• Tidak ada hasil yang ditemukan

MALAYAN UNION Apakah Malayan Union

Dalam dokumen Fokus Target Sejarah Spm 2015 (Halaman 35-43)

 Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 untuk menghapuskan

 negara dan bangsa dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Mengapakah British memperkenalkan Malayan union di Tanah Melayu.

 Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah pembentukan pemerintahan sendiri.

 Melicinkan pentadbiran dengan menyeragamkan pentadbiran yang berbeza,

 iaitu Negeri-Negeri Selat,Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

 Menjimatkan kos pentadbiran.

 Mengimbangi pembangunan ekonomi di setiap negeri.

 Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.

 Memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut dan terjamin.

 Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.

 British berhasrat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union.

 Semua negeri Melayu dsatukan

 Diketuai Gabenor British

 Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk

 Singapura diasingkan sebagai pelabuhan bebas

 Kewarganeraan sama rata dengan prinsip jus soli

 Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu dalam hal ehwal agama Islam

 Pesuruhjaya Negeri di setiap negeri

Apakah yang dimaksudkan dengan jus soli.

 Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa saja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.

 Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.

 Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun anak wargenegara Malayan Union diberi kerakyatan.

 Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluk boleh menjadi rakyat Malayan Union.

Huraikan pelaksanan pentadbiran malayan union di Tanah Melayu pada tahun 1946.

 Berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat yang kuat.

 Pentadbirannya terus kepada Parlimen British di London

 menolak tradisi dan sistem politik Melayu.

 Gabenor pertamanya iaialh sir Edward Gent bertanggungjawab kepada Parlimen British.

 Di bawah Gabenor terdapat tiga majlis pentadbiran di peringkat pusat iaitu Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.

 Membantah tindakan Sir Harold MacMichael

 mengugut Raja-Raja Melayu diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah,Kedah.

 Sultan tidak diberikan masa yang cukup berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

 Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

 Bagi orang Melayu,keadaan selepas Perang Dunia kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik.

 Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union

 Raja- Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.

 Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union

 bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.

 bimbang agama Islam akan tercabar.

 mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang

 ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur.

 Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka

 dan menghapuskan sejarah kerajaan Melayu.

Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong tindakan British memperkenalkan Malayan Union.

 Bersetuju menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.

 Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.

 Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.

 Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.

 Konsep republik seperti Indonesia dapat dijalankan

 seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan yang mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS).

 Penyatuan pentadbiran agama Islm dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.

 Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.

Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.

 Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,Majlis dan Warta Negara secara berterusan.

 Mengadakan demontrasi secara damai

 semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu di Kota Bahru,Kelantan dan di Alor Setar,Kedah.

 Persatuan-persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.

 Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu berkongres

 untuk menubuhkan United Malays Organization ( UMNO ) sebagai benteng menentang Malayan Union.

 Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur

 dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

 Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization ( UMNO ) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.

 Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946

 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

 Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar

 untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.

 Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946

 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

Apakah iktibar peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

 Perlu tegas untuk melakukan bantahan terhadap British.

 Perlu rundingan dengan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebelum sesuatu dasar hendak dibuat.

 Penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka.

 Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi benteng perjuangan menentang Malayan Union.

Tindakan British memperkenalkan MU adalah tidak wajar. Berikan alasan anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

 British gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada pendudukan Jepun

 Status negeri Melayu adalah negeri naungan bukan jajahan

 British kejam apabila menghapuskan kuasa raja

 Dasar jus soli menyebabkan orang Melayu terpinggir

 Ketamadunan Melayu seperti Bahasa Melayu dan tulisan jawi akan pupus

 Menghapuskan identity bangsa Melayu

 British mengekploitasi ekonomi

 British mencabar orang Melayu dan agama Islam

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?

 Institusi kesultanan akan terhakis kerana Gabenor akan mengetuai pentadbiran Malayan Union

 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen tidak akan wujud di negara ini

 Gabenor Malayan Union mengambil alih tugas mengutip zakat fitrah daripada Sultan.

 Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.

 Kedudukan Bahasa Melayu bukan sebagai bahasa kebangsaan

 Golongan imigran akan menguasai bidang ekonomi

 Adat istiadat Melayu akan terhapus

 Perlaksanaan sistem undang undang British di Tanah Melayu

 Pemerintahan Tanah Melayu diketuai oleh Gabenor

 Setiap negeri akan diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri. Pergerakan Politik Di Sarawak dan Sabah

Senaraikan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British.

 Persatuan Melayu Sarawak

 Persatuan Dayak Sarawak

 Barisan Pemuda Sarawak

 Barisan Pemuda Melayu Sibu

Mengapakah penduduk peribumi Sarawak menerima Perlembagaan 1941 yang digubal oleh Vyner Brooke.

 Vyner Brooke berjanji memberi kerajaan sendiri kepada Sarawak.

 Kuasa mentadbir akan diserahkan kepada Majlis Negeri.

 Ahli – ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak. Mengapakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British.

 Dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak.

 Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota.

 kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagan 1941.

 Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.

 Vyner Brooke menerima sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British

 menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

Kenapa Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

 Belaiu sangat tua dan uzur untuk meneruskan pemerintahan.

 Pengganti beliau Anthony Brooke tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.

Beliau mendapat persetujuan daripada pembesar Sarawak untuk menyerahkan kepada British.

Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakt tempatan menentang penjajahan British di Sarawak.

 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan Pemuda Melayu Sibu dan Persatuan Dayak Sarawak menentang pengisytiharan tersebut secara terbuka.

 Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.

 Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

 Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak menubuhkan kumpulan

 Rukun Tiga Belas, sebagai tindak balas terhadap tekanan politik British.

 Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.

Apakah tindakan Britis terhadap penentang di Sarawak.

 Kerajaan British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil 9 memberi amaran kepada kakitangan awam.

 Menghukum gantung terhadap Rosli Dhobi dan tiga orang yang terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak,Sir Duncan Stewart.

Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British tidak mendapat tentangan.Jelaskan.

 Kesedaran politik di Sabah amat perlahan,berpecah belah dan tidak berkesan.

Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan,Persatuan Melayu Jesselton serta Barisan Pemuda Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.

Sekiranya anda seorang pemimpin di Sarawak pada waktu itu, bagaimanakah anda menentang penyerahan itu?

Menghantar surat bantahan/ kawat/ telegram kepada British

Membuat pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda

Kakitangan awam meletakkan jawatan

Kaum ibu mendapatkan sokongan kaum Iban

Membuat demonstrasi

Menubuhkan persatuan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak/ Persatuan Dayak Sarawak/ Barisan Pemuda Sarawak/ Barisan Pemuda Melayu

Menubuhkan parti politik

Tidak bekerjasama dengan British

Menentang pengisytiharan secara terbuka

Melibatkan diri dalam pembunuhan Gabenor Sarawak BAB 8 : PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN PENGGUBALAN DASAR PENDIDIKAN

Terangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.

Laporan Barnes 1950

 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan

 digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja,iaitu sekolah kebangsaan.

 dicadangkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

 pada peringkat rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat menengah dan tinggi.

 Cadangan ini ditentang oleh masyarakt cina kerana menganggap bahas ibunda mereka akan tergugat. Laporan Fenn-Wu 1951

 mencadangkan sekolah vernakular cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952

 mencadangkan dua sistem persekolahan

 yang menggunakan dua bahasa pengantar,iaitu bahasa Inggeris dan Melayu.

 Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa.

 Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris

 B ahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu

 Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India,

 kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada ketika itu.

Penyata Razak

 Pada tahun 1955,Kerajaan Perikatan membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran

 dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.

 mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan iaitu

 sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.

 Cadangan penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah)

 Yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

 dan sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

 Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

 sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan diajar disemua sekolah.

 Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

 Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Bagaimanakah Akta Pelajaran tahun 1961 dapat memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

 Untuk memupukkan semangat perpaduan kaum

 sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan

 sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.

 Pelajaran percuma pula diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.

 Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.

 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam laporan Rahman Talib.

 Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.

 Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.

 Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang- kurangnya 15 orang pelajar.

 Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.

 Meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah supaya umur persekolahan murid dapat dilanjutkan kepada 15 tahun.

 Murid yang gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah biasa diberi peluang memasuki sekolah yang

menyediakan kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.

 Mata pelajaran wajib pula adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

 Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ialah

perdagangan,sains rumahtangga,seni perusahaan dan sains pertanian.

Jelaskan matlamat yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Negara.

 Pendidikan adalah usaha berterusan memperkembangkan potensi indivindu secara menyeluruh dan bersepadu.

 Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani.

 Meningkatkan kemahiran berfikir,kecerdasan intelek,sikap kreatif dan berilmu pengetahuan.

 Penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran membaca,menulis dan mengira.

 Melahirkan wargenegara Malaysia yang berketerampilan,berakhlak mulia,berdisplin dan bertanggungjawab.

 Memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran.

 Kepercayaan dan kepatuhan kapada tuhan.

 Mengutamakan bidang sains,teknologi dan vokasional bagi memenuhi keperluan industri.

 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

 Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Bagaimanakah sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah dapat menjadikan anda insan yang seimbang.

 Penerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran.

 Penerapan nilai patriotisme dalam mata pelajaran sejarah.

 Pelajar-pelajar Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.

 Pelajar-pelajar bukan Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Moral.

 Mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di sekolah

 Mempelajari mata pelajaran elektif seperti Prinsip akaun,Perdagangan dan Ekonomi Asas.

 Mempastikan pelajar mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

 Memastikan semua pelajar menganggotai persatuan atau kelab.

 Memastikan semua pelajar menganggotai pasukan beruniform.

 Memastikan semua pelajar menganggotai permainan dan sukan.

 Menyanyi lagu Negaraku setia kali perhimpunan sekolah.

 Melibatkan diri dalam upacara seperti Maulidur Rasul,Majlis Hari Raya,Hari Kebangsaan,

 Kokurikulum dan Sukan Sekolah

 Menyertai Bulan Bahasa di Sekolah.

 Menyertai Bulan Disiplin dan Berbudi Bahasa.

 Melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Maksud dengan Wawasan 2020

Gagasan negara utk jadi negara maju menjelang tahun 2020.

jadikan Malaysia negara industri yang maju dengan acuan sendiri

Agar setanding dengan negara maju yang lain.

Kemajuan yang hendak dicapai berlandaskan kemajuan bersepadu Cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai Wawasan 2020.

Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan.

Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.

Membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Mewujudkan masyarakat yang berbudaya peyayang

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.

Memupuk dan membina masyarakat makmur.

Tanggungjawab anda sebagai pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020

 menyahut 9 cabaran

 meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu

 meningkatkan ilmu sainsa dan teknologi

 menguasai ict

 inovatiif dan kreatif

 mengamalkan nilai-nilai murni

 bersifat penyayang

Ramalkan kehidupan masyarakat Malaysia menjelang tahun 2020

 Negara maju dalam sains dan teknologi seperti automotif dan robotik

 Rekacipta model baharu atau inovasi produk

 Taraf hidup rakyat tinggi

 Umur hayat panjang kerana ilmu perubatan

 Amalan hidup sihat dipraktikkan

 Negara tanpa kesesakan lalu lintas

 Menjadi negara pengeluar barangan industri, pertanian dan sistem pendidikan bertaraf dunia

Senaraikan tahap pertama Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

1. Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960) 2. Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965) 3. Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970) Jelaskan peranan FELDA

 Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

 di samping meningkatkan hasil pertanian negara.

 Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian.

 Menyediakan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas kepada peneroka.

 Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru untuk menjadi petani moden.

 Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan kelapa sawit.

Senaraikan agensi yang ditubuhkan dalam Rancangan Pembangunan Tahap Pertama.

1. RIDA ( MARA) 2. FELDA 3. FAMA 4. FELCRA 5. PERNAS 6. MARDI 7. MIDA.

Huraikan peranan MARA dalam usaha meningkat ekonomi penduduk bumiputera di negara kita.

 Membantu,membimbing bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian.

 Membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang ekonomi.

 Menambah guna tenaga bumiputera.

 Meningkat ekuiti bumiputera dalam syarikat.

 Menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam bidang perniagaan.

 Membangun dan memajukan penduduk luar bandar.

 Mengadakan program latihan belia di luar bandar.

 Memberi bantuan modal dan pinjaman kepada bumiputera dalam perniagaan.

Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam Rancangan Malaya kedua dan Rancangan Malaysia Pertama. Jelaskan.

 Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan.

 Usaha mempelbagaikan hasil pertanian negara

 bagi mengurangkan pergantungan Negara terhadap getah dan juga bahan makanan import.

 Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu petani

 mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

 Memberikan tumpuan terhadap penyediaan infranstruktur sosial seperti pelajaran,kesihatan dan perumahan.

 Usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

 Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat bagi

 memupuk integrasi nasional di antara penduduk Sabah,Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu.

 Rancangan Malaysia pertama bersifat bersepadu dan merangkumi semua bidang ekonomi

 dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian.

 Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat

 seperti Tiga Segi Jengka,Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.

 Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

 RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

.

Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan DEB mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

 Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971

 bertujuan menstabilkan harga padi.

 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971

 untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.

 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 ditubuhkan untuk membangunkan bandar.

 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA) 1973 ditubuhkan untuk

 membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.

 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1973 ditubuhkan untuk membantu golongan petani

 melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.

 Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 ditubuhkan untuk memajukan sector perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.

 Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan

 di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan

JohorTenggara(KEJORA) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan

lembaga Kemajuan Pahang Selatan (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR).

 Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.

 Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

 Pembangunan luar bandar terus diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia kelima.

 Penggunaan tanah yang lebih cekap dititikberatkan.

 Industri desa yang berpontensi seperti kraftangan digalakkan.

 Kemudahan kredit dan insentif telah diperluas,misalnya melalui Bank Pertanian Malaysia,Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sejauhmanakah Dasar Ekonomi Baru berjaya mencapai matlamatnya.

 Perlaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah.

 Kadar kemiskinan menurun.

 KDNK meningkat dari RM 21548 pada tahun 1970 kepada RM 59155 pada tahun 1990.

 Pendapatan per kapita meningkat dari RM 1109 kepada RM 6180 pada tahun 1990.

 Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat sebanyak 20.3% sedangkan sasaran

 yang ditetapkan 30%.

 Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran

 40% yang ditetapkan.

 Peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya

 mengurangkan hak milik saham orang asing kepada 33.5%.

.BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA/SERANTAU

Apakah ASEAN.

1. Sebuah pertubuhan serantau yang terdiri daripada 10 buah negara Asia Tenggara.

Di manakah dan bila pertubuhan ASEAN ditubuhkan. 1. Di Bangkok dengan termetarainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.

Senaraikan anggota ASEAN

1. Terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanma,

Laos,Kampuchea dan Vietnam. Apakah logo ASEAN.

 Sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengangasan sepuluh buah negara

 yang diikat oleh persahabatan dan perpaduan.

 Bulatan membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN.

i ) Keamanan ii) Kestabilan iii) Kegigihan iv) Kedinamikan v) Kesucian vi) Kemakmuran Terangkan matlamat penubuhan ASEAN.

 Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

Dalam dokumen Fokus Target Sejarah Spm 2015 (Halaman 35-43)

Dokumen terkait