• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEJAHTERAAN SOSIAL INDIVIDU MELALUI PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESEJAHTERAAN SOSIAL INDIVIDU MELALUI PE"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

KESEJAHTERAAN SOSIAL INDIVIDU MELALUI PENGLIBATAN AKTIVITI MASA SENGGANG PELAJAR

Muhammad Naqib Zakwan Bin Ahmad Shokhaily Anuar bin Ahmad

ABSTRAK Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan yang wujud antara penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu. Penglibatan aktiviti masa senggang yang dilihat adalah jenis aktiviti masa senggang aktif dan pasif. Manakala kesejahteraan sosial individu yang ditinjau hanya melibatkan aspek komunikasi, tanggungjawab dan sumbangan. Selain itu, perkara yang ditinjau adaah faktor pendorong kepada penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang. Kajian ini juga melihat jenis aktiviti masa senggang yang sering pelajar libatkan diri mereka sendiri. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan instrument soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial individu pelajar. Sampel kajian ini melibatkan seramai 200 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat sekolah menengah di sekitar Daerah Kapit, Sarawak. Soal selidik dibina berdasarkan adaptasi dari kajian-kajian lepas. Hasil kajian rintis menunjukkan keseluruhan konstruk berdasarkan analisis Cronbach Alpha berada pada tahap kebolehpercayaan iaitu 0.645. Dapatan data diperolehi dengan menggunakan SPSS 21. Analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala analisis inferens menggunakan kolerasi pekali Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang pasif dengan kekerapan dan peratus yang lebih tinggi berbanding aktiviti masa senggang aktif. Selain itu, faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang pelajar adalah faktor minat diikuti faktor ibu bapa, faktor rakan serta faktor kemudahan. Kolerasi pekali Pearson pula menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu. Implikasi kajian menunjukkan penglibatan aktiviti masa senggang pelajar perlu dititikberat oleh semua pihak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial individu pelajar yang holistik.

(2)

PENGENALAN

Setiap manusia memerlukan masa untuk merehatkan diri dengan kesibukan menjalankan aktiviti harian. Masa untuk merehatkan diri dan diisi dengan aktiviti-aktiviti dikenali dengan masa lapang atau dalam bidang sosiologi disebut sebagai masa senggang. Dari aspek sosiologi, masa senggang ialah kajian bagaimana manusia mengisi dan menganjurkan masa lapang mereka (Mahzan dan Razaq 2013). Kesenggangan boleh didefinisikan juga dengan masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada individu tersebut. Ini kerana masa lapang adalah masa yang bebas yang merupakan masa perhentian manusia daripada sebarang rutin kerja atau yang digunakan untuk membuat aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain muzik, bersukan, memancing, berhibur dan lain-lain. Tiap-tiap manusia perlu untuk mempunyai masa yang terluang selain daripada bekerja, belajar atau sibuk dengan urusan orang lain tanpa memberi masa yang sesuai kepada diri sendiri. Menurut Rusimah dan Zakiyah (2002) waktu senggang merupakan sebahagian daripada masa di dalam kehidupan setiap manusia. Ini menunjukkan bahawa setiap manusia perlu ada masa untuk melakukan aktiviti mengikut kepada minat serta kesempatan masa dan juga peluang untuk melapangkan fikiran serta merehatkan diri sendiri. Menurut Rusimah Sayuti dan Zakiyah Jamaluddin (2002) waktu lapang atau senggang adalah salah satu indikator di dalam penggunaan masa. Manusia wajib mempunyai masa lapang untuk diri sendiri kerana masa senggang adalah hak tiap insan untuk pengurusan masa dalam rutin harian atau kehidupan mereka.

Aktiviti-aktiviti masa senggang yang disertai oleh para pelajar selalunya melibatkan hobi serta waktu di luar sesi persekolahan. Penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang ini adalah bebas kepada minat dan keupayaan pelajar itu sendiri tidak kira tempat aktiviti tersebut dilakukan. Selalunya, aktiviti masa senggang yang melibatkan aktiviti luar dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menggalakkan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan (Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013). Apabila pelajar memilih dan melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang yang bersesuaian, ini dapat membantu mereka untuk menjadi seorang manusia yang lebih proaktif, kreatif dan agresif di dalam bidang mereka sendiri pada masa akan datang. Pemilihan aktiviti-aktiviti masa senggang oleh para pelajar memberi impak serta kesan samada positif dan negatif kepada diri mereka. Ini kerana jenis-jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan amat penting untuk memastikan pembangunan belia yang positif dan berkualiti (Indeks Belia Malaysia 2011).

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan sosial individu pelajar sekolah menengah di Kapit.

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti jenis aktiviti-aktiviti masa senggang pelajar sekolah menengah di Kapit

ii. Mengenalpasti faktor-faktor penglibatan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kapit.

(3)

PERSOALAN KAJIAN

Akibat daripada hubungan aktiviti melepak terhadap tingkah laku anti sosial pelajar di sekolah menengah, maka kajian ini dilakukan adalah untuk melihat:

1. Apakah jenis-jenis aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kapit?

2. Apakah faktor penglibatan aktiviti masa senggang pelajar sekolah menengah di Kapit?

3. Adakah wujud hubungan penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang terhadap kesejahteraan sosial individu pelajar sekolah menengah di Kapit.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian memacu arah negara kita samada ke arah yang lebih baik atau tidak baik. Remaja yang terlibat adalah remaja di peringkat awalan atau belia awal dalam lingkungan 13-18 tahun yang meupakan pelajar sekolah menengnah di Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah banyak dilakukan remaja pada masa kini. Pemilihan dan penglibatan aktiviti masa senggang yang negatif semakin membimbangkan menjadi barah dalam kalangan remaja di Malaysia. Ini mengakibatkan pengaruh yang besar kepada kesejahteraan sosial para remaja. Oleh yang demikian, mengenal pasti perhubungan antara penglibatan dan pemilihan aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh remaja dengan kesejahteraan sosial individu remaja sangat penting untuk memahami remaja. Ini kerana adalah untuk memastikan masyarakat dapat bertindak dengan prihatin dan jitu untuk membanteras dan membendung gejala yang tidak sihat dalam kalangan remaja masa kini. Jadi, keadaan ini menarik perhatian untuk membuat kajian berkenaan hubungan penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu remaja di daerah yang terpilih. Dengan membuat kajian terhadap hubungan penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu remaja memberi kepentingan yang diharapkan dapat membantu beberapa pihak dari segi:

i. Memberi sumbangan kepada institusi pendidikan untuk mengetahui tentang penglibatan dan pemilihan jenis aktiviti masa senggang yang sesuai dengan pelajar seterusnya memberi impak positif kepada kesejahteraan sosial individu. ii. Membuka mata dan memberi kesedaran kepada pemimpin-pemimpin tempatan di

daerah Kapit untuk lebih serius dalam menangani jenis aktiviti masa senggang yang tidak elok yang menjerumus kepada kesejahteraan sosial individu yang tidak baik.

(4)

faktor remaja melakukan aktiviti masa senggang seterusnya mempengaruhi keperibadian sosial mereka.

iv. Dapat membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti masa senggang yang negatif yang semakin berleluasa di daerah Kapit.

v. Menyalurkan maklumat kepada ibu bapa atau penjaga untuk sentiasa memantau dan memastikan para remaja tidak pergi keluar melakukan aktiviti masa senggang negatif dan memberi perhatian untuk memenuhi keinginan remaja dari segi aspek yang positif.

Masa senggang dapat dikaitkan dengan perubahan kesejahteraan sosial individu pelajar sekolah menengah. Penglibatan masa senggang dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian membantu untuk membentuk kesejahteraan sosial individu remaja yang baik seterusnya memberi kesan positif dalam masyarakat. Jika remaja memilih untuk mengfokuskan aktiviti masa senggang yang menyeronokkan semata-mata tanpa mengambil kira kepada faktor masalah sosial, ini akan menyebabkan ketidaksejahteraan sosial yang negatif wujud dalam kalangan remaja. Dengan kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu banyak pihak dalam memantau aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh remaja pada masa akan datang. Bimbingan dan tunjuk ajar dalam pengisian aktiviti masa senggang remaja sedikit sebanyak diharapkan juga dapat membantu untuk mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa kini dan masa akan datang.

KAJIAN LITERATUR Jenis Aktiviti Masa Senggang

Masa senggang yang disebut di dalam bahasa Inggeris adalah Leisure. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu licere yang bermaksud “bebas”. Dalam bahasa Perancis pula, perkataan yang dikaitkan adalah loisir yang membawa maksud “diizinkan”. Dalam konteks Malaysia, konsep masa senggang merujuk kepada masa lapang. Jadi, aktiviti yang dilakukan ketika masa senggang adalah aktiviti masa lapang yang tidak berkaitan dengan kerja. Setiap individu dan manusia berhak untuk bebas memilih aktiviti yang ingin dilakukan ketika masa lapang. Menurut satu konsep kesenggangan yang telah dibuat oleh tokoh falsafah, Aristotle terdapat 7 konsep iaitu:

i. Senggang sebagai keseronokan ii. Senggang sebagai kerja

iii. Senggang sebagai aktiviti

iv. Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri v. Keseronokan dan kepuasan

vi. Kesukarelaan vii. Konstruktif

(5)

tampar untuk aktiviti sukan manakala rekreasi seperti berjalan-jalan, berkelah bersama keluarga atau rakan. Bagi aktiviti masa senggang yang pasif adalah seperti bermain permainan video, menontot televisyen atau filem, melayari internet dan media sosial seperti facebook, instagram, twitter, wechat dan whatsapp.

Konsep kesejateraan sosial yang dibincangkan di dalam bab I adalah merujuk kepada satu sistem yang terorganisasi daripada layanan oleh ahli-ahli sosial untuk membantu perseorangan atau individu serta kelompok masyarakat dalam mencapai taraf kehidupan dan kesihatan yang memuaskan serta hubungan sosial dan keperibadian yang memungkinkan mereka untuk mengembangkan kemampuan sepenuhnya dan meningkatkan kesejahteraan mereka, seiring dengan keperluan hidup mereka. Sistem yang terorganisasi yang dimaksudkan merujuk kepada tanggungjawab kerajaan sebagai memastikan rakyat berada dalam keadaan sosial yang baik dan sejahtera. Menurut Syah Nawab (1981), konsep kesejahteraan sosial dapat difahami sebagai fungsi, sistem dan kegiatan yang terorganisasi iaitu kerajaan dari pelbagai perkhidmatan sosial untuk meningkatkan keadaan yang sejahtera secara sosial melalui pemberian bantuan kepada orang untuk memenuhi keperluan asas hidup manusia.

Tambahan pula, terdapat dua istilah konsep kesejahteraan sosial yang dikenalpasti. Pertama adalah menurut Friedlander (1974) dan Pusic(1965) yang menyatakan bahawa konsep kesejahteraan sosial pada awal perkembangannya difahami dalam kaitannya dengan masalah sosial dalam masyarakat industri seperti kemiskinan, penyakit dan organisasi sosial. Jadi, untuk mengatasi masalah sosial berdasarkan konsep yang pertama ini, perlu ada wujudnya usaha atau kegiatan kesejahteraan sosial sebagai satu sistem undang-undang, program dan perkhidmatan untuk memperkuat dan mengadakan pemenuhan keperluan sosial sebagai asas kesejahteraan penduduk dan untuk berfungsi sebagai sosial manusia. Dalam istilah konsep kedua pula menurut Skidmore (1967) dan Midgley (1995), kesejahteraan sosial sering dilihat dan digunakan dalam pengertian untuk menunjukkan satu keadaan sosial yang baik. Keadaan baik ini merangkumi kepada tiga unsur iaitu bagaimana menguruskan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan peluang untuk terus maju ke hadapan.

Dalam kajian ini, konsep kesejateraan sosial individu dikaji berdasarkan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang yang mampu untuk mengatasi dan mengurus masalah sosial pelajar yang dapat memenuhi keperluan sosial sebagai asas kesejahteraan sosial individu pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang juga dapat memenuhi keperluan hidup dari segi pengisian masa senggang dan sosial pelajar seterusnya menyediakan peluang dalam meningkatkan aspek sosial individu pelajar. Aspek kesejahteraan sosial pelajar dikaji berdasarkan kepada tiga aspek iaitu komunikasi, tanggungjawab serta sumbangan bakat dan tenaga pelajar kepada masyarakat.

Teori Ekologi

(6)

merujuk kepada pengalaman dan hubungan seharian manusia dalam konteks asas keluarga dan persekolahan, system ekso iaitu setiap individu dan institusi persekitaran yang mempengaruhi individu walaupun tidak terlibat secara langsung dan system meso iaitu hubungan antara system ekso dengan mikro yang mempengaruhi kehidupan indibidu. Lingkaran yang paling luas merangkumi semua system dikenali sebagai system makro yang melibatkan nilai, amalan dan unsur-unsur kebudayaan sesebuah masyarakat yang menyumbang kepada amalan dalam setiap system yang melingkari perkembangan individu pelajar.

Perspektif Fungsionalisme

Perspektif fungsionalisme dalam bidang sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte Emile Durkheim dan Herbert Spencer (Mohd Salleh Lebar 1998). Dalam perspektif ini, komuniti dalam masyarakat semakin berkembang dan bertambah stabil apabila mengikut kepada peraturan sosial dan perubahan semasa yang berlaku. Di dalam masyarakat, perubahan yang berlaku adalah secara beransur-ansur. Perkataan fungsi di dalam perspektif ini merujuk kepada peranan yang wujud di dalam organisasi masyarakat. Setiap ahli di dalam masyarakat mempunyai peranan-peranan tertentu. Jadi, setiap ahli di dalam masyarakat tersebut, mereka faham dengan peranan dan fungsi mereka yang tersendiri dan memahami serta menghargai sumbangan masing-masing kepada masyarakat. Oleh yang demikian, maka wujudlah satu bentuk kefahaman di dalam masyarakat. Di dalam hubungan antara penglibatan pelajar di dalam aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu, pelajar mengetahui peranan mereka di dalam masyarakat dengan memilih aktiviti masa senggang yang dapat memberikan sumbangan dan tenaga kepada masyarakat akhirnya. Dengan ini, akan dapat mewujudkan interaksi dan komunikasi yang baik antara ahli masyarakat.

Teori Minat

Di dalam bidang pendidikan, untuk mengenal pasti minat pelajar, terdapat satu teori yang sangat sesuai digunakan iaitu teori minat atau The Theory of Interest. Teori ini merupakan satu teori yang menekankan kepada konsep motivasi (Renniger et al. 1998). Menurut Krapp (2002), teori ini adalah mencadangkan kepada pengkaji atau pendidik bahawa pelajar dapat diketahui pendekatan minat terhadap sesuatu objek melalui teori ini. Oleh yang demikian, pengkaji atau pendidik dapat mengenal pasti minat dan dapat diterangkan minat pelajar melalui teoritikal dan secara kajian emperikal. Jadi, menurut Deci & Ryan (1985) untuk menilai minat pelajar terhadap sesuatu perkara, dua komponen penting dapat menerangkan bentuk minat tersebut. Komponen pertama adalah sifat batin pelajar yang dapat dinilai melalui timbulnya kecekapan dan pengalaman perasaan yang lebih spesifik. Komponen kedua adalah berkaitan dengan nilai yang memberikan sikap positif. Faktor penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang dapat dikenal pasti melalui kajian terhadap sifat batin pelajar yang cenderung kepada pengalaman perasaan dan juga nilai sikap positif yang ditunjukkan kepada jawapan soal selidik yang diedarkan kepada mereka.

Kajian Berkaitan Masa Senggang

(7)

adalah tertakluk kepada seseorang individu mengikut keinginannya sendiri samada untuk berehat, menghiburkan diri sendiri dengan menambah pengetahuan, meluaskan pengalaman, meningkatkan jati diri di dalam suasana persekitaran sosial iaitu di rumah, sekolah mahupun masyarakat sekeliling. Ini menunjukkan bahawa penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang memberikan banyak manfaat yang berfaedah jika memilih aktiviti yang sesuai dan betul seterusnya membawa kepada kesejahteraan sosial individu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa konsep kesejahteraan sosial individu yang ingin dilihat mempunyai hubungkait dengan penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan impak dari segi peningkatan jati diri dalam suasana persekitaran sosial. Merujuk kepada konsep kesejahteraan yang pengkaji ini lihat, aspek komunikasi serta sumbangan tenaga oleh pelajar kepada masyarakat dapat dikenal pasti.

Kajian Berkaitan Kesejahteraan Sosial

Konsep kesejateraan sosial dalam kajian ini adalah untuk melihat hubungan yang wujud antara penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejateraan sosial individu pelajar itu sendiri. Jenis dan faktor kepada penglibatan aktiviti masa senggang ini akan dikaji untuk mendapatkan hubungan yang wujud dan impak kepada kesejateraan sosial individu yang melibatkan 3 komponen yang dikaji iaitu komunikasi, tanggungjawab dan sumbangan bakat serta tenaga pelajar kepada masyarakat. Menurut Haris Abd. Wahab (2005) menyatakan bahawa kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu, keluarga dan juga komuniti. Oleh itu, konsep ini adalah penting dalam menentukan tahap pembangunan sesebuah komuniti yang menjadi elemen utama mengukur keadaan sosial masyarakat setempat. Tambahan beliau lagi, konsep kesejahteraan sosial menjelaskan strategi merubah sesebuah komuniti berdasarkan pendekatan yang berkaitan dengan aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan penyediaan peluang mobility sosial dalam komuniti. Jadi, dalam kajian ini menekankan kepada penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang yang membantu berkaitan dengan pengurusan masalah sosial seterusnya memenuhi keperluan hidup pelajar dan menyediakan mobility sosial yang baik kepada pelajar. Keadaan ini adalah selari dengan teori Ekologi yang melibatkan persekitaran individu yang mempengaruhi individu itu sendiri. Tambahan pula, hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “tiada anak yang dilahirkan kecuali dengan) kecenderungan alamiahnya) fitrah. Maka orang tuanyalah yang membuat anak manusia itu menjadi yahudi, nasrani atau majusi (Sahih al-Bukhari, Juzuk 1 bab 91).

METODOLOGI

(8)

Oleh yang demikian, kajian ini mampu untuk dilaksanakan dengan kaedah kajian tinjauan dengan usaha mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang ditimbulkan.

Populasi terdiri daripada 1000 orang pelajar tingkatan sekolah menengah daerah Kapit manakala 200 orang pelajar sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan rawak mudah untuk memilih 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat merangkumi kaum Iban yang dominan, kaum Melayu, kaum Cina, kaum Bidayuh, kaum Melanau dan kaum Kenyah. Mereka semua dari pelbagai latar belakang yang berbeza iaitu daripada pelbagai status ekonomi keluarga. Kumpulan individu seperti pelajar adalah perlu untuk ditetapkan ciri-ciri populasi yang ingin dikaji. Pengkaji perlu menetapkan ciri-ciri kumpulan pelajar yang ingin dijadikan populasi seterusnya menjawab kepada persoalan kajian dengan betul. Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), populasi terbahagi kepada populasi sasaran dan populasi capaian. Populasi sasaran adalah populasi yang ingin dikaji oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Manakala populasi capaian adalah hanya kebanyakan sampel atau responden yang mampu diperolehi oleh pengkaji. Ini menunjukkan bahawa populasi sasaran adalah semua pelajar sekolah menengah dalam daerah Kapit manakala populasi capaian adalah empat sekolah menengah daerah Kapit yang mewakili populasi semua pelajar sekolah menengah daerah Kapit. Boleh dikatakan bahawa populasi sasaran adalah pilihan yang ideal tetapi populasi capaian adalah pilihan yang realistik.

Data dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik yang diubah suai daripada soal selidik yang digunakan oleh Mahzan Mian (2003), Irwan Fariza (2012), Azizi Yahaya dan Raja Roslan telah diubahsuai mengikut keperluan kajian. Bagi menentukan aras kebolehpercayaan instrument soal selidik yang diubah suai satu kajian rintis terhadap 30 orang pelajar sekolah menengah di dalam daerah Kapit, Sarawak. Kelebihan kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji untuk memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang digunakan dalam kajian sama ada item-item tersebut boleh digunakan dalam kajian sebenar. Ianya juga boleh membantu pengkaji mengenal pasti setiap kekurangan dalam instrument kajian dan seterusnya memperbaikinya. (Chua Yan Piaw, 2006). Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk kesemua item di dalam soal selidik ialah (α = 0.64525 ). Ini bermakna bahawa nilai kebolehpercayaan bagi instrument adalah tinggi lebih daripada 0.6 dan sesuai untuk digunakan bagi tujuan kajian ini. Oleh yang demikian, skor ini telah dapat memenuhi piawai bahawa alat ukuran ini dapat digunakan untuk mengukur penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang dan hubungannya dengan kesejahteraan sosial individu.

Satu set soal selidik telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada kerangka konseptual kajian dan set soal selidik pengkaji-pengkaji lepas. Kontruk bagi membentuk set soalan instrument adalah berdasarkan rujukan kajian literature bagi tujuan kajian ini dilakukan serta berdasarkan kerangka konseptual tersebut. Soal selidik terdiri daripada dua bahagian dengan lima konstruk iaitu bahagian A, B, C, D dan E.

I. Bahagian A: Latar Belakang Pelajar

II. Bahagian B: Penggunaan Aktiviti Masa Senggang Aktif III. Bahagian C: Penggunaan Aktiviti Masa Senggang Pasif

IV. Bahagian D: Faktor Pendorong Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Masa Senggang

(9)

Bahagian A mempunyai 4 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan responden iaitu jantina, kaum, tempat tinggal dan pekerjaan ibu bapa.

Bahagian B pula terdapat 44 item yang terbahagi kepada empat konstruk untuk melihat penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang di Kapit. Empat konstruk yang akan disoal iaitu penglibatan aktiviti masa senggang aktifi, penglibatan aktiviti masa senggang pasif, faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang dan penglibatan aktiviti masa senggang mensejahterakan sosial individu pelajar. Asas dalam membina item-item ini berdasarkan kepada hasil rujukan yang dibuat terhadap kajian-kajian lepas seperti yang telah dinyatakan. Responden akan menandakan pilihan mengikut skala berdasarkan penilaian yang telah ditetapkan di dalam instrument soal selidik. Semua soal selidik menggunakan dua jenis skala Likert 4 pilihan seperti di dalam jadual 3.1 dan 3.2.

Jadual 3.1 Skor Item Soal Selidik Skal

a

Pandangan responden

1 Tidak Kerap

2 Kurang kerap

3 Kerap

4 Sangat Kerap

Jadual 3.2 Skor Item Soal Selidik Skal

a

Pandangan responden

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Setuju

4 Sangat setuju

Soal selidik ditadbir dengan bantuan rakan-rakan guru di sekolah-sekolah tersebut bagi memudahkan urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Proses pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah untuk tempoh 2 minggu. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 21 digunakan untuk menganalisis boring soal selidik yang diisi dengan lengkap oleh responden. Data yang telah dikumpul dengan dikodkan berdasarkan pemilihan sistem Likert.

Jadual 4.5 Interprestasi nilai tahap min

Tahap Min (µ)

1 Sangat rendah 1.00-1.80

2 Rendah 1.81-2.60

3 Sederhana 2.61-3.40

4 Tinggi 3.41-4.20

5 Sangat tinggi 4.21-5.00 (Sumber : Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999)

(10)

parametik digunakan untuk menguji aras kesignifikan dalam melihat hubungan antara pembolehubah yang ada di dalam kajian ini.

DAPATAN

Kajian ini melibatkan seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 sekolah menengah dari Daerah Kapit, Sarawak. Bilangan responden telah dibahagikan mengikut jantina seperti dalam jadual 4.1.

Jadual 4.1 Profil Responden Kajian

Profil Kekerapan(n) Peratus(%)

Jantina Lelaki 100 50.0

Perempuan 100 50.0

Jumlah 200 100

Berdasarkan jadual 4.1 di atas telah menunjukkan bahawa jumlah responden mengikut jantina iaitu responden pelajar lelaki adalah seramai 100 orang dengan 50% manakala responden pelajar perempuan adalah seramai 100 orang dengan 50%. Kesemua responden ini merupakan pelajar tingkatan 4 sekolah menengah.

Jadual 4.2 Profil Responden Kajian mengikut Tempat Tinggal

Profil Kekerapan(n) Peratus(%)

Tempat tinggal Pekan Kapit 120 60.0

Luar Pekan Kapit 80 40.0

Jumlah 200 100

Jadual 4.2 menunjukkan profil responden mengikut jenis tempat tinggal iaitu di pekan Kapit dan di luar pekan Kapit. Seramai 120 orang responden iaitu 60% pelajar tinggal di pekan Kapit manakala 80 orang responden iaitu 40% pelajar tinggal di kawasan luar pekan Kapit.

Jadual 4.3 Profil Responden Kajian mengikut jenis Pekerjaan Ibu Bapa

Profil Bapa Ibu

Kekerapan(n) Peratus(%) Kekerapan(n )

Peratus(%)

Pekerjaan Kerajaan 24 12 13 6.5

Swasta 62 31 5 2.5

Bekerja Sendiri 97 48.5 52 26

Tidak bekerja 17 8.5 130 65

Jumlah 200 100 200 100

(11)

Bagi pekerjaan ibu responden pula, 5 responden sahaja iaitu 2.5% pelajar yang ibu mereka bekerja dengan swasta. Manakala seramai 13 orang responden mewakili 6.5% pelajar yang ibu mereka bekerja dengan kerajaan. Selain itu, 52 orang responden yang mewakili 26% ibu pelajar yang bekerja sendiri. Paling ramai ibu responden tidak bekerja dengan seramai 130 orang mewakili 65% pelajar.

Jadual 4.4 Profil Responden Kajian mengikut Kaum

Profil Kekerapan(n) Peratus(%)

Kaum Iban 180 90

Melayu 4 2

Cina 4 2

Melanau 3 1.5

Bidayuh 2 1

Kenyah 7 3.5

Jumlah 200 100

Berdasarkan jadual 4.4 di atas menunjukkan profil responden kajian mengikut kaum yang terdiri daripada enam kaum iaitu Iban mewakili paling ramai responden iaitu 90% pelajar dengan seramai 180 responden. Manakala kaum Kenyah seramai 7 orang responden dengan mewakili 3.5% pelajar. Kaum Melayu dan Cina sama banyak dengan hanya 4 orang responden tiap kaum mewakili 2% sahaja. Kaum Melanau juga termasuk di dalam responden ini dengan seramai 3 orang responden mewakili 1.5% pelajar dan akhir sekali kaum Bidayuh dengan hanya 2 orang responden sahaja mewakili 1% pelajar sahaja.

Jadual 4.10 Skor min dan sisihan piawai penglibatan aktiviti masa senggang aktif

N Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

Bersukan 200 2.61 .856 Sederhana

Berenang 200 3.12 .868 Sederhana

Bersenam 200 3.08 .899 Sederhana

Berekreasi 200 3.11 .895 Sederhana

Melancong 200 2.68 .977 Sederhana

Berjoging 200 2.64 .914 Sederhana

Berzumba 200 3.42 .893 Tinggi

Berjalan-jalan 200 3.25 .880 Sederhana

Valid N (listwise) 200

Min keseluruhan 3.4437 Tinggi

(12)

terendah adalah item bersukan dengan min (µ=2.61). Ini menunjukkan aktiviti bersukan sukan juga dilakukan oleh responden. Min penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang aktif menunjukkan bahawa pelajar kerap melakukan aktiviti masa senggang aktif.

Jadual 4.11 Skor min dan sisihan piawai penglibatan aktiviti masa senggang Pasif

N Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

Menonton tv & filem 200 2.79 .893 Sederhana

Membaca 200 2.66 .916 Sederhana

Bermain video game 200 2.63 .973 Sederhana

Melayari media sosial 200 2.86 1.011 Sederhana

Mendengar muzik 200 3.61 .700 Tinggi

Melukis dan menulis 200 2.34 .858 Rendah

Bermain alat muzik 200 2.20 1.066 Rendah

Valid N (listwise) 200

Min keseluruhan 2.7272 Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.11 menunjukkan bahawa nilai skor min penglibatan aktiviti masa senggang pasif yang telah dilakukan oleh pelajar tingkatan empat berada pada tahap min yang sederhana secara keseluruhannya. Min keseluruhan adalah (µ=2.7272) menunjukkan interpretasi yang sederhana. Min yang tertinggi bagi aktiviti masa senggang pasif adalah mendengar muzik. Aktiviti mendengar muzik menunjukkan min (µ=3.61) yang paling tinggi untuk skala 4 dan 5. Ini menunjukkan responden lebih gemar untuk mendengar muzik ketika masa lapang mereka di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Responden juga gemar menonton televisyen dan filem dengan min (µ=2.79). Ini menunjukkan bahawa responden juga merehatkan diri mereka dengan menonton televisyen dan filem yang ada. Pelajar juga gemar membaca buku ketika masa lapang. Dengan min (µ=2.66) menunjukkan interpretasi yang sederhana di mana pelajar juga mengisi masa mereka dengan membaca sebarang bahan bacaan. Selain aktiviti menonton televisyen dan membaca, aktiviti yang mendapat min yang lebih tinggi daripada dua aktiviti yang disebut namun masih dalam inteprestasi sederhana dengan min (µ=2.86) adalah melayari media sosial. Ini menunjukkan bahawa pelajar gemar melayari media sosial ketika masa senggang. Selain itu, min yang terendah adalah item bermain alat muzik serta melukis dan menulis dengan min (µ=2.34) dan (µ=2.20). Ini menunjukkan aktiviti melukis dan menulis serta bermain alat muzik tidak gemar dilakukan oleh responden dengan interprestasi yang rendah bagi kedua-dua aktiviti tersebut.

Jadual 4.14 Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai mengikut faktor pendorong

N Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

Faktor Minat 200 2.77 Sederhana

Faktor Ibu bapa 200 2.71 Sederhana

Faktor rakan 200 2.67 Sederhana

Faktor kemudahan 200 2.48 Rendah

Valid N (listwise) 200

(13)

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.14, skor min yang menjadi faktor pendorong kepada responden untuk melakukan aktiviti masa senggang adalah faktor minat dengan min (µ=2.77) berinterprestasikan tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor pendorong kepada pelajar untuk melakukan aktiviti masa senggang adalah atas minat mereka sendiri untuk melakukan aktiviti tersebut tanpa paksaan. Selain itu, faktor ibu bapa merupakan faktor pendorong kedua kepada responden untuk melakukan aktiviti masa senggang dengan min (µ=2.71) pada tahap inteprstasi juga sederhana. Faktor yang ketiga adalah faktor daripada rakan mereka dengan min (µ=2.67) manakala min yang terendah adalah faktor kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut untuk pelajar melakukan aktiviti masa senggang mereka sendiri dengan min (µ=2.48) dengan interpretasi yang rendah.

Jadual 4.15 Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai mengikut Kesejahteraan Sosial Individu

N Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

Komunikasi 200 3.07 Sederhana

Tanggungjawab 200 2.99 Sederhana

Sumbangan 200 2.94 Sederhana

Valid N (listwise) 200

Min keseluruhan 3.025 Sederhana

Berdasarkan jadual di atas iaitu jadual 4.15 nilai skor min paling tinggi kepada aspek kesejahteraan sosial individu pelajar adalah aspek kemunikasi dengan min (µ=3.07) berinterprestasikan tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa aspek komunikasi merupakan aspek yang tinggi antara aspek kesejahteraan sosial individu yang lain. Selain itu, tanggungjawab merupakan aspek kedua kepada responden dari segi taggungjawab dengan min (µ=2.99) pada tahap inteprstasi juga sederhana. Nilai min yang terendah adalah aspek sumbangan dengan min (µ=2.94) dengan interpretasi yang rendah. Secara keseluruhannya, nilai min kesejahteraan sosial individu berada pada tahap interpretasi yang sederhana iaitu (µ=3.025)

Jadual 4.16 Taburan keseluruhan min dan sisihan piawai

Konstruk Nilai Min Sisihan Piawai Tahap

Penglibatan aktiviti masa senggang aktif

3.4437 0.89775 Tinggi

Penglibatan aktiviti masa senggang pasif

2.7272 0.91671 Sederhana

Faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang

2.6843 0.9032 Sederhana

Kesejahteraan sosial individu

pelajar 3.025 0.7845 Sederhana

(14)

piawai 0.89775. Bagi penglibatan aktiviti masa senggang pasif iaitu nilai min 2.7272 dengan sisihan piawai 0.91671 dan tahap yang sederhana. Manakala aspek faktor pendorong penglibatan pelajar dengan aktiviti masa senggang pelajar adalah nilai min 2.6843 dengan sisihan piawai 0.9032 pada tahap yang juga sederhana. Aspek kesejahteraan sosial individu pelajar pada tahap sederhana dengan nilai min 3.025 dan sisihan piawai 0.7845. Secara keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa tahap penglibatan aktiviti masa senggang aktif dan pasif, faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang serta kesejahteraan sosial individu pelajar berapa pada tahap sederhana berdasarkan nilai min masing-masing 2.6843-3.4437. Ini menunjukkan bahawa penglibatan aktiviti masa senggang aktif berada pada tahap yang tinggi. Manakala aktiviti masa senggang pasif, faktor pendorong penglibatan aktiviti masa senggang pelajar serta kesejahteraan sosial pelajar berada pada tahap yang sederhana.

ANALISIS STATISTIK INFERENSI Ujian Untuk Dua Kumpulan Sampel Tidak Bersandar

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan jenis penglibatan aktiviti masa senggang pelajar dengan tempat tinggal pelajar, maka ujian-t telah digunakan.

Jadual 4.17 Group Statistics aktiviti masa senggang berdasarkan jantina.

Jantina N Min Sisihan

Piawai

Std. Error Mean Jenis aktiviti masa

senggang

Lelaki 100 2.3953 .39278 .03928

Perempuan 100 2.4987 .35346 .03535 *Signifikan pada aras 0.05

Berdasarkan analisis jadual 4.17 di atas menunjukkan bahawa min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 100 pelajar lelaki ialah 2.3953 dengan sisihan piawai .39278. Di samping itu juga, min jenis aktiviti masa senggang yang digemari bagi 100 pelajar perempuan ialah 2.4987 dengan sisihan piawai .35346. Ralat piawai bagi min jenis aktiviti masa senggang yang digemari pelajar lelaki iaitu .03928 di hitung dengan membahagikan sisihan piawai bagi populasi (dianggarkan melalui sisihan piawai bagi sampel) dengan punca kuasa dua bagi saiz sampel (.39278 / 100 = .03928). Dengan cara yang sama, ralat piawai bagi min aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 100 pelajar perempuan (.35346 / 100 = .03535). Justeru, jika nilai sisihan piawai bagi aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan dalam sampel diketahui, kebarangkalian untuk memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan (-.10333) jika perbezaan min jenis aktiviti masa senggang dalam populasi sebenar ialah 0.

Jadual

4.18 Independent Samples Test aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar berdasarkan jantina.

Levene’s Test for Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F Sig t Df Sig

(15)

Difference

Lower Upper

Min Jenis Aktiviti Equal varience assumed

.244 .622 -1.956 198 .052 -.10333 0.5284 -.20754 .00087

Equel varience not assumed

-1.956 195.838 .052 -.10333 .05284 -.20754 .00088

Jadual 4.18 menunjukkan dua bahagian dalam jadual ‘Independent Samples Test’ iaitu Levene untuk kesamaan varians (Levene’s test for equality variances) dan ujian-t untuk kesamaan min (t-test for equality means). Jadual ‘Independent Samples Test’ melaporkan bahawa nilai F = .244 dengan nilai p = .622 (> .05). Ini bermakna hipotesis nol yang menyatakan bahawa varians bagi pelajar lelaki adalah sama dengan varians bagi pelajar perempuan (Ho: σ1² = σ2²) adalah diterima. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam varians bagi jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Bagi (t-test for equality of means) menunjukkan bahawa nilai t=-1.956 dengan darhaj kebebasan (df) = 198. Kebarangkalian memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar (-.10333) ialah .052. selang keyakinan 95% bagi perbezaan min tersebut ialah .20754 , .00087). Dalam hal ini menunjukkan bahawa nilai t (-1.956 diperolehi dengan membahagikan perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan perempuan (2.3953 – 2.4987 = -.10333) dengan ralat piawai bagi perbezaan min (.05284). nilai ralat piawai bagi perbezaan min dianggarkan dengan menggunakan maklumat mengenai varians dan saiz sampel kedua-dua kumpulan sampel yang tidak bersandar tersebut. Darjah kebebasan diperolehi dengan formula, (saiz smapel pelajar lelaki + saiz sampel pelajar perempuan -2 ) iaitu (100+100-2=198). Sempadan bawah selang keyakinan 95% dan sempadan atas selang keyakinan 95% bagi perbezaan min (-.20754 , .00087) dengan darjah kebesaran df = 198

Jika hipotesis nol yang dikemukakan (Ho: µ1 - µ2 = .052) adalah benar, maka

perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar perempuan iaitu tidak terdapat perbezaan. Selang keyakinan 95% bagi perbezaan min (-.20754 , .00087) yang dihasilkan tidak merangkumi sifar, ini bermakna hipotesis nol yang di nyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Ini menunjukkan bahawa antara pelajar lelaki dan perempuan melakukan jenis aktiviti masa senggang yang hampir sama.

Jadual 4.19 Group Statistics aktiviti masa senggang berdasarkan tempat tinggal.

Jantina N Min Sisihan

Piawai

Std. Error Mean Jenis aktiviti masa senggang Pekan 120 2.4361 .37741 .03445

(16)

Berdasarkan analisis jadual 4.18 di atas menunjukkan bahawa min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 120 pelajar yang tinggal di pekan ialah 2.4362 dengan sisihan piawai .37741. Di samping itu juga, min jenis aktiviti masa senggang yang digemari bagi 80 pelajar yang tinggal di luar Pekan Kapit ialah 2.4633 dengan sisihan piawai .37636. Ralat piawai bagi min jenis aktiviti masa senggang pelajar yang tinggal di Pekan iaitu .03445 di hitung dengan membahagikan sisihan piawai bagi populasi (dianggarkan melalui sisihan piawai bagi sampel) dengan punca kuasa dua bagi saiz sampel (.37741 / 120 = .03445). Dengan cara yang sama, ralat piawai bagi min aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh 80 pelajar yang tinggal di luar pekan (..37636/ 80 = .04200). Justeru, jika nilai sisihan piawai bagi aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di luar Kapit dan di pekan Kapit dalam sampel diketahui, kebarangkalian untuk memperolehi perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di luar Kapit dan pekan Kapit (-.10333) jika perbezaan min jenis aktiviti masa senggang dalam populasi sebenar ialah 0.

Jadual 4.20

Independent Samples Test aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar berdasarkan tempat tinggal.

Difference Std.ErrorDifference 95% ConfidenceInterval of the Difference

Lower Upper

Min Jenis Aktiviti Equal varience

assumed .004 .950 -.500 198 .617 -.02722 0.5441 -.13453 .08008

Equel varience not assumed

-.500 169.773 .617 -.02722 .05438 -.13458 .08013

Jadual 4.18 menunjukkan dua bahagian dalam jadual ‘Independent Samples Test’ iaitu Levene untuk kesamaan varians (Levene’s test for equality variances) dan ujian-t untuk kesamaan min (t-test for equality means). Jadual ‘Independent Samples Test’ melaporkan bahawa nilai F = .004 dengan nilai p = .950 (> .05). Ini bermakna hipotesis nol yang menyatakan bahawa varians bagi pelajar yang tinggal di Pekan adalah sama dengan varians bagi pelajar yang tinggal di luar pekan (Ho: σ1² = σ2²) adalah diterima. Maka, tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dalam varians bagi jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar pekan.

(17)

yang tinggal di luar pekan -2 ) iaitu (120+80-2=198). Sempadan bawah selang keyakinan 95% dan sempadan atas selang keyakinan 95% bagi perbezaan min (-.13458, .08013) dengan darjah kebesaran df = 198

Jika hipotesis nol yang dikemukakan (Ho: µ1 - µ2 = .617) adalah benar, maka

perbezaan min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar lelaki dengan pelajar perempuan iaitu tidak terdapat perbezaan. Selang keyakinan 95% bagi perbezaan min (-.13458 , .08013) yang dihasilkan tidak merangkumi sifar, ini bermakna hipotesis nol yang di nyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min jenis aktiviti masa senggang yang dilakukan oleh pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar pekan. Ini menunjukkan bahawa antara pelajar yang tinggal di Pekan dan pelajar yang tinggal di luar pekan melakukan jenis aktiviti masa senggang yang hampir sama.

4.4.2 Pekali Kolerasi Pearson

Jadual 4.20 Hubungan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial individu

Pembolehubah Nilai Kolerasi (r)

Aktiviti masa senggang .358**

Kesejahteraan sosial individu

**signifikan pada aras 0.01 (1 hujung)

Jadual 4.20 menunjukkan nilai koefisien korelasi Pearson antara hubungan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial individu adalah .358 (r =.358) dan nilai kebarangkalian adalah .000 yang diuji pada aras keyakinan .05. Ini bermakna bahawa terdapat hubungan linear positif yang lemah antara hubungan aktiviti masa senggang pelajar dengan kesejahteraan sosial individu. Oleh itu, hipotesis ini ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu. [r(150) = .358, p> .05].

PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah di sekitar Daerah Kapit, Sarawak. Responden lelaki seramai 100 orang mewakili 50% reponden manakala responden perempuan seramai 100 orang mewakili 50% juga. Jumlah sampel di setiap sekolah adalah tidak sama. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis aktiviti masa senggang yang pelajar libatkan diri semasa masa senggang. Kajian ini juga ini mengenal pasti faktor-faktor penglibatan aktiviti masa senggang dalam kalangan pelajar. selain itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan yang signifikan penglibatan pelajar dalam jenis aktiviti masa senggang dengan tempat tinggal pelajar. Akhir sekali, kajian ini turut mengenal pasti hubungan yang wujud antara penglibatan pelajar dalam jenis aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu mereka.

(18)

i Jenis aktiviti masa senggang yang paling dominan serta kerap disertai oleh pelajar adalah aktiviti masa senggang pasif seperti mendengar radio, melayari media sosial dan internet. Selain itu, pelajar juga kerap melakukan aktiviti masa senggang aktif iaitu berjalan-jalan di pasar samada bersama keluarga atau rakan. Hasil dapatan mendapati aktiviti masa senggang pasif berada pada tahap sederhana.

ii. Faktor pendorong penglibatan pelajar melakukan aktiviti masa senggang adalah faktor minat yang dominan. Pembentukan minat ini perlu apabila faktor ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memilih jenis aktiviti yang berfaedah serta sesuai dengan para pelajar. selain itu faktor rakan-rakan juga memberikan keseronokan pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti masa senggang. Dan akhir sekali adalah faktor kemudahan prasarana yang memberikan kemudahan dan kesenangan kepada murid melakukan aktiviti-aktiviti masa senggang yang sesuai. Analisis kajian mendapati kesemua faktor memainkan peranan yang sangat besar kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang kerana nilai skor min hampir sama dan berada pada tahap sederhana.

iii. Hasil kolerasi Pearson mendapati wujud hubungan yang signifikan antara penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu.

Kajian yang dilakukan ini dapat dianalisis dan dibincangkan serta memberikan implikasi yang berguna kepada penglibatan aktiviti masa senggang serta mutu kesejahteraan sosial individu pelajar. Dalam proses menyiapkan kajian ini, pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji merupakan kawalan yang berada pada responden. Ini kerana bilangan responden adalah terhad kepada responden pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah sahaja. Kemungkinan yang berlaku kepada jawapan instrumen soal selidik adalah bias kerana responden tidak mengisi skala dengan bersungguh-sungguh. Ini boleh mengakibatkan gambaran sebenar mereka melibatkan diri dengan aktiviti masa senggang tidak jelas. Namun begitu, kesahan dan kebolehpercayaan kajian sudah dibuat pada awal dengan kajian rintis dan menunjukkan realibiliti yang tinggi. Jadi, implikasi dapatan kajian dapat dihuraikan. Implikasi kajian ini adalah kepada pelajar, ibu bapa, pihak sekolah, PPD, JPN serta KPM.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN a. Sampel Kajian

Responden kajian ini boleh diperluaskan kepada beberapa pilih. Pertama adalah diperluaskan kepada semua pelajar sekolah menengah di dalam daerah Kapit. Kedua memperluaskan responden kajian ini di semua daerah di dalam bahagian Kapit iaitu termasuk daerah song dan belaga. Dan ketiga memperluaskan sampel kajian ke seluruh bahagian di Sarawak dan juga seluruh Malaysia. kajian juga boleh dilakukan di institusi awam atau swasta yang lain seperti koleh, institut latihan ataupun universiti. Ini kerana dapatan kajian akan melibatkan pelbagai kawasan penempatan dan sekolah samada di pedalaman, kampung, pinggir bandar atau bandar. Dapatan kajian mampu melihat dengan lebih jelas jenis aktiviti masa senggang pelajar-pelajar secara konteks yang lebih besar.

b. Skop kajian

(19)

mempunyai prestasi cemerlang dan tidak. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan aspek-aspek yang lebih kritikal untuk dianalisis seperti berkaitan dengan agama dan kaum.

c. Kaedah kajian

kaedah kajian ini juga boleh dicadangkan apabila membuat kajian lanjutan dengan mengumpul dapatan dengan kaedah kualitatif. Pengkaji akan menemubual responden-responden yang yang dipilih dan analisis data boleh dibuat banding beza antara dapatan data kuantitatif dan kualitatif. Instrumen yang digunakan dapat dibina dengan soalan jenis terbuka. Kaedah lain yang boleh dicadangkan adalah kaedah pemerhatian kesejahteraan sosial individu responden di sekolah. Selain itu, pengkaji juga boleh dicadangkan untuk meneliti rekod-rekod peribadi responden untuk menilai tahap kesejahteraan sosial individu pelajar secara lebih menyeluruh. Dengan itu, pengkaji dapat mengaitkan penglibatan aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan sosial individu dengan lebih tepat.

KESIMPULAN

(20)

RUJUKAN

Abdul Razaq Ahmad Dan Mohd Mahzan Awang. 2015. Sosiologi Pendidikan Modul Pembelajaran Kendiri. Fakulti Pendidikan Univesiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Anuar Puteh. 2011. Perkembangan Dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi, Selangor.

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham Dan Salasiah Hanin Hamzah. 2013. Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur. Islamiyyat. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Ikhwan Hazwan Hamidun dan Mahfuz. 2014. Jenayah Remaja Membimbangkan. Kosmo, 2 Oktober 2014.

Istimasria Ishak. 2007. Usaha Mengekalkan Permainan Tradisional Melayu Johor Kajian Kes: Permainan Gasing Tradisi Di Kampung Parit baru, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Universiti Malaysia Sarawak.

Haris Abdul Wahab. 2004. Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia: Tinjauan Daripada Perspektif Masyarakat Malaysia.

Haris Abdul Wahab. 2010. Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan dan Indikator. Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial. Universiti Malaya.

Hurlock, E. B. 2000. Psikologi Perkembangan-Suatu Pendekatan Sepanjang Rentang Kehidupan. Jakarta.

Husin Junoh. 2011. Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Luar Bandar Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kalaiselvi. 2013. Pengisian Aktiviti Masa Senggang Belia Bandar Pelbagai Kaum. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaplan, M. 1975. Leisure Theory And Policy. New York: John Wiley & Sons Inc.

Lim Khong Chiu. 2009. University Students’ Attitude, Self-Efficacy And Motivation Regarding Leisure Time Physical Participation. Universiti Utara Malaysia, Sintok.

(21)

Mohd Yusof Hussain, Shaharudin, Suraiya, Abd Hair. 2011. Hubungan Kejiranan Dalam Membentuk Kesejahteraan Hidup Masyarakat Kampung Bandar: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

Ngo Jian Yee, Nur Hadi Ibrahim, Mohd Mahzan Awang Dan Yap Seng Wing. 2015. Aktiviti Waktu Senggang Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Delikuen Bagi Mahasiswa Malaysia Dan Indonesia. Prosiding Komunikasi, Pendidikan, Bahasa Dan Sains Sosial Antarabangsa Kuala Lumpur/Fakulti Pendidikan UKM, Bangi, Selangor, Malaysia.

Norazmah Dan Zainudin. 2011. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Jurnal Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan UteM Johor, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UTM Melaka.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur

Ria Hairiah. 2007. Hubungan Perilaku Sosial Dengan Agresivitas Siswa Di SMK Negeri 1 Cikarang Barat.

Rita Eka Izzaty. 2008. Peran Aktivititas Pengasuhan Pada Pembentukan Perilaku Anak Sejak Usia Kini ; Kajian Psikologis berdasarkan Teori Sistem Ekologis. Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Yogyakarta.

Rusimah Sayuti Dan Zakiyah Jamaluddin. 2002. Hubungan Antara Keaktifan Dalam Aktiviti Waktu Lapang Dan Kepuasan Pengisian Waktu Lapang Dengan Kesejahteraan Hidup. Tesis Sarjana Pendidikan UUM, Sintok.

Rustam A. Sani. 1994. Ketegasan Dalam Masalah Belia. Utusan Malaysia

Samruhaizad, Jamaluddin, Azahan. 2014. Isu Perbandaran dan Kualiti Hidup Penduduk Pinggir Bandar. International Journal of The Malay World and Civilisation.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kemurungan dalam kalangan anak-anak yatim lelaki adalah pada tahap normal berbanding anak-anak yatim perempuan berada pada tahap kemurungan

Berdasarkan perhitungan pada tahap 2 diperoleh pada nilai C terakhir adalah 0, berarti cek digitnya sama dengan 0 (sama dengan angka nol yang paling kanan dalam deretan angka

Berdasarkan fenomena yang telah dipaparkan di atas, penulis tertarik untuk melakukan penelitian yang mendalam dengan mengakat judul “ Pengaruh Model Pembelajaran

Wawancara adalah bentuk komunikasi antara dua orang, melinatkan seseorang yang ingin memperoleh informasi dari seseorang lainnya dengan mengajukan pertanyaan-pertanyaan,

akan ditinggal pacar ini yang mendorong mereka untuk melakukan.

Terbentuknya kecerdasan bersama pada penonton 7MH terlihat dari beberapa indikasi yang telah dibahas, yaitu (1) terbentuknya inisiatif individu untuk terhubung dengan

FAKTOR-FAKTOR YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEJADIAN JATUH PADA LANSIA DI WILAYAH DESA BATURSARI KECAMATAN PULOSARI KABUPATEN PEMALANG TAHUN 20161. Soimatul Mubarokah 1 , Dayat Tri

(1) Setiap prasarana Ruang Perawatan Intensif Rumah Sakit merupakan pekerjaan instalasi dan jaringan yang menyatu dengan bangunan dan lingkungannya, sebagian atau