• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN BIG SECARA DALAM TALIAN DI IPGKPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN BIG SECARA DALAM TALIAN DI IPGKPM"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

e-ISSN: 2550-1461 https://myjms.mohe.gov.my/index.php/IJEISR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN BIG SECARA DALAM TALIAN DI IPGKPM

Norsiah Bahari1 Kristil Tan Ai Teng2 Zaimawati Abdul Kadir3

Hishamuddin Basiron4 Shahrin Abidin5

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Malaysia (e-mail: norsiah.bahari@ipgm.edu.my)

2 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Malaysia (e-mail: kristiltan@gmail.com)

3 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Malaysia (e-mail: zaima6054@gmail.com)

4 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Malaysia (e-mail: hishamuddinbasiron@gmail.com)

5 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Malaysia (e-mail: nirhahs@gmail.com) How to cite:

Bahari, N., Teng, K.T.A., Abdul Kadir, Z., Basiron, H., & Abidin, S. (2023). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan BIG secara dalam talian di IPGKPM. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 8(1), 28-34.

Received: 31/03/2023 Revised: 26/05/2023 Accepted: 10/06/2023 Published: 26/06/2023

ABSTRAK

Bina Insan Guru (BIG) merupakan aktiviti yang perlu dijalani oleh pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini ditawarkan adalah bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepimpinan, kerja berpasukan, sosialisasi dan profesionalisme insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah bagi menerapkan kemahiran insaniah. Namun akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan pandemik dan bertujuan memutuskan rantaian Covid-19, aktiviti BIG yang bersifat autentik tidak dapat dijalankan secara bersemuka. Ini menyebabkan BIG secara dalam talian terpaksa dijalankan untuk memastikan kemahiran dalam BIG dapat diterapkan dalam diri kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan BIG secara dalam talian terhadap pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGKPM) yang telah dilaksanakan pada 5-9 Julai 2021. Seramai 84 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018 telah menjadi responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa secara keseluruhan keberkesanan pelaksanaan BIG dalam talian untuk mencapai tujuan BIG dalam kalangan pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 berada pada tahap tinggi (min = 4.24, SP = 0.45). Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan BIG yang telah dijalankan dapat mencapai objektif BIG dan menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, walaupun dijalankan secara dalam talian. Namun begitu pelajar tidak bersetuju jika pelaksanaan BIG diteruskan secara dalam talian walaupun kerajaan telah membenarkan perkhemahan atau perhimpunan secara bersemuka (min = 2.72). Justeru, pelaksanaan BIG secara bersemuka adalah lebih menjadi pilihan berbanding secara dalam talian walaupun keberkesanan dalam penerapan kemahiran dan insaniah dalam BIG mengikut persepsi pelajar adalah tinggi.

(2)

ABSTRACT

Teacher Character Development (BIG) is a compulsory course for all students in Teacher Education Institute (IPGM) in Malaysia. This course aims of strengthen the building of students as a human resource through outdoor activities designed to help build then self-identity, as professional educators equipped with the necessary soft skills such as leadership, teamwork, and socialization. However, due to the enforcement of the Movement Control Order to prevent the spread of Covid-19, actual BIG activities could not be carried out face-to-face. As a result, these BIG activities had to be conducted online to enable the students to learn the necessary soft skills and internalize their values. This study, therefore, aims to survey students’ perception towards the effectiveness of the online implementation of the BIG course in Teacher Education Institute of the Malay Ladies Campus, Melaka (IPGK PM) which was implemented on 5-9 July 2021. A total of eighty-four (84) students of the June 2018 intake of Degree Programme (PISMP) were selected as survey respondents. The design of this study uses the quantitative survey method. The instrument used in this study is a questionnaire and the responses recorded were analyzed using SPSS software version 22.0 to obtain descriptive statistics such as mean and standard deviation. The results of the study found that the score for overall effectiveness of online BIG implementation among June 2018 PISMP intake is high (mean = 4.24, SP = 0.45). This shows that overall, the online BIG course that has been conducted could achieve the objectives of BIG. The students were able to learn and apply the soft skills, even though the BIG course was conducted online. However, the respondents felt that online delivery of BIG should not continue, as by then the government has allowed face to face activities to be carried outdoors (mean = 2.72). Therefore, this shows the implementation of BIG face-to-face is preferred to online delivery even though of the effectiveness of the latter mode of learning is high according to the student’s perception.

Keywords: Teacher Character Development, Online, Effectiveness.

PENGENALAN

Pembentukan insan kamil di kalangan bakal guru merupakan salah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Guru-guru novis hasil didikan IPGM yang ditempatkan di sekolah-sekolah perlu mempunyai kemahiran insaniah dan berupaya untuk menjadi guru yang mempunyai roh guru. Bakal guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang meliputi aspek personaliti individu dalam berkomunikasi, bersuai kenal, berdaya tahan dan berinovatif sebelum menerima sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh pengetua atau guru besar di sekolah (Ahmad Shafiq Mat Razali et al., 2017).

Sehubungan dengan itu, semua pelajar perlu menyertai program Bina Insan Guru (BIG) apabila melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program BIG yang diperkenalkan di IPG adalah bertujuan agar pelajar dapat mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial, berupaya mengaplikasikan kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan, mengamalkan ciri-ciri kepimpinan, menunjukkan sikap sukarelawan, mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) dan berupaya membuat refleksi berdasarkan aktiviti yang dilakukan (RMK, 2021).

Semua objektif yang digariskan ini diharapkan dapat dicapai oleh pelajar melalui aktiviti luar yang dijalankan oleh pelajar semasa BIG agar kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpasukan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan dapat digarap dalam jiwa setiap pelajar.

Namun tahun 2020 hingga kini merupakan satu jangka masa yang penuh dengan cabaran kerana seluruh dunia dilanda ancaman pandemik Covid-19. Kerajaan telah beberapa kali menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan pandemik dan bertujuan memutuskan rantaian Covid- 19. Semenjak itu, para pendidik sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi terpaksa menggunakan alternatif lain untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya.

(3)

Pelbagai cara penyampaian secara bersemuka untuk subjek atau mata pelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi terpaksa ditukar secara maya supaya ilmu dan kemahiran dapat disampaikan kepada pelajar walaupun pengajaran disampaikan dari rumah. Revolusi ini menuntut kreativiti guru atau pengajar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Hal ini juga menjadi isu dan cabaran kepada BIG yang memerlukan pelaksanaan dan pentaksiran secara amali. Maka pelbagai kaedah secara dalam talian seperti rakaman video, Google Meet, Google Classroom, YouTube dan Padlet telah digunakan bagi memastikan hasil pembelajaran BIG tercapai.

Maka kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau tahap persepsi pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan BIG secara dalam talian terhadap pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM), Melaka dalam membantu pelajar untuk mempamerkan, mengaplikasi dan mengorganisasikan ilmu, nilai serta kemahiran yang terdapat dalam aktiviti BIG. Kajian telah dilakukan terhadap seramai 84 orang pelajar IPGK PM yang mengambil Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018 dan telah mengikuti program BIG dalam talian pada 5-9 Julai 2021.

TINJAUAN LITERATUR Bina Insan Guru

Bina Insan Guru merujuk kepada proses pembangunan dan peningkatan guru dalam pelbagai aspek, termasuk pengetahuan, kemahiran, dan sikap. Ia adalah satu pendekatan komprehensif yang bertujuan untuk memperkukuhkan profesionalisme dan kecekapan bakal guru (Norhiza, 2014; Mat Razali, 2017).

Selain itu, aspek sikap juga penting dalam Bina Insan Guru. Guru-guru didorong untuk membangunkan sikap positif, seperti kesediaan untuk terus belajar dan memperbaiki diri, keterbukaan terhadap perubahan, komitmen terhadap profesionalisme, sikap penyayang dan pemupukan kemahiran insaniah bagi pembentukan jati diri dalam kalangan pelajar (Norhiza, 2014; Mat Razali, 2017).

Kursus BIG ditawarkan di IPG adalah bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepimpinan, kerja berpasukan, sosialisasi dan profesionalisme insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah yang bersifat autentik bagi menerapkan kemahiran insaniah (RMK, 2021). Inisiatif ini sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk bakal guru yang cemerlang melalui penghayatan budaya kecemerlangan di IPG. IPG memainkan peranan penting dalam melatih guru agar mereka memiliki personaliti yang menarik, mempunyai kepakaran dan kemahiran yang luas dalam bidang tertentu (Buku Panduan Standard Guru Malaysia, 2007).

Secara keseluruhannya, kursus BIG yang dilaksanakan di luar kelas atau kerja lapangan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang berharga dan kontekstual kepada bakal guru. Ini membantu mereka menjadi pendidik yang lebih berpengetahuan, berkemahiran, dan berkaitan dengan realiti dunia sebenar, sambil memperkuatkan hubungan mereka dengan pelajar dan meningkatkan relevansi pengajaran dalam konteks yang lebih luas.

Kepentingan Aktiviti Luar Bilik Darjah

Aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah seperti BIG dapat memberikan impak yang positif kepada pembentukan diri bakal guru. Hasil kajian yang dijalankan oleh Chen (2016), menunjukkan bahawa pengalaman pendidikan luar memberikan peluang kepada bakal guru untuk memperkukuhkan kemahiran pedagogi, komunikasi, kepimpinan, dan kerjasama. Kesan yang positif terhadap pembangunan profesional dalam bidang pendidikan luar terhadap persediaan bakal guru juga telah

(4)

bahawa aktiviti luar bilik darjah dapat memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan bakal guru dalam mengintegrasikan pendidikan luar ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian oleh Lai dan Law (2018) pula menunjukkan bahawa pengalaman pendidikan luar berperanan penting dalam meningkatkan keyakinan bakal guru dalam kemahiran pengajaran dan kemahiran insaniah. Ini menunjukkan bahawa BIG dapat meningkatkan keyakinan kendiri (self-efficacy) dan amalan pengajaran bakal guru. Pembentukan identiti dan praktik pengajaran bakal guru juga dapat ditingkatkan melalui pendidikan luar (Place & Hager, 2019)

Ini menunjukkan bahawa aktiviti atau pendidikan luar memainkan peranan penting dalam pembentukan bakal guru yang berkualiti. Pengalaman pendidikan luar memberi sumbangan yang signifikan kepada perkembangan profesionalisme, keyakinan kendiri, dan amalan pengajaran bakal guru. Oleh itu, pengintegrasian pendidikan luar dalam program pembangunan profesional bakal guru adalah penting dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi guru yang cemerlang dan berkesan.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Kajian ini telah menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas berkenaan persepsi pelajar IPGK PM terhadap keberkesanan BIG yang dilaksanakan secara dalam talian. Soalan atau item yang dikemukakan merupakan ubahsuaian daripada Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Mohd Faeez Ilias, Ahmad Shafiq Mat Razali dan Muhammad Syakir Sulaiman (2017) serta telah dirujuk kepada pensyarah kokurikulum berpengalaman untuk menentukan kesahan kandungan item soal selidik. Sebanyak 18 item soalan telah dikemukakan kepada pelajar untuk dinilai. Seramai 84 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2018 telah menjadi responden kajian.

Lima skala Likert telah digunakan bagi membantu pelajar menilai item atau soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Menurut Chua (2006), skala Likert banyak digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana ia mudah diurus, item mudah dijawab oleh responden, kebolehpercayaan data yang dipungut adalah lebih tinggi berbanding dengan skala lain seperti Thurstone dan Guttman. Format skala Likert dalam kajian ini ialah nilai 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (kurang setuju), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju). Borang soal selidik disediakan dalam bentuk Google Form bagi memudahkan menjawab soal selidik tanpa bersemuka dan mengikut arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mengarahkan larangan bersemuka secara fizikal.

Data yang didapati dari soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan nilai alfa Cronbach (α) dan nilai statistik deskriptif min dan sisihan piawai bagi setiap item dan secara keseluruhan. Nilai α digunakan bagi mendapatkan kebolehpercayaan item kajian. Kebolehpercayaan merujuk kepada petunjuk ketekalan dan kestabilan alat kajian (Jackson, 2006). Menurut Zaidatun et al. (2003), nilai alfa Cronbach kurang daripada 0.60 mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan item perlu diubah suai. Nilai alfa antara 0.60 hingga 0.80 diterima manakala nilai alfa melebihi 0.80 dianggap baik. Nilai min yang didapati akan diinterpretasikan mengikut skor min. Jadual 1 menunjukkan interpretasi skor min yang diadaptasi daripada Jamil (2002) yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 mewakili nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi.

Jadual 1: Interpretasi skor min Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana

3.67 hingga 5.00 Tinggi

(5)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis menunjukkan bahawa item kajian ini memperoleh nilai alpha 0.83, iaitu berada pada kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima. Secara keseluruhan keberkesanan pelaksanaan BIG dalam talian untuk mencapai tujuan BIG dalam kalangan pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 berada pada tahap tinggi (min = 4.24, SP = 0.66) kerana berada antara skor 3.67 hingga 5.00 (Jamil, 2002). Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan BIG yang telah dijalankan dapat mencapai objektif BIG dan menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, walaupun dijalankan secara dalam talian. Nilai sisihan piawai yang kecil menunjukkan sebaran data adalah homogen dan hampir sama dengan nilai min.

Nilai min yang tertinggi terhadap keberkesanan BIG secara dalam talian mengikut persepsi pelajar ditunjukkan oleh item 11 iaitu BIG dalam talian berupaya menjadikan pelajar seorang yang boleh mengurus diri dengan mempamerkan kebolehan berdikari ( min =4.73, SP= 0.47), item 13 iaitu pelajar boleh bekerja secara berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan( min =4.71, SP= 0.50). Item 4 iaitu jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk memberi peluang kepada saya untuk bersosialisasi (min =4.28, SP= 0.74).

Manakala item 18 iaitu pelajar bersetuju jika BIG dapat diteruskan secara dalam talian walaupun kerajaan telah membenarkan perkhemahan atau perhimpunan secara bersemuka mempunyai nilai min yang paling rendah dalam kajian ini iaitu 2.72 dengan sisihan piawai sebanyak 1.48.

Jadual 2: Nilai min bagi setiap item kajian

Bil Item Min Sisihan

Piawai 1. Jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk

memberi kemahiran asas kepada saya untuk menjadi guru yang mempunyai jati diri.

4.55 0.66

2. Jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk memberi kemahiran asas kepada saya untuk menjadi guru yang berkepimpinan

4.52 0.59 3. Jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk

memberi kemahiran asas kepada saya untuk menjadi guru yang boleh bekerja secara berpasukan

4.47 0.72

4. Jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk memberi peluang kepada saya untuk bersosialisasi

4.28 0.74 5. Jangka masa BIG secara dalam talian yang dijalani adalah mencukupi untuk

memberi kemahiran asas kepada saya untuk bersikap profesional sebagai seorang guru.

4.51 0.57

6. BIG secara dalam talian dapat membantu saya dalam mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal melalui penglibatan dalam semua aktiviti

4.40 0.75 7. BIG secara dalam talian dapat membantu saya dalam mempamerkan daya

ketahanan dan kekuatan mental dan emosi melalui penglibatan dalam semua aktiviti

4.38 0.76

8. Saya boleh mempamerkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan sepanjang aktiviti.

4.58 0.52 9. Saya boleh menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu

tindakan, amalan atau aktiviti.

4.70 0.49 10. Saya berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi 4.65 0.50 11. Saya berupaya mengurus diri dengan mempamerkan kebolehan berdikari 4.73 0.47 12. Saya boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

4.70 0.51 13. Saya boleh bekerja secara berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.71 0.50 14. Saya berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan 4.67 0.49

(6)

15. Saya boleh mengorganisasikan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP)

4.70 0.51

16. Saya boleh memotivasikan diri saya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

4.55 0.71 17. Semasa situasi pandemik sekarang, saya bersetuju jika BIG diadakan dalam talian 4.31 0.91 18. Saya bersetuju jika BIG dapat diteruskan secara dalam talian walaupun kerajaan

telah membenarkan perkhemahan atau perhimpunan secara bersemuka.

2.72 1.48

Keseluruhan (n=85) 4.24 0.66

Berdasarkan hasil dapatan menunjukkan pelajar masih dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari dalam BIG untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan baik walaupun BIG dilakukan dalam talian. Hasil dapatan ini adalah sama seperti yang diperoleh oleh Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi et al. (2017) yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam gerak kerja ko-kurikulum dalam BIG secara bersemuka.

BIG yang dijalankan secara dalam talian ini juga berupaya untuk melahirkan pelajar berfikiran reflektif dan kritikal, berfikiran aras tinggi, mempunyai daya ketahanan dan kekuatan fizikal serta boleh mempamerkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan dan penglibatan sepanjang melalui aktiviti. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi et al. (2017) dan Rindam, Main dan Wan Ahmad (2016) melalui aktiviti BIG yang dilakukan secara bersemuka.

Pembentukan insan guru yang kamil dengan mempamerkan etika dan akhlak keguruan, ciri-ciri kerohanian, nilai juga dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui penyertaan sepanjang aktiviti BIG secara dalam talian. Dapatan ini adalah seperti yang didapati oleh Razali, Ilias, Pisol, Fauzi dan Sulaiman (2017) yang telah menjalankan BIG secara bersemuka. Pelajar juga mampu bekerja secara dalam kumpulan, berupaya mengurus diri dengan mempamerkan kebolehan berdikari dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi dalam BIG secara dalam talian. Jangka masa yang diperuntukkan bagi pengendalian BIG secara dalam talian juga didapati mencukupi untuk memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempelajari kemahiran asas untuk menjadi guru yang mempunyai jati diri, mempamerkan dan mengaplikasi semua kemahiran ilmu yang telah dipelajari. Namun begitu pelajar kurang bersetuju jika BIG diteruskan secara dalam talian walaupun kerajaan telah membenarkan perkhemahan atau perhimpunan secara bersemuka.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kursus BIG yang dijalankan secara dalam talian didapati mampu mencapai objektif BIG sama seperti kursus BIG yang dijalankan secara bersemuka. Pelajar mampu menunjukkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui penglibatan dalam semua aktiviti BIG.

Mereka juga dapat menunjukkan nilai-nilai kerohanian, etika dan akhlak keguruan dalam penyertaan mereka sepanjang aktiviti. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran pengendalian dan kerjasama dalam kumpulan dengan menunjukkan ciri-ciri kepemimpinan dan sikap sukarelawan, sambil mematuhi langkah-langkah keselamatan dan Standard Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan.

Pelajar juga mampu membuat refleksi dan menggunakan pemikiran aras tinggi dalam penyelesaian masalah semasa menjalani aktiviti. Oleh itu, secara kesimpulannya, kursus BIG dalam talian mampu mencapai semua objektif yang ditetapkan dan mendorong pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar seperti kursus BIG bersemuka. Namun, disyorkan agar kajian yang lebih luas dilakukan dengan melibatkan pelajar dari pelbagai IPG untuk mendapatkan dapatan yang lebih menyeluruh.

(7)

RUJUKAN

Chen, S. (2016). The impact of outdoor education on pre-service teachers' professional development. Journal of Adventure Education and Outdoor Learning, 16(3), 221-235.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill.

Huggins, K. S., & Searson, M. (2015). Preparing teachers for outdoor education: The impact of a field-based professional development program. Journal of Experiential Education, 38(2), 176-191.

Jackson, S. L. (2006). Research method and statistics: a critical thinking approach (2nd ed.). Boston: Thomson Wadsworth.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan dalam kalangan guru di sekolah: satu penilaian. [Tesis Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Buku Panduan Standard Guru Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lai, W. Y., & Law, Y. K. (2018). The impact of outdoor education on pre-service teachers' self-efficacy and teaching practice. International Journal of Educational Research, 89, 85-94.

Mat Razali, A. (2017). Keberkesanan program bina insan guru dalam pembentukan insan kamil. Jurnal Pendidikan Guru Malaysia, 25(2), 45-60.

Mohd Fauzi, M. S. H., Pisol, M., Ilias, M., Mat Razali, A., & Sulaiman, M. (2017). Persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti BIG di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Norhiza Mohd Salleh, Faridah Nazir, & Farah Mukhtar. (2014). Pemupukan kemahiran insaniah melalui Kursus Bina Insan Guru Dalam Kalangan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 9- 17. ISSN 0128-2735.

Place, N. A., & Hager, D. (2019). Pre-service teachers' experiences in a nature-based professional development program: implications for identity and practice. Environmental Education Research, 25(6), 885-904.

Razali, A. S. M., Ilias, M. F., Pisol, M. I. M., Fauzi, M. S. H. M., & Sulaiman, M. S. (2017). Keberkesanan Program Bina Insan Guru Dalam Pembentukan Insan Kamil.

Rindam, M., & Wan Ahmad, W. (2016). Pendidikan abad ke-21: peranan Bina Insan Guru (BIG) dalam menyediakan guru beraras tinggi. https://doi.org/10.13140/RG.2.1.4137.6880.

Ringkasan Maklumat Kursus. (2021). MPU3112: Bina Insan Guru. Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Zaidatun Tasir, & Mohd Slleh Abu. (2003). Analisis data berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur:

VENTON Publishing.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar, tahap penguasaan kemahiran komunikasi serta persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh

Kajian yang dijalankan mendapati kebanyakkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap saintis walaupun imej yang terbentuk adalah stereotaip.. Persepsi yang positif

4 Dari persoalan inilah penyelidik memilih persepsi guru terhadap pelaksanaan Program Headcount dalam pengurusan akademik pelajar sebagai skop kajian penyelidik kerana

Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana tahap gangguan yang menghalang kepada fokus pelajar ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.. Dapatan

Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti cabaran yang dihadapi pelajar Pra Sains sepanjang pembelajaran atas talian disamping meningkatkan teknik pengajaran dari

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesediaan pelajar terhadap pentaksiran Matematik dalam talian antara lelaki dan perempuan.. Dapatan

Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap keberkesanan SAD membantu pelajar menghasilkan Laporan Kewangan dari aspek penjimatan masa dan juga aspek kelancaran dalam proses

Hubungan antara Persepsi Pelajar Terhadap Kursus Akademik Keusahawanan dengan Minat ke arah Keusahawanan Kajian ini juga mengkaji tentang hubungan antara persepsi pelajar terhadap