1
PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH BEBERAPA INSTITUSI TERPILIH DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN INDONESIA
MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Ahli Bersekutu Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Alor Gajah Melaka.
Abstrak
Kejayaan pemerintah dalam pengurusan dana wakaf di Malaysia dan Negara Islam yang lain menunjukkan peranan signifikan dalam mengembalikan semula kecemerlangan institusi wakaf. Namun kejayaan beberapa institusi terpilih di Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam pengurusan dana wakaf juga boleh menjadi model untuk dicontohi. Justeru kajian ini, mengenal pasti penglibatan institusi terpilih dalam pengurusan dana wakaf, kaedah agihan dan pengembangan wakaf sebagai perbandingan. Skop kajian ini tertumpu kepada 3 buah institusi yang dikenal pasti iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di Malaysia, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Dhompet Dhuafa (DD) di Indonesia. Bagi memperoleh data dan maklumat kajian, aktiviti lawatan kerja dan temu bual bersama individu terlibat di WANCorp, MUIS dan DD dilaksanakan. Selain itu sumber literatur daripada laporan tahunan syarikat, jurnal dan kertas kerja seminar turut dijadikan rujukan. Pengkaji mendapati kejayaan JCorp memperkenalkan Konsep Wakaf Korporat, MUIS membangunkan hartanah wakaf di Singapura dan DD menubuhkan SMART Ekselensia Indonesia dan Rumah Sihat menggunakan mekanisme wakaf sangat membanggakan. Justeru kejayaan ini wajar dicontohi bagi menyerlahkan potensi dana wakaf untuk kemajuan ummah sejagat.
2 PENDAHULUAN
Institusi wakaf memainkan peranan signifikan dalam mengangkat syiar, martabat dan keagungan Islam. Ia tidak terhad dalam aspek kerohanian dan ketuhanan tetapi juga aspek lain seperti ekonomi, politik, geopolitik, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial. Malah dengan pengurusan secara profesional, terbaik dan kontemporari dapat menyerlahkan kegemilangan Islam (Mohamad Salleh Abdullah, 2011).
Amalan ini juga selari dengan sejarah pewakafan Islam terawal yang menjurus kepada aspek pendidikan, kemudahan kesihatan, pembinaan rumah ibadat dan keperluan infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan dan lain-lain. Dikatakan Zubaidah iaitu isteri kepada Khalifah Harun al-Rasyid telah mewakafkan kesemua kekayaannya untuk membina jalan raya dari Kota Baghdad ke Makkah untuk kemudahan jemaah haji (AbulHasan M. Sadeq,2002).
Dalam konteks ini kepakaran secara berkelompok dalam pelbagai bidang di bawah sebuah bumbung dapat menjana potensi wakaf dengan lebih efektif. Hartanah wakaf yang diurus oleh syarikat juga akan mendapat manfaat yang lebih besar daripada gerak kerja berkumpulan dan pengurusan profesional termasuklah pengurusan rekod dan data wakaf yang lebih teratur (Muhammmad Yusuf Saleem, 2009).
Kejayaan beberapa institusi kerajaan dan swasta dalam pengurusan dana wakaf di Malaysia, Singapura dan Indonesia wajar dicontohi. Ini kerana sektor swasta apatah lagi syarikat yang bermotifkan perniagaan biasanya kurang berminat dalam aktiviti sosial dan kebajikan. Sedangkan dengan kepakaran yang ada serta modal yang mencukupi institusi tersebut boleh membantu meringankan bebanan kewangan kerajaan sekali gus mengimbangi sumber perolehan Baitulmal di peringkat Negeri yang terhad (Siti Mashitoh, 2007).
3
penubuhan institusi pendidikan dan kesihatan berteraskan mekanisme wakaf yang manfaatnya dinikmati golongan miskin di Indonesia.
Justeru kertas ini mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf, kaedah agihan dan pengembangan dana wakaf oleh ketiga-tiga institusi terlibat yang memberi impak kepada perkembangan pendidikan, kesihatan dan pembangunan ummah secara kolektif. Ia sekali gus bertindak sebagai institusi sokongan kepada kerajaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat.
PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH WANCORP
JCorp melalui WANCorp telah memainkan peranan secara langsung dalam pengurusan dana wakaf di Negeri Johor dan Malaysia amnya. Ini dilakukan dengan pengenalan Konsep Waqaf Korporat (KWK) pada 3 Ogos 2006. Melalui amalan wakaf saham ini JCorp mewakafkan saham berjumlah RM200 juta pada 2006 (Laporan Tahunan JCorp 2006) dan kini meningkat RM407.6 juta dalam tiga buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan 3 buah syarikat tidak tersenarai seperti Rajah 1 berikut;
Rajah 1: Jumlah Saham Diwakafkan
Sumber: http://wancorp.com.my/wp-content/uploads/2015/05/Laporan-Tahunan-2014-Published.compressed.pdf
4
Penubuhan Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) pada 1 November 2008 di Plaza Kota Raya Johor Bahru telah berjaya mengubah konsep wakaf tradisional kepada bersifat kontemporari dengan penyediaan rawatan kesihatan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. KWAN turut menawarkan perkhidmatan rawatan dialisis pesakit buah pinggang di 7 klinik waqaf dengan keupayaan 54 buah mesin dialisis termasuk di Sarawak. Pada 2015 seramai 280 pesakit menerima manfaat tersebut dengan caj RM90 per rawatan. Sehingga kini terdapat kira-kira 20 buah rangkaian KWAN di seluruh negara dan telah memberi rawatan kesihatan kepada lebih 1,138,146 orang sehingga Disember 2015. Daripada jumlah itu sejumlah 87,874 rawatan telah diberikan kepada pesakit non-Muslim (Laporan Tahunan WANCorp 2015).
Lebih membanggakan apabila WANCorp berjaya menubuhkan sebuah hospital wakaf dikenali Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) di Pasir Gudang pada 2006. Bangunan hospital yang bernilai RM1.6 juta terletak di atas tanah wakaf berkeluasan 14.88 ekar itu juga turut menyediakan kemudahan rawatan kecemasan serta kemudahan rawatan lain mengikut jadual yang ditetapkan (Laporan Tahunan WANCorp, 2006). Kadar caj yang dikenakan juga berpatutan iaitu RM60.00 sahaja. Manakala bagi pesakit yang kurang berkemampuan dan berpendapatan kurang daripada RM1500.00 caj dikenakan RM10.00 sahaja (Laporan Tahunan WANCorp, 2009). Menariknya lagi sebahagian besar KWAN dibina berhampiran masjid demi memperluaskan peranan masjid yang tidak terhad kepada aktiviti ibadah sahaja.
5
Jadual 1: Taburan Bisnes Peserta WDN 2011
Jenis Perniagaan Jumlah Peserta Jumlah Pinjaman (RM)
Makanan/Minuman 54 140,200
Kedai Jahitan 8 24,000
Secara keseluruhan sejumlah RM2.61 juta manfaat wakaf telah diagihkan untuk keperluan masjid, sekolah, pertubuhan kebajikan dan golongan kurang berkemampuan pada 2015. Sesungguhnya Konsep Waqaf Korporat yang pertama di dunia ini baik untuk dicontohi dengan pewakafan syarikat berasaskan kerajaan dan badan-badan korporat swasta milik umat Islam (Muhammad Ali, 2009).
PENGURUSAN DANA WAKAF OLEH MUIS
Amalan berwakaf bukanlah merupakan sesuatu yang baharu di kalangan masyarakat Islam Singapura. Masjid Omar Kampung Melaka yang dibina pada 1826 dianggap bukti terawal pewakafan hartanah di Singapura. Masjid ini telah diwakafkan oleh Almarhum Syed Omar Ali Aljunied seorang pedagang Indonesia yang berasal dari Yemen (Shamsiah Abd Karim, 2010). Terdapat 189 aset wakaf didaftarkan di Singapura. Daripada jumlah itu tanah wakaf yang terkenal ialah Madrasah Al-Junied dan Kompleks Masjid Bencoolen yang terletak di Bencoolen Street. Aset wakaf di Singapura juga tidak terhad kepada sektor pendidikan dan rumah ibadah sahaja, malah meliputi sewaan rumah kediaman dan rumah kedai yang manfaatnya disalurkan untuk kegunaan masyarakat Islam (http://cyberita.asia1.com.sg).
6
Jadual 2: Pecahan Jenis Wakaf Di Singapura
Jenis Wakaf Jumlah Nilai Wakaf(S$)
Madrasah 3 Mutawalli untuk mengurus dan membangun semua aset Baitulmal dan wakaf. Dalam hal ini Warees bertanggungjawab menyediakan kemudahan projek dan pengurusan, menjalankan kerja perundingan dan nasihat, pengurusan sewa-menyewa dan membangunkan pelaburan hartanah.
7
MUIS telah berjaya mengagihkan manfaat wakaf sebanyak S$2.79 juta pada tahun 2015 untuk benefisiari terpilih iaitu masjid, madrasah, pertubuhan Islam dan golongan memerlukan (MUIS Annual Report 2015). Pecahan agihan manfaat itu dapat dilihat pada Jadual 3 berikut;
Jadual 3: Pecahan Agihan Manfaat Wakaf MUIS 2013
Jenis Wakaf Jumlah S$ Peratus %
Masjid 1,334,158 47
Madrasah 542,980 19
Benefisiari luar negara 355,021 13
Orang miskin,
Kini, amalan berwakaf kurang mendapat perhatian di Singapura. Wakaf persendirian kali terakhir direkodkan pada 1993 berikutan nilai hartanah yang mahal. Untuk menyemarakkan semula amalan berwakaf, MUIS memperkenalkan konsep Wakaf Ilmu iaitu wakaf tunai yang dilaburkan dalam hartanah atau pelaburan berlandaskan syarak. Pada 2015 sejumlah S$160,000 telah diagihkan kepada 6 buah madrasah sebagai benefisiari dengan jumlah dana terkumpul S$9.45 juta sejak diperkenalkan pada 2012 (MUIS Annual Report 2015).
PENGURUSAN WAKAF OLEH DHOMPET DHUAFA
8
Jadual 4: Jumlah Dana Wakaf TWI 2009-2013
Tahun Jumlah (juta)
2009 Rp. 1.060
2010 Rp. 1.658
2011 Rp. 1.453
2012 Rp. 4176
2013 Rp. 6087
Sumber: Rozalia (2015)
Pada 2016, anggaran pendapatan yang berjaya dikumpulkan melalui dana Wakaf oleh DD berjumlah Rp. 1.286.905.523,00 (http://www.dompetdhuafa.org/donasi). Namun dana tersebut belum mencukupi untuk membasmi kemiskinan sejumlah 27.76 juta orang di Indonesia pada 2016 (http://www.bps.go.id/). Sungguhpun begitu kewujudan institusi non goverment seperti DD mampu menyalurkan kebajikan yang terhasil daripada agihan wakaf untuk manfaat majoriti penduduk Islam di Indonesia terutama dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.
Penubuhan SMART Ekselensia Indonesia (SMART) sebagai contohnya merupakan sebuah sekolah pintar khusus untuk kanak-kanak miskin dari seluruh Indonesia. Ia telah dibuka secara rasmi pada 29 Julai 2004 di atas tanah wakaf yang berkeluasan 20, 446 m² dan terletak di Jalan Parung KM 42, Bogor, Jawa Barat. Bagi memilih pelajar yang benar-benar layak memasuki institusi ini pelajar terpilih disaring menerusi beberapa kriteria antaranya;
i. Jumlah pendapatan keluarga rendah ii. Tiada sumber pendapatan lain
iii. Hanya memiliki dua daripada barangan yang berikut; Televisyen, radio, telefon tangan, VCD/DVD Player, tanah (ladang/sawah) dan motorsikal.
iv. Latar belakang pendidikan keluarga rendah
v. Pelajar yang layak perlu memiliki sekurang-kurangnya 7.0 nilai rapor minimum
dan tiada nilai ≤ di 6.0.
9
Pada 2015 seramai kira-kira 450 pelajar SMART dan SMART 1 memperoleh biasiswa penuh DD termasuk tambang pulang ke kampung halaman masing-masing sekali setahun (https://issuu.com/pradilamaulia/docs/annual_report_2015_kecil).
Pihak DD juga menyalurkan manfaat wakaf dengan menubuhkan klinik kesihatan percuma yang dikenali sebagai Layanan Kesihatan Cuma-Cuma (LKC). Kos rawatan kesihatan yang diberikan diperoleh daripada dana ZISWAF yang berjaya dikumpulkan oleh DD. Justeru itu pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akan ditapis dan diberikan kad pengenalan mustahik yang membolehkan mereka menerima rawatan percuma selama setahun. Antara kemudahan yang disediakan oleh LKC ialah rawatan perbidanan, klinik kanak-kanak, juga rawatan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan tibi oleh pengamal perubatan yang berpengalaman secara sukarela (Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa’, 2010).
Pada 2010 DD telah membina sebuah hospital khusus untuk golongan mustahik di atas tanah wakaf yang berkeluasan 36, 000m2 di Daerah Bogor, Jawa Barat. Hospital ini yang dikenali sebagai Rumah Sehat Dhompet Dhuafa menelan belanja pembinaan sebanyak Rp. 20 juta melalui dana ZISWAF. (Ismail A. Said, 2010).
Usaha yang dijayakan DD sebagai sebuah institusi bukan kerajaan di Indonesia dalam pengurusan dan pengembangan dana wakaf merupakan usaha murni ke arah mengembangkan potensi harta wakaf sehingga manfaatnya diraih oleh umat Islam di Indonesia.
KESIMPULAN
10
Melalui kaedah ini aset wakaf yang tidak berdaya maju dibangunkan semula oleh Warees dan manfaatnya dikembalikan semula kepada pewakaf dan benefisiari dalam dan luar negara. Ketiga, manfaat wakaf DD yang diperluaskan kepada bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma berjaya meringankan bebanan golongan miskin di Indonesia. Sekali gus menunjukkan betapa wakaf jika diuruskan secara profesional mampu membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam. Justeru kejayaan pengurusan wakaf oleh ketiga-tiga institusi ini boleh dijadikan contoh oleh sektor korporat, pemerintah dan badan persendirian demi menyemarakkan kembali peranan wakaf yang gemilang semasa era Uthmaniyah di Turki.
SENARAI RUJUKAN
AbulHasan M. Sadeq, (2002). Waqf, perpetual charity and poverty alleviation", International Journal of Social Economics, Vol. 29 Iss: 1/2.
http://cyberita.asia1.com.sg/syiar/wakaf-ilmu-langkah-lestarikan-amalan-berwakaf. Diakses
pada 11 Sept. 2012.
Muhammmad Yusuf Saleem, (2009). Towards Institutional Mutawallis for Management of Waqf Properties, Departments of Economics, UIAM.
Ismail A. Said. Mencapai Kelas Dunia Buah Istiqamah Dalam Kualitas Karya. Dlm. Laporan
Tahunan Dhompet Dhuafa’ 2010.
Jumlah penduduk Miskin Indonesia. http://www.bps.go.id/. Diakses pada 15. 12. 2016 . Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa 2010
Laporan Tahunan Kumpulan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2006 Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad 2009
11
Mohamad Salleh Abdullah. Malaysia Perlu Transformasi Pengurusan Wakaf, dlm. Rencana Utusan Malaysia bertarikh 25 Disember 2011.
Muhammad Ali Hashim. Waqaf Korporat Untuk Jihad Bisnes. dlm. Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation Berhad, 2009.
Muhammmad Yusuf Saleem, (2009). Towards Institutional Mutawallis for Management of Waqf Properties. Departments of Economics, UIAM.
MUIS Annual Report 2015,
http://www.muis.gov.sg/documents/Annual_Reports/MUIS_AR_2015-Full-FA-LR.pdf . Diakses pada 2 Januari 2017.
Parni Hadi. Koalisi Besar Atasi Kemiskinan dlm. Laporan Tahunan Dhompet Dhuafa’ 2010. Rozalia, (2015). Optimalisasi Tabung Wakaf Indonesia Dhompet Dhuafa Dalam Pengelolaan
Wakaf Tunai, Tesis Sarjana Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, tidak diterbitkan,
http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/30239/1/ROZALIA-FSH.pdf. Diakses pada 5 Januari 2017.
Shamsiah Abd Karim (2010). Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the Devolopment and Management of Waqf Assets in Singapore. Kyoto Bulletin of Islamic Areas.
Shamsiah Bte Abdul Karim, (2006). Contemporary Waqf Administration an Development in
Singapore:Challenges and Prospects.
https://www.academia.edu/5410448/Contemporary_Waqf_Administration_And_Deve
lopment_In_Singapore_Challenges_And_Prospects_by_Shamsiah_Abd_Kadir .
Diakses pada 5 Januari 2017.
12
Siti Mashitoh Mahamood, (2007). Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang Serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah Vol. 15, No. 2. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Temubual bersama En. Walshalafah bin Salleh, Eksekutif Unit Strategik Zakat dan Wakaf Majlis Ugama Islam Singapura sempena lawatan kerja ke MUIS pada 30 Mei 2012. Zaini Osman. Pengalaman Singapura:Pengurusan dan Pembangunan Wakaf Masyarakat Islam.
Dibentangkan dalam Seminar Wakaf Serantau 2012, Anjuran JAWHAR, JAKIM dan MAIWP pada 3-6 Sept. 2012 di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.