• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkhidmatan Awam Berintegriti Teras Kej

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perkhidmatan Awam Berintegriti Teras Kej"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Perkhidmatan Awam Berintegriti

Melalui Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada 28 Febuari 1991 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Hasrat untuk merealisasikan Wawasan 2020 memerlukan pelbagai strategi dan usaha gigih dari semua pihak. wawasan 2020 berilitizam membawa Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan sendiri yang bukan sahaja berpaksi kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata tetap juga memfokus kepada pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Justeru, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada tahun 2004 sebagai antara strategi merealisasikan Wawasan 2020.

Apabila kepimpinan negara beralih kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak, Wawasan 2020 terus menjadi agenda utama kepimpinan beliau. Justeru, beliau memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan objektif untuk mentranformasikan kerajaan supaya lebih efektif dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, maju dan utuh dengan nilai murni. GTP tidak akan Berjaya tanpa dokongan kuat dari semua pihak khususnya dari perkhidmatan awam yang menjadi nadi bagi jentera pentadbiran kerajaan.

Kertas konsep ini mengemukakan kerangka perkhidmatan awam yang berintegriti diperlukan untuk menjayakan GTP dari lensa masyarakat dan budaya Malaysia. Kertas ini merumuskan perkhidmatan awam berintegriti adalah teras kejayaan GTP. Justeru, kakitangan awam sebagai penggerak utama perkhidmatan awam perlu memiliki elemen kemahiran profesional, keunggulan peribadi dan kemahiran sosial.

▸ Baca selengkapnya: dalam tugas imamiah (menguduskan), seorang awam dapat

(2)

Pendahuluan

Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Program (GTP)

dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada April 2009 menterjemahkan komitmen kerajaan untuk membawa negara ini kepada suatu kedudukan yang tinggi di persada dunia. Melalui pelancaran program tersebut, Perdana Menteri menghantar isyarat yang

sangat jelas kepada seluruh masyarakat di negara ini mengenai kepentingan GTP sebagai sebahagian daripada instrumen dan strategi untuk menjayakan misi nasional Wawasan

2020. Isyarat ini diterjemahkan apabila beliau sendiri mengetuai gerakan GTP dan didokong kuat oleh Ketua Setiausaha Negara dan Perkhidmatan Awam (Kerajaan Malaysia, 2010). Secara umumnya, GTP adalah satu pelan halatuju untuk

mentransformasi kerajaan supaya lebih efektif (Kerajaan Malaysia, 2010) dengan memfokus kepada bidang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang

Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Kementerian kemudiannya didokong oleh bidang keberhasilan utama di peringkat agensi dan jabatan. Sebagai contoh, Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pengajian Tinggi

contohnya, didokong kuat semua oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.

Justeru negara memerlukan perkhidmatan awam berintegriti di setiap peringkat jabatan dan agensi untuk menjayakan GTP. Sesungguhnya, sebagai sebuah negara muda dan sedang membangun, Malaysia tidak mampu untuk berhadapan dengan kegagalan GTP

(3)

Perkhidmatan Awam Malaysia

Istilah perkhidmatan awam atau sektor awam sangat senonim dengan perkataan sektor kerajaan. Sehubungan itu, kakitangan kerajaan adalah pekerja dalam sektor awam atau pekhidmatan awam. Sejarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah lama bermula. Ia boleh

disingkap sejak zaman Kesultanan Melaka yang mana Sultan merupakan ketua negeri, manakala Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Shahbandar. Pada masa itu,

pentadbiran adalah tertakluk kepada Malacca Code dan Undang-Undang Laut (Kerajaan Malaysia, 2006). Pembangunan penjawat awam juga telah lama mendapat perhatian pemerintah. Contohnya pada tahun 1903, Sultan Idris mengilhamkan sebuah kolej khusus

untuk melatih penjawat awam. Idea tersebut menjadi kenyataan apabila Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada 2 Januari 1905. Ekoran daripada itu, pada tahun 1934

pula kerajaan menubuhkan Malaysian Establishment Office (MEO) yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara ini. Pada tahun 1954, MEO ditukar nama kepada Federal Establishment Office (FEO) dan seterusnya bertukar kepada

Establishment Office Malaysia (EOM). Seterusnya EOM ditukar nama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 15 Ogos 1968 (Kerajaan Malaysia, 2006).

Nama perkhidmatan awam itu sendiri dengan jelas mengambarkan sektor yang berperanan untuk memberi pekhidmatan kepada setiap lapisan pelanggan. Pada masa

yang sama perkhidmatan awam merupakan agensi yang menterjemahkan segala dasar kerajaan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini Ismail (2009:130)

(4)

dilayan dengan adil tanpa mengira kaum, agama, asal usul dan kedudukan ekonomi. Beliau seterusnya menegaskan, tanggunjawab utamakerajaan yang berterusan adalah

penyampaian perkhidmatan dan public goods tanpa mengira latar belakang. Sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap rakyat, stakeholder serta pelanggan keseluruhannya, imej dan integriti sektor awam perlu sentiasa dipertingkat

(MAMPU,2009). Justeru, kejayaan GTP bukan sahaja didokong oleh perkhidmatan awam, tetapi perkhidmatan awam yang berintegriti.

Konsep Integriti dan Pelan Integriti Nasional

Perkataan integriti bukanlah satu istilah baru bagi masyarakat Malaysia. Namun begitu, istilah ini mula popular apabila Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi

melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada tarikh yang sama (Kerajaan Malaysia, 2009). Isyarat untuk menggubal PIN sebagai tercetus apabila sekumpulan penyelidik daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia menjalankan kajian mengenai persepsi awam terhadap rasuah dan membentangkan dapatan kajian tersebut Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet

Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK). Mesyuarat tersebut telah memutuskan penggubalan PIN dan penubuhan IIM (Kerajaan Malaysia, 2009). Secara dasarnya, IIM adalah sebuah agensi atau mekanisme yang mengkordinasi perlaksanaan

PIN (Kerajaan Malaysia, 2008) yang dirangka untuk merealisasikan cabaran ke-4 Wawasan 2020, iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan

(5)

dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Jadi apakah Integriti dan kenapa integriti begitu penting sehingga menarik perhatian langsung Perdana Menteri ketika itu?

Secara umumnya Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan

etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (Kerajaan Malaysia, 2008: 18). Justeru itu, integriti dikategorikan kepada tiga kategori iaitu integriti individu, organisasi

dan penjawat awam. Integriti individu adalah keselarasan apa yang dikata dengan apa yang dikota yang berkaitan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan

proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Manakala intgriti penjawat awam bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk

kepentingan umum (Kerajaan Malaysia, 2008: 18). Dalam konteks Islam, integriti bukanlah satu perkataan yang asing. Menurut Mustafar (2009), Rasulullah SAW menjadikan akhlak dan amanah sebagai asas kukuh untuk mendefinisikan integriti.

Justeru Mustafa menegaskan dalam akhlak Islam, integriti boleh dikaitkan langsung dengan sifat kejujuran, pegangan yang teguh, keimanan dan budi pekerti mulia yang

diterjemahkan kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Ringkasnya integriti dalam akhlak Islam boleh diringkaskan kepada empat sifat utama yang dimiliki oleh Rasulullah SAW iaitu siddiq, amanah, tabliqh dan fatanah. Dalam bahasa yang lebih mudah integriti boleh

disimpulkan sebagai kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan keutuhan. Integriti biasanya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa

(6)

Berdasarkan konsep integriti seperti yang dipaparkan di atas, maka integriti merupakan

instrumen yang sangat penting dalam pembentukan negara yang maju, perkhidmatan awam yang cekap dan masyarakat yang harmoni. Di samping itu, integriti juga merupakan alat kawalan dalaman manusia penting bagi pembentukan individu dengan

jati diri yang utuh dan menjadi perisai kepada perbuatan yang tidak bermoral. Menyedari kepentingan integriti dalam kepada individu, masyarakat, dan negara, maka PIN telah

menggariskan lima sasaran utama bagi fasa pertama perlaksanaannya iaitu dari tahun 2004 hingga 2008. Lima sasaran tersebut

adalah:-i. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dengan berkesan

ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

iii. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan iv. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti

v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. (IIM,2008:2)

Kerangka Perkhidmatan Awam Berintegriti

Apabila sasaran kedua PIN meletakkan kecekapan dalam sistem penyampaian

perkhidmatan awam, ia jelas menunjukkan negara memerlukan perkhidmatan awam yang berintegriti. Desakan ini menjadi lebih jelas apabila Perdana Menteri menyebut, pendokong utama GTP adalah penjawat awam yang diketuai oleh Ketua Setiasusaha

(7)

Berdasarkan definisi integriti organisasi oleh PIN, maka kertas ini mencadangkan kerangka perkhidmatan awam yang berintegriti digambarkan dalam Rajah 1

berikut:-Rajah 1 : Kerangka organisasi berintegriti

Berdasarkan Rajah 1 di atas, secara dasarnya kertas ini mencadangkan empat

pembolehubah utama yang menjadi peramal atau penyumbang utama kepada perkhidmatan awam yang berintegriti iaitu kepuasan pelanggan, pencapaian (business results), kos effektif dan kepuasan kerja staf.

Kepuasan Pelanggan. Kepuasan pelanggan atau Customer Satisfaction merupakan salah

satu istilah perniagaan yang bermaksud mengukur sejauh mana sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi tersebut memenuhi jangkaan pelanggan atau Customer Expectation (Aida Suraya, 2008:43).Dalam konteks perkhidmatan awam,

Kepuasan pelanggan

Pencapaian Kepuasan kerjastaf

Kos efektif

Perkhidmatan awam berintegriti

kecekapan dalam sistem penyampaian

(8)

kepuasan pelanggan dipengaruhi oleh perkhidmatan yang cekap dan cepat, matlumat yang tepat, serta budi bahasa penjawat awam. Sesuai dengan perkembangan teknologi

semasa, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat ICT dalam perkhidmatan awam juga merupakan peramal penting yang mempengaruhi kepuasan pelanggan. Namun begitu, cabaran besar yang perlu dihadapi adalah pelanggan bagi perhidmatan awam pada

hari ini mempunyai jangkaan yang lebih tinggi. Sehubungan itu Ismail (2009:134) menegaskan perkhidmatan awam pada hari ini berhadapan dengan pelanggan yang

berpelajaran dan lebih berani menyuarakan pendapat dan kehendak mereka. Justeru, Ismail seterusnya menegaskan, pelanggan perkhidmatan awam hari ini tanpa ragu-ragu akan menyuarakan rasa tidak puasa hati terhadap perkhidmatan yang diterima melalui

pelbagai media.

Pencapaian. Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang mampu memberi kepuasan kepada pelanggan, perkhidmatan awam yang berintegriti juga digambarkan oleh pencapaian yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Malang sekali,

jika perkhidmatan awam di negara ini mencatat indeks kepuasan pelanggan yang tinggi, tetapi tidak mendapat sebarang pencapaian atau anugerah. Langkah kerajaan

memperkenalkan beberapa aplikasi dalam perkhidmatan awam seperti Electronic Government, Human Resource Management Information System dan Generic Office Environment (MAMPU, http://www.mampu.gov.my/c/document_library ) dilihat sebagai

langkah strategik untuk memperkasakan perkhidmatan awam di Malaysia. Ini bersesuaian dengan visi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjadi pusat perkhidmatan

(9)

Kos efektif. Pentadbiran dan pengurusan sesebuah agensi melibatkan kos yang tinggi.

Sebagai badan yang menawarkan perkhidmatan, peruntukan kewangan bagi menampung kos pengurusan datang secara langsung dari peruntukan kerajaan. Justeru perkhidmatan awam yang berintegriti dicirikan dengan penggunakan sumber kewangan secara efektif.

Bidang-bidang yang berkaitan dengan pengurusan kewangan seperti belanjawan, hasil, perolehan, perkaunan dan pengurusan aset mesti dilakukan secara telus. Manakala

penggunaan sumber kewangan kerajaan perlu berhemah dan berkesan. Ini bersesuian dengan ciri tatakelola pengurusan yang baik iaitu penggunaan sumber dengan berkesan, amanah dan telus (Yapeim, 2010). Dalam konteks ini, Mazlan (2011), menegaskan

pengurusan yang berintegriti meliputi perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan pelbagai sumber seperti manusia, kewangan, teknologi dan semulajadi

mengikut acuan atau ajaran agama.

Kepuasan kerja staf. Secara umumnya kepuasan kerja staf adalah perkara yang sering

dilupakan oleh organisasi dalam keghairan untuk meningkatkan kepuasan kepada pelanggan, mencatat pencapaian di peringkat antarabangsa dan dalam usaha untuk

menguruskan perkhidmatan awam dengan kos yang minimum. Menurut Greenberg (2010) kepuasan kerja merujuk kepada perasaan staf terhadap pekerjaan mereka. Manakala Robbins dan Judge (2009) mendefinisi kepuasan kerja sebagai perasaan positif

staf yang terhasil apabila staf membuat penilaian terhadap kerja dan perskitaran kerja mereka. Antara faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja adalah gaji serta faedah,

(10)

Perkhidmatan awam yang berintegriti sangat terkait dengan persekitaran kerja yang kondusif dari segi psikologi dan fizikal. Persekitaran kondusif dari segi psikologi

merujuk kepada hubungan yang baik dak akrab di kalangan staf di semua peringkat. Ini selaras dengan konsep pengurusan yang baik yang dinajurkan oleh Islam melalui pendekatan al-rahim atau kasih saying (Yapeim,2011). Manakala persekitaran fizikal

yang kondusif merujuk kepada tempat kerja yang menarik, selesa dan selamat. Sarjana pengurusan organisasi seperti Mullins (2010) menegaskan persekitaran kerja yang tidak

kondusif membawa kesan negative kepada pekerja. Sebagai contoh, tekanan di tempat kerja sangat berkait dengan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Ringkasnnya, perkhidmatan awam yang bertintegriti adalah persekitaran kerja yang

menyeronokkan, bebas dari sebarang tekanan dan selamat.

Pendokong Perkhidmatan Awam Berintegriti

Setiap lapisan masyarakat di negara ini berhasrat untuk melihat dan mendapat perkhidmatan awam yang berintegriti. Ismail (2009:132) menegaskan melalui

perkhidmatan awam yang tidak mengenal batasan, penjawat awam dapat memastikan setiap lapisan masyarakat boleh menikmati perkhidmatan yang diperlukan tanpa mengira

di mana dan apa kedudukan mereka. Persoalannya, siapa yang membentuk perkhidmatan awam yang berintegriti? Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah, kertas ini mencadangkan tiga elemen utama yang menjadi pendokong kepada pembentukan

perkhidmatan awam yang berintegriti iaitu modal insan atau penjawat awam, proses dan prosedur serta infrastruktur dan teknologi. Manakala kepimpinan adalah teras kepada

(11)

Rajah 2: Pendokong perkhidmatan awam berintegriti

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas, modal insan atau penjawat awam berada

di tengah-tengah antara proses dan prosedur serta alat dan teknologi. Ini menunjukkan penjawat awam adalah pemain atau pendokong utama dalam pembentukan perkhidmatan awam yang berintegriti. Manakala komponen lagi iaitu alat dan teknologi serta proses

dan prosedur merupakan pelengkap atau penyokong kepada pembentukan perkhidmatan awam yang berintegriti. Pada masa yang sama, modal insan berperanan sebagai tonggak

pembinaan modal insan berintegriti bagi perkhidmatan awam apabila mereka berperanan mencorakan proses dan prosedur serta mereka bentuk infrastruktur. Dalam penulisan ini infrastruktur dan teknologi termasuklah kemudahan fizikal, peralatan pejabat serta

(12)

kerajaan khususnya bagi perlaksanaan kerajaan elektronik. Manakala proses dan prosedur bermaksud proses untuk melaksanakan sesuatu tugas dan segala peraturan yang perlu

diikuti semasa dalam melaksanakan amanah dalam perkhidmatan awam.

Modal Insan

Perkataan modal merupakan satu perkataan yang sering diucapkan oleh hampir semua

ahli masyarakat di seluruh dunia termasuk masyarakat Malaysia (Adanan et.al,2010). Menurut Becker (2007) pada kebanyakan individu di dunia pada perkataan modal seringkali merujuk kepada wang yang berada dalam akaun simpanan atau saham yang

dimiliki serta bilangan kilang yang dibina di sesebuah kawasan perindustrian. Perubahan ekonomi dunia yang tercetus daripada perkembangan teknologi dan globalisasi kepada

ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) menjadikan modal fizikal semata-mata bukan faktor tunggal utama yang menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Pakar pengurusan, ahli ekonomi, ahli akedemik serta penyelidik mula melihat sumber tenaga

manusia sebagai modal atau aset utama dalam sesebuah organisasi. Sumber tenaga manusia inilah disebut sebagai modal insan (Adanan et.al, 2010). Walaupun istilah modal

insan bukanlah perkataan asing bagi masyarakat Malaysia, tetapi istilah tersebut menjadi semakin popular ketika Datok Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana menteri Malaysia. Wawasan bekas perdana menteri itu untuk membangunankan modal insan jelas

(13)

Persoalannya siapakah penjawat awam yang mampu menggalas tanggungjawab untuk membentuk perkhidmatan awam yang berintegriti? Atau apakah kriteria bagi modal insan

yang diperlukan oleh perkhidmatan awam? Berdasarkan definisi penjawat awam yang berintegriti seperti yang dikeluarkan oleh PIN, kertas ini mencadangkan tiga kriteria yang perlu dimiliki oleh penjawat awam atau modal insan dalam perkhidmatan awam.

Ketiga-tiga kriteria tersebut digambar dalam Rajah 3 berikut.

Rajah 3: Kriteria modal insan bagi perkhidmatan awam

Berdasarkan Rajah 3 di atas, penjawat awam yang membentuk modal insan dalam perkhidmatan awam perlu memiliki tiga kriteria utama iaitu kemahiran profesional, kemahiran sosial dan keunggulan peribadi. Menurut Ismail (2009: 133), penjawat awam

amat diharapkan agar mempunyai ciri yang membezakannya dengan pekerja sektor lain iaitu apa yang dikenali sebagai public service character. Kemahiran profesional

bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya, perlu menguasai sepenuhnya

Modal Insan Perkhidmatan

Awam Berintegriti Kemahiran

profesional

Kemahiran sosial

(14)

ilmu dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan. Begitu juga seorang guru matematik perlu menguasai ilmu dan kemahiran matematik untuk disampaikan kepada pelajar.

Kemahiran profesional amat penting supaya setiap penjawat awam mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Penjawat awam melaksanakan tugas bukan dalam suatu ruang vakum. Mereka perlu berinteraksi dengan pelanggan dalam suatu ekosistem yang terkait dengan nilai, budaya

dan agama. Sehubungan itu, penjawat awam perlu menguasai beberapa kemahiran humanistik untuk berinteraksi dengan pelanggan seperti kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan bekerja dalam kumpulan. Sebagai

contoh, walaupun pegawai kerajaan itu menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidangya, tetapi beliau belum tentu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya dia

tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan. Ini sekaligus mencatatkan hasrat untuk mempertingkatan sistem penyampaian perkhidmatan.

Keunggulan peribadi merujuk kepada nilai-nilai murni dan etika yang berpaksi kepada agama yang menjadi perisai kepada perbuatan yang menyalahi agama, norma kehidupan

dan etika pekerjaan. Penjawat awam yang berintegriti, bukan sahaja ‘profes’ dalam bidang masing-masing serta mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, tetapi perlu mampu mengawal diri dari terjerbak dalam perbuatan tidak berintegriti dalam pekerjaan

mereka. Amanah dan ikhlas merupakan dua contoh nilai baik yang terkandung dalam akhlak Islam yang membentuk keunggulan peribadi penjawat awam yang berintegriti.

(15)

peribadi penjawat awam. Beliau seterusnya menegaskan kelemahan integriti tidak terhad kepada semata-mata kepada penyelewengan kebendaan yang nyata seperti wang atau

harta benda kerajaan, tetapi juga kepada tanggungjawab.

Kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas, kepimpinan juga merupakan

pembolehubah penting bagi pembentukan perkhidmatan awam berintegriti. Ini selaras dengan pendapat Ainon (2005) yang menegaskan bahawa kejayaan di tempat kerja atau

organisasi tidak dapat dipisahkan daripada fungsi-fungsi ketuaan dan kepimpinan. Menurut Yukl (2006), kepimpinan telah lama diperbahaskan di seluruh dunia terutamanya oleh sarjana dalam bidang pengurusan. Manakala Aminuddin (1990) pula

menegaskan, kepimpinan bukanlah satu topik baru. Beliau seterusnya menegaskan dalam psikologi, kepimpinan telah dikaji sejak tahun 1920-an. Justeru itu, pelbagai definisi

mengenai kepimpinan telah dikemukakan oleh pengarang dari pelbagai disiplin pengajian. Contohnya, Quick dan Nelson (2009:398) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses menyediakan panduan dan halatuju perlakuan pengikut dalam sesuatu

persekitaran kerja. Manakala Greenberg (2011), pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses yang mana seseorang mempengaruhi perlakuan ahli-ahli dalam kumpulan

(16)

Seperti juga sektor-sektor lain, perkhidmatan awam juga memerlukan kepimpinan. Dalam konteks perkhidmatan awam, pemimpin setiap agensi kerajaan juga merupakan

sebahagian daripada modal insan yang menggalas tanggungjawab besar dalam membangunkan perkhidmatan awam yang berintegriti. Cohen (2010) menegaskan kualiti yang paling penting yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah integriti. Menurut

Mohd Shauki (2009), amanah adalah asas kepada kepimpinan berintegriti. Dalam konteks kepimpinan dalam perkhidmatan awam, kedudukan untuk memimpin sesebuah organisasi

merupakan amanah dan bukannya kekuasaan. Mohd Shauki seterusnya menegaskan kepimpinan adalah tugas serta tanggungjawab dan bukannya keistimewaan. Berpandukan akhlak Islam, pemimpin berintegriti memiliki sifat siddiq (benar), Amanah, tabliqh

(menyampaikan) dan Fatanah.

Pembangunan modal insan penjawat awam

Oleh kerana modal insan berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran maka pembangunan modal insan harus menjadi agenda utama negara. Untuk mencapai

kemajuan ekonomi dan teknologi, kesejahteraan peribadi, sosial dan persekitaran memerlukan penyuburan budaya ilmu yang segar (Wan Mohd Nor,2011) yang berkait

rapat dengan aktiviti pembelajaran. Pembangunan modal insan yang berkesan dan holistik seharusnya menyediakan peluang pembelajaran yang seluas-luasnya kepada setiap individu melibatkan sinergi antara pembelajaran formal, non-formal dan informal

(17)

Rajah 4: Pembelajaran Untuk Pembangunan Modal Insan

Berdasarkan Rajah 4 di atas, pembangunan modal insan seharusnya berpaksikan kepada pembelajaran formal. Pembelajaran non-formal dan informal dimerupakan pelengkap

apabila keperluan pembelajaran tidak dapat dipenuhi oleh pembelajaran formal (Adanan dan Mohd Azhar, 2007). Kandungan pembelajaran non-formal dan informal yang berbeza dengan pembelajaran formal, memperlengkapkan penjawat awam dengan

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membina character yang diperlukan perkhidmatan awam.

Kesimpulan

Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan satu perencanaan halatuju untuk mencapai wawasan 2020. Skop GTP adalah meluas yang merangkumi setiap kementerian

M O D A L I N S A N

FORMAL

INFORMAL

NON-FORMAL

(18)

dan agensi kerajaan. Perkhidmatan awam berintegriti merupakan pembolehubah utama yang menentukan kejayaan GTP. Justeru perkhidmatan awam perlu memiliki

kepimpinan dan modal insan yang memiliki kemahiran profesional, kemahiran sosial dan keunngulan peribadi untuk melaksanakan amanah seperti yang digariskan dalam GTP sejajar dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Warren Buffet

(Dalam Mustafar, 2009) pernah menegaskan ‘dalam usaha untuk mencari pekerja, pilihlah mereka yang mempunyai tiga kualiti berikut integriti, kebijaksanaan dan tenaga.

(19)

Bibliografi

Adanan Mat Junoh, Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Zulkiple Abd Ghani. (2010). Pembelajaran Non-Formal Di Masjid: Pelengkap Kepada Program Pembangunan Modal Insan Organisasi. Kertas kerja di bentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Masjid. Shah Alam.

Adanan Mat Junoh dan Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). Pembinanaan Modal Insan dan Modal Intelek: Peranan, Strategi dan Cabaran Kepimpinan Strategik. Kertas kerja dibentangkan di Kolikum Kepimpinan Politeknik pada 16 Novermber 2007 di Hotel Royal Aldelphi Seremban.

Aida Suraya Hj A Kahar. (2008). Model Kepuasan Pelanggan Bagi Laman Web E-Runcit. Projek Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ainon Mohd. (2005). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat kerja. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Akademi Pengurusan Yapeim. (2010). Pengurusan Islami: Menghayati prinsip dan nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan Yapeim.

Alauddin Sidal, Mohd Azizal Abd Aziz dan Siti Kamariah Ghazali. (2009). Cabaran Menjayakan Kerajaan Elektronik: Tinjauan Ke atas Aspek Petugas, Bentuk Teknologi dan Persekitaran Teknologi. Jurnal Excellence. N0 1(1). 101 -114. Aminuddin Mohd Yusof. (1990). Kepimpinan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Cohen, W.A.(2010). Heroic leadership. Leading with integrity and Honor. San Francisco: Jossey-Bass.

Becker, G.S. (2007). Human capital.

http://www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html

Greenberg, J. (2011). Behavior in organization. (10th ed). Edinburgh gate: Pearson

Education Limited.

Ismail Adam. (2009). Pekerja Berintegriti: Sumber Manusia Cemerlang Untuk Perkhidmatan Awam. Dalam Mustafar Haji Ali dan Adanan Mat Junoh (editor). Integriti dan Islam. Aplikasi berkesan membangun ummah. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

(20)

Kerajaan Malaysia. (2006). Unleasing human potential/menjana potensi insan. Putra Jaya: Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kerajaan Malaysia. (2008).Pelan Integriti Nasional. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2009).Laporan Tekad 2008. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Kerajaan Malaysia. (2010). Program Transformasi Kerajaan: Pelan Hala tuju. Putra Jaya: Jabatan Perdana Menteri.

Mazlan Ismail. (2011). Pengurusan Berintegriti. KPI dan NKRA 1 Malaysia dari perspektif Islam. Dalam Shahlan Ismail (editor). Menjana negara sejahtera dan bahagia menjelang 2020. Kuala Lumpur: Ilham Baru Publications.

Mohd Shauki Abd Majid. (2009). Amanah Asas Kepimpinan Bertintegriti. Dalam Mustafar Haji Ali dan Adanan Mat Junoh (editor). Integriti dan Islam. Aplikasi berkesan membangun ummah. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Mullins, L.J. (2010). Management & Organizational Behavior. (9th ed). Edinburgh Gate: Pearson Eduction Limited.

Mustafar Haji Ali. (2009). Integriti dan Islam. Aplikasi berkesan membangun ummah. Dalam Mustafar Haji Ali dan Adanan Mat Junoh (editor). Integriti dan Islam. Aplikasi berkesan membangun ummah. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.

Quick, J.C.,& Nelson, D.L. (2009). Principles Of Organizational Behavior. Realities and Challenges. Singapore: South-Western.

Yulk, G. (2006). Leadership in organization. (6th ed). New Jersey: Pearson International

(21)

Referensi

Dokumen terkait

keempat ini, PeAB mengiktiraf terdapat perbezaan diantara kerajaan dan warganegara serta perniagaan dengan pelanggan. Merujuk pengguna perkhidmatan awam sebagai

Surat pekeliling ini menjelaskan langkah-Iangkah yang perlu diambil oleh penjawat awam untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik serta memperluas

Pengurus di peringkat bahagian, cawangan dan unit tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam mempromosi kepentingan etika dan integriti perkhidmatan awam, kesan negatif

 Objektif INSAN: Melaksanakan program latihan dan pembangunan agar anggota Perkhidmatan Awam Negeri memiliki pengetahuan dan kemahiran melaksanakan Program

Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah Tahun 2008 Bahagian VII (PPPANS 2008) menetapkan bahawa pegawai & pesara Perkhidmatan Awam Negeri yang menerima pencen

Kajian ini menggunakan sumber sekunder untuk menerangkan konsep kemudahsampaian secara umum yang khusus dalam perkhidmatan pengangkutan awam.. Antara sumber sekunder digunakan dalam

KESIMPULAN Dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya penilaian responden pelajar atlet terhadap kualiti perkhidmatan fasiliti sukan di Universiti Awam Malaysia adalah tinggi

Maka, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis pemilikan aset dalam kalangan penjawat awam dan mengkaji elemen kewangan iaitu pengetahuan kewangan, sikap kewangan dan