Isu Dan Etika Guru

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

Dew

Dewasa asa ini, ini, banbanyak yak perkperkembembangaangan n dan dan pempembanbangunagunan n dardari i pelpelbagabagaii as

aspepek k yayang ng beberlrlakaku u di di sesekekelilililing ng kikitata. . SaSama ma adada a kikita ta sesedadar r atatau au titidadak,k, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – lain.

lain.

Apa yang dim

Apa yang dimaksuaksudkan dendkan dengan gan profprofesioesional? Menunal? Menurut Ornsrut Ornstein dantein dan Lev

Levine ine (199(1993), 3), konkonsep sep profprofesioesional nal mermerujuk kepada ujuk kepada ciri ciri – – circiri i yang terdapyang terdapatat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah dinyatakan dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Guru juga

Guru juga adaadalah lah seoseorang yang rang yang profprofesiesionalonal. . Ini Ini bermbermaknakna a guru adalahguru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar  seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar  dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri –

Merujuk kepada ciri – ciri yang ciri yang dinyatakdinyatakan, profesion keguruan pada harian, profesion keguruan pada hari ini dilihat

ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melangsanggup melanggar gar  kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar. banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai d

dua ua isisu u ssaalalah h lalaku ku gugurru u yyaang ng mmeelalannggggaar r kkod od eettikika a kkegegururuauan n iiaiaittuu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu

Isu pertpertama ama adaadalah lah berberkenakenaan an penpenyalayalahgunhgunaan aan masmasa. a. Di Di MalaMalaysiaysia,, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pad

(2)

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar  di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar  daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk

(3)

menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir   juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat

kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir  boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan – rakan

(4)

yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.

(5)

Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru – guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaan untuk kepentingan diri.

Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada

(6)

berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar  dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.

(7)

Rujukan:

Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved August 2, 2010, from:

http://apps.emoe.gov.my /bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN % 20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf 

Farizal (2008). BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki Rasuah. Retrieved on August 2, 2010 from http://cikgufarizal.com/category/keratan-akhbar/page/3/

Fuad Razali (2009). Pengetua Cadang Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan Prosedur 

Beri Biasiswa. Retrieved on August 2, 2010 from

http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/pengetua-cadang-bantuan-kwapm

guna.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai  dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved on August 2, 2010 from

www.townplan.gov.my/.../nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn %20awam.ppt

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru

  Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford

Fajar 

Wapedia (nd*). Audit Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from http://wapedia.mobi/ms/Audit_Sekolah

Wikipedia (nd*). Audit Kewangan Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Audit_Kewangan_Sekolah

(8)

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :