• Tidak ada hasil yang ditemukan

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

1. Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas in dirujuk sebagai “Ahli Kad”) adalah dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri Penerbangan & Perjalanan apabila tambang penerbangan dicaj sepenuhnya kepada Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas ini dirujuk sebagai “Kad”). Insurans ini ditaja jamin oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad. 2. Orang Diinsuranskan hendaklah bermaksud Ahli Kad atau mana-mana Ahli Keluarga Ahli Kad

sebagaimana yang ditakrifkan di sini: a. Ahli Kad di antara umur 21 dan 65 tahun.

b. Ahli Keluarga hendaklah bermaksud, pasangan Ahli Kad yang berkahwin secara sah di sisi undang-undang dan tidak berpisah atau bercerai secara sah di sisi undang-undang daripada Ahli Kad dan belum mencapai umur 65 tahun dan anak-anak Ahli Kad yang sah di sisi undang-undang yang telah mencapai umur 1 tahun tetapi belum mencapai umur 23 tahun dan tidak bekerja dan belum berkahwin, dengan syarat bahawa kesemua anak tersebut tinggal bersama Ahli Kad dan di negara kediaman Ahli Kad.

3. Jadual Manfaat

Perlindungan insurans Orang Diinsuranskan akan beroperasi hanya apabila perjalanan dibuat dalam tempoh insurans dalam penerbangan yang dijadualkan sebagai penumpang yang membayar tambang dan apabila tambang keseluruhan untuk perjalanan penerbangan berjadual itu telah dicaj terlebih dahulu kepada Kad Ahli Kad dengan pihak Bank.

a. Insurans Kemalangan Diri Perjalanan

Sekiranya Orang Diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan seperti yang ditakrifkan, AXA AFFIN General Insurance Berhad hendaklah membayar pampasan seperti berikut:

Manfaat Jumlah insurans (RM)

Kematian akibat kemalangan 1,000,000

Hilang kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki 1,000,000

Hilang sebelah tangan dan sebelah kaki 1,000,000

Hilang keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata 1,000,000 Hilang keseluruhan penglihatan sebelah mata dan sebelah

tangan atau sebelah kaki

1,000,000

Hilang sebelah tangan atau sebelah kaki 500,000

Hilang keseluruhan penglihatan sebelah mata 500,000

b. Keadaan Kesulitan

i. Kelewatan Penerbangan

Jika penerbangan Orang Diinsuranskan yang telah ditetapkan seperti dijadualkan adalah lewat selama 4 jam atau lebih atau dibatalkan kerana mogok/tindakan industri, keadaan cuaca yang buruk atau kerosakan/kekacauan mekanikal pesawat akibat

(2)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

daripada kecacatan mekanikal atau struktur, seperti yang telah disahkan oleh syarikat penerbangan dan tiada pengangkutan alternatif disediakan kepada Orang Diinsuranskan dalam tempoh 4 jam, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi sehingga had maksimum ganti rugi.

Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM)

Ahli Kad 1,000

Ahli Keluarga 2,000

ii. Terlepas Penerbangan Bersambung

Jika penerbangan bersambung berjadual yang telah ditetapkan Orang Diinsuranskan terlepas di lokasi pemindahan disebabkan ketibaan lewat masuk penerbangan berjadual yang telah ditetapkan Orang Diinsuranskan dan tiada pengangkutan alternatif berikutnya disediakan kepada Orang Diinsuranskan dalam tempoh 4 jam dari waktu ketibaan sebenar penerbangan masuk, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi perbelanjaan tambahan sebenar yang diperlukan dan munasabah yang ditanggung untuk penginapan hotel dan makanan atau minuman di restoran, sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat dengan syarat Orang Diinsuranskan hendaklah berada di lapangan terbang pada masa penerbangan bersambung berkenaan terlepas.

Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM)

Ahli Kad 1,000

Ahli Keluarga 2,000

iii. Kelewatan bagasi

Jika bagasi penerbangan yang diiringi dan didaftar masuk oleh Orang Diinsuranskan tidak dihantar kepadanya dalam tempoh 6 jam dari waktu ketibaan sebenar Orang Diinsuranskan di lokasi destinasi yang dijadualkan menurut penerbangan berjadual, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi perbelanjaan sebenar tambahan yang diperlukan dan munasabah yang ditanggung dalam tempoh 4 hari di destinasi dijadualkan untuk pembelian kecemasan pakaian dan kemudahan asas, sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan dalam jadual manfaat, dengan syarat bagasi tersebut telah didaftar masuk oleh pegawai pengangkutan udara yang diberi kuasa di mana Orang Diinsuranskan adalah di dalam perjalanan pada masa berlakunya kejadian tersebut.

Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM)

Ahli Kad 1,000

Ahli Keluarga 2,000

iv. Kehilangan bagasi

Jika bagasi penerbangan yang diiringi dan didaftar masuk oleh Orang Diinsuranskan tidak dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam dari waktu ketibaan sebenar di lokasi destinasi yang dijadualkan menurut penerbangan berjadual, bagasi itu akan dianggap telah kekal hilang dan AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi kehilangan bagasi tersebut sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat dengan syarat bagasi (termasuk pakaian dan barang peribadi) tersebut telah didaftar masuk oleh pegawai pengangkutan udara yang diberi kuasa dimana

(3)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

Orang Diinsuranskan adalah di dalam perjalanan pada masa berlakunya kejadian tersebut.

Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM)

Ahli Kad 2,000

Ahli Keluarga 4,000

4. Orang Diinsuranskan hanya boleh membuat satu tuntutan samaada untuk kelewatan bagasi atau kehilangan bagasi.

5. Jumlah maksimum untuk semua kerugian yang dibayar kepada suami/isteri Ahli Kad adalah terhad kepada 100% daripada jumlah manfaat seperti yang dinyatakan di bawah jadual manfaat.

6. Untuk anak-anak Ahli Kad yang sah di sisi undang-undang, jumlah faedah yang boleh dibayar adalah terhad sehingga 25% daripada jumlah manfaat.

7. Pendedahan dan kelenyapan

Apabila disebabkan oleh suatu kemalangan yang dilindungi oleh polisi induk, Orang Diinsuranskan tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada unsur-unsur semulajadi dan akibat pendedahan tersebut, mengalami kerugian di mana faedah perlu dibayar di bawah polisi ini, kerugian itu adalah dilindungi di bawah terma-terma polisi induk. Jika anggota badan Orang Diinsuranskan tidak dijumpai dalam tempoh setahun dari kelenyapan, penenggelaman atau kemusnahan pengangkutan dimana Orang Diinsuranskan berada dalam perjalanan sewaktu kemalangan tersebut, ia akan dianggap tertakluk kepada terma-terma polisi induk, bahawa Orang Diinsuranskan mengalami kehilangan nyawa akibat daripada kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan pada masa kelenyapan, penenggelaman atau kemusnahan pengangkutan tersebut. Jika pada bila-bila masa selepas pembayaran telah dibuat oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad untuk tuntutan itu, Orang Diinsuranskan didapati hidup, Orang Diinsuranskan hendaklah membuat bayaran balik penuh kepada AXA AFFIN General Insurance Berhad.

8. Indemniti Maksimum

Indemniti maksimum untuk mana-mana kehilangan untuk setiap Orang Diinsurankan adalah tidak melebihi RM1,000,000 dan tidak melebihi amaun manfaat yang ternyata di atas. Liabiliti agregat maksimum AXA AFFIN General Insurance Berhad adalah RM20,000,000 untuk mana- mana satu kemalangan. Sekiranya kemalangan melibatkan lebih daripada satu Orang Diinsurankan dan sekiranya had tanggung rugi adalah tidak cukup untuk membayar amaun tanggung rugi sepenuhnya untuk setiap Orang Diinsurankan, amaun yang perlu dibayar untuk setiap Orang Diinsurankan akan diproratakan.

(4)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

INSURANS KEMALANGAN DIRI AFFINBANK WORLD MASTERCARD

Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas in dirujuk sebagai “Ahli Kad”) adalah dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri sekiranya berlaku kematian atau kecederaan kepada anggota badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

1. Orang Diinsuranskan hendaklah bermaksud Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard yang berumur 21 tahun tetapi belum mencapai umur 65 tahun.

2. Jadual Manfaat

Manfaat Jumlah insurans (RM)

Kematian akibat kemalangan 100,000

3. Indemniti Maksimum

Liabiliti agregat maksimum AXA AFFIN General Insurance Berhad adalah tidak melebihi RM20,000,000 untuk mana-mana satu kemalangan. Sekiranya kemalangan melibatkan lebih dari satu Orang Diinsuranskan dan sekiranya had tanggung rugi tidak mencukupi untuk membayar amaun tanggung rugi sepenuhnya untuk setiap Orang Diinsurankan, amaun yang perlu dibayar untuk setiap Orang Diinsuranskan akan diproratakan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, setiap Orang Diinsuranskan berhak kepada jumlah indemniti maksimum sebanyak RM100,000 sahaja.

Fasal-fasal ini adalah ekstrak daripada dan tertakluk kepada kandungan polisi induk. Apa-apa perubahan, pindaan atau endorsan (termasuk pembatalan) polisi induk akan mengikat Ahli Kad selepas notis mencukupi diberikan oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad. Ahli Kad hendaklah mematuhi kandungan polisi induk agar tidak menjejaskan apa-apa tuntutan di bawahnya. Tiada Ahli Kad mempunyai apa-apa hak untuk mengambil tindakan terhadap pihak Bank.

(5)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

PERKHIDMATAN “MASTERCARD GLOBAL”

Perkhidmatan “MasterCard Global” memberi bantuan 24 jam dengan laporan kehilangan dan kecurian kad, Penggantian kad kecemasan dan Pendahuluan Tunai kecemasan. Anda boleh menghubungi wakil Perkhidmatan “MasterCard Global” di beberapa nombor telefon bebas tol seperti yang berikut:

Malaysia 1-800-804594 Japan 00531-11-3886

China 10-800-110-7309 Korea 0079-811-887-0623

France 0-800-90-1387 Australia 1-800-120-113

Germany 088-819-1040 New Zealand 088-44-9140 Guam 1-800-307-7309 Philippines 1-800-1-111-0061

Hong Kong 800-966677 Singapore 800-1100-113

Indonesia 001803-1-887-0623 Taiwan 00801-10-3400

Italy 800-870-866 Thailand 001-800-11-887-0663

Di dalam United States nombor bebas tol adalah 1800 307 7309. Sekiranya nombor telefon bebas tol negara tertentu tidak disenaraikan di atas, anda boleh menghubungi 1-636-722-7111 atau lawati www.mastercard.com/sea/consumer/emergency-services.html.

Nota: Nombor-nombor kecemasan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

PERKHIDMATAN “WORLD MASTERCARD CONCIERGE”

Perkhidmatan “World MasterCard Concierge” sentiasa disisi anda 24 jam sehari bagi membantu anda dengan pelbagai perkhidmatan domestik dan antarabangsa untuk kesenangan dan ketenangan fikiran.

Maklumat Pra-Berlepas (perkhidmatan hotline)

 Pasport, visa dan imunisasi  Kadar pertukaran wang asing  Rujukan Kedutaan dan Konsular  Maklumat am mengenai adat tempatan  Maklumat am mengenai etika perniagaan  Nasihat perjalanan dan maklumat adat tempatan  Peraturan Tambah Nilai Cukai

Perkhidmatan Pelancongan/Bantuan Peribadi

 Bantuan tunai kecemasan  Penghantaran tunai kecemasan  Bantuan jaminan kecemasan  Bantuan bayaran kecemasan  Rujukan undang-undang  Bantuan undang-undang  Bantuan interpritasi

 Penyampaian Segera Pesanan  Bantuan bagasi

(6)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

Perkhidmatan Kecemasan Perubatan Ketika Perjalanan

 Perundingan perubatan, penilaian dan cadangan perjalanan  Rujukan perubatan

 Penghantaran doktor

 Penghantaran balik perubatan  Pemindahan perubatan kecemasan  Penghantaran pulang simati  Pengangkutan ahli keluarga

 Perkhidamatan pengiring kanak-kanak  Preskripsi pemindahan/penghantaran

Perkhidmatan Perjalanan

 Perkhidmatan maklumat perjalanan udara  Perkhidmatan tempahan perjalanan udara  Maklumat perkhidmatan hotel

 Perkhidmatan tempahan hotel

 Perkhidmatan maklumat kereta sewa  Perkhidmatan tempahan kereta sewa  Maklumat Destinasi-Asas

 Maklumat Destinasi-Maju

Perkhidmatan Concierge

 Maklumat perkhidmatan perniagaan  Perkhidmatan mengatur susun perniagaan  Perkhidmatan kurier

 Rujukan restoran  Tempahan restoran

 Lokasi dan Penghantaran hadiah  Bantuan tiket acara

 Barangan sukar dijumpai  Rujukan padang golf  Tempahan padang golf

Perkhidmatan Bantuan di Bahu Jalan

 Perkhidmatan tunda kecemasan pembaikan kerosakan di bahu jalan  Penghantaran balik kenderaan

 Bantuan penginapan hotel  Bantuan pengangkutan alternatif

Perkhidmatan Bantuan di Rumah

 Perkhidmatan berkaitan elektrik  Bantuan paip dan sanitari

 Bantuan kawalan serangga/haiwan perosak  Bantuan penghawa dingin

Anda boleh menghubungi Perkhidmatan “World MasterCard Concierge” di nombor +65 6291 1311. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.mastercard.com

Nota: Perkhidmatan-perkhidmatan di atas disediakan oleh MasterCard International dan perbelanjaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Kad.

(7)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN

1. Takrif

2. Penerimaan Kad 3. Kemudahan Kad 4. Penggunaan Kad 5. PIN dan Bayar

6. Arahan-arahan Telekomunikasi 7. Tanggungjawab dan Liabiliti 8. Kad Tambahan

9. Akaun Kad 10. Kemudahan Kredit 11. Kewajipan Membayar

12. Tempoh Bebas Faedah untuk Transaksi Runcit 13. Caj Kewangan

14. Affin Bonus 15. Yuran dan Caj

16. Kesilapan/ Pertikaian dan Pemberitahuan 17. Pengecualian Liabiliti

18. Hak-hak Terlibat 19. Transaksi Luar Negara 20. Penamatan

21. Lain-lain

PERJANJIAN AHLI KAD

Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju terhadap terma-terma dan syarat-syarat berikut sebagai balasan di atas persetujuan Affin Bank Berhad (25046-T) (selepas ini dirujuk sebagai 'pihak Bank') untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad (Ahli Kad hendaklah bermaksud pemegang kad AFFINBANK World MasterCard pihak Bank). Adalah penting bagi Ahli Kad untuk membaca dengan teliti dan memahami terma dan syarat di bawah sebelum menggunakan Kad.

1. TAKRIF

Perkataan-perkataan dan fasal-fasal yang dirujuk di bawah di dalam Perjanjian Ahli Kad ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") membawa maksud seperti berikut: 1.1. "Saudagar Berkuasa" hendaklah bermaksud mana-mana peruncit atau lain-lain

orang, firma ataupun perbadanan yang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan rangkaiannya untuk menerima Kad tersebut apabila diserahkan secara teratur.

(8)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

1.2. "ATM" hendaklah bermaksud Mesin Pengeluaran Tunai.

1.3. "Tempoh Penyata" hendaklah bermaksud tempoh yang mana semua pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai, yuran-yuran dan caj-caj yang digunakan oleh Ahli Kad direkodkan oleh pihak Bank di dalam penyata bulanan.

1.4. "Hari Perniagaan" hendaklah bermaksud mana-mana hari yang mana pihak Bank dibuka untuk perniagaan.

1.5. "Kad" hendaklah bermaksud kad AFFINBANK World MasterCard yang dikeluarkan oleh pihak Bank.

1.6. "Akaun Kad" hendaklah bermaksud akaun Ahli Kad yang dibuka dengan pihak Bank untuk tujuan Perjanjian ini.

1.7. "Pendahuluan Tunai" merujuk kepada pengeluaran tunai daripada Akaun Kad di Cawangan pihak Bank yang telah ditetapkan, cawangan-cawangan kepada bank-bank ahli MasterCard yang mengambil bahagian ataupun di ATM pihak Bank yang telah ditetapkan dan ATM bank-bank ahli MasterCard.

1.8. "Deraf-deraf Pendahuluan Tunai" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank kepada Saudagar Berkuasa untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai keterangan terhadap Pendahuluan Tunai oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad.

1.9. "Baki Semasa" hendaklah bermaksud baki yang terdahulu dan jumlah pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai yang digunakan oleh Ahli Kad yang mana pihak Bank telah membeli Resit-resit Transaksi dan Deraf-deraf Pendahuluan Tunai dan mana-mana yuran dan caj yang dikenakan oleh pihak Bank ditolak bayaran yang dibuat oleh ahli Kad dan dikreditkan ke akaun Kad semasa tempoh penyata.

1.10. "Kemudahan Kredit" hendaklah bermaksud had yang dikenakan oleh pihak Bank terhadap Ahli Kad di atas penggunaan Kad.

1.11. “Transaksi Tanpa Kad” merujuk kepada bayaran transaksi Kad dimana fisikal Kad tiada di tempat jualan.

1.12. "Tarikh Kena Dibayar" hendaklah bermaksud 20 hari dari Tarikh Penyata Kad seperti yang tertera di dalam Penyata.

(9)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

1.13. "e-perbankan" hendaklah bermaksud pemberian produk dan perkhidmatan perbankan melalui saluran elektronik, termasuk melalui internet, peranti mudah alih, telefon, ATM dan mana-mana saluran elektronik lain.

1.14. "Caj Kewangan" bermaksud Caj Kewangan yang dirujuk dalam Fasal 13.

1.15. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam akaun Kad Ahli.

1.16. "Bayaran Minimum Kena Dibayar" merujuk kepada jumlah minimum yang perlu dibayar oleh Ahli Kad menjelang Tarikh Bayaran Kena Dibayar.

1.17. "MasterCard International" hendaklah bermaksud MasterCard International Incorporated, perbadanan keahlian yang dianjurkan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat dan berpejabat serta mempunyai tempat perniagaan utama di 888 Seventh Avenue, New York 10106, Amerika Syarikat. 1.18. "PIN" hendaklah bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang diserahkan

kepada Ahli Kad untuk membolehkan akses ke transaksi-transaksi Kad melalui ATM ataupun di Terminal Tempat Jualan Elektronik.

1.19. "Penyata" hendaklah bermaksud Penyata MasterCard berkala yang dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad dan/atau Ahli Kad Tambahan yang menunjukkan, antara lain, amaun yang dicaj, Tarikh Kena Dibayar dan proses pengiraan Caj Kewangan.

1.20. "Tarikh Penyata" hendaklah bermaksud hari yang mana Penyata tersebut dikeluarkan.

1.21. "Resit-Resit Transaksi" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai keterangan terhadap pembelian-pembelian ataupun perkhidmatan-perkhidmatan digunakan oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad.

1.22. Perkataan-perkataan yang memberitahukan nombor tunggal meliputi nombor majmuk dan sebaliknya.

(10)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

2. PENERIMAAN KAD

2.1. Penggunaan Kad dibataskan kepada sesiapa yang mana Kad dikeluarkan kepadanya ("Ahli Kad") dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad tersebut.

2.2. Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi Kad.

2.3. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 2.4. Dengan penerimaan Kad, Ahli Kad adalah bertanggungjawab untuk:

a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan Kad;

b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman Ahli Kad.

Ini termasuk tidak:

i. mendedahkan butiran Kad atau PIN kepada pihak lain;

ii. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad;

iii. menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir Ahli Kad, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan;

iv. membenarkan pihak lain menggunakan Kad atau PIN; dan v. Melakukan penipuan

c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati Kad telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas;

d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah;

e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan Ahli Kad;

f. menggunakan Kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan Kad untuk aktiviti yang tidak dibenarkan; dan

g. menyemak Penyata Akaun Kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah.

2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad hendaklah memotong Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank, dengan satu notis bertulis bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan kad, Ahli Kad masih bertanggungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada pembatalan dan juga segala dan kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan.Yuran tahunan dan cukai perkhidmatan atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada ahli Kad.

(11)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

3. KEMUDAHAN KAD

3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budibicara mutlak pihak Bank yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada yang berikut:

a. Pembayaran untuk mana-mana pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan dari Saudagar Berkuasa, yang mana pembayaran tersebut boleh dicajkan kepada akaun Ahli Kad;

b. Pendahuluan Tunai daripada mana-mana saluran tunai dibenarkan dan/atau ATM;

c. Mana-mana transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui lain-lain akaun Ahli Kad; atau

d. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk kepada pra-perjanjian dengan pihak Bank, jika terpakai.

3.2. Ahli Kad boleh memperolehi Pendahuluan Tunai dalam jumlah yang boleh diterimapakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak Bank melalui cara-cara berikut:

a. Penyerahan Kad di mana-mana Cawangan pihak Bank ataupun institusi ahli MasterCard International bersama dengan bukti identiti ahli Kad dan menandatangani rekod transaksi yang perlu/atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik; atau

b. menggunakan Kad di mana-mana ATM pihak Bank atau mana-mana bank atau institusi yang lain yang mempunyai perjanjian dengan pihak Bank bagi tujuan penggunaan ATM bank atau institusi tersebut; atau

c. Mana-mana Saudagar yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

4. PENGGUNAAN KAD

4.1. a. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan di atas Resit Transaksi yang disediakan oleh Saudagar Berkuasa atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad.

b. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk melengkapkan urus niaga dalam talian melalui laman sesawang yang selamat. Apabila diperlukan, kod pengesahan atau “One-Time-Password” (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung. c. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan ke atas Deraf Pendahuluan

Tunai/atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu Pendahuluan Tunai. Deraf Pendahuluan Tunai tersebut akan disifatkan oleh pihak Bank sebagai betul dan dianggap sebagai Transaksi Kad yang telah dibenarkan.

(12)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

d. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pendahuluan Tunai melalui ATM. Dokumentasi yang dirakamkan ekoran daripada penggunaan PIN oleh Ahli Kad bagi tujuan memperolehi Pendahuluan Tunai daripada ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan.

4.2. Amaun bagi setiap pendahuluan hendaklah dibataskan kepada Akaun Kad/Had Tunai yang sedia ada.

4.3 Ahli Kad hendaklah mematuhi segala keperluan, arahan, suruhan dan garis panduan tentang penggunaan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa yang berkait dengan segala kemudahan dan perkhidmatan kredit dan perbankan yang diberikan kepada Ahli Kad.

4.4. a. Pihak Bank adalah berhak untuk menganggap rekod transaksinya melalui penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilakukan melalui pesanan mel atau telefon sebagai bukti hutang, yang ditanggung secara sah oleh Ahli Kad untuk Akaun Ahli Kad; dan

b. Ahli Kad bersetuju bahawa rekod bagi mana-mana transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad untuk segala tujuan sehingga laporan mengenai kehilangan atau kecurian atau pengunaan yang Kad yang tidak dibenarkan telah diterima oleh pihak Bank; dan

4.5. Walau apa pun yang terkandung dalam Fasal 4.1 di atas, pembelian juga boleh dilakukan dengan memberikan Saudagar Berkuasa Nombor Kad bersama butir-butir lain seperti yang tercatat pada Kad dan tanpa keperluan tandatangan Ahli Kad/atau PIN seperti dalam kes pembelian yang dibuat melalui Dagangan Elektronik, Pesanan Mel, Pesanan Telefon.

5. PIN DAN BAYAR (“CIP & PIN”) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA

BERKENAAN

5.1. Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa.

5.2. Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank.

5.3. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad.

5.4. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, atau nombor PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak yang lain, Ahli Kad hendaklah dengan segera menghantar borang

(13)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

pertikaian yang lengkap kepada pihak Bank sekiranya Kad telah digunakan untuk transaksi yang tidak sah. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian.

5.5. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada mana-mana pihak di bawah mana-mana-mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah melaporkan kepada pihak Bank dengan segera.

5.6. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal, termasuk:

a. mewakili tarikh lahir;

b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali;

c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; d. terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123).

5.7. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul.

5.8. Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di Terminal Tempat Jualan Elektronik.

6. ARAHAN TELEKOMUNIKASI

6.1. Pihak Bank, mengikut budibicaranya boleh menerima arahan daripada Ahli Kad melalui telefon untuk menguatkuasakan mana-mana transaksi berkaitan dengan Kad yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada perpindahan yang melibatkan pengeluaran atau deposit wang.

6.2. Pihak Bank akan menentusahkan identiti Ahli Kad dan kata laluan melalui proses sekuriti yang dilaksanakan oleh pihak Bank (yang boleh ditukar dari semasa ke semasa).

6.3. Ahli Kad dikehendaki menyimpan PIN dan kata laluan yang mana kedua-duanya tidak boleh didedahkan kepada sesiapa jua pun.

(14)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

6.4. Pihak Bank mempunyai kuasa untuk menurut atau tidak arahan-arahan Ahli Kad tetapi tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Ahli Kad.

6.5. Ahli hendaklah mengakui bahawasanya:

a. Pihak Bank boleh merekod semua perbualan telefon di antara ahli Kad dan wakil pihak Bank bagi tujuan pengawasan dan penilaian untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan; dan

b. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak ketiga yang tidak dibenarkan mendengar perbualan telefon tersebut.

6.6. Pemberian kuasa untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, Teleks dan Faksimili. a. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk bergantung kepada dan bertindak

bersesuaian dengan apa-apa notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui transkasi telefon, telex atau faksimili oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya (selepas ini dirujuk sebagai "Arahan") dan Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan Bank hendaklah mengambil apa-apa langkah bergantung kepada Arahan tersebut seperti yang Bank fikirkan sesuai.

b. Perkhidmatan Pertanyaan Baki melalui Telefon Bimbit

i. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk menghantar kepada telefon bimbit beliau, sebagaimana yang didaftarkan Ahli Kad dalam permohonan Kad Kredit, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), maklumat berikut berkaitan dengan Akaun Kad beliau dengan Bank: Baki tertunggak; Baki yang masih ada dalam had kredit beliau; Tarikh akhir bayaran; Jumlah bayaran minimum.

7. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

7.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad tidak boleh memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank. 7.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah kepada

sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, memberitahu pihak Bank melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. 7.3. Ahli Kad tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pihak Bank terhadap:

a. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan PIN diperlukan, kecuali Ahli Kad terbukti telah:

(15)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

ii. kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah;

iii. mendedahkan PIN dengan sengaja kepada pihak lain; atau

iv. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama Kad. b. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan tandatangan diperlukan atau

penggunaan Kad tanpa sentuh, kecuali Ahli Kad Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan;

ii. kelewatan yang munasabah untuk memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah;

iii. meninggalkan Kad atau barang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman Ahli Kad. Walaubagaimanapun, Ahli Kad diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad walaupun di tempat kediaman Ahli Kad; atau

iv. secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan Kad. c. Transaksi e-perbankan, kecuali Ahli Kad terbukti telah:

i. melakukan penipuan;

ii. sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank;

iii. tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau

iv. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan.

d. Transaksi tanpa Kad, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan;

ii. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut.

7.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank dalam masa 14 hari dari tarikh Penyata sekiranya Ahli Kad menyedari tentang kewujudan transaksi-transaksi yang tidak sah.

7.5. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak lain dan/atau berlaku pengunaan Kad tidak sah, Ahli Kad hendaklah menghubungi

pihak Bank dengan segera di 03-5517 9999 (semasa waktu pejabat) atau 03-2028 6300 (selepas waktu pejabat).

(16)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

7.6. Pihak Bank di atas permintaan Ahli Kad boleh tetapi tanpa mempunyai obligasi di bawah undang-undang, menggantikan Kad yang hilang atau dicuri sebaik sahaja pembayaran penalti sebanyak RM50 dilakukan untuk mana-mana kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan.

7.7. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja tamat tempoh, atau sekiranya berlaku pembatalan, pemansuhan atau penggantungan (yakni dituntut oleh pihak Bank) ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas pemberitahuan mengenai kehilangannya dibuat dan Ahli Kad dengan ini hendaklah tidak mempunyai hak lanjutan untuk menggunakan Kad tersebut. 7.8. Rekod Bank tentang mana-mana transaksi yang dikuatkuasakan melalui

penggunaan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad.

7.9. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan ke atas Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan.

7.10. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan Kad untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan/atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

8. KAD TAMBAHAN

8.1. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan Kad Tambahan kepada ahli keluarga terdekat Ahli Kad sahaja, yakni ibubapa, isteri atau suami, anak-anak dan adik-beradik Ahli Kad.

8.2. Ahli Kad Tambahan hendaklah bertanggungiawab untuk semua caj yang dikenakan kepada Ahli Kad Tambahan sahaja di bawah Akaun Kad.

8.3. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa Ahli Kad Tambahannya mematuhi semua terma-terma, syarat-syarat dan obligasi-obligasi yang dikenakan.

8.4. Kad Tambahan yang dikeluarkan boleh dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad dan dipulangkan (dengan dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip) kepada pihak Bank dengan syarat pembatalan tersebut hendaklah tidak menjejaskan hak-hak, tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian ini sebelum pembatalan tersebut.

(17)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

8.5. Sebaik sahaja penggunaan Kad tersebut dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad ataupun di bawah apa jua hal keadaan, penggunaan semua Kad Tambahan hendaklah juga dibatalkan.

8.6. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan/atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

9. AKAUN KAD

9.1. Semua pembayaran untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad, yuran tahunan, Caj Kewangan, penalti pembayaran terlewat ataupun caj-caj tambahan hendaklah didebitkan ke Akaun Kad di dalam penyata bulanan.

9.2. Pendahuluan Tunai, yuran dan caj yang dikenakan oleh Ahli Kad termasuk sebarang bayaran atau kredit yang dilakukan akan direkodkan oleh pihak Bank di dalam penyata bulanan.

9.3. Rekod-rekod dan kemasukan-kemasukan ke dalam Akaun Kad yang tertera di dalam penyata bulanan hendaklah dianggap benar dan mengikat Ahli Kad kecuali pemberitahuan melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis yang disertai dengan laporan polis diterima oleh pihak Bank dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata.

9.4. Atas penerimaan pemberitahuan tersebut yang diberikan oleh Ahli Kad dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Bank akan meneliti Akaun Kad Ahli Kad untuk membuat penyelarasan dan pembetulan yang perlu, jika ada. Operasi fasal ini, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan kewajipan Ahli Kad di Fasal 11. Dengan syarat bahawa sebarang wang yang perlu dibayar kepada atau diterima daripada Ahli Kad hendaklah dikreditkan atau didebitkan ke dalam Akaun Kad Ahli Kad.

10. KEMUDAHAN KREDIT

10.1. Pihak Bank hendaklah di atas budi bicara tunggalnya menentukan had kredit Ahli Kad dengan pihak Bank.

10.2. Sekiranya Ahli Kad memiliki dua atau lebih akaun Kad dengan pihak Bank, satu Had Kredit bergabung akan diperuntukkan kepada Ahli Kad, yang mewakili had

(18)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

kredit keseluruhan yang diberikan untuk meliputi penggunaan semua Kad yang dipegang oleh Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahannya, jika ada.

10.3. Ahli Kad tidak dibenarkan melebihi had kredit tersebut tanpa kebenaran bertulis pihak Bank diperolehi terlebih dahulu dan dengan serta-merta membayar balik pihak Bank sebaik sahaja penyata bulanan diterima dan/atau notis lain yang

diberikan oleh pihak Bank menunjukkan lebihan tersebut, mengikut Fasal 11.1 (b) (ii).

11. KEWAJIPAN MEMBAYAR

11.1. Ahli Kad dikehendaki membuat pembayaran seperti berikut:

a. Membayar keseluruhan jumlah Baki Semasa pada atau sebelum Tarikh Kena Dibayar.

b. Sebagai alternatif, membuat Bayaran Minimum seperti berikut:

i. Di mana Baki Semasa berada di dalam lingkungan had kredit tidak kurang daripada 5% daripada Baki Semasa tertakluk kepada bayaran minimum RM50 sahaja.

ii. Di mana Baki Semasa melebihi had kredit, keseluruhan jumlah lebihan bersama-sama dengan 5% daripada had kredit, dengan syarat bayaran minimum hendaklah meliputi jumlah kena dibayar yang terdahulu (seperti yang tertera di dalam penyata bulanan).

12. TEMPOH BEBAS FAEDAH UNTUK TRANSAKSI RUNCIT

12.1. "Tarikh Kiriman" hendaklah bermaksud hari di mana transaksi-transaksi yang dilaksanakan di tempat-tempat saudagar dipindahkan oleh saudagar kepada pihak Bank.

12.2. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam akaun Kad Ahli.

13. CAJ KEWANGAN

13.1. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa transaksi Pendahuluan Tunai bermula dari tarikh transaksi sehinggalah bayaran penuh dibuat.

13.2. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa pendahuluan bukan tunai yang tidak dibayar pada tarikh kena dibayar menurut Tarikh Penyata bila mana transaksi telah dikirimkan, dan dikira dari tarikh transaksi tersebut sehinggalah bayaran penuh dibuat.

13.3. Caj Kewangan tidak akan dikenakan ke atas transaksi pendahuluan bukan tunai yang dilakukan sebelum Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam Kad Ahli pada Tarikh Kena Dibayar.

(19)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

13.4. Caj Kewangan tidak akan dikenakan sekiranya baki transaksi pendahuluan bukan tunai dari penyata bulan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya pada Tarikh Kena Dibayar.

13.5. Caj Kewangan atau Faedah boleh dikenakan dengan menggunakan formula berikut:

f= (B) x (P/D) x (R)

F= Jumlah (f)

F adalah jumlah Caj Kewangan yang dikenakan untuk bulan

berkenaan.

Jumlah (f) adalah jumlah kesemua Caj Kewangan yang dikirakan

berdasarkan baki-baki berlainan yang boleh dikenakan dengan Caj Kewangan ke atas tempoh-tempoh berfaedah yang terpakai dalam bulan tersebut.

f adalah Caj Kewangan untuk baki B tertentu yang dikira ke atas tempoh P hari.

B ialah baki yang dikenakan dengan Caj Kewangan.

P ialah sesuatu tempoh berfaedah dalam kiraan hari yang mana baki B dikenakan dengan Caj Kewangan.

D adalah bilangan hari yang digunakan sebagai asas untuk kadar tahunan.

R adalah kadar tahunan Caj Kewangan nominal yang dinyatakan.

13.6. Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar harian. 13.7. Caj Kewangan

Transaksi Caj Kewangan

(kadar harian)

Rebat Caj Kewangan

Transaksi Runcit

Pembayaran minimum diterima sebelum tarikh tamat tempoh

18% setahun 8.01% setahun

Transaksi Runcit

Pembayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh

18% setahun NA

Transaksi Pendahuluan Tunai 18% setahun NA

Nota: Rebat Caj Kewangan yang akan terpakai bagi bulan atau bulan-bulan yang terlibat.

(20)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T) 13.8. Caj Kewangan dikira pada kadar harian:

a. Ke atas baki semasa pada Tarikh Penyata sehinggalah semua pembayaran balik telah dikreditkan ke Akaun Kad dan kemudiannya, ke atas baki yang telah dikurangkan.

b. Transaksi runcit yang baru sebelum Tarikh Penyata tidak akan dikenakan caj-Caj Kewangan.

c. Ahli Kad yang membuat sekurang-kurangnya pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh akan menerima rebat Caj Kewangan sebanyak 8.01% setahun atau 0.67% sebulan bagi bulan (bulan) yang terlibat.

d. Ahli Kad yang membuat pembayaran kurang daripada jumlah yang belum berbayar sebelum tarikh tamat tempoh, Caj Kewangan ke atas pembelian baru akan dikenakan dari tarikh transaksi dibuat melalui Akaun Kad.

13.9. Sekiranya Ahli Kad gagal membuat bayaran minimum yang telah dinyatakan pada Tarikh Kena Dibayar, caj lanjutan sebanyak RM10 minimum atau 1% daripada jumlah yang belum berbayar sehingga RM100 maksimum akan dikenakan dan boleh diubah di atas budi bicara mutlak pihak Bank.

13.10. Bayaran oleh Ahli Kad tidak akan dianggap sebagai telah dibuat sehinggalah pihak Bank menerima nilai dana yang relevan.

13.11. Segala bayaran oleh Ahli Kad kepada pihak Bank tidak boleh tertakluk kepada apa-apa potongan, sama ada untuk tuntutan balas dan/atau tolak-selesai dengan Saudagar Berkuasa, saluran tunai dibenarkan dan/atau pihak Bank, walau apa sekalipun.

13.12. Ahli Kad mengaku janji bahawa dia akan membuat persediaan yang sewajarnya untuk melakukan pembayaran ke Akaun Kadnya mengikut terma dan syarat sekiranya dia berada di luar negara.

Nota: Pendahuluan Bukan Tunai melibatkan pembelian runcit faedah, yuran-yuran dan caj- caj lain.

14. AFFIN BONUS

14.1. Bonus akan tertera di dalam penyata anda.

14.2. Sah bagi perbelanjaan minimum bulanan sebanyak RM100 dan ke atas sahaja. 14.3. Bonus adalah untuk belian runcit sahaja, tidak termasuk petrol dan transaksi yang

berkaitan dengan kerajaan.

14.4. Jumlah bonus terkumpul akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad setiap bulan dan akan tertera di dalam penyata akaun bulan berikutnya.

(21)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T) 14.5. AFFIN Bonus dihadkan kepada RM80 sebulan.

14.6. Semua bonus yang terkumpul akan dibatalkan sekiranya akaun Ahli Kad tertunggak selama 90 hari.

14.7. Semua bonus yang terkumpul akan dibatalkan sekiranya Ahli Kad membatalkan kad sebelum tarikh ulang tahun.

15. YURAN DAN CAJ

Ahli Kad tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju untuk membayar dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebit Akaun Kadnya dengan yuran dan caj seperti berikut:

15.1. Pendahuluan Tunai:

a. Yuran sebanyak 5.3% ke atas jumlah Pendahuluan Tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM21.20, yang mana lebih tinggi bagi Pendahuluan Tunai domestik, atau yuran sebanyak 5% ke atas jumlah Pendahuluan Tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM20, yang mana lebih tinggi bagi Pendahuluan Tunai luar negara.

b. Caj Kewangan sebanyak 1.5% sebulan yang dikira pada kadar harian dari tarikh pengeluaran atau transaksi sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke Akaun Kad Ahli.

15.2. Yuran tahunan yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk Kad Utama dan setiap Kad Tambahan apabila dikeluarkan atau diperbaharui. Yuran tahunan tidak akan dikembalikan.

15.3. Yuran tahunan akan dikenakan ke atas Ahli Kad sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan sebaik sahaja Kad dibatalkan.

15.4. Caj Kewangan yang dinyatakan di dalam Fasal 13.

15.5. Pembayaran lewat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 13.9.

15.6. Yuran kurier kad sebanyak RM5.30 dalam lingkungan Malaysia dan kos sebenar untuk destinasi luar negara akan dikenakan.

15.7. Yuran perkhidmatan sebanyak RM5.30 sesalinan ke atas sebarang permintaan untuk salinan pendua Penyata. Caj ini tidak akan dikenakan sekiranya didapati kemudian daripada itu kesilapan dalam pemprosesan berpunca dari pihak Bank. 15.8. Yuran perkhidmatan sebanyak RM10.60 akan dikenakan terhadap sebarang

permintaan untuk mendapatkan salinan pendua Deraf Jualan. Walau bagaimanapun, caj tersebut tidak akan dikenakan sekiranya kemudian daripada itu didapati bahawasanya kesilapan pemprosesan berpunca daripada pihak Bank.

(22)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

15.9. Penalti penggantian Kad sebanyak RM50 untuk setiap Kad gantian yang dikeluarkan.

15.10. Caj Perkhidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank mengikut budibicara mutlaknya untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan kos-kos serta perbelanjaan yang ditanggung dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu sebelum tarikh pindaan caj dan kadar berkuatkuasa.

15.11. Yuran guaman (atas dasar Peguam dan pelanggan) dan mana-mana perbelanjaan lain yang digunakan oleh pihak Bank bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak pihak Bank serta tuntutan ke atas wang yang terhutang oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Akaun Kadnya.

15.12. Mana-mana yuran dan caj munasabah yang dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberi kepada Ahli Kad dengan memberi notis 21 hari kepada Ahli Kad terlebih dahulu sebelum pelaksanaan berkuatkuasa.

15.13. Meskipun begitu, pihak Bank berhak mengikut budibicara mutlaknya mengubah kadar atau cara pengiraan yuran tahunan, caj-caj pengendalian, caj-caj tambahan, Caj Kewangan, bayaran minimum yang diperincikan dan/atau penalti pembayaran lewat dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad.

16. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN

16.1. Ahli Kad dikehendaki memeriksa rekod Akaun Kad dengan cermat pada kadar segera.

16.2. Penyata Ahli Kad tidak akan dihantar sekiranya akaun tersebut tidak mempunyai baki atau tiada transaksi dari tarikh penyata sebelumnya.

16.3. Pihak Bank akan mengeluarkan pengesahan secara bertulis atau secara cetakan komputer untuk semua pemindahan wang yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad Ahli Kad.

16.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank mengenai mana-mana kesilapan di dalam penyata akaun Ahli Kad atau transaksi yang mungkin tidak sah berkenaan dengan Kad tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh penyata.

(23)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

16.5. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan dengan segera sebaik sahaja menerima surat atau penyata kad daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD

Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-5517 9999 (semasa waktu pejabat) 03-2028 6300 (selepas waktu pejabat) Faksimili : 03-5510 0745

E-mel: worldcard@affinbank.com.my

Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di

mana-mana Cawangan Bank yang berdekatan atau e-mel ke

yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883.

Jika masalah atau aduan anda masih juga tidak selesai dalam jangka masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak menyampaikan kepada pihak-pihak ini:

 Hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, (9.00 pagi-5.00petang, Isnin-Jumaat).

 Datang atau menulis kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNMLINK,Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur.  E-mel kepada BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my.

 Hubungi Financial Ombudsman Scheme (FOS) di 03-2272 1577.

 Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 03-2616 7766 bagi perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu.

17. PENGECUALIAN LIABILITI

17.1. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku akibat kecuaian Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan.

17.2. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Ahli Kad yang berpunca daripada perbuatan atau ketinggalan mana-mana Saudagar Berkuasa atau MasterCard International. 17.3. Ahli Kad boleh mengendalikan mana-mana tuntutan atau pertikaian secara terus

dengan Saudagar atau MasterCard International tetapi, tidak boleh menahan sebarang pembayaran kepada pihak Bank di atas akaun.

(24)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

18. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT

18.1 Pihak Bank mempunyai hak:

a. Untuk menyekat atau menghad atau menolak kredit Ahli Kad dan menahan kredit (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa notis atau sebab). b. Pihak Bank berhak untuk melakukan semakan kredit ke atas Ahli Kad dengan

pihak-pihak luaran termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS dan

mana

-mana agensi-agensi kredit lain pada bila-bila masa dan apabila ia dianggap sesuai dengan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melainkan Ahli Kad membantah dengan menulis kepada pihak Bank. Dengan memohon Kad atau apa-apa kemudahan tambahan yang berkaitan dengan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank, Ahli Kad dengan ini telah memberi kebenaran kepada CTOS, FIS, CCRIS dan lain-lain Agensi Pelaporan Kredit, agensi rujukan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, untuk memberi laporan kredit mereka kepada pihak Bank dan/atau wakil mereka yang sah bagi maksud membolehkan pemprosesan kemudahan atau transaksi dan apa-apa proses yang berkaitan yang timbul daripadanya temasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kredit, pemantauan, semakan kredit dan tujuan tuntutan semula hutang.

19. TRANSAKSI LUAR NEGARA

19.1. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia di mana wujudnya Saudagar Berkuasa dan/atau MasterCard International.

19.2. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk Pendahuluan Tunai melalui ATM yang telah ditetapkan dan hendaklah memastikan yang semua transaksi antara negara yang dibuat oleh Ahli Kad melalui ATM tidak melanggar undang-undang semasa negara di mana transaksi tersebut dilakukan.

19.3. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi yang dibuat akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh MasterCard International pada tarikh transaksi berkenaan diproses berserta margin pertukaran mata wang asing sebanyak 1% (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran).

19.4. Di mana terpakai, Ahli Kad hendaklah patuh dengan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara.

19.5. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab di atas pencabulan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan tersebut dan sebarang pindaan terhadapnya.

(25)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

20. PENAMATAN

20.1. Walau apa pun peruntukan yang bertentangan yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini, pihak Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan mana-mana Kad Tambahan di bawah Akaun Kadnya, di mana segala wang yang terhutang kepada pihak Bank di bawah akaun Kadnya akan menjadi matang dan mesti dibayar sepenuhnya sekiranya terjadi kejadian yang berikut atau mana-mana satu daripadanya:

a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi mana Terma-terma dan Syarat-syarat yang mengawal penggunaan Kad di sini; atau

b. Hak Ahli Kad untuk menggunakan Kad digantung, ditamatkan atau ditarik balik apabila berlakunya mana-mana daripada yang berikut:

i. Ahli Kad meninggal dunia atau tidak solven, melakukan kegiatan yang menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengajanya telah diluluskan; atau

ii. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang kepada pihak Bank bila kena dibayar; atau

iii. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad dengan pihak Bank (termasuklah mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank atau mana-mana institusi lain) adalah atau telah tidak dioperasi secara puas hati dan/atau sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan pengingkaran terhadap mana-mana fasal, terma mana-mana perjanjian, atau dokumen-dokumen sekuriti atau kedua-duanya (mengikut mana yang berkenaan), berkaitan dengan akaun-akaun yang lain atau kemudahan pinjaman yang diberi oleh pihak Bank atau mana-mana institusi lain kepada Ahli Kad atau mana-mana pihak lain yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau penyerah hak; atau iv. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau

mana-mana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap ahli Kad; atau

v. Sesuatu peristiwa telah berlaku atau sesuatu situasi wujud yang mana mengikut budi bicara tunggal dan mutlak pihak Bank:

 Memudaratkan keupayaan Ahli Kad untuk melaksanakan tanggungjawabnya di sini; atau

 Memudaratkan pembayaran balik kemudahan kredit atau Pembayaran Balik Minimum Yang Kena Dibayar.

c. atau Ahli Kad membatalkan Kad.

20.2. Sebaik selepas pembatalan Kad atau selepas pemansuhan, penggantungan atau penyekatan hak Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan untuk menggunakan Kad tersebut, Ahli Kad, hendaklah, atas permintaan pihak Bank, menjelaskan Akaun Kadnya sepenuhnya seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank. Ahli Kad tetap

(26)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

bertanggungjawab terhadap apa-apa transaksi yang dilakukan menerusi penggunaan Kad (sama ada sebelum atau selepas Kad ditamatkan), termasuk transaksi yang telah dilakukan tetapi belum direkodkan dalam Akaun Kad.

21. LAIN-LAIN

21.1. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia. Ahli Kad bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh dikuatkuasakan dengan mengeposnya ke Ahli Kad dengan cara yang disebutkan di dalam Fasal 21.8.

21.2. PENEPIAN

Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini tetapi kegagalan untuk melaksanakan dan penangguhan untuk melaksanakan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan dianggap sebagai penepian bagi pihak Bank dan mana-mana sesuatu pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi tidak akan menghalang pelaksanaan selanjutnya atau pelaksanaan hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang lain. Hak dan remedi yang tertera di sini adalah kumulatif dan bukan mengecualikan mana-mana hak atau remedi yang diberikan oleh undang-undang.

21.3. PEMELIHARAAN HAK

Walau apapun yang terkandung di dalam Perjanjian ini, hak pihak Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah kekal berkuatkuasa dan mempunyai efek dan melewati sebarang pembatalan dan penggantungan Kad oleh pihak Bank.

21.4. PENGUBAHAN PERJANJIAN

Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank berhak mengubah, menambah atau meminda terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini dengan memberi notis 21 hari sebelum terma dan syarat baru dikuatkuasakan. Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut, Ahli Kad hendaklah menyerahkan kembali Kad yang dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank, jika tidak Ahli Kad dianggap telah menerima perubahan, penambahan dan/atau pindaan tersebut.

21.5. PENDEDAHAN

Ahli Kad dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendedahkan apa jua maklumat-maklumat berkaitan dengan Akaun Kad Ahli, Ahli Kad dan kemudahan-kemudahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau sebagaimana-mana yang pihak Bank rasakan sesuai bagi pelaksanaan kontrak itu:

a. Kepada mana-mana Saudagar, bank atau institusi kewangan, MasterCard International dan mana-mana ahli institusi MasterCard International atau mana- mana pihak yang berminat untuk memanfaatkan penggunaan Kad tersebut.

(27)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

b. Kepada mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank, mana-mana pihak penjamin/sekuriti dan/atau peguam yang mewakili mereka atau ejen pemungut hutang atau penyelia perkhidmatan.

c. Untuk atau berkaitan dengan mana-mana tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapat kembali wang yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank.

21.6. NOTIS DAN KOMUNIKASI KEPADA PIHAK BANK

a. Ahli Kad dengan ini berakujanji untuk memberitahu pihak Bank dalam bentuk bertulis dengan segera tentang mana-mana butir-butir peribadi, pertukaran alamat kediaman, nombor telefon dan/atau penggajian atau perniagaan Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan dan memberitahu pihak Bank tentang niatnya untuk berada di luar negara Malaysia untuk jangka masa melebihi 30 hari. b. Sebarang penyata akaun, surat-menyurat atau notis kepada Ahli Kad boleh

dihantar melalui tangan atau dihantar melalui kiriman prabayar ke alamat Ahli Kad yang tertera di dalam borang permohonan Kad Bank atau ke mana-mana alamat lain yang diberitahu oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah dianggap telah diterima oleh Ahli Kad dalam masa 7 hari bekerja selepas kiriman dilakukan. Sebarang kegagalan oleh pihak Ahli Kad untuk memberitahu pihak Bank tentang pertukaran alamatnya yang mengakibatkan penangguhan atau pemulangan semula mana-mana penyata bulanan, surat-menyurat dan notis tidak akan menjejaskan hak pihak Bank dibawah Perjanjian ini.

c. Alamat dan nombor telefon terakhir Ahli Kad adalah alamat dan nombor telefon Ahli Kad yang betul sekiranya tiada apa-apa pengakuan penerimaan perubahan alamat dan nombor telefon oleh pihak Bank. Bebanan adalah ke atas Ahli Kad untuk membuktikan bahawa pihak Bank telah menerima dan melaksanakan perubahan,sekiranya ada.

21.7. DOKUMEN LANJUTAN

Ahli Kad dengan ini berakujanji untuk menandatangani dokumen-dokumen lanjutan yang diminta oleh pihak Bank dari semasa ke semasa dan Ahli Kad dengan ini berjanji dan bersetuju bahawasanya dokumen-dokumen lanjutan tersebut pada pilihan pihak Bank boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif.

21.8. PENYAMPAIAN NOTIS

Pihak-pihak kepada Perjanjian ini dengan ini bersetuju bahawa penyampaian apa-apa notis dan/atau saman dan penyata tuntutan yang berpunca daripada atau berkaitan dengan saman tersebut melalui pos ke alamat Ahli Kad yang terakhir yang dinyatakan dalam borang permohonan Bank atau alamat lain yang dimaklumkan kepada pihak Bank oleh Ahli kad dari semasa ke semasa akan dianggap telah disampaikan pada masa kiriman notis dan/atau saman dan penyata tuntutan dibuat.

(28)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T) 21.9. AGEN PEMUNGUT PIHAK KETIGA

a. Pihak Bank berhak melantik seorang agen (selepas ini disebut sebagai

"Agen") untuk memungut semua jumlah yang kena dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Perjanjian ini.

b. Pihak Bank mempunyai hak untuk mendedahkan nombor akaun Ahli Kad dan mana-mana maklumat berkaitan pada bila-bila masa untuk perkara-perkara berkaitan Akaun Kad untuk memungut semua atau mana-mana jumlah yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank dengan memberi notis 7 hari kalendar terlebih dahulu kepada Ahli Kad.

21.10. SIJIL KETERHUTANGAN

Sesuatu Sijil Keterhutangan yang dikeluarkan oleh pihak Bank hendaklah muktamad dan dijadikan keterangan muktamad di dalam Mahkamah Undang-Undang yakni ke atas jumlah semasa yang kena dibayar dan dibayar oleh Ahli Kad kepada pihak Bank.

21.11. PENGASINGAN

Ketidaksahan atau ketidakbolehan penguatkuasaan fasal-fasal di sini tidak akan memansuhkan objek dan tujuan Perjanjian ini dan fasal-fasal yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan hendaklah diasingkan dan ketidaksahan dan ketidakbolehan penguatkuasaan mana-mana terma-terma atau syarat-syarat. Perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahan terma-terma atau fasal-fasal yang lain dan hendaklah kekal berkuatkuasa dan mempunyai efek.

21.12. PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN

PEMBIAYAAN KEGANASAN-2001

Pihak Bank diwajibkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan/atau lain-lain undang-undang dan peraturan-peraturan untuk melaporkan transaksi tertentu kepada Bank Negara Malaysia dan/atau pihak lain yang berkaitan dan Ahli Kad dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa pihak Bank, pegawai dan pekerjanya tidak menanggung sebarang liabiliti untuk membuat laporan tersebut.

21.13. FASAL PRIVASIKUMPULAN

a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.

b. Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank.

c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan

(29)

Hak cipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti (bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad:

i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan mereka dan/ atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini;

ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan

iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut.

d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut.

e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan pihak Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pihak Bank dan syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Affin Holdings Berhad boleh menghubungi Ahli Kad tentang produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan. Walau bagaimanapun, Ahli Kad boleh memilih untuk memilih tidak bersetuju daripada pemasaran secara terus dengan menghubungi nombor telefon atau menulis kepada alamat di bawah. Merujuk kepada peniaga-peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional yang bukan sebahagian daripada Kumpulan Affin Holdings Berhad, pihak Bank tidak akan membuat apa-apa usaha pemasaran langsung melainkan kebenaran telah diperolehi daripada Ahli Kad.

f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah anda berikan.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini memiliki tujuan untuk mengetahui seberapa besar pengaruh Kualitas Aset (NPL) Dan Efisiensi Operasional (BOPO) terhadap Rasio Kecukupan Modal (CAR) pada

Menurut Soemarso (2004 : 233) “Aset tetap adalah aset bernilai besar yang sifatnya tetap atau permanen, digunakan dalam kegiatan perusahaan dan tidak untuk dijual

Dermatitis atopi (DA) adalah penyakit kulit inflamasi yang khas, bersifat kronis dan sering terjadi kekambuhan (eksaserbasi) terutama mengenai bayi dan anak-anak, dapat pula

Berdasarkan Perjanjian Perwaliamanatan dengan PT Bank Mandiri (Persero) Tbk, Perusahaan wajib memperoleh persetujuan dari Wali Amanat apabila akan melakukan transaksi-transaksi

Tunas-tunas yang terbentuk tersebut berwarna hijau dengan pertumbuhan sempurna (Gambar 3), sedangkan pada eksplan kalus embrionik hasil persilangan antara jeruk siem x

Berdasarkan hasil analisis uji t untuk variabel profitabilitas (ROA) menunjukkan nilai t-hitung sebesar -2,893 (karena daerah kritis tidak terpengaruhi oleh

Oleh karena itu, pada Tugas Akhir ini didesain suatu pengendalian untuk ketinggian air dan temperatur uap dalam steam drum boiler menggunakan metode Discrete

Independensi komite audit dapat mengurangi bentuk interferensi dari manajemen yang memiliki saham perusahaan yang dapat mempengaruhi independensinya, sedangkan keahlian komite