• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) TERHADAP GURU PELATIH TESL AMBILAN JAN 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) TERHADAP GURU PELATIH TESL AMBILAN JAN 2012"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

470

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) TERHADAP GURU PELATIH TESL AMBILAN JAN 2012

Noraidah binti Yaakub

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka Abstrak

Program Bina Insan Guru (BIG )merupakan program membina keinsanan guru bagi persiapan menjadi guru berjiwa guru. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) peringkat Institut Pendidikan Guru dari aspek kurikulum dan aktiviti yang dijalankan. Kajian ini dijalankan secara tinjauan terhadap seramai 40 orang guru pelatih TESL Semester 7 Ambilan Januari 2012 di IPGK Perempuan Melayu, Melaka. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik 4 Likert yang mengandungi enam (6) konstruk utama bagi menilai keberkesanan Program BIG yang dijalankan. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 yang melihat nilai peratusan dan frekuensi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program BIG yang dijalankan menerima respon positif terhadap keenam-enam konstruk yang dikaji dengan konstruk penghayatan agama untuk membantu membina cirri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama mendapat skor tertinggi daripada responden kajian. Rumusan daripada kajianini menunjukkan program BIG telah berjaya menanam penghayatan yang mendalam di dalam diri seseorang guru untuk menghayati sifat-sifat yang muliamengikutajaran agama Islam.

Kata kunci: Bina Insan Guru, keinsanan guru, guru berjiwa guru, guru pelatih TESL PENGENALAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) adalah wadah tempat melahirkan guru yang berjiwa guru yang merangkumi 27 Institut Pendidikan GuruKampusnya .Program Bina Insan Guru (Pro-BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Penguruan Pra-perkhidmatan.Program ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara.Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

Falsafah Pendidikan Kebangsaandan Model Konseptual Pendidikan Guru mengandungi elemen-elemen intelek,jasmani,rohani dan emosi diberi penekanan dalam proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang.Profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang,pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

(2)

471

Berdasarkan kepada fakta di atas maka satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) disediakan dan guru pelatih diwajib mengikutinya sebagai syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Sukatan ini menekankan kepada tiga tema utama iaitu Konsep Dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru,Pembangunan Insan Guru dan Peranan serta Tanggungjawab Insan Guru.Ketiga-tiga tema ini akan direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari tiga malam termasuk waktu perjalanan.

PERNYATAAN MASALAH

Melalui pemerhatian program-program BIG yang telah dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa permasalahan kajian meliputi aspek-aspek iaitu , terdapat komen dan kritikan daripada pihak pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM) ,pihak sekolah (pengetua/guru besar,guru penolong kanan dan guru-guru akademik- semasa program PBS,Praktikum dan Internship) tentang sikap negatif guru-guru permulaan.Justeru BIG merupakan satu program yang dirangka khusus untuk memperbetulkan sikap bakal-bakal guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia.Terdapat kritikan daripada beberapa pensyarah dan pengarah sendiri yang mempertikaikan kononnya pengisian BIG yang dikendalikan oleh pihak Unit Ko Kurikulum terlalu bersifat keagamaan.Maka kajian ini akan mendapatkan kepastian daripada para peserta program ini sendiri supaya tidak berlaku penyelewangan kandungan sukatan oleh pihak pengajur.

Setelah melaksanakan banyak siri Program BIG pada setiap tahun, pengkaji merasakan perlu dijalankan satu penyelidikan keberkesanan program untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan pelaksanaan program BIG daripada aspek pencapaian objektiknya. Maklumat penyelidikan ini akan membolehkan penambahbaikan dilakukan terhadap Program BIG ini.

PERSOALAN KAJIAN

1 Sejauhmanakah Program BIG dapat membantu membina ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.

(3)

472

2 Sejauhmanakah Program BIG dapat meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.

3 Sejauhmanakah Program BIG dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

4 Sejauhmanakah Program BIG dapat meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.

5 Sejauhmanakah Program BIG dapat meningkatkan kemahiran mengurus diri,kumpulan dan masa dengan berkesan

6 Sejauhmanakah Program BIG dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam aspek kehidupan seharian.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya objektif kajian ini adalah menilai status pelaksanaan sebenar program BIG di peringkat Institut Pendidikan Guru .Antara objektif utama dalam kajian ini adalah untuk meninjau aspek-aspek pelaksanaan berikut : 1. Mengenalpasti samaada pelaksanaan kurikulum BIG menepati objektifnya. 2. Memastikan adalah aktiviti-aktiviti yang dilaksanaan bersesuaian dengan

matlamat pencapaian objektif

BATASAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan keberkesanan program yang dijalankan terhadap 40 orang peserta Program Bina Insan Guru kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP) TESL Ambilan Januari 2012 sahaja.

DEFINISI/ISTILAH

Dalam kajian ini nanti,beberapa istilah digunakan. Bagi menjelaskan maksud penggunaannya,istilah yang mempunyai kaitan dengan kajian diberikan penghuraian mengikut konteks kajian.

(4)

473

IPGK PM

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGK PM) yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM) merupakan Institusi Pendidikan yang tertua di Malaysia iaitu pada 1935 (dikenali sebagai MWTC – Malay Women Training College) hinggalah kini (Introspeksi MWTC/MPPM 60 TAHUN 1935-1995).Usianya menjangkau 80 tahun dan masih utuh berdirisebagai salah sebuah institusi pendidikan terulung di Malaysia.IPGK PM mempunyai keistemewaan tersendiri memandangkan kesemua pengarahnya dan guru-guru pelatihProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PSIMP) adalah dalam kalangan perempuan dan beragama Islam sahaja. Tradisi ini masih kekal sehingga ke hari ini.

Program

Dalam kajian ini program latihan bermaksud menentukan falsafah,matlamat dan objektif bagai menunjukan rangka kursus berkenaan tercapai. Program ini juga membawa maksud pengajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian,pengetahuan dsb) yang diberikan dalam jangka masa yang singkat (Teuku Iskandar 1986). Dalam konteks perguruan program bermaksud; mengetahui rancangan untuk mengeluarkan ahli-ahli professional yang berkebolehan yang menjadi agen perubahan dalam usaha mencapai sesuatu maksud dan tujuan dengan memberi kemahiran untuk memperkembangkan sesuatu program Kementerian Pendidikan Malaysia (1987).Program juga merupakan satu rangka kerja yang bersistem untuk mengutip dan menganalisis data mengenali semua peristiwa yang berkaitan dengan pelaksanaan program dengan maksud untuk memperbaiki lagi pengurusannya

Bina Insan Guru (BIG)

Program BIG ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaaninsan guru yang berakhlak mulia,bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental,bermanfaat kepada diri,keluarga,masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

(5)

474

Penilaian Keberkesanan

Istilah penilaian program ditakrifkan sebagai; menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu program telah dapat dicapai yang dibuat melalui kutipan,pemerosesam dan interpretasi data-data berkaitan dengan sesuatu kursus Robert E. Stake (1967).

Di Institut Pendidikan Guru Malaysia, penilaian dan keberkesanan sesuatu program latihan atau sesuatu kursus dilihat sebagi satu usaha yang bertujuan untuk menilai pencapaian objektif dan pelaksanaan sesuatu program. Secara spesifiknya apa yang ingin diketahui melalui penyelidikan keberkesanan sesuatu kursus ialah bagi mengesan tahap pencapaian pengetahuan,kemahiran,sikap peserta program,masalah dan perubahan yang dibawa selepas mengikuti program latihan

.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Kursus Program Ijazah Sarjana Muda TESL sepenuh masa adalah untuk melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam mengajar pelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah rendah di Malaysia anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

TINJAUN LITERATUR Pengenalan

Pelaksanaan BIG mengutamakan pembelajaran yang menitikberatkan pembangunan afektif,kognitif dan psikomotor. Pembangunan afektif,meliputi aspek insan guru yang berakhlak mulia,bersemangat juang dan patuh kepada ajaran agama di samping aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal.Nilai-nilai kerohanian dan sosial khususnya kemahiran interpersonal,hendaklah sentiasa diberi penekanan dalam semua aktivit yang dilalui oleh pelajar sepanjang mereka di maktab perguruan. Tanggungjawab membina insan guru adalah tanggungjawab bersama seluruh warga maktab.

(6)

475

Latar Belakang Kajian

Kajian ini akan mengunakan model penilaian pelaksanaan program yang diubahsuai daripada CIPP

Berdasarkan rangka konsep kajian di atas, pelaksanaan sesuatu program mestilah melihat kepada matlamat dan kandungan kokurikulum serta memastikan ianya berjalan mengikut apa yang dirancangkan. Manakala kandungan modul, tenaga manusia dan keperluan-keperluan sokongan yang ada merupakan penyempurna bagi menentukan samaada matlamat yang ditetapkan sedang berlansung dari segi operasionalnya. Pengkaji perlulah memastikan sama ada matlamat kurikulum yang hendak dicapai benar-benar sedang berada pada landasannya (A,B,C,D) atau pun telah terkeluar sehingga melahirkan sesuatu yang lain atau telah menyimpang (M dan R). Jika keadaan ini berlaku pengkaji perlu kembali kepada matlamat asal kurikulum yang disasarkan.

Joyce Van Tassel (1992) pula menilai pelaksanaan program daripada aspek : kandungan komponen kursus ,fokus konten dan pengalaman yang diperolehi.Manakala Ubben dan Hughes (1996) melihat keberkesanan kursu daripada aspek penguasaan kemahiran atau skill.

Dessler (1997) mengutarakan empat perkara keberkesanan sesuatu kursus atau program yang perlu diukur mencakupi :

o Reaksi calon terhadap program

o Pembelajaran o Tingkah laku o Hasil Reka Bentuk Kurikulum Pelaksanaan Penyebaran Konten subjek Tenaga manusia sokongan Pelaksanan A,B,C,D Atau A,M,C,R Matlamat A,B,C,D

(7)

476

Syed Ali Ashraf (1994) jika dilihat pada tujuan pendidikan islam, ia sebenarnya ialah untuk melahirkan seorang islam yang baik dan berbudaya dan juga pakar dalam berbudaya. Ini bermaksud seseorang islam itu tahu bagaimana hendak mengunakan ilmu untuk tujuan rohaniah,intelektual dan kemajuan kebendaan bermaksud bahawa dia menjadi seorang anggota masyarakat yang berguna.

Mengikut Abdul Rahman Arof dan Zakaria Kasa (1994) , penyebaran pengalaman boleh dibahagikan kepada dua kategori : pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang keadaannya sentiasa berubah dari semasa ke semasa,pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap yang terdapat dalam agama.Pengalaman ini tidak berubah dan boleh di dapati daripada Al-Quran dan Sunnah.

Menurut Ahmad B. Ismail (1998), akhlak juga diberi tumpuan kerana ia merupakan tonggak keimanan dan keutamaan dalam perubahan masyarakat.Islam percaya bahawa ketinggian dan ketegasan sesuatu umat itu kerana kesempurnaan akhlaknya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W :-― Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang lebih baik akhlaknya.‖

Aspek jasmani juga penting kerana Islam berkehendakkan umatnya menjaga tubuh badan yang sihat, elok dan bersih dan apabila ia menganjurkan umatnya bersederhana dalam makan minum,berpakaian dan sebagainya, Sabda Rasulullah S.A.W :-―Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah dari mukmin yang lemah‖

Untuk itu kita akan melihat apakah objektif utama program BIG ini dijalankan oleh pihak Institut yang antara lainnya adalah seperti berikut iaitu untuk:

 menunjukkan membina insan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.

 meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan

 meningkatkan ketahanan mental dan fizikal

 meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat

(8)

477

 meningkatkan kemahiran mengurus diri,kumpulan dan masa dengan berkesan  meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia

melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

Pelaksanaan program BIG ini melibatkan strategi pelaksanaan yang telah digariskan dalam satu buku panduan khusus oleh pihak IPGM . Antara lainnya adalah seperti berikut :

 Program ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Unit Ko Kurikulum Institut Pendidikan Perguruan setiap Kampus.

 Program BIG ini menetapkan pakej wajib perkhemahan empat hari tiga malam iaitu termasuk waktu perjalanan. Masa pelaksanaan perkhemahan ditetapkan oleh institut sendiri.

 Aktiviti yang dirancang hendaklah merangkumi aktiviti fizikal di darat dan di air dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan. Aktiviti kerohanian dan khidmat masyarakat juga diadakan semasa perkhemahan

Pihak IPGK PM memastikan setiap guru pelatih berjaya mengikuti Program BIG daripada semester 1 hingga semester 6 sahaja sepanjang pengajian mereka

Teori

FIZIKAL

Senaman,pemakanan,pengurusan tekanan

Mental Sosio-Emosi

Membaca,Membayang,empati Berkhidmat,Sinergi Keselamatan

ROHANI

Penjelasan Nilai dan Komitmen, Kajian,dan Meditasi

Rajah dipetik dan diubahsuai dari Steven R. Covey, 7 tabiat Orang yang amat berkesan, Prentice Hall,Malaysia. (1996) Steven R. Covey (1996) telah

(9)

478

memberikan penekanan kepada pembaharuan empat dimensi sifat semulajadi manusia,iaitu fizikal,rohani,mental dan sosio emosi. Dimensi fizikal merupakan aspek yang penting dalam penjagaan tubuh badan yang sihat dari segi daya tahan,kelenturan dan kekuatan. Dengan mengikuti program senaman yang terancang dan selaras dengan dapatan penyelidikan terkini dengan syorkan oeh pakar perubatan dan dengan kesedaran sendiri maka objektif ini dapat dicapai.

Berdasarkan pandangan di atas ternyata BIG adalah satu program yang meliputi keempat-empat elemen yang dinyatakan di atas. Pada tahun 2007 satu kajian untuk mengkaji sejauhmanakah aktiviti-aktiviti dan pengisian program di dalam dapat mancapai objektif seperti yang dihasratkan dengan mensasarkan Guru pelatij J-Qaf Ambilan 2006. Terdapat juga kajian-kajian terdahulu telah dapat membuktikan betapa aktiviti luar sangat berkesan dalam mencapai objektif keempat-empat elemen di atas.Berikut ini dikemukakan beberapa contoh kajian lepas yang berkaitan dengannya untuk dijadikan rujukan.

Tinjauan Kajian Lepas

Charton dan Stinson (1983) merumuskan faedah-faedah yang diperoleh pelajar jika bergiat cergas dalam kegiatan koku seperti berikut ;

 Kemahiran fizikal dengan melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti  Kercergasan mental,pengetahuan,pengalaman dan lebih memahami.  Sikap menghargai

Dapatan kajian beliau menunjukkan jika pelajar pandai menggabung jalinan kemahiran yang didapati di luar bilik darjah dengan pembelajaran di dalam bilik darjah,mereka akan mencapai kecemerlangan pelajar harus mencakupi perkembangan intelek dan kendiri para pelajar serta kesesuaian kurikulum itu dengan keperluan pelajar. Ini bermakna pendidikan yang disalurkan melalui sekolah sama ada melalui kurikulum dan koku disepadukan supaya dapat menyuburkan kreativiti,perkembangan bakat,kebolehan,berfikir dan power of experssion para pelajar.

Mohd Nor Che‘ Noh (1982) telah menjalankan kajian berhubung dengan kegiatan ko-kurikulum dalam aspek atlet sukan dan pencapaian

(10)

479

akademik.Sejumlah 600 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat dari enam buah sekolah sekitar sekolah sebagai sample.Keseluruhannya di dapati penyertaan pelajar dalam gerak kerja ko-kurikulum sukan sebenarnya tidak menjelaskan pencapaian akademik mereka.

Kalau dari aspek pelajar pengajian tinggi pula Salmah (1992) telah mendapati penglibatan mahasiswa USM dalam aktiviti ko-kurikulum , bukan sahaja mempengaruhi kecergasan,kemahiran dan kepimpinan mereka tetapi juga mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian tersebut pengkaji ingin membuat kajian ringkas terhadap aktiviti BIG di IPGK PM ini yang secara tidak langsungnya juga bersifat seperti aktiviti ko-kurikulum. Seterusnya membuat tinjauan sejauhmanakah ianya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh IPGM.

METHODOLOGI KAJIAN Pengenalan

Bab ini akan membicangkan beberapa strategi,kaedah dan langkah-langkah yang diambil sewaktu kajian seperti pemilihan tempat dan sampel kajian, alat-alat/instrumen kajian dan cara permarkatan data,prosedur dan proses pengumpulan data dan juga akhir sekali prosedur dan analisis statistik yang digunakan bagi kajian

Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif. Dalam kaedah ini soal selidik akan digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Program Bina Insan Guru yang telah dijalankan pada 11-14 Mac 2012. Seterusnya soal selidik ini juga akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kesesuaian setiap aktiviti yang dijalankan dalam BIG

Kaedah Sampelan/Populasi

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Jenis data yang akan dikutip nanti adalah data berbentuk ordinal dan interval. Soal selidik ini merangkumi 2 Bahagian A dan B sahaja

(11)

480

Kajian terdahulu

Instrument kajian yang digunakan ialah Soal Selidik yang telah dibina dan ditadbir oleh Tn Hj Badrul Hisham dan Encik Puad bin Johar terhadap keberkesanan perlaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Terhadap Guru pelatih j-Qaf Ambilan Januari 2006. Ianya telah diuji reliabiliti menerusi nilai Croncabh Alpha .9498

Mereka diberikan masa menjawab selama 30 minit bagi menjawab ketiga-tiga bahagian soalselidik, iaitu A- Latar Belakang Responden B-Objektif Program Bina Insan Guru (BIG) dan C-Kesesuaian Aktiviti Program Bina Insan Guru (BIG). Soal selidik tersebut akan diproses menggunkan program SPSS version 11.5. Nilai soal selidik ini dianggap mempunyai reliabiliti yang tinggi dan boleh ditadbirkan pula terhadap responden kajian sebenar, Bagaimanapun bahagian soal akhir iaitu sebarang maklumat tambahan jika ada yang ingin dikongsikan oleh responden dengan pengkaji tidak mendapat sebarang maklumbalas.Maka tiada sebarang ulasan dapat diberikan mengenai analisis dapatan bahagian tersebut.

Pengkaji hanya menggunakan 2 bahagian sahaja iaitu A-Objektif Program Bina Insan Guru (BIG) dan B-Kesesuaian Aktiviti Program Bina Insan Guru (BIG)

.

Pengurusan dan Analisis Data

Soal selidik akan ditadbirkan terhadap responden kajian sebaik sahaja tampil pelaksanaan Program BIG oleh peserta di tapak perkhemahan. Selepas semua soal selidik dikumpulkan dan akan dimasukkan datanya menggunkan kepada datanya menggunakan perisian SPSS. Proses seterusnya akan melibatkan pemprosesan data seperti berikut :

Pengiraan Secara Kuantitatif

Dalam kajian ini,pengkaji boleh juga menggunakan alat SPSS untuk menganalisis data tetapi memandangkan respondennya kecil jumlahnya,proses pengiraan dijalankan secara manual dengan melihat kepada taburan min dan kekerapan sahaja, Bagaimanapun data tetap dimasukkan ke dalam SPSS untuk memudahkan proses analisis data secar a manual.

(12)

481

DAPATAN KAJIAN Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan kajian yang meliputi rasional pemilihan responden dan latar belakangnya, kesahihan instrumen kajian yang digunakan dan laporan dapatan kajian mengikut persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Latar Belakang Responden Kajian

Responden kajian ini merupakan kumpulan pelajar PISMP TESL Ambilan Januari 2012 di IPGK PMsebagai sample kajian.

Kesahihan Instrumen Kajian

Sebelum Kajian ini dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu dan ujian reliabiliti telah dijalankan terhadap instrument soal selidik yang digunakan.Analisis menunjukkan Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah .9498.Maka instrumen ini boleh ditadbirkan untuk tujuan kajian-kajian lain yang seterusnya.

Paparan Dapatan Mengikut Soalan Kajian

Seterusnya dinyatakan skor dapatan purata min bagi setiap persoalan kajian sepertimana berikut ;

Persoalan Kajian Purata Min

P.K 1 3.652 P.K 2 3.496 P.K 3 3.563 P.K 4 3.397 P.K 5 3.492 P.K 6 3.635

Jelasnya di dapati Program BIG yang dijalankan oleh pihak Unit KoKurikulu, telah mencapai tahap keberkesanan melebihi daripada 3.500 ke atas bagi tiga objektif pelaksanaan BIG (Objektif 1 – membantu membina ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama; Objektif 3 –

(13)

482

meningkatkan ketahanan mental dan fizikal dan Objektif 6- meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan)

Manakala tiga objektifnya lagi tidak melepasi paras 3.500 iaitu ; Objektif 2 – meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan; Objektif 4 – meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat; dan Objektif 5 – meningkatkan kemahiran mengurus diri,kumpulan dan masa dengan berkesan.

Seterusnya dinyatakan pula skor dapatan purata min bagi setiap perkara atau aktiviti program BIG sepertimana berikut ;

Perkara/aktiviti Skor Min

Mendirikan Khemah 3.745

Aktiviti penyediaan makanan 3.614 Solat Berjemaah 3.971

Aktiviti Ice Breaking 3.781 Aktiviti LDK 3.768

Bacaan Al Ma‘thurat 3.890 Aktiviti Tazkirah/Moral 3.817

Aktiviti Modul Asas Kerohanian 3.802 Kawalan Malam 3.542

Kuliah Subuh 3.814 Perhimpunan Pagi 3.688 Aktiviti Kembara 3.826

Aktiviti Air dan Berkayak 3.937

Aktiviti Persembahan Malam Kebudayaan 3.714 Aktiviti Refleksi 3.757

Jelasnya dari aspek perkara atau aktiviti yang terdapat atau dilaksanakan dalam program BIG ini pula mendapati kesemuanya skor 3.5 ke atas kesemua perkara . Ianya mengambarkan penerimaan dalam kalangan peserta terhadap perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang mereka sertai dalam Program

(14)

483

BIG.Secara ringkasnya boleh kita kelompokan skor setiap perkara/aktiviti berdasarkan rangking yang diperolehi.Ulasan ini dibuat berdasarkan jadual Skor Min bagi perkara/aktiviti dalam Dapatan Kajian.Aktiviti yang mencatat skor 3.900 ke atas adalah Solat Berjemaah dan Aktiviti Air dan Berkayak. Bagi perkara/aktiviti yang mencatatkan skor kedua tertinggi pula ialah 3.700 ke 3.899 adalah Mendirikan Khemah, Aktiviti Ice Breaking, ,Bacaan Mathurat, Aktiviti tazkirah dan Moral, Aktiviti Modul Kerohanian, Kuliah Suboh dan Aktiviti Kembar. Seterusnya perkara/aktiviti yang mencatat skor antara 3.500-3.699 pula adalah aktiviti Penyediaan Makanan, Aktiviti Ice Breaking, Aktiviti LDK, Aktiviti Persembahan dan Malam Kebudayaan, Perhimpunan Pagi dan Kawalan Malam

Bagi ruangan catatan di akhir soal selidik, didapati tiada responden yang memberikan respon terhadap kolum tersebut.Maka tiada dapatan yang dapat dikemukan mengenainya.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Ianya betujuan untuk mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai untuk tujuan penambahbaikan Program BIG pada masa akan datang.Secara keseluruhannya kajian ini mendapati Program BIG oleh Unit Ko Kurikulum telah mencapi tahap keberkesanan seperti yang digariskan oleh pihak IPGM. Dapatan kajian ini telah menyokong kenyataan tersebut.

Bagaimanapun dapatan ini tidaklah sebenarnya mewakili semua kumpulan pelajar IPGK Perempuan Melayu lain yang turut sama diwajibkan mengikuti Program BIG. Ini disebabkan pemilihan sample kajian tidak dibuat secara menyeluruh. Ianya hanya terhad kepada kumpulan PISMP TESL 1 dan 2 Ambilan Januari 20012 sahaja.Begitu juga dengan 3 objektif yang tidak melepasi tahap 3500 tersebut perlulah diberikan perhatian oleh pihak penganjur program supaya penambahaikan dapat dilakukan.

Menyentuh tentang skor bagi perkara/aktiviti yang dijalankan dalam Program BIG pula jelas menunjukkan sambutan baik diterima daripada peserta program.Ianya mengambarkan penerimaan dalam kalangan peserta terhadap perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti yang mereka sertai dalam Program BIG. Berdasarkan jadual Skor Min aktiviti dalam Dapatan Kajian, aktiviti yang

(15)

484

mencatat skor tertinggi adalah Solat Berjemaah dan diikuti dengan Aktiviti Air dan Berkayak. Para peserta sangat berminat dalam melakukan solat berjemaah dan menepati masa .Mereka gembira menjalankan aktiviti secara beramai-ramai di mana ianya menujukkan semangat kerja berpasukan. Bagi aktiviti yang mencatatkan skor tertinggi seterusnya ialah 3.700 ke 3.899 adalah Mendirikan Khemah, Aktiviti Ice Breaking, Bacaan Mathurat, Aktiviti tazkirah dan Moral, Aktiviti Modul Kerohanian, Kuliah Suboh dan Aktiviti Kembar. Seterusnya perkara/aktiviti yang mencatat skor antara 3.500-3.699 pula adalah aktiviti Penyediaan Makanan, Aktiviti Ice Breaking, Aktiviti LDK, Aktiviti Persembahan dan Malam Kebudayaan, Perhimpunan Pagi dan Kawalan Malam

Maka tidak hairanlah jika skor terhadap aktiviti-aktiviti ibadah/kerohanian mendapat skor yang tinggi.Tema persembahan adalah lagu tradisional Melayu, namun liriknya masih boleh disesuaikan dengan bahasa arab ataupun berunsurkan keagamaan asalkan melodinya dikekalkan. Di sinilah mungkin ada sedikit kekurangan peserta untuk menggilap bakat dan potensi diri yang ada dalam diri mereka.Program BIG dapat membantu membina ciri-ciri insan yang berakhak mulia dan patuh kepada ajaran agama.Berdasarkan skor yang diperolehi ternyata dapatan ini bahawa program BIG membantu membina insan yang beraklak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Malahan ia merupakan soalan kajian yang paling disetujui oleh responden kajian.

Program BIG dapat meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. Program BIG dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.Berdasarkan skor yang diperolehi ternyata dapatan ini tidak menyokong hipotesis kajian yang ketiga ini. Pengalaman kembara, aktiviti air dan berkayak menjadikan mereka sedar betapa perlunya ketahanan mental dan fizikal dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Program BIG dapat meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.Berdasarkan skor yang diperolehi ternyata dapatan ini tidak menyokong hipotesis kajian yang keempat ini. Ternyata responden gagal memanfaatkan medan untuk mempraktiskan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang tersedia dalam slot-slot LDK,Modul Asas Kerohanian Tazkirah dan juga refleksi. Mungkin juga faktor keyakinan diri yang

(16)

485

kurang mantap menyebabkan mereka gagal menyambar kesempatan yang terluang dalam program BIG.

Program BIG dapat meningkatkan kemahiran mengurus diri,kumpulan dan masa dengan berkesan.Berdasarkan sk skor yang diperolehi ternyata dapatan ini tidak menyokong hipotesis kajian. Di sini sekali lagi responden kurang penghayatan elemen pengurusan diri,kumpulan dan masa dengan berkesan. Sebagai orang dewasa, pelaksanaan program seumpama ini lebih berkonsepkan ―self organize‖ dan mereka perlu pro aktif manakala pensyarah hanya sebagai pemimbing sahaja. Bagaimanapun apa yang berlaku, mereka tidak menyedari hakikat tersebut dan masih lagi berpegang kepada konsep ―directed‖ oleh pensyarah

Program BIG dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilain kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.BerdasarkanTernyata mereka sedar betapa pentingnya muhasabah diri dalam kehidupan ini malah islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya berfikir termasuklah bermuhasabah diri.

Implikasi dan cadangan kajian lanjutan

Kajian ini telah menjadi bukti kukuh kepada IPGK PMsendiri yang telah sekian lama melaksanakan program BIG sejak ianya mula diperkenalkan oleh BPG dahulu sehingga ianya diambil alih oleh pihak IPGM. Melalui kajian ini pihak Unit Ko Kurikulum dan Pengurusan IPGK PM membuat refleksi terhadap program BIG yang diadakan selama ini dan pencapaian objektif yang ditetapkan

Kajian ini juga telah dapat merungkaikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan Program BIG ini.Kekuatannya perlu dipertahan malahan dimantapkan lagi manakala kelemahannya perlulah dilakukan penambahbaikan supaya ianya menjadi lebih berkesan dan sempurna.

Pihak IPGK yang lain juga boleh mengambil langkah yang serupa seperti IPGK PM untuk turut sama menilai semula keberkesanan pencapaian objektif BIG diperingkat IPGK masing-masing. Seterusnya boleh juga diselaraskan kandungan aktivitinya mengikut kesesuaian IPGK masing-masing. Mungkin juga

(17)

486

boleh berlaku pertukaran idea dan pengalaman demi untuk memantapkan pengurusan pelaksanaan BIG di seluruh IPGM

Pihak IPGM juga perlu memikirkan apakah kesinambungan seterusnya bagi aktiviti BIG ini pada masa akan datang agar tidak menjadi stereotaip dan seterusnya membosankan peserta yang mengikutnya. Ia perlulah dipelbagaikan versi pengambilannya supaya dapat melaksanakan kesan yang menakjubkan dan tidak dapat diciplak resepinya oleh mana-mana Instutusi dan Pusat Pengajian Tinggi yang menjalankan program perguruan. Maka barulah dapat dikatakan BIG sebagai salah satu daripada trademark budaya IPGM.

Kesimpulan

Program Bina Insan (BIG) wajar diteruskan memandangkan kerajaan hari ini amat menekankan soal Modal Insan. Insitiusi Pendidikan Guru adalah merupakan pusat latihan sebenar yang bakal melahirkan arkitek-arkitek pengurusan sumber manusia disemua sektor. Jika betul asuhannya maka sejahteralah negara sebaliknya jika salah asuhannya maka hancurlah negara.Berdasarkan bukti-bukti yang diberikan jelaslah bahawa program BIG telah berjaya membangunkan dan menjana modal insan untuk melahirkan guru-guru yang berjiwa guru-guru yang dapat memanfaatkan untuk agama, bangsa dan Negara.

RUJUKAN

Abd Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994), Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua: Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Abdul Razak Ahmad (2005), Mahasiswa Abd 21, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad bin Ismail, UUM (Ijazah Sarjana Muda Sains ) 1998- Hubungan Kokurikulum Dan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Perempuan

Armer , MJ. Schafer.W.E. (1986). Athletes are not inferior students, Games Sports And Power (ED). Gregory, StoneP. Harper & Snow. New York

Badrul Hisham Ismail dan Mohd Puad Johar (2007), Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Terhadap Pelatih

(18)

487

KPLI j-Qaf Ambilan Januari 2006.Prosiding Seminar Penyelidikan Kebangsaan IPG Zon Selatan 2009.Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. 10-12 September 2007

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005), Panduan dan Spesifikasi Penilaian Bina Insan Guru: Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagaian Pendidikan Guru

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.Universiti Putra Malaysia

Syed Ali Ashraf (1994). Horizon Baru Dalam Pendidikan Islam, Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur

Yahaya Ibrahim dan Abd Hair Awang (2010), Pembangunan Modal Insan Isu dan Cabaran , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Introspeksi II:75 Tahun Memperkasa Pendidikan Guru (2010). Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

Referensi

Dokumen terkait