi penerimaan murid – murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun, tidak semua konten yang terkandung dalam mata pelajaran
dapat disampaikan menggunakan kaedah ini. Sekali lagi, keupayaan guru untuk memilih
kaedah yang lebih sesuai untuk menyampaikan satu – satu konten yang terkandung dalam mata pelajaran yang tidak boleh diterjemahkan melalui kaedah visual.
Penggunaan visual dalam pengajaran berdasarkan keadaan sekolah yang mempunyai
masalah kekurangan yang sudah pasti ramai yang mengetahui. Kaedah ini sesuai
memandangkan ia akan melibatkan murid secara aktif. Murid akan disediakan dengan
pelbagai kad perkataan dan ayat mudah dalam pengajaran mata pelajaran sains. Penjelasan
kandungan pelajaran diterjemahkan melalui visual yang lebih mudah untuk difahami
murid-murid.
AMALAN GURU BERKEYAKINAN
Dalam tinjauan Lay Yoon Fah juga, kajian yang dijalankan SCORE (Scotitish
Council for Research in Education) yang meninjau tahap pemahaman guru sains sekolah
rendah terhadap konsep konsep sains dan teknologi, satu pertiga daripada guru yang terlibat
dalam kajian menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan latar belakang adalah punca
masalah pengajaran yang mereka hadapi. Hasil kajian tersebut telah menyenaraikan mata
pelajaran sains menduduki tempat ke 8 manakala teknologi menduduki tempat yang paling
rendah.
Keyakinan guru untuk mengajar sains lebih berfokus kepada penyampaian kemahiran
memahami benda hidup dan proses hidup dan memahami bumi dan alam semesta berbanding
bidang tenaga dan daya dan hasilan teknologi.
Selain itu, tahap keyakinan berdasarkan jantina guru juga memberikan perbezaan
yang signifikan. Keyakinan guru lelaki lebih tinggi berbanding guru perempuan dalam
penyampaian pengajaran dalam bidang sains dan dikalangan guru-guru perempuan
menunjukkan keyakinan lebih tinggi guru perempuan yang memiliki latar belakang dalam
bidang sains berbanding mereka yang tiada latar belakang sains. Tahap keyakinan guru dapat
dikaitkan dengan faktor – faktor seperti tiada minat, latihan pra-perkhidmatan yang tidak mencukupi, bantuan dalam perkhidmatan yang kurang, sumber dan sokongan yang tidak
mencukupi.
Menurut tinjauan Lay Yoon Fah terdapat laporan Tilgner (1990) yang berpendapat
berkenaan kajian pengkaji berkaitan dengan amalan ini menyatakan separuh daripada
bilangan bilangan guru – guru sekolah rendah meletakkan mata pelajaran sains ditempat keempat atau kelima dalam pemilihan (skor pangkatan) lima mata pelajaran. 25% daripada
guru sekolah rendah dan sampel kajian tidak memberi masa langsung untuk mata pelajaran
sains.
Minat guru terhadap mata pelajaran sains mempengaruhi minat murid – murid terhadap mata pelajaran tersebut (Shringley, 1974) dan hanya 22% sahaja guru sekolah
rendah berasa mereka benar benar layak mengajar sains (Gerlovish et al., 1981). Tahap
keyakinan guru dalam mengajar mata pelajaran sains dapat dikaitkan dengan kekurangan
pengetahuan latar belakang pada seseorang guru.
Berdasarkan jurnal pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14 oleh Khalid Johari et.al.
menyatakan keyakinan efikasi guru-guru lepasan dpm berbeza dalam hal mendorong murid
untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru – guru lepasan KPLI dan B.Ed: manakala guru – guru daripada program KPLI, DPLI dan B.Ed saling berbeza antara satu sama lainPerbezaan keyakinan yang dikenalpasti berdasarkan status latihan guru serta jantina
guru – guru sains.. Jika tahap keyakinan ini terus dipandang remeh dalam memperkembangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran peratusan untuk
matapelajaran tersebut terus diabaikan adalah tinggi. Sekaligus masalah ini akan mengundang
kepada ketidak seimbangan dalam hala tuju falsafah pendidikan kebangsaan sebagai
Oleh kerana pengajaran kepada golongan murid yang dalam jumlah yang kecil, adalah
sangat penting bagi guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menunjukkan keyakinan guru dalam sesuatu mata pelajaran. Untuk menarik perhatian dan
memastikan murid-murid untuk merasakan seseorang guru yakin terhadap pengajarannya,
guru memainkan peranan yang penting untuk menjalankan pengajaran dengan penuh
keyakinan agar murid-murid memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Dengan sikap yang yakin, murid-murid tidak teragak-agak untuk
mengemukakan kekeliruan yang mereka hadapi dan memudahkan guru untuk membetulkan
konsep-konsep yang disalah tafsir oleh mereka.
AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Menurut Khalid (1993) dalam tinjauan Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes &
Shahzalina Ghazali Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (tarikh tidak
dinyatakan) pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib
serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua 2 komponen pembelajaran
untuk kejayaan yang paling maksimum. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru-guru
mata pelajaran teknik dan vokasional sedikit sebanyak mengamalkan pendekatan
pembelajaran koperatif di dalam kelas mereka. Ini dibuktikan melalui data mentah yang
diperolehi menunjukkan nilai min purata yang sederhana iaitu 3.59.
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Pembahagian pelajar ke dalam
kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian
mendapati min yang tinggi iaitu 4.37 untuk kenyataan ini. Kajian – kajian disokong menurut Hamm dan Adams (1994), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif memudahkan
dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui proses penglibatan pelajar di
dalam kumpulan secara aktif, guru juga dapat membuat penemuan-penemuan penting
mengenai kaedah pelajar belajar dan apa yang mereka belajar. Oleh kerana pelajar terlibat
dalam sebahagian proses pengajaran, keberkesanan guru mengajar dalam kelas dan proses
Namun begitu, terdapat faktor faktor yang boleh menggagalkan pembelajaran secara
koperatif ini. Salah satunya ialah, faktor kekangan masa. Dan memang tidak dapat disangkal
bahawa kekangan masa merupakan musuh utama kepada guru – guru yang mengamalkan cara pengajaran koperatif. Selain itu, beban tugas luar guru dalam kerja – kerja dokumentasi dan pengkeranian juga memberi kesan yang mendalam dalam penggunaan amalam koperatif
ini. Faktor lain merupakan peruntukkan masa yang kurang dalam interaksi mata pelajaran
juga menimbulkan permasalahan dalam perlaksanaan pembelajaran koperatif. Sebagai
contoh, dalam peruntukkan masa yang disediakan dalam KBSR Kurikulum Baru Sekolah
Rendah memperuntukkan 3 waktu interksi sains bagi tahap 1 dan 5 waktu bagi tahap 2.
Dengan memperkenalkan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah mengurangkan
masa interaksi mata pelajaran sains iatu 2 waktu untuk tahap 1 dan 4 waktu untuk tahap 2.
Pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid
dengan jumlah yang kecil member ruang kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran
menggunakan kaedah koperatif dengan lebih mudah. Sebagai contoh, pembelajaran dalam
kelas tahun 3 yang melibatkan 9 orang pelajar, pembahagian kumpulan kecil sebanyak 3
orang setiap kumpulan memastikan penglibatan setiap murid berlaku. Murid-murid yang
tidak tahu bagaimana hendak melibatkan aktiviti dalam aktiviti yang dikesan oleh guru akan
dibimbing oleh guru untuk membolehkan murid tersebut berfungsi dalam kumpulan kecil
tersebut.
AMALAN PENJELASAN PELAJARAN MELALUI CONTOH
Menurut Watson dan Mason 2005 dalam penulisan Faridah Sulaiman and Mohini
Mohamed (2012), contoh ialah sebarang perkara yang melaluinya pelajar dapat membuat
generalisasi. Penjelasan isi kandungan pelajaran menggunakan contoh sebenar yang berlaku
disekitar murid – murid dapat mempertingkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran. Melalui amalan ini, murid – murid dengan sendiri dapat mempertimbangkan isi pelajaran dengan situasi yang berlaku disekeliling berdasarkan contoh yang telah disampaikan oleh seseorang
guru dalam penyampaian isi pelajaran. Dalam penulisan yang sama, Zaslavsky dan Zodik
(2007) berpendapat bahawa pengetahuan tentang contoh boleh dilihat sebagai suatu
pengetahuan teras yang diperlukan untuk pengajaran Matematik dan ia adalah penggerak
diberikan kepada guru, sama ada bakal guru mahupun guru yang telah berkhidmat, mengenai
penggunaan contoh dalam pengajaran Matematik (Zaslavsky, 2008). Berdasarkan pendapat
tersebut, dapat dikaitkan keberkesanan yang lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
yang telah disampaikan.
Jika pengajaran biasa dijalankan tanpa pemberian contoh, sukar untuk murid – murid mengaitkan pembelajaran dengan keadaan sebenar. Sekiranya murid – murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan contoh, tahap kefahaman murid dapat dipertingkatkan.
Secara tidak langsung, guru – guru yang mampu memberikan contoh yang paling sinonim dengan isi pelajaran merupakan guru yang mampu untuk menghasilkan pengetahuan sendiri
dimana ia juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). Walaupun
begitu, maklumat yang diperolehi daripada beberapa kajian-kajian yang lalu menunjukkan
bahawa anggapan ini tidak semestinya benar (Arbaugh & Brown, 2005; Zaslavsky & Peled,
1996).
Dalam pengajaran contohnya pengajaran matematik, didapati bahawa guru-guru
pelatih seringkali memilih contoh yang mudah dan rutin untuk mengelakkan pelajar-pelajar
daripada membuat kesilapan dan mengelakkan timbulnya kekeliruan dalam pembelajaran.
Penggunaan contoh yang mudah bagi guru dan contoh kebiasaan akan memberi kesan kepada
penerimaan murid – murid. Sebagai kesimpulan kepada amalan ini, Guru – guru perlu menggunakan pelbagai jenis pengetahuan untuk dipertimbangkan sebelum pemilihan contoh
dibuat. Guru – guru perlu tahu sukatan pelajaran semasa, malah mereka perlu mengetahui sukatan pelajaran sebelum. Pengetahuan ini perlu bagi membolehkan mereka mengenal pasti
pengetahuan asas yang sepatutnya telah dikuasai pelajar sebelum memulakan pengajaran
baru.
Dalam konteks pengajaran disekolah pedalaman yang mempunyai bilangan murid
yang terhad, pemberian contoh perlulah lebih sinonim dengan cara kehidupan, persekitaran
dan budaya murid-murid tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran sains tajuk tumbuhan,
contoh-contoh tumbuhan yang ada di kawasan tersebut terlebih dahulu digunakan. Sebelum
member perngetahuan terhadap jenis-jenis tumbuhan lain yang tidak terdapat di kawasan
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai amalan – amalan yang sesuai dan selari dengan kehendak dan penerimaan murid – murid yang boleh diaplikasikan dalam rancangan dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengaplikasikan amalan – amalan tersebut, penguasaan guru terhadap pengetahuan asas iaitu pengetahuan konten dan pengetahuan
konten pedagogi memainkan peranan yang amat penting. Oleh yang demikian, seorang guru
perlu memperkuatkan asas sedia ada sebelum tanggapan terhadap murid – murid dibuat.
Amalan – amalan yang telah dinyatakan disini adalah seperti amalan penyampaian menggunakan visual, amalan guru berkeyakinan tinggi, amalan pembelajaran koperatif dan
amalan penjelasan pelajaran melalui contoh. Penjelasan terhadap amalan – amalan ini bukanlah bermaksud amalan ini adalah yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan murid – murid. Ini adalah bergantung kepada kandungan mata pelajaran dan aspek – aspek luar seperti keupayaan murid, budaya, agama, persekitaran, kemudahan, masyarakat dan
RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali. (n.d). Amalan Pembelajaran
Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Tiga buah
Sekolah Teknik di Selangor. Artikel tinjauan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
Faridah Sulaiman & Mohini Mohamed.(2012). Kerangka Pengetahuan Guru Cemerlang
Matematik Dan Bagaimana Ia Digunakan Bagi Memilih Contoh Dalam Pengajaran
Matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 69–86, 2012. Malaysia.
Hamdi Bin Ishak, Ab Halim Bin Tamuri, Rosadah Binti Abdul Majid & Safini Bin Bari.
(2012). Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Masalah Pendengaran). Jurnal Of Islamic dan
arabic education 4(2), 2012 11-24. Malaysia
Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuri Osman & Ahmad Tajuddin Othman. (2009). Pengaruh
Jenis Latihan Guru Dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14. Malaysia.
Lay Yoon Fah. (n.d). Pengaruh Pengetahuan Konten Guru Sains Terhadap proses