• Tidak ada hasil yang ditemukan

(Falsafah Pendidikan Guru)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "(Falsafah Pendidikan Guru)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

(Falsafah Pendidikan Guru) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam falsafah ini dapat membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.

Kerjaya guru adalah salah satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat. Kerjaya membawa erti ikhtisas atau pekerjaan yang membawa peluang untuk meningkatkan kemajuan. Oleh itu, kerjaya guru boleh diertikan sebagai profesion guru yang mempunyai ikhtisas pendidikan dalam membangunkan modal insan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang diterima daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad menyatakan “Apabila mati anak Adam itu, maka tiada lagi yang berguna padanya, kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang bermanfaat.” (Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, 2006:4). Berdasarkan hadis ini nilai dan kemuliaan seseorang insan yang bergelar guru amatlah tinggi dalam Islam. Peranan guru dalam profesion keguruan cukup besar. Guru dianggap sebagai agen perubahan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu guru juga dianggap sebagai arkitek manusia kerana membentuk dan membimbing seluruh lapisan masyarakat supaya mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang di sekolah mahupun di luar sekolah.

Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara

(2)

berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan:

‘Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’

(Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000)

Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.

Peranan guru berubah mengikut peredaran masa dan zaman yang diiringi dengan perubahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu sistem latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang kompleks. Para guru pada masa kini hendaklah menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Justeru itu, ini akan menghasilkan rakyat Malaysia yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.

Setiap guru harus bijak bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu serta menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada

(3)

murid-muridnya. Penekanan di sini ialah menegenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Guru berperanan sebagai pembentuk akhlak. Tugas utama guru adalah mendidik murid menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa lampau dalam suasana pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih berupaya memikul tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik sehingga melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini untuk tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak lagi sering memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan pedalaman.

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007).

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(4)

Seseorang guru juga hendaklah menjadikan prinsip belajar sepanjang hayat sebagai pegangan hidup. Ilmu yang dipelajari di institut pendidikan guru ataupun universiti tidak semestinya cukup bagi diamalkan di dalam kelas. Guru perlu menyedari, ilmu yang dipelajari semalam tidak semestinya relevan pada hari ini, apa yang dipelajari pada hari ini, tidak semestinya relevan pada masa akan datang. Oleh itu belajar adalah proses yang berterusan sepanjang hayat. Tambahan pula, zaman globalisasi yang semakin mencabar memerlukan guru supaya lebih peka kepada ilmu yang terkini. Guru perlu berpegang pada konsep ‘sesuatu ilmu itu akan sentiasa bertambah sekiranya dicari’. Guru tidak hanya berbangga dengan segulung ijazah yang diperoleh, tetapi mereka perlu bersedia menambah segala kepakaran dan pengalaman dalam semua bidang. Ilmu yang diperoleh semasa menuntut di universiti adalah sedikit dan perlu terus berusaha melengkapkan diri bagi mencurahkan ilmu itu kepada anak didik. Tanggungjawab guru pada masa kini semakin berat dan harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam dekad 1980-an dengan pegenalan program KBSR dan KBSM dan yang terkini KSSR memerlukan guru pula mentransformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiranbmengajar yang canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan.

Guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi. Sekolah berfungsi sebagai sebuah institusi yang memberi pendidikan dan latihan yang berperanan memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum. Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

(5)

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. Oleh itu, para guru hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku dan akhlak kerana guru menjadi role model kepada murid-murid dan masyarakat. Seseorang guru hendaklah seimbang dan harmonis iaitu sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat yang suka bergaul dengannya. Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini mendorong murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu. Perkara ini akan mempengaruhi suasana sekolah dan dapat menarik minat para pelajar untuk mendekati sekolah. Dalam masa yang sama, maka terlahirlah rakyat yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.

Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.

(6)

Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan murid.

Seterusnya, guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.

(7)

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan kaunselor sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia yang berilmu, yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna.

Di samping itu, guru harus bertugas sebagai jurulatih yang dapat mencungkil bakat dan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu. Guru itu perlu menggilap potensi murid-murid agar potensi mereka dapat digilap secara bersepadu yang meliputi aspek, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang

(8)

keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di luar jagaan mereka di sekolah dengan cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

Seterusnya, sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan seorang penyelidikan. Penyelidikan Tindakan merupakan salah satu amalan profesionalisme yang efektif. Ini merupakan salah satu lagi strategi guru yang mampu meningkatkan profesionalisme diri dengan menjalankan penyelidikan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Penyelidikan juga akan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan sebagai a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik melalui budaya penyelidikan dan bukan sekadar berdasrkan pendapat.

Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Melalui Falsafah Pendidikan Guru juga secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para pendidik dalam menjalankan tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdaya saing, berilmu, berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses

(9)

ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan sistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner, 1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang membawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).

Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000). Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan profesional guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980). Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

(10)

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.

Mengadakan program perkembangan staf merupakan salah satu strategic untuk memajukan diri dan profesionalisme guru. Diantara peranan yang dimainkan oleh perkembangan guru termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran guru, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan guru. Malah, banyak kajian tentang perkembangan guru telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).

(11)

Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.

Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, ‘Lesson Study’ dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.

Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan

(12)

dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.

Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam kaitan dakwah Islam di Indonesia ini, Alwi Shihab menyatakan bahwa Islam masuk ke Indonesia melalui cara-cara damai dan berhasil diterima dengan cara damai,

Simpulannya semakin baik dukungan keluarga yang diberikan maka semakin ringan tingkat depresi pasien gagal ginjal kronik dengan hemodialisis di RS PKU Muhammadiyah

Mengenai kepribadiannya, Ahmad bin Muhammad bin Yasin al- Harwi menyatakan bahwa Abu Dawud adalah salah seorang hafidz(huffadz al-Islam) untuk masalah hadis dan ilmu hadis, dan

Proses bisnis usulan, dibuat dengan menggunakan sistem informasi yang dapat mendukung dan memudahkan pekerjaan pada bagian penjualan toko dan pencatatan data barang pada

Peneliti menggunakan uji Signifikansi Simultan atau Uji Statistik F yang disertai dengan bantuan program SPSS untuk dapat mengetahui apakah variabel independen

Penelitian akan digunakan dengan pendekatan kualitatif bersifat deskriptif, yaitu metode untuk menemukan secara spesifik dan realistis yang bertujuan untuk melengkapi uraian

The second was to create teacher practitioner learning communities at the school level who will work together to advance the knowledge they gain from the

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap