• Tidak ada hasil yang ditemukan

Definisi Latihan Dan Pembangunan (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Definisi Latihan Dan Pembangunan (1)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN.

Latihan dan pembangunan merupakan aspek yang penting unuk mengukur kemampuan sesebuah organisasi, atau negara. Setiap Individu yang terlatih dengan baik dapat menyumbang kepada kemajuan sesebuah organisasi mahupun sesebuah negara. Pekerja dapat dibahagikan kepada dua, pertamanya pekerja tingkat rendah dan pekerja tingkat atas. Pekerja ditingkat atas “dilatih” manakala pekerja tingkat atas “dibangunkan”.

2.0 DEFINISI LATIHAN.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga latihan bermaksud pelajaran atau didikan untuk memikirkan (membiasakan) ajaran yang diterima. Latihan boleh juga dirujuk sebagai perancangan yang sistematik untuk mengubah atau mengembangkan pengatahuan, kemahiran dan sikap melalui pengalaman bekerja, ia bertujuan untuk mencapai prestasi kerja yang efektif. Latihan juga merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan keupayaan seorang pekerja dengan cara memastikan mereka memperoleh pengatahuan, kemahiran, dan keupayaan untuk meningkatkan prestasi kerja.

Menurut Cascio (1989), latihan merupakan program terancang yang direka untuk meningkatkan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang berubah samaada bertambah baik atau sebaliknya menunjukkan perubahan yang dapat diukur dalam pengatahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan sosial.

3.0 DEFINISI PEMBANGUNAN.

Pembangunan adalah merupakan proses pembelajaran yang menekankan pekerjaan yang akan dilakukan pada masa akan datang, kebiasaanya perancangan pembangunan yang dilaksanakan bersifat jangka panjang. Ia juga boleh disamakan sebagai proses meningkatkan kemahiran, dan kemampuan umum individu melalui pembelajaran secara sedar dan secara tidak sedar.

Kebiasaanya proses pembangunan ini dilaksanakan melalui program yang terperinci dengan menyertai seminar, bengkel, dan lain-lain. Ia juga kebiasaanya dilaksanakan untuk pekerja yang akan dinaikkan pangkat sebagai pengurus.

4.0 FAEDAH-FAEDAH LATIHAN DAN PEMBANGUNAN. 4.1 FAEDAH KEPADA ORGANISASI.

Terdapat pelbagai faedah yang dapat diperoleh melalui latihan dan pembangunan kepada sesebuah pengurusan organisasi sama ada organisasi itu kecil atau besar. Impak yang dapat dikesan apabila dilaksanakan latihan dan pembangunan adalah melalui aspek strategi, keberkesanan dan pengambilan pekerja. Berdasarkan aspek strategi, segala perancangan dan

(2)

strategi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi dapat dicapai apabila mempunyai perkaitan terhadap latihan. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang pekerja menjalani latihan, dia akan mendapat pengalaman baru dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam pekerjaannya. Selain itu, pekerja juga dapat merangka pelbagai strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.

Seterusnya adalah aspek keberkesanan iaitu memberi kesan positif terhadap pengurusan organisasi supaya lebih kompetitif dan berkesan dalam menjalankan tugas. Secara tidak langsung dengan adanya latihan dan pembangunan dapat meningkatkan persaingan antara pekerja untuk melakukan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti.

Faedah yang terakhir kepada organisasi ialah dapat meningkatkan kefahaman antara pekerja dan majikan. Selain itu, latihan dan pembangunan juga dapat membina hubungan baik ketika bekerja, sama ada pekerja dengan pekerja mahupun pekerja dengan majikan.

4.2 FAEDAH KEPADA PEKERJA.

Program latihan sebenarnya adalah sebagai pemangkin dalam merealisasikan usaha dan matlamat sesebuah organisasi bagi mewujudkan pekerja yang berdaya saing dan berkemahiran. Latihan dan pembangunan memberi kesan yang baik kepada pekerja itu sendiri sama ada segi dalaman atau pun luaran. Faedah dalaman adalah merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang baru di mana mampu membantu meningkatkan prestasi para pekerja agar menjadi lebih baik. Kajian telah menunjukkan bahawa latihan dapat memberi kesan yang positif kepada prestasi pekerja. Tambahan pula, latihan juga dapat meningkatkan pengetahuan, teknik, latihan pekerja serta keyakinan dan kebolehan pekerja itu sendiri dalam melakukan pekerjaan atau tugas yang diberikan. Dipercayai bahawa program latihan juga dapat memperbaiki kelemahan pekerja itu sendiri di samping mempertingkatkan kemahiran dan motivasi kepada pekerja.

Seterusnya, faedah luaran pula adalah seperti pekerja akan mendapat pendapatan yang tinggi hasil daripada latihan yang dilalui oleh pekerja kerana mungkin akan mendapat kenaikan pangkat setelah prestasi semangkin meningkat. Selain itu, matlamat organisasi juga akan tercapai kerana dapat melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berkeyakinan. Oleh itu, hal ini menunjukkan bahawa program dan latihan juga merupakan salah satu kaedah bagi mempertingkatkan daya produktiviti organisasi.

4.3 FAEDAH KEPADA MASYARAKAT.

Latihan dan pembangunan juga dapat memberi kebaikan kepada masyarakat misalnya menambahkan kemahiran dan prestasi serta ekonomi masyarakat itu sendiri. Program latihan yang diadakan mampu mencipta peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan. Hal ini mampu mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan

(3)

berilmu serta masyarakat yang berdaya saing. Selain itu, ia juga akan berguna kepada kehidupan harian masyarakat itu sendiri serta setiap individu dalam masyarakat akan lebih efektif untuk mengurus hidup mereka.

Di samping itu, masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dapat meningkatkan lagi ekonomi serta taraf hidup mereka. Pengetahuan dan latihan dilihat mempunyai hubungan yang kuat dalam usaha meningkatkan ekonomi serta memperbaiki taraf hidup masyarakat.

5.0 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Kepentingan dalam mencari pengetahuan.

Islam tidak meletakkan kerja sebagai elemen untuk seseorang berjaya dalam hidup. Akan tetapi, islam menggalakkan agar manusia berusaha dan membuat sesuatu pekerjaan dengan sempurna dan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang mereka kehendaki. Sudah menjadi kewajipan keatas setiap umat islam untuk mencari ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam prestasi mereka. Hal ini memerlukan latihan dan pengalaman yang cukup untuk menyempurnakan sesuatu kerja.

Dalam agama islam, latihan atau mencari ilmu pengetahuan merupakan kunci untuk kejayaan dalam hidup mereka. Islam menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan dan perlu sentiasa membuat latihan bagi melahirkan generasi yang hebat dan berkualiti baik dari segi individu tambahan lagi ummah. Menurut Al-Quran, untuk mendapatkan keredhaan Allah, manusia harus mencari ilmu, dengan ilmulah manusia akan mengawal diri mereka dari melakukan perkara yang keluar dari nilai moral dan agama. Semua ilmu pengetahuan adalah datangnya dari Allah yang maha mengetahui dan sesiapa yang mengikut apa sahaja perkara walaupun curiga sebelum mereka belajar tentangnya adalah salah dan islam amat menegaskan umatnya supaya meneliti apa sahaja sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, Allah menurunkan Nabi Untuk membimbing umatnya kearah kebaikan.

Latihan sebagai proses pembelajaran berterusan.

Di dalam sektor pekerjaan, latihan dan usaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam sesuatu kerja dilihat sebagai suatu proses pembelajaran yang berterusan dan ianya penting dalam memastikan kualiti kerja sentiasa mantap dan bersesuaian dengan segala suasana kerja bukan hanya terhad kepada suatu kerja sahaja. Apabila seseorang individu melakukan latihan dan secara berterusan, maka apabila berhadapan dengan apa sahaja masalah sekalipun mereka masih dapat mengatasi dengan tenang dan tidak melakukan kesalahan yang boleh mencacatkan kerja yang dilakukan. Oleh itu, latihan secara program yang baik perlu dititikberatkan terhadap pekerja bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam mengendalikan kerja yang dilakukan oleh mereka.

(4)

Nabi Muhammad S.A.W menyifatkan seseorang yang menimba ilmu adalah berada dijalan Allah. Hal ini di dirumuskan bahawa pentingnya mengejar ilmu pengetahuan dan perlu dititikberatkan oleh setiap umat islam. Tugas untuk menimba ilmu pengetahuan termasuklah individu, majikan dan kerajaan. Islam menegaskan supaya individu mencari ilmu dan latihan bagi mencapai prestasi cemerlang untuk majikan mereka. Manakala majikan dan kerajaan pula bertanggungjawab untuk menyediakan peluang bagi pekerja supaya dapat meningkatkan prestasi mereka iaitu dengan melalui menyediakan program latihan dan sebagainya.

Seterusnya untuk mencapai prestasi yang bagus dan berjaya dalam bidang yang diceburi, majikan perlu mengambil peluang untuk menambah pengetahuan kepada pekerja. Bagi meastikan kemampuan untuk bersaing, kebanyakan syarikat mengalakkan latihan dan melabur kewangan dalam menyediakan latihan kenaikan pangkat dan menyediakan peluang pengetahuan terhadap pekerja. Setiap manusia perlu memiliki pengetahuan, pengalaman dan latihan yang cukup bagi menyesuaikan diri dalam keperluan yang diperlukian dalam masyarakat.

6.0 KESIMPULAN.

Latihan dan pembangunan merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan prestasi kerja. Hal ini demikian kerana, sekiranya prestasi kerja dapat ditingkatkan, maka akan berlaku peningkatan di dalam kualiti dan kuantiti kerja. Selain itu, ia juga mempunyai banyak manfaat kepada organisasi, masyarakat dan juga individu.

Menurut Lyton & Pareek (1990), latihan dapat membantu individu atau pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka. Manakala pembangunan pula melibatkan pemahaman, kemahiran, dan tindakan individu. Fatid (1995), latihan dan pembangunan dapat membantu individu meningkatkan pengetahuan, dan menjadikan mereka seorang yang peka dengan situasi semasa dan situasi sekelilingnya.

Referensi

Dokumen terkait

Kegiatan perbaikan pembelajaran pada siklus II dilakukan dua kali pertemuan, yaitu pertemuan pertama siswa berlatih kecepatan membaca pemahaman menggunakan komputer yang sudah

binning yang dimiliki LED tersebut, semakin besar nilai binning-nya maka semakin jelek kualitasnya.Dari hasil percobaan didapatkan bahwa nilai lumen/watt untuk LED 2 adalah

dan CF pakar yang terdapat pada database, apabila nilai CF belum melampaui nilai CF maksimal maka sistem akan menampilkan output penanganan sesuai gejala, namun

Hal ini terlihat dari adanya peningkatan rata-rata hasil belajar dari 14,3% pada kondisi awal, menjadi 64,3% pada siklus I, dan 93,9% pada siklus II, dan peningkatan

 apabila SPT Pajak Daerah tidak disampaikan dalam jangka waktu yang telah ditentukan dan telah ditegur secara tertulis, dikenakan sanksi administrasi berupa kenaikan

Yirraka jampita-janka tumatawu, pititi, karriti manu capsicum manu purraya kaji pijipurlu janka yirnmi, yirraka ngapa kaji ka muku jankami5. Yirraka corned beef manu purraya

 Bahwa benar ibu para Termohon/semasa masih hidup tidak menyetujui/keberatan jika Pemohon I menikah lagi dengan wanita lain termasuk Pemohon II;berdasarkan fakta-fakta

Hasil pengujian hipotesis keempat menunjukan hubungan antara variabel customer relationship management (CRM) terhadap kepuasan (KEP) memiliki koefisien jalur sebesar