• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan Sukatan Pelajaran Pendidikan pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembangunan Sukatan Pelajaran Pendidikan pdf"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pembangunan Sukatan Pelajaran Pendidikan Keamanan Dalam

Mata Pelajaran Di Sekolah Menengah

Hamizah Husain* (hamizahusain@gmail.com), Nik Maisarah Akmal Nik Mustafa*, Nur Afiqah Rosden*, Nurul Qistina Abu Bakar*, Siti Rohani Bt Ismail Piruz*, Zuraidah Abdullah*

*Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Abstrak

Artikel ini membincangkan aspek pendidikan keamanan. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap kefahaman para pelajar dan guru terhadap konsep Pendidikan Keamanan. Pandangan dan buah fikiran yang disalurkan oleh para pelajar dan guru diambil dan dikaji untuk dijadikan salah satu subjek baru dalam kurikulum pendidikan, sekaligus dijadikan sebagai sukatan pelajaran baru yang perlu diterapkan dalam silibus pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Selain mengkaji tahap kefahaman mereka terhadap Pendidikan Keamanan di sekolah, kajian ini juga bertujuan mengukur dan menilai sejauh mana guru-guru mengambil inisiatif dalam memperkenalkan subjek Pendidikan Keamanan kepada pelajar. Seterusnya kajian yang dijalankan ini, turut bertujuan melihat dan mengkaji sejauh mana para guru bersedia untuk menjalani latihan komprehensif yang akan sediakan kepada mereka. Hal ini penting bagi memastikan nilai-nilai yang telah digariskan dapat diterapkan di setiap sekolah menengah di Malaysia. Oleh itu, satu falsafah ringkas mengenai Pendidikan Keamanan telah dikaji semula dan diselaraskan mengikut perkembangan semasa bagi mencapai objektif utama kajian ini. Penyelidikan ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif, data dikumpul melalui soal selidik yang melibatkan 180 pelajar dan 180 guru sekolah menengah seluruh Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar menganggap bahawa Pendidikan Keamanan perlu diberi penekanan yang tinggi. Antara nilai penting yang perlu diberi penekanan dan diterapkan adalah keadilan, keselamatan, kesaksamaan, dan kebebasan. Selain itu, guru dan pelajar juga bersetuju bahawa latihan berbentuk holistik perlu diberikan kepada para guru agar mereka mendapat pengetahuan dan maklumat yang jelas mengenai pendidikan keamanan supaya mereka dapat menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai tersebut kepada para pelajar dengan penuh yakin, sekaligus menjayakan matlamat pendidikan negara dengan jaya dan cemerlangnya.

(2)

2

Pendahuluan

Pendidikan Keamanaan telah dilihat sebagai satu nilai penting pendidikan yang perlu

diterapkan dalam proses pembelajaran pelajar di sekolah. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan

Kebudayaan PBB (UNESCO) telah memberi penekanan terhadap kepentingan Pendidikan

Keamanan. Hal ini dapat dilihat apabila Ban Ki Woon, Setiausaha Agong PBB telah

mendedikasikan Hari Keamanan Antarabangsa kepada pendidikan keamanan pada tahun 2013

sebagai satu langkah dalam menggalakkan budaya keamanan kepada dunia. Secara amnya,

Pendidikan Keamanan boleh ditakrifkan sebagai mengekalkan nilai-nilai, memperoleh dan

mengaplikasikan pengetahuan, serta membina sikap, kemahiran dan tingkah laku untuk hidup

dalam persekitaran yang harmoni secara individu dan bermasyarakat. Definisi yang lebih

khusus boleh diperolehi melalui ideologi-ideologi terkenal, teori-teori dan juga idea-idea

daripada para perintis pendidikan keamanan. Satu definisi pendidikan keamanan yang telah

ditakrifkan oleh Ian Harris (1988) adalah pendidikan keamanan sebagai satu siri pengajaran

untuk membawa masyarakat kearah keamanan dan menggunakan alternatif lain yang tidak

melibatkan keganasan untuk menyelesaikan konflik. James Page (m/s 189, 2008) juga melihat

pendidikan keamanan sebagai satu sumber untuk menggalakkan orang ramai memberi

komitmen kepada keamanan dan meningkatkan keyakinan individu ejen keamanan.

Pendekatan kaedah pendidikan keamanan juga merupakan satu cara untuk memberi

pendedahan kepada pelajar tentang akibat peperangan dan ketidakadilan sosial. Selain

daripada itu, Pendidikan Keamanan juga membantu pelajar untuk menghargai struktur aman

dan adil sosial dan berusaha untuk mengekalkan struktur. Nilai-nilai keamanan yang

dilaksanakan ke dalam proses pembelajaran pelajar juga akan membawa kepada pelajar untuk

menjadi lebih prihatin terhadap satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama atau mungkin

norma yang pelajar menegakkan di kalangan masyarakat tertentu.

Sejarah Pendidikan Keamanan

Pendidikan Keamanan telah diaplikasikan secara tidal formal dalam masyarakat melalui

generasi terdahulu. Ia merupakan salah satu cara alternatif terhadap penyelesaian konflik

peperangan tanpa menggunakan sebarang bentuk keganasan (A.M. Stomfay-Stitz,2008).

Dalam Pendidikan Keamanan, proses pembelajaran adalah tertumpu kepada memaklumkan

dan mengajar masyarakat mengenai bahana keganasan dan seterusnya membincang serta

(3)

3

secara turun-temurunnya telah mengamalkan tradisi penyelesaian konflik secara aman

bertujuan untuk menggalakkan dan mengekalkan keamanan dalam komuniti mereka

meskipun tiada rekod bertulis mengenai pengajaran pendidikan keamanan yang telah dibuat

dalam komuniti tersebut dan hanya dikenali sebagai pembelajaran pendidikan keamanan yang

tidak formal dan proses pembelajaran pendidikan keamanan secara formal adalah bergantung

kepada catatan-catatan bertulis, nota-nota dan arahan-arahan melalui institusi dan sekolah (D.

Banks, 2000).

Keamanan adalah salah satu aspek moral dan nilai murni yang terdapat dalam apa jua agama

serta menjadi satu amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Setiap agama

seperti Islam , Kristian, Buddha dan Hindu mempunyai perspektif dan cara tersendiri untuk

mencapai keamanan. Walau bagaimanapun , persepktif yang berbeza ini boleh menimbulkan

salah faham yang seterusnya membawa kepada konflik dan mencetuskan peperangan

disebabkan faktor dari segi percanggah pendapat serta pendekatan yang diambil oleh setiap

pengikut agama masing-masing. Comenius (1969) merupakan salah seorang pendidik Eropah

terawal yang telah menterjemahkan pendidikan keamanan dalam bentuk penulisan nota.

Beliau percaya bahawa melalui nota bertulis, ilmu tersebut boleh dikongsi serta disebar secara

universal dan dapat membawa kepada penyelesaian konflik secara aman. Matlamat utamanya

adalah untuk memastikan bahawa setiap individu dapat hidup dalam komuniti yang harmoni

tanpa sebarang diskriminasi terhadap jantina, agama atau budaya. Perkembangan pendidikan

keamanan adalah seiring dengan pembentukan gerakan keamanan. Gerakan keamanan moden

pertama yang menentang peperangan serta menjurus kepada pelaksanaan pendidikan

keamanan adalah pada abad ke-19 dimulakan selepas perang Napoleon (R. Blaklett, 1944).

Para ahli intelek dan ahli politik mula bergabung untuk mengkaji secara progresif dan serius

mengenai bahana perang dan mengutarakan lebih banyak hujah-hujah yang menentang

penggunaan senjata dalam penyelesaian konflik. Gelombang kedua gerakan keamanan pada

abad ke-19 adalah lebih ke arah persatuan pekerja dan sosialis politik. Organisasi keamanan

kebanyakannya ditubuhkan di negara-negara Eropah dan terus merebak ke Amerika Syarikat,

Itali dan Jerman. Menjelang akhir abad ke-19, ahli-ahli persatuan keamanan adalah terdiri

daripada ahli akademik dari pelbagai lapisan. Persatuan ini yang mana telah dibentuk oleh

guru-guru , pelajar dan pensyarah universiti, telah memberikan penerangan dan mengajar

(4)

4

Pada awal abad ke-20, masyarakat Eropah dan Amerika telah menjalankan provokasi

terhadap kerajaan masing-masing dengan membentuk gerakan keamanan bagi penentangan terhadap ‘sabre-rattling’.Ini secara tidak langsung membawa kepada Perang Dunia Pertama. Terdapat juga pembentukan kongres-kongres keamanan antarabangsa, penulisan-penulisan

novel yang bertemakan keganasan perang dan juga penghasilan hadiah nobel keamanan yang

telah diusahakan oleh Bertha von Suttner dengan meyakinkan Alfred Nobel untuk turut

berbuat demikian. Kongres yang telah dianjurkan memberi isyarat bahawa konflik

antarabangsa boleh diselesaikan melalui rundingan dan perdamaian tanpa menggunakan

senjata. Ianya dilakukan untuk mempengaruhi orang ramai supaya melakukan penentangan

terhadap pembentukan ketenteraan yang membawa kepada Perang Dunia Pertama.

Menjelang abad ke-20, Pendidikan Keamanan telah berkembang sehingga ke tahap mencapai

hubungan simbiotik antara gerakan keamanan, penyelidikan keamanan dan pendidikan

keamanan. Setiap entiti yang menggalakkan keamanan mempunyai pendekatan yang berbeza

dalam memastikan motif yang dibawa mereka diterima baik oleh masyarakat. Sebagai contoh,

para aktivis merangka strategi untuk memberi amaran dan menyebarkan mesej mereka kepada

masyarakat mengenai bahaya keganasan, peperangan antara negara, kemusnahan alam

sekitar, ancaman kuasa nuklear, pencerobohan penjajah, pencerobohan budaya, keganasan

domestik dan struktur melalui aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti yang dijalankan secara

tidak formal. Manakala mekanisme yang digunakan oleh ahli akademik pula adalah lebih

tertumpu kepada membuat kajian dan berusaha mengembangkan penyelidikan dalam bidang

pendidikan keamanan. Guru-guru turut memainkan peranan dalam menggalakkan

aktiviti-aktiviti keamanan seperti menganjurkan kursus-kursus dan program-program berkaitan

dengan pendidikan keamanan di sekolah serta kolej untuk memberi kesedaran mengenai

cabaran mengekalkan kestabilan ekologi, perang dan keamanan.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman para pelajar dan guru terhadap konsep

pendidikan keamanan. Sehubungan itu juga, kajian ini akan menilai sejauh manakah

guru-guru mengambil inisiatif dalam memperkenalkan subjek pendidikan keamanan kepada

pelajar. Objektif lain adalah untuk mengkaji sejauh manakah para guru bersedia untuk

(5)

5

Soalan Kajian

Soalan-soalan yang akan diketengahkan dalam kajian ini adalah:

1. Sejauh manakah tahap kefahaman pelajar dan guru-guru mengenai konsep

Pendidikan Keamanan?

2. Apakah inisiatif yang diambil oleh guru-guru dalam memperkenalkan subjek

Pendidikan Keamanan kepada pelajar?

3. Apakah persediaan yang dilakukan oleh guru-guru untuk menjalani latihan yang akan

disediakan bagi menguasai mata pelajaran Pendidikan Keamanan di sekolah

menengah?

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan subjek Pendidikan Keamanan

dan sukatan kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut. Bagi mengumpulkan data

yang diperlukan aktiviti kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan instrumen soal

selidik.

Persampelan

Kertas soal selidik telah dihantar ke seluruh sekolah di semenanjung Malaysia akan tetapi

hanya jawapan soal selidik dari 180 responden bagi pihak guru dan juga 180 responden bagi

pihak murid yang diperolehi dengan jawapan yang lengkap dan boleh dianalisis.

Instrumen

Sebanyak 28 item telah digunakan dalam soal selidik dengan menggunakan jawapan Ya,

Tidak, Tidak pasti. Item tersebut ialah Membina budaya keamanan di sekolah, di kalangan

komuniti serta masyarakat, Memahami keamanan dan membangunkan visi keamanan,

Memahami konflik dan punca konflik, Aplikasi praktikal ke dalam pengurusan dan

penyelesaian pelbagai jenis konflik sosial, Memahami manfaat komuniti dan masyarakat

hidup dalam suasana aman, Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan,

Memahami hubungan antara ekuiti keamanan dan jantina, Memahami hubungan antara

keamanan dan alam sekitar, Memahami hubungan antara keamanan dan ekonomi tempatan

yang kukuh (seperti mana kemajuan pertanian yang menguntungkan dan mampan di kawasan

(6)

6

remaja dari sekolah menengah dan mendapat manfaat daripada pendidikan tinggi ),

Mendapatkan nilai-nilai peribadi yang percaya dan mengamalkan pendekatan tanpa kekerasan

kepada situasi manusia, Kemahiran dan kecekapan dalam pengantaraan, perundingan,

perdamaian, membina perhubungan, dan kebolehan lain seperti nonviolence, penyelesaian

konflik, transformasi konflik, Menangani buli di sekolah dari sudut pandangan peribadi dan

menggunakan kemahiran membina keamanan praktikal dan kecekapan, Memahami

bagaimana untuk membina budaya keamanan di sekolah, persefahaman dan membina

kemahiran dalam pengurusan konflik (belajar bagaimana untuk menguruskan konflik untuk

mencegah keganasan, memperbaiki hubungan), Memahami dan membina kemahiran dalam

pengurangan konflik (belajar bagaimana untuk mengurangkan , penggunaan kekerasan dan

keganasan, serta memudahkan keadaan), Memahami bagaimana untuk menjalankan

penyelidikan keamanan, Memahami bagaimana keadilan tradisional kerja-kerja dalam

masyarakat, Memahami bagaimana pemulihan keadilan kerja-kerja dan bagaimana ia

mungkin bekerja di sekolah dan dalam masyarakat, Memahami hubungan antara perdamaian

dan pembangunan peribadi, Memahami hubungan antara makanan dan keselamatan,

Memahami hubungan antara keamanan dan HIV, Menggabungkan Pendidikan Keamanan

dengan aktiviti-aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti drama keamanan, komposisi ,

debat dan lain-lain, Memahami hubungan pendidikan keamanan dan membina budaya

keamanan, Melaksanakan program pendidikan keamanan di sekolah saya (menggabungkan

kajian damai dengan aktiviti kreatif pelajar), Membangunkan kurikulum pendidikan

keamanan di sekolah, Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk mencegah

peperangan masa depan, Peranan kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan. Item

yang telah dinyatakan adalah yang terkandung dalam soal-selidik.

Dapatan Kajian

Kajian ini melihat kepada jumlah tertinggi dan terendah dari item yang telah dipilih oleh guru

dan murid untuk mengenalpasti isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek pendidikan

keamanan serta mengenalpasti kefahaman terhadap apa yang dikatakan sebagai keamanan.

(7)

7

komuniti untuk berada dalam keadaan yang aman

Ya 139 76.4 172 94.5

Tidak 13 7.1 3 1.6

Tidak pasti 30 16.5 7 3.9

Membina budaya keamanan di sekolah, di dalam

komuniti dan masyarakat

berbanding murid hanya 141 orang atau 77.5% yang setuju item yang tertinggi ini dijadikan

kandungan di dalam subjek Pendidikan Keamanan. Diikuti dengan item kedua tertinggi

seramai 172 orang guru atau 94.5% memilih ‘Memahami manfaat komuniti dan masyarakat

hidup dalam suasana aman’. Manakala peratus bagi murid iaitu sebanyak 76.4% atau 139

orang yang bersetuju bahawa kandungan tersebut perlu ada di dalam subjek Pendidikan

Keamanan. Melihat kepada item ketiga tertinggi pula seramai 170 orang guru atau 93.4%

memilih item ‘Membina budaya keamanan di sekolah, di kalangan komuniti dan masyarakat’,

dibandingkan pula dengan murid hanya 80.2% atau 146 orang yang memilih item tersebut.

Item yang terakhir sekali iaitu ‘Peranan kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan’

turut dipilih oleh guru dan menjadikan kedudukan item tertinggi menyamai item sebelum ini

iaitu seramai 170 orang guru atau 93.4% manakala murid pula seramai 141 yang bersetuju

(8)

8

Jadual 2.0

Item Responden

Kategori Responden

Pelajar Guru

No. % No. %

Memahami cara pengendalian kajian dalam bidang

keamanan

Ya 100 54.9 69 37.9 Tidak 25 13.7 36 19.8

Tidak pasti 57 31.3 77 42.3

Membina kurikulum pendidikan keamanan di sekolah

saya

Ya 137 75.3 88 48.4 Tidak 19 10.4 49 26.9

Tidak pasti 26 14.3 45 24.7

Membina dan melaksanakan perancangan dan strategi

dalam mencegah peperangan di masa depan

Ya 102 56.0 95 52.2 Tidak 35 19.2 44 24.2

Tidak pasti 45 24.7 43 23.6

Jadual 2 telah menunujukkan bahawa peratusan yang terendah bagi setiap item yang telah

dipilh oleh guru berbanding murid. Item pertama terendah iaitu ‘Memahami bagaimana untuk

menjalankan penyelidikan keamanan’. Hanya 69 orang guru atau 37.9% yang memilih item

tersbeut berbanding murid iaitu 54.9% atau 100 orang. Diikuti pula dengan item kedua

terendah, sebanyak 48.4% atau 88 orang guru memilih ‘Membangunkan kurikulum

pendidikan keamanan di sekolah’. Manakala murid lebih 26.9% dari guru iaitu seramai 137

orang atau 75.3%. Akhir sekali bagi item ketiga terendah iaitu ‘Membangunkan dan

melaksanakan strategi untuk mencegah peperangan masa depan’. Guru hanya 95 orang atau

52.2% memilih item tersebut berbanding dengan murid iaitu seramai 102 orang atau 56%

(9)

9

Jadual 3.0

Jadual 3 lebih menumpukan kepada murid. Melihat kepada item yang tertinggi seramai 146

orang atau 80.2% yang dipilih oleh murid iaitu ‘Membina budaya keamanan di sekolah, serta di kalangan komuniti dan masyarakat’. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa guru dan murid memilih item yang sama dalam menterjemahkan apa sebenarnya pendidikan keamanan.

Diikuti pula dengan item kedua tertinggi iaitu sebanyak 80.8% atau 162 orang yang dipilih

oleh pelajar iaitu ‘Memahami keamanan dan membangunkan visi keamanan’. Berbanding

pula dengan guru yang lebih tnggi memilih item tersebut iaitu seramai 162 orang atau 89%.

Melihat kepada item ketiga dan keempat tertinggi iaitu seramai 143 orang murid atau 78.6%

memilih item ‘Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan’ dan item ‘Menggabungkan pendidikan damai dengan aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti drama keamanan, komposisi, debat dan lain-lain’. Guru pula hanya 90.7% dan 75.8% atau 165 orang dan 138 orang memilih setiap item yang dinyatakan.

Item Responden

Kategori Responden

Pelajar Guru

No. % No. %

Membina budaya keamanan di sekolah, di dalam

komuniti dan masyarakat

Memberi visi kepada pihak komuniti ke arah tiada

(10)

10

Menumpukan kepada isu buli di sekolah dan

mempraktikkan kemahiran serta pendekatan

strategi dalam mencegah peperangan di masa depan

Ya 102 56.0 95 52.2 Tidak 35 19.2 44 24.2

Tidak pasti 45 24.7 43 23.6

Memahami hubungan di antara konsep keamanan

dengan faktor pemangkin ekonomi tempatan ( seperti

dalam bidang agrikultur adalah bidang yang bagus,

memberi keuntungan dan seimbang di kawasan luar

bandar)

Ya 111 61.0 149 81.9

Tidak 14 7.7 4 2.2

Tidak pasti 52 31.3 29 15.9

Jadual 4 pula menunujukkan item terendah yang dipilih oleh murid. Melihat kepada item

terendah iaitu ‘Memahami bagaimana untuk menjalankan penyelidikan keamanan’ hanya 100

orang murid atau 54.9% yang memilih item tersebut. Manakala guru pula turut sama

menyamai kedudukan terendah untuk item tersebut. Diikuti pula dengan item kedua dan

ketiga yang mempunyai jumlah yang sama iaitu seramai 102 orang atau 56%. Item tersebut

ialah ‘Menangani buli di sekolah dari sudut pandangan peribadi dan menggunakan kemahiran membina keamanan praktikal dan kecekapan’ dan ‘Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk mencegah peperangan masa depan’. Dibandingkan pula dengan guru hanya 119

orang atau 65.3% memilih item kedua terendah tersebut. Untuk item ketiga terendah, seramai

(11)

11

kukuh’, telah dipilih oleh murid seramai 111 orang atau 61% berbanding pula dengan guru, lebih tinggi peratusannya iaitu sebanyak 81.9% atau 149 orang.

Perbincangan

Melihat kepada keputusan tersebut jelas menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan

antara guru dan murid dalam memilih item yang telah disediakan untuk mengukur tahap

kefahaman terhadap subjek Pendidikan Keamanan. Merujuk kepada keputusan yang tertinggi

bagi keempat-empat item iaitu ‘Memahami hubungan antara keamanan dan alam sekitar’, ‘Memahami manfaat komuniti dan masyarakat hidup dalam suasana aman’, ‘Membina budaya keamanan di sekolah, serta di kalangan komuniti dan masyarakat’ dan ‘Peranan

kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan’. Keputusan tersebut jelas menunjukkan

bahawa guru cenderung ke arah penerapan ilmu keamanan ke atas diri sendiri, murid itu

sendiri serta mewujudkan satu budaya yang mementingkan keamanan tidak kira apa yang

akan berlaku. Selain itu, guru juga lebih mementingkan cara pelaksanaan pendidikan

keamanan kepada murid. Murid juga telah memilih item yang tertinggi seperti guru dan

melihat bahawa pendidikan keamanan lebih kepada memelihara alam sekitar yang mana kian

menjadi isu hangat masa kini. Melihat kepada data yang telah dipilih oleh murid, ternyata

sekali murid lebih menumpukan kepada keseimbangan dalam mempelajari subjek ini di

sekolah. Item tersebut seperti, ‘Membina budaya keamanan di sekolah, komuniti dan

masyarakat kita’, ‘Memahami keamanan dan membangunkan visi keamanan’, Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan’ dan ‘Menggabungkan pendidikan damai dengan aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti drama keamanan, komposisi,

debat dan lain-lain’. Murid juga lebih cenderung kepada cara pembelajaran yang tidak formal

seperti mempejari subjek tersebut dalam bentuk drama, debat dan yang berkaitan. Data dan

keputusan yang telah diperolehi jelas menunjukkan bahawa Pendidikan Keamanan ini perlu

dijadikan subjek utama yang perlu dipelajari di sekolah. Pendidikan Kemanan ini penting

dalam membuka minda pelajar dan masyarakat bahawa keamanan itu bukan semata-mata

untuk peperangan, malah keamanan ini ibarat pusingan 360 darjah yang perlu dilihat dari

pelbagai sudut. Pendapat murid dan guru juga perlu digabungkan agar mereka mendapat apa

yang mereka kehendaki serta mencapai objektif pembelajaran.

Pihak Kementerian Pendidikan juga perlu meneliti memandang serius bahawa Pendidikan

(12)

12

semua pihak. Ini kerana negara jiran, seperti Indonesia telahpun menjadikan Pendidikan

Keamanan sebagai subjek utama di sekolah. Terdapat dua cadangan dalam melaksanakan

kajian ini samada menjadikan subjek ini sebagai satu subjek Pendidikan Keamanan secara

sendirinya mahupun menyelitkan unsur keamanan ke dalam setiap subjek yang sedia ada

dalam kurikulum sekolah, seperti memasukkan nilai-nilai ini ke dalam subjek Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan atau pun dalam subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

Usaha ini amat penting dalam mendedahkan pemahaman keamanan ini terhadap masyarakat

supaya berfikir secara kritis serta meluas dan tidak hanya menumpu kepada satu sudut sahaja.

Memandangkan era globalisasi yang maju dan tanpa batasan, pendidikan keamanan perlu

dipelajari agar dapat menangani isu-isu semasa yang semakin kompleks dan terlampau

ekstrem. Oleh itu, subjek ini amat penting dalam menerapkan keamanan secara meluas ke

dalam minda guru, murid, komuniti serta masyarakat dalam menghadapi apa sahaja cabaran

(13)

13

Kesimpulan

Walaupun Pendidikan Keamanan telah diperkenalkan oleh UNESCO dengan meluas di

seluruh dunia, namun, Pendidikan Keamanan masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang baru

di Malaysia. Pelajar-pelajar di Malaysia tidak diperkenalkan secara menyeluruh mengenai

Pendidikan Keamanan. Mereka mungkin memahami erti keamanan tetapi mereka tidak

memahami konsep sebenar Pendidikan Keamanan. Pendidikan Keamanan bukan hanya

menggalakkan kita menentang keganasan dan peperangan, akan tetapi turut memastikan

bahawa masyarakat dunia dapat mengenal erti sebenar keamanan dengan cara yang betul.

Pendidikan Keamanan juga adalah berkait rapat dengan kesedaran dalam memelihara alam

sekitar serta persefahaman dan perlindungan hak asasi manusia. Pendidikan Keamanan

meliputi sebahagian besar daripada konteks kehidupan. Adalah penting bagi pelajar-pelajar di

Malaysia untuk belajar dan mengambil Pendidikan Keamanan sebagai mata pelajaran teras

kerana nilai-nilai kemanusiaan adalah penting dalam kehidupan seseorang individu. Melalui

Pendidikan Keamanan ini, nilai-nilai kemanusiaan, pembangunan dan juga kesedaran

memelihara alam semulajadi dapat diterapkan dan akan bergerak seiring dan membawa

kepada dunia yang mampan. Selain itu, Pendidikan Keamanan juga menyediakan

menyediakan pendidikan keselamatan untuk negara, kerana melalui pembelajaran mengenai

aspek dan nilai-nilai yang penting dalam kehidupan, masyarakat akan cenderung untuk

berfikir secara rasional. Sekolah-sekolah di Malaysia terdiri daripada pelajar berbilang kaum,

bangsa dan agama, antara nilai yang ada dalam Pendidikan Keamanan ini pasti dapat

memupuk nilai kesatuan persefahaman yang lebih baik kepada pelajar untuk sesama rakyat

seterusnya dapat menyelesaikan isu-isu perkauman yang berbangkit. Tujuan utama

memastikan Pendidikan Keamanan boleh diajar di sekolah-sekolah Malaysia adalah kerana

tidak ada subjek tertentu yang benar-benar boleh menerapkan kepada pelajar tentang nilai

kehidupan, persekitaran dan keamanan. Justeru, langkah pertama untuk memastikan

keamanan dapat difahami dengan jelas dan betul adalah guru-guru, para pelajar dan semua

anggota masyarakat harus benar-benar memahami konsep Pendidikan Keamanan yang

berkisar mengenai keperluan untuk menggalakkan keamanan, gaya hidup sihat dan

(14)

14

References

Cavanagh, T., Macfarlane, A., Glynn, T., and Sonja Macfarlaned (2012). “Creating P eaceful And

Effective Schools Through A Culture Of Care”. New Zealand. Discourse: Studies in the Cultural Politics of Education, Vol. 33, No. 3, pp. 443-455.

Vrasidas, C., Zembylas, M., Evagorou, M., Avraamidou, L., and Aravi, C. C. (2007). ICT as a Tool for Environmental Education, Peace, and Reconciliation. Cyprus. Educational Media International, Vol. 44, No. 2, pp. 129–140.

Aline, M., Stomfay-Stitz, Ed.D. (2008). “A History of Peace Education in the United States of

America”. University of North Florida. Encyclopedia of Peace Education, Teachers

College and Columbia University, pp. 1-10.

Prasad, S. N., and Kyung, H. (2008). Access to Peace Education”. The Graduate Institute of Peace Studies, Republic University of Korea. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College and Columbia University, pp. 1-4.

Charles, F., Howlett. (2008). “American School Peace League and the First Peace Studies

Curriculum”. Molloy College. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College and Columbia University. pp. 1-5.

Nel, N., Jacks. (2008). “Caring and Peace Education”. Stanford University. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-4.

Charles, F., Howlett. (2008). “John Dewey and Peace Education”. Molloy College. Encyclopedia

of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-5.

Danesh, H. B. (2008). “Unity-Based Peace Education”. International Education for Peace Institute. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-8.

Dale, T. S. (2008). “The Moral and Spiritual Foundations of Peace Education”. University of Toledo. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-5.

Ian, H. (2008). “History of Peace Education”. University of Wisconsin-Milwaukee. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-6.

Sandra, M. K., and Michael E. M. (1990). “Peace Education in the Schools”. Canada. Council on Peace Research in History and Consortium on Peace Research, Education and Development. Peace & Change, Vol. 15, No. 3, pp. 272-291.

Anna, L., (2012). “Peaceful Schools”.UK. International Journal of Children’s Spirituality, Vol. 17, No. 2, pp.187-191.

New Approaches to Education. (2013). Wise Prize for Education. IC Publications Ltd. p. A4.

Susan, Z., (2000). “Teaching Peace: Lessons From A Peace Studies Curriculum of the

(15)

15

Jesse, F. (2012). “Learning Peace: Progressive Impacts of Peace Education in Peacebuilding”. Social Alternatives, Vol. 31, No. 4, pp. 40 – 42.

Monisha, B., and Belinda, C.(2009). “Education for Sustainable Development as Peace

Education”. Peace History Society and Peace and Justice Studies Association. Peace & Change, Vol. 34, No. 4, pp. 441-455.

Referensi

Dokumen terkait

20 Hitznaytindis

[r]

[r]

Dari uraian tersebut, maka dapat disimpul- kan ada tiga tindakan pencegahan yang dilakukan toko produk pangan yang menjadi responden da- lam penelitian ini yaitu kebijakan

PT Pupuk Kujang pada dasarnya telah menerapkan prinsip accountability pada beberapa aspek perusahaan seperti misalnya telah terjalinnya komunikasi yang baik antara Komisaris

Sebuah skripsi yang diajukan untuk memenuhi salah satu syarat memperoleh gelar Sarjana Pariwisata Program Studi Manajemen Resort & Leisure Fakultas. Pendidikan Ilmu

 Mengukuhkan jual beli dengan persaksian atau catatan (dokumentasi), karena Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman yang artinya: “Dan persaksikanlah apabila kamu berjual

 Discussed model building  Stepwise regression  Best subsets. In this chapter,