FOKUS TARGET SEJARAH SPM 2015 TINGKATAN 4
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Tamadun Mesir Purba
Di manakah letaknya tamadun Mesir Purba. Tamadun Mesir Purba terletak di tebing Sungai Nil yang mempunyai tanah dataran yang subur.
Bilakah tamadun Mesir terbentuk?
Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3500 S.M
Namakan kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan tamadun Mesir.
Kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan TM ialah Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom
Huraikan pembentukan tamadun Mesir.
Sejak tahun 5000 S.M. orang yang menetap di lembah Sg Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.
Sistem perparitan dan pengairan dibina untuk pertanian.
Mereka mebina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan kesuburan tanah
Menghasilkan lebihan makanan.
Mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan berkembang menjadi
perkampungan.
Gabungan kampung-kampung mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.
Kesemua nome disatukan mewujudkan sebuah Bandar yang menjadi pusat pentadbiran
Antaranya Bandar Thinis, Tebes dan Memphis. Huraikan ciri-ciri petempatan kekal masyarakat tamadun Mesir.
Firaun Menes menyatukan semua nome menjadi sebuah kerajaan dengan Bandar Thinis
Dijadikan pusat pentadbirannya.
Pusat pentadbiran berpindah ke andar Memphis yang berhampiran dengan delta sungai Nil.
Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Bandar
Thebes.
Bandar menjadi tempat kediaman Firaun.
Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran.
Pelabuhan Dijadikan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Jelaskan organisasi social masyarakat mesir.
Dalam TM, Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun. Selain itu Firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai raja Matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan
Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan
Mengagihkan makanan dan menjadi pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan.Jurutulis pula ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
Sementara itu rakyat bebas terdiri daripada petani, pedagang dan artiran. Selain itu hamba adalah susun lapis masyaakat yang paling bawah.
Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan tamadun Mesir.
Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai raja matahari, iaitu Amon-Re.
Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga
Keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan di dalam Negara.
Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan
Firaun melantik orang awam sebagai jurutulis untuk menulis rekod kerajaan.
Firaun Hatshepshut seorang wanita bertindak membina terusan dan menukar padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
Nyatakan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
Masyarakat Mesir terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan Tembikar dan peralatan.
menghasilkan tekstil dan kertas untuk eksport.
perlombongan emas.
Sungai Nil yang lebar membolehkan kapal-kapal menyusur dan berlabuh di pelabuhan-Pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis.
Pentadbiran yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba. Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir?
Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.
setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsure alam seperti Re (TuhanMatahari), Ra-Atum (Tuhan langit) dan Amun (Tuhan Angin)
Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga
dengan teliti.
Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian seta keperluan kehidupan selepas mati.
Terangkan ciri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesir.
Sistem tulisan TM dikenali sebagai hieroglif.
Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan symbol berdasarKan bunyi.
Sistem tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan
Pengutipan cukai.
Tulisan memainkan peranan penting untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual Kepercayaan.
Guna kertas dari pokok Papyrus
Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.
Sumbangan TM ialah seni bina pyramid daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada firaun Djoser. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata.
Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup
Di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan
penyimpanan segala khazanah bangsa. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
Kemajuan dalam bidang ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan mendapat
Status yang tertinggi dalam masyarakat berkhidmat untuk firaun dan masyarakat. Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.. Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba
Memperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air sungai Nil Yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun Mesir.?
mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak
sejak dari umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
Bertujuan untuk melahirkan para pegawai Kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih
yang boleh enguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan dan pyramid.
Mengapakah masyarakat Mesir Berjaya membina tamadun yang hebat ? (KBAT)
Adanya Sg Nil yang menghasilkan delta subur untuk pertanian.
Perkembangan pertanian mewujudkan perkampungan.
Di Bandar terdapat pusat pentadbiran, kediaman Firaun, pelabuhan dan pusat agama.
Firaun Hatshepsut Berjaya menjadikan tanah pasir kepada tanah pertanian yang suur.
Maju dalam bidang sains
Lahir jurutulis yang menulis rekod kerajaan
Mahir menebus guna tanah
Memperkenalkan calendar 12 bulan dan 365 hari setahun
Maju dalam perubatan seperti pengawetan mayat dan pembedahan
Mengapakah masyarakat Mesir mampu membina pyramid?
Mempunyai tenaga mahir seperti jurubina, jurutera
Masyarakatnya berpengetahuan tinggi dalam matematik, sains dan geometri serta astoromi
Masyarakat yang kreatif dalam teknik pembinaan bangunan menggunakan batu bata
Tenaga buruh yang ramai untuk membina pyramid
Mempunyai raja berwibawa yang cekap mentadbir.
Rakyat yang bersatu padu TAMADUN HWANG HO
Dimanakah letaknya tamadun Hwang Ho?
Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho
Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M
Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M
Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal
penduduk Hwang Ho.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.
Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang
Yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Semasa dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan sungai Yangtze.
Jelaskan proses pembentukan Negara kota tamadun Hwang Ho
Petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar
Anyang menjadi Negara kota terletak di kawasan tanah tinggi Sungai Huan.
Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal dikawasan bandar.
Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalau pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh masyarakat petani.
Huraikan organisasi social masyarakat Dinasti shang dalam tamadun Hwang Ho
Masyarakat Hwang Ho diketuai oleh Raja yang berkuasa mutlak dan menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar. Kemudian diikuti oleh golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar negara kota ini.
Selain itu golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera Serta peralatan untuk acara keagamaan.
Golongan pembesar pula mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan
Keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bahawan. Manakala golongan paling bawah dalam masyarakat shang ialah hamba.
Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang
Sistem pemerintahan dinasti shang berbentuk pemerintahan beraja.
Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social, dan agama.
Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari Tuhan.
Raja-raja shang tidak perlu mendapatkan pengeshan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Wilayahnya.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas
Seperti pungutan cukai pertahanan dan undang-undang.
Kezaliman Raja shang menunjukkan raja kehilangan mandat
menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti shang untuk
diganti dengan Dinasti chou.
Huraikan sistem pemerintahan dinasti Chou
Raja-raja dinasti chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah
Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada
Pemerintahan
dan memberikan hadiah seperti kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
Mereka diminta melingungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan Upacara pengorbanan. Nyatakan ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Hwang Ho Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing terdiri daripada tentera berkuda dan Tentera berjalan kaki.
Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi
Golongan atasan.
Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan. Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho
Sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan animisme.
Masyarakat shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang melibatkan permainan muzik,
Upacara korban diketuai oleh bomoh.
Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api
Sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian.
Nyatakan bentuk tulisan masyarakat tamadun Hwang Ho
Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan symbol.
Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi, social, agama dan Kepercayaan Sistem Politik
Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Shang.
Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.
Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke 20.
Sistem Ekonomi
Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan
Pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan pertanian.
Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
Sistem Sosial
Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan percetakan.
Tulisan juga diajar di sekolah-sekolah di China.
Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan jepun.
Agama dan Kepercayaan
Kepercayaan yang masih berkekalan sehinggan hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian
Masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsure makanan, duit kertas, dan barang perhiasan.
Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
Yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
Feng Shui berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian
Seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupu pengebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art Of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangi
musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.dan diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan. Kepentingan karya Sun Tzu , The Art of War bagi mencapai kecemerlangan diri
Strategi menangani musuh supaya tidak mudah mengalah
Memupuk daya saing supaya sentiasa berusaha
Memupuk semangat untuk memajukan diri
Semangat cinta diri dibentuk demi kejayaan
Berani menghadapi cabaran supaya tabah hadapi dugaan Buktian kegemilangan Malaysia di persada dunia.
Tapak warisan dunia seperti Melaka dan Pulau Pinang yang diiktiraf oleh UNESCO
Terdapat bangunan pencakar langit/mercu tanda seperti KLCC dan Menara KL.
Pengajuran Formula 1 yang merupakan sukan permotoran terbesar di dunia.
Menjadi pemimpin pertubuhan antarabangsa seperti OIC, NAM
Merpejuangkan isu kemanusiaan
seperti Dasar Apartheid, rakyat Palestin dan bencana alam
Kewibawaan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed yang diiktiraf dunia
Menjadi hub makanan halal dunia
Wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti AIR ASIA
Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada masyarakat Hwang Ho?
Taat setia kepada raja agar egara kuat dan politik stabil
Berfikiran kreatif dan inovatif bagi melahirkan masyarakat pencipta
Mementingkan ilmu untuk melahirkan masyarakat intelektual
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan dan membuat tembikar.
Nyatakan ciri-ciri negara kota Anyang
Merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
Terletak di tanah tinggi Sungai Huan.
Dalam kota terdapat pusat pentadbiran, istana, kuil, kediaman raja dan pembesar.
Terdapat tembok untuk menhalang pencerobohan musuh.
Dikelilingi oleh perkampungan petani.
Apakah yang anda faham tentang mandat dari Tuhan
Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
Pemerintah direstui tuhan
Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
Raja Bangsawan/pembesar/pegawai kerajaan Pedagang Petani Artisan Hamba
Jelaskan peranan amalan ramalan tulang oracle dilakukan.
penggunaan tulang binatang dan kulit kura-kura.
Fungsi tulang oracle ialah untuk meramal sesuatu keadaan.
Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan.
Rekahan pada tulang akan ditafsirkan atau disabitkan dengan sesuatu keadaan.
Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China.
Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian.
Pemimpin prihatin terhadap pembangunan pertanian.
Pembinaan sistem pengairan.
Pembinaan terusan untuk mengairi kawasan pertanian.
Tujuan pembinaan terusan juga untuk mengelak banjir.
Kemajuan dalam teknologi pembajakan seperti penciptaan cangkul dan sabit.
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
Mengantikan alatan pertanian kayu dengan alatan besi.
Penggunaan kalendar untuk menentukan musim menuai dan menanam.
Kemajuan dicapai tamadun Cina dalam bidang pertanian
Pengenalan alat tenggala
Membuat batas tanaman
Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta sorong beroda
Membuat penyisir tanah
Penciptaan alat kegunaan pertanian
Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan tanah
Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
Pembinaan terusan untuk kawalan banjir
Jelaskan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan bidang pertanian di Malaysia kini (KBAT)
Mengwujudkan pelbagai agensi pembangunan pertanian seperti MARDI, RISDA dan FELDA.
Membangunkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian untuk hasil yang berkualiti
Membuka kawasan pertanian menerusi FELDA dan FELCRA.bagi meningkatkan pengeluaran
Memberi subsidi baja kepada petani untuk membantu petani
Membantu pemasaran hasil pertanian melalui FAMA.
Mengwujudkan Koridor Utara sebagai pemangkin pertanian negara.
( mana-mana yang munasabah )
Berdasarkan kemajuan sektor pertanian tamadun Hwang Ho, nyatakan langkah-langkah yang boleh diamalkan dalam membangunkan serta memajukan sektor pertanian negara kita.
pilih pemimpin yang bijak untuk menguruskan sector pertanian
membina sistem pengairan yang baik
gunakan benih yang bermutu / berkualita
gunakan baja yang bersesuaian
gunakan teknologi terkini / alat pertanian yang moden / jentera
mengusahakan tanah yang terbiar
bantuan modal diberikan kepada petani
bantuan teknikal diberikan kepada petani
mewujudkan pasaran yang meluas
menggunaan teknik penanaman yang baik
memberikan khidmat nasihat
mengkomersialkan produk pertanian
Pengamalan agama dan kepercayaan masyarakat cina masih berterusan sehingga hari ini.
Menyembah roh nenek moyang
Mengamalkan animisme / politisme
Percaya kepada tulang oracle yang
boleh meramal keadaan
Mempercayai konsep ying yang/
Feng Shui/ keharmonian manusia dan alam sekitar Tamadun Hwang Ho boleh dianggap sebagai salah sebuah tamadun yang unggul. Berikan penjelasan anda.
Ya/ Setuju
Alasan – mempunyai system pemerintahan yang sistematik
Diketuai raja/
dibantu oleh golongan bangsawan/ Pegawai kerajaan
Pembahagian tanah kepada wilayah-wilayah
setiap wilayah ditadbir oleh pembesar tempatan
Mampu membina empayar
Mempunyai system agama/
kepercayaan – animism/politeisme/ sembah roh nenek moyang
Telah mempunyai sistem tulisan
dan masih digunakan sehingga hari ini.
Berkembang ke Korea/ Jepun
TAMADUN MESOPOTAMIA Apakah maksud Mesapotamia? Bermaksud tanah di antara dua sungai.
Di manakah letaknya tamadun Mesospotamia?
Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates(3 500 S.M.)
Terangkan cirri-ciri Negara kota Tamadun Mesopotamia.
Setiap negara kota memiliki ciri fizikal tersendiri terbahagi kepada kawasan utama
Iaitu Pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
Setiap negar kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang
Yang menjadi lambang kekayaan sebuah kota.
Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.
Jalanraya berkeadaan lurus dan lebar memisahkan dengan rumah kediaman.
Pusat sesebuah kota adalah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri.
Kewujudan sungai dan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, peati dan keldai.
Melalui jalan laut, Negara kota mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya.
Jelaskan organisasi social masyarakat dalam tamadun Mesopotamia.
Terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
Pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas, seperti petani, artisan, serta pedagang.
Hamba terdiri daripada tawanan perang.
Terangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia.
Raja sebagai ketua pemerintah.
Raja di anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota,
dikenali sebagai Teokrasi.
Menjadi ketua tentera.
Menjadi ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
Berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan menentukan pentadbirannya.
Berkuasa dalam bidang ekonomi, seperti cukai tanah, petanian dan perniagaan
raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Keluarga diraja.
Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan raja Naramsin di Akkad.
Beliau menggelar dirinya “ Raja empat penjuru alam” Jelaskan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesopotamia.
Kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan begambar.
Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat.
Menggunakan pen rumput buluh menulis pada tanah liat berbentuk pepaku
Dikenali sebagai cuneiform.Raja Hammurabbi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan semasa memerintah Babylon. Jelaskan.
Sumbangan besar Hammurabbi adalah Kod Undang-undang Hammurabbi.
Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau patahkan tulang, Bangsawan didenda satu wang perak.
Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang
yang dipahat pada tembok serta tiang besar untuk dibaca oleh rakyat.
Kod Undang-undang Hammurabbi menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
Undang-undang ini mewujudkan perpaduan
dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
Kod ini membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa panjang dari tahun 3500 S.M hingga tahun 539 S.M.
Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia
Sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan Jurutulis.
Urusan pentadbran dan perniagaan dapat direkodkan oleh jurutulis.
Melalui perdagangan, semua urusan jual belinya ditulis dalam resit, nota, dan surat kredit.
Sistem tulisan melhirkan tradisi kesusasteraan
seperti epik Gilgamesh merupakan hasilk esusasteraan yang tertua di dunia
Jelaskan sumbangan sains dan teknologi tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat.
Tamadun Mesopotamia menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari telah memperkembangkan ilmu
Matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda.
Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk belayar.
Pencerapan sistem solar membolehkan penciptaan kalender yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
Penciptaan roda untuk kereta kuda bertujuan untuk peperangan atau kegunaan pada masa aman.
membolehkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dapat mengawal banjir dan
meningkatkan hasil pertanian.
Menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda untuk menguasai jalan darat serta jalan laut.
Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
Dalam seni bina, mereka mencipta arca dan tiang batu. Contohnya di Zigurat dan arca Patung Raja Gudea.
Pembinaan Taman Tergantung Babylon menjadi salah satu ciptaan menakjubkan dibina dibina oleh Raja Chaldea. BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
POLITIK : PERUNDANGAN
Jelaskan sistem perundangan tamadun Yunani
Dewan perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang.
Kepentingan undang-undang diutarakan oeh plato dalam bukunya Republic.
Menurut plato, Negara harus diperintah oleh ahli falsafah
kerana mereka cekap, terbaik dan Berupaya menggubal undang-undang.Huraikan sistem perundangan yang diamalkan oleh Tamadun Rom.
Undang-undang bertulis dikenali Hukum Kanun 12 telah dipahat pada kayu.
juga dikenali sebagai Papan Dua Belas
diletakkan di tempat Awam untuk tatapan rakyat.
Maharaja Justinian bertanggungjawab mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut.
Melahirkan kod undang Rom atau undang-undang Justinian.
Intipati undang-undang tersebut masih kekal hingga hari ini.
Undang-undang Rom mengandungi tiga cabang iaitu undang-undang sivil, rakyat danNatural.
Prinsip undang-undang Rom ialah seorang manusia sama disisi undang-undang.
Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Keadilan kepada setiap individu.
Hukuman berdasarkan bukti yang cukup.
Prinsip undang-undang rom menjadi asas sistem perundangan hari ini.
Jelaskan sistem perundangan Tamadun India
Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua
bertujuan memastikan perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran.
Raja dipertanggungjawabkan untuk memlihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
Segala kesalahanyang dilakukan akan dikenakan denda bergantung kepada kesalahan.
Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang unang-undang
Kerana mahir tentaang hukum hakam keagamaan.
Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja.
Segala titah perintah diukir pada tiang batu didirikan di tepi jalan raya
supaya undang-undang dibaca oleh rakyat.
Tiang batu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan Asoka
Asoka seorang pemerintah yang adil
kerana sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat.
Jelaskan system perundangan Dinasti Chin dan Dinasti Han di China
Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme
yang digubal oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin
Undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia dan tidak harus wujud rasa belas kasihan.
Raja mesti meiliki kuasa yang utuh bagi menguatkuasa undang-undang untuk membendung tindakan liar manusia.
Pada zaman Dinasti Han, undang-undang berteraskan ajaran Confucius yang menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.
Sebagai warganegara, bagaimanakah anda mengamalkan prinsip Rukun Negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang?
Mematuhi undang-undang
Tidak melanggar undang-undang
Berdisiplin dalam kehidupan
Melapor salah laku undang-undang
Bersopan dan bertatasusila
Saling mengormati
Kesan jika tidak mematuhi undang-undang
Negara menjadi kucar kacir kerana berlakunya jenayah dan pergaduhan Jenayah berleluasa kerana sikap pentingkan diri
Hidup tidak berdisiplin kerana tiada peraturan
Tidak disukai rakan-rakan dan masyarakat kerana bermasalah
Menyusahkan keluarga dan masyarakat kerana menimbulkan banyak masalah
PERLUASANKUASA TAMADUN YUNANI
Nyatakan sumbangan Philip II dan Alexander the Great dalam bidang perluasan kuasa Tamadun Yunani
Semasa pemerintahan Philip II dari Macedonia, kerajaan Macedonia dan Yunani telah disatukan.
Anaknya, Alexander the Great, berjaya meluaskan kawasan takluk Yunani
Apabila menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand.
Seluruh kawasan laut Mediterranean itu berada di bawah kekuasaannya.
Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik
iaitu campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain.
Kebudayaan Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam empayer Yunani
Seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
Jelaskan perluasan kuasa Empayar Rom
Julius Caesar bertanggungjawab menamatkan sistem republic dan menjadi dictator.
Rom mencapai taraf empayar setelah meluaskan kuasa ke Mecadonia, Yunani, Syam,Mesir, Peranchis, Brttania dan beberapa kawasan di Jerman.
Membentuk pemerintahan berpusat dengan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.
Beliau menggunakan gelaran maharaja dengan menguasai senat dan angkatan tentera.
Semasa pemerinthan Augustus, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan Rom.
Wujud keamanan yang kekal selama 200 tahun.
Semasa pemerintahannya digelar Pax Romana yang merupakan zaman kegemilangan Rom
Membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah.
Pemerintahan Augustus Caesar berjaya menubuhkan sistem empayar bercorak warisan.
Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kwasan sungai Rhine, Danube, Laut Hitam
Pergunungan Atlas, afrika utara, Macedonia, sebahgian Turki dan Palestin.
Kejayaan yang dicapai melalui perluasan kuasa Dinasti Maurya di India disebabkan para pemimpin. Jelaskan.
Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya
bermula pada zaman pemerintahan. Chandragupta Maurya
Kejayaan disebabkan memiliki pasukan tentera yang besar dengan 600 ekor gajah, 1000
Orang askar berkuda dan 10 000 orang infantry.
Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara, Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Bindusara anak Chandragupta, meluaskan empayar Maurya ke Mysore dibahagian Selatan India.
Asoka meluaskan kuasa melalui dasar yang lembut dan terbuka
serta memberikan seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya pada zaman pemerintahan Asoka ekoran kemenangan ke atas kalinga dalam Perang Kalinga. Peristiwa Perang Kalinga
Semasa pemerintahan Asoka
100 000 tentera mati
150 000 tentera cedera
Berjaya menyatukan India
Menyedarkan Asoka bahawa peperangan membawa kematian
Asoka memeluk agama Buddha
Taktik peperangan bertukar dasar yang lembut. TAMADUN CHINA
Jelaskan perluasan kuasa Dinasti Chin
Shih Huang Ti berjaya manyatukan seluruh kerajaan kecil di China melalui perluasan kuasa
membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin.
Shih Huang Ti memeirntah secara autokratik, tegas dan mutlak.
Beliau menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantikgabenor
Dan panglima tentera untuk mentadbir.
Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi mempertahankan empayar daripada Serangan orang gasar.
Zaman dinasti Han, kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar maharaja tentera
Berjaya memperluas kawasan takluk melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.
Kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang Lembah Tarim dan Tutor di Utara Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di Selatan.
Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.
Keagungan sesebuah negara bergantung kepada kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam bidang peluasan kuasa dan pembentukan empayar. Buktikan kebenaran kenyataan ini.
Philip II berjaya menyatukan Macedonia dan Yunani
Alexander The Great Berjaya menguasai Parsi/ Mesir/ Turkistan/Samarkand/ seluruh Laut Mediteranean
Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
Augustus Caesar membina empayar Rom yang meliputi Britain/Sepanyol/ Sg Rhine/ Sg Danube/Laut Hitam/ Turki/ Pakistan
Chandragupta Maurya menguasai India utara/ Punjab
Bindusara meluaskan kuasa ke Mysore
Asoka menguasai seluruh India
Shih Huang Ti Berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di China
Ciri-ciri perluasankuasa bentuk baru (kbat)
Campur tangan Negara luar dalam hal ehwal politik negara’
Pencerobohan sempadan laut, udara dan darat
Menguasai dan mengawal ekonomi sesebuah Negara
Kawalan ke atas kewangan Negara
Syarat perdagangan yang tidak adail
Penyerapan budaya asing tanpa disedari
Budaya hiburan yang keterlaluan
Menjadi tempat ujian senjata nuklear EKONOMI
Huraikan perkembangan ekonomi di Yunani
Tumpuan utama diberikan kepada aktiviti perdagangan
kerana keadaan muka bumi Yunani Yang bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian.
Terdapat peningkatan yang tinggi dalam perdagangan dengan kuasa luar melalui jalan laut.
Perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir pantai ang berhampiran seperti Mesir, Syria dan Phoenecia.
Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan
dan terpaksa mendapatkan Bahan makanan dari luar seperti dari kawasan di Sparta dan Laut Hitam.
Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota dikenakan cukai
ini telah menyebabkan kenaikan harga barang
Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zamanGraeco-rom, iaitu pada tahun 300 S.M
TAMADUN INDIA
Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India.
Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat
kerana melibatkan perdagangan dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa
yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
Di setiap Bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan
yang dikenali sebagai Stresthin
antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Raja mengawasi perjalanan persatuan.
Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik menggunakan mata wang sebagai media jual beli.
Contoh, bentuk mata wang emas.
Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi. Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi.
Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China
Dalam bidang pertanian, tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.
Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah.
Sistem penanam secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam dalam pertanian terkawal.
Kawalan terhadap banjir dengan membina terusan.
Perusahaan logam dan perusahaan tembikar turut berkembang didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
Pada zaman Dinasti Tang, hasil dibawa melalui Jalan Laut iaitu berdasarkan bukti terdapat tembikar dan logam China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal.
Hasil perusahaan China didagangkan di negeri China.
Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas Petengahan yang besar.
Perkembangan ekonomi menyebabkan perkembangan system perhubungan,
Iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda kereta lembu.
Jelaskan usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin hari ini untuk memajukan bidang
perdagangan.
Menyediakan pelabuhan entreport
Menarik pedagang seluruh dunia
dengan mengenakan cukai yang berpatutan
Perdagangan antarabangsa
Menyediakan kemudahan di
pelabuhan seperti gudang/ tempat tinggal
mempelbagaikan barangan eksport
Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya Malaysia menjadi kuasa perdagangan yang unggul ?
Kegiatan perdagangan dipergiat
Berlaku pertukaran teknologi yang pesat
Kemakmuran ekonomi negara
Berkembang menjadi pelabuhan entreport
Menambahkan sumber pendapatan negara
Menambahkan peluang pekerjaan
Bagaimanakah mata wang dapat memudahkan urusan perdagangan ?
Pengganti kepada sistem barter
Sebagai medium jual beli
Menjadikan urusan ekonomi lebih sistematik
Lambang kekukuhan ekonomi sesebuah negara PENDIDIKAN
Huraikan system pendidikan dan peperiksaan dalam tamadun China
Masyarakat menghargai pendidikan
matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
Terdapat tiga peringkat pendidikan
iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi.
Peringkat sekolah rendah, tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan Sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera.
Pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan china memberi tumpuan untuk pentadbiran.
Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu tai, Tahap keduaChun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih.
Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat dan jika didapati meniru dikenakan hukuman mati.
Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan penyediaan
Dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana
Tahap ketiga setaraf dengan doctor falsafah seperti pada zaman moden.
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua, di ibu kota daerah
Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu dihadapan maharaja.
Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan
ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun sementara
Peperiksaan tahap awam tahap kedua dan ketiga, diadakan tiga tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
Pada pengetahuan anda, mengapakah masyarakat menyanjung peperiksaan awam China?
Untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.
Orang yang meniru dihukum bunuh.
Peraturan yang ketat dan tidak ada sebarang penipuan.
Meningkatkan mobiliti social penduduk.
Semua rakyat boleh menduduki peperiksaan.
Terdapat tiga tahap peperiksaan, tahap pertama di daerah, tahap kedua diibukota
tahap ketiga di istana di hadapan maharaja.
Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik dan di kurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Huraikan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Yunani
Di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
Orang Athens berpendapat manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal untuk kesejahteraan kehidupan manusia.
Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan menulis dititikberatkan di Athens.
Perkembangan pendidikan menyebabkan banyak sekolah falsafah dibina dan berkembang di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.
Athens dikenali pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.
Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti Thucydides, anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.
Di Sparta, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.
Pendidikan di Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
SENI BINA YUNANI
Terangkan sumbangan tamadun Yunani dalam bidang seni bina
Pembinaan acropolis oleh pericles bertujuan sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan Dan pusat pertahanan.
Bentuk bangunan sempurna dengan ukiran yang unik berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetik.
Merupakan pusat pentadbiran di Athens
Di dalamnya terdapat binaan yang menarik
seperti berhala, teater serta bangunan yang menarik iaitu Parthenon.
parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
TAMADUN ROM
Sumbangan Tamadun Rom dalam seni bina.
Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.
Teknologinya berasaskan sistem gravity.
Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater
TAMADUN INDIA Jelaskan seni bina di India
Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.
Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan. TAMADUN CHINA
Seni bina Tamadun China
Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.
Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat tamadun Yunani, Rom , India dan China mampu menghasilkan seni bina yang menjadi symbol kemajuan?
Mementingkan ilmu pengetahuan
Menggunakan bakat dan kemahiran kreatif
Berfikiran futuristic
Mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi
Rajin dan gigih berusaha
Huraikan sumbangan tamadun Yunani kepada kehidupan hari ini
Tamadun Yunani mewariskan sistem pemerintahan demokrasi
Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik dan pembentukan kerajaan.
Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan kebanyakan Negara dunia hari ini.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi tetapi bentuk sedikit berubah kepada demokrasi berparlimen.
Dewan perhimpunan bertindak menggubal undang-undang Negara diamalkan kebanyakan Negara di dunia
Mahkamah berjuri dalam perbicaraan terhadap pesalah diamalkan hingga hari ini.
Sistem pendidikan memberi penekanan melahirkan insan seimbang seperti mana dalam Falsafah pendidikan Negara kita.
Manusia cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
Ilmu falsafah Socrates, Aristotle. Plato menjadi rujukan dalam falsafah moden.
Karya dan teori sejarah Herodotus dan Thucydides menjadi rujukan ahli sejarah moden.
Pembinaan acropolis menjadi panduan pembinaan dan pelancongan hari ini.
Kemajuan sains dan teknologi zaman ini berasaskan zaman Yunani oleh Pythagoras melalui
Teorem Pythagoras diguna pakai hari ini.
Teori isi padu air dan gravity oleh ahli fizik Archimedes digunapakai hingga sekarang.
Karya sastera Homer iaitu Illiad dan Odyssey dibaca hingga ke hari ini.
Penggunaan vocal dari tulisan Phonnecia digunakan dalam tulisan rumi hari ini.
Sukan Olimpik masih dijalankan hingga ke hari ini.
sukan Olimpik Yunani diadakan empat tahun sekali menjadi amalan hingga hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun rom kepada kehidupan hari ini
Tamadun Rom mewariskan sistem pemerintahan republik
Unsur demokrasi melibatkan rakyat dalam pemilihan Presiden.
Pembentukan Dewan Senat dan Dewan perhimpunan dalam pentadbiran seperti di India,Peranchis dan Afrika Selatan.
Konsep politik seperti senat, diktator, veto dan censor adalah warisan Rom.
Sistem pemerintahan berpusat hasil penyatuan wilayah dengan mewujudkan Majlis Perbandaran dengan Bandar-bandar terancang.
Sistem perundangan Rom yang meletakkan manusia sama disisi undang-undang
Dan keadilan kepada setiap individu digunakan hingga hari ini.
Hukuman berasaskan bukti yang sahih dengan seseorang tidak akan bersalah sehingga terbukti bersalah.
Kalender berasaskan kalender Rom seperti Julai dan Ogos sempena nama Julius Caesar dan Maharaja Augustus.
Sistem pendidikan berdasarkan aplikasi ilmu untuk dipraktik dan semangat setia kepada negara menjadi panduan pada hari ini.
Ilmu falsafah Stoisme menjadi rujukan ahli falsafah moden.
Kemajuan bidang matematik moden berasaskan matematik Boethius memperkenalkan campur. tolak, bahagi dan geometri.
Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum arked, pantheon menjadi rujukan pusat pelancongan hari ini.
Bahasa latin menjadi bahasa rujukan zaman ini.
Tulisan Phonesia diubahsuai menjadi tulisan rumi yang diguna pakai hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun India kepada kehidupan hari ini
Tamadun India mewariskan system birokrasi dalam pentadbiran.
Memperkenalkan persatuan perdagangan dan perusahaan yang diamalkan dalam perdagangan hari ini.
Sumber falsafah dalam kitab veda menjadi rujukan hingga hari ini.
Ilmu sains dan teknologi adalah cabang kitab veda yang menjadi rujukan hari ini.
Kemajuan bidang matematik moden berasaskan konsep geometri oleh Aryabhata dan Varachamihira
digunapakai hari ini.
Teknologi pembinaan seperti stupa Besat di Sachi dan candi menjadi rujukan dan pusat pelancongan hari ini.
Agama Hindu dan Buddha diamalkan oleh penduduk dunia ini.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa rujukan zaman menghasilkan pelbagai bahasa di India.
Bahasa Sanskrit digunakan dalam agama Hindu dan Buddha.
Hasil sastera epik Mahabrata dan Ramayana menjadi rujukan dan pembacaan hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun China kepada kehidupan hari ini.
mewariskan sitem pemerintahan autokrasi.
Terdapat jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam dikenali Hon Kao Tzu.
Pegawai kerajaan yang dilantik mesti lulus peperiksaan awam
Pencipataan kolar kuda yang digunakan oleh masyarakat dunia hari ini.
Pertanian bergilir yang diperkenalkan untuk mengekalkan kesuburan tanih.
Sistem peperiksaan awam diperkenalkan
Falsafah Taoisme, Legaslisme dan Confucianisme menjadi rujukan ahli falsafah moden.
Teknologi pembinaan Tembok Besar China dan pagoda menjadi rujukan dalam pembinaan dan sebagai pusat pelancongan.
Rekod sejarah bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi sebagai sumber sejarah.
Teknologi membuat kertas dan tembikar memberi sumbangan kepada masyrakat dunia.
Ilmu perubatan tradisional China masih menjadi rujukan oleh masyarakat hari ini.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan berkembang.
Perlu mempunyai sikap inovatif dalam kehidupan.
Perlu berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan kehidupan.
Keperluan Negara yang aman supaya pembangunan tidak terjejas.
Sistem pemerintahan yang adil dan kuat.
Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku di masa depan.
Keperluan meningkatkan pemikiran dalam menambah ilmu pengetahuan.
Keperluan menambah kemahiran melalui ilmu pengetahuan dari masa kesemasa.
Berani meneroka bidang baru untuk mempertingkatkan kehidupan kita.
BAB 3 : KERAJAAN AGRARIA
Apakah dimaksudkan dengan kerajaan agraria?
Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemugutan hasil hutan dan sungai.
Di manakah lelaknya kerajaan agraria di Asia Tenggara?
Di kawasan pertanian yang subur
seperti di lembah sungai contohnya kerajaan Dvaravati,
kawasan bukit dan lereng gunung berapi seperti Kerajaan Taruma.
Senaraikan kerajaan agraria di Asia Tenggara. 1. Kerajaan Angkor
2. Kerajaan Funnan 3. Kerajaan Dvaravati 4. Kerajaan Sungai Merah 5. Kerajaan Sungai Mekong 6. Kerajaan Sailendra 7. Kerajaan Sukhotai
8. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Deing Terangkan ciri-ciri kerajaan agraria.
Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi.
Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi.
Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
Tanaman sampingan yang turut diusahkan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur–sayuran.
Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
Mengumpul hsil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagi jenis buah–buahan.
Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.
Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura–kura.
Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.
Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik.
Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggugjawab dalam pengurusan sistem pengairan. Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia Tenggara.
Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan membuat teres dan relung.
Selain itu tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.
Masyarakat agrarian juga menghsilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam. Mereka juga mengumpul hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah–buahan. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.
Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura– kura. Mereka mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam. Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.
Huraikan faktor–faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kepada kerajaan Angkor.
Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan.
Kerajaan bertanggugjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan.
Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan dan baray
yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar serta dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor.
Tanah disekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang subur disebabkan mendapan lumpur ketika banjir.
Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk tanaman padi sawah.
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai Mekong.
Huraikan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.
Membekal sumber air minuman.
Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas.
Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur.
Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik.
Air daripada tasik dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan.
Sumber air dan tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.
Pada pandangan anda apakah sumbagngan sector pertanian kepada Negara?
Sumber pendapatan Negara seperti getah dan kelapa sawit untuk eksport
Member pekerjaan kepada penduduk melalui pembukaan lading-ladang baharu
Sumber makanan penduduk seperti beras, ubi keledek, sayuran dan ternakan.
Keseimbangan alam udara yang segar dan bersih contohnya pokok menghalang hakisan dan pemanasan global
Pada pendapat anda mengapakah berlakunya kejadian banjir di kawasan pertanian di Cameron highland?
Pembangunan pertanian tidak terancang seperti membuka tanah sesuka hati
Penarahan lereng bukit menyebabkan kawasan tadan hujan musnah. Pembuangan sampah ke dalam sungai
menyebabkan system saliran tidak berfungsi
Pembalakan yang berleluasa sehingga memusnahkan hutan simpan
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
Sikap individu yang tamak untuk mengaut keuntungan. Mengapakah Negara kita masih menumpukan kepada pembangunan ekonomi pertanian?
Keperluan makanan seperti beras, buah-buahan dan ternakan
Menjadi sumber ekonomi dan pendapatan Negara
Memanfaatkan kemajuan teknologi
Kemajuan penyelidikan MARDI
Kelembapan sector perindustrian bersaingan di peringkat global
Pasaran yang luas dalam Negara dan luar Negara
Pertanian menjadi pekerjaan
Jelaskan usaha menggalakan generasi muda terlibat dalam sector pertanian.
Penggunaan teknologi moden dan canggih yang melibatkan tenaga mahir
Memperluas pertanian rumah hijau menggalakkan penglibatan siswazah
Memperkasa bioteknolgi akan meningkatkan hasil pertanian
Pertanian ladang bagi meningkatkan prospek antarabangsa seperti tanaman cili dan pisang
Kemudahan pinjaman untuk pelaburan pertanian seperti Bank Pertanian
Kerajaan telah menjadikan slogan ‘Pertaniaan Satu Perniagaan’ sebagai usaha untuk memajukan pertanian di Negara kita.
Berikan komen anda.
Hasil pertanian dipasarkan ke luar Negara
Mempelbagaikan hasil pertanian
Mengawal mutu hasil pertanian
Dijalankan secara ladang
Intensif modal
Melibatkan banyak buruh
Teknologi moden untuk tambah kecekapan
Mengiklankan produk pertanian
Menggalakkan bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian
Sebagai seorang usahawan tani yang Berjaya, bagaimanakah anda memodenkan sector pertanian?
Membangunkan R&D
Menanam pelbagai jenis tanaman/produk
Meluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa
Menjalin kerjasama dengan pakar dari luar
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memodenkan sector pertanian di Malaysia.
Penggunaan kaedah lama menyebabkan hasil tidak berkualiti contoh peralatan tradisional
Generasi muda kurang berminat kerana menganggap pertanian pekerjaan ketinggalan zaman
Petani kekurangan modal menyebabkan mereka tidak boleh menggunnakan jentera model kerana kos yang tinggi
Gangguan musuh perosak seperti serangga, ulat yang merosakkan tanaman
BAB 4 : ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH Namakan datuk Nabi Muhammad s.a.w.
1. Abdul Muttalib bin Hashim
Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Haris
Abu Talib
Abu Lahab
Abbas
Hamzah
Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah?
Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah
yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.
Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasul.
Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.
Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.
Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda, Aminah binti Wahab.
Nabi Muhammad sa.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M., iaitu bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.
Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia.
Ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia
baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib.
Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib memelihara setelah datuk baginda Abdul Muttalib meninggal dunia.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.
Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika berusia 12 tahun.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.
Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya ketika berusia 20 tahun.
Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah.
Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan.
Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata serta kepandaian baginda menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.
Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.
Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya
menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.
Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak.
Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan memaaf Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah.
Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai Perjanjian Hudaibiyah
Ciri-ciri keperibadian menjamin kehidupan sejahtera
Memiliki empat sifat terpuji iaitu FAST
Ketua keluarga yang dicontohi
Digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan dipercayai
Tidak pernah berbohong
Kepimpinan menyelesaikan masalah
Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat dunia?
Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.
Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur.
Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan, misalnya, amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.
Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq, ayat 1-5
yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat penting dalam Islam?
Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambah ilmunya.
Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan.
Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.
Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.
Pada pandangan anda, apakah nilai yang boleh anda contohi daripada Nabi Muhammad S.A.W. untuk membina masyarakat Malaysia yang unggul dan dipandang tinggi dalam khalayak dunia ?
Sentiasa berkata benar supaya dapat mengikis perasaan prasangka dalam masyarakat
Mementingkan ilmu agar dapat mencipta idea-idea baru dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik
Menunaikan janji agar masyarakat sentiasa dihormati dan diyakini
Gigih dan sabar dalam menghadapi sesuatu masalah menjadi kunci kepada setiap kejayaan
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam.
Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa' dan Bani Nadhir.
Golongan Nasrani.
Terangkan peristiwa yang membawa kepada Perjajian Aqabah pertama antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah.
Beberapa orang suku Khazraj dari Madinah menemui Nabi Muhammad s.a.w.
di Aqabah dan kemudian memeluk Islam.
Sekembalinya ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam dikalangan masyarakat Madinah yang lain.
Pada musim haji berikutnya, 621 M., sekumpulan suku Aus dan Khazraj telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi.
Menerusi pertemuan di Aqabah terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Arab Madinah. Jelaskan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.
PerjanjianAqabah Pertama
Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan. PerjanjianAqabah Kedua
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.
Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w..
Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah.
Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal.
Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah.
Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.
Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimenterai antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah?
Menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah.
Islam dapat disebarkan secara aman di Madinah.
Rasulullah diiktiraf sebagai pemimpin Negara
Umat Islam bertambah
B. Hijrah
Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah dalam konteks Islam?
Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam.
Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.
Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara, berfikir, dan tingkahlaku. Bilakah berlaku penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah?
1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Nyatakan empat hujah menolak pendapat Barat
menyatakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
Jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah kedua.
Ketibaan orang Islam Makkah telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah.
Orang Islam Makkah telah diberi tempat tinggal serta dijamin keselamatan.
Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah dan diterima oleh oleh semua golongan masyarakat Madinah.
Huraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Makkah ke Madinah?
Perintah Allah menerusi wahyu.
Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Penentangan dan ancaman kaum Quraisy Makkah semakin meningkat.
Merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam.
Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.
Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik dan sentiasa bertelagah antara suku Aus dan Khazraj
Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai mereka.
Mengapakah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah dianggap penting dalam sejarah perkembangan Islam?
Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
Mendamaikan suku Arab di Madinah khususnya suku Aus dan Khazraj, melalui semangat persaudaraan sesama Islam.
Menjalinkan hubungan persaudaraan sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing dengan orang Islam Madinah.
Memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah digelar Ansar.
Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripacla pelbagai suku, budaya dan agama serta melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Membina Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat dan belajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.
Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam yang mula digunakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab.
Menukar nama Yathrib kepada Madinah A-Munawwarah atau kota bercahaya sebagai pusat Tamadun Islam.
Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong, menerima orang Islam Makkah sebagai saudara.
Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, Abu Bakar al-Siddiq bin Abu Talib dan Abdul Rahman bin Auf.
Memperlihatkan wanita menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya, Asma' menghantar makanan dan menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.
Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan dengan tidak terus berangkat ke Madinah sebaliknya bersembunyi di Gua Thur.
Merancang penubuhan sebuah negara Islam Madinah dengan merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.
Adakah hijrah masih berlaku pada hari ini? Ya.. hijrah masih berlaku pada hari ini.
Meninggalkan keburukan dan kejahatan
Perubahan sikap dan tingkah laku yang negatif kepada positif
Perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku
Berubah sikap m iaitu empunyai semangat ingin berubah kea rah lebih baik
Sifat malas kepada rajin berusaha
Menjadi seorang pelajar yang lebih berdisplin
Mempunyai kekuatan jiwa dan keimanan yang teguh agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan
Sedia menempuh cabaran dan tidak mudah berputus asa Bagaimanakah kecemerlangan diri boleh dicapai melalui pengamalan konsep hijrah?
Berfikiran positif berbanding negatif
Mengubah sikap malas kepada rajin
Berwawasan berbanding tiada hala tuju
Menuntut ilmu untuk mengelakkan kejahilan
Berakhlak mulia berbanding akhlak jahiliah
Tidak lalai dan sentiasa peka dengan perubahan
Sentiasa menepati masa
Patuh pada perintah tuhan berbanding engkar
Sentiasa mencari yang terbaik dalam kehidupan
Sentiasa memperbetulkan kesilapan yang dilakukan
Sanggup berkorban untuk agama,bangsa dan negara Piagam Madinah
Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah?
Merupakan sebuah perlembagaan bertulis
yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.
berpandukan wahyu Allah.
Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.