• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PELAKSANAAN

Smart School Qualification Standards:

(2)

KANDUNGAN

1. PENGENALAN 1

2. METODOLOGI PEMANTAUAN 2

2.1 Persediaan Pemantau 3

2.2 Penggunaan ICT di Sekolah 4

2.2.1 Strategi 4

2.3 Modal Insan 5

2.3.1 Strategi bagi Guru 6

2.3.2 Strategi bagi Murid 6

2.3.3 Strategi bagi Pentabir 6

2.4 Aplikasi 7

2.4.1 Strategi 7

2.4.2 Penyelesaian Masalah 8

2.5 Infrastruktur Teknologi 8

2.5.1 Strategi 8

2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan

P&P Berasaskan ICT 8

2.5.1.2 Penyelenggaraan 9

2.5.2 Penyelesaian Masalah 9

3. PELAPORAN 9

4. PENUTUP 10

RUJUKAN 11

(3)

1. PENGENALAN

Metodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam Rajah 1.

Selain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT.

Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah = Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah

dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah,

= Menjalankan aktiviti-aktiviti atau

program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan

= Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian

(4)

2. METODOLOGI PEMANTAUAN

Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2.

Sebelum lawatan

= Melengkapkan diri dengan:

8 memahami dengan mendalam konsep pembestarian sekolah serta pembudayaan ICT sekolah

8 mendapat dan memahami semua maklumat sekolah yang dipantau daripada KPM

8 memahami kandungan SSQS

= Urusan pentadbiran:

8 mendapat surat rasmi daripada KPM

8 memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan bahagian di KPM yang berkenaan seminggu sebelum lawatan ke sekolah

8 memaklumkan kepada pengetua/ guru besar seminggu sebelum lawatan ke sekolah

8 membuat temujanji lebih awal untuk berjumpa dengan pentadbir sekolah/ Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekolahah

Lawatan seterusnya

= Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS = Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen

SSQS

= Mengumpul data ’baseline’ (contoh: infrastruktur, staf yang

telah menghadiri kursus, sebagainya),

= Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan

komponen SSQS

= Membangun strategi-strategi yang realistik dan

membimbing sekolah untuk mengurangkan jurang di atas

= Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara

pemantauan kepada pentadbir sekolah/GPB/ketua panitia/guru-guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekolah

= Berbincang tentang perancangan

sekolah sepanjang tahun menge-nai bahagian perlaksanaan pem-budayaan ICT sekolah (fokus kepada 4 komponen SSQS dan setiap indikatornya)

= Membantu sekolah menyediakan

Pelan Tindakan Pembudayaan ICT Sekolah

(5)

Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan di Rajah 3.

Rajah 3: Carta alir pemantauan

Membantu membangun &

membimbing aktiviti/program

Mengenal pasti jurang kelemahan komponen

SSQS berkenaan Mendapat maklumat

setiap komponen SSQS

Menentukan tahap pencapaian setiap komponen

SSQS – 5 bintang

Memastikan tahap 5 bintang dikekalkan

2.1 Persediaan Pemantau

Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara yang penting:

= konsep pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah,

= dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) dan = program pemantauan (Lampiran 1)

Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen itu terdiri daripada:

= Penggunaan ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam P&P dan peng-urusan),

= Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan P&P, kemahiran ICT murid),

= Aplikasi sistem (kandungan P&P dan sistem berasaskan ICT), dan MULA

Ya

(6)

Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada pencapaian keempat-empat komponen SSQS.

2.2 Penggunaan ICT di Sekolah

Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses P&P dan pengurusan sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan terbaik sekolah bestari.

2.2.1 Strategi

Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga strategi iaitu,

= menganalisis dokumen,

= mencerap pengajaran guru,

= mengadakan interaksi dengan staf sekolah

Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses pemantauan penggunaan ICT di sekolah.

Pemantau boleh menggunakan:

= senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam P&P. Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di Lampiran 2.

(7)

2.3 Modal Insan

Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu guru, murid dan pentadbir.

Menganalisis dokumen

Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut untuk menentukan penggunaan ICT dalam P&P:

= Log penggunaan komputer di semua makmal komputer, = Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD),

= Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP), = Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam P&P (OHP, LCD,

notebook, pengimbas dan printer),

= Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah,

(guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya),

= Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan

= Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk

penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir.

Interaksi dengan staf sekolah

Pemantau digalakkan berinteraski dengan warga sekolah tersebut di bawah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan:

= Pentadbir sekolah tentang pembudayaan

ICT dan pengurusan perubahan,

= GPB tentang penggunaan Makmal

Komputer di sekolah,

= Guru sumber/media tentang penggunaan

bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) oleh guru dan murid,

= Guru tentang penggunaan bahan ICT

(peng-gunaan WSMS/LCMS, Modul Pembelajaran Kendiri, tugasan murid) dalam P&P,

= Guru selepas setiap pencerapan pengajaran

untuk membimbing guru meningkatkan penggunaan ICT dalam P&P dengan lebih berkesan, dan

= Murid untuk mendapat maklum balas

mereka tentang penggunaan ICT dalam P&P.

Mencerap pengajaran guru Pemantau mencerap pengajaran guru (di Makmal Komputer/Makmal Sains/Kelas biasa) seberapa kerap yang boleh semasa lawatan ke

CD TVP/LCMS/alternatif) dalam P&P,

= Bahan P&P berasaskan ICT

(multimedia) yang dibangunkan oleh guru, dan

= Kekerapan penggunaan bahan

ICT dalam P&P.

(8)

2.3.1 Strategi bagi Guru

Pemantau perlu mengambil tindakan berikut:

(a) Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa (J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya,

(b) Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam P&P dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan jurulatih IT),

(c) Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/ badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing,

(d) Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam P&P, dan

(e) Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama peserta dan ringkasan bengkel/latihan.

2.3.2 Strategi bagi Murid

Pemantau perlu memastikan:

(a) Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan, (b) Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM,

CD TVP, Internet dalam tugasan,

(c) Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek pembelajaran,

(d) Murid dapat membuat tugasan secara online atau menggunakan CD.embuat tugasan secara online atau menggunakan CD.

2.3.3 Strategi bagi Pentabir

Pemantau perlu memastikan:

(9)

(b) Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari,

(c) Pentadbir mengadakan program rakan pintar ”Smart-partnership” dengan komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan P&P menggunakan ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya.

Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator komponen Modal Insan SSQS.

Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal insan).

2.4 Aplikasi

Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan.

2.4.1 Strategi

Untuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada perkara berikut wujud:

(a) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Web-based School Management System (WSMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM,

(b) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM, (c) Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran

berasaskan ICT,

(d) Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT, (e) Laman web sekolah yang interaktif, dan

(f) Sistem e-mel sekolah yang berfungsi.ng berfungsi.

(10)

2.4.2 Penyelesaian Masalah

Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan untuk tujuan semakan.

2.5 Infrastruktur teknologi

Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah.

2.5.1 Strategi

Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah:

= Menyemak keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT

(berfungsi atau tidak), dan

= Menyemak rekod penyelenggaraan peralatan ICT.

2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT

Pemantau perlu memastikan,

(a) peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada berfungsi atau tidak. Antara peralatan yang dipantau adalah komputer

desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner), skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6). (b) kemudahan P&P berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal

dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak adalah seperti berikut:

(i) pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan mudah,

(11)

(iii) peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/ hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik, dan

(iv) bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan rangkaian.

Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk menyemak infrastruktur di sekolah.

2.5.1.2 Penyelenggaraan (maintenance) Pemantau perlu memastikan,

= segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan oleh vendor atau KPM.

2.5.2 Penyelesaian masalah

Jika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian, pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan (contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan.

3. PELAPORAN

Satu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS. Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan aspek penting seperti:

(a) Tahap penggunaan ICT dalam P&P semasa dengan rujukan kepada kedudukan bintang SSQS

(12)

(c) Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam P&P

(d) Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (e) Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru

Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak; (a) Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara

berkesan

(b) Kekangan yang wujud (c) Kelemahan yang timbul

(d) Cadangan strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan

PENUTUP

(13)

RUJUKAN

Malaysia Smart School – Educating hearts and minds. Available – http://www.msc.com.my/smartschool/

MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment.

MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey.

MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS).

Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. (2003). Pembestarian sekolah dalam(2003). Pembestarian sekolah dalam era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia.

Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40.

Pembestarian sekolah.

Available – http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari

LAMPIRAN

Lampiran 1 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chart

Lampiran 2 Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS)Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS) bagi elemen penggunaan ICT

Lampiran 3 Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for internal audit

Lampiran 4 Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPMSistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM

Lampiran 5 Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT

Lampiran 6 Bilangan perkakasan ICTBilangan perkakasan ICT

Lampiran 7 Lokasi capaian InternetLokasi capaian Internet

Lampiran 8 Pelan tindakan akademik/Academic action plan

(14)

LAMPIRAN 1

action plans and strategies

REPORTS

• ICT Enculturisation in schools

• Enhance schools’ Optimisation of ICT provisions

THE APPROACH

Coach schools to develop and implement unique school-based action plans i.e. in-house training

by teachers in integrating ICT in T&L, ICT integration competitions

among students etc.

Monitor the process of ICT integration by teachers in

Teaching and Learning

• To monitor the schools’ implementation of their action plans

• To ensure activities and programmes are addressing the gaps/weaknesses

identified in the survey forms • To maintain and improve the schools’

star ranking performance

KPI Survey

SSQS

(15)

LAMPIRAN 2

LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS) BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT

SMK XXXX

BAGI BULAN: __________________ , 2007

NAMA GURU :

MATAPELAJARAN :

(diajar)

MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 4

1. Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar.

Items KELAS Jumlah Jam/ Bahan/Tajuk

seminggu

1 Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.* 2 Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam

P&P

3 Jumlah bahan P&P multimedia yang dibina dalam seminggu.

4 Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif dalam P&P seminggu.

5 Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV Pendidikan dlm P&P seminggu.

6 Jumlah minit contacthours pelajar-PC seminggu. 7 Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/

alternatif seminggu.**

8 Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri dilengkapkan oleh pelajar seminggu.***

Contoh:

* (40 �� 2 masa �� 80 minit) * (40 �� 2 masa �� 80 minit)

** (2 �� 1 kelas �� 1 minggu �� 2 tugasan) *** (2 tajuk �� 2 kelas �� 1 minggu �� 4 tajuk)

2. Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali.

(16)

LAMPIRAN 3

CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT

DATE:

Utilisation (40%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 Usage of ICT-based content >320 minutes/month

2 Teachers integrate courseware (select and modify relevant topics from the courseware at least >320 minutes/month for each core subject

3 Teachers develop T&L materials – multimedia weekly

4 Usage of LCMS by teacher >320 minutes/monthly

5 Usage of Ed TV – 4 periods a month

6 Student PC contact hours >320 minutes (any subject)/month

7 Usage of LCMS(student) ��/>8 assignments/month

8 Students complete ��/>8 titles of self-learning modules/month

(17)

Human Capital (40%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 ICT competency level of IT Coordinator: Advanced Plus (4-5)

2 ICT competency level of Technician: Advanced Plus (4-5)

3 Teachers have basic ICT

competency level: Level 5 (> 4.5)

4 Teachers have advanced ICT competency level: Level 5 (> 3.0)

5 Teachers have advanced plus competency level in using ICT-based content in teaching and learning: Level 5 (> 4.5)

6 Teachers have advanced plus competency level in integrating ICT-based content in teaching and learning: Level 5 (> 4.5)

7 Teachers have advanced plus competency level in developing teaching learning materials in a form of multimedia for teaching and learning: Level 5 (> 4.5)

8 > 80% of students have the knowledge of the ICT-based content and know how to use them in learning

9 Frequency of ICT Smart-partnership program with community: Weekly

10 Conducted in-house ICT training: >5 trainings

11 Usage of Email: Daily

12 Dissemination of information via ICT: Daily

(18)

Application (10%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 > than 8 modules for management

2 > than 3 ICT-based applications ICT-based applications beyond Smart School

3 Management System/Web Based School Management

System i.e. attendance and canteen

4 Must have Learning Content Management System for teaching and learning

5 Must have the Ministry of Education courseware and ICT-based content: > 4

(19)

Infrastructure (10%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 PC:Student Ratio (1:<17)

2 PC/Notebook:Teacher Ratio (1<2)

3 Local Area Network, Wide Area Network, Wireless and value-added

4 Standard ma��imum downtime <2 hours/month

5 Internet accessibility (Advanced availability and location)

6 100% of the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) ICT facilities in good working condition

7 LCD Projector:Class Ratio (1:<10)

(20)

LAMPIRAN 4

SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM

No. Nama Aplikasi

Sekolah mempunyai

aplikasi ini Catatan

YA TIDAK

1 Sistem Maklumat Murid (SMM)

2 Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM)

3 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar Teknik (SMPPT)

4 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 1 (SST1)

5 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SST4)

6 Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (SPTV)

7 Sistem Pendaftaran dan Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus PEKA/PAFA/UPSR/PMR

8 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP)

9 Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPM)

10 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari berasaskan Web (WSMS)

– Sila isikan maklumat terperinci pada lampiran A1

11 Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran (LCMS)

12 e-Sistem Pengurusan Kewangan Bersepadu (Espkp)

(21)

LAMPIRAN 5

SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

No. Perisian Kursus

Sekolah mempunyai

bahan ini Catatan

YA TIDAK

1 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP (CDRI)

2 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP [E-Bahan (atas talian)]

3 Perisian pengajaran yang dibekalkan oleh PPK (PPSMI)

4 Perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks (My CD)

5 Perisian Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh PPK

6 CD Kandungan TV Pendidikan

(22)

LAMPIRAN 6

BILANGAN PERKAKASAN ICT

Bil. KomputerDesktop NotebookKomputer LCD Skrin Troli Scanner

1 Pejabat Pentadbiran

2 Bilik Guru

3 Asrama

4 Makmal Sains

5 Bilik Darjah

6 Koridor

7 Makmal Komputer

8 Pusat Sumber/ Bilik Media

9 Pusat Akses

10 Kantin

11 Kawasan Rehat

12 Taman Bacaan

(23)

LAMPIRAN 7

LOKASI CAPAIAN INTERNET

Bil. Lokasi

Bentuk Rangkaian Capaian Internet

LAN WAN Tanpa Kabel (wireless) Berkabel (wired)

1 Pejabat Pentadbiran

2 Bilik Guru

3 Asrama

4 Makmal Sains

5 Bilik Darjah

6 Koridor

7 Makmal Komputer

8 Pusat Sumber/ Bilik Media

9 Pusat Akses

10 Kantin

11 Kawasan Rehat

12 Taman Bacaan

(24)

LAMPIRAN 8

CONTOH

ACADEMIC ACTION PLAN – SM XXX

Panel: Science Month : June 2007

Utilization of ICT in T&L Activities

1. Name of teacher : XXX

2. Date/Day/Time : 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am–9.00am

3. Subject : Science Form 2: Chapter 5 5.5 Acid and Alkali

4. Class : 2 Iltizam

5. ICT use/integration : Te��t book (Acid and Alkali), MS Word, MS PowerPoint

(25)

LAMPIRAN 9

NAMA SEKOLAH:

PENGGUNAAN ICT 200X

LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN*

Nama Guru Tingkatan/Subjek Tajuk tugasan dan Sistem online

Julai Ogos Sept Okt Nov

Jumlah waktu

Jumlah waktu

Jumlah waktu

Jumlah waktu

Jumlah waktu

Jumlah besar tugasan mengikut bulan

(26)

LAMPIRAN 10

NAMA SEKOLAH:

PENGGUNAAN ICT LPBM

LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA*

Nama Guru Subjek Nama Tajuk

Bulan

Julai (√)

Ogos (√)

Sept (√)

Okt (√)

Nov (√)

Jumlah besar tajuk mengikut bulan

* Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar.

(27)

Penghargaan

PENYUMBANG UTAMA Kementerian Pelajaran Malaysia

Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC Malaysia Dr Lee Siew Eng, Universiti Malaya

Ms Low Suan Neo, Konsultan Bebas

En Zolkefli Bahador, Universiti Utara Malaysia

Mr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia Sarawak

Dr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara Malaysia

AHLI-AHLI

Mr. Chi Teck Cheng,Konsultan Bebas

Dr Santhi Raghavan, Open University

Associate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia Sarawak

Associate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti Malaya

Associate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti Malaya

Associate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti Malaya

Dr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia Sabah

En Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti Malaya

Pn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Encik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

En Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi Malaysia

En Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Associate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Pasal 184 ayat (1) KUHAP baru kemudian dapat ditentukan siapa tersangkanya dengan bedasarkan hasil penyidikan tersebut. Sehingga penetapan seorang tersangka pelaku

Berdasarkan analisis kebutuhan guru dan peserta didik melakukan kegiatan pembelajaran di kelas I pada tema keluargaku subtema anggota keluargaku belum memiliki

Melihat latar belakang masalah tersebut, muncul kepedulian kami terhadap masyarakat Kabupaten Grobogan terutama pada Desa Kradenan khususnya kepada para pemuda atau karang

Segala puji serta syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, atas segala limpahan rahmat dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan

Pada saat membuat dokumen grafis, Anda dituntut untuk menggunakan warna karena hal ini merupakan faktor penting dalam desain grafis. Uraian materi berikut akan menjelaskan

Data kadar kafein berdistribusi tidak normal dan tidak homogen, maka perlu dilakukan uji lanjut non-parametrik dalam hal ini adalah uji Kruskal-Wallis Test untuk

Pedoman Penyusunan Skripsi Sekolah Tinggi Agama Islam Negri (STAIN)

Hal ini dibuktikan dengan hasil data penelitian yang menunjukkan adanya peningkatan nilai rata-rata keterampilan sosial pada indikator keterampilan bekomunikasi pada