• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan diantara Motivasi Akademik Hubu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan diantara Motivasi Akademik Hubu"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

Hubungan diantara Motivasi Akademik, Hubungan Guru-pelajar, dan

Learned Helplessness dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah

Padang Terap, Kedah.

Noor Atiqah Bt Mohd Noh

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia tqahnoh@yahoo.com

Puan Siti Suria Bt Salim

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

ssuriasalim@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara aka demik motivasi, hubungan pelajar dan guru, dan learned helplessness dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kedah. Tiga buah sekolah telah dipilih secara rawak di Daerah Padang Terap, Kedah dan 240 orang pelajar tingkatan empat telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Boring soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Questionnaire was used in order to collect the data. Learned Helplessness Questionnaire, Academic Motivation Scale and Teacher -student Relationship Inventory telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mampu menjadikan para pendidik lebih peka dengan gejala learned helplessness dan bagaimana masalah ini menjadi penghalang kepada pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, hasil kajian ini mampu memberi sedikit pengetahuan asas psikologi kepada pendidik dan masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa selain daripada ibu bapa, hubungan pelajar dan guru juga merupakan salah satu aspek yang memberi kesan dalam tingkah laku, pemikiran dan motivasi untuk belajar kepada pelajar (Cornelius-White, 2007).

KATA KUNCI: Learned helplessness, hubungan guru-pelajar, akademik motivasi

1.0 PENGENALAN

Belia yang berilmu dan berwawasan merupakan aset yang bernilai kepada ekonomi dan sosial sesebuah negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang bagi menghasilkan belia yang berkualiti kepada negara. Salah satu faktor yang menyumbang adalah kesihatan mental seseorang terutamanya dalam arus permodenan yang semakin pesat kini. Kesihatan mental pelajar yang terganggu akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan dan juga pencapaian akademik mereka.

Gejala learned helplessness dapat dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Learned helplessness adalah keadaan di mana pelajar percaya bahawa mereka tidak berupaya untuk mengawal keadaan sekeliling walaupun telah banyak kali mencuba (Hsu, 2011). Keadaan ini berlaku kesan daripada kekerapan mengalami kegagalan yang membuatkan pelajar berasa takut untuk mencuba lagi. Hal ini membuatkan seseorang yang mengalami learned helplessness berasa takut ingin mencuba. Learned helplessness juga dapat di kaitkan dengan beberapa masalah psikologi seperti kemurungan, kebimbangan, fobia, malu, rendah diri dan kesunyian.

Berdasarkan kajian daripada Atherton (2009), pelajar learned helplessness dianggap sebagai seorang yang dapat mengawal pembelajaran sendiri. Walau bagaimanapun, Atherton menyatakan bahawa keinginan pelajar untuk belajar telah lupus hasil daripada kemerosotan motivasi, kognitif dan emosi yang terhasil daripada peristiwa yang tidak menyenangkan dan tidak dapat di kawal oleh mereka. Selain itu, kajian daripada Diener dan Dweck (1978) menunjukkan kanak-kanak yang learned helplessness lebih cenderung untuk mempunyai prestasi pembelajaran yang lemah, kegagalan dalam pembelajaran dan kurang keupayaan diri.

(2)

Gejala learned helplessness ini sering kali di salah tafsir oleh masyarakat sebagai masalah kurang upaya dan malas (Rahal, 2010). Walhal, keadaan learned helplessness boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukan hanya kepada warga kurang upaya. Masalah ini menjadi semakin parah apabila masyarakat sekeliling tidak menyedari dan tidak mempedulikan gejala learned helplessness ini dalam kalangan pelajar. Pelajar yang mengalami gejala ini memerlukan sokongan dan perhatian daripada masyarakat sekeliling bagi membolehkan mereka membantu diri sendiri.

Pelajar yang mengalami masalah ini berasa cepat berputus asa dan tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri. Mereka percaya bahawa setiap tindakan yang mereka lakukan tidak akan membuahkan sebarang hasil. Tan Sri Lee Lam Thye yang merupakan Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental mengatakan bahawa masalah ini menjadi semakin kritikal ekoran sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan pemikiran aras tinggi (Borneo Post, October 2012). Malahan sikap sesetengah pihak yang mengambil mudah tentang masalah ini telah menyebabkan pelbagai insiden yang tidak di ingini telah berlaku seperti kegagalan dalam pelajaran dan kejadian bunuh diri (Harwitz & Ravizza, 2000).

2.0 TUJUAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi akademik,hubungan guru dan pelajar, dan learned helplessness dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Seperti yang telah di nyatakan, learned helplessness adalah satu keadaan yang kurang mendapat perhatian umum dan sering disalah tafsir oleh masyarakat. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat sekelilng terutamanya ibu bapa dan pendidik tentang gajala learned helplessness. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar learned helplessness memerlukan sokongan daripada sekeliling untuk mengembalikan semula keyakinan terhadap diri mereka sendiri.

Hasil kajian ini boleh menjadi sebagai rujukan kepada penyelidik pada masa akan datang yang berminat untuk mengkaji mengenai gejala learned helplessness. Hal ini kerana kajian mengenai learned helplessness terhadap pelajar sekolah sangat kurang dikaji di Malaysia. Hasil kajian ini dapat memberi pengkaji akan datang sedikit informasi mengenai masalah learned helplessness di Malaysia serta gambaran terhadap faktor-faktor yang menjadi penyebab learned helplessness dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, hasil kajian ini juga mampu memberi kesedaran kepada pendidik mengenai masalah learned helplessness dalam kalangan pelajar dan bagaimana masalah ini mampu menjadi batu penghalang kepada kejayaan seseorang individual. Pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang masalah ini jika mereka mahu membantu pelajar memperolehi kejayaan (Kerr,2001). Pendidik perlu memahami terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum dapat membantu menyelesaikannya.

Tidak semua pendidik mempunyai asas ilmu pengetahuan psikologi pelajar. Justeru, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mampu memberi pencerahan tentang masalah ini. Pelajar juga terdedah dengan potensi untuk gagal walaupun pelbagai jenis cara pengajaran di ubah suai untuk membantu mereka (Sutherland & Singh, 2006).

3.0 KERANGKA THEORI DAN KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN

3.1 Kerangka Theori

Beberapa theori yang bersesuaian dengan pembolehubah kajian telah dipilih untuk mencapai tujuan kajian. Dalam kajian ini, Learned Helplessness Theory oleh Seligman (1967) telah digunakan untuk menerangkan konsep sebenar masalah learned helplessness dalam kalangan pelajar. Learned helplessness terjadi apabila individu mengalami kegagalan yang berulang kali sehingga membuatkannya tidak lagi percaya kepada kebolehan diri sendiri. Pelajar yang mengalami masalah learned helplessness merasakan mereka bodoh, tidak berguna dan tidak layak untuk mendapat sesuatu yang baik (Thompson, 2010).

(3)

Oleh itu, Konsep Model Hubungan Guru-Pelajar digunakan dalam kajian ini untuk melihat perkaitan di antara pelajar dan guru. Berdasarkan model ini, hubungan guru dan pelajar mempunyai pelbagai tahap interaksi yang dinamik antara kedua-duanya. Komponen utama dalam perhubungan guru dan pelajar adalah termasuk ciri-ciri individu, hubungan diwakili, pertukaran maklumat yang terlibat oleh kedua-dua pihak dan pengaruh luar kepada hubungan (Pianta, 1999). Hasil kajian juga menunjukkan pelajar yang merasakan diri mereka mendapat sokongan daripada guru lebih cenderung untuk mempunyai harga diri (self-esteem) yang tinggi (Jones & Hensley, 2012) yang merupakan halangan kepada masalah learned helplessness.

Dalam usaha membantu pelajar guru seharusnya mengetahui pendekatan yang terbaik serta mampu memberikan kesan positif kepada pelajar. Self Determination Theory oleh Edward L. Deci dan Richard M. Ryan digunakan dalam kajian ini bagi mengenal pasti tahap motivasi pelajar dan juga jenis motivasi yang mempengaruhi pelajar learned helplessness dalam pelajaran. Terdapat tiga jenis motivasi yang memberi kesan kepada motivasi akademik pelajar. Setiap individu mempunyai jenis motivasi tersendiri yang dapat memotivasikan mereka. Kajian daripada Hsu (2011) mendapati bahawa kepelbagaian jenis personaliti pelajar melihat kegagalan mereka dalam pelajaran berbeza antara satu sama lain.

Elemen dalam motivasi pelajar secara terperinci dijelaskan melalui Weiner’s Attribution Theory yangmerupakan lanjutan kepada Self-Determination Theory. Teori ini mencadangkan bahawa setiap individu cuba untuk menjelaskan kejayaan dan kegagalan diri sendiri atau orang lain dengan kesesuaian 'pengiktirafan' tertentu. Setiap jenis motivasi mempunyai pengiktirafan yang berbeza. Pengiktirafan boleh dikategorikan sebagai luaran dan dalaman serta boleh dikawal ataupun tidak dapat dikawal. Empat simbol yang mengakibatkan gabungan dalaman atau luaran adalah kebolehan, nasib, usaha dan kesukaran tugas (Weiner, 2010).

Berdasarkan teori-teori yang dibincangkan, kajian ini dijangka untuk mengetahui faktor-faktor yang berkaitan dan jenis motivasi yang mempengaruhi learned helplessness. Hubungan guru dan pelajar juga dijangka mampu memberi kesan ke atas learned helplessness. Oleh itu, rangka kerja konseptual ini dibangunkan berdasarkan teori-teori yang telah dibincangkan.

Gambarajah 1: Kerangka konseptual kajian

3.2 Learned Helplessness dan Hubungan Guru-Pelajar

Kajian mendapati bahawa sokongan guru, sokongan rakan sebaya dan juga autonomi kendiri merupakan faktor yang penting dalam membendung gejala learned helplessness. Kajian ini disokong oleh kajian lepas yang menekankan bahawa komunikasi pelajar dan guru adalah penghubung kepada sokongan guru (Van Ryzin, Gravely, & Roseth, 2009). Sokongan guru boleh di kategorikan sebagai salah satu perasaan dihargai kerana mampu membuatkan individu merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada ahli kelas. Tanpa sokongan di dalam kelas, pelajar akan berasa terasing dan melunturkan minat mereka untuk belajar.

Kajian ini disokong oleh hasil kajian daripada Pianta dan Hamre (2006) yang mendapati hungan negatif pelajar dan guru akan memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar dalam gred pertama dan kedua di sekolah. Hal ini berlaku kerana semasa awal kemasukan persekolahan, pelajar masih belum membiasakan diri dengan persekitaran sekolah yang baru. Pianta dan Hamre (2006) menjelaskan bahawa salah satu penyebab yang menghalang pelajar berjaya dalam akademik adalah hubungan yang kurang baik di

Hubungan

Guru-Pelajar

✓ The Conceptual Model of Teacher–Child

Akademik motivasi

-intrinsik

-ekstrinsik

-amotivation

Self Determination Theory

Weiner Attribution Theory

Learned Helplessness

(4)

antara guru dan pelajar. Hubungan baik antara guru dan pelajar boleh menjadi penghalang kepada perasaan berputus asa untuk belajar di sekolah.

Kajian daripada Sabol dan Pianta (2012) juga menunjukkan bahawa hubungan guru dan pelajar mampu untuk mencorak konsep kendiri pelajar dan memberi kesan dalam jangka masa panjang. Konsep kendiri ini membuatkan mereka mengenali diri mereka sendiri. Konsep kendiri yang positif mampu membuatkan pelajar yakin dengan diri mereka sendri.

Di samping itu, kajian lain menunjukkan bahawa kebergantungan ke sekolah (school attachement) merupakan salah satu penghalang yang terbaik kepada masalah kemurungan di dalam pencapaian akademik. Thapar, Collishaw,Pine dan Thapar (2012), merumuskan bahawa kemurungan boleh di kaitkan dengan kurangnya motivasi diri yang menyebabkan kita menerima tenaga positif yang rendah serta serta terdedah kepada keletihan. Hal ini telah mengurangkan keupayaan kita untuk berfikir serta memberi perhatian kepada sesuatu perkara. Hubungan baik antara pelajar dan guru boleh meningkatkan kebergantungan pelajar ke sekolah (Sabol dan Pianta, 2012). Kebergantungan pelajar ke sekolah boleh mengelakkan mereka menjadi kemurungan dan berputus asa dalam pelajaran.

3.2 Learned Helplessness dan Akademik Motivasi

Hasil kajian daripada Elmelid et al. (2015) menunjukkan hubungan signifikan yang negatif antara gejala kemurungan dengan akademik motivasi yang mengakibatkan penurunan pelajar ke sekolah. Kajian daripada Fischer, Schult dan Hell (2013) mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang negatif antara kebimbangan dan juga pencapaian akademik. Selain itu, tahap kebimbangan yang tinggi juga memberi kesan kepada akademik motivasi pelajar. Mempunyai perasaan kebimbangan mejadikan pelajar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Tetapi mempunyai tahap kebimbangan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kurang keyakinan diri.

Kajian ini di sokong oleh hasil kajian daripada Iroegbu (2013) yang mendapati bahawa ujian kebimbangan mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian akademik. Berdasarkan hasil kajian, tahap kebimbangan seseorang secara signifikan mampu mempengaruhi pencapaian akademik. Selain itu, kajian daripada Elmelid et al. (2015) mendapati bahawa kebimbangan mempunyai hubungan yang positif dengan akademik motivasi tetapi secara negatif berkait dengan gejala kemurungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemurungan yang tinggi adalah tidak sesuai untuk pelajar. Hal ini kerana tahap kemurungan yang terlalu tinggi boleh menjejaskan motivasi pelajar untuk belajar. Walau bagaimapun, mempunyai sedikit perasaan kebimbangan adalah perlu kerana ia mampu merangsang akademik motivasi seseorang.

Baeten et al. (2013) menyatakan bahawa sokongan guru dan kekerapan ke sekolah memberi kesan yang positif kepada akademik motivasi pelajar secara tidak langsung menyumbang kepada pencapaian akademik walaupun dengan kehadiran kebimbangan dan kemurungan. Kebimbangan adalah secara signifikan mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik bagi pelajar lelaki dan perempuan. Tahap motivasi pelajar yang tinggi mungkin mengalami tahap kebimbangan yang tinggi kerana mereka sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Namun begitu, seseorang yang mempunyai tahap akademik motivasi yang rendah mungkin akan berasa kurang kebimbangan kerana mereka tidak mempunyai sebarang matlamat untuk dicapai (Elmelid et al. 2015).

4.0 KESIMPULAN

Jesteru, perhatian orang ramai terhadap masalah ini amat diperlukan. Terdapat pelbagai faktor yang mampu mendorong kepada gejala learned helplessness. Gejala ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar malahan kepada semua peringkat umur dan status. Oleh itu, hasil kajian yang telah dijalankan, dapat memberi pencerahan kepada pendidik tentang gejala learned helplessness serta mengetahui bagaimana learned helplessness mampu menjadi penghalang kepada seseorang untuk berjaya. Jika perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya, pelajar akan terus terdedah kepada kegagalan walaupun pelbagai jenis pendekatan telah diubahsuai membantu pelajar (Sutherland & Singh, 2006).

(5)

RUJUKAN

Abramson, L.Y., Garber, J., and Seligman, M.E.P. (1980). Learned helplessness in humans: An attributional analysis. In J. Garber and M.E.P. Seligman (Eds.), Human Helplessness. New York: Academic Press, 3-35.

Baeten, M., Dochy, F., & Struyven, K. (2013). The effects of different learning environments on students' motivation for learning and their achievement. British Journal of Educational Psychology, 83(Pt. 3), 484-501. http://dx.doi.org/10.1111/j.2044-8279.2012.02076.x.

Baker, J. (2006). Contributions of teacher-child relationships to positive school adjustment during elementary school. Journal of School Psychology. 44:211–229.

Christle, C. A., Jolivette, K. & Nelson, M. (2007). School Characteristics Related to High School Dropout Rates Remedial and Special Education. ProQuest Education Journals, 28(6): 325.

Cornelius-White, J. (2007). Learner-centered teacher–student relationships are effective: A

metaanalysis. Review of Educational Research, 77, 113–143. doi: 10.3102/003465430298563

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human behavior. New York: Plenum

Dweck, C. S. and Reppucci, N.C. (1973). Learned Helplessness and Reinforcement

Responsibility in Children,”. Journal of Personality and Social Psychology, 25(1):109-116. DOI: 10.1037/h0034248

Downey, J.A. (2008). Recommendations for fostering educational resilience in the Classroom. Preventing School Failure, 53, 56-63.

Elmelid, A. , Stickley, A., Lindblad, F., Schwab-Stone, M. , Henrich, C.C. and Ruchkin,

V.(2015). Depressive symptoms, anxiety and academic motivation in youth: Do schools and families make a difference?. Journal of Adolescence 45 ,174-182.

Fischer, F., Schult, J., & Hell, B. (2013). Sex differences in secondary school success: why

female students perform better. European Journal of Psychology of Education, 28(2), 529-543.

Gablinske, P.B. (2014). A case study of student and teacher relationships and the effect on student learning. Unpublished PhD, Rhode Island College, University of Rhode Island.

Gellerman, S.W. (1992). Motivation in the Real World, Penguin Group, New York, NY, .Al-

Harwitz, D., Ravizza L. (2000). Suicide and depression. Emerg Med Clin North Am, 18(2):263- 71

Heider, F (1944). "Social perception and phenomenal causality". Psychological Review 51: 358– 374. doi:10.1037/h0055425

Heider, F. (1958). The psychology of interpersonal relations. New York: John Wiley & Sons.

Iroegbu, M. N. (2013). Effect of test anxiety, gender and perceived selfconcept on academic

performance of Nigerian students, International Journal of Psychology and Counselling, 5(7): 143-146, DOI: 10.5897/IJPC2013.0218

Khazalah, Mohammad S (2012).The teacher-student relationship in light of applying

(6)

Liu, H. (2012). Understanding EFL Undergraduate Anxiety in Relation to Motivation,

Autonomy, and Language Proficiency. Electronic Journal of Foreign Language Teaching, 9(1): 123–139.

Lorant, V., Deliege, D., Eaton, W., et al .(2003). Socioeconomic inequalities in depression: a meta-analysis.American Journal of Epidemiology, 157, 98– 112.

Pianta, R. C., Hamre, B. K. , and Allen, J. P. (2012). Teacher-Student Relationships and

Engagement: Conceptualizing, Measuring, and Improving the Capacity of Classroom Interactions, S.L. Christenson et al. (eds.), Handbook of Research on Student Engagement, 365. DOI 10.1007/978-1-4614-2018-7_17

Pianta, R. C., Hamre, B., & Stuhlman, M. (2003). Relationships between teachers and children. In W. Reynolds and G. Miller (Eds.), Comprehensive handbook of psychology: Vol. 7. Educational psychology, 199–234.

Peterson, C., S. F. Maier, and M. E. P. Seligman. 1993. Learned helplessness: A theory for the age of personal control. New York: Oxford Univ. Press.

Sakineh, M. , Liew, J.M., & Ikechukwu Uba. (2015). Peer relationship safeguards for learned helplessness behavior. Global Journal of Business and Social Science Review, 1(2). 449-453.

Sabol, T. J., & Pianta, R. (2012). Recent trends in research on teacher-child relationships. Attachment & Human Development, 14(3), 213-231.

Seligman, M.E. & Maier, S.F. (1967). Failure to Escape Traumatic Shock. Journal of Experimental Psychology, 74, 1–9

Seligman, M.E. (1975). Helplessness: On Depression, Development, and Death. San Francisco: W.H. Freeman.

Thapar, A., Collishaw, S., Pine, D. S., & Thapar, A. K. (2012). Depression in adolescence. Lancet, 379(9820), 1056–1067. http://doi.org/10.1016/S0140-6736(11)60871-4

Thompson, J.A.(2010). Learned Helplessness: You’re Not Trapped. GoodTherapy.org, retrieved on 15 October 16, 2016 at http://www.goodtherapy.org/

Vallerand, R. J., & Bissonnette, R. (1992). Intrinsic, extrinsic, and amotivational styles as predictors of behavior: A prospective study. Journal of Personality, 60, 599–620.

Vallerand, R. J., & Reid, G. (1984). On the causal effects of perceived competence on intrinsic motivation: A test of cognitive evaluation theory. Journal of Sport Psychology, 6, 94–102.

Referensi

Dokumen terkait

yang diberikan atau piutang, investasi yang diklasifikasikan dalam kelompok dimiliki hingga jatuh tempo atau aset keuangan yang diukur pada nilai wajar melalui

Komposit merupakan bahan gabungan secara makro, maka bahan komposit dapat didefinisikan sebagai suatu material yang tergabung dari campuran atau kombinasi dua atau

Hasil dari layanan ini, pelanggan tanpa harus melihat ke website langsung ke tempat travel, cukup hanya mengirimkan SMS ke layanan informasi ini dengan format SMS yang telah

Tingkat pengetahuan anak usia Sekolah Dasar tentang pencegahan diare sebelum diberikan pendidikan kesehatan di nyatakan kurang pengetahuan dan sesudah di berikan

Perumahan adalah k elompok rumah yang berfungsi sebagai lingkungan tempat tinggal atau hunian yang dilengkapi dengan prasarana lingkungan yaitu kelengkapan dasar

Desa dapat lebih fokus dalam mengintenfisikasi pelayanan publik serta pembangunan dalam skala yang lebih kecil. Kenyataan tersebut setidaknya mendorong otonomi yang

Ketercapaian remaja melakukan penyesuaian sosial dalam aspek ini memang berada pada skor 80,02% dan seperti yang telah dipaparkan sebelumnya maka dapat dikatakan skor yang

Apibendrinant suaugusiųjų mokyklą lankančių jaunuolių šeimos santykių ypatybes, galima teigti, kad daugelis jaunuolių turi sunkumų bendraudami su artimaisiais.. Norint