• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Urbanisasi Dengan Persep

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan Antara Urbanisasi Dengan Persep"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan antara Urbanisasi dengan Persepsi dalam Hubungan Etnik

(The Relationship of Urbanization on Perception of Ethnic Relations)

Prof. Madya Paimah Atoma

Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

No. Tel: 06-7986394, No. Faks: 06-7986343. Email: paimah@usim.edu.my

Mashitah Sulaiman

Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

No. Tel: 06-7986371, 013-3911694. No. Faks: 06-7986343. Email: mashitah@usim.edu.my

Mohd Azmir Mohd Nizah

Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia

Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

No. Tel: 06-7986362, No. Faks: 06-7986343. Email: azmirnizah@usim.edu.my

Abstrak:

Malaysia pada ketika ini sedang pesat membangun ke arah modenisasi dalam usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai sebuah negara sedang membangun, aspek perpaduan perlu diambil kira kerana keutuhan ekonomi bergantung kepada kestabilan politik dan sosial masyarakatnya. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan melihat hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar tentang isu-isu hubungan etnik di Malaysia. Sebanyak 451 borang soal selidik diedarkan di dua lokasi terpilih iaitu di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) secara rawak mudah (simple random). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan dan purata (mean). Kaedah analisis regresi juga digunakan untuk menentukan hubungan antara urbanisasi dengan persepsi responden terhadap isu-isu hubungan etnik. Kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar terhadap kumpulan yang lain.

Kata kunci: perpaduan, isu hubungan kaum, lokasi, pembangunan, magnitud toleransi.

Sub-Tema: Hubungan Kaum dan Perkauman

Abstract:

▸ Baca selengkapnya: soal essay tentang urbanisasi

(2)

urbanization with perception of students towards ethnic relations issues. About 451 sets of questionnaire were distributed in University of Malaya (UM) and Universiti Malaysia Pahang (UMP). Simple random method was employed with data has been analysed descriptively with percentage and mean. Analysis regression technique also has been used to determine the relationship between urbanization and perception of students towards issues pertaining ethnic relations. The study has shown that, there are relationships between urbanization and students perception towards issues in ethnic relations.

Keywords: unity, issues on ethnic relations, tolerance magnitude, location, and development.

Sub-Theme: Race Relations and Racism 

Pengenalan

Kepelbagaian etnik telah menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang etnik dan berbilang

agama di Asia Tenggara (Brawn, G. 2005). Kepelbagaian ini jugalah yang menjadikan Malaysia

sebuah negara yang penuh dengan sikap toleransi, semangat murni dan kerjasama dan seperti

yang dimasyhurkan (Case, 1996). Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia

sebagai agen mobilisasi masyarakat juga tidak ketinggalan dalam menjelaskan kepelbagaian

identiti etnik di dalam kampus. Idea kerajaan, dengan slogan “1Malaysia” sebagai terjemahan

usaha kerajaan dalam merealisasikan “Bangsa Malaysia” dapat direalisasikan sekiranya IPTA

berfungsi memupuk semangat ini. Kertas kerja ini membincangkan hubungan antara urbanisasi

dengan persepsi dalam hubungan etnik dalam konteks Malaysia.

Urbanisasi dan Persepsi dalam Jalinan Hubungan Kaum

Proses industrialisasi pada kurun ke 18 di Barat, telah membawa bersama projek urbanisasi ke

seluruh dunia termasuklah di Malaysia yang kaya dengan sumber kehendak industrialisasi.

Perubahan ini telah membawa kepada pembangunan di Malaysia yang merupakan tinggalan

kuasa kolonial Barat. Perubahan bukan hanya dari aspek ekonomi, tetapi juga terhadap pola

etnisiti dan sosial. Lanjutan daripada situasi tersebut, muncullah Malaysia sebagai sebuah

negara yang terkandung di dalamnya lebih daripada 200 etnik dan sub-etnik yang pelbagai

warna kulit, agama dan budaya. Proses urbanisasi ini juga telah mengakibatkan Malaysia berada

dalam dilema dan krisis etnisiti pada tahun 1969. Walaupun terdapat banyak kajian yang dibuat

terhadap kesan-kesan urbanisasi terhadap masyarakat dan sosiologi jelata, namun ia masih lagi

(3)

dan ruang kajian kepada para pengkaji untuk menyelidik dan menilai proses urbanisasi terhadap

masyarakat Malaysia yang pelbagai (Mansor Mohd. Noor, 1997).

Para pengkaji sosiologi Barat telah banyak membincangkan tentang kesan urbanisasi terhadap

kehidupan bandar dan perbandingannya dengan kehidupan bukan bandar, dari teori klasik Marx

dan Durkheim hinggalah kepada teori kontemporari Simmel (1905), Park (1926), serta

formulasi teori ekologi-sosial Bandar Sekolah Chicago tentang kehidupan bandar (Macionis &

Parrillo ,2001). Di Malaysia, teori urbanisasi sering dikaitkan dengan teori hubungan kaum oleh

Furnivall.

Dari literasi yang ada, masih terdapat kekurangan dalam penjelasan akademik tentang

urbanisasi di Malaysia. Rata-rata penjelasan yang wujud banyak membezakan antara bandar

(city) dan luar bandar (town) dengan migrasi sebagai aras penunjuk. Jayasooria (2006) dalam kajiannya telah membandingkan kesan demografi yang dialami oleh masyarakat Melayu, Cina

dan India di Malaysia dalam migrasi yang meningkat dari tahun 1970-2000. Beliau mendapati

bahawa interaksi masyarakat urban berkurangan dengan masing-masing bertindak sebagai

individu.

Persepsi

Terdapat beberapa literasi di Malaysia yang ditulis oleh sarjana tempatan, dengan mengambil

kira pelajar IPTA & IPTS sebagai responden kajian. Zaharah Hassan (2005), dalam “Persepsi

Pelajar Universiti terhadap Perpaduan Negara”, telah membuat kajian sampel rawak mudah

pelajar di sekitar kampus Bandar (UKM, UPM, MMU dan Uniten). Beliau mendapati bahawa

tahap persepsi pelbagai etnik (Melayu, Cina dan India) terhadap konsep Bangsa Malaysia

adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar yang kampus atau universitinya ialah di

kawasan urban mempunyai tahap toleransi yang tinggi. Namun, Zaharah tidak membezakannya

dengan pelajar yang belajar di kampus luar bandar.

Objektif Kajian

Kertas kerja ini bertujuan melihat hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar tentang

isu-isu hubungan etnik di Malaysia.

Metodologi Penyelidikan

Kaedah Kuantitatif adalah dengan menggunakan set borang soal selidik yang dibina dengan

(4)

selidik diedarkan di dua lokasi terpilih iaitu sebuah institut pengajian tinggi awam di Lembah

Kelang iaitu Universiti Malaya dan sebuah lagi universiti di Pantai Timur Semenanjung

Malaysia iaitu Universiti Malaysia Pahang secara rawak mudah (simple random). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan dan purata (mean) untuk menentukan hubungan antara urbanisasi dengan persepsi responden terhadap isu-isu hubungan etnik.

Dapatan Kajian danPerbincangan

Rajah 1.1 Demografi Responden Mengikut Kumpulan Etnik Bagi Kedua-dua Universiti

67.00%

Rajah 1.2 Demografi Responden Mengikut Kumpulan Etnik

Rajah 1.2 di atas menunjukkan pecahan kumpulan etnik bagi kedua-dua universiti.

(5)

Rajah 1.3 Melaksanakan Gagasan 1Malaysia akan Menyebabkan Orang Melayu

Kehilangan Hak Istimewa Mereka

Rajah 1.3 di atas menunjukkan persepsi responden terhadap pelaksanaan gagasan 1Malaysia

yang akan menyebabkan orang Melayu kehilangan hak istimewa mereka. Seramai 62 orang

(27.9%) responden di kawasan bandar tidak pasti dengan kenyataan di atas dan meletakkannya

pada aras kedudukan tertinggi, manakala 79 orang (34.6%) responden di kawasan membangun

yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang ketara tentang persepsi responden di kedua-dua kawasan tentang penyataan di

atas.

UM UMP

Kod Universiti

0 20 40 60 80 100 120

C

o

u

n

t

Amat sukar untuk saya mempunyai sahabat daripada etnik berbeza.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Bar Chart

Rajah 1.4 di atas menunjukkan persepsi pelajar tentang kesukaran mereka mendapatkan sahabat

daripada kumpulan etnik yang berbeza. Kedua-dua universiti menunjukkan peratus persetujuan

yang sama pada aras sangat tidak setuju, iaitu 63 orang (28.4%) responden kawasan maju dan

64 orang (28.1%) di kawasan membangun. Akan tetapi dapat dilihat perbezaan yang ketara pada

aras persetujuan keempat iaitu tidak bersetuju iaitu 77 orang (34.7%) di bandar sebaliknya 108

orang 47.4% di kawasan membangun. Seramai 47 orang (21.17%) reponden di kawasan maju

bersetuju bahawa mereka sukar mendapatkan sahabat daripada kumpulan etnik lain berbanding

reponden di kawasan membangun iaitu hanya seramai 28 orang (12.28%) sahaja. Dapatan di

atas menunjukkan responden dari universiti yang lokasinya di kawasan luar bandar mempunyai Rajah 1.4 Kesukaran Mempunyai Sahabat daripada etnik yang berbeza

(6)

hubungan sosial yang baik berbanding kawasan bandar. Dengan erti kata lain, responden di

kawasan bandar didapati sukar mendapatkan rakan daripada etnik yang berbeza.

UM UMP

Kod Universiti 0

20 40 60 80 100

C

o

u

n

t

Pelajar etnik lain kurang berminat berkawan dengan saya kerana kami berbeza etnik.

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Bar Chart

Rajah 1.5 memperlihatkan perbezaan aras persetujuan antara responden di kawasan maju

(bandar) dengan responden kawasan membangun (luar bandar) dalam persepsi bahawa pelajar

etnik lain kurang berminat berkawan dengan saya (responden) kerana mereka berbeza etnik.

Sebanyak 26 orang (11.7 peratus) responden di bandar menyatakan bahawa mereka bersetuju

dengan pernyataan yang diberikan, sebaliknya 89 orang responden (39 peratus) di kawasan

membangun yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan ini konsisten dengan

dapatan sebelumnya yang memperlihatkan persepsi responden kawasan bandar dan luar bandar

(7)

UM UMP

Rajah 1.6 menjelaskan persepsi responden terhadap tindakan meminjam nota daripada

kumpulan etnik lain atas sebab nota oleh kumpulan etnik mereka tidak lengkap berdasarkan

universiti dari lokasi berbeza. Manakala rajah 1.7 menjelaskan persepsi meminjam nota

berdasarkan etnik. Perbezaan ketara ditunjukkan oleh responden di kedua-dua lokasi berbeza

dalam kenyataan di atas. Responden di kawasan bandar menyatakan sangat tidak bersetuju (52

orang atau 61.9 peratus), manakala responden di kawasan luar bandar berpandangan sebaliknya

iaitu sangat bersetuju (11 orang atau 78.6 peratus). Manakala persepsi meminjam nota

berdasarkan etnik memperlihatkan Melayu (119 orang, 39.4%), Cina (36 orang, 38%) dan

Bumiputera Sabah dan Sarawak (13 orang, 36.1%) tidak bersetuju dengan kenyataan

berbanding India (10 orang 55.6%) yang tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa responden di

bandar bertanggapan mungkin nota etnik mereka lengkap dan tidak memerlukan mereka

berinteraksi dengan kumpulan lain untuk mendapatkan nota. Rajah 1.6 Sering Meminjam Nota daripada Etnik

Lain Kerana Nota Etnik Saya Tidak Lengkap 

(8)

Rajah 1.8 dan 1.9 memaparkan persepsi responden terhadap perbuatan meletakkan najis di

tempat ibadat yang merupakan perbuatan yang tidak harmoni masing-masing berdasarkan

universiti dan etnik. Dapatan berdasarkan etnik menunjukkan bahawa sebanyak 9 peratus etnik

Melayu dan 8 peratus etnik Cina masing-masing menyatakan tidak bersetuju (sangat tidak

setuju dan tidak setuju) terhadap penyataan yang diberi. Ini menunjukkan bahawa masih

terdapat sebilangan kecil responden berbeza pandangan dalam isu di atas.

UM UMP Rajah 1.8 Perbuatan Meletakkan Najis di Tempat

Ibadat Merupakan Perbuatan Tidak Harmoni 

Rajah 1.9 Perbuatan Meletakkan Najis di Tempat Ibadat Merupakan Perbuatan Tidak Harmoni  

Rajah 1.10 Perdana Menteri Malaysia Mestilah Daripada Etnik Melayu 

(9)

Rajah 1.10 dan 1.11 masing-masing menunjukkan persepsi responden terhadap kenyataan

Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada kumpulan etnik Melayu berdasarkan universiti dan

etnik. Perbandingan dapatan peratus menunjukkan bahawa seramai 63.9 peratus responden di

bandar bersetuju (sangat bersetuju dan setuju) dengan pernyataan yang diberikan berbanding

dengan 53.9 peratus responden di kawasan luar bandar. Manakala skor bagi yang tidak

bersetuju di kawasan bandar ialah 23 peratus, sebaliknya di kawasan luar bandar sebanyak 28.6

peratus. Walau bagaimanapun, dapatan berdasarkan etnik menunjukkan bahawa responden

daripada kalangan etnik Cina menunjukkan peratusan yang lebih tinggi (62.7 peratus) dalam

penyataan tidak setuju, berbanding dengan peratusan responden daripada etnik Melayu (13.6

peratus). Perbandingan dapatan peratusan keseluruhan persepsi memperlihatkan bahawa

sebanyak 54.9 peratus pelajar di bandar sangat setuju dengan kenyataan di atas berbeza dengan

pelajar di luar bandar yang tidak bersetuju (63.6 peratus) dengan kenyataan tersebut. Dalam hal

ini, penjelasan berkenaan sistem pemerintahan dan politik Malaysia perlu ditekankan bagi

memberi kefahaman kepada pelajar dalam konteks hubungan kaum di negara ini.

Kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar

terhadap kumpulan yang lain. Hasil daripada kajian ini telah menggambarkan persepsi yang

berbeza daripada kedua-dua kumpulan responden. Dapatan menunjukkan pelajar dari kawasan

membangun menunjukkan tahap hubungan kaum yang baik dari segi persepsinya berbanding

dengan kawasan maju. Dapatan ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Jayasooria (2006)

dalam kajiannya bahawa interaksi masyarakat urban berkurangan dengan masing-masing

bertindak sebagai individu. Ini berbeza dengan kajian Zaharah (2005), bahawa pelajar yang

kampus atau universitinya berada di kawasan urban mempunyai tahap toleransi yang tinggi.

Jelas di sini, urbanisasi mempunyai pengaruh ke atas tahap integrasi pelajar.

Kesimpulan

Sebagai sebuah negara yang sedang berkembang maju, Malaysia tidak terlepas daripada

menghadapi pelbagai cabaran dalam hubungan kaum. Sehubungan dengan itu, walaupun

pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan sama ada oleh pihak kerajaan, badan-badan

bukan kerajaan dan pihak rakyat sendiri, namun usaha ini perlu dilipatgandakan lagi untuk

merapatkan hubungan antara kaum bagi mencapai tahap toleransi kaum yang lebih baik.

Kemajuan ke arah modenisasi perlu diimbangkan dengan membangunkan jiwa dan minda

(10)

10 

Semangat cintakan tanah air perlu disemai agar kemerdekaan, kemakmuran dan kemajuan yang

dikecapi oleh kita selama ini akan terus berkekalan.

Rujukan

Abrahamson, M. & Carter. V.J. (1986). Tolerance, Urbanism and Region. American Sociological Review. Vol. 51.

Ajzen, I & Fishben, M. (1980). Understanding Attitudes and Predirecting Social Behavior. New Jersey. Prentice Hall, Inc.

Banton, Michael. And Mansor, Mohd Noor. (1992). The Study of Ethnic Alignment: A New Technique and an application in Malaysia. Ethnic & Racial Studies. Vol.15 (4) p.599. Brown, Graham. (2005). Making Ethnic Citizens : The Politics and Practice of Education in

Malaysia. CRISE Working Paper No.23, Oxford University.

Carter, J.S;. Steelman, L.C;. Mulkey, L.M;. & Borch, C. 2005). When the Rubber Meets the Road: Effects of Urban and Regional Residence on Principle and Implementation Measures of Racial Tolerance. Social Science Research. Vol.34 (2) p. 408.

Chandler, Charles & Yung-Mei Ta. (1992). Urbanism, Cross-cutting Social Circles and Tolerance. Chinese Journal of Sociology, Vol.16 169-186.

Clark, J. N. (2008). Tolerance As a Way of Life. Dissertation, Texas Tech University.

Dawi, A.H. (2006). Interaksi antara Etnik di Malaysia: Rangka Perpaduan dalam Masyarakat Berpola. in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Dalimin, Mohd Noh. (2006). Integrasi Pelajar antara Wilayah dalam Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Hagendoorn, L & Nekuee, S. (ed.) (1999). Education & Racism; a Cross National Inventory of

Positive Effects of Education on Ethnic Tolerance, Ashgate Publishing. Fellmann, Getis & Getis, (1998). 6th ed. Human Geography.

Fischer, Claude S. The Subcultural Theory of Urbanism: A Twentieth-Year Assessment. The American Jounal of Sociology. Vol 101, No 3. pp.543-577.

Frith, T.( 2000). Ethno-Religious Identity and Urban Malays in Malaysia. In Asian Ethnicity, Vol.1, No.2, Sept.

Gans, Herbert., J. People, (1991). Plans and Policies: Essays on Poverty, Racism, and other National Urban Problems. New York: Columbia University Press: Russell Sage Fondation.

(11)

Idris, Fazilah et. al, (2006). Readiness of Understanding Ethnic Relations Among University Students, in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

James H. Liu et.al, ( 2001). Social Representations of history in Malaysia & Singapore: On the relationship between national and ethnic identity. In: Asian Jurnal of Social Psychology, 2002. Vol 5. pg.3-20.

Jayasooria, Denison. (2006). Social Unrest and Low Income Families in Urban Areas: Implications for National Unity.in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

Mastor, Khairul Anwar, (2006). Personaliti & Ciri-ciri Keutamaan Penginapan Pelajar Berbilang Kaum: Aspek Penting Ke Arah Integrasi Nasional, in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM

McIntosh, Mary E et.al, 1(995). Minority Rights and Mojority Rule : Ethnic Tolerance in Romania and Bulgari. Social Forces; Mar. 73,3; Proquest Social Science Journals. Pp.939

Mitchell, Mark L., & Jolley, Janina M., (2007). Research Design 7th ed. CA: Wadsworth Cengage Learning

Mohamad b Ismail. (2003). Sikap terhadap integrasi kaum di kalangan pelajar tingkatan enam SMK Tinggi Batu pahat: Satu Tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi.UKM

Mohd Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Noor, M,. Lee Abdullah, M. A., & Omar, R. (2004). Hubungan Etnik di Malaysia: Satu Sorotan Ringkas. In Roziah Omar & Sivamurugan Pandian (Eds.), Malaysia Isu-isu Sosial Semasa (pp.170-179). Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.

Noor, M. M. (2005). Batas Etnik, Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi, IPPTN. 6/2005 Orban, D. (2008). Tolerance as Guiding Principle, transcript of the inaugural speech at the Ibn

Khaldun Lecture Series on Al-Andalus Alhambra. Accessed on 1st june 2009

Othman, Zaheruddin. (2005). Kehidupan Pelajar, Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi,IPPTN. 6/2005

Pandian, A. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi, IPPTN. 6/2005. Sack, R.D. (1999). Human Teritoriality, Cambridge University Press

Salkind, Neil J. ( 2009). Exploring Research. 7th ed. New Jersey: Pearson Prentice Hall

(12)

12 

Sriskandarajah, D. 2005. Development, Inequality & Ethnic Accomodation: Clues from Malaysia, Mauritius and Trinidad & Tobago. In Oxford Development Studies, 33 (1), 63-79

Sullivan, J.L;. Marcus .G.E;. And Piereson, J.E.(1981). The Sources of Political Tolerance: A Multivariate Analysis. The American Political Science Review. Vol. 75(1).pg. 92 Tamam, Ezhar. (2009). Contribution of Interethnic Contact on Interethnic Attitudes of Malay

and Chinese-Malaysian University Students in Malaysia. In: European Journal of Social Science, Vol.8, No.1 2009

Tuch, S.A. (1987). Urbanism, Region, and Tolerance Revisited : The Case of Racial Pejudice.

American Sociological Review. Vol.52.p.504

Wilson, T.C. (1985). Urbanism and Tolerance : A Test of Some Hypothesis Drawn From Wirth and Stouffer. American Sociological Review. Vol.50.p.117

Wirth, Louis. ( Jul, 1938). Urbanism as a Way of Life. The American Journal of Sociology, Vol.44, No 1, pg.1-24.

Yassin, M.S. ( 2006). Peranan Universiti dalam Memupuk dan Mengukuhkan Perpaduan dan Integrasi di Kalangan Mahasiswa,in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Mashitah Sulaiman, Lecturer, B.A. Hsc. (IIUM), M.A. (UM),

Center for Core Studies, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan. No. Tel: 06-7986371, 013-3911694. No. Faks: 06-7986343.

Email: mashitah@usim.edu.my, mashimumtaz@yahoo.co.uk

Mohd Azmir Mohd Nizah Lecturer, B.A. Hsc. (IIUM), M.A. (IIUM),

Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.

No. Tel: 06-7986362, No. Faks: 06-7986343. Email: azmirnizah@usim.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Bahasa Arab adalah bahasa asing, yang oleh sebagian orang adalah bahasa yang sulit dimengerti atau dipahami. Oleh karena itu dalam hal menulisnya mahasiswa membutuhkan

Jadi bakat harus ada terlebih dahulu sebelum potensi (Rosenbloom, 2012). Hal lain yang terkait dengan bakat dan potensi yaitu passion, gabungan dari bakat, pengetahuan,

Kami harapkan kepada Saudara untuk dapat meneruskan surat ini kepada Kepala Dinas Pendidikan Kabupaten/Kota dan Kepala Kantor Kementerian Agama Kabupaten/Kota untuk

Dari keseluruhan jawaban responden dapat disimpulkan bahwa pemahaman pedagang Pasar Atjeh terhadap etika marketing dalam penggunaan Maneken berada pada tingkat

 Buatlah report yang dapat menampilkan jumlah pemain berdasarkan nama club dan nationality seperti pada gambaran di bawah ini.. Sesuaikan formatnya dengan petunjuk

Dengan ini saya menyatakan bahwa skripsi berjudul Kualitas Media Budidaya dan Produksi Ikan Nilem Osteochilus hasselti yang Dipelihara pada Sistem IMTA ( Integrated Multi

Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) adalah suatu upaya untuk pembinaan yang ditujukan kepada anak sejak lahir sampai dengan 6 tahun yang dilakukan melalui

[r]