• Tidak ada hasil yang ditemukan

RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 3

PENGUKURAN JARAK

Objektif am:

Mempelajari dan memahami konsep, penggunaan

peralatan dan kaedah-kaedah pengukuran jarak serta

cara-cara mengatasi halangan semasa pengukuran.

Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat :

Membezakan di antara jarak mendatar dan jarak cerun.

Mengenali alat-alat pengukuran jarak.

Mengenalpasti kaedah-kaedah untuk mengatasi halangan pengukuran

jarak.

(2)

3.0 PENGENALAN

Pengukuran jarak adalah merupakan elemen penting dalam kerja-kerja ukur kejuruteraan. Dengan adanya maklumat tentang jarak, sesebuah pelan kejuruteraan dapat dilukis dengan tepat dan seterusnya dapat memberi maklumat lengkap tentang kedudukan dan keluasan sesuatu butiran. Untuk mendapatkan ukuran jarak beberapa teknik boleh digunakan. Antara teknik-teknik tersebut ialah penggunaan rantai, pita (keluli atau linen), takimeter dan EDM

3.1 RANTAI

Rantai ukur merupakan alat pengukuran yang paling mudah dan murah. Ianya dibuat dalam berbagai bentuk mengikut perubahan semasa dan berbeza mengikut saiz. Jenis-jenis rantai yang boleh didapati sehingga hari ini ialah

Jenis setiap satu biasanya 20m, 30m, 50m atau 100m.

1. Pita Invar adalah merupakan campuran nikel dan keluli yang mempunyai pekali pengembangan yang rendah. Selalunya pita invar digunakan sebagai rujukan atau pita piawai bagi uji rantai.

2. Pita keluli digunakan untuk mengukur jarak yang jitu seperti jarak terabas. Di mana beberapa pembetulan seperti pembetulan piawai, pembetulan lendutan (pembetulan tupang), pembetulan suhu dan pembetulan cerun perlu dikenakan terhadap jarak yang diukur untuk mendapatkan jarak sebenar.

3. Pita linen atau pita sintetik selalunya digunakan untuk mengukur jarak butiran dimana ketepatan jarak yang diukur tidak terlalu dititikberatkan. Pita ini mudah meregang bila ditarik menyebabkab jarak yang diukur kurang tepat.

(3)

RANTAI HALUS DAN RANTAI BERSENGGAT

Didalam membuat kerja-kerja yang memerlukan ketepatan jarak , kaedah rantai halus dan bersenggat digunakan. Kaedah ini digunakan semasa membuat trabas ukur, yang mana ia memerlukan pengukuran jarak yang tepat bagi membolehkan satu terabas tertutup.

3.3.1. Rantai Halus.

Rantai ini diperbuat daripada keluli yang tahan lasak dan selalunya berukuran 20 meter dan tidak mempunyai bacaan dipermukaan rantainya. Ia biasamya digunakan bersama-sama dengan rantai bersengat. Rantai halus ini digulung didalam bekas yang dipanggil “

kepok “. Biasanya terdapat empat rantai halus didalam satu “ kepok

iaitu bersamaan 80 meter. Tiap-tiap rantai ini disambung dengan cangkut atau klip.

3.3.2 Rantai bersengat.

Rantai bersenggat ini diperbuat dari bahan yang sama dengan rantai halus. Perbezaan nyan dengan rantai halus hanyalah pada saiz dan bacaan yang terdapat pada permukaan rantai. Rantai bersenggat juga berukuran 20 meter. Bacaan yang terdapat pada permukaan rantainya membolehkan jarak dibaca semasa pengukuran.

Selain dari dua jenis rantai ini neraca spring juga digunakan bersama bagi membolehkan ketegangan rantai yang sekata semasa pengukuran dijalankan. Bacaan yang didapati semasa pengukuran perlu dibuat beberapa pembetulan sebelum jarak yang muktamad diperolehi.

(4)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA

3.1 Apakah kegunaan rantai dan pita ukur didalam proses pengukuran ?

3.2 Semasa membuat pengukuran jarak, jurukur telah menggunakan gabungan satu rantai bersengat dan tiga rantai halus. Berapakah jarak yang diukur ?

A

A

K

K

T

T

I

I

V

V

I

I

T

T

I

I

3

3

a

a

(5)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 3a

3.1 Penggunaannya adalah untuk pengukuran jarak.

3.2 Jarak yang diukur adalah 80 meter.

Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini. Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.

M

M

A

A

K

K

L

L

U

U

M

M

B

B

A

A

L

L

A

A

S

S

K

K

E

E

PA

P

AD

DA

A

A

AK

KT

TI

I

V

V

IT

I

TI

I

3

(6)

3.4 JARAK CERUN DAN JARAK MENDATAR

Semasa membuat pengukuran kita akan terjumpa dengan dua jenis jarak iaitu jarak cerun dan jarak mendatar.

3.4.1. Jarak cerun (L)

Semasa membuat pengukuran dikawasan yang tidak rata, jarak yang diambil oleh pengukur adalah jarak cerun. Jika sudut pugak yang dibaca oleh pegukur melebihi 90, maka jarak yang diukur adalah jarak cerun. Jarak ini perlulah dibuat pembetulan cerun untuk mendapatkan jarak mendatar.

3.4.2. Jarak Mendatar (D)

Jarak mendatar adalah jarak yang diukur dengan keadaan sudut pugaknya 90. Di dalam pelan atau peta jarak yang digunakan ialah jarak mendatar.

Input 3b

L

(7)

a1

3.4 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN DALAM PENGKURAN JARAK.

Halangan dalam pengukuran jarak terbahagi kepada 3 bahagian yang utama. i) Halangan terhadap penglihatan, contoh seperti tanah tinggi. ii) Halangan terhadap laluan pengukuran, contoh seperti kolam atau

sungai.

iii) Halangan terhadap penglihatan dan juga laluan pengukuran, contoh seperti bangunan atau kawasan pokok-pokok yang terlalu rapat.

3.4.1. Halangan terhadap penglihatan.

Rajah 3.4

Merujuk kepada rajah diatas ( Rajah 3.4 ) dapat dilakukan oleh dua orang, seorang dititik a1 dan seorang dititik b1.

Cara kerjanya :-

1. Pada mulanya pancang jajar ditegakkan dititik a1 dan b1 sehingga b1,a1 dan A terletak pada satu garis lurus.

2. Tetapi oleh kerana a1,b1 dan B tidak berada dalam satu garisan yang lurus, maka a1 memberi petunjuk supaya b1berpindah ke b2, sehingga a1,b2 dan B berada didalam satu garisan yang lurus.

3. b2,a1 dan A tidak berada dalam satu garisan yang lurus sehingga b2 memberi pertunjuk supaya a1 berpindah ke a2 sehingga b2,a2 dan A berada dalam satu garis lurus.

4. Bergitulah selanjutnya secara bergilir-gilir atau saling bergantian memberi pertunjuk sehingga akhirnya satu garisan lurus terhasil.

(8)

3.4.2. Halangan terhadap laluan pengukuran.

Terdapat 3 cara yang utama untuk mengatasi masaalah ini.

i) Alihan selari. ii) Segitiga sebentuk. iii) Segitiga sudut tepat.

3.4.2.1 Alihan selari

Rajah 3.5

Sebuah kolam letaknya pada garis yang hendak diukur iaitu P1 dan P2. Dimana P1 dan P2 saling nampak tetapi tidak boleh diukur kerana halangan yang disebabkan oleh kolam tersebut. Cara yang terbaik untuk menjalankan pengukuran adalah dengan membuat jajaran di stesyen A dan B diatas garisan P1 dan P2. Dengan menggunakan sesiku optik atau kaedah 3,4 dan5 dirikan offset AC dan CD. Pacakkan pancang pada C dan D, jadi jarak CD sama dengan jarak AB. Jarak jauh CD disebut alihan selari.

(9)

Merujuk kepada Rajah 3.6,

Garisan P1 dan P2 telah tersekat pada lengkok sungai. Takat A dan B ditandakan dengan pancang pada kedua-dua belah lengkok sungai itu. Takat C juga ditandakan dan pastikan C dan AC itu tidak kena pada lengkok sungai tersebut. Garisan AC pula diteruskan ke E supaya CE bersamaan dengan AC. Begitu juga BC diteruskan ke D supaya CD bersamaan dengan BC. Jelaslah segitiga ECD bersamaan dengan segitiga ACB, garis DE adalah jarak jauh yang dikehendaki.

3.4.2.3. Segitiga sudut tepat

A adalah takat pada garisan P1P2 disebelah sungai. Garisan AC pula dibuat agar tidak kena pada sungai tadi. Dari takat C dirikan garisasn tegak CB yang bertemu pada B di garisan disebelah sungai yang satu lagi. Garisan AC dan CB pun diukur . ( Lihat Rajah 3.7 ). Kaedah ini sesuai untuk sungai yang kecil sahaja.

AB² = AC² + CB²

AB = AC² + CB²

Rajah 3.8

P1 A

C

B P2

(10)

3.4.3. HALANGAN TERHADAP PENGLIHATAN DAN JUGA LALUAN lurus dengan garis rantai P1,A dan B. Jadi FG bersamaan dengan BC. Panjang Alihan selari FG itu diukur dan dicatatkan.

Mestilah berhati-hati semasa menggunakan cara ini, pastikan garisan tegak itu didirikan dengan betul dan sama panjangnya. Jarak AB dan CD tidak semestinya sama panjang, EH hendak sekurang-kurangnya tiga kali lebih panjang daripada garisan tegak supaya dapat menentukan yang EH itu betul-betul selari dengan garisan P1P2.

Sesungguhnya cara-cara mengelakkan halangan ini kadang-kadang berguna, tetapi cubalah elakkan garisan pengukuran itu dari melintasi apa-apa halangan, terutamanya jika garisan itu adalah garis dasar.

Rajah 3.9

BANGUNAN

P1 A B

E F G H

(11)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA

SOALAN 1

Berikan tiga jenis halangan semasa menjalankan kerja ukur .

SOALAN 2

Nyatakan 3 cara untuk mengatasi halangan laluan pengukuran

AKTIVITI 3b

Oooo…. Macam tu

(12)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1b

1. Tiga jenis halangan itu adalah:-

i) Halangan terhadap penglihatan ii) Halangan tehadap laluan pengukuran

iii) Halangan penglihatan dan laluan pngukuran.

2. Tiga cara mengatasi halangan laluan pengukuran adalah:-

i) Alihan selari ii) Segitiga sebentuk iii) Segitiga sudut tepat.

Syabas anda telah dapat memahami sebahagian input ini. Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.

(13)

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

SOALAN 1.1

Bincangkan bagaimana anda hendak mengukur satu kawasan berbukit dengan menggunakan rantai halus dan rantai bersengat.

SOALAN 1.2

Semasa menjalankan kerja ukur anda terpaksa melalui sebatang sungai. Bagaimanakah anda hendak meneruskan pengukuran anda ?

PENILAIAN

KENDIRI

(14)

 SUDAH MENCUBA ?

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH.

Jawapan 1.1

Untuk menjalankan pengukuran kawasan ini kita haruslah menggunakan teodolit dan neraca spring berserta dengan rantai bergabung. Semasa mengambil jarak, sudut pugak haruslah dibaca pada

diamond “ dan neraca spring digunakan dengan tarikan 5kg, untuk mendapat tegangan yang sekata.

Jawapan 1.2

Untuk menjalan pengukuran kawasan ini kaedah segitiga bersudut tepat boleh digunakan (Rujuk Rajah 4.0 Di bawah

MAKLUM BALAS

Penilaian kendiri

B

D

E F

A SUNGAI

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWABNYA DENGAN

Referensi

Dokumen terkait

Pengembangan kamera gyroscope dilakukan dengan tahapan sebagai berikut : (1) Desain instrumen, (2) Perakitan instrumen, (3) Uji bahan dan kamera terhadap goyangan motor,

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan di Puskesmas Birobuli Kota Palu, maka kesimpulan dalam penelitian ini yaitu Karakteristik umur responden terbanyak

Kalau ibukota Romawi Barat, Roma, jatuh ke tangan bangsa Goth tahun 476, maka Konstantinopel bertahan seribu tahun kemudian sampai sultan Turki Usmani berhasil

Hasil penelitian ini, didukung oleh hasil penelitian tindakan kelas yang dilakukan oleh Siti Murdiati pada tahun 2013, dengan judul “Peningkatan Kemampuan Menulis

Bagamat may mga Pilipinong tumanggap sa mga unang Espanyol sa Pilipinas, naging makasaysayan ang labanan nina Lapu-lapu at Magellan na makikita sa mga palatandaan sa Mactan,

Standar Kompetensi Lulusan berbasis KKNI adalah kemampuan minimum yang dibutuhkan untuk melaksanakan pekerjaan yang dilandasi oleh pengetahuan, keterampilan dan sikap kerja

Pengampunan memberikan peringatan kepada kita untuk tidak melakukan dosa yang sama maupun dosa lainnya, dan ketika kita melakukan dosa tersebut Tuhan Yesus tidak