• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Bagi Pelajar Pengajian Bahasa Arab di KUIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Cabaran Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Bagi Pelajar Pengajian Bahasa Arab di KUIS "

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1488

Cabaran Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Bagi Pelajar Pengajian Bahasa Arab di KUIS

(Challenges of Online Learning During the Pandemic Covid-19 for Students of Arabic Studies at KUIS)

Nasimah Abdullah1* , Mohd@Mohamed Mohamed Zin2

1Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Email: nasimah@kuis.edu.my

2Seksyen Pembangunan Mahasiswa, Malaysia France Institute, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL-MFI), Seksyen 14, Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: mohd@unikl.edu.my

CORRESPONDING AUTHOR (*):

Nasimah Abdullah (nasimah@kuis.edu.my) KATA KUNCI:

Pembelajaran dalam talian Pandemik covid-19

Pengajian bahasa Arab KEYWORDS:

Online learning Covid-19 pandemic Arabic studies CITATION:

Nasimah Abdullah & Mohd@Mohamed Mohamed Zin. (2022). Cabaran Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 Bagi Pelajar Pengajian Bahasa Arab di KUIS. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001488.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1488

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Pelaksanaan PKP telah memberikan impak yang besar kepada sektor pendidikan negara kerana semua institusi pendidikan ditutup. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah melaksanakan kaedah pembelajaran dalam talian menggantikan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Penggunaan pedagogi norma baharu ini merupakan cabaran besar kepada pelajar terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenal pasti cabaran pembelajaran dalam talian yang meliputi kemudahan peralatan pembelajaran, persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian dan penilaian serta aktiviti pembelajaran. Kajian kuantitatif dan deskriptif telah dijalankan terhadap 123 pelajar peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pengajian Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini dijalankan melalui edaran borang soal selidik yang dibina melalui google form menggunakan skala likert 5 mata.

Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian pakej statistik sains sosial (IBM SPSS versi 25.0). Dapatan kajian dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif melalui petunjuk nilai purata, sisihan piawai dan interpretasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana dengan nilai purata keseluruhan masing-masing = 3.0 dengan sisihan piawai = 0.468, dan nilai purata 3.31 dengan sisihan piawai = 0.305. Manakala dapatan mengenai penilaian dan aktiviti pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan nilai purata keseluruhan = 3.57 dengan sisihan piawai = 0.412. Secara keseluruhannya, dapatan kajian

(2)

menunjukkan, bahawa pelajar memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti pembelajaran dan penilaian yang dilaksanakan dalam talian walaupun tahap kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian adalah sederhana.

ABSTRACT

The Covid-19 pandemic that hit the world has forced Malaysia to implement the Movement Control Order (PKP) in March 2020. The implementation of the PKP has had a high impact on the country's education sector as all educational institutions are closed. The Ministry of Education Malaysia (MOE) then implemented the online learning method to replace the face-to-face or conventional method used before. The introduction of online learning becomes a new norm and a major challenge to students, especially to the middle and low-income earners. This survey was conducted to identify the challenges of online learning which include the convenience of learning equipment, students' perceptions of online learning and assessment as well as learning activities. A quantitative and descriptive study was conducted on 123 diploma and bachelor's level students in the Arabic studies at the Selangor International Islamic University College (KUIS).

This study was conducted through the distribution of a questionnaire constructed through google form using a 5 - point Likert scale. The findings of the study were analyzed using social science statistics package software (IBM SPSS version 25.0). The findings were analyzed and described descriptively through indicators of mean values, standard deviations and interpretations. The findings showed that generally, the convenience of learning equipment and students' perceptions of online learning was at a moderate level with an overall mean value = 3.0 and a standard deviation value of 0.468, a mean value = 3.31 and a standard deviation value = 0.305. The findings on assessment and learning activities are at a high level with a mean value = 3.57 and a standard deviation value = 0.412. Overall, the findings showed that students give positive feedback on learning and assessment activities implemented online even though the level of ease of learning equipment and students' perception of online learning is moderate.

Sumbangan/Keaslian: Sumbangan utama kajian ini ialah mendapati bahawa rakaman kuliah melalui Powerpoint atau pautan Google Meet sangat membantu pelajar memahami isi kandungan kursus pengajian dan memudahkan pelajar membuat ulang kaji. Hal ini adalah kerana responden mengikuti P&P menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya yang merupakan bahasa ketiga bagi mereka.

1. Pengenalan

Wabak koronavirus atau dikenali juga sebagai pandemik Covid-19 pertama kali dikesan pada bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktirafnya sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

(3)

Pandemik ini masih lagi berterusan berlaku secara global di seluruh dunia sehingga tahun 2022, dan pandemik ini memaksa masyarakat dunia menghadapi situasi VUCA yang lebih mencabar daripada sebelumnya. VUCA merupakan akronim yang merujuk kepada volatility iaitu kerentanan, uncertainty iaitu ketidakpastian, complexity iaitu kerumitan dan ambiguity iaitu kekaburan (Ahmad, 2017). Cabaran VUCA bukan sahaja dari sudut geopolitik, ekonomi dan sosial, malah juga dari segi pendidikan. Oleh itu, masyarakat seantero dunia perlu bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai kemungkinan daripada kesan pandemik Covid-19 ini agar dapat menghadapi norma baharu kehidupan yang lebih mencabar.

Bidang pendidikan merupakan antara sektor yang paling terkesan dengan pandemik Covid-19. Hal ini terbukti ekoran semua institusi pendidikan di dunia terpaksa ditutup pada awal wabak melanda. Kemudiannya, kebanyakan negara telah menggantikan kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan kaedah pembelajaran dalam talian sepenuhnya, termasuklah Malaysia. Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Pelaksanaan PKP ini telah memberikan impak yang besar kepada sektor pendidikan negara kerana semua institusi pendidikan sama ada rendah, menengah atau universiti ditutup. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian sepenuhnya menggantikan pembelajaran konvensional (iaitu bersemuka antara pelajar dengan guru) demi menjaga kelestarian sistem pendidikan negara (Pauzi et al., 2020).

Penemuan pelbagai teknologi baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekitar tahun 2016 seperti penggunaan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud dan Internet of Things (IoT) telah membantu masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya menangani kerumitan semasa pandemik Covid-19. Suatu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa pengaruh Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) kepada sektor pendidikan sangatlah besar. Dengan sebab itu, Kerajaan Malaysia sendiri telah memperuntukkan bajet khas untuk memberikan tumpuan kepada usaha menjayakan Dasar Digital Malaysia (Ilias & Ladin, 2018). Tanpa disedari, pendidikan negara Malaysia sekarang dipengaruhi oleh IR 4.0 hinggakan landskap inovasi dalam pendidikan juga berubah dan berkembang dengan begitu pantas (Shahroom & Hussin, 2018). Sebaik sahaja pandemik Covid-19 melanda, masyarakat terpaksa bergantung kepada capaian internet sepenuhnya untuk melalui pembelajaran secara dalam talian.

Pembelajaran dalam talian boleh juga merujuk kepada beberapa istilah yang sinonim dengannya seperti e-pembelajaran, pembelajaran Internet, pembelajaran tersebar, pembelajaran rangkaian, tele-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran berbantukan komputer, pembelajaran berasaskan sesawang dan pembelajaran jarak jauh (Ishak & Talaat, 2020). Namun, kesemua istilah tersebut menggambarkan kaedah pembelajaran akan berlaku dalam keadaan yang pelbagai tanpa mengira tempat dengan menggunakan kemudahan Internet. Malah, e-pembelajaran dapat melahirkan sistem pembelajaran yang lebih fleksibel dan meluas (Surjono, 2015) kerana pelajar tidak perlu datang ke suatu tempat pada waktu tertentu. Tidak hairanlah jika sekiranya sehingga tahun 2018 terdapat seramai 4.3 bilion orang bergantung kepada penggunaan Internet mudah alih (Nick, 2018).

Menurut Ishak et al. (2017), pembelajaran secara atas talian adalah interaksi dua hala antara pelajar dengan sistem dalam pembelajaran berbantukan komputer. Mustapah dan Rosli (2021) pula mendefinisikan pembelajaran atas talian sebagai satu pendekatan yang menggunakan teknologi digital untuk menghubungkan pelajar dan guru yang tidak dapat

(4)

bersemuka di dalam kelas, dan pendekatan ini dapat dilaksanakan dengan baik jika sekiranya kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses pembelajaran dan pengajaran mempunyai komputer atau peranti yang lain. Keberadaan komputer sahaja masih tidak mencukupi jika capaian Internet adalah lemah (Saleh & Rosli, 2020). Oleh itu, penggunaan Internet dalam proses pendidikan sekarang adalah satu keperluan, bukan lagi pilihan.

Lebih-lebih lagi masyarakat abad ke-21 telah dimonopoli oleh penggunaan multimedia dan teknologi maklumat dengan moto dunia tanpa sempadan (Lubis et al., 2017).

Penggunaan pedagogi norma baharu semasa pandemik Covid-19 sudah pasti menimbulkan cabaran besar kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang datang daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana ekoran keperluan kepada kemudahan peralatan pembelajaran yang kondusif. Pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran teknologi, malah mereka perlu mengubah paradigma berfikir mereka ke arah lebih bersedia dengan gelombang IR 4.0 (Ilias & Ladin, 2018). Hal ini mestilah bermula dari persepsi positif mereka terhadap pelaksanaan pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti pembelajaran dan penilaian yang dijalankan semasa pembelajaran secara atas talian juga merupakan pengalaman baharu kepada pelajar yang akan menyerlahkan cabaran besar kepada mereka.

Oleh itu, kajian tinjauan ini dijalankan terhadap pelajar peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pengajian Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk mengenal pasti cabaran pembelajaran dalam talian yang meliputi kemudahan peralatan pembelajaran, persepsi pelajar mengenai pembelajaran secara atas talian dan penilaian serta aktiviti pembelajaran. KUIS mempunyai platform rasmi untuk proses P & P dalam talian iaitu KLMS. Walau bagaimanapun, pihak KUIS tidak menetapkan platform atau penggunaan medium tertentu yang khusus kepada pensyarah dalam perlaksanaan proses P&P. Oleh itu, pensyarah bebas untuk menggunakan pelbagai medium dalam proses P&P secara atas talian seperti Google Meet, Google Classroom, Microsoft Teams, Webex, Zoom Education, Kahoot, Seesaw, Edmodo, Scratch, Prezi, Quizlet dan lain-lain.

2. Sorotan Literatur

Perbincangan mengenai proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid-19 telah banyak dibincangkan. Pauzi et al. (2020) dalam kajian mereka telah mencadangkan beberapa strategi untuk menghadapi pembelajaran dan pengajaran secara maya ini dan antaranya pengurusan ruang yang kondusif, pengurusan masa yang berkesan, teknik yang kreatif, perbincangan secara maya dengan rakan, penjagaan kesihatan mental dan pemakanan sihat, seimbang dan teratur.

Kajian Mailis et al. (2020) menyentuh tentang persepsi 160 pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Universiti Islam Melaka terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian semasa pandemik covid-19. Mereka mengkaji lima (5) aspek persepsi iaitu kandungan pembelajaran, interaksi atas talian, maklum balas pensyarah, strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah dan kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran atas talian. Nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah di tahap sederhana.

Amin dan Nasri (2021) pula menyentuh tentang persepsi 562 orang pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid-19.

Kajian ini membincangkan tiga (3) aspek persepsi iaitu i) kelebihan dan kekurangan

(5)

pembelajaran dalam talian, ii) perbandingan antara pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran dalam talian dari segi peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran sosial dan iii) penerimaan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian. Aspek pertama diukur menggunakan analisis deskriptif iaitu melalui nilai purata, peratus dan frekuensi. Manakala, aspek kedua dan ketiga diukur menggunakan nilai skor min.

Kajian ini menemui bahawa pembelajaran dalam talian mempunyai kelebihan dari segi kemudahan untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran secara dalam talian dengan memperoleh 68% dan kebebasan untuk belajar di rumah dengan 67%. Kekurangan pembelajaran dalam talian pula adalah dari segi masalah teknikal semasa menjalani pembelajaran dalam talian dengan mendapat 59% dan kurang interaksi dengan rakan- rakan dengan 54%. Nilai min bagi aspek kedua dan ketiga yang dikaji berada pada tahap sederhana setuju. Rumusannya, tiada perbezaan persepsi antara pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran bersemuka dari segi peningkatan pengetahuan, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran sosial. Malah, penerimaan pelajar juga adalah sederhana setuju kerana mereka memberi maklum balas bahawa pembelajaran dalam talian adalah menyeronokkan dengan nilai skor min 3.29.

Ishak dan Talaat (2020) pula meninjau kesediaan dan motivasi 312 orang pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang terhadap pembelajaran secara atas talian. Kajian tersebut mendapati bahawa kesediaan dan motivasi pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai purata 3.14 dan 2.91.

Salleh et al. (2021) pula melihat kesediaan dan persepsi 381 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor terhadap pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan dari segi talian Internet di rumah adalah 74.3%, dan 25.7% pelajar tidak mempunyai talian Internet di rumah. Manakala, 81.6% pelajar memiliki komputer sendiri untuk mengikuti kelas dalam talian, dan 18.3% pelajar tidak mempunyai komputer sendiri.

Mustapah dan Rosli (2021) pula menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap kepuasan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di pusat peperiksaan SMK Seri Kundang terhadap pembelajaran matematik atas talian secara sycncronus yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Kajian ini mendapati bahawa calon pelajar tersebut mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap pembelajaran matematik secara atas talian.

Mohamad (2021) pula menganalisis cabaran yang dihadapi pelajar dan pensyarah di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ketika pandemik covid-19. Kajian ini mendapati pelajar menghadapi cabaran daripada segi capaian Internet yang tidak memuaskan, bebanan kewangan untuk pembelian data Internet berkelajuan tinggi dan perisian terkini, suasana pembelajaran yang tidak kondusif, ruang belajar tidak selesa yang mengganggu fokus pembelajaran dan kerosakan peranti elektronik.

Kajian-kajian lepas berkaitan isu pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid-19 berkisar tentang strategi untuk menghadapi pembelajaran dan pengajaran secara maya, persepsi, kesediaan, motivasi, kepuasan dan cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lain masih perlu diteruskan sebagai usaha mengetengahkan isu pembelajaran dan pengajaran dalam talian semasa pandemik covid-19 untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan dalam usaha ke arah penambahbaikan dari segi operasi, kemudahan sumber dan prasarana, kesediaan, kreativiti, persembahan,

(6)

motivasi, perancangan dan lain-lain. Kajian-kajian tersebut mampu berperanan sebagai pemangkin untuk proses transformasi proses P&P agar menjadi lebih baik pasca pandemik nanti.

3. Metod Kajian

Pandemik covid-19 telah mengubah landskap pendidikan negara amnya dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) khususnya dari sudut pengajaran dan pembelajaran. KUIS telah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian sepenuhnya bermula pada sesi I 2020 iaitu sekitar Jun 2020 sehinggalah pada sesi II 2021 yang berakhir pada sekitar April 2022. Hal ini bermakna KUIS telah melangsungkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam talian sepenuhnya selama empat (4) semester. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap pelajar peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pengajian Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bertujuan mengenal pasti cabaran pembelajaran dalam talian yang meliputi tiga (3) aspek utama iaitu i) kemudahan peralatan pembelajaran, ii) persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian dan iii) penilaian serta aktiviti pembelajaran.

Kajian ini adalah jenis penyelidikan kuantitatif dan mengguna pakai rekabentuk kajian tinjauan dengan mensasarkan hanya pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Arab di KUIS iaitu Sarjana muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan), Sarjana muda Pengajian Bahasa al-Quran dan Diploma Pengajian Bahasa al-Quran. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk memastikan pemilihan responden mewakili populasi kajian. Sampel kajian terdiri daripada 123 orang responden daripada semester pengajian yang berbeza iaitu semester 3, 4, 5 dan 6. Pelajar yang terlibat adalah daripada 5 kursus berbeza iaitu kursus Analisis Wacana (IBAT3203), Terjemahan Teks Keagamaan (IBAT 2133), Manahij al-Bahth li al-Tarjamah (IBAT3212), Manahij al-Bahth (IBAS2312) dan al-Tarjamah (IDAL3073). Kelima-lima kursus ini menggunakan medium bahasa Arab sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Semua responden yang dipilih telah mengikuti pembelajaran dan pengajaran dalam talian sepenuhnya selama empat semester iaitu pada sesi I 2020, sesi II 2020, sesi I 2021 dan sesi II 2021.

Manakala, bilangan sampel bagi kajian rintis pula adalah seramai 30 orang pelajar berbeza yang juga mengambil bidang pengajian Bahasa Arab tetapi tidak termasuk dalam sampel kajian sebenar. Hal ini sejajar dengan pandangan Bolarinwa (2015). Tujuan kajian rintis adalah untuk melihat kesesuaian soal selidik kajian yang digunakan kepada responden kajian sebenar selain untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan pekali Cronbach’s Alpha yang mempunyai nilai di antara 0.65 hingga 0.95 (Chua, 2012).

Kajian ini mendapatkan maklum balas melalui instrumen soal selidik yang dibina menggunakan google form. Format instrumen soal selidik adalah merujuk kepada lima (5) mata skala Likert iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Instrumen soal selidik mengandungi empat (4) bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Instrumen soal selidik diedarkan kepada kumpulan WhatsApp pelajar yang mengikuti kursus dengan pensyarah.

Bahagian A berkaitan dengan demografi responden yang memuatkan enam (6) soalan iaitu i) jantina, ii) umur, iii) kursus yang diikuti, iv) semester pengajian, v) tempat tinggal

(7)

semasa sesi pembelajaran dalam talian berlangsung dan vi) pembiayaan pengajian.

Manakala bahagian B mengandungi sepuluh (10) soalan berkenaan kemudahan pembelajaran dalam talian yang meliputi capaian Internet, sumber talian dan peralatan pembelajaran. Tiga skop tersebut sudah pasti memerlukan peruntukan kewangan yang bersesuaian dan mencukupi untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dalam talian berlangsung dengan baik.

Bahagian C mengandungi dua belas (12) soalan berkenaan persepsi pelajar. Persepsi pelajar dibahagikan kepada beberapa sudut iaitu i) persepsi umum pelajar tentang pembelajaran dalam talian yang melibatkan item 1 dan 10, ii) lokasi pembelajaran atas talian yang melibatkan item 2 hingga 5, iii) masalah pembelajaran atas talian yang melibatkan item 6 hingga 9 dan iv) keperluan dan kehendak pelajar tentang pembelajaran atas talian yang melibatkan item 11 dan 12. Bahagian D juga mengandungi dua belas (12) soalan berkenaan penilaian dan aktiviti pembelajaran secara atas talian. Aspek penilaian melibatkan jenis penilaian sama ada kuiz, ujian, video pendek, pembentangan, tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Manakala aktiviti pembelajaran pula melibatkan platform kuliah, platform pembentangan dan kaedah ulang kaji.

Tatacara penganalisisan data adalah menggunakan Pakej Stastistik Sains Sosial (IBM SPSS versi 25.0). Data kajian dihuraikan secara deskriptif dalam bentuk purata, sisihan piawai dan interpretasi. Bagi tujuan deskriptif, kajian menggunakan skala sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Semua tahap tersebut dihuraikan berdasarkan nilai purata yang dikumpulkan. Jika petunjuk nilai purata adalah di antara 1.00-1.80, maka tahap ini menunjukkan nilai yang sangat rendah, 1.81-2.60 berada pada tahap rendah, 2.61-3.40 berada pada tahap sederhana, 3.41-4.20 berada pada tahap tinggi dan 4.21-5.00 adalah tahap sangat tinggi (Tschannen‐Moran & Gareis, 2004).

4. Hasil Kajian

4.1. Profil Responden

Data lengkap berkaitan demografi responden ditunjukkan dalam Jadual 1. Taburan sampel kajian terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Arab di KUIS. 46 orang daripadanya adalah lelaki (iaitu 37.4%) dan 77 orang perempuan (iaitu 62.6%). Maklumat berkaitan umur responden menunjukkan 62 orang berumur di antara 18 hingga 21 tahun (iaitu 50.4%), 57 orang berumur antara 22 hingga 25 tahun (iaitu 46.3%) dan 4 orang berumur 26 tahun ke atas (iaitu 3.3%).

Jadual 1: Demografi Responden

Demografi Responden Jumlah responden (N: 123)

N %

Jantina

Lelaki 46 37.4

Perempuan 77 62.6

Umur

18 ke 21 62 50.4

22 ke 25 57 46.3

26 ke atas 4 3.3

Kursus Diikuti

IBAT3203 Analisis Wacana 25 20.3

IBAT2133 Terjemahan Teks Keagamaan 3 2.4

IBAT3212 Manahij al-Bahth li al-Tarjamah 9 7.3

IBAS2312 Manahij al-Bahth 52 42.3

(8)

IDAL3073 al-Tarjamah 34 27.6 Semester Pengajian

Semester 3 16 13.0

Semester 4 9 7.3

Semester 5 71 57.7

Semester 6 27 22.0

Tempat tinggal semasa sesi pembelajaran secara atas talian berlangsung

Asrama 2 1.6

Rumah Sewa 2 1.6

Rumah Keluarga 119 96.7

Pembiayaan pengajian

Sendiri 13 10.6

Keluarga 26 21.1

Zakat 5 4.1

PTPTN 39 31.7

Zakat & Keluarga 1 0.8

PTPTN & Keluarga 29 23.6

Lain-lain 10 8.1

Maklumat mengenai kursus yang diikuti adalah 25 orang (iaitu 20.3%) daripada kursus Analisis Wacana (IBAT3203), 3 orang (iaitu 2.4%) adalah daripada kursus Terjemahan Teks Keagamaan (IBAT2133) dan 9 orang (iaitu 7.3%) adalah daripada kursus Manahij al-Bahth li al-Tarjamah (IBAT3212), 52 orang (iaitu 42.3%) adalah daripada kursus Manahij al-Bahth (IBAS2312) dan 34 orang (iaitu 27.6%) adalah daripada kursus al- Tarjamah (IDAL3073). Daripada 123 orang responden, 27 orang (iaitu 22%) adalah berada di semester 6 pengajian iaitu semester akhir, 71 orang (iaitu 57.7%) adalah di semester 5 pengajian, 9 orang (iaitu 7.3%) adalah di semester 4 dan baki 16 orang lagi (iaitu 13%) adalah di semester 3 pengajian. Kesemua profil di atas menunjukkan bahawa pemilihan responden adalah benar-benar mewakili populasi kajian.

Dapatan kajian berkaitan tempat tinggal semasa sesi pembelajaran dalam talian berlangsung menunjukkan bahawa 119 orang daripada responden atau 96.7% tinggal di rumah keluarga, 2 orang atau 1.6% tinggal di rumah sewa dan baki lagi 2 orang atau 1.6%

tinggal di asrama dalam kampus KUIS. Ini menunjukkan majoriti pelajar memang mengikuti pembelajaran dalam talian daripada rumah keluarga masing-masing.

Berdasarkan data berkaitan maklumat sumber pembiayaan pengajian responden, pemilihan sampel kajian didapati sangat signifikan. Ini adalah kerana berdasarkan maklum balas daripada google form, seramai 39 orang daripada responden (iaitu 31.7%) mengikuti pengajian melalui pembiayaan PTPTN sepenuhnya, 29 orang (iaitu 23.6%) mengikuti pengajian dengan pembiayaan PTPTN dan keluarga, 26 orang (iaitu 21.1%) mengikuti pengajian dengan pembiayaan keluarga, 13 orang (iaitu 10.6%) mengikuti pembelajaran dengan pembiayaan diri mereka sendiri sepenuhnya, 5 orang (iaitu 4.1%) mengikuti pengajian dengan pembiayaan zakat, 1 orang (iaitu 0.8%) mengikuti pengajian dengan pembiayaan zakat dan keluarga serta 10 orang (iaitu 8.1%) lain-lain pembiayaan.

Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, 78.9% responden terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang sudah pasti memberikan mereka cabaran besar untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian dengan baik. Walau bagaimanapun, 21.1% (iaitu 26 orang) yang memberi maklum balas menyatakan bahawa sumber pembiayaan pengajian adalah daripada keluarga sepenuhnya yang berkemungkinan pelajar tersebut daripada keluarga berpendapatan tinggi.

(9)

4.2. Kemudahan Pembelajaran Dalam Talian

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai tiga skop berkaitan kemudahan pembelajaran dalam talian bagi pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pengajian Bahasa Arab di KUIS. Skop berkaitan adalah i) peralatan pembelajaran dalam talian yang melibatkan item 1, 2 dan 3, ii) sumber talian yang melibatkan item 4, 5, 6, 7 dan 8 serta iii) capaian Internet yang melibatkan item 9 dan 10. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk nilai purata, sisihan piawai dan interpretasi seperti di Jadual 2.

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhan, item kemudahan pembelajaran dalam talian pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai purata keseluruhan = 3.0 dengan sisihan piawai = 0.468. Kajian ini akan membincangkan secara terperinci setiap item atau penyataan 1 hingga 10. Taburan lengkap berkenaan maklum balas responden ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Kemudahan Pembelajaran Dalam Talian

Penyataan/ Item Skala

Mea

n SP Interpretasi

STS TS TP S SS

1. Anda menggunakan komputer riba semasa mengikuti kelas pembelajaran.

1.6 (2) 8.1

(10) 3.3

(4) 43.1 (53) 43.9

(54) 4.19 .95

5 Tinggi

2. Anda menggunakan telefon bimbit semasa mengikuti kelas pembelajaran.

1.6 (2) 8.1 (10) 4.9

(6) 54.5 (67) 30.9

(38) 4.04 .91

3 Tinggi

3. Anda menggunakan Tablet atau peralatan lain semasa mengikuti kelas

pembelajaran.

22.0 (27) 39.8

(49) 17.9

(22) 14.6 (18) 5.7

(7) 2.42 1.1

5 Rendah

4 Anda menggunakan sumber talian internet WIFI percuma yang disediakan oleh Universiti sewaktu proses

pembelajaran.

51.2 (63) 30.9

(38) 6.5

(8) 5.7 (7) 5.7

(7) 1.83 1.1

4 Rendah

5 Anda menggunakan sumber talian internet Data Mudah Alih percuma yang disediakan oleh Universiti semasa proses pembelajaran.

41.5 (51) 32.5

(40) 9.8

(12) 7.3 (9) 8.9

(11) 2.09 1.2

7 Rendah

6 Anda menggunakan sumber talian internet Data Mudah Alih sendiri semasa proses

pembelajaran.

3.3 (4) 11.4 (14) 7.3

(9) 35.0 (43) 43.1

(53) 4.03 1.1

2 Tinggi

7 Anda menggunakan sumber internet daripada Talian Tetap di rumah (Unifi/ Maxis dan lain-lain) semasa proses

pembelajaran.

9.8 (12) 8.9

(11) 5.7

(7) 38.2 (47) 37.4

(46) 3.84 1.2

8 Tinggi

(10)

STS Sangat Tidak Setuju, TS Tidak Setuju, TP Tidak Pasti, S Setuju, SS Sangat Setuju

Penyataan 1, 2 dan 3 dalam Jadual 2 melibatkan item berkaitan peralatan pembelajaran dalam talian. Penyataan 1 iaitu “menggunakan komputer riba sewaktu mengikuti pembelajaran” menunjukkan nilai purata 4.19 iaitu tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.955 dan penyataan 2 iaitu “menggunakan telefon bimbit sewaktu mengikuti pembelajaran” menunjukkan nilai purata 4.04 iaitu tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.913. Manakala penyataan 3 iaitu “menggunakan tablet sewaktu mengikuti pembelajaran” menunjukkan nilai purata 2.42 iaitu tahap rendah dengan sisihan piawai 1.15.

Dapatan kajian yang diperolehi daripada Penyataan 1, 2 dan 3 menunjukkan bahawa Tablet adalah peralatan paling tidak digemari oleh pelajar dalam proses P&P dalam talian walaupun saiznya lebih kecil berbanding dengan komputer riba. Dengan erti kata lain, majoriti pelajar lebih selesa atau cenderung menggunakan komputer riba dan telefon bimbit sebagai peralatan pembelajaran berbanding Tablet. Besar kemungkinan ianya disebabkan oleh keterbatasan penggunaan dan cakupan yang boleh dicapai oleh tablet berbanding komputer riba atau telefon bimbit.

Penyataan 4, 5, 6, 7 dan 8 berkaitan sumber talian untuk capaian internet, sama ada sambungan internet tanpa wayar (WI-FI), data mudah alih atau talian tetap di rumah.

Penyataan 4 iaitu “menggunakan WIFI percuma yang disediakan oleh universiti” dan penyataan 5 iaitu “menggunakan data mudah alih percuma yang disediakan universiti”

berada pada tahap rendah kerana masing-masing menunjukkan nilai purata 1.83 dengan sisihan piawai 1.14 dan nilai purata 2.09 dengan sisihan piawai 1.27. Begitu juga penyataan 8 iaitu “menggunakan sumber WIFI percuma di luar seperti kedai Mamak, KFC, McD atau lain-lain” berada pada tahap rendah kerana menunjukkan nilai purata 2.13 dengan sisihan piawai 1.16. Maklum balas ini adalah selari dengan penyataan 6 dan 7 yang berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan maklum balas responden adalah konsisten.

Penyataan 6 iaitu “menggunakan sumber talian data mudah alih sendiri” memperoleh nilai purata 4.03 dengan sisihan piawai 1.12, manakala penyataan 7 iaitu “menggunakan

8 Anda menggunakan sumber WIFI percuma di luar seperti kedai Mamak/

KFC/ Mc D dan lain-lain semasa proses

pembelajaran.

35.8 (44) 38.2

(47) 6.5

(8) 16.3 (20) 3.3

(4) 2.13 1.1

6 Rendah

9 Anda mampu mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana jarang kehabisan Data Mudah Alih untuk proses pembelajaran.

16.3 (20) 22.8

(28) 25.2

(31) 26.0 (32) 9.8

(12) 2.90 1.2

3 Sederhana

10 Anda mampu mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana capaian Internet yang kuat dan stabil di tempat tinggal anda sewaktu proses pembelajaran.

22.8 (28) 29.3

(36) 26.0

(32) 15.4 (19) 6.5

(8) 2.53 1.1

8 Rendah

Keseluruhan 3.00 .46

8 Sederhana

(11)

sumber daripada talian tetap di rumah seperti Unifi atau Maxis” menunjukkan nilai purata 3.84 dengan sisihan piawai 1.28. Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar menggunakan sumber talian internet sendiri dan kurang menggunakan sumber Internet talian percuma yang disediakan oleh universiti atau tempat awam. Penggunaan sumber talian sendiri untuk capaian internet sudah pasti memerlukan peruntukan kewangan untuk memperoleh sumber talian tersebut.

Penyataan 9 dan 10 melibatkan kestabilan atau kekuatan capaian Internet. Penyataan 9 iaitu “dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana jarang kehabisan Data Mudah Alih untuk proses pembelajaran” menunjukkan nilai purata 2.90 iaitu tahap sederhana dengan sisihan piawai 1.23. Manakala, penyataan 10 iaitu “dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana capaian Internet yang kuat dan stabil di tempat tinggal anda sewaktu proses pembelajaran” berada pada tahap rendah dengan nilai purata 2.53 dengan sisihan piawai 1.18. Ini menunjukkan bahawa sebahagian pelajar menghadapi masalah kehabisan data mudah alih dan sentiasa perlu menambah nilai untuk mengikuti pembelajaran dengan sempurna. Begitu juga, majoriti pelajar menghadapi masalah capaian Internet yang lemah dan tidak stabil. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengganggu kelancaran mereka untuk mengikuti proses P & P dalam talian.

4.3. Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Dalam Talian

Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis mendapati persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian berada pada tahap sederhana dengan nilai purata keseluruhan = 3.31 dan sisihan piawai = 0.305. Penulis akan membincangkan secara terperinci setiap penyataan 1 hingga 12 yang boleh dianalisis berdasarkan pelbagai sudut persepsi.

Penyataan 1 dan 10 dalam Jadual 3 adalah melibatkan persepsi umum pelajar tentang pembelajaran dalam talian. Pernyataan 1 adalah berkait dengan persepsi pelajar terhadap medium pembelajaran atas talian melalui Google meet dan KLMS. Penyataan ini menunjukkan nilai purata 3.22 iaitu pada tahap sederhana dengan nilai sisihan piawai 1.15. Ini menunjukkan bahawa tahap keseronokan dan kegembiraan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian adalah sederhana. Dapatan ini kelihatan seiring dengan penyataan 10 dalam Jadual 3 kerana pelajar menyatakan lebih selesa mengikuti kelas pembelajaran menggunakan kaedah secara bersemuka berbanding dengan pembelajaran dalam talian. Hal ini berdasarkan nilai purata yang diperolehi oleh penyataan 10 ialah 4.42 iaitu pada tahap sangat tinggi dengan sisihan piawai 0.809.

Penyataan 2 hingga 5 dalam Jadual 3 adalah berkait dengan persepsi pelajar terhadap keselesaan lokasi pembelajaran dalam talian yang menjadi pilihan pelajar sama ada di asrama bersama rakan-rakan, di rumah bersama keluarga, di rumah sewa bersama rakan- rakan atau di tempat awam seperti kedai Mamak, KFC, McD dan lain-lain. Penyataan 2 iaitu “mengikuti pembelajaran dalam talian di asrama bersama rakan-rakan”

menunjukkan nilai purata 3.64 iaitu tahap tinggi dan sisihan piawai 1.12. Maklum balas ini kelihatan seiring dengan penyataan 3 iaitu “mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah bersama keluarga” dan penyataan 5 iaitu “mengikuti pembelajaran dalam talian di tempat awam” yang kedua-duanya berada pada tahap rendah dengan masing-masing mempunyai nilai purata 2.58 dan sisihan piawai 1.05 dan nilai purata 1.82 dan sisihan piawai 0.816. Ini memberikan gambaran bahawa pelajar lebih selesa berada di asrama bersama rakan-rakan untuk mengikuti pembelajaran dalam talian berbanding dengan berada di tempat awam atau bersama keluarga di rumah. Manakala, penyataan 4 iaitu

(12)

“mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah sewa bersama rakan-rakan” berada pada tahap sederhana dengan nilai purata 2.90 dan sisihan piawai 1.19.

Penyataan 6 hingga 9 dalam Jadual 3 adalah berkait dengan persepsi pelajar terhadap masalah semasa pembelajaran atas talian. Dalam penyataan 6, kebanyakan pelajar mengakui bahawa mereka menghadapi banyak masalah untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian kerana nilai min berada pada tahap tinggi iaitu 3.48 dengan sisihan piawai 1.04. Malah pernyataan 7 juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar menyatakan pembelajaran secara atas talian adalah membosankan, memenatkan dan tidak menarik kerana nilai min berada pada tahap tinggi iaitu 3.52 dengan sisihan piawai 1.01. Walau bagaimanapun, penyataan 8 iaitu “tidak dapat fokus dan gagal memberikan tumpuan penuh sewaktu pembelajaran secara atas talian” berada pada tahap rendah dengan nilai purata 2.32 dan sisihan piawai 0.987. Ini menunjukkan bahawa pelajar boleh memberikan fokus dan tumpuan penuh semasa pembelajaran dalam talian. Penyataan 9 iaitu “sering rasa terganggu oleh ahli keluarga di rumah atau rakan-rakan di rumah sewa sewaktu pembelajaran dalam talian” berada pada tahap sederhana dengan nilai purata 3.35 dan sisihan piawai 1.15.

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Persepsi Mengenai Pembelajaran Dalam Talian

Penyataan/Item Skala

Mean SP Interpretasi STS TS TP S SS

1. Anda rasa seronok dan gembira mengikuti pembelajaran secara atas talian melalui Googlemeet dan KLMS.

8.9 (11 )

19.5 (24) 22.0

(27) 39.0 (48) 10.6

(13) 3.22 1.15 Sederhana

2. Anda rasa lebih selesa mengikuti pembelajaran secara atas talian di asrama bersama rakan-rakan.

4.9 (6) 10.6

(13) 26.0

(32) 32.5 (40) 26.0

(32) 3.64 1.12 Tinggi

3. Anda rasa tidak selesa mengikuti pembelajaran secara atas talian di rumah bersama keluarga.

15.

4 (19 )

34.1 (42) 30.9

(38) 15.4 (19) 4.1

(5) 2.58 1.05 Rendah

4 Anda rasa lebih selesa mengikuti pembelajaran secara atas talian di rumah sewa bersama rakan-rakan.

13.

0 (16)

26.0 (32) 30.1

(37) 19.5 (24) 11.4

(14) 2.90 1.19 Sederhana

5 Anda rasa lebih selesa mengikuti pembelajaran secara atas talian di tempat awam seperti kedai Mamak, KFC, McD dan lain- lain.

38.

2 (47 )

44.7 (55) 13.8

(17) 2.4 (3) 0.8

(1) 1.82 .816 Rendah

6 Anda menghadapi banyak masalah untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian.

2.4 (3) 17.1 (21) 26.8

(33) 36.6 (45) 17.1

(21) 3.48 1.04 Tinggi

(13)

STS Sangat Tidak Setuju, TS Tidak Setuju, TP Tidak Pasti, S Setuju, SS Sangat Setuju

Penyataan 11 dan 12 dalam Jadual 3 adalah berkenaan persepsi pelajar terhadap keperluan dan kehendak tentang pembelajaran dalam talian. Penyataan 11 iaitu

“penyediaan komputer riba secara percuma kepada pelajar yang layak” menunjukkan nilai purata 4.41 iaitu tahap sangat tinggi dengan sisihan piawai 0.70. Ini menunjukkan bahawa komputer adalah sangat diperlukan untuk melalui proses P&P dalam talian.

Maklum balas ini sangat relevan kerana 35.8% responden iaitu seramai 44 orang adalah di bawah pembiayaan PTPTN dan zakat sepenuhnya. Manakala, penyataan 12 iaitu

“keperluan mengikuti pembelajaran dalam talian di dalam kampus” berada pada tahap tinggi dengan memperolehi nilai purata 4.11 dan sisihan piawai 0.86. Ini menunjukkan pelajar merasa lebih selesa berada di dalam kampus bersama rakan-rakan berbanding dengan berada di rumah bersama keluarga.

7 Pembelajaran secara atas talian membosankan, memenatkan dan tidak menarik.

0.8 (1) 16.3

(20) 31.7

(39) 31.7 (39) 19.5

(24) 3.52 1.01 Tinggi

8 Anda seringkali tidak dapat fokus dan gagal

memberikan tumpuan penuh sewaktu

pembelajaran secara atas talian.

20.

3 (25 )

43.1 (53) 21.1

(26) 14.6 (18) 0.8

(1) 2.32 .987 Rendah

9 Anda sering rasa terganggu oleh ahli keluarga di rumah atau rakan-rakan di rumah sewa sewaktu

pembelajaran secara atas talian.

4.9 (6) 22.8 (28) 21.1

(26) 34.1 (42) 17.1

(21) 3.35 1.15 Sederhana

10 Anda lebih selesa mengikuti kelas pembelajaran

menggunakan kaedah secara bersemuka (face to face) berbanding

pembelajaran secara atas talian.

0 3.3

(4) 10.6

(13) 26.8 (33) 59.3

(73) 4.42 .809 Sangat Tinggi

11 Universiti sepatutnya menyediakan komputer riba (laptop) secara percuma kepada pelajar yang layak (B40) untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian.

0 0 12.2

(15) 34.1 (42) 53.7

(66) 4.41 .700 Sangat Tinggi

12 Universiti sepatutnya memberikan keizinan kepada pelajar

berkeperluan mengikuti pembelajaran secara atas talian di dalam kampus.

0.8 (1) 1.6

(2) 22.0

(27) 36.6 (45) 39.0

(48) 4.11 .860 Tinggi

Keseluruhan 3.31 .30

5 Sederhana

(14)

4.4. Penilaian dan Aktiviti Pembelajaran Dalam Talian

Bahagian ini akan menghuraikan berkaitan penilaian dan aktiviti pembelajaran secara atas talian bagi pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Arab di KUIS. Aspek penilaian melibatkan jenis penilaian sama ada kuiz, ujian, video pendek, pembentangan, tugasan individu dan tugasan berkumpulan. Aspek ini melibatkan item 1, 2, 3, 6, 11 dan 12. Manakala aktiviti pembelajaran pula melibatkan i) platform kuliah yang melibatkan item 7 dan 8, ii) platform pembentangan yang melibatkan item 4 dan 5, dan iii) kaedah ulang kaji yang melibatkan item 9 dan 10. Laporan dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk purata, sisihan piawai dan interpretasi seperti di Jadual 4.

Jadual 4: Taburan Responden Mengikut Penilaian dan Aktiviti Pembelajaran Dalam Talian

Penyataan/Item Skala

Mean SP Interpretasi STS TS TP S SS

1. Kaedah penilaian melalui aktiviti menjawab soalan kuiz atau ujian secara atas talian melalui KLMS adalah sesuai.

1.6 (2) 7.3

(9) 22.0 (27) 52.

0 (64)

17.1

(21) 3.75 .88

0 Tinggi

2. Proses penilaian menerusi tugasan bertulis

merupakan kaedah terbaik dan sesuai untuk

pembelajaran secara atas talian.

2.4 (3) 4.9

(6) 25.2 (31) 52.

8 (65)

14.6

(18) 3.72 .86

1 Tinggi

3. Proses penilaian menerusi kaedah pembentangan daripada pelajar

merupakan kaedah terbaik dan sesuai untuk

pembelajaran secara atas talian.

1.6 (2) 8.1

(10) 20.3 (25) 53.

7 (66 )

16.3

(20) 3.74 .88

3 Tinggi

4 Pembentangan daripada pelajar melalui Telegram Group adalah sesuai.

3.3 (4) 4.9

(6) 30.1 (37) 43.

1 (53 )

18.7

(23) 3.69 .94

2 Tinggi

5 Pembentangan daripada pelajar melalui Google Meet secara langsung adalah tidak sesuai.

16.3 (20)

31.7 (39) 30.9

(38) 16.

3 (20)

4.9 (6) 2.61 1.0

9 Sederhana

6 Proses penilaian menerusi tugasan video pendek merupakan kaedah terbaik dan sesuai untuk

pembelajaran secara atas talian.

1.6 (2) 10.6

(13) 22.0 (27) 45.

5 (56 )

20.3

(25) 3.72 .96

0 Tinggi

7 Proses pembelajaran melalui penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui Google Meet secara atas talian kurang sesuai.

5.7 (7) 21.1 (26) 32.5

(40) 35.

8 (44)

4.9 (6) 3.13 .99

1 Sederhana

(15)

STS Sangat Tidak Setuju, TS Tidak Setuju, TP Tidak Pasti, S Setuju, SS Sangat Setuju

Berdasarkan Jadual 4, hasil analisis mendapati penilaian dan aktiviti pembelajaran dalam talian berada pada tahap tinggi dengan nilai purata keseluruhan = 3.57 dengan sisihan piawai = 0.412. Penulis akan menghuraikan secara terperinci setiap penyataan 1 hingga 12 yang melibatkan penilaian dan aktiviti pembelajaran.

Kesemua penyataan 1, 2, 3, 6, dan 12 dalam Jadual 4 yang melibatkan jenis penilaian berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar boleh menerima dengan baik semua jenis penilaian yang dilaksanakan dalam talian yang melibatkan kuiz, ujian, pembentangan, video pendek, dan tugasan individu. Hanya penyataan 11 yang mencatatkan nilai purata 2.97 dengan sisihan piawai 1.25 iaitu tahap sederhana. Hal ini bermakna pelajar kurang setuju dengan kaedah penilaian melalui tugasan berkumpulan.

Penyataan 4 iaitu “Pembentangan daripada pelajar melalui Telegram Group adalah sesuai” mencatatkan nilai purata 3.69 iaitu tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.942.

Manakala, penyataan 5 iaitu “Pembentangan daripada pelajar melalui Google Meet secara langsung adalah tidak sesuai” menunjukkan nilai purata 2.61 iaitu tahap sederhana dengan sisihan piawai 1.09. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih menyukai platform pembentangan melalui Telegram Group yang memerlukan mereka merakamkan pembentangan terlebih dahulu sebelum dipaparkan. Dengan erti kata lain, pembentangan secara langsung melalui Google Meet kurang digemari.

8 Proses pembelajaran melalui penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui rakaman video adalah sesuai.

4.1 (5) 6.5

(8) 22.8 (28) 39.

8 (49 )

26.8

(33) 3.78 1.0

4 Tinggi

9 Anda menonton rakaman kuliah pensyarah lebih daripada sekali untuk memahami isi kandungan kursus pengajian.

0.8 (1) 4.1

(5) 14.6 (18) 43.

9 (54 )

36.6

(45) 4.11 .86

0 Tinggi

10 Proses pembelajaran melalui kuliah menggunakan Google Meet adalah sesuai kerana pelajar boleh

mengulangkaji pelajaran melalui rakaman video kuliah.

0.8 (1) 3.3

(4) 8.9 (11) 48.

8 (60 )

38.2

(47) 4.20 .79

9 Tinggi

11 Proses pembelajaran melalui Tugasan Penulisan berkumpulan tidak sesuai kerana kesukaran utuk berkomunikasi di antara ahli kumpulan.

12.2 (15)

28.5 (35) 23.6

(29) 21.

1 (26)

14.6

(18) 2.97 1.2

5 Sederhana

12 Proses pembelajaran melalui Tugasan Penulisan secara individu adalah sesuai kerana ianya membina dan memupuk kemahiran individu.

9.8 (12 )

6.5 (8) 30.9 (38) 35.

0 (43 )

17.9

(22) 3.44 1.1

5 Tinggi

Keseluruhan 3.57 .41

2 Tinggi

(16)

Penyataan 7 dan 8 adalah melibatkan platform kuliah semasa proses pembelajaran secara dalam talian. Penyataan 7 iaitu “Proses pembelajaran melalui penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui Google Meet dalam talian kurang sesuai” mencatatkan nilai purata 3.13 iaitu tahap sederhana dengan sisihan piawai 0.991. Manakala, penyataan 8 iaitu “Proses pembelajaran melalui penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui rakaman video adalah sesuai” menunjukkan nilai purata 3.78 iaitu tahap tinggi dengan sisihan piawai 1.04. Maklum balas ini memberikan gambaran bahawa pelajar lebih menyukai penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui rakaman video. Dengan erti kata lain, pelajar kurang gemar menyertai kuliah pensyarah melalui Google Meet secara langsung.

Penyataan 9 dan 10 adalah melibatkan kaedah ulangkaji semasa pembelajaran secara atas talian. Kedua-dua penyataan ini berada di tahap tinggi kerana masing-masing memperolehi nilai min 4.11 dengan sisihan piawai 0.860 dan nilai min 4.20 dengan sisihan piawai 0.799. Maklum balas ini menunjukkan bahawa pelajar gemar menonton rakaman kuliah pensyarah lebih daripada sekali untuk memahami isi kandungan kursus pengajian, malah mereka juga gemar mengulang kaji pelajaran melalui rakaman video kuliah yang diambil dari Google Meet.

5. Perbincangan Kajian

Kajian ini jelas sekali menunjukkan bahawa pelajar sangat bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian di mana majoriti pelajar menggunakan komputer riba dan telefon bimbit sewaktu mengikuti kelas pembelajaran dalam talian. Oleh itu, keperluan terhadap komputer riba dan telefon bimbit sebagai peralatan pembelajaran dalam talian adalah sangat penting. Malah ketiadaan dua peralatan pembelajaran ini berpotensi merencatkan proses P & P dalam talian. Dengan sebab itu, disarankan agar pihak berwajib sama ada kerajaan atau universiti perlu memastikan supaya para pelajar memiliki kedua- dua peralatan tersebut. Jika terdapat keperluan mendesak, pihak bertanggungjawab sewajarnya merangka program khas pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang layak sebagai langkah terbaik untuk membantu melancarkan proses P&P dalam talian.

Walaupun nilai purata berkaitan kemudahan peralatan pembelajaran yang melibatkan pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Arab di KUIS berada pada tahap tinggi, namun sumber capaian talian Internet percuma yang disediakan oleh pihak universiti berada pada tahap rendah. Hal ini berlaku kerana sebahagian besar atau majoriti pelajar berada di rumah keluarga dan menggunakan sumber talian Internet sendiri yang berbayar untuk pembelajaran dalam talian, sama ada menggunakan data mudah alih atau talian tetap seperti Unifi, Maxis. Sumber talian Internet berbayar yang digunakan oleh pelajar memerlukan peruntukan kewangan tertentu pastinya menjadi suatu cabaran besar kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, disarankan agar pihak kerajaan atau universiti menyediakan pakej data mudah alih percuma kepada pelajar yang dikenal pasti berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Seterusnya, proses pembelajaran dalam talian juga terganggu dan terbatas ekoran kadar akses atau capaian Internet yang lemah dan tidak stabil. Masalah capaian Internet adalah situasi yang di luar kawalan pelajar kerana penggunaan sepenuhnya teknologi menjadikan permintaan terhadap perkhidmatan Internet meningkat. Pelajar juga sering menghadapi masalah kehabisan data mudah alih dan sentiasa perlu menambah nilai untuk mengikuti pembelajaran dengan sempurna. Isu ketidakseimbangan dalam akses

(17)

atau capaian Internet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak agar tidak mengganggu proses P & P dalam talian.

Dari sudut persepsi pelajar terhadap pembelajaran dalam talian pula, didapati bahawa tahap keseronokan dan kegembiraan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian adalah sederhana dan mereka bertanggapan bahawa pembelajaran dalam talian membawa banyak masalah, membosankan, memenatkan dan tidak menarik. Dengan sebab itu, mereka lebih selesa mengikuti kelas pembelajaran menggunakan kaedah secara bersemuka berbanding dengan pembelajaran dalam talian. Dari segi lokasi pembelajaran dalam talian, mereka lebih selesa berada di asrama bersama rakan-rakan untuk mengikuti pembelajaran dalam talian berbanding dengan berada bersama keluarga di rumah atau di tempat awam.

Dari sudut penilaian dan aktiviti pembelajaran pula, majoriti pelajar boleh menerima dengan baik semua jenis penilaian yang dilaksanakan dalam talian yang melibatkan kuiz, ujian, pembentangan, video pendek, dan tugasan individu. Namun, mereka kurang setuju dengan kaedah penilaian melalui tugasan berkumpulan. Hal ini mungkin disebabkan mereka perlu membuat perbincangan dalam talian untuk menyediakan tugasan berkumpulan dan keadaan ini sudah pasti memerlukan lebihan peruntukan kewangan untuk mendapatkan akses sumber talian Internet. Dari segi platform pembentangan, mereka lebih menyukai pembentangan melalui Telegram Group berbanding dengan pembentangan secara langsung dalam talian melalui Google Meet. Begitu juga pelajar lebih selesa dengan penyampaian kuliah daripada pensyarah melalui rakaman video berbanding dengan mengikuti kuliah pensyarah dalam talian melalui Google Meet secara langsung. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekangan peruntukan kewangan dan kegunaan sumber talian Internet. Salah satu perkara positif dari pembelajaran dalam talian adalah pelajar boleh membuat ulang kaji melalui menonton rakaman kuliah pensyarah lebih daripada sekali untuk memahami isi kandungan kursus pengajian, malah mereka juga gemar mengulang kaji pelajaran melalui rakaman video kuliah yang boleh dimuat turun daripada Google Meet.

6. Kesimpulan

Sampel kajian yang melibatkan 123 pelajar peringkat diploma dan sarjana muda dalam bidang pengajian Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menjalani proses P & P dalam talian menggunakan medium bahasa Arab sepenuhnya.

Pembelajaran dalam talian menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya bukanlah satu perkara yang mudah bagi pelajar tersebut kerana Bahasa Arab merupakan bahasa ketiga bagi mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan pelbagai peranti kemudahan pembelajaran seperti komputer dan telefon bimbit boleh membantu melancarkan proses P & P dalam talian. Selain itu, fokus yang diberikan oleh pelajar semasa pembelajaran juga boleh membantu kesinambungan proses P & P dalam talian. Rakaman kuliah melalui Powerpoint atau pautan Google Meet juga sangat membantu pelajar memahami isi kandungan kursus pengajian dan memudahkan pelajar membuat ulang kaji.

Kesimpulannya, pelajar memberikan maklum balas yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan penilaian yang dilaksanakan dalam talian walaupun tahap kemudahan peralatan pembelajaran dan persepsi pelajar mengenai pembelajaran dalam talian adalah sederhana.

(18)

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih kepada responden yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini.

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan.

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests) Penulis tidak mempunyai konflik kepentingan.

Rujukan

Ahmad, A. (2017, September 4). Mendepani cabaran dunia empat dimensi. BH Online.

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/321156/mendepani- cabaran-dunia-empat-dimensi

Amin, N. A. M., & Nasri, N. M. (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 344–361.

Bolarinwa, O. A. (2015). Principles and methods of validity and reliability testing of questionnaires used in social and health science researches. Nigerian Postgraduate Medical Journal, 22(4), 195.

Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Vol. 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Ilias, K., & Ladin, C. A. (2018). Pengetahuan dan kesediaan revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 6(2), 18–26.

Ishak, A. A., & Talaat, A. Z. M. A. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68–82.

Ishak, H. B., Nor, Z. M., & Ahmad, A. (2017). pembelajaran interaktif berasaskan aplikasi kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Seminar Serantau. Kedah: Jabatan Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jitra. Dipetik, 11(5), 2.

Lubis, M. A., Hassan, W. N. S., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J), 1(1), 1–13.

Mailis, M. I., Hanim, Z. H., & Hassan, N. H. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88–99.

Mohamad, N. M. (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243–254.

Mustapah, J., & Rosli, R. (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Atas Talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 1–20.

Nick, H. M. (2018). The 4th Industrial Revolution and the Future of Jobs. Book boon.

(19)

Pauzi, M. F., Juhari, S. N., Amiruddin, S., & Hassan, N. M. (2020). Covid-19: Pengajaran dan pembelajaran sewaktu krisis pandemik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, JILID III.

Saleh, N. S., & Rosli, M. S. (2020). Tinjauan Literatur Sistematik: Interaksi Media Sosial Atas Talian Dalam Kluster Pendidikan dan Pekerjaan. Sains Humanika, 12(3), 53–65.

Salleh, M., Jamaludin, M. F., Safie, N. S. M., & Yusof, J. M. (2021). Tinjauan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik covid-19: perspektif pelajar sains kejuruteraan politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374–

384.

Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial revolution 4.0 and education.

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9), 314–

319.

Surjono, H. D. (2015). The effects of multimedia and learning style on student achievement in online electronics course. Turkish Online Journal of Educational Technology- TOJET, 14(1), 116–122.

Tschannen‐Moran, M., & Gareis, C. R. (2004). Principals’ sense of efficacy: Assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585.

Referensi

Dokumen terkait

In our speci- fications, we disaggregate total crime by violent and prop- erty crime and also consider murder as a separate category to investigate whether lengthy trials are more