LARAS BAHASA POLITIK DALAM MEDIA BARU: KAJIAN KES DALAM LAMAN SOSIAL FACEBOOK
Tuan Nordin Tuan Kechik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Univeristi Sains Malaysia
[email protected] Abstrak
Persoalan tentang politik merupakan antara tajuk yang paling hangat dibicarakan oleh masyarakat kini. Pilihanraya Umum yang ke-13 merupakan kemucak pada persoalan politik yang menentukan parti yang menjadi kerajaan yang memerintah dan parti pembangkang di Malaysia. Media massa arus perdana dan media lokal tidak ketinggalan dalam membicarakan hal tersebut. Fenomena yang sama juga berlaku pada media sosial yang berupa blog, tweeter dan facebook. Kecenderungan individu atau kelompok tertentu dalam memberikan pandangan dan buah fikiran tentang mana-mana parti politik yang terlibat sama ada sealiran atau bertentangan dengan ideologi mereka, sudah tentu menjadikan bahasa yang digunakan memiliki ragam dan laras bahasa yang pelbagai termasuk wujudnya laras bahasa politik. Kajian ini merupakan sebuah kajian sosiolinguistik yang akan memberikan tumpuan terhadap laras bahasa politik dalam media baru iaitu facebook. Kajian ini bertujuan untuk: a) mendeskripsikan ragam bahasa politik dalam media baru iaitu facebook, b) menjelaskan bentuk-bentuk kekhasan bahasa pada ragam bahasa politik melalui facebook, dan c) menguraikan fungsi laras bahasa politik yang digunakan oleh rakan-rakan facebook. Data yang diperlukan untuk menunjang analisis ini dikumpulkan daripada rakan-rakan-rakan-rakan facebook yang memberikan status masing-masing. Data diperoleh dengan metode simak melalui teknik rekam dan catat. Kemudian, data dianalisis dengan metode padan subjenis referensial dan translasional. Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa laras bahasa politik dalam facebook menggunakan ragam usaha, ragam santai, ragam akrab, ragam lisan, ragam sinis, ragam marah dan ragam tulis.